PENDAHULUAN

Pensekularan yang dilaksanakan oleh British semasa tempoh jajahan memberi impak yang

sangat besar tentang kedudukan Islam di Malaysia. Keadaan ini telah menjadikan nilai-nilai yang

dianjurkan dalam Islam telah menjadi semakin longgar daripada amalan masyarakat muslim.

Bermula pada tahun 1970, telah berlaku peningkatan perdebatan dan minat oleh beberapa

golongan tentang bagaimana untuk menggiatkan semula Islam seiring dengan perkembangan

Islam yang berlaku di luar negara.1 Gerakan ini dikenali sebagai da’wah yang menuntut agar

masyarakat bermula dari pangkal pentadbiran untuk kembali kepada Islam. Kemunculan

golongan-golongan ini telah membawa beberapa perubahan kepada kedudukan Islam termasuklah

ideologi politik oleh para pemimpin parti, aspek perundangan dan juga pendidikan. Perubahan

tersebut terlaksana menerusi beberapa peringkat mengikut dasar atau idea Islam yang dibawa sama

ada daripada golongan politik dan mahasiswa terpelajar. Menjelang tahun 1980-an bermulanya era

kebangkitan Islam di Malaysia yang dengan konsep yang bersifat moden dan lebih menyeluruh.

1
Means. G.P. (2009). Political Islam in Southeast Asia. Petaling Jaya, Selangor: Strategic Information and Research
Centre (SIRD). Hlm, 85.

1
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
SITI NURAISAH BINTI HALMI
D20141067541

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1971 yang telah

memperjuangkan “pembangunan sebuah masyarakat yang didasarkan pada prinsip-prinsip

Islam”.2 Keanggotaan ABIM ini telah disertai oleh pekerja berkolar putih iaitu guru dan juga

golongan mahasiswa/i yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Antara pemimpin yang sangat berkaliber dalam organisasi ABIM sekitar tahun 1974-

1982an adalah Anwar Ibrahim kerana beliau dikatakan seorang yang memiliki kepribadian yang

mampu menyelesaikan masalah serta kemampuan beliau membawa ideologi baru iaitu

mengabungkan dua aspek iaitu berkaitan dengan ajaran Islam dan juga radikalisme Melayu dalam

kepimpinannya.3 Dalam erti kata yang lain, beliau cuba memulakan langkah dalam rangka

memperjuangkan cita-cita Islamiahnya menerusi proses dakwah yang dikenali sebagai “agenda

pembudayaan Islam” atau lebih dikenali sebagai “ad deen wadduniah” yang membawa maksud

‘cara hidup’ yang menekankan peranan Islam dalam kalangan masyarakat muslim melalui

pendekatan moden.4 Antara cara hidup yang telah diperkenalkan oleh ABIM adalah dengan

menyeru seruan Jihad yang menekankan cara hidup “amar ma’ruf nahi mungkar” yang membawa

maksud ‘mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran”.5

2
Robbert W. Hefner & Patricia Horvatich, (2001). ISLAM DI ERA NEGARA BANGSA : Politik dan Kebangkitan
Muslim Asia Tenggara. Indonesia : PT Tiara Wacana Yogya. Hlmn 284.
3
Hussin Mutalib, (1996). Islam dan Etnisitas : Persepektif Politik Melayu. Indonesia : Penerbit PT Pusaka LP3ES
Indonesia. Hlmn 106.
4
Kamarulnizam Abdullah, (2003). The Politics Of Islam In Contemporary Malaysia. Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlmn 85.
5
Ibid, Hlmn 91.

2
Hal ini kerana, ABIM menginginkan agama Islam menjadi pegangan utama di Malaysia.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan tersebut bukannya mudah disebabkan oleh kepelbagaian kaum

di Malaysia. Oleh itu, lahirlah idea ‘tarbiyah’ yang dijalankan oleh ABIM iaitu merupakan sebuah

proses untuk memahami Islam dengan lebih mendalam dalam kalangan masyarakat. Bagi

pelaksanaan idea tersebut, ABIM telah melaksanakan program yang berasaskan serampang dua

mata iaitu yang berfokuskan kepada pendidikan Islam dan bukan Islam yang bermatlamat

mendedahkan tentang Islam sebenar serta melatih dan membimbing seseorang muslim itu menjadi

muslim yang sebenar.

ABIM juga telah mengiktiraf kedudukan wanita di dalam masyarakat. Hal ini kerana,

kedudukan wanita adalah dipandang tinggi dan dimuliakan dalam Islam. Oleh itu, ABIM telah

mendedahkan perkara ini kepada kaum wanita agar meraka tahu akan tanggungjawab serta

peranan mereka sebagai ibu atau isteri. 6 Dengan itu, ABIM telah mengubah imej pemakaian dalam

kalangan golongan wanita kerana ABIM ingin memelihara agama dan martabat wanita serta

membawa masyarakat hidup kembali dalam kehidupan yang berasaskan ajaran Islam. Dengan itu,

ABIM telah menyeru kaum wanita agar menutup seluruh bahagian anggota badan yang dianggap

aurat yang meliputi bahagian kepala iaitu dari rambut sehingga ke tapak kaki, kecuali bahagian

muka dan telapak tangan.

Selain mengubah cara hidup masyarakat yang berasaskan identiti Islam, ABIM turut

membawa pemodenan dan pembangunan bagi menaiktaraf kehidupan dalam masyarakat Melayu

pada masa itu. Antara usaha yang dilakukan oleh ABIM pada masa itu adalah menegakkan

keadilan sosial dalam kehidupan masyarakat luar bandar khususnya kerana ia menjadi matlamat

6
Ibid, Hlmn 93.

3
utama ABIM.7 Dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim, ABIM telah menyatakan bahawa sebahagian

besar kekayaan ekonomi di Malaysia hanya dimanfaatkan oleh sebahagian kecil penduduk. Hak

kekayaan ini haruslah dibahagikan sama rata agar masyarakat tidak terus mundur dalam

kemiskinan. Walaupun Dasar Ekonomi Baru telah dilancarkan pada masa itu, kehidupan

masyarakat tetap dalam kemiskinan terutamanya masyarakat luar bandar.8 Dengan itu, melalui

sebuah konfrontasi, ABIM telah mengkritik tentang isu kemiskinan dan rasuah dalam kalangan

pemerintah sehingga berlakunya pemberontakkan di Baling, Kedah yang disertai oleh golongan

terpelajar dan juga golongan petani.9

Pemberontakkan di Baling ini telah berlaku kerana rentetatan peristiwa inflansi pada tahun

1973 yang telah menyebabkan harga makanan serta barang-barang keperluan harian telah

melonjak naik. Dalam masa yang sama, harga getah telah jatuh dan ia telah memberikan tekanan

kepada masyarakat di Baling disebabkan majaoriti masyarakat di kawasan tersebut adalah

pengusaha getah secara kecil-kecilan. Kenaikkan harga barangan pada masa itu telah

menyebabkan masyarakat di Baling meminta pihak kerajaan untuk menurunkan harga makanan

dan menaikkan harga getah untuk kelansungan hidup mereka. Namun, permintaan masyarakat di

Baling tidak diendahkan oleh kerajaan sehingga berlakunya pemberontakkan yang melibatkan

hampir 30, 000 orang golongan petani pada 1 Disember 1974.10

Tindakan kerajaan yang mengendahkan masalah masyarakat di Baling telah dikritik kerana

didalam pelan Dasar Ekonomi Baru, ia merupakan intipati yang diperjuangkan dalam strategi

perkembangan ekonomi pada masa itu. Namun, sebaliknya telah berlaku. Kutamaan ekonomi

7
Mohd Izani Mohd Zain, (2007). Demokrasi dan Dunia Islam : Persepektif Teori Dan Praktik. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya. Hlmn 168.
8
Meredith L.Weiss (2003). Still with the people? The chequered path ofstudent activism in Malaysia. South East
Research, Vol. 13. No.3 (NOVEMBER 2005). PP. 287-332. http : // www.jstor.org/stable/23750111. Accessed : 22-
03-2017 04:29pm.
9
Ibid, Hlmn 309.
10
Ibid. Hlmn 309.

4
dalam kalangan masyarakt petani tidak diendahkan. Hal ini secara tidak langsung telah

menyebabkan golongan terpelajar turut terlibat terutamanya yang berasal daripada kawasan Baling

untuk menyertai pemberontakkan kerana berlakunya ketidaksamaan dalam pembahagian ekonomi

yang dilaksanakan oleh kerajaan. Dengan itu, pelajar telah meminta sekatan terhadap inflansi yang

berlaku, menaikkan semula harga getah serta mendedahkan dan memberi hukuman terhadap

pegawai kerajaan yang terlibat dalam gejala rasuah.

Seterusnya, bagi membangunkan kehidupan masyarakat Melayu pada masa itu, ABIM

turut terlibat dalam aspek sosio-agama yang melibatkan pendidikan, latihan kepimpinan, dan

khidmat mayarakat. Dalam aspek pendidikan, ABIM telah menubuhkan Sekolah Yayasan Anda

yang telah ditubuhkan pada tahun 1971.11 Sekolah ini disediakan untuk masyarakat Melayu dan

juga untuk menampung pelajar yang telah gagal menduduki peperiksaan awam kerajaan tetapi

ingin mengulangi peperiksaan tersebut. Melalui pendidikan tersebut, ABIM telah

memperkenalkan budaya baru dalam sistem pendidikannya. Antara budaya yang telah

diperkenalkan oleh ABIM adalah unsur dan etika Islam termasuklah cara pemakaian pelajar

muslim, mengasingkan tempat duduk mengikut jantina, mengurangkan penekanan pada sukan,

dan memenuhi masa lapang dengan mendengar ceramah agama.12

ABIM turut menyediakan khimat latihan kepimpinan untuk melatih ahli baru dalam ABIM.

Sasaran utama ABIM adalah pelajar universiti. Latihan kepimpinan ini telah dibahagikan kepada

dua tahap iaitu tahap pertama yang dinamakan Usrah dan tahap kedua dinamakan Tamrin.13 Pada

tahap pertama, keanggotaan ahli usrah ini kebiasaannya disertai tidak lebih daripada sepuluh orang

pelajar. Hal ini kerana, mereka terikat dengan peraturan universiti serta Akta Kolej 1971 yang telah

11
Kamarulnizam Abdullah, (2003). The Politics Of Islam In Contemporary Malaysia. Bangi : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlmn 94.
12
Ibid, Hlmn 94-95.
13
Ibid, Hlmn 96.

5
menyatakan bahawa jika perjumpaan melebihi daripada sepuluh orang pelajar, pertemuan tersebut

haruslah mendapat kebenaran daripada pihak universiti. Perlaksanaan aktiviti usrah ini dijalankan

di sekolah dan akhirnya aktiviti tersebut telah diterima oleh masyarakat kelas pertengahan sebagai

aktiviti sosial. Pada tahap kedua pula ialah tamrin. Tamrin ini juga dikenali sebagai latihan

kepimpinan yang melibatkan organisasi yang diadakan selama seminggu pada setiap sesi. Latihan

ini adalah bertujuan untuk mewujudkan perpaduan Islam serta mengukuhkan rasa kesatuan dalam

kalangan peserta bagi mencapai misi dalam ABIM. Dalam latihan ini juga ia meliputi seminar dan

ceramah keagamaan bagi menambah pengetahuan dalam kalangan ahli.

Akhir sekali adalah peranan ABIM dalam pelaksanaan khidmat masyarakat. Dalam

pelasanaan aktiviti ini, ABIM telah melancarkan dua program iaitu Program Penyertaan dan

Pembangunan Komuniti dan Gerakan Kempen Kesedaran.14 Program ini adalah untuk

memperkenalkan ABIM kepada penduduk luar bandar serta membantu masyarakat dalam

membangunkan kehidupan yang lebih baik. Antara usaha yang dijalankan oleh ABIM adalah

melancarkan seminar menjawab peperiksaan serta memberikan kelas tambahan percuma kepada

pelajar sekolah menengah terutamanya pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam kerajaan.

