RAJUK PARA-PARA LELAKI

[Konflik Dalaman Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tahun 2008-2016]

Oleh
Abdullah al-Helmy

1
[Konflik Dalaman Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tahun 2008-2016]
“Cukuplah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam pemikiran dan tindakan.
Dan dipimpin oleh para ulamak yang ikhlas dan bertaqwa serta matlamat mewujudkan Masyarakat
Islam bertunjangkan perundangan Islam. Tiga elemen ini ditambahkan dengan niatmu yang lurus-ikhlas
dan akhlaqmu yang terpuji, nescaya politik dan kehidupanmu dekat dengan kebenaran yang diredhai
oleh Allah SWT”

Tujuan asal nota ini untuk dijadikan nota peribadi tentang konflik dalaman yang
berlaku dalam PAS. Setelah menyiapkan nota ini, penulis berpandangan agar
nota ini boleh dijadikan bacaan pemula bagi sesiapa yang berminat menulis,
membaca dan mengkaji sejarah dan perkembangan konflik dalaman PAS tahun
2008 hingga 2016. Penulis berharap nota ini boleh menjadi panduan asas yang
bermanfaat kepada sesiapa jua yang berminat dalam dunia akademik.

Banyak pandangan tentang perpecahan yang berlaku dalam Parti Islam Se-
Malaysia (PAS). Ramai memilih tahun 2008, ada yang memilih selepas kemasukan
pelbagai ahli dalam PAS lingkungan tahun 1998-1999, ada pula memilih selepas
wujudnya Dokumen Negara Islam dan kematian Tuan Guru Dato Mohd Fadzil
Mohd Nor, Presiden PAS.

Antara Kepentingan Diri, Otak Genius dan Adab Berjemaah
“Jangan ingat kamu hebat sangat, kerana ada ahli PAS lebih hebat. Jangan kamu fikir, kamu bijak, ada
lagi ahli (PAS) lebih bijak. Yang hebat dan bijak itu, hanya Allah SWT saja” – Tuan Guru Fadzil Mohd Nor

Dalam berorganisasi, pelbagai perangai boleh kita ketemui. Antaranya pemimpin
atau ahli yang mempunyai agenda peribadi. Mereka berpolitik untuk mengejar
sesuatu matlamat atau jawatan. Akhirnya mereka mewujudkan kumpulan dalam
kumpulan dan mencari keuntungan politik.

Kemudian kita melihat sebahagian pemimpin berotak genius hanyut dengan
khayalan dan keegoan diri mereka sendiri. Idea dan otak genius mereka
mengatasi otak Amir Jemaah yang dilantik dan diamanah kuasa oleh perwakilan
muktamar.

2
Menurut Ibrahim Al-Hudhaibi (2009), “Ancaman terbesar yang sedang
mengelilingi Ikhwan bukanlah dari pihak keselamatan (Mesir). Kerana Pihak
Keselamatan Mesir tidak akan mampu mempengaruhi pemikiran dan manhajnya
(Ikhwan). Akan tetapi ancaman terbesar terhadap Ikhwan ialah yang datang dari
dalam, yakni saat anggota jemaah Ikhwan sudah menjadi kesetiaan kepada diri
sendiri dan tidak mahu menerima pendapat para Ulama, kecuali yang sesuai
dengan agendanya."

“Pada akhirnya, agenda-agenda itu akan menjadi dasar sedangkan para Ulama
hanya alat untuk melayani agenda-agenda itu. Saat itulah Ikhwan sebenarnya
seperti yang diungkapkan musuh-musuhnya sebagai memperalat agama untuk
melayani politik, bukan sebaliknya. Semoga hal itu tidak terjadi.”

Dalam Ikhwan, Mursyidul Aam Kedua, Hasan al Hudhaibi bersama Dewan Pendiri
pernah memecat tokoh tersohor Ikhwan seperti Saleh Asymawi, Hasan al Baquri,
Sayyid Sabiq dan Muhammad al Ghazali. Mereka yang dipecat menerima
kegagalan merampas kuasa dengan meneruskan dakwah Ikhwan melalui cara
tersendiri tanpa menyertai pihak musuh gerakan Islam kecuali Hasan al Baquri
berada dalam kerajaan Mesir.

Hasan al Hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan tokoh Ikhwan
tersebut; ‘mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama.
Boleh jadi salah seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah
mempunyai tata tertib yang harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka
melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus dan rapi’.

Kegagalan mereka menghadapi ujian ketaatan kepada pemimpin, dikhayalkan
dengan kehebatan fikiran sendiri dan terperangkap dengan agenda peribadi
menyebabkan mereka biadap dengan ketua dan melawan arahan pemimpin.
Mereka mengunakan ruang terbuka untuk mengkritik pemimpin. Disamping itu,
mereka merancang dan mengatur kumpulan rahsia untuk menjatuhkan
kepimpinan dan mengangkat agenda tertentu. Paling teruk bekerjasama dengan
pihak luar untuk menumbang pihak yang menentang gagasan pemikiran mereka.

3
Jangan hidup bertuhankan nafsu, akal terkunci apabila tiada pedoman [Surah al-
Jathiyah: 23].

PAS Terpesona Dengan Khayalan Profesional

Kemasukan pelbagai jenis ahli ke dalam PAS terutamanya profesional yang
berasal daripada jemaah Islam yang lain disambut baik oleh PAS. Mereka
ditempatkan pada posisi yang strategik dan diberi peluang menerajui kepimpinan
PAS dalam pelbagai peringkat. Lihat sahaja jawatan yang disandang oleh Dr.
Hassan Ali, Dr. Dzulkefly Ahmad atau Dato Kamaruddin Jaafar.

