Belakangan ini,kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin meningkat bagai cendawan tumbuh

selepas hujan.Secara puratanya,terdapat satu kemalangan yang berlaku pada setiap saat.Isu
kemalangan jalan raya telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat perhatian media
massa.Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia meningkat secara mendadak sehingga tiada
penghujungnya.Persoalannya,apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan
raya di negara kita?

Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang tudak tidak
sabar.Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju dan cepat tiba di destinasi.Pemandu juga
tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap akan memperlambat pergerakan
mereka.Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu isyarat terutamanya penunggang
motorsikal.Mereka telah melupakan ungkapan “Pandu Laju Maut Menanti” dan ketidaksabaran mereka
akhirnya telah meragut nyawa.Terdapat juga pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai “mat rempit”
yang sering melumba motosikal secara haram di jalan raya.Mereka bukan sahaja mengadaikan nyawa
mereka sendiri malah menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya.Oleh itu,pemandu yang bersikap
agresif dan tidak sabar tidak sesuai untuk memandu di jalan raya.

Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu punca utama
kemalangan jalan raya.Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon bimbit
semasa memandu.Kebanyakan daripada mereka menggunakan laman sosial semasa
memandu.Perbuatan ini amat berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi akan diganggu oleh
telefon bimbit dan apabila mereka telah tertarik mereka akan berlupa terlupa bahawa mereka sedang
memandu.Akibatnya,kemalangan akan berlaku.Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah
salah di sisi undang-undang jalan raya.Lantaran itu,pemandu perlu mengelakkan diri daripada
menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk atau
letih.Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak bersama rakan atau
saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan mereka dengan keadaan
mabuk.Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya meragut nyawa
pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini memaparkan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada
pemandu jalan raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan menjadi mangsa
kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan mudah tertidur ketika memandu dan akan
melanggar apa-apa sahaja di depan.Oleh yang demikian,jelaslah bahawa pemandu yang mabuk dan letih
perlu mengelakkan diri daripada memandu.

Tambahan pula,keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan mengakibatkan kemalangan
jalan raya.Hal ini demikian,jalan raya yang licin semasa hujan akan mengurangkan kecekapan brek
kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan raya yang berselekoh tajam juga amat
berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat kenderaan yang datang dan mereka
akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya yang berlubang-lubang yang boleh menyebabkan tayar sesuatu
kenderaan dan kenderaan yang datang belakang akan melanggar kenderaan yang tersangkut jika tidak
berhati-hati.Keadaan jalan raya yang dibina di cerun bukit yang curam juga boleh menyebabkan
kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,tanah runtuh yang berlaku di sepanjang jalan Tanah Tinggi
Cameron telah memusnahkan banyak kenderaan dan meragut nyawa ramai orang di dalamnya.Oleh
itu,pemandu sewajarnya berhati-hati semasa memandu di jalan raya tidak sempurna.

Akhir sekali,kerosakan pada kenderaan juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal ini
disebabkan oleh kenderaan yang lama tidak diservis ataupun telah rosak berkemungkinan tinggi akan
berhenti di tengah-tengah jalan.Sekiranya situasi ini berlaku,kenderaan yang laju di belakang tidak
sempat menekan brek dan akan akan berlanggar dengan kenderaan yang rosak di depan.Terdapat juga
kenderaan yang mengalami kerosakan pada brek.Akibatnya,kenderaan tersebut tidak dapat berhenti
mahupun mengurangkan kelajuan dan akan menjadi punca kemalangan jalan raya.Sebagai
contoh,seorang pemandu yang lalai tidak menyemak kenderaan lalu bertolak dari rumah tetapi
kenderaannya mengalami kerosakan dan berhenti di jalan raya.Keadaan akan mengakibatkan
kemalangan yang ngeri di tengah jalan.

Selain itu. Posted by sathya gana at 00:51 .semua pihak harus berganding bahu agar mengurangkan kadar kemalangan di nusa kita untuk bersatu memajukan negara kita.setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sebagaimana yang dikatakan dalam ungkapan “Biar lambat asalkan selamat”.Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan untuk memastikan jalan raya berada dalam keadaan yang selamat.polis trafik juga harus mengadakan Op Selamat dan sebagainya untuk mengurangkan kadar kemalangan terutamanya sepanjang musim perayaan.Oleh yang demikian. Konklusinya.Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik sebelum bertolak dari rumah.