Natijahnya, penubuhan gerakan ABIM ini merupakan salah satu contoh pertubuhan

sukarela Islam yang telah banyak memberikan perhatian kepada soal pelaksanaan demokrasi yang

telah dijalankan di Malaysia. Hal ini kerana, ABIM sebenarnya bertindak dalam pengerak politik

walaupun mengistiharkan gerakannya adalah bersifat non-partisan. Tindakan ABIM ini boleh

dilihat ketika membela nasib masyarakat Melayu terutamanya sehingga membawa kemajuan dan

pemodenan dalam kehidupan masyarakat. Usaha yang dilakukan oleh ABIM ini secara tidak

14
Ibid, Hlmn 96.

6
langsung juga telah membawa masyarakat Melayu untuk kembali kepada ajaran Islam yang

sebenar dalam kehidupan seharian mereka.

GERAKAN JAMAAT TABLIGH

Budiman Bin Hasbudin
D20141067530

Gerakan Jamaat Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944)15

bertujuan untuk menjalankan tabligh (dakwah) yang bermaksud mengajak manusia kembali

kepada pegangan Al-Quran dan As-sunnah. Beliau telah membentuk sebuah Jemaah yang bertugas

untuk bertabligh dan melawat tempat-tempat tertentu selama beberapa hari.16

Cara Hidup Jamaat Tabligh

Matlamat utama Jamaat Tabligh ialah untuk menjalankan tabligh atau dakwah iaitu mengajak

manusia ke jalan Allah SWT dengan menyuruh kepada yang makruf dan melarang yang mungkar.

Jamaat Tabligh melaksanakan perjalanan tabligh untuk menyeru dan mengamalkan islam

sebagaimana yang dijalankan oleh para Nabi dan Rasul iaitu berjalan serentak dengan amalan,

teori dan praktiknya sekali gus iaitu sambil bertabligh sambil mengamalkannya. Oleh itu, dengan

menjemput rakan-rakan Muslim terhadap Allah dan kebenaran, seorang Muslim mampu

menyampaikan mesej kenabian kepada umat (masyarakat) tanpa perlu melalui sebarang pro-

pendidikan formal untuk mendapatkan kelayakan berdakwah. Dalam erti kata lain, seseorang tidak

perlu untuk menjadi seorang alim (ulama) untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja dakwah.

15
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah dan Pemikiran Jamaal
Tabligh dan Darul Arqam, Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan. Hlm 2.
16
Ibid.

7
Dalam erti kata lain dalam Jamaat Tabligh, menyebarkan Islam bukan aktiviti keutamaan atau

alam yang eksklusif kepada ulama, tetapi adalah kewajipan bagi setiap Muslim. Keahlian untuk

Tablighi Jamaat adalah atas dasar sukarela dan mereka yang menyertai perlindungan kerja untuk

perbelanjaan mereka sendiri. Para peserta adalah dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi,

termasuk pelajar dan individu yang menganggur untuk profesional yang sibuk dan pengamal.

Jamaat Tabligh memilih untuk mengembara dari suatu tempat ke suatu tempat, seolah-olah

seperti Madrasah atau zawiyah yang bergerak dan mereka memilih untuk melakukan jawlah

(gasht) yakni berjalan dari rumah ke rumah untuk memberi penerangan tentang agama atau untuk

menjemput orang ramai ke tempat dakwah dan mereka memandang bahawa orang yang tiada

melakukan jawlah itu telah mengabaikan sunnah dan kurang berkesan dakwah mereka. Jawlah

hanyalah salah satu cara menjemput orang ke tempat dakwah dan bukanlah satu-satunya cara yang

paling utama dan ianya bukanlah tulang belakang dakwah.17 Tidak cukup dengan mencontohi

kehidupan para Sahabat, pembentukan akhlak juga dijalankan secara lembut melalui proses tabi’i,

yakni melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh dan para pendukung Jamaat Tabligh sendiri.

Kaedah ini yang dikenali sebagai Khuruj fi sabilillah atau keluar berdakwah di jalan Allah untuk

mengamalkan enam prinsip yang ditetapkan.

Dalam risalah “Enam Prinsip Tabligh” oleh Maulana Ashiq Elahi merupakan pegangan

asas kepada gerakan Jamaah Tabligh.18 Prinsip yang pertama ialah iman dan solat yang merupakan

ajaran tauhid dan fiqh tetapi pendekatannya adalah berbentuk tasawuf. Sama seperti pandangan

Hujjatul Islam al-Ghazali yang membahaskan aspek iman dan fiqh dengan mendasarkan unsur

fadhilat dan hikmah didalam karya agungnya seperti ihya’ ulumuddin. Sebab itulah untuk

17
Ibid.. Hlm 179-180.
18
Ibid. Hlm 18.

8
merealisasikan kalimah ini karkun Jamaat Tabligh hendaklah sentiasa menghormati orang-orang

Islam, ilmu dan zikr, niat ikhlas, korban masa untuk bertabligh, dan mejauhi percakapan dan

perbuatan yang sia-sia.

Kedua, wirid dan zikir seperti yang disebut juga dalam unsur pertama tadi. Seperti yang

disebut sebelum ini Maulana Ilyas sememangnya terpengaruh dengan unsur-unsur tariqat kerana

beliau sendiri merupakan salah seorang pendukung tariqat Chistiyyah.19 Oleh itu, mana-mana

tariqat unsur wirid dan zikir ini akan menjadi tiang utama dalam amalan mereka. Gerakan Jamaat

Tabligh menjadikan Al-Quran dan hadith itu sebagai pegangan asas mereka sebenar. Maka tidak

hairanlah jika mereka terus-menerus menekankan fadhilat atau keutamaan dalam mengerjakan

ibadah-ibadah seperti solat, berpuasa, zikir, haji dan sedekah.20

Seterusnya ialah ikram muslimin turut menjadi prinsip asas Jamaah Tabligh. Tujuan ikram

muslimin ialah memenuhi keperluan atau urusan seseorang muslim yang ditimpa kesusahan

bersandarkan kecintaan, kasih sayang, kemurahan hati dan hormat kerana ia merupakan tuntuntan

seorang muslim terhadap muslim yang lain. Dalam soal doktrin metafizik, sudah tentu kita

merujuk penulisan Muhammad Ilyas yang tidak membicarakan sedikit pun tentang sifat-sifat Allah

seperti ‘sifat 20’ yang sering diperdebatkan dalam kalangan ulama’. Hakikatnya, Maulana

Muhammad Ilyas lebih menekankan soal-soal asas dan mudah daripada sulit dan mendalam

Sebab itulah dalam setiap bayan atau mana-mana aktivti yang dijalankan oleh gerakan

Jamaat Tabligh ini tidak menyentuh mana-mana khilaf ulama’ berkaitan dengan aqidah dan fiqh.

Ini bermaksud dalam permasalahan fiqh, terpulang kepada pengikutnya sama ada ingin berpegang

19
Abu Hassan al-Nadwi. (1977). Saviours of Islamic Spirit, Volume 2. Lucknow: Academy of Islamic Research
Publications. Hlm. 147-165.
20
Maulana Muhammad Zakaria. (2007). Fadhilat Amal. Kuala Lumpur: Era Ilmu. Hlm 62.

9
kepada mana-mana mazhab. Oleh itu, gerakan Jamaat Tabligh ini tidak menjejaskan pemikiran

masyarakat tempatan di Malaysia yang sinonim dengan mazhab as-Syafie berbanding karkun di

India yang bermazhab Hanafi.

Kerja-kerja tabligh tidak terhad kepada lelaki sahaja, wanita juga melaksanakan kerja-kerja

dakwah tetapi dalam kalangan mereka sendiri. Perkara penting yang perlu diingat, bagaimanapun,

adalah hakikat bahawa lelaki dan wanita tidak bekerjasama. Tambahan pula, tabligh membuat

perkiraan kewangan mereka sendiri untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja tabligh dan

terdapat banyak bantuan dan sokongan yang terdapat di dalam pergerakan ini, ia bukan dianggap

sebagai bergantung kepada orang lain untuk apa-apa tetapi hanya bergantung kepada Allah

semata-mata21. Dalam gerakan lawatan dakwah, keputusan kumpulan, misalnya, dibuat secara

mushwarah (perundingan) di bawah kepimpinan amir (pemimpin) yang dipilih oleh kumpulan.

Amir dipilih berdasarkan imannya dan tidak pada status sosioekonomi beliau.22 Oleh itu, sesiapa

sahaja yang akan dipilih sebagai amir dalam lawatan dakwah adalah berkemungkinan tinggi.

Di Malaysia, pada mulanya gerakan Jemaat Tabligh berkembang di kalangan orang-orang

India-Muslim sahaja dan kedatangan karkun dari India menggambarkan pengaruh untuk

menghidupkan lagi program ta’lim dan ghast di Kuala Lumpur. Semasa pertapakan Jamaat

Tabligh ini, memperlihatkan penglibatan masyarakat Melayu-Islam kurang berbanding India-

Islam disebabkan oleh faktor komunikasi dan faktor budaya. 23 Hal ini kerana, kebanyakannya

21
Jan Ali. (2003). Islamic Revivalism: The Case of the Tablighi Jamaat, Journal of Muslim Minority Affairs. Vol. 23,
No. 1. Carfax Publishing. Hlm 177-180. http://dx.doi.org/10.1080/13602000305935 di akses pada 18 Mac 2017.
22
Ibid.
23
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2007). Gerakan Islam Tradisional di Malaysia Sejarah dan Pemikiran Jamaal
Tabligh dan Darul Arqam. Shah Alam: Karisma Publications. Hlm 5.

10
dimulakan oleh karkun di India yang tidak fasih dalam bahasa tempatan, maka mereka akan hanya

menfokuskan kepada masyarakat India-Muslim sahaja ketika itu.

Pada tahap kedua, iaitu fasa perkembangan Jamaat Tabligh dari tahun 1970 hingga 1980,

memperlihatkan perubahan demi perubahan berlaku apabila kegiatan gerakan ini disertai oleh

orang Melayu. Antara tokoh kaum Melayu ketika itu ialah Ustaz Ashaari Haji Muhammad yang

merupakan ketua jemaah Darul Arqam.24 Kemudiannya diikuti beberapa ahli Darul Arqam yang

lain seperti Mohd Rom al-Khudri yang sering kali datang ke markas Jamaat Tabligh di Masjid

India ketika itu.

Dari segi kemajuaannya, pada tahun 1974 cuma terdapat 3 buah masjid sahaja di sekitar

Kuala Lumpur yang menjalankan kerja tabligh tempatan (maqami). Tetapi pada tahun 1975, atas

inisiatif Syed Mohammad Nasir yang mengadakan kegiatan tabligh di Masjid Al-Rahman,

Lembah Pantai telah menarik minat mahasiswa-mahasiswa Universiti ketika itu. Hasilnya, pada

tahun 1977 terdapat 20 buah masjid yang aktif bertabligh di Kuala Lumpur. Antara kegiatan

Jamaat Tabligh yang penting ialah mengadakan ijtimak dua kali setahun dan kebanyakan ijtimak

adalah bersifat tempatan dan tidak begitu besar.25 Gerakan Jamaat Tabligh mendapat cabaran dari

luar dan dalam apabila di dakwa sebagai gerakan agama yang menyeleweng dan perlu diatasi.