Kemunculan kelompok profesional ini disenangi oleh pemimpin berpengaruh
dalam PAS terutamanya Tuan Guru Fadzil Mohd Nor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nikmat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato Mustafa Ali. Kita dapat melihat
Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah melantik Dato Kamaruddin Jaafar sebagai
Setiausaha Agung PAS1. Bahkan Abdul Hadi Awang antara pemimpin yang
mengalu-alukan kehadiran ‘anak-beranak’ gerakan Islam seperti tanzim Ikhwan
Alami untuk aktif dalam PAS.

Kemuncak kejayaan dan kemunculan pengaruh mereka dalam PAS (mereka
berada dalam Pusat Penyelidikan PAS Pusat-PPP) apabila gagasan mereka
diterima oleh PAS apabila Tuan Guru Dato Fadzil Mohd Nor telah mengemukakan
cadangan Memorandum Rakyat ditajukkan “Penghayatan Sebuah Pemerintahan
Abad 15H/21Masehi” untuk menyahut cabaran pengisytiharan ‘Negara Islam’ Tun
Mahathir.2 Cadangan ini terbantut apabila Ustaz Fadzil Mohd Nor meninggal
dunia pada pertengahan tahun 2002 dan Majlis Syura Ulama telah
mengemukakan alternatif Dokumen Negara Islam. Dokumen Negara Islam dan
kegagalan mempertahankan Terengganu dalam pilihan raya tahun 2004 inilah
menjadi modal sesetengah pihak menghentam kepimpinan Ulama kerana PAS
gagal dalam PRU 2004.

1
Menurut satu versi cerita, Ustaz Fadzil Noor telah mengarahkan Ustaz Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan
sebagai pensyarah UIA (jika tidak silap) dan dilantik sebagai SUA PAS. Ustaz Nasha menjadi anak didik Ustaz Fadzil
Noor dan rapat dengan Dr Yusuf al-Qaradhwawi melalui pertubuhan al-Quds.
2
Dibelakang memorandum ini ialah Dr. Dzulkefly Ahmad.

4
Pada tahun 2005, ‘kelompok profesional’ telah mencalonkan Ustaz Nasharudin
Mat Isa mencabar Ustaz Hassan Shukri bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.
Dalam tempoh tahun 2005 sehingga 2008 sebelum keputusan PRU ke 11, Ustaz
Nasharuddin dan Dr Hassan Ali3 dilihat bersama ‘kelompok profesional’. Keadaan
ini berubah selepas bermulanya Perang Saudara dalam PAS pada tahun 2008.
Dalam Muktamar Tahunan 2009, Ustaz Nasharudin Mat Isa (46%) telah dicabar
oleh Dato Husam Musa (28%) dan Hj Mohammad Sabu (26%). Dalam
pertandingan ini, Ustaz Nasharudin menang. Pemilihan tahun 2009
mengambarkan pengaruh Ustaz Nasharudin Mat Isa semakin berkurangan dimana
peratusan undi 46% berbanding 54% undi yang menentang beliau.

Dalam Muktamar 2011, Mohamad Sabu meraih 420 undi bagi mengalahkan dua
calon ulama iaitu penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man (399 Undi). Pemilihan Mohamad mempunyai hubungan rapat
dengan pemimpin Pakatan Rakyat dijangka akan membolehkan parti itu lebih
diterima di kalangan pengundi bukan Melayu dan memperbaiki peluang PAS pada
pilihan raya umum akan datang.4 Pada pandangan penulis, Mohamad Sabu
bernasib baik memenangi muktamar ini kerana undi kelompok pro-ulama
berpecah dua. Jika digabungan antara undi Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim
Tuan Man, jumlah undi tersebut ialah 623 mengatasi undi Mohamad Sabu.

3
Tanda aras kebersamaan Ustaz Nasharudin dan Dr Hassan Ali dalam ‘kelompok profesional’ dapat dilihat
hubungan rapat Dr Hassan Ali dengan Ir Khalid Samad. Pada tahun 2003, apabila Dr Hassan dilantik Pesuruhjaya
PAS Selangor buat kali pertamanya, Khalid Samad dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor.
Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila Dr Hassan Ali dilantik kembali
sebagai Pesuruhjaya untuk sesi kedua, Khalid Samad diminta untuk mengambil-alih jawatan Bendahari yang
dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, Dr Hassan Ali dilantik sebagai Pesuruhjaya untuk sesi ketiga,
Khalid Samad dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.

Pada tahun 2008 hubungan Hassan Ali dengan Khalid Samad mula berubah ekoran isu Menteri Besar Selangor.
Perubahan bermula apabila setelah menang Khalid Samad menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang
dikemukakan oleh Hassan Ali. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan
itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada Khalid Samad, “siapa patut
menjadi MB Selangor?” Khalid Samad menjawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”.
Hassan Ali terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya
mengkhianati dirinya. Khalid Samad, ‘Hassan Ali dan Saya’, blog Khalid Samad, 8 Februari 2012.
4
http://www.malaysiakini.com/news/166000

5
Dalam Muktamar 2013, Mohamad Sabu (588 undi) berjaya mempertahankan
jawatan Timbalan Presiden PAS dengan mengalahkan pencabar beliau, Mohd
Amar Nik Abdullah (490) dengan majoriti sebanyak 98 undi.5 Walaupun kelompok
ulama tewas, undi yang diperolehi masih besar menunjukkan pengaruh kelompok
ulama masih ada.

