GARIS PANDUAN

DARIPADA TESIS
KEPADA BUKU

GARIS PANDUAN
DARIPADA TESIS KEPADA BUKU

Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2013

Cetakan Pertama 2013
 Dewan Bahasa dan Pustaka

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat
10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Garis Panduan Daripada Tesis Kepada Buku telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 21 Ogos
2006, dan diterima pakai mulai tarikh berkenaan.

Tesis 2 3.KANDUNGAN Prakata vii 1. Kaedah Pemindahan 9 6. Penutup 20 Lampiran 1 21 Lampiran 2 22 Lampiran 3 23 . Buku 6 4. Proses Pengubahsuaian 11 Bahagian Awalan Bahagian Teks Bahagian Akhiran 7. Kriteria Pemilihan 7 5. Pengenalan 1 2.

Kebanyakan tesis yang tidak disemak semula lazimnya tidak bernilai untuk diterbitkan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengorak langkah berusaha untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat dengan menerbitkan tesis tersebut. Jika seseorang menghasilkan tesis yang luar biasa. kajian yang baik sebegini tidak dapat disalurkan kepada masyarakat kerana khalayak tesis lebih kepada ahli akademik di universiti. Penulisannya lebih berbentuk laporan tentang penyelidikan yang dijalankan. . Sehubungan itu. Bagi tujuan penerbitan. Dikatakan bahawa karya-karya besar yang diterbitkan setiap tahun bermula sebagai disertasi kedoktoran. tesis perlu diubah kepada bentuk buku agar bahasa dan kaedah penyampaian bahan menjadi lebih mudah difahami dan tidak terlalu terikat dengan ciri-ciri akademik. Walau bagaimanapun. maka peluang tesis itu diterbitkan amat cerah.PRAKATA Tesis merupakan kajian ilmiah atau disertasi yang ditulis dengan tujuan untuk melayakkan seseorang memperoleh ijazah. apa yang menyebabkan tesis itu luar biasa kepada penerbit tidak sama dengan apa yang menyebabkan tesis itu luar biasa kepada komuniti akademik. Namun.

Rokiah Nordin. . Shukor. Norimah Bajuri. Mohd. Asiah Daud. bekas Pengarah Penerbitan. Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Md. Rashid Muhamad. Garis Panduan Daripada Tesis Kepada Buku dihasilkan untuk menjadi panduan kepada editor dan bakal pengarang yang ingin menerbitkan tesis atau disertasi mengikut struktur penerbitan buku. Asiah Salleh. Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengambil daya usaha untuk menyediakan bahan ini. Panduan ini hanyalah sebagai asas dan harus dimantapkan dari semasa ke semasa bagi mencapai mutu penerbitan daripada tesis kepada buku ke tahap yang terbaik. Datin Rajnah Allapitchay. Suryani Zakaria. Jabatan Penerbitan juga merakamkan penghargaan kepada kumpulan editor yang telah berusaha menyediakan buku panduan ini. Karim Abu Bakar. Noraini Abd. Mohd. iaitu Arshad Rawian. Azmi Ibrahim. Azam Juhari. diharapkan dapat membantu memudahkan proses pengubahsuaian. Dengan terhasilnya panduan ini. Abd. Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan penghargaan kepada Profesor Madya Dr. Abd. Rosnani Mat Jihin. Jabatan Penerbitan. Sidin Ahmad Ishak dari Universiti Malaya. selaku fasilitator dalam menyediakan garis panduan ini. Norhisyam Karno.

dalam menyediakan garis panduan ini. Asmah Haji Omar yang meneliti dan mengemukakan pandangan mereka tentang garis panduan ini. Firdaus Haji Abdullah. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang sudi meneliti draf garis panduan ini dan mengemukakan pandangan sebelum diterbitkan. Selain khidmat nasihat fasilitator dan perbengkelan. Darul Azrita Ismail. Juga penghargaan kepada Dato’ Dr. Nik Radziah Nik Ali dan Haliza Jamaluddin yang melakukan penyemakan terakhir terhadap draf panduan ini. tetapi tidak kurang pentingnya ialah penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. kami juga merujuk kepada buku From Dissertation to Book karya William Germano dan Handbook for Academic Authors karya Beth Luey.Mohammad Mahdi Abas. dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Isahak Haron. Md. Akhir sekali. Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2013 . Profesor Emeritus Datuk Dr. iaitu Hasrom Haron. Shukuri Hamzah.