Gerakan Jamaat Tabligh merupakan sebuah gerakan dakwah yang berorientasikan sufi

namun pembangunan pendidikan agama gerakan Tabligh yang berlegar di sekitar ritual masih

berpusat secara tidak formal di masjid-masjid tertentu di Malaysia. Oleh itu, gerakan Jamaat

24
Mohd Jamil Mukmin. (2009). Gerakan Islam di Malaysia: Kesinambungan, Respons dan Perubahan (1957-2000).
Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Hlm 39.
25
Ibid. Hlm 8-9.

11
Tabligh di kategorikan sebagai sebuah gerakan Islam tradisional konservatif. 26 Menurut Dr

Mahathir Mohamad, selagi Tabligh tidak memberi cabaran politik, ia telah dibenarkan untuk

menjalankan tugasnya.27 Walaubagaimanapun, ia juga harus diperhatikan bahawa sementara

Tabligh tidak secara terbuka melibatkan diri dalam politik, ia juga hanya menjadi sebuah gerakan

dakwah yang bertujuan pendidikan moral dan agama ahli dan umatnya.

AL-ARQAM

IRNI ZAIRIEYNA AQMA BT ZAINAL FITRI
D20141067543
Abad ke-20 memperlihatkan pergolakan politik Malaysia yang dicorakkan oleh PAS dan UMNO.

Pada tahun 1968, muncul satu gerakan Islam dikenali sebagai Al-Arqam yang dipimpin oleh ustaz

Ashaari Muhammad yang memberi pengaruh dan kesan yang cukup mendalam melalui gerakan

dakwah mereka yang berusaha menarik semula masyarakat sekular kepada ajaran Islam yang

sebenar dengan membentuk jemaahnya sendiri untuk mengamalkan cara hidup Islam.28

Darul Arqam memberi perhatian istimewa kepada persoalan kehidupan secara syumul. Ini

dapat dilihat dalam penulisan Abdul Rahman Haji Abdulllah mengenai pernyataan ustaz Ashaari

Muhammad yang telah menggariskan haluan perjuangan Darul Arqam seperti berikut:

“Matlamat perjuangan kita ialah menegakkan kalimah Allah dalam diri, keluarga, rumah
tangga , jemaah, kampung halaman, dalam masyarakat, dalam pergaulan, pendidikan,
dakwah, ekonomi perubatan, perbidanan, politik, dalam cara hidup harian, dalam
kenduri kendara, dalam pertanian dan penternakan, dalam ketenteraan, dalam

26
Badlihisham Mohd Nasir. (2009). Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa. Sham Alam: Karisma
Publications. Hlm 105-106.
27
Farish A. Noor. (2010). On The Permanent Hajj: The Tabligh Jamaat at in South East Asia. Vol. 18, No. 4. Sage
Publications, Ltd. Hlm 722. http://www.jstor.org.ezpustaka.upsi.edu.my/stable/pdf/23750111.pdf diakses pada 18
Mac 2017.
28
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1987). Pemikiran Islam masa kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.
205.

12
perusahaan makanan dan lain-lain. Kalimah Allah ialah hukum Allah (ahkamullah).
Hukum Allah terbahagi kepada lima: wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Jadi
menegakkan hukum Allah ialah menegakkan kelima-lima hukum Allah dalam seluruh
aspek kehidupan kita”.29

Berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan, Al-Arqam sangat komited dengan perjuangan dalam

membentuk Islamic State berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi tunjang utama

dalam gerakan dakwah mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, al-Arqam menjadikan sunnah

Nabi Muhammad s.a.w sebagai cara hidup umat Islam. Hal ini kemudiannya turut disentuh oleh

Farish Noor di dalam bukunya Islam Embedded:

“Darul Arqam was an Islamic revivalist movement whose activities and approach to Islam
were very much couched in terms of a discourse of authenticity. Its leaders hoped to bring
their followers (and the rest of society, by extension) back to the golden age of Islam by
following a literal interpretation of Sunnah.”30

Justeru, ahli-ahli al-Arqam dilibatkan dalam bidang ekonomi, pendidikan kebudayaan, kesihatan,

dakwah, dan sebagainya. Proses ini dilakukan dengan melibatkan diri dalam masyarakat sama ada

sebagai pengguna, peniaga, pendidik ataupun pendakwah. Darul Arqam menggerakkan jemaahnya

menerusi aktiviti-aktiviti agama seperti usrah, kuliah, kelas fardu ain dan ceramah agama kepada

pembentukan iman dan takwa individu. Bagi Al-Arqam, fardu ain dan fardu kifayah perlu berjalan

seiring serta menjadi amalan penting dalam kehidupan muslim.31 Meninggalkan salah satu daripada

fardu itu menyebabkan proses melahirkan masyarakat Islam gagal.

29
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Gerakan Islam tradisional di Malaysia: sejarah pemikiran Tabligh dan Darul
Arqam. Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd, hlm. 64.

30
Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS
(1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute. hlm. 245.
31
Seng, A.W. (2005). Rahsia Al-Arqam. Pahang: PTS Millennia Sdn. Bhd, hlm. 17

13
Sungai Penchala dijadikan sebagai sebuah perkampungan Islam yang dilengkapi dengan pelbagai

kemudahan bagi menjalankan segala aktiviti mereka. Mereka hidup secara berdikari dengan

mengeluarkan bahan makanan sendiri bagi kegunaan jemaah Al-Arqam serta masyarakat Islam.

Mereka dianggap sebagai pelopor makanan Islam yang halal. Ini dilakukan kerana, mereka percaya

bahawa hati yang bersih lahir daripada makanan yang suci.32

Pengikut-pengikut Al-Arqam mengamalkan poligami sebagai salah satu cara hidup

mengikut sunnah nabi. Selain itu, mereka juga makan setalam dan berdakwah dengan cara yang

terbaik seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka tidak menghentam dan mengkritik,

sebaliknya menceritakan kebaikan orang yang mengamalkan sunnah. Ahli-ahli Darul Arqam

sangat keras menjaga hukum hijab dan menutup aurat. Bagi wanita, mereka diwajibkan memakai

jubah dan berpurdah. Manakala bagi lelaki, mereka digalakkan memakai serban dan jubah, kerana

ia merupakan pakaian Islam yang dikatakan berasaskan ajaran sunnah. Bagi Darul Arqam, inilah

bentuk kebudayaan Islam, bukannya kebudayaan Arab.33

Fasa perkembangan Al-Arqam

‘If individuals were moral and upright, society would also become clean
and wholesome. There would be justice and fair play…’34

Bagi Al-Arqam, untuk membangunkan negara, ia perlu dimulakan pada peringkat diri, kemudian

keluarga sebelum berkembang ke peringkat jemaah. Individu perlu dididik terlebih dahulu dengan

iman supaya lahir anggota masyarakat yang baik dan menjadi wadah kepada sebuah pembentukan

32
Ibid., hlm. 17.
33
Kamarul Nizam Abdullah. (2003). The politics of Islam in contemporary Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, hlm. 100.
34
Candra Muzaffar. (1987). Islam resurgence in Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, hlm. 46.

14
negara Islam. Menurut Al-Arqam, setiap individu perlu menjalani proses pendidikan (tarbiyah)

iman dan akhlak bagi membangunkan sebuah Negara Islam.

Perkembangan Darul Arqam dapat dilihat melalui beberapa fasa. Tahap yang terawal

adalah ‘membina insan dan memperbaiki diri dan keluarga’ (1968-72) melalui latihan ibadah

secara berjemaah. Darul Arqam berjaya menawan hati segenap lapisan masyarakat, termasuk

golongan profesional dan teknorat yang memainkan peranan penting sehingga tercetusnya

sekolah, pusat perubatan, perkhidmatan media dan projek-projek ekonomi yang secara

keseluruhannya mempamerkan sistem kehidupan Islam yang syumul. Setiap ahli Al-Arqam

bekerja kerana bekerja dianggap sebagai ibadat. Apabila dilakukan dengan bersungguh-sungguh,

akan mendapat pahala. Di dunia mungkin tiada mendapat apa-apa, tetapi ganjarannya adalah di

akhirat. Indoktrinasi ini mendorong ahli-ahli Al-Arqam bekerja kuat dan berkorban apa sahaja

untuk jemaah.

Fasa kedua dipanggil ‘era khidmat masyarakat dan membina Jemaah dengan kesyumulan

Islam’(1973-1979) melalui interaksi dengan masyarakat yang diperhebatkan menerusi program

ziarah, ceramah dan kursus kefahaman Islam. Kamarul Nizam dalam bukunya, The Politics of

Islam in Contemporary Malaysia:

‘Its weekly religious talk held on Sundays attracted thousands of people from all over
Peninsular Malaysia to commute to its base at Sungai Penchala.’35

Hal ini memperlihatkan ahli-ahli Al-Arqam sering melakukan muhasabah diri dan bermujahadah

melawan hawa nafsu. Ia bertujuan menyingkirkan sifat-sifat mazmumah yang negatif dalam diri

dan digantikan dengan sifat-sifat mahmudah yang positif.

35
Kamarul Nizam Abdullah, (2003). op. cit., hlm. 107.

15
Tahap ketiga ‘era antarabangsa dan Dunia Baru Islam’ (1980-90) memperlihatkan produk

Darul Arqam seperti makanan, bahan penerbitan dan persembahan hiburan mendapat sambutan

sehingga ke luar negara dengan penggunaan teknologi sendiri yang terkini. Cawangan Darul

Arqam menampakkan diri ke luar negara, melalui usaha pelajar tajaan Darul Arqam yang

mengikuti perjuangannya, khususnya ke Pakistan, Jordan , dan Mesir. Liputan media tentang Darul

Arqam mula kelihatan di negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand, dan

Australia. Aspek antarabangsa menjadi lebih penting apabila Ustaz Ashaari Muhammad

mengambil keputusan untuk merantau ke luar negara untuk satu jangka masa yang tidak dapat

ditetapkan pada akhir tahun 1988.36

Syukbah al-Tijarah Wal-Sina’ah atau Biro Perusahaan merupakan antara penyumbang

utama yang menggerakkan ekonomi Darul Arqam. Melalui Biro ini, didirikan kilang-kilang untuk

memproses dan mengeluarkan barang-barang seperti kicap, cili sos, tomato sos, cuka, mi, bedak,

minyak, sabun, ubat gigi dan sebagainya. Selain itu, terdapat kedai-kedai runcit dan pasar mini al-

Arqam yang dibina di merata tempat. Disamping itu wujud juga Biro Pertanian, Biro Kewangan

dan Biro Penerangan menjalankan tugas menyebarkan dakwah. Selain memiliki teknologi yang

tinggi dalam bidang media cetak, Darul Arqam juga memiliki Syukbah perubatannya sendiri, iaitu

Klinik al-Arqam yang bertempat di Desa Minang Batu Caves.

Secara keseluruhannya, sehingga tahun 1993, Darul Arqam telah mengendalikan 417 projek

ekonomi, meliputi 56 buah kilang perusahaan yang mengeluarkan 60 jenama barangan yang

berlainan, 20 pasar mini, 52 kedai runcit, 36 kedai buku, 21 kedai jahitan, 12 bengkel kenderaan,

36
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2001, Januari-Mac). Pemerintah dan gerakan Islam di Malaysia. (Pemikir: Membangun
Minda Berwawasan), (iii), Pemikir diterbitkan empat kali setahun oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan
kerjasama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Jurnal Foreign Affairs.hlm. 114.

16
18 restoran, 33 bas dan 20 teksi. Darul Arqam juga merupakan perintis kepada industri makanan

halal di Malaysia. Aset tetap Darul Arqam dalam negeri berjumlah RM300 juta.37

Pada awal tahun 1990-an memperlihatkan krisis yang berlaku dalam Darul Arqam

mengenai Aurad Muhammadiyah dan isu messianisme yang dikatakan sesat dan menyimpang dari

agama Islam yang sebenar. Pada 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan

pengharaman menyeluruh ke atas semua aktiviti Darul Arqam termasuk kegiatannya menyebarkan

Aurad Muhammadiah, sekolah, perkampungan, entiti perniagaan dan kegiatan sosiobudayanya.

Menyimpan barang-barang Darul Arqam yang mempamerkan logonya juga dianggap satu

kesalahan.38 Ustaz Ashaari dan pengikutnya juga ditahan dibawah tahanan ISA pada 2 September

1994 dan dibebaskan pada 28 Oktober 1994 di bawah perintah kediaman terhad. 39 Secara

keseluruhannya, walaupun dari sudut negatif Darul Arqam dilihat sebagai sebuah kumpulan ajaran

sesat, namun sumbangannya dalam membangunkan ekonomi Islam sangat membanggakan

terutamanya dalam hub makanan halal di Malaysia sehingga hari ini.

37
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2001). op. cit., hlm. 115.
38
Nagata, J. (2010). Authority and democracy in Malaysian and Indonesian Islamic movements, dalam Johan
Saravanmuttu, (Eds.), Islam and politics in Southeast Asia. New York: Routledge Taylor & Fracis Group, hlm. 31.
39
Means, Gordon P. (2009). Political Islam in Southest Asia. Selangor: Vinlin Press Sdn. Bhd, hlm. 132.

17
PENGABAIAN ISLAM (1973-1977)
HASIMAH BINTI HASSAN
(D20141067549)

Perkembangan Islam di Malaysia turut digerakan oleh parti politik di Malaysia antaranya

ialah Parti Islam SeMalysia (PAS). Ideologi awal perjuangan PAS ketika itu ialah gabungan

antara Islam dan Fahaman Kebangsaan Melayu.40 Jika diteliti ideologi PAS berbeza dengan

ideologi politik Islam yang sebenar . Hal ini demikian kerana teori politik Islam adalah

berlandaskan al-Quran dan Hadis serta menggunakan sistem pemerintahan Khalifah 41 dan dalam

Islam tidak menyentuh tentang bangsa. Hal ini demikian kerana Ideologi PAS banyak dipengaruhi

dengan kebangkitan Islam dari luar, iaitu dipengaruhi dengan gerakan Islam di India, Pakistan,

Sudan dan Mesir.42

Pengabaian Islam berlaku apabila PAS bersetuju untuk menyertai Barisan Nasional pada 1

Januari 1973.43 Pengabaian Islam dapat dilihat melalui agenda politik yang diperjuangkan oleh

Asri Muda iaitu Nasionalisme Melayu.44 Asri Muda telah mengabaikan agenda politik PAS yang

berjuang untuk menegakkan agama Islam. Semasa kepimpinan Asri Muda, beliau lebih

mementingkan hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai masyarakat Islam di Malaysia. 45

Semasa menjadi ketua PAS beliau telah menyampaikan manifestonya yang berhubung dengan hak

40
Wan Hashim Wan The. (1993). Memoir Politik Asri Meniti Arus. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hlm 26.
41
Safie bin Ibrahim. (1981). The Islamic Party of Malaysia Its Formative Stage and Ideologi. Bangi, Selangor:
Universiti Malaya. Hlm 76.
42
Syed Serajul Islam. (2005). The Politics of Islamic Identity in Southeast Asia. Malaysia: Thomson Asia Pte. Ltd.
43
Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party Pas
(1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute. Hlm 253.
44
Shukri Ahmad. (2007). Demokrasi dan Dunia Islam : Persepektif Teori Dan Praktik. Mohd Izani Mohd Zain (Pnyt).
Penyertaan Ulama dalam Politik dan Pilihan Raya di Semenanjung Malaysia dari 1950-an hingga 1990-an. Kuala
Lumpur : Penerbit UNiversiti Malaya. Hlm 200.
45
Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party Pas
(1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute. Hlm 252.

18
dan keistimewaan masyarakat Melayu. Farish A. Noor (2004) The included the defence of the

Malay language, the role of the Malay Sultans as guarantors of Malay interests, Malay land right,

Malay settlements, the place of Malay culture in the contruction of the national culture and the

special status of the religion of the Malays, Islam.46 Ketika Asri Muda memperjuangkan hak

masyarakat Melayu, UMNO, ABIM dan Darul Arqam berlumba-lumba untuk melakukan

Islamisasi. Melalui manifesto yang disampaikan oleh beliau tidak mengenengahkan isu agama

dalam syarahannya. Sedangkan PAS merupakan parti yang bertujuan untuk menegakkan Islam.

Berhubung dengan manifesto yang diucapakan oleh beliau terdapat pertentangan dengan Ideologi

PAS yang dahulunya lebih fokus untuk menegak Islam.

Kemudian penyertaan PAS dalam Barisan Nasional menerima banyak tentangan daripada

ahli PAS sendiri kerana penyertaan PAS dalam Barisan Nasional ini tidak mendapat persetujuan

daripada ahli PAS secara keseluruhannya. Penentangan ini juga disebabkan oleh matlamat yang

diperjuangkan oleh PAS dan UMNO adalah berbeza. PAS adalah parti yang memperjuangkan

Islam47, manakala UMNO pula parti yang melindungi hak-hak dan keistimewaan orang Melayu

atas dasar status pribumi.48 Penentangan ini menyebabkan Asri Muda telah menggunakan

kuasanya sebagai ketua parti dan memecat sesiapa sahaja yang menentang arahannya. 49 Selain itu,

ada dalam kalangan ahli PAS telah meninggalkan parti secara sukarela seperti Amaluddin.

Amaluddin telah mengkritik cara pemrintahan Asri Muda yang bersifat autokratik, manakala

generasi baharu dianggap sebagai pengkhianat Islam dan falsafah yang diketengahkan oleh Dr.

46
Ibid. hlm 252.
47
Shukri Ahmad. (2007). Demokrasi dan Dunia Islam : Persepektif Teori Dan Praktik. Mohd Izani Mohd Zain (Pnyt).
Penyertaan Ulama dalam Politik dan Pilihan Raya di Semenanjung Malaysia dari 1950-an hingga 1990-an. Kuala
Lumpur : Penerbit UNiversiti Malaya. Hlmn 200.
48
Chandra Muzaffar. (1987). Islamic Resurgence in Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlmn 79.
49
Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party Pas
(1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute. Hlm 255.

19
Burhanuddin dan Dr. Zulkiflee. Mereka yang meninggalkan Parti PAS menganggap penyertaan

PAS ke dalam Barisan Nasional akan menghentikan perjuangan PAS yang untuk menegakkan

Islam.

Pada tahun 1973-1974 berlaku gerakan pelajar yang menentang kerajaan kerana kerajaan

banyak melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan golongan elite sebagai

pemerintah. Farish A. Noor (2004) As usual, most of their venom was directed towards the

corruption and abuse of power they saw among the rulling in the country. Golongan pelajar

melihat cara pentadbiran kerajaan Malaysia tidak berlandaskan Islam kerana sikap pemimpinnya

sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran mereka. Sebagai contoh selepas

pembukaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelajar telah menentang ketua parti UMNO

iaitu Dato Harun Idris kerana beliau telah didakwah mengaut keuntungan dalam penjualan kayu

semasa pembinaan kampus UKM sedang dijalankan.50 Hal ini menunjukkan bahawa pemimpin

UMNO sendiri tidak mengamalkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran.

Kemudian pemberontakan telah berlanjutan sehingga bulan Disember 1974, di Kuala

Lumpur. Ketika itu berlaku demonstrasi dalam kalangan pekebun kecil getah yang terdiri daripada

masyarakat Melayu yang bangkit menentang kerajaan kerana mereka mendakwa kerajaan telah

mengabaikan mereka setelah harga getah jatuh.51 Kejatuhan harga getah telah menyebabkan

kehidupan pekebun kecil semakin susah kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Demonstrasi

ini turut disokong oleh gerakan pelajar iaitu Majlis Belia Malaysia (MBM) dan gerakan belia Islam

seperti ABIM.52 Kemudian kerajaan telah menangkap pelajar-pelajar yang terlibat dalam

50
Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party Pas
(1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Socioloigical Research Institute. Hlm 263.
51
Ibid. hlm 264.
52
Ibid. hlm 265.

20
demonstrasi tersebut dan ditahan dibawah akta Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semasa UMNO menangani masalah ini PAS tidak diberi peluang untuk campur tangan dalam kes

ini. Ketika peristiwa ini PAS sepatutnya membantu golongan pelajar ini agar tidak ditahan oleh

pihak kerajaan kerana mereka adalah pelajar yang bangkit menentang kerajaan demi menegakkan

Islam disamping itu membantu pemberontakan yang dilakukan oleh golongan pekebun kecil. Jika

diteliti ketika itu pemimpin PAS lebih mementingkankan kedudukannya dalam Parti Barisan

Nasional berbanding cuba membantu golongan pelajar tersebut.

Walau bagaimanapun, prestasi Asri Muda sudah lama terjejas sebelum PAS menyertai

Barisan Nasional lagi. Hal ini demikian kerana, Asri Muda terlibat dalam skandal rasuah dan

pergolakan politik di Kelantan.53 Selain itu, beberapa pemimpin PAS sendiri yang bukan ‘Ulama’

didakwa tidak lagi memaparkan keperibadian Islam seperti yang diperjuangkan apabila didakwa

turut mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan politik seperti isu pembalakan

di Kelantan.54 Isu tanah untuk projek tanaman tebu gula sebanyak 40,000 ekar, isu tanah

pembalakan seluas 200,000 ekar di Dabung-Jeli, dan masalah kegagalan sembilan syarikat untuk

membayar royalti tahunan yang mencecah RM 869,625.49 sehingga akhir tahun 1971 telah

menjejaskan reputasi Asri Muda ketika itu.55 Hal ini menunjukkan bahawa pemimpin PAS sendiri

tidak mengamalkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran. Kemudian pada tahun 1967 kerajaan

Kelantan hampir muflis kerana PAS telah membuat pinjaman kepada Bank Perdagangan untuk

membina jambatan yang merentasi Sungai Kelantan bagi menghubungkan bandar Kota Bharu

dengan kampung Pasir Pekan dan sekali gus menghubungkan Kelantan Timur dan Barat yang

53
Kamarulnizam Abdullah. (2003). The Politics of Islam in Contemporary Malysia. Malaysia: Universiti Kebangsaan
Malaysia. Hlmn 137.
54
Shukri Ahmad. (2007). Demokrasi dan Dunia Islam : Persepektif Teori Dan Praktik. Mohd Izani Mohd Zain (Pnyt).
Penyertaan Ulama dalam Politik dan Pilihan Raya di Semenanjung Malaysia dari 1950-an hingga 1990-an. Kuala
Lumpur : Penerbit UNiversiti Malaya. Hlmn 201.
55
Ibid. Hlmn 201.

21
dibelah oleh Sungai Kelantan.56 Namun begitu, kerajaan Kelantan gagal membayar hutang

tersebut.

Oleh itu, Tun Razak telah mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk

bekerjasama dengan PAS. Selain itu, Tun Razak dan Hussein Onn juga menganggap PAS adalah

sebuah kerajaan yang boleh mengancam kedudukan UMNO57 kerana PAS mempunyai pengaruh

yang kuat di Kelantan dan Terengganu. Perkara ini disebabkan oleh keputusan Pilihanraya pada

tahun 1959 membuktikan PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, melalui

kerjasama ini UMNO dapat mengawal tindakan PAS buktinya semasa pemimpin-pemimpin PAS

di Johor dan Perak berusaha untuk membuka cawangan baru tetapi sering dihalang oleh UMNO.58

Jelaslah bahawa berlaku pengabaian Islam oleh PAS semasa menyertai Parti Barisan

Nasional. Kesan daripada pengabaian Islam masyarakat Melayu yang menyokong perjuangan

PAS meneliti perkembangan ini dan menilai PAS serupa dengan UMNO dalam menangani isu

orang Melayu dan Islam.59 Malah mereka menganggap PAS sudah tidak lagi menepati kehendak

dan idea sebuah pergerakan Islam. Jika diteliti cara kepimpinan Asri Muda dalam PAS telah

menenggelamkan Ideologi PAS yang berjuang untuk menegakkan Islam. Hal ini demikian kerana

Asri Muda lebih banyak memperjuangkan soal Hak Istimewa Orang Melayu Islam berbanding

menegakkan Islam di Malaysia. Cara kepimpinan Beliau berbeza dengan Dr. Burhanuddin al-

Helmy dan Dr. Zulkiflee Muhammad kerana mereka mencetuskan sentiment nasionalisme Melayu

56
Wan Hashim Wan The. (1993). Memoir Politik Asri Meniti Arus. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hlmn. 87.
57
Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party Pas
(1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute. Hlm 276.
58
Shukri Ahmad. (2007). Demokrasi dan Dunia Islam : Persepektif Teori Dan Praktik. Mohd Izani Mohd Zain (Pnyt).
Penyertaan Ulama dalam Politik dan Pilihan Raya di Semenanjung Malaysia dari 1950-an hingga 1990-an. Kuala
Lumpur : Penerbit UNiversiti Malaya. Hlm 201.
59
Ibid. Hlm 201

22
yang digarap bersama inspirasi agama bertujuan untuk mempertahankan dasar-dasar Islam

mengikut al-Quran dan Sunnah.60 Walaupun menggunakan unsur bangsa dalam Ideologi PAS

namun unsur-unsur Islam tetap diperjuang. Bertentangan dengan Asri Muda yang kurang

menekankan soal keagamaan dalam pentadbirannya semasa berkerjasama dengan UMNO.

60
Ibid. hlm 197.

23
PERKEMBANGAN PAS PADA TAHUN 1982 SEHINGGA TAHUN 1988
Bibi Zura Royhan Binti Abdullah
D20141067505

Pada tahun 1982, berlaku peralihan kepimpinan yang dramatik dan orientasi semula

organisasi dalam parti PAS.61 Dalam tahun yang sama, golongan dalam PAS yang dikenali sebagai

“Turki Muda” mula membuat rampasan kuasa terhadap Asri Muda dan sekaligus menggulingkan

beliau. Keadaan ini membawa kepada kebangkitan yang dikenali sebagai “golongan ulama” yang

dipimpim oleh Yusof Rawa, Nik Aziz, Fadzil Noor, Hadi Awang dan golongan yang menyokong

Revolusi Islam di bawah pimpinan ulama sebagai ideologi PAS yang baru. Dalam tahun 1980-an

dan 1990-an, PAS telah berkembang sebagai parti pembangkang Melayu-Islam yang terpenting di

Malaysia. Pada ketika ini, parti Islam menjadi ancaman terbesar kepada kuasa UMNO dan berlaku

penentangan dan permusuhan beberapa kali antara kedua-dua pihak sehingga membawa kepada

konfrontasi yang ganas yang melibatkan pasukan keselamatan negara.62 Dua faktor yang

memainkan peranan yang penting dalam mengubah imej dan identiti PAS adalah revolusi yang

berlaku di Iran dan juga perlumbaan dalam menunjukkan siapa yang lebih Islam antara UMNO

dan PAS.63

61
Julie Chernov Hwang. (2010). When parties swing: Islamist parties and institutional moderation in Malaysia and
Indonesia. South East Asia Research, Vol. 18, No. 4, SPECIAL ISSUE: ISLAMIC CIVIL SOCIETY IN SOUTH EAST ASIA—
LOCALIZATION AND TRANSNATIONALISM IN THE UMMAH. Sage Publications, Ltd. Hlm 641. Diakses pada (22-03-
2017 06:18 UTC). http://www.jstor.org/stable/23750963
62
Farish A. Noor. (2003). Blood, Sweat and Jihad: The Radicalization of the Political Discourse of the Pan-Malaysian
Islamic Party (PAS) from 1982 Onwards, Contemporary Southeast Asia. Vol. 25, No. 2. ISEAS - Yusof Ishak Institute.
Hlm 203-204. Diakses pada (22-03-2017 06:10 UTC).
http://www.jstor.org/stable/25798640?seq=4#page_scan_tab_contents,
http://www.jstor.org/stable/25798640?seq=5#page_scan_tab_contents
63
Ibid

24
Kebangkitan Islam di seluruh dunia yang berlaku pada akhir tahun 1970-an telah memberi

kesedaran kepada hampir semua negara Islam untuk berjuang mempertahankan agama Islam. Hal

ini turut mempengaruhi golongan reformis di Tanah Melayu pada ketika itu dimana secara

langsung telah mengubah PAS menjadi salah satu gerakan yang tulen dengan menekankan

kesyumulan sistem Islam. Kejayaan revolusi di Iran dalam mengubah sistem politik dari monarki

kepada republik64 atau sistem pemerintahan Islam telah memberi kesedaran kepada semua

golongan reformis di seluruh negara-negara Islam untuk memimpin negara mereka menuju kearah

sistem pemerintahan Islam termasuklah di Tanah Melayu.

Revolusi Islam ini dipelopori oleh tiga orang tokoh jurnalis ideologi Islam yang terkenal iaitu

Sayyid Qutb, Maulana Maududi dan Ayatollah Khomeini yang mana mengetuai Revolusi Islam di

Iran.65 Kepimpinan ulama di Iran yang telah berjaya memimpin gelombang kesedaran Islam secara

besar-besaran telah memberi kesedaran kepada Pemuda PAS Pusat untuk meletakkan ulama

sebagai teras kepimpinan.

Pada penghujung tahun 1982, Tuan Haji Yusof Rawa telah mengambil alih tampuk

pemerintahan PAS yang ketika itu keadaan politik PAS sedang berpecah belah. Era pemerintahan

beliau dikenali sebagai permulaan kepada era kepimpinan ulama dimana dapat dilihat PAS telah

kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan

kepada kewajipan tersebut. Penegasan terhadap Islam sebagai dasar PAS turut diperjelaskan oleh

beliau iaitu:

“Kemenangan Islam tidak akan datang dengan sendirinya. Allah telah

64
Al Husaini M Daud & Nurdan. (2013). KEBANGKITAN REVOLUSI ISLAM IRAN. Prosiding SNYuBe. Hlm 349. Diakses
pada (15-03-2017). http://jurnal.pnl.ac.id/wp-content/plugins/Flutter/files_flutter/1389071793U09.AlHusaini.pdf
65
Gordon P. Means. (2009). Political Islam in Southeast Asia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research
Development Centre. Hlm 154

25
menentukan bahawa kejayaan dalam kehidupan dunia adalah hasil jihad yang berterusan”66

Dua perkembangan yang sangat penting sewaktu pemerintahan beliau ialah bermulanya era

kepimpinan ulama dalam parti dan juga memantapkan lagi radikal dan unsur-unsur Islam dalam

wacana politik PAS. Sikap peka beliau terhadap perjuangan parti telah membawa kepada

penyusunan semula organisasi dalam parti PAS. PAS dibawah kepimpinan Yusof Rawa telah

berkembang sebagai sebuah parti Islam yang menentang keras semangat assabiyah (perkauman

atau etnosentrisme), sekular, dan maddiyyah (kebudayaan materialistik) pada zaman

perkembangan sistem kapitalis yang digalakkan oleh UMNO dibawah pimpinan Mahathir. 67

Yusof Rawa telah memperkenalkan dua pendekatan sewaktu pemeritahan beliau iaitu yang

pertama orientasi semula ideologi. Dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke 29 pada 29

April 1983 iaitu Kearah Pembebasan Ummah, beliau telah membawa ideologi bangsa atau

nasionalisme atas alasan bahawa ia adalah pada dasarnya satu bentuk asabiyyah yang merupakan

imbasan sewaktu zaman jahiliyyah sebelum kedatangan islam. Beliau juga menolak ideologi diatas

dengan alasan bahawa ia merupakan salah satu idea sewaktu zaman kolonial seperti pembentukan

komuniti politik yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam dan punca

kelemahan parti Islam dalam tahun 1970-an.68 Selain itu, dalam ucapannya juga, beliau turut

66
“The victory of Islam will not come by itself. Allah has ordained that victory in this world will only come to those
who are prepaired to engaged in a Jihad that is never ending”. Quoted in Mujahid Yusof Rawa, Permata Dari Pulau
Mutiara: Suatu Catatan Hidup Ayahandaku Haji Yusof Rawa. (2001). Shah Alam: Warathah
Haji Yusof Rawa Sdn Bhd Angkatan Edaran Enterprise. Hlm 128. Dalam. Blood, Sweat and Jihad: The Radicalization
of the Political Discourse of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) from 1982 Onwards, Contemporary Southeast
Asia. Vol. 25, No. 2. Hlm 200. Diakses pada (22-03-2017 06:10 UTC).
http://www.jstor.org/stable/25798640?seq=1#page_scan_tab_contents

67
Farish A. Noor. (2003). Blood, Sweat and Jihad: The Radicalization of the Political Discourse of the Pan-Malaysian
Islamic Party (PAS) from 1982 Onwards, Contemporary Southeast Asia. Vol. 25, No. 2. ISEAS - Yusof Ishak Institute.
Hlm 208. Diakses pada (22-03-2017 06:10 UTC).
http://www.jstor.org/stable/25798640?seq=9#page_scan_tab_contents
68
Ibid. Hlm 209

26
membentangkan tiga perkara iaitu kepimpinan ulama dimana beliau menekankan orang-orang

Islam mesti menjadi pemimpin PAS dan juga komuniti muslim kerana mereka adalah pewaris dan

pembela Islam. Kedua ialah kejayaan Revolusi Islam di Iran yang harus dijadikan sebagai

pengajaran kepada PAS untuk membentuk kepimpinan ulama dan yang ketiga ialah pendirian PAS

terhadap kemajmukan rakyat Malaysia dimana beliau tidak bersetuju terhadap mereka yang ragu-

ragu dengan keupayaan dan kesesuaian Islam dalam menghadapi kepelbagaian etnik dan agama

di Malaysia. PAS bukanlah untuk orang Melayu dan Islam sahaja kerana perjuangan Islam adalah

untuk membebaskan semua manusia daripada kezaliman, penindasan dan kesengsaraan.69

Manakala dalam Ucapan Muktamar Tahunan PAS ke 30 pada tahun 1984 iaitu

Menggempur Pemikiran Asabiyyah, beliau berucap bahawa orang Melayu mewarisi sikap

nasionalisme dan fanatik terhadap penjajahan barat yang menentang Islam. Beliau menyeru semua

orang Melayu agar mengabaikan sikap nasionalisme dan fanatik terhadap asabiyyah kerana ia

merupakan pemikiran yang mundur. Beliau juga berucap mengenai pendekatan Islam yang

diperkenalkan oleh UMNO dimana beliau tidak yakin polisi Islamisasi yang diperkenalkan oleh

UMNO akan berjaya kerana pada pandangan beliau pemimpin UMNO adalah sekular. Justeru itu,

beliau juga turut memperkenalkan idea-idea pembaharuan dalam Majalah Al-Islah. Dalam hal ini,

beliau memberi penekanan yang lebih kepada sistem pendidikan kerana tanda maju dan

mundurnya sesebuah tamadun adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan

sangat penting untuk mengubah sesebuah masyarakat dimana pendidikan yang sempurna akan

69
Prof. Dr. Ibrahim Abu Bakar. (2009). PAS and Its Islamist Fundamentalism in Malaysia, Jurnal Of Human Sciences.
Issue. 43. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 15-16. Diakses pada (15-03-2017).
https://www.researchgate.net/publication/228383097_PAS_and_Its_Islamist_Fundamentalism_in_Malaysia

27
memandu masyarakat ke arah umat yang mulia dan dapat menjaga keselamatan diri, agama dan

negara.70

Pendekatan kedua yang diperkenalkan oleh Yusof Rawa sewaktu pemerintahan beliau

ialah pembaharuan institusi dan kebangkitan ulama. Walaupun PAS sudah mempunyai

perlembagaan dan prosedur keahlian tersendiri, namun Yusof Rawa tetap membuat pembaharuan

dalam institusi parti itu untuk menguji komitmen dan keperibadian ahli-ahlinya. Perkara pertama

yang diperkenalkan ialah mengangkat sumpah taat setia (ba’yat) terhadap PAS, dan tiada parti

politik dan organisasi lain mahupun Gerakan Islam yang lain termasuklah ABIM, Darul Arqam

dan Tablighi Jamaat dalam negara harus ditaati selain PAS.71 Selain itu, beliau juga turut

memperkenalkan usrah atau perjumpaan secara kumpulan yang dibahagikan kepada tiga sesi iaitu

usrah antara ketua-ketua parti dan juga ahlinya, usrah untuk muslimat juga digalakkan dan juga

dalam beberapa majlis seperti kenduri. Hal ini untuk menggalakkan mereka memahami,

memperkembangkan dan menyebarkan ideologi parti dalam kalangan ahli mahupun bukan ahli.72

Selain itu, beliau juga menyokong idea PAS untuk menubuhkan Majlis Syura Ulama.

Semasa era kepimpinan beliau, satu gelombang besar yang berlaku dalam PAS dimana

beliau telah berjaya menarik perhatian graduan Melayu samada dari universiti dalam negara

mahupun universiti luar negara seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia,

pemimpin korporat menjadi pemnyokong atau ahli PAS.73 PAS juga telah membina jambatan

70
Hamidah Jalani. (2013). Yusof Rawa dan Majalah Al-Islah: Kajian Terhadap Idea-idea Pembaharuan. (Tesis Ijazah
Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya). Hlm 176. Diakses pada (15-03-2017).
http://studentsrepo.um.edu.my/5250/4/4BAB_KEEMPAT.pdf
71
Ibid. Blood, Sweat and Jihad: The Radicalization of the Political Discourse of the Pan-Malaysian Islamic Party
(PAS) from 1982 Onwards, Contemporary Southeast Asia. Vol. 25, No. 2. Hlm 210.
http://www.jstor.org/stable/25798640?seq=11#page_scan_tab_contents
72
Ibid. Hlm 210-211
73
Ibid. PAS and Its Islamist Fundamentalism in Malaysia, Jurnal Of Human Sciences. Issue. 43. Hlm 17-18.

28
dakwah dengan masyarakat bukan Islam dengan membentuk Majlis Perundingan Cina (CCC)

sewaktu Pilihanraya Umum Malaysia 1986.74

Peralihan sistem pemerintahan yang berbentuk radikal dengan pendekatan yang agresif

telah menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang berkembang secara tersusun pada tahun 1982

sehingga 1988 dibawah pemerintahan Yusof Rawa. Melalui ucapan dan tulisannya, beliau telah

membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin dan pemikir yang berwibawa, mencantumi

dalam dirinya kedua-dua aliran fahaman, iaitu Islam reformis yang progresif dan Islam tradisional

yang berpusat kepada mazhab Ahli Sunah, terutamanya mazhab Syafi’e.75

74
Ibid.
75
Hamidah Jalani. (2013). Yusof Rawa dan Majalah Al-Islah: Kajian Terhadap Idea-idea Pembaharuan. (Tesis Ijazah
Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya). Hlm 90. Diakses pada (15-03-2017).
http://studentsrepo.um.edu.my/5250/2/2BAB_KEDUA.pdf

29
DR. MAHATHIR DAN DASAR ISLAMISASI
FATIN SYAFIRAH BINTI JAMIL
D20141067514

Mahathir terkenal melalui kepimpinan beliau yang berlainan daripada Perdana Menteri

Malaysia sebelumnya dengan mengambil serius terhadap peranan Islam dalam pentadbiran negara.

Sebagai pemimpin negara pada ketika itu Dr. Mahathir telah mengambil pendekatan nilai-nilai

Islamik yang ideal untuk membangunkan negara bermula pada tahun 80-an.76 Objektif kepada

polisi yang beliau perkenalkan ini adalah untuk menghasilkan individu masyarakat yang

mempunyai karakter yang baik, bertanggungjawab kepada Tuhan, diri sendiri, masyarakat, bangsa,

agama dan negara.77

Islamisasi di Malaysia ialah program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membentuk

persekitaran, budaya dan ketamadunan Islam.78 Dr Mahathir mencadangkan pelaksanaan program

tersebut dijalankan secara pragmatik agar masyarakat dapat melihat Islam itu sebagai satu cara

hidup dan tidak berpegang kepada pemikiran yang sempit.79 Hal ini meliputi pelbagai aspek

termasuklah dari segi politik, ekonomi, dan sosial. Tahun 1981 kerajaan giat mempromosikan

ideologi Islam moden sebagai prinsip pentadbiran untuk membina islam yang bersifat universal.80

Sehubungan dengan itu, Dr. Mahathir telah membawa masuk Anwar Ibrahim yang

merupakan presiden ABIM untuk menyertai angkatannya dalam melaksanakan reformasi Islam di

76
Aziz Zariza Ahmad. (1997). Mahathir’s Paradigm Shift: The Man Behind the Vision. Selangor Darul Ehsan: Firma
Malaysia Publishing. Hlm, 67.
77
Ibid.
78
Kamarulnizam Abdullah, (2003). The Politics Of Islam In Contemporary Malaysia. Bangi :Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlm, 181.
79
Aziz Zariza Ahmad. (1997). Hlm,73.
80
Edmund Terence Gomez. (Eds.). (2004). The State of Malaysia: Ethnicity, equity and reform. London and New
York: RoutledgeCurzon. Hlm, 229.

30
Malaysia.81 Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi kelebihan politik kepada kepimpinan

beliau sebagai Perdana Menteri pada ketika itu. Hal ini turut disokong oleh Barry Wain dalam

bukunya yang bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times.

Barry Wain (2009) :

...“Dr. Mahathir co-option of Anwar was a master stroke, because its not only took much of the
steam out of ABIM but also deprived PAS of a valuable ally... Its strengthened Dr. Mahathir’s
“Islamic” image and enabled him to make a coordinated and comprehensive responsive to the
dakwah phenomenon.”
Menerusi langkah tersebut, Mahathir telah berjaya menyekat perluasan kuasa Partai Islam (PAS)

dan ABIM sebagai pakatan yang akan menentang politik parti kerajaan. Kemasukan Anwar

Ibrahim di dalam Parti UMNO adalah sebagai tiket bagi Barisan Nasional (BN) untuk mendapat

sokongan daripada rakyat dan membantu BN dalam menekankan isu-isu agama dalam

pemerintahan.82 Selari dengan itu, bagi Anwar keputusannya masuk ke dalam parti kerajaan

merupakan suatu platform yang baik untuk merealisasikan idealisme beliau berkaitan

perkembangan Islam di Malaysia yang perlu diseimbangkan dari segi material dan spiritual.83

Perkara ini dapat dilihat menerusi peranan beliau dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Dr. Mahathir menyedari bahawa agama boleh digunakan untuk mendidik masyarakat agar

mereka sedar terdapat pelbagai prinsip penting yang perlu diterapkan dalam diri supaya

masyarakat negara ini lebih berjaya. Menurut beliau kecemerlangan tersebut akan dapat dicapai

menerusi ilmu pengetahuan. Oleh itu, pada tahun 1983, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)

telah ditubuhkan dengan objektif untuk melaksanakan pendidikan yang berasaskan kepada

81
Barry Wain. (2009). Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies. Hlm, 222.
82
Means G. P. (2009). Political Islam in Southeast Asia. Petaling Jaya: Strategic Information and Research
Development Centre. Hlm, 124.
83
Kamarulnizam Abdullah, (2003). The Politics Of Islam In Contemporary Malaysia. Bangi :Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. Hlm, 163

31
worldview Islam yang sebenar.84 Kurikulum UIAM adalah berorientasikan kurikulum Universiti

Al- Azhar di bawah pemantauan Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai Presiden bagi universiti

tersebut. Menurut Dr. Mahathir, UIAM adalah satu institusi perintis ‘seeking to promote Islamic

concept of unified education, providing alternative to the modern secular education that separates

the physical realities from the spiritual’.85 Antara cabang ilmu yang diberi penekanan pada ketika

itu ialah Undang-undang Syariah dan sistem perekonomian berasaskan prinsip Islam yang

diharapkan dapat membantu masyarakat terutamanya golongan Melayu dalam aspek intelektual

agar lebih berjaya.

Proses Islamisasi Dr. Mahathir telah menjadikan Islam sebagai elemen penting dan

komitmen utama dalam perkembangan ekonomi Malaysia.86 Sejajar dengan itu, Dr. Mahathir juga

mengambil pendekatan islamik untuk tujuan ekonomi, ‘ ...the new emphesis on Islam was expected

to generate social political changes to enable Malays to adapt to the demands of an industrialize,

highly productive economy’.87 Oleh itu, Bank Islam telah ditubuhkan dengan mengamalkan sistem

perbankan berdasarkan prinsip Islam. Sistem bank ini beroperasi tanpa mengamalkan unsur riba

atau kadar faedah yang tinggi seperti yang diamalkan oleh sistem perbankan barat. Di samping itu,

Lembaga Tabung Haji turut diperkenalkan bagi membolehkan masyarakat muslim menabung

untuk keperluan dan persediaan menjalankan ibadah haji di Mekah. Selain itu, islamisasi dalam

ekonomi juga dapat dibuktikan menerusi tindakan Anwar memperkembangkan sistem kewangan

islamik selaku Menteri Kewangan Malaysia.88 Berdasarkan sistem tersebut beliau telah

84
Mohd Rumaizudin Ghazali. (2011). Pembangunan Islam di Malaysia dalam Era Mahathir. Negeri Sembilan:
Universiti Sains Islam Malaysia Hlm, 137.
85
Ibid, hlm 140.
86
Barry Wain.(2009). Hlm, 217.
87
Means. G. P. (2009). Political Islam in Southeast Asia. Selangor: Strategic Information and Research Development
Centre. Hlm, 125.
88
Kamarulnizam Abdullah, (2003). Hlm, 183.

32
memperkenalkan pasaran saham Islam yang mana syarikat yang disenaraikan tidak dibenarkan

terlibat dalam kegiatan ekonomi yang tidak islamik terutamanya kegiatan perjudiaan dan penjualan

arak.

Idea politikal Islam moden yang dibawa oleh Dr. Mahathir turut membuat perkaitan

tentang perkara-perkara yang dibenarkan dan dilarang dalam ajaran Islam dengan pembaharuan-

pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada ketika itu. Menurutnya Islam sentiasa berkait

dengan segala strategi pembangunan kerajaan khususnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang

objektifnya adalah untuk mencapai masyarakat membangun 2020. Bagi beliau era itu adalah

zaman Islam moden yang sepatutnya lebih terbuka dalam membuat pelaburan dan terlibat dengan

sektor teknologi, seperti yang dilaksanakan di negara-negara Barat.89

Di samping itu, bagi mengukuhkan lagi dasar islamisasi yang beliau bawa, suatu dasar

yang dikenali sebagai “Bersih, Cekap dan Amanah” telah diperkenalkan. Perkara ini adalah

bertepatan dan selaras dengan konsep Kepimpinan Melalui Teladan yang sekaligus membawa

kepada penerapan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat khususnya orang-orang Islam.90

Hal ini adalah untuk merapkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan masyarakat yang

diterima oleh alam sejagat. Melalui dasar tersebut kerajaan telah melancarkan kempen anti rasuah

dengan membongkar skandal rasuah Bumiputera Malaysian Finance (BMF).91 Pembongkaran

skandal tersebut dilihat telah menyebabkan Mahathir mendapat sokongan politik daripada rakyat

kerana dia dianggap sebagai “Man of Action” yang menunaikan janjinya untuk menghapuskan

gejala rasuah dalam institusi pentadbiran kerajaan.92

89
Barry Wain.(2009). Hlm, 223
90
Mohd Rumaizudin Ghazali. (2011). Hlm,93
91
M. Rajendran. (1993). Mahathir Mohamad Prime Minister of Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd. Hlm, 134
92
Ibid, Hlm, 134.

33
Isu mempromosikan nilai-nilai Islam dan menentukan isi kandungan yang perlu diterapkan

dalam masyarakat menjadi kepentingan kepada kerajaan. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah

mengambil langkah melantik 100 orang ulama untuk bekerja di bawah Jabatan Perdana Menteri

terutamanya di bahagian Pusat Islam.93 Manakala, dalam bahagian Kementerian Pendidikan

seramai 715 orang ulama bekerja untuk menyediakan kurikulum dan sukatan pelajaran untuk

pendidikan Islam yang akan diajarkan di sekolah-sekolah awam. Sehubungan dengan itu, Jabatan

Agama yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelumnya telah diberi nama baru iaitu Jabatan

Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM).94 Jabatan ini bertanggungjawab untuk merangka

polisi-polisi dan undang-undang berkaitan hal ehwal Islam yang akan dihantar ke parlimen.

Sepanjang pimpinan Dr. Mahathir, pembaharuan Islam dalam hal ehwal pentadbiran dapat

dilihat dengan jelas. Interpretasi islam dalam zaman moden yang dibawa oleh beliau telah

membawa kepada pembangunan yang pesat kepada negara Malaysia. Hal ini bertepatan dengan

kenyatan G.P. Means, ‘...the answer to this unresolved Islamic predicament will gradually evolve

by how ordinary Muslims combine the basic values and assumptions of their faith with the realities

of their everyday lives.95 Pendekatan Islam yang disepadukan dengan pelbagai jenis cabang ilmu,

sebagai asas dalam perundangan dan perekonomian telah membawa Malaysia mencapai ke suatu

titik ketamadunan yang membanggakan.

93
Means. G. P. (2009). Hlm, 126.
94
Ibid.
95
Ibid. Hlm, 388.

34
ABDULLAH AHMAD BADAWI DAN ISLAM HADHARI

Wan Nur Farah Hani Binti Wan Mustapha
D20141067696

Pada tahun 1951 hingga tahun 2008, perkembangan Islam dilihat adalah sesuatu yang penting

dalam politik di Malaysia. Islam dilihat berubah-ubah mengikut pemimpin yang ada. Oleh itu,

Islam di Malaysia, terutamanya Islam dalam politik adalah Islam yang berasaskan kepada

kecenderungan pemimpin. Keadaan ini akan menyebabkan akhirnya Islam akan dicabar oleh

masyarakat Islam yang sudah sekular, pragmatik dan rasionalis dalam pandangan, sikap dan

tingkah laku mereka.96 Sebagai contoh, UMNO di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah

memperkenalkan ‘Islam Hadhari’.97

Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu alat politik untuk

mendapatkan sokongan masyarakat, bukan sahaja kaum Melayu tetapi juga masyarakat pelbagai

kaum dan seterusnya menyaingi konsep negara Islam yang diperkatakan oleh Parti Islam Se-

Malaysia (PAS).98 Keadaan ini boleh dilihat dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 2004

mendapati selain dari faktor “fenomena Pak Lah”, kesederhanaan agama merupakan faktor

terpenting yang menyumbang kepada kemenangan besar UMNO pada 2004.99 Penekanan UMNO

kepada Islam yang sederhana iaitu Islam Hadhari berbanding sikap PAS yang cuba mentafsirkan

Islam dengan kaedah yang sempit seperti cadangan untuk mewujudkan pelaksanaan undang-

96
G.P. Means. (1969). The Role Of Islam In The Political Development of Malaysia. Comparative Political 1(2).
Hlm, 264-284.
97
Paridah Abd Samad. (2008). Abdullah Badawi: A New Breeze in Malaysia’s Politics. Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 295-301.
98
Zawiyah Mohd Zain dan Mohammad Agus Yusoff. (2010). Ketidakakuran Sivil Dan Kesannya Ke Atas
Pendemokrasian Di Era Abdullah Badawi. Vol. 39 (1) (July 2012). Hlm. 1-23. Diakses pada (20.03.2017).
http://journalarticle.ukm.my/5362/1/Zawiyah%2520Mohd%2520Zain%2520and%2520Mohammad%2520Agus%25
20Yusoff%252039%2520(1)%2520(July%25202012).pdf
99
Muhamad Takiyuddin Ismail. (2011). Konservatisme Dalam Politik. Vol.38 (11)(2011). Hlm. 57-80. Diakses
pada (20.3.2017). http://journalarticle.ukm.my/2381/1/Muhamad_Takiyuddin_Ismail_38_%281%29_2011.pdf

35
undang hudud telah menyebabkan timbulnya bantahan yang kuat dari pengundi. Namun begitu,

setelah beberapa tahun pelaksanaannya, Islam Hadhari telah menerima imej yang kurang

menyenangkan kerana kebangkitan Islamis telah meningkatkan konservatisme agama dan sikap

tidak bertoleransi.100 Kesan dari konflik-konflik ini seterusnya membawa kepada keputusan

mengejut dalam PRU-12 apabila UMNO kehilangan majoriti dua pertiga dan kehilangan kuasa di

lima buah negeri. Sebahagian sebab terhadap keputusan ini berpunca dari perubahan radikal yang

dibawa Abdullah seperti dasar keterbukaan yang tidak sesuai dilakukan dalam sistem yang sebati

dengan perubahan yang beransur-ansur dan bertentangan dengan sifat UMNO dan orang Melayu

yang konservatif.101

Selain itu, semenjak Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan pendekatan Islam

Hadhari, pelbagai reaksi dan pentafsiran telah timbul mengenai slogan Islam Hadhari terutamanya

dari segi maksud dan cara-cara pelaksanaannya. Islam Hadhari bermaksud Islam civilize yang

bersifat progresif dan maju, bukan lagi persembahan Islam dalam bentuk tradisional yang bersikap

bertahan atau hanya beramal dengan apa yang ada atau hanya mengulangi apa yang telah ada

sepanjang hayat.102 Perkataan Islam Hadhari telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan

masyarakat, ada yang mengkritik dan ada pula yang menyokong istilah Islam Hadhari ini. 103 Ada

juga pengkritik yang menganggap Islam Hadhari ini sebagai suatu tambahan terhadap Islam itu

sendiri sedangkan islam itu berdiri dengan sendirinya dan tidak perlu ditambah lagi dengan apa-

100
Ibid
101
Ahmad Atory Hussain. (2006). Politik Melayu Di Persimpangan: Suatu Analisis Pilihan Raya Umum 2008. Kuala
Lumpur: Utusan Publications. Hlm, 366-367.
102
Hamzah Hamdani. (2005). Islam Di Malaysia dan Islam Nusantara. Kuala Lumpur: Gapeniaga Sdn. Bhd. Hlm, 91.
103
Ismail Ibrahim. (2006). Islam Hadhari dan Pembangunan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya. Hlm. 35-55.

36
apa tambahan kerana ia telah sempurna. Terdapat juga pihak yang mempertikaikan istilah Islam

Hadhari sebagai satu penyelewengan dari segi sejarah.

Seterusnya, kumpulan umat Islam yang paling banyak mengkritik konsep Islam Hadhari

ini ialah parti politik PAS. PAS menganggap Islam Hadhari itu palsu. Para pemimpin PAS

termasuk Ahli-ahli Berhormat menganggap konsep Islam Hadhari itu sendiri janggal. Ia juga turut

“mencabar” Islam sebagai agama lengkap, suci dan sempurna yang tidak perlu dikaitkan kepada

mana-mana fahaman. Ia telah merendahkan martabat Isalm itu sendiri. Islam Hadhari membawa

Islam itu terputus dan terpisah dari kesyumulan Islam secara keseluruhannya, khususnya dari segi

akidah, syariat dan nilai serta akhlak. Pendekatan Islam Hadhari juga dianggap suatu pendekatan

palsu untuk mengelirukan rakyat. Bagi Dato’ Abdul Hadi Awang pula dalam bukunya Hadharah

Islamiyyah bukan Islam Hadhari, istilah yang sepatutnya digunakan ialah Hadharah Islamiyyah

bukanya Islam Hadhari bagi melambangkan tamadun umat islam.104 Konsep ini diibaratkan

sebagai topeng untuk menyesatkan umat islam di negara ini.

Seterusnya, UMNO walaupun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak tetapi tetap

mempertahankan istilah Islam Hadhari. Dalam menghadapi kritikan berkenaan Islam Hadhari ini,

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi cuba menjelaskan bahawa Islam Hadhari bukanlah agama

baru, bukan ajaran baru dan bukanlah Mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk

mengembalikan umat islam kepada asas fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.

Pendekatan politik menerusi pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan sebelum pilihanraya

umum 2004, jelas memberikan impak positif kepada kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Seri

Abddullah Haji Ahmad Badawi. Menerusi pencetusan Islam Hadhari, UMNO dilihat mampu

104
Abdul Hadi Awang. (2005). Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari. Shah Alam: Nufair Street Sdn Bhd. Hlm,
43.

37
menarik sokongan ramai dengan agenda Islamisasi yang dilakukan kerajaan. Kemenangan di

dalam pilihanraya umum 2004 di mana Barisan Nasional mengemukkan manifesto, di antaranya

menegaskan bahawa Islam Hadhari akan didokong sebagai agenda negara telah berjaya menarik

sokongan masyarakat. Islam Hadhari dilihat sebagai satu pendekatan politik dan merupakan

kempen kerajaan bagi memenangi sokongan rakyat di dalam usaha mewujudkan kestabilan negara

melalui modenisasi, toleransi dan keadilan sosial. Ia sekaligus menggambarkan bahawa

pendekatan Islam Hadhari mampu membasmi fahaman eksreme dan radikal.

Selain itu, Abdullah Ahmad Badawi juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang telah

menjalankan pelbagai usaha untuk membentuk sebuah negara islam di Malaysia. Sebagai

contohnya penubuhan institusi reformasi yang cuba diwujudkan oleh Abdullah iaitu Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah (MACC). Ini kerana, rasuah merupakan satu masalah yang besar dalam dunia

Islam. Amalan rasuah merupakan agenda yang tidak pernah sunyi daripada pentadbiran Abdullah

Ahmad Badawi. Oleh itu, Abdullah Ahmad Badawi telah menubuhkannya suruhanjaya ini bagi

mengatasi masalah rasuah dalam kalangan umat islam. Walau bagaimanapun, penubuhan ini turut

mendapat tentangan.105 Golongan perwakilan berpengaruh UMNO atau popularnya dirujuk

sebagai warlord turut meluahkan rasa tidak senang terhadap gejala pembanterasan rasuah dan

politik wang yang hendak diperkenalkan oleh Abdullah.106 Keadaan ini menyebabkan berlakukan

pertentangan antara Abdullah Ahmad Badawi dengan masyarakat Islam.

Kesimpulannya, kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi telah mengalami kesukaran untuk

menangani isu agama. Ini kerana, selepas memperkenalkan Islam Hadhari ia telah mendapat

105
Muhamad Takiyuddin Ismail. (2012). Abdullah Ahmad Badawi Dan Nikita Khrushchev Sebagai Reformis: Suatu
Perbandingan. Vol. 30, No.1, 2012. Hlm. 71–106. Diakses pada (22.03.2017)
http://web.usm.my/km/30(1)2012/KM%20ART%204(71-106).pdf
106
Ibid.

38
pelbagai riaksi daripada masyarakat. Pendekatan yang diperkenalkan oleh Abdullah Ahmad

Badawi ini dilihat sebagai satu alat politik dalam menarik pengundi muslim di Malaysia.

Disamping itu, Islam Hadhari turut menekankan aspek pembangunan manusia dan material

berdasarkan al-Quran dan sunnah serta akhlak dan ilmu yang terbaik.. Pendekatan yang dilakukan

oleh Abdullah adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara komuniti islam. Walau

bagaimanapun terdapat juga komuniti yang tidak bersetuju dengan penubuhan Islam Hadhari.

Keadaan ini boleh menyebabkan islam itu akan dicabar oleh ahli masyarakat islam sendiri.

39
PENUTUP

Tahun 1970-an telah menyaksikan kebangkitan golongan terpelajar yang sekaligus

membawa kepada kebangkitan Islam di Malaysia. Para ahli politik juga dilihat telah mengutarakan

ideologi Islam mereka untuk meraih sokongan daripada masyarakat. Bagi pihak kerajaan yang

memerintah, pemimpin seperti Dr. Mahathir telah memperkenalkan beberapa dasar baharu yang

menjadi rangka kepada perkembangan negara berasaskan konsep Islam. Pelbagai pembaharuan

dari segi perundangan, ekonomi dan sosial telah dilaksanakan sehingga Malaysia diisytiharkan

sebagai sebuah Negara Islam. Dari sisi PAS sebagai parti pembangkang, kegemilangan mereka

dapat dilihat semasa di bawah pimpinan para ulama. Idea mereka terhadap Islam tidak lagi bersifat

konservatif dan mula menekankan hal ehwal pendidikan. Pengembalian semula Islam dalam

pentadbiran Malaysia sepanjang tahun 1970 sehingga tahun 2008 mempunyai naik turun

bergantung kepada pelaksanaan yang dijalankan oleh pemimpin dan pemerintah. Kesimpulannya,

Islam memberikan kesan dan sumbangan yang amat penting dalam pembangunan negara

Malaysia.

40
RUJUKAN

Abdul Hadi Awang. (2005). Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari. Shah Alam: Nufair
Street Sdn Bhd.
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1987). Pemikiran Islam masa kini: sejarah dan aliran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Gerakan Islam tradisional di Malaysia:
Sejarah Pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam. Shah Alam: Karisma Publications
Sdn. Bhd.
Abu Hassan al-Nadwi. (1977). Saviours of Islamic Spirit, Volume 2. Lucknow: Academy of
Islamic Research Publications.

Ahmad Atory Hussain. (2006). Politik Melayu Di Persimpangan: Suatu Analisis Pilihan Raya
Umum 2008. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2001, Januari-Mac). Pemerintah dan gerakan Islam di Malaysia.
(Pemikir: Membangun Minda Berwawasan), (iii). Pemikir diterbitkan empat kali setahun
oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan kerjasama Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) dan Jurnal Foreign Affairs.
Al Husaini M Daud & Nurdan. (2013). Prosiding SNYuBe. Kebangkitan Revolusi
Islam Iran.
Aziz Zariza Ahmad. (1997). Mahathir’s Paradigm Shift: The Man Behind the Vision. Selangor
Darul Ehsan: Firma Malaysia Publishing
Badlihisham Mohd Nasir. (2009). Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa. Sham Alam:
Karisma Publications.
Barry Wain. (2009). Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times. Singapore:
Institute of Southeast Asian Studies.
Chandra Muzaffar. (1987). Islamic resurgence in Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Edmund Terence Gomez. (Eds.). (2004). The State of Malaysia: Ethnicity, equity and reform.
London and New York: RoutledgeCurzon

41
Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian
Islamic Party Pas (1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Socioigica Research
Institute.
Farish A. Noor. (2003). Blood, Sweat and Jihad: The Radicalization of the Political Discourse of
the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) from 1982 Onwards, Contemporary Southeast
Asia. Vol. 25, No. 2. ISEAS - Yusof Ishak Institute. Hlm 203-204. Diakses pada (22-03-
2017 06:10 UTC).
Ghazali Mayudin, Jamaie Hamil, Sity Daud dan Zaini Othman (pnyt.). (2006). Isu-isu Dominan
dalam Politik Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamidah Jalani. (2013). Yusof Rawa dan Majalah Al-Islah: Kajian Terhadap Idea-idea
Pembaharuan. (Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya). Hlm 176. Diakses
pada (15-03-2017).
Hamzah Hamdani. (2005). Islam Di Malaysia dan Islam Nusantara. Kuala Lumpur: Gapeniaga
Sdn. Bhd.
Hussin Mutalib, (1996). Islam dan Etnisitas : Persepektif Politik Melayu. Indonesia : Penerbit

PT Pusaka LP3ES Indonesia.

Ioannis Gatsiounis. (2006). Islam Hadhari in Malaysia. Washington: Hudson Institute.
Ismail Ibrahim. (2006). Islam Hadhari dan Pembangunan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Jan Ali. (2003) Islamic Revivalism: The Case of the Tablighi Jamaat, Journal of Muslim
Minority Affairs. Vol. 23, No. 1. Carfax Publishing.
http://dx.doi.org/10.1080/13602000305935 di akses pada 18 Mac 2017.

Joseph Chin Yong Liow. (2005). The Politics Behind Malaysia’s Eleventh General Election.
Asian Survey,
Julie Chernov Hwang. (2010). When parties swing: Islamist parties and institutional moderation
in Malaysia and Indonesia. South East Asia Research, Vol. 18, No. 4, SPECIAL ISSUE:
ISLAMIC CIVIL SOCIETY IN SOUTH EAST ASIA—LOCALIZATION AND
TRANSNATIONALISM IN THE UMMAH. Sage Publications, Ltd. Hlm 641. Diakses pada
(22-03-2017 06:18 UTC). http://www.jstor.org/stable/23750963
Kamarudin Salleh. (2014). Ulasan Buku Islam Embedded. Dlm Jurnal Al-Hikmah, Jil 6.

42
University Kebangsaan Malaysia.

Kamarulnizam Abdullah, (2003). The Politics Of Islam In Contemporary Malaysia. Bangi :

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Maulana Muhammad Zakaria. (2007). Fadhilat Amal. Kuala Lumpur: Era Ilmu.

Means G. P. (2009). Political Islam in Southeast Asia. Petaling Jaya: Strategic Information and
Research Development Centre.
Mely Caballero-Anthony. (2005). Political Transitions in Southeast Asia. Southeast Asian
Affairs.
Meredith L.Weiss (2003). Still with the people? The chequered path ofstudent activism in
Malaysia. South East Research, Vol. 13. No.3 (NOVEMBER 2005). PP. 287-332. http : //
www.jstor.org/stable/23750111. Accessed : 22-03-2017 04:29pm.
Mohd Izani Mohd Zain, (2007). Demokrasi dan Dunia Islam : Persepektif Teori Dan Praktik.

Kuala Lumpur : Penerbit UNiversiti Malaya.

Mohd Jamil Mukmin. (2009). Gerakan Islam di Malaysia: Kesinambungan, Respons dan

Perubahan (1957-2000). Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

Mujahid Bin Yusof. “Konflik Organisasi Dalam Parti Islam Dan Kesannya Terhadap

Penubuhan Organisasi: Kajian Parti Islam SeMalaysia (PAS) Di Melaka”. Hlm 110.

Juga lihat Kamarul Zaman Haji Yusoff. “PAS Dalam Era Mohd Asri Muda, 1965-1982”.

Muhamad Takiyuddin Ismail. (2011). Konservatisme Dalam Politik. Vol.38 (11)(2011). Diakses
pada(20.3.2017).
http://journalarticle.ukm.my/2381/1/Muhamad_Takiyuddin_Ismail_38_%281%29_2011.
Pdf

Muhamad Takiyuddin Ismail. (2012). Abdullah Ahmad Badawi Dan Nikita Khrushchev Sebagai
Reformis: Suatu Perbandingan. Vol. 30, No.1, 2012. Diakses pada (22.03.2017)
http://web.usm.my/km/30(1)2012/KM%20ART%204(71-106).pdf

43
Muhammad Rumaizuddin Ghazali. (2011). Pembangunan Islam di Malaysia dalam Era

Mahathir. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

M. Rajendran. (1993). Mahathir Mohamad Prime Minister of Malaysia. Selangor: IBS Buku

Sdn. Bhd

Nagata, J. (2010). Authority and democracy in Malaysian and Indonesian Islamic
movements, dalam Johan Saravanmuttu, (Eds.), Islam and politics in Southeast Asia.
New York: Routledge Taylor & Fracis Group.

“Pandangan Mufti Makkah terhadap Jamaah Tabligh”, Watan, 19-21 September 1987

Paridah Abd Samad. (2008). Abdullah Badawi: A New Breeze in Malaysia’s Politics. Kuala
Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Prof. Dr. Ibrahim Abu Bakar. (2009). PAS and Its Islamist Fundamentalism in Malaysia, Jurnal
Of Human Sciences. Issue. 43. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 15-16. Diakses pada
(15-03-2017).
Robbert W. Hefner & Patricia Horvatich, (2001). Islam Di Era Negara Bangsa : Politik dan

Kebangkitan Muslim Asia Tenggara. Indonesia : PT Tiara Wacana Yogya.

Safie bin Ibrahim. (1981). The Islamic Party of Malaysia Its Formative Stage and Ideologi. Bangi,
Selangor: Universiti Malaya.

Seng, A.W. (2005). Rahsia Arqam. Pahang: PTS Millenia Sdn. Bhd.
“The victory of Islam will not come by itself. Allah has ordained that victory in this world will
only come to those who are prepaired to engaged in a Jihad that is never ending”. Quoted
in Mujahid Yusof Rawa, Permata Dari Pulau Mutiara: Suatu Catatan Hidup Ayahandaku
Haji Yusof Rawa. (2001). Shah Alam: Warathah .Haji Yusof Rawa Sdn Bhd Angkatan
Edaran Enterprise. Hlm 128. Dalam. Blood, Sweat and Jihad: The Radicalization of the
Political Discourse of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) from 1982 Onwards,
Contemporary Southeast Asia. Vol. 25, No. 2. Hlm 200. Diakses pada (22-03-2017 06:10
UTC).
Syed Serajul Islam. (2005). The Politics of Islamic Identity in Southeast Asia. Malaysia: Thomson
Asia Pte. Ltd.
Shukri Ahmad. (2007). Demokrasi dan Dunia Islam : Persepektif Teori Dan Praktik. Mohd Izani
Mohd Zain (Pnyt). Penyertaan Ulama dalam Politik dan Pilihan Raya di Semenanjung
Malaysia dari 1950-an hingga 1990-an. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
44
Wan Hashim Wan The. (1993). Memoir Politik Asri Meniti Arus. Bangi, Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Yusof Rawa. (2000). Ke Arah Pembebasan Ummah. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-
29, 29 April 1983, Pejabat Agung PAS. Ikdas.
Zawiyah Mohd Zain dan Mohammad Agus Yusoff. (2010). Ketidakakuran Sivil Dan Kesannya
Ke Atas Pendemokrasian Di Era Abdullah Badawi. Vol. 39 (1) (July 2012). Diakses pada
(20.03.2017).
http://journalarticle.ukm.my/5362/1/Zawiyah%2520Mohd%2520Zain%2520and%2520M
ohammad%2520Agus%2520Yusoff%252039%2520(1)%2520(July%25202012).pdf

45