Dalam muktamar 2015, buat pertama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dicabar.
Pemilihan kali dilihat membentuk dua kumpulan yang ‘pro-ulama’ dan pro-PR
(Pro-DAP). Perwakilan secara tuntas menolak kumpulan pro PR. Dibawah adalah
keputusan penuh;
PRESIDEN

ABDUL HADI AWANG; TUAN GURU - 928

AHMAD AWANG ; USTAZ - 233

TIMBALAN PRESIDEN

TUAN IBRAHIM TUAN MAN ; - 881

MOHAMAD SABU; HAJI - 279

NAIB PRESIDEN

IDRIS AHMAD; YB. USTAZ - 896

MOHD AMAR ABDULLAH ; YB. - 710

ISKANDAR ABDUL SAMAD; YB. - 672

SALAHUDDIN AYUB; HJ - 435

MAHFUZ OMAR ; YB. - 378

HUSAM MUSA; YB. DATO' - 317

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

NASRUDDIN HASSAN TANTAWI; YB. - 782

RIDHUAN MOHD NOOR ; DR - 782

MOHD NASRUDDIN DAUD; YB. - 777

SOLEHIN MUHYI ; YB. - 763

NIK ZAWAWI SALLEH ; USTAZ - 749

5
http://www.sinarharian.com.my/politik/mat-sabu-kekal-timbalan-presiden-pas-1.223754

6
MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI; YB. DR - 736

MOHD FADHLI HASAN; YB. DR. - 722

ABDULLAH HUSSIN; YB. - 679

RAZMAN ZAKARIA; HAJI - 674

MOHD ZUHDI MARZUKI; DR. - 670

MOKHTAR SENIK; USTAZ - 658

ZAHARUDDIN MOHAMAD - 611

ALI AKBAR GULASAN; DR - 596

MAZLAN ALIMAN - 593

ROSNI ADAM; DR - 590

MOHD NOOR MOHAMAD - 566

MUHAMAD SANUSI MD NOR - 556

NOR AZLI MUSA - 544

KAMARUZZAMAN MUHAMMAD; HJ - 522

DZULKEFLY AHMAD; DR. - 407

AMIRUDDIN HAMZAH; YB. - 382

MUJAHID YUSOF RAWA; YB. DR. - 379

SITI MARIAH MAHMUD; YB. DR. - 376

MOHD HATTA MD RAMLI; YB. DR. - 368

MUMTAZ MD NAWI; YB. - 354

MISBAHUL MUNIR MASDUKI - 333

KHALID SAMAD; YB. - 332

MOHD HANIPA MAIDIN; YB. - 332

ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS - 331

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAAKOB; DR - 324

HALIMAH ALI; YB. DR - 323

MOHD NIZAR JAMALUDDIN; YB. IR. - 306

ABD GHANI SAMSUDIN; USTAZ - 297

AMINOLHUDA HASSAN; YB. - 272

7
NORMALA SUDIRMAN - 246

AIMAN ATHIRAH ALJUNDI ( RAJ MUNNI SABU ) - 210

MUHAIMIN SULAM; DR. - 209

MOHD ABDUL WAHID ENDUT; YB. - 205

AZMAN SHAFAWI - 192

ZULKIFLI MOHD OMAR - 168

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL - 167

MOHD TAUFEK ABD GHANI; HAJI - 166

LAHIRUL LATIGU - 147

AZMAN IBRAHIM; DR. - 142

NAJMI AHMAD ; BRIG. GEN (B) - 127

NURIDAH SALLEH - 119

MOHD APANDI MOHAMAD - 106

AHMAD MARZUK SHAARY; YB. - 96

AHMAD FAKRUDIN FAKRURAZI; DR. - 95

ABU BAKAR MOHAMED; DR. - 77

WAN AZHAR WAN AHMAD; USTAZ - 65

ZULKIFLI ISMAIL; USTAZ - 54

MOKHTAR SUHAILI - 49

MOHD ARIFI FIAZOUL - 47

Muktamar 2015 juga dikenali sebagai muktamar pembersihan ke atas elemen
pro-DAP.

Pilihan Raya 2008: Muqadimmah ‘Perang Saudara’ Dalam PAS

Selepas Pilihan Raya Umum ke 12 pada 8 Mac 2008, berlaku kekeliruan dan
pencanggahan pandangan di Selangor dan Perak. PAS dengan UMNO
mengadakan beberapa pertemuan sulit [3 kali]6 yang akhirnya terbongkar dan
mencetuskan perbalahan dalam PAS. Mursyidul Aam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz

6
Berita Harian, 21 Julai 2008.

8
Nikmat dengan tegas menolak muzakarah PAS dengan UMNO yang dikatakan
perangkap untuk menyelamat UMNO.7

Penulis melihat perbezaan pandangan ini lumrah dan ia sekitar perbezaan ijtihad
dalam memahami konteks. Cuma ia bagaikan diapi-apikan oleh pihak tertentu
yang berada dikeliling Mursyidul Aam dan Presiden PAS.

Pada 9 Mac 2008, Mesyuarat Dewan Harian PAS telah bertemu di Kelantan telah
bersetuju bahawa PAS akan hanya minta 3 jawatan exco di Selangor dan PKR akan
memegang jawatan MB. Selepas mesyuarat tersebut, Ustaz Nasharudin Mat Isa
mendakwa beliau dan Mustafa Ali ditugaskan ke Selangor dan ada ke Perak untuk
bertemu beberapa pihak di sana. Pada 10 Mac 2008, berlaku kekecohan di
Pejabat Agung Jalan Raja Laut. Rombongan PAS akan bertemu dengan Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Mengikut satu versi, Setiausaha Agung PAS, Dato
Kamarudin Jaafar telah memaklumkan kepada Khalid Samad bahawa rombongan
PAS akan bertemu dengan wakil UMNO. Khalid Samad (bersama kelompok
progresif) bergegas cuba menghalang pertemuan tersebut. Setelah berbincang,
mereka bersetuju Mustafa Ali mengantikan Abdul Hadi Awang, Khalid Samad
mengantikan Dato Hassan Ali.

PAS dikatakan telah menyatakan sokongan kepada calon Menteri Besar Selangor
daripada PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. UMNO menawarkan jawatan Menteri Besar
Selangor kepada PAS jika PAS bekerjasama dengan UMNO. Penglibatan Khalid
Samad dalam pertemuan dengan UMNO menyebabkan sukar menghasilkan
keputusan yang memberangsangkan.8

Pada 24 April 2008, Majlis Syura Ulamak PAS merestui Presiden PAS, Timbalan
Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS, ‘keperluan untuk PAS mengadakan
perbincangan dengan mana-mana pihak (termasuk UMNO) dalam usaha
mengukuhkan Islam-Melayu’.

7
Harakahdaily, 23 Julai 2008.
8
“Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir
Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk
menjadi MB hancur berkecai.” Blog Khalid Samad, 22 Februari 2012.

9
Pada 21 Julai 2008, wartawan melaporkan pertemuan UMNO dengan PAS secara
senyap dan Presiden PAS berhak mengadakan pertemuan dengan UMNO tanpa
merujuk kepada Pakatan Rakyat [Berita Harian, 21 Julai 2008]. Perkara ini telah
membangkitkan kemarahan Mursyidul Aam PAS, dengan satu kenyataan balas
mengatakan ia adalah perangkap UMNO dan satu pengkhianatan kepada PR.9

MSU telah berbincang dan memutuskan istilah Muzakarah ditukarkan kepada
Muqabalah (pertemuan) biasa antara PAS dengan UMNO untuk menyelesaikan
masalah umat Islam dan rakyat Malaysia.10

Setelah mesyuarat selama 5 jam, mesyuarat bersama MSU dan Jawatankuasa PAS
Pusat pada 31 Julai 2008 memutuskan [1] tidak akan ada kerjasama dengan
Umno untuk membentuk kerajaan, [2] pertemuan boleh dan akan dilakukan
dengan sesiapa sahaja tanpa mengira siapa mereka dan [3] PAS komited dengan
Pakatan Rakyat dan akan bergiat aktif dan positif mempertahankannya.

Dalam isu Muzakarah, penulis berpandangan bahawa pertemuan politik adalah
perkara biasa. Dalam kes ini, ia mungkin pertemuan peribadi11 dan utusan
Presiden PAS yang mengunakan kebijaksanaan beliau untuk bertemu dengan
pihak lawan demi kepentingan Islam dan umat Islam. Permasalahan yang timbul,
media massa, kelompok yang tergila-gila mahu jawatan Menteri Besar12 dan
kelompok tertentu telah mempolitikkan perkara ini untuk menjatuhkan kelompok
yang lain dalam persaingan politik dalaman PAS. Pertemuan sebegini tidak wajar
orang awam dan ahli biasa PAS mengetahuinya kerana menghasilkan fitnah yang
besar.

Kerajaan Perpaduan (UG)

9
Kenyataan Rasmi Mursyidul Aam PAS, 22 Julai 2008.
10
Harakahdaily, 23 Julai 2008.
11
www.husammusa.com, 24 Julai 2008.
12
“Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi
MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam,
perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya.
Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin
bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan
terus berpaling.” Sumber: Blog Khalid Samad, 22 Februari 2012.

10
TGHH menyatakan PAS menjadikan syariat Islam sebagai asas penyatuan ummah
(Harakah, 14-17 Disember 2015) dan Mursyidul Aam PAS Keempat, Tuan Guru
Hashim Jasin menegaskan Islam mesti memimpin. Kerjasama politik mesti dibina
berdasarkan Islam, dipimpin oleh Islam dan mesti menerima Islam sebagai
pemimpin. Kerjasama politik mestilah berasaskan hablullah (tali Allah) yakni Islam
(Harakah, 30 oktober 2016). Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan
Presiden PAS menegaskan UMNO perlu buktikan pelaksanaan pemerintahan atau
pentadbiran menurut syarak, barulah ada penyatuan antara PAS dengan UMNO
(SH, 15 Disember 2015).

Kerajaan Perpaduan (UG) didakwa hasil idea yang dilontar oleh Dato Kamaruddin
Jaafar, SUA PAS ketika itu yang dibincangkan dalam permukiman dalaman
pemimpin PAS dan kemudiannya dilontarkan oleh Presiden PAS dikhalayak awam
sebagai respon dan alternatif cadangan tidak berakhlak, tidak bermoral dan tidak
beretika Dato Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Rancangan 16 September
dimana ahli parlimen akan melompat masuk ke dalam parti pembangkang.
Adakah UG satu perangkap kepada Presiden PAS?.

Projek genius Anwar Ibrahim, Projek 16 September adalah sebuah projek yang
mendakwa 30 orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak
melompat menyertai Pakatan Rakyat. Isu 16 September menyebabkan Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi juga mengalami tekanan daripada Tan Sri Muhiyidin
Yassin dan UMNO Johor. Formula 16 September ialah 83 + 30 = 113 kerusi PR
manakala kerusi BN akan berkurangan, 139-30 = 109. Gimik ini membawa
kegemparan kepada BN. Anggota parlimen BN (41 orang) telah dibawa melancong
ke luar negara (Taiwan) dan dikejar oleh beberapa ahli parlimen daripada PKR.

Kelompok pro-Dasar PAS atau ulama tidak bersetuju dengan cadangan lompat
parti yang dicanang oleh Anwar Ibrahim. Pada 10 September 2008, Mustafa Ali
mengatakan bahawa Projek 16 September akan gagal. Kenyataan beliau penuh
kontroversi, ‘kita tengok, siapa betul, saya ke yang betul atau Dato Seri Anwar
Ibrahim yang betul’. Punca kegagalannya disebabkan faktor politik dan teknikal.
Dari segi faktor politik, belum pernah berlaku kejadian seumpama ini. Dari segi
faktor teknikal, perubahan berlaku jika ada Perdana Menteri letak jawatan atau

11
mesti ada satu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen. Formula
kegagalan 16 September seperti dinyatakan oleh Mustafa Ali, 140-30= 110 kerusi
BN, pembangkang ada 112 kerusi. Jika ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali
menyertai BN, keputusannya seri ialah 111-111.

Pandangan peribadi Mustafa Ali, Pesuruh Jaya PAS Terengganu dan Pengarah
Pilihan Raya PAS Pusat membangkitkan kemarahan Mursyidul Aam PAS, Tuan
Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun ternyata kenyataan atau pandangan
Mustafa Ali itu benar dan betul. Pada 18 September 2008, Tuan Guru Abdul Hadi
Awang dalam ceramahnya di Kota Sarang Semut, Kedah menyatakan PAS akan
menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan baru dipandu oleh Islam
dan orang Islam. Dengan maknanya, penting majoriti Melayu-Islam dalam
sesebuah kerajaan ditubuhkan.

Reaksi Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS ketika itu, ‘selama 30 tahun saya
berkempen minta orang sertai PAS, ajak orang berpakat sokong PAS, itu saya
tahu. Nak suruh orang lompat parti, sukar untuk orang terima’. ‘..pandangan saya
hanyalah rumours’13

Kerajaan Perpaduan14 dikatakan mula dipolemikkan setelah akhbar Siasah edisi 1-
7 Mac 2009 menyiarkan wawancara Abdul Hadi Awang dengan tajuk ‘Negara
Tanpa Pembangkang’.15 Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir,
idea UG bermula semasa Abdul Hadi Awang berbahas usul menjunjung kasih
ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung di Parlimen diikuti dengan
wawancara akhbar Siasah dan laman web Malaysian Insider. Ada yang
berpendapat cadangan ini dikemukakan jauh lebih baik didalam ceramah
kemenangan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati pada bulan April 2008.

Ramai ahli PAS dan pro-Pakatan Rakyat menganggap bahawa UG adalah
kerjasama atau bergabung dengan UMNO kesinambungan isu Muzakarah.

13
Harakah, 12-14 September 2008.
14
Ada satu versi menyatakan idea UG berasalkan daripada idea Dato Kamarudin Jaafar semasa pemukiman
(retreat) PAS di Langkawi pada 7 hingga 9 November 2008.
15
Dr. Mujahid Yusuf menulis beberapa artikel tentang reconciliation seperti ‘Mampukah pendekatan baru
membina semula keutuhan perpaduan nasional?’ dan ‘Ke arah politik pendamaian semula’. Mohd Sayuti Omar
turut menyokong dalam artikel ‘mematangkan politik bangsa dan negara’.

12
Kenyataan ini hanya fitnah bagi PAS dan ‘alat’ membunuh karekter pemimpin PAS
tertentu termasuklah Abdul Hadi Awang sendiri. UG bukan Kerajaan Campuran
atau bergabung dengan UMNO-BN. Idea UG ialah kerajaan tanpa pembangkang
hasil gabungan semua parti di Malaysia terutamanya BN dan PR. Menurut Khalid
Samad, UG ialah sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara
BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan
yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu
persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan
menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa.16
Cadangan ini dikemukakan hasil dari suasana politik yang semakin tegang dan
kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. DS Presiden khuatir persengketaan
politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu
sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing
sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal.

Kes Muzakarah dan UG menyebabkan PAS terbahagi kepada dua kem iaitu kem
Pro-Presiden (Erbakan) dengan kem Pro-Mursyidul Aam (Erdogan). Berlaku fitnah
ke atas Presiden PAS iaitu ‘ingin bawa PAS bergabung dengan UMNO’.

Dr. Dzulkefly Ahmad menolak gagasan UG kerana
1. Dalam landskap politik negara nampak kecenderungan amalan ala westminster ke arah sistem
dua parti iaitu Barisan vs Pakatan. Mana-mana yang bertentangan dengannya dilihat melawan
arus.
2. Tidak tepat dari segi ilmu fiqh. Mengambil kira kepelbagaian kemaslahatan untuk mengatasi
kemelut dan krisis mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat.
3. Tajribah (pengalaman) pahit PAS dengan UMNO-BN

Pada 21 April 2009, Presiden PAS telah menarik balik cadangan UG kerana ahli-
ahli PAS belum memahaminya. Hasil pertemuan 8 mata, Mursyidul Aam PAS,
Haron Din, Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang, barulah Mursyidul Aam
menerima konsep kerajaan perpaduan. Malangnya, Harakahdaily melaporkan Nik

16
‘Kerajaan Perpaduan’ blog Khalid Samad.

13
Abdul Aziz menegaskan PAS sama sekali tidak setuju cadangan penubuhan
Kerajaan Perpaduan bersama UMNO.17

Dalam sidang media pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Shah Alam pada 5
Jun 2009, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
mempertahankan idea UG yang dikemukakan oleh beliau pada Februari 2009
sebagai langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik negara walaupun
pandangan beliau ditolak oleh Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang
menganggapnya sebagai tidak menguntungkan PAS.

Pada 6 Jun 2009, Presiden PAS pula mendakwa idea ini telah dikemukakan dan
dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), tetapi pemimpin PKR dan
DAP menafikan di luar mesyuarat. Pada 7 Jun 2009, Presiden UMNO, Datuk Seri
Mohd Najib Abdul Razak menyatakan keterbukaan Umno terhadap cadangan
Presiden PAS itu. Sebenarnya, TGHH telah menegaskan bahawa beliau telah
menarik balik cadangan UG dan isu tidak perlu timbul setelah Tun Abdullah
Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dato
Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang
baru perlulah bertanya kembali kepada DAP dan PKR sama ada mereka setuju
dengan UG atau tidak.

Sejak 9 Jun 2009, Mursyidul Aam, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuruh Timbalan
Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyertai Umno.

Pada 10 Jun 2009, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar telah
menjelaskan bagi pihak PAS Pusat bahawa tiada sebarang kerjasama antara PAS
dan Umno.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Harun Taib pada 18 Jun 2009 pula
memperjelaskan UG ialah perpaduan semua parti termasuk PKR dan DAP untuk
memerintah, bukannya perpaduan PAS-Umno. Keadaan bertambah hangat

17
Harakahdaily, 13 Mei 2009.

14
apabila 10 Ahli Parlimen PAS18 pada 10 Jun 2009 bersepakat menolak cadangan
UG tersebut.19

Pada 19 Jun 2009, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
telah mengadakan pertemuan dengan Dato' Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul
Am PAS), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS)
dan Ustaz Ahmad Awang (Ahli Majlis Syura Ulamak PAS merangkap Pesuruhjaya
PAS Perak) di Rumah Sri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur kerana
membincangkan isu kerajaan perpaduan (UG). Dalam pertemuan ini, Mursyidul
Am PAS itu telah mengarahkan supaya isu UG ditamatkan kerana ia telah
dimanipulasikan oleh media dalam suasana Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang
akan berlangsung pada 14 Julai 2009.

Pada 22 Jun 2009, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bertemu dengan Jawatankuasa
Harian PAS Pusat untuk
menetapkan pendirian
tersebut. Pada hari yang
sama, Majlis Pimpinan PR
bertemu di Bangunan
Parlimen untuk mengambil
pendirian serupa, diikuti
oleh keputusan
Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat pada 28 Oktober
2009 untuk menutup isu UG
tersebut.

Anehnya, cadangan serupa dengan Abdul Hadi Awang dari DAP dan Anwar
Ibrahim tidak dibantah bahkan disokong dengan hujah bergeliga daripada tokoh-
tokoh kelompok progresif dalam PAS. Dr. Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad

18
Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin
Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd
Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof
Rawa (Parit Buntar). Dato Seri Mohamad Nizar (Bukit Gantang) ada urusan.
19
Harakahdaily, 19 Jun 2016

15
umpamanya dengan keras menyokong idea-idea tokoh di atas. Pada 26 Januari
2014, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan
kerajaan Konsensus Nasional melibatkan PR dan BN dan manakala DAP dengan
projek Selamatkan Malaysia dan Kerajaan Campuran antara PR dengan BN yang
dicadang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2015.

Kemunculan ‘PAS Baru’

Kemunculan buku Menuju PAS Baru20 karangan AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf,
anak Tuan Guru Yusuf Rawa mengemparkan PAS kerana ia menggagaskan
pemikiran dan cadangan yang menyimpang daripada tradisi PAS. Heboh dalam
PAS mengatakan Dr Mujahid mahu menubuhkan PAS Baru. Buku Menuju PAS
Baru mencetuskan wacana hangat dalam PAS. Antaranya, muncul buku
Menerjang Badai tulisan Dr. Mohd Riduan Mohd Nor sebagai menjawab buku Dr
Mujahid. Kesinambungan buku pertama, Dr Mujahid menulis buku kedua,
Rejuvenasi PAS21 pada tahun 2012.

Pada tahun 2015, sebuah lagi buku karangan Dr. Mujahid diterbitkan berjudul
Islam dan Kepelbagaian. Dalam buku terserlah gagasan pemikiran Dr. Mujahid
yang selari dengan gagasan pemikiran IKRAM melalui konsep Model Negara
Rahmat, Politik Rahmatan dan Rahmatan Lil Alamin.

Pada pandangan penulis, ketiga-tiga buku itu adalah kerangka asas kepada
penubuhan parti baru alternatif kepada PAS. Dr. Mujahid Yusuf dan Dr Dzulkefly
Ahmad adalah pemikir kepada parti baru yang ditubuhkan.

Kes Kota Damansara: Mahu menjadikan PAS sebagai Pengkhianat?

Khalid Samad menjadikan kes Kota Damansara (KD) sebagai isu pengkhianatan
besar PAS terhadap PR. ‘PAS mengkhianati perjanjian’22 kerana meletakkan calon
di KD.

20
diterbitkan oleh The Malaysian Insider, tahun 2010.
21
diterbit oleh Ilhambooks
22
Khalid Samad, Dari PAS ke Amanah, PJ: Ilhambooks, 2016, ms 45.

16
Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd
Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan
ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM
dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana
ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas
juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik
gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir. PKR Kota
Damansara sendiri menolak pencalonan Dr. Nasir.23
N21 SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG
2013 2008
1 Badrul Hisham Shaharin (PKR) 6,083 1 Mahmud Zakaria (BN - UMNO) 5,011
2 Mohd Yusni Mat Piah (PAS) 690 2 Azhar Datuk Ahmad (PKR) 4,761
3 Datuk Mahmud Zakaria (BN) 6,891
Penyandang: Mahmud Zakaria (BN - UMNO) Penyandang: Mahmud Zakaria (BN - UMNO)
Undi: 13,881 (89.2%) % keluar mengundi: 9,939 (80.5%)
Majoriti: 808 Majoriti: 250

Penyandang 2004: Mohd Foad Hj Mat Isa (BN)
Jumlah Pengundi: 15,559 Jumlah Pengundi:12,347
Undi rosak: 217 Undi rosak:162

PAS juga dituduh melakukan pengkhianatan di Sungai Acheh. PAS bertegas
bertanding di DUN Acheh kerana kerusi itu asalnya milik PAS yang dipinjamkan
kepada PKR.24 Jika dilihat dari segi rekod, Badrul Hisham atau CheguBard sendiri
bukanlah pemimpin yang digemari oleh kartel Azmin Ali dan kartel Rafizi dalam
PKR sehingga dia dipecat pada tahun 2016.25

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, isu pertindihan enam kerusi
membabitkan PKR-PAS menjadi barah dalam hubungan mereka sewaktu
kewujudan Pakatan Rakyat (PR).
Kerusi Calon
DUN Panti Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) dan Azlisham Azahar (PAS)
DUN Seberang Takir Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) dan Zakaria Dagang (PAS)

23
Sinar Harian, 4 Mei 2013.
24
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130411/px_51/PRU-13-Kemelut-rebut-kerusi-DUN-Sungai-
Acheh-antara-Pas-dan-PKR
25
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/chegubard-sah-dipecat-pkr-kerana-jejas-imej-parti/

17
DUN Kota Putera Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) dan Adam Mat Said (PAS)
DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) dan Roslan Ismail (PAS)
DUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) dan Ridzuan Ismail (PAS)
DUN Sungai Acheh Badrul Hisham Shaharin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Parlimen Labuan Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR) dan Hadnan Mohamad (PAS)

Presiden PAS mengkritik pendekatan PKR yang memilih calon berdasarkan
‘tangkap muat’. Pemilihan calon berdasarkan tangkap muat inilah telah
menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak pada 2008 dimana dua ADUN
PKR dan seorang lagi daripada DAP keluar daripada parti masing-masing,
menyebabkan Barisan Nasional memperolehi majoriti dalam Dewan Undangan
Negeri Perak.

Bagi mengatasi masalah ini Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
telah mengumumkan bahawa PAS mencadangkan agar kerusi Parlimen Labuan,
DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR. PKR pula
dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi,
Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Kes pertindihan kerusi adalah lumrah dalam pilihan raya. Dalam Pilihan Raya
Umum ke 11, berlakuknya pertindihan kerusi. Sebanyak 24 kerusi yang
diperuntukkan kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) turut ditandingi oleh Pas
dan DAP. Pas turut bertanding di di kerusi DUN Taman Medan dan DUN Dengkil
di Selangor selain DUN Gadek di Melaka. Jurucakap Pilihan Raya Keadilan, Rustam
A. Sani berkata, Keadilan tidak menolak kemungkinan akan mengkaji semula
hubungannya dengan Pas.26

Dalam PRU ke 11 juga, DAP turut bertanding di enam kerusi Parlimen dan 15 DUN
yang ditandingi Keadilan. Sebelum ini, pemimpin DAP berjanji untuk tidak
meletakkan calon mereka di kebanyakan kawasan yang ditandingi Keadilan. Di
Perak, Kerusi-kerusi Parlimen terbabit ialah Taiping, Sungai Siput dan Teluk Intan.
Kerusi-kerusi DUN yang menyaksikan pertembungan antara parti-parti
pembangkang ialah di Kuala Sapetang, Aulong, Jalong, Bercham, Jelapang dan
Simpang Pulai.
26
Utusan Malaysia, 15 Mac 2004

18
Di Sabah, pertembungan merebut kerusi antara Keadilan dan DAP turut berlaku di
kerusi Parlimen Kota
Kinabalu serta
Penampang
manakala DUN
melibatkan Tanjong
Aru dan Kapayan.

Di Pulau Pinang yang
didakwa parti
pembangkang bakal
memberikan banyak
kerusi kepada
Keadilan dalam pilihan raya kali ini turut menyaksikan pembangkang berlawan
sesama sendiri untuk menentang calon BN. Keadaan itu berlaku di kerusi Parlimen
Batu Kawan dan DUN Bagan Dalam, Bukit Tambun dan Sungai Pinang.

Sementara itu di Kedah, calon Keadilan dan DAP turut berlawan sesama mereka
untuk menentang BN di dua kerusi DUN iaitu Gurun dan Bukit Selambau.

Dalam PRU ke 13, berlaku pertindihan lain yang jarang dinyatakan oleh Khalid
Samad. Di Jelapang, Perak calon DAP, Teh Kock Ke dan calon PSM M Salavarthy
menentang calon BN, S Mokan. Manakala di Semenyih, pertindihan antara PSM
dengan PKR.

Pengkhianatan terbesar dilihat berlaku di DUN Damak, Jerantut berdasarkan
keputusan PRU ke 13 di atas. Calon Bebas, Koh Boon Heng, Naib Pengerusi DAP
Pahang menyatakan dia yang bertanding atas tiket Bebas kerana komitmen yang
jitu dalam parti dan mendapat restu daripada Pakatan Rakyat (PR) Pahang.27
Dalam DUN Damak juga, penulis tertarik dengan calon bebas bernama Mohd Nor
Bin Jaafar yang bertanding sebagai calon bebas. Pada tahun 2008, beliau
bertanding sebagai calon PKR. Beliau merupakan adik-beradik mantan YDP PAS
Jerantut dan YDP PAN Raub, Dr. Hamzah Jaafar.

27
Sinar Harian, 22 APRIL 2013

19
Perang Terbuka Dalam PAS

A. Langkah Kajang

Sebagaimana projek 16 September, cadangan pakar strategi PKR yang genius ini
bukannya memecah-belahkan PKR tetapi memecah-belahkan PAS. Inilah
kehebatan pakar strategi PKR. Strategi kemenangan pilihan raya dan kekuasaan
cuba mengatasi persoalan pahala-dosa dan syurga-akhirat sehingga
mengetepikan amanah yang ditentukan oleh Allah dan mengorbankan mandat
kuasa yang diberi oleh rakyat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah mengemukakan projek ‘Kajang Move’
atau Langkah Kajang yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pada 27 Januari 2014, wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai
anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kajang bagi memberi laluan
kepada Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding pada PRK kawasan itu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN
Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat. Sebagai
ganti, Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dicalonkan untuk kerusi itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, mewakili Kerajaan Selangor
menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan
persekutuan pada 26 Februari untuk penstrukturan semula industri air di negeri
itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang
mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut
dengan mereka.

Pada 26 Jun 2014, Khalid Ibrahim gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang
PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota
Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

Pada 21 Julai 2014, PKR mengumumkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon
Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Khalid
20
Ibrahim dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR
yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara
pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri
Selangor. Khalid Ibrahim berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai,
beliau akan terus menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar[22 Julai 2014].

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid Ibrahim
untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah
khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat [25 Julai 2014].

Pada 1 Ogos 2014, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan
meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam usaha menurunkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor,
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih
91 muka surat28 mengenai dakwaan salah laku29 Khalid Ibrahim seperti isu
penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek
pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana [4 Ogos 2014].
Pada 5 Ogos 2014, Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Khalid

28
Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan di mana Datuk Saifuddin
selaku defendan pertama dan PKR defendan kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf
kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91 mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah
terhadap saya(Tan Sri Khalid Ibrahim). [Harakah, 16 Ogos 2015]. Saifuddin Nasution telah berbohong dan
melakukan kospirasi terhadap Khalid Ibrahim.
29
Berikut adalah kenyataan 'beraninya': Kenyataan Paling Berani Dari ADUN PAS kawasan Morib, Tuan Haji Hasnul Baharuddin
Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi
bersama kebanyakan AJK PAS Pusat. Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai
kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8. Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak
munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar
nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat
terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus
ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab. Saya yang menyokong pakatan
rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin. Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco
pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid
Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB
sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim. Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar
bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis
syura ulamak tahu tak maklumat ini? EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak
pertahankan tski sampai setengah mati? Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan
tindakan2 yang merugikan. Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR. Saya sudah bersedia untuk
terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. -Hasnul b Baharuddin ADUN Morib

21
Ibrahim berhubung keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar
Selangor.

Khalid Ibrahim membalas surat tunjuk sebab [6 Ogos 2014]. PKR memecat Abdul
Khalid daripada parti berkuatkuasa serta-merta [9 Ogos 2014].30 Khalid Ibrahim
dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima
keputusan PKR untuk memecatnya dari parti walaupun beliau mendakwa
tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang. Khalid Ibrahim

30
BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN RASMI PARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG PEMECATAN TAN SRI KHALID IBRAHIM
SEBAGAI AHLI PARTI

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID
IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9
Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI
KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang
sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang
baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri
Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn
Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan
Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji
semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum
Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan
hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat,
berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

22
memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti
biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos
2014.

Pada 8 Ogos 2014, MSU menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah
sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Pada 11 Ogos 2014, Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor bagi
memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut
jawatan Menteri Besar. Dalam sidang media khas kemudiannya Khalid Ibrahim
mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk
terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong
kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan
mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi
mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.

Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan terus
berkhidmat di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim seperti yang diarahkan pucuk
pimpinan parti itu [12 Ogos 2015]. Manakala enam anggota Exco daripada DAP
dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas
masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Khalid Ibrahim
kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain itu, keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan
melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti
peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat
dilantik. Mereka juga berkata Khalid Ibrahim dan MMKN tidak boleh membuat
sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

Pada 12 Ogos 2014, Khalid Ibrahim mengumumkan telah menghantar surat
kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota
Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong
pentadbirannya. Keenam-enam Exco terbabit bagaimanapun bertekad untuk
datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
23
di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum
mendapat perkenan Sultan Selangor.

Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri
Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa pada 12 Ogos, Abdul Khalid
turut menunjukkan surat balasan yang diterima beliau [13 Ogos 2014]. Sementara
itu surat pemecatan Exco PKR, Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana ADUN
Batu Tiga bercuti di luar nrgara. Jumlah korum yang menghadiri mesyuarat
MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh
Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai
empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.

Abdul Khalid menyatakan bahawa tindakan anggota-anggota Exco terbabit
mengeluarkan kenyataan untuk tidak bekerjasama adalah bercanggah dengan 10
Akujanji dan Sumpah Kesetiaan yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah di
hadapan Sultan Selangor.

B. Pelantikan Menteri Besar Selangor.
‘saya ucapkan terima kasih kepada semua pemimpin yang berucap menyatakan sedia berdiri teguh di
belakang saya tapi apa yang saya bimbang apabila saya pandang ke belakang, tidak ada orang’- Tuan
Guru Abdul Hadi Awang.

Kemelut dalaman PKR membawa kepada pemecatan Abdul Khalid daripada parti
itu pada 9 Ogos 2014 kerana mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat yang
mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri
besar yang baharu.

Abdul Khalid menerima pelbagai tekanan untuk menjelaskan isