1.

Definisi moral mengikut pandangan barat
 Moral merupakan adat dan aktiviti harian yang dilakukan oleh
seseorang individu yang dipupuk menjadi satu tabiat

2. Huraikan konsep teori Utilitarianisme dalam aspek penilaian moral
sesuatu tindakan
 Sesuatu perbuatan dianggap bermoral kalau ia dapat mendatangkan lebih
banyak kebahagiaan daripada yang perbuatan lain

3. Sila member dua kelemahan teori utiliterianisme
 Kepelbagaian aspek yang dinilai tidak semuanya dapat dikuasifikasikan.
 Hak kelompok minority terancam demi kepentingan majoriti.

4. Berikan definisi bagi Teori Teleologi.
 -Teleologi adalah ajaran yang menerangkan segala sesuatu dan segala
kejadian menuju pada tujuan tertentu.

5. Berikan dua perspektif dan tujuan Teori Teleologis.

 Tujuan: Teleologi Hedonisme & Teleologis Eudamonisme
 Perspektif: Egoisme & Utilitarianisme

6. Nyatakan kelemahan Teori Teleologi.
 Teori Teleologi perlu menentukan akibat perlakuan. Seseorang mungkin
menghadapi kesukaran untuk menilai semua akibat tersebut. Ini berikutan
daripada ketiadaan pengetahuan untuk menilai.
 Memerlukan kita mencari dan menentukan semua akibat daripada
sesuatu tindakan atau peraturan.
 Sukar menilai sesuatu akibat kerana tidak boleh meninjau masa hadapan.
 Ramai tiada pengetahuan yang cukup untuk menilai apa yang
mendatangkan akibat baik atau buruk daripada sesuatu tindakan.

7. Terangkan maksud Sekularisme
 Satu ideologi yang mengatakan bahawa sebuah institusi harus berdiri
terpisah dari agama.
 Sekularisme memisahkan nilai-nilai agama daripada soal kehidupan manusia
dari segi politik,pentadbiran,ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
 Sekularisme dapat menunjang kebebasan beragama dan kebebasan dari
pemaksaan kepercayaan dengan menyediakan sebuah rangka yang netral
dalam masalah kepercayaan serta tidak menganakemaskan sebuah agama
tertentu.

8. Siapakah tokoh yang pertama kali menggunakan aliran pemikiran sekularisme
 Pengarah George Holyoake

9. Berikan lima contoh fahaman yang berpaksikan kepada Sekularisme
 Modenisme
 Rasionalisme
 Liberalisme
 Kolonialisme
 Pragmatisme

10. Definisi egoisme.

 Teori egoisme berprinsip bahawa setiap orang mestilah bersifat keakuan, iaitu
melakukan sesuatu yang bermatlamat memberikan faedah kepada diri
sendiri. Selain itu, setiap perbuatan yang memberikan keuntungan
merupakan perbuatan yang baik dan satu perbuatan yang buruk jika
merugikan diri sendiri.

11. Sila bagi satu situasi yang berhubungkaitan dengan teori egoisme.
 Kita memilih untuk tidak menolong orang buta melintas jalan kerana ingin
sampai ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan.

12. Bagi satu kekuatan dan satu kelemahan teori egoisme.
 Kelemahan: Merosakkan hubungan dan nilai murni yang tidak dapat
diterapkan.
 Kekuatan: Egoisme membantu sesuatu tanpa bantuan orang lain.

13. Berikan satu definisi bagi Teori Deontologi ?
 Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk,
benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang
bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat
tindakan tersebut.

14. Apakah yang dimaksudkan dengan Prinsip Eksintensialisme?
 Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti
berasaskan pilihan individu secara bebas

15. Nyatakan 3 Kekuatan bagi Teori Deontologi yang Utama ?
 Melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan,
undang-undang dan agama
 Keadilan bukan masalah kebajikan atau kebaikan, melainkan masalah
kewajipan.
 Mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.