Istilah disertasi digunakan dalam akademia Amerika Syarikat merujuk kepada bentuk fizikal “karya latihan ilmiah” yang disiapkan oleh pelajar siswazah.1. manakala istilah tesis digunakan merujuk matan kajian disertasi itu yang boleh bersifat persoalan kajian. tesis dan disertasi saling digunakan. Pastinya. . Dalam tradisi akademia Inggeris. istilah disertasi digunakan merujuk bentuk fizikal teks. PENGENALAN Dalam akademia. Kedua-dua tradisi itu juga – Amerika Syarikat dan Inggeris merujuk tesis sebagai matan dapatan kajian yang dibentangkan oleh sesebuah karya latihan ilmiah itu. pelajar siswazah dikehendaki menulis disertasi atau tesis. Bagi memudahkan cara kerja panduan ini. Dalam akademik moden. sama ada tesis sarjana atau tesis sarjana muda. disertasi dijangka mengandungi tesis. teori atau tesis. hipotesis. manakala disertasi ditulis untuk ijazah kedoktoran. Dalam akademia Inggeris sezaman. istilah tesis digunakan untuk merujuk kepada bentuk fizikal karya ilmiah itu. tesis.

Tiga kemungkinan dalam menimbangkan sesebuah disertasi yang hendak diterbitkan. serta diberikan . Oleh itu. relevan. dan oleh itu. salah satu perkara penting yang perlu diperhatikan apabila menerima dan menimbangkan sesebuah disertasi. sama ada disertasi itu mempunyai sebuah tesis yang menarik. Buku ialah sebuah terbitan yang mempunyai bidang ilmu yang diperluas dan tidak sama sekali sempit seperti sesebuah monograf. boleh diterbitkan dalam bentuk buku atau monograf. ditulis dengan mendalam oleh pengarang tunggal. suatu penemuan baharu. Tanggapan umum menjangkakan bahawa setiap disertasi mempunyai tesisnya atau setiap tesis mesti mempunyai tesisnya! Dari segi penerbitan. Monograf ialah satu karya kajian ilmiah yang khusus untuk satu bidang atau subjek. hendaklah dipastikan. sesebuah disertasi yang mempunyai tesis yang menarik dan sesuai untuk diterbitkan. dan signifikan. ufuk tesis disertasi itu sudah dikembangkan. iaitu: (i) Menerbitkan disertasi itu sebagai sebuah buku. asli.

2. Ciri unik yang ada pada sesebuah tesis dikenal pasti bagi tujuan tindakan menyunting dan meminda tesis itu agar dapat diterbitkan dan sesuai dengan sasaran pembaca. Persoalan kajian atau tesis yang terdapat di dalamnya hendaklah sesuatu yang memberikan jawapan kepada pembacanya. (ii) Kedua. menerbitkan disertasi itu sebagai sebuah monograf dengan mengekalkan sifat bidang yang khusus. terperinci dan sempit. . (iii) Disertasi yang hendak diterbitkan mesti disesuaikan dengan sasaran pembaca. tidak terhad kepada penyelia dan pemeriksa disertasi. TESIS Sesebuah tesis yang baik layak dipertimbangkan untuk penerbitan. suntingan yang sesuai bagi menjadikannya sebuah buku yang sesuai dengan sasaran pembaca. tidak diluaskan ufuknya dengan diberikan suntingan yang minimum sesuai dengan sasaran pembaca.

ilustrasi. (xv) Rujukan atau bibliografi. (xvi) Lampiran. tatanama. (vi) Senarai jadual. kes perundangan. (ix) Ulasan kepustakaan. (iv) Abstrak. peta. Walau bagaimanapun. . (vii) Senarai simbol. struktur asasnya adalah seperti yang berikut: (i) Judul. (xi) Data dan bahan. singkatan. (xii) Analisis. istilah. (x) Kaedah kajian. (iii) Penghargaan. (viii) Pengenalan. (ii) Pengakuan. statut. (xiii) Perbincangan. (xiv) Kesimpulan. (v) Senarai kandungan. Sesebuah tesis dibina mengikut struktur tertentu yang ditetapkan oleh sesebuah institusi atau universiti.

hipotesis. Bab ulasan kepustakaan kerap dibina dalam sesebuah tesis. Tesis lazimnya mengandungi senarai sumber rujukan yang panjang dan luas kerana pelajar dikehendaki membuktikan bahawa dia telah membaca dan merujuk semua korpus dalam bidang kajian yang dilakukannya. teori. Bab keterangan kandungan tesis ialah struktur tesis yang menerangkan kandungan bab demi bab tesis berkenaan. dan sebagainya tentang bidang subjek tesis yang ditulis. Pelajar (penulis) diminta membaca dan mengupas perkembangan idea. Ini mungkin satu latihan yang memastikan pelajar membaca semua sumber dalam subjek tesisnya. pandangan. Ciri ini membezakan tesis dengan buku . dan sebagainya. Tesis bukan ditulis untuk sasaran pembaca yang lebih besar. seperti yang lazim dihadapi oleh sesebuah terbitan khasnya buku atau monograf. Untuk sebuah buku dan monograf. Bab ini diperlukan dalam sesebuah disertasi. pandangan. tetapi tidak untuk sebuah buku. Sesebuah tesis mesti menunjukkan bahawa pelajar berkenaan merujuk kepada sumber tertentu apabila dia memetik sesuatu data. dan keterangan ringkas tentang kandungan tesis. Ada kalanya bab ini boleh ditiadakan langsung atau diringkaskan dalam bab pengenalan bersama-sama dengan pembentangan kerangka kajian. maklumat. pemikiran. Tesis ialah sebuah karya untuk diperiksa oleh satu kumpulan pakar yang kecil. Bab ini boleh dibuang atau diringkaskan sahaja. pembaca tidak perlu diberikan maklumat terperinci seperti itu. teori.

kesan. The second period will be dealt with in the following chapter…. Dokumentasi yang banyak bagi membuat pembuktian dalam bentuk rujukan catatan kaki dan catatan hujung yang panjang memang sesuai bagi sesebuah tesis dan barangkali dikehendaki oleh sistem penulisan disertasi atau tesis institusi atau universiti berkenaan. Oleh sebab sebuah tesis ditulis menurut kerangka yang ketat. . Kurangkan penomboran. Apabila diterbitkan sebagai buku. contoh yang jelas ialah: This chapter will deal with the first period of the Cordovan Caliphate. maka pelajar terpaksa membuat kenyataan yang jika diterbitkan akan membantutkan pembaca. Maklumat itu menyatakan pelajar berkenaan mengehadkan kajian oleh sebab tertentu. dan menyatakan kesukaran mendapatkan sumber menyebabkan kajian itu terhad. Kesan trumpet.dan perlu diberikan perhatian dalam proses pemindahan tesis kepada buku dan monograf. dan sebagainya seakan-akan sebuah buku manual. proses kerja. Penomboran sebab-musabab. konsep. Apabila diterbitkan sebagai buku dan monograf. dalam sesebuah tesis kerap diletakkan ayat penanda. dokumentasi dalam bentuk rujukan dan catatan yang berjela-jela hendaklah dikurangkan. teks bahagian ini hendaklah dibuang. Bahan catatan yang perlu dan berkait langsung dengan tesis boleh dimasukkan ke dalam teks dalam ayat dan perenggan tertentu.

3. dan Korea pada tahun 1300-an. I shall not predict the future nor shall I talk about the crucial problem of the relationship between …. an attempt has been made …. Bagi sasaran pembaca umum. Lihat contoh yang menarik: Although I do not feel that I have covered the ground that should have been covered. Bentuk teks begini tidak memberi pembaca kesinambungan dalam menghayati pemikiran karya tersebut. Penerbitan . Bentuk memohon maaf. Jerman antara tahun 1453 hingga 1456. BUKU Penerbitan buku sangat penting dalam bidang pendidikan dan kehidupan budaya masyarakat. because of the paucity of sources. I have to ignore the important question …. atau Instead of offering a long apology for choosing this topic. I should like at the outset to delimit the subject of this book …. Cara ini berguna sebagai tesis. perkara ini tidak penting. Bentuk ini diajukan kepada pemeriksa untuk menyatakan had kajian. Buku yang dikenali hari ini ialah hasil daripada rekaan percetakan taip boleh alih (movable type). hasil rekaan percetakan oleh Johannes Gutenberg dan rakan-rakannya. agar mudah dirujuk dan mungkin satu percubaan memudahkan pemeriksaan tesis oleh para pemeriksa. China mencipta teknologi ini pada tahun 1000 Masihi. Buku pertama yang dicetak di Eropah oleh taip boleh alih adalah di Mainz.

kreatif. KRITERIA PEMILIHAN Dasar Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan tumpuan kepada buku-buku yang bersifat komersial dan yang memenuhi tanggungjawab sosial. Selain itu. fungsi. ilmiah. Antaranya ialah buku yang: . (v) Kandungan buku mengandungi maklumat. penerbitan DBP juga memberikan tumpuan kepada kepentingan ilmu. iaitu buku dagang. (vi) Buku ditulis dalam pelbagai kategori (umum.buku boleh dibahagikan kepada tiga bidang – berasaskan jenis khusus buku. pengetahuan. fiksyen. buku pendidikan. pandangan atau saranan. 4. dan kategori buku secara ringkas: (i) Buku ialah bahan bercetak yang mengandungi 49 halaman atau lebih tentang sesuatu subjek yang ditulis oleh seorang penulis atau lebih. dan buku rujukan. (ii) Buku merupakan medium komunikasi idea antara penulis dengan pembaca umum. (iv) Buku tidak mempunyai format yang khusus. Buku yang bersifat komersial merupakan buku-buku yang mempunyai pasaran luas. Di bawah ini dinyatakan ciri. (iii) Buku ditujukan untuk pelbagai peringkat pembaca sasaran yang mempunyai latar belakang yang berbeza. dan sebagainya) untuk pelbagai peringkat pembaca.

(ii) Dari segi bahasa. (ii) Menyentuh isu semasa. penemuan sejarah. (ii) Buku bidang khusus. Selain itu. dan belum pernah diterbitkan. tetapi diperlukan sebagai rujukan dan pendokumentasian budaya dan sastera. pertimbangan penerbitan . sains atau isu-isu yang bersifat sejagat. (iv) Merangsang minda pembaca. istimewa. Buku yang tidak bersifat komersial boleh juga diterbitkan untuk memenuhi tanggungjawab sosial. tesis yang ditulis dalam bahasa Melayu diberikan keutamaan. (iii) Penulisan yang berupa penemuan sesuatu perkara yang baharu. Tesis yang boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam bentuk buku dan monograf adalah seperti yang berikut: (i) Tesis sarjana atau kedoktoran yang telah diluluskan. Contohnya. (iii) Berbentuk kontemporari yang boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. terutamanya tesis yang mendapat kelulusan cemerlang dan dicadangkan oleh pemeriksa atau pelapor supaya diterbitkan. dan antaranya ialah: (i) Buku pengukuhan bahasa. (i) Berbentuk Malaysiana dalam pelbagai bidang ilmu. (iv) Penulisan tentang tokoh yang berwibawa dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang ilmu dan pembinaan tamadun bangsa.

kandungan persembahan. Kebanyakan karya ilmiah menggunakan dua strategi naratif yang asas. malah diperluaskan. perkembangan tema. (ix) Tesis yang menggunakan bahasa yang baik dan gramatis. (v) Persoalan kajian tesis itu boleh diperluaskan skop dan ufuknya agar menarik pembaca yang lebih ramai dan pelbagai. perkembangan kronologi. dan bahasa. . wajah karya ilmiah. Ini juga bermakna subjek buku yang akan diterbitkan itu tidak sempit. Selain itu. KAEDAH PEMINDAHAN Ada beberapa perkara asas yang perlu difahami apabila melakukan pemindahan tesis kepada buku. (vii) Tesis itu boleh dipertimbangkan untuk terbitan dan melalui satu proses pemindahan. (viii) Tesis yang mudah diubah suai dari segi format. dan kedua. pertama. (iii) Dari segi kandungan. tesis yang mengandungi persoalan kajian Malaysia dan persoalan kajian sejagat diberikan keutamaan. 5. Kaedah pemindahan tesis kepada buku ialah: (i) Kunci kaedah pemindahan yang utama ialah penyuntingan. juga diberikan kepada tesis yang ditulis dalam bahasa Inggeris. (iv) Kandungan karya tesis itu adalah sesuatu yang baharu dan asli yang belum pernah diterbitkan. khasnya sesebuah disertasi adalah bersifat satu teori atau satu konsep.

Rukun penulisan yang baik ialah bahasa yang mudah difahami. . (ii) Kaedah pemindahan juga melibatkan pembuangan sama sekali bahan yang tidak diperlukan bagi sesebuah buku sesuai dengan sasaran pembaca. atau susunan penghujahan. khasnya penyuntingan naskhah yang berat dan memerlukan komitmen yang tinggi. tesis hendaklah dipulangkan kepada pengarang. kerana sasaran pembaca buku ini bukan semestinya sarjana dalam bidang yang sama. Untuk memudahkan kefahaman pembaca. (iii) Atau. istilah. (iv) Memendekkan karya. Orang awam mungkin membaca buku itu kelak. iaitu ada bab atau bahagian yang dibuang. perenggan dan/atau susunan penghujahan itu disusun semula. Kurangkan contoh yang kerap berlebihan dalam sesebuah tesis. Sebaik-baiknya bab. perenggan dan ayat. jargon hendaklah dikurangkan. Memindahkan bahan itu daripada satu tempat atau bahagian kepada tempat atau bahagian lain dikenali sebagai kitar semula. Editor mungkin perlu menyusun semula bab. boleh juga dianggap menyusun semula bahan. Istilah khusus dalam bidang ilmu masing-masing hendaklah ditakrif dan dijelaskan. ada bab atau bahagian yang diringkaskan. dan ayat. (v) Mempermudah bahasa.

6. Secara ringkas. Tesis memenuhi keperluan akademik. dan menulis hasil kajian. Khalayak tesis terdiri daripada sesebuah jawatankuasa. tujuan buku adalah untuk menyampaikan atau menyalurkan idea. nada suara dan gaya. . dan dokumentasi. PROSES PENGUBAHSUAIAN Tujuan tesis adalah untuk menunjukkan keupayaan pengarang merumuskan persoalan dan masalah. sedangkan khalayak buku menjangkau ribuan pembaca yang tidak dikenali oleh pengarang. skop. menjalankan kajian untuk menyelesaikannya. maka “pengubahan” ini boleh dilakukan. (vi) Mengubah persoalan kajian atau hipotesis. Khalayak tesis lebih kecil daripada khalayak buku. Jikalau pengarang sanggup mengubah atau mengemaskinikan tesis kerana memikirkan ada sesuatu yang berguna boleh diterbitkan atau diketengahkan. atau kaedah atau data atau analisisnya atau kesimpulannya tidak selari. khalayak. pengarang. manakala buku memenuhi keperluan untuk berbicara secara umum. perbezaan antara tesis dengan buku adalah dari segi tujuan. Ini adalah sesuatu yang berat yang menyebabkan mungkin sesebuah tesis tidak layak diterbitkan. sebaliknya gunakan peribahasa dan metafora di tempat yang sesuai. Sebaliknya. Kemungkinan tesis yang dihasilkan amat menarik dan mantap.

ringkas dan padat. pengalaman/hasil penulisan yang . Blurb mengandungi perkara- perkara berikut: Blurb  Keterangan ringkas penerbit tentang isi sesebuah buku pada jaket bagi buku kulit keras atau pada kulit belakang buku kulit lembut. dan kedua-duanya juga belum diterbitkan. mengandungi kebanyakan perkataan dan idea yang sama. biodata ringkas penulis seperti kelulusan tertinggi. dan mempunyai potensi untuk menjadi buku yang baik. Kedua-duanya mempunyai pengarang yang sama. Proses pengubahsuaian daripada tesis kepada buku mengandungi bahan awalan. namun sesetengah tesis dapat mengatasi halangan ini. Judul tesis biasanya agak panjang dan bersifat kajian. Meskipun tesis berbeza daripada buku dan banyak faktor yang menghalang tesis menjadi buku. bahan teks. manakala judul buku pula biasanya menarik. tepat. dan bahan akhiran serta termasuk judul kulit buku dan blurb. iaitu daripada tesis yang belum diterbitkan kepada manuskrip buku yang belum diterbitkan. keistimewaan buku berkenaan. jelas. Proses pengubahsuaian tesis menjadi buku mempunyai beberapa tahap sederhana. Yang paling penting daripada tahap itu ialah pengubahan daripada satu jenis manuskrip yang belum diterbitkan ke dalam bentuk lain.  Keterangan tersebut boleh mengandungi inti pati kandungan buku.

(vii) Halaman Senarai Kandungan . (iv) Halaman Hak Cipta Disediakan oleh Dewan. (vi) Halaman Penaja Disediakan oleh Dewan. (ii) Halaman Ilustrasi Muka Disediakan oleh penulis.  Selain itu. Proses pengubahsuaian daripada tesis kepada buku adalah seperti yang berikut: Bahagian Awalan (i) Halaman Judul Separa Disediakan oleh Dewan dengan persetujuan. boleh juga dimasukkan petikan kata-kata tokoh/pengulas tentang buku berkenaan sebagai sokongan untuk tujuan promosi dan fotograf penulis (jika perlu). Bagi buku bersiri. boleh dimasukkan senarai judul dalam siri tersebut. (iii) Halaman Judul Penuh Disediakan oleh Dewan dengan persetujuan penulis. (v) Halaman Dedikasi Disediakan oleh Dewan. sudah diterbitkan dan kejayaan penulis dalam bidangnya (anugerah).

penerbit. (xi) Halaman Prakata Disediakan oleh penulis. (viii) Halaman Senarai Jadual/Rajah/Ilustrasi/Akronim Disediakan oleh penulis. Diolah mengikut kategori. Halaman ini membincangkan tiga perkara:  Tujuan buku ditulis. Jika bahagian ini ringkas. jenis. dan peringkat pembaca. (jika perlu) (x) Halaman Abstrak Tiada halaman abstrak dalam buku. maka bahagian penghargaan penulis kepada semua pihak yang menjayakan sumbangan penulisan buku hendaklah . (ix) Halaman Kata Pengantar Teks disediakan oleh tokoh yang dipilih oleh penerbit/penulis. dan semua pihak yang menaja dan terlibat dalam penghasilan karya. (xii) Halaman Penghargaan Disediakan oleh penulis atau penerbit kepada individu. Disediakan oleh penulis.  Sejarah penulisan buku berkenaan. institusi.  Skop kandungan buku. Boleh diserapkan dalam halaman Prakata atau blurb.

Bahagian Teks Bahagian ini terdiri daripada pengenalan. Jika panjang. Oleh itu. kaedah kajian.  Tahun terbit. mungkin juga anekdot/cerita yang membawa penulis tergerak atau membuat keputusan untuk mengkaji persoalan kajian atau membentuk hipotesis kajian. dalam bab Pengenalan ini juga dimasukkan kerangka kajian.  Sumber petikan.  Nama penerbit. perkara yang berikut hendaklah dinyatakan:  Judul bahan yang dipetik. Sekiranya penghargaan tentang buku. maka boleh ditulis dalam halaman Penghargaan. Antara perkara yang diperkatakan dalam bab ini ialah: (i) Bahagian buku (secara ringkas) . isi. Nota: Contoh bahan awalan disertakan dalam Lampiran 1. Bab ini membentangkan latar belakang kajian. Pengenalan Bab pengenalan dalam buku memuatkan maklumat tentang bagaimana penulis mempersembahkan kandungan buku berkenaan. dimasukkan ke dalam Prakata. dan kesimpulan kajian. dan penutup.

dan maklumat baharu yang mungkin asalnya tidak terdapat dalam . Secara ringkas. urutan. Pemendekan bab mungkin dengan mengurangkan contoh atau mempermudah jadual yang kompleks. manakala pengembangan bab adalah dengan cara memasukkan sesuatu isu. (ii) Kaedah kajian (iii) Pemerolehan bahan dan metodologi (iv) Ulasan kepustakaan Sekiranya maklumat ini ditulis dalam halaman Pengenalan. (ii) Keseimbangan bab: Mungkin berlaku proses pemendekan sesetengah bab atau pengembangan bab yang lain. data. sebab dan akibat. maka halaman Prakata hanya mengandungi maklumat ringkas tentang: (i) Mengapa tesis ini ditulis dan mengapa dijadikan buku? (ii) Untuk siapa buku ini ditulis? (iii) Keistimewaan buku (iv) Harapan penulis Isi Bab-bab isi boleh disusun mengikut kaedah kronologi. dan logik. perkara “isi” yang boleh diberikan perhatian: (i) Panjang bab: Bab hendaklah seimbang dari segi ketebalan kerana dengan sendirinya menggambarkan perbahasan yang seimbang.

(iii) Jalinan bab: Disertasi mempunyai tesis induk. setiap bab mungkin mempunyai “subtesis”. dan analisis yang dibuat. Mungkin kesimpulan tentang hasil kajian terhadap persoalan kajian dalam disertasi yang kini menjadi tesis disertasi berkenaan. dan ini memerlukan jalinan atau pertautan bab demi bab bagi membentuk tesis induk yang mantap. dan harapan yang berkait dengan tajuk kajian dan cadangan kajian selepas itu. oleh itu. Bab penutup merupakan rumusan tentang persoalan kajian. Penutup Bab penutup tesis antaranya mengandungi hasil penemuan kajian. Bab penutup buku biasanya mengandungi kesimpulan keseluruhan bab buku – yang hendak disimpulkan ialah kajian itu. disertasi. dan bukannya mengemukakan sesuatu penghujahan baharu yang tidak pun dibentangkan pada peringkat awal dalam bentuk . Pastikan rumusan dan kesimpulan yang dibuat adalah menjawab persoalan kajian. (iv) Kupasan bab: Pengarang dan editor perlu memerhatikan kupasan sesebuah bab yang bermula dengan satu pengenalan dan berakhir dengan rumusan selari dengan persoalan kajian yang diperkenalkan dalam perenggan pengenalan. kaedah kajian. cadangan. Apakah kajian itu membuktikan sesuatu berdasarkan data. Atau boleh juga dilihat jalinan bab demi bab yang bertaut.

Dalam bab penutup. Ada kalanya pengarang menggunakan epilog atau kata hujungan untuk penutup atau kesimpulan. dan analisisnya. pengarang memberikan tajuk bab tertentu. data. (v) Indeks Lampiran . elakkan daripada mengemukakan cadangan penyelesaian seperti yang diamalkan dalam kertas kerja! Kini. (i) Lampiran Bahan-bahan akhiran Disediakan oleh penulis (ii) Glosari mengikut format gaya penerbitan Dewan (iii) Rujukan lanjut (jika perlu) seperti dalam buku (iv) Bibliografi Gaya Dewan. seperti bab dalam isi sebagai menggantikan bab penutup atau kesimpulan.persoalan kajian. menjadi kelaziman. Bahagian Akhiran Bahan maklumat di bahagian akhiran adalah seperti yang berikut: Bahan-bahan akhiran disediakan oleh penulis mengikut format gaya penerbitan Dewan seperti dalam buku Gaya Dewan.

Glosari  Perkataan. Diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku. (Tidak wajib)  Disusun mengikut abjad . kerana boleh dibeli atau dicapai di perpustakaan.  Bergantung pada keperluan dan lampiran tersebut mestilah menyokong teks.  Pastikan bahan lampiran bukan sesuatu bahan yang sudah diterbitkan.  Keperluan bergantung pada jenis buku. Contohnya.  Jadual dan data yang terperinci hendaklah dipermudah dan dijadikan bahan jadual dalam teks. dan istilah yang terdapat dalam teks dan perlu diberikan huraian lanjut untuk membantu pemahaman pembaca. panduan kurikulum pendidikan tidak perlu dipetik sebagai bahan lampiran. Maklumat tambahan yang penting untuk membantu pembaca memahami teks yang dibaca. boleh dicapai atau didapati dalam pasaran atau perpustakaan.  Seboleh mungkin bahan lampiran dikurangkan. dan oleh itu. misalnya “borang soal selidik” tidak perlu dijadikan bahan lampiran dalam buku dan monograf kerana kaedah penyelidikan telah dijelaskan sedikit sebanyak dalam Pengenalan. ungkapan.

 Terdapat dua jenis indeks. peristiwa. Indeks  Indeks ialah senarai perkara dan nama yang dibincangkan dalam buku.  Indeks disusun mengikut kumpulan entri nama. . . Nama institusi atau badan bergabung.  Indeks nama boleh mengandungi perkara yang berikut: . perkara.  Disusun mengikut abjad. Subjek yang dibincangkan.  Indeks perkara mengandungi perkara yang berikut: . . Senarai kata kecuali nama khas. dan lain-lain. konsep. iaitu indeks perkara dan indeks nama. .Rujukan Lanjut  Rujukan lanjut digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi sesuatu teks yang berkaitan. Nama orang. Nama tempat.  Disediakan mengikut Sistem Penulis – Tarikh.

PENUTUP Buku panduan ini diharapkan dapat membantu para pengguna. buku panduan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memantapkan lagi kandungannya. 7. Walau bagaimanapun. / Ilustrasi muka (judul siri/ . GARIS PANDUAN DARIPADA TESIS KEPADA BUKU Lampiran 1 Bahagian Awalan Tesis Buku Ilmiah Umum Judul separa . / . / senarai penyumbang Judul penuh / Judul/ nama penerbit/ tahun terbit Perakuan penulis / - Hak cipta/CIP/pencetak . terutamanya penulis dalam mengubah suai tesis kepada buku agar dapat menghasilkan buku yang lebih baik dan berkualiti.

- Penyelidikan/hipotesis Ulasan persuratan / .Epigraf / / Dedikasi / / Halaman penaja . / Kandungan / / Senarai jadual/rajah/ / / ilustrasi/singkatan ++ Kata pengantar . - Latar belakang/sejarah / / Serap dalam teks . - Metodologi/prosedur / . / Penghargaan / / Pendahuluan / / Pengenalan/metodologi / - kajian GARIS PANDUAN DARIPADA TESIS KEPADA BUKU Lampiran 2 Bahagian Teks Tesis Buku Ilmiah Umum Pengenalan / / / Kajian teori / . / Abstrak / - Prakata .

/ / - Bibliografi / / / Ikut tahap pembaca Rujukan / Bergantung / - pada jenis . / Glosari . / / Folio / / / GARIS PANDUAN DARIPADA TESIS KEPADA BUKU Lampiran 3 Bahagian Akhiran Tesis Buku Ilmiah Umum Lampiran / / / - Catatan / / .Penemuan dan / . Serap dalam teks perbincangan/perbahasan Tajuk bab / / / Pecahan bab / / / Ilustrasi / / / Nota kaki/hujung/birai/ / / Bergantung pada teks jenis buku Petikan / / / Kesimpulan bab / / / Tajuk turutan .

/ / / . buku Indeks .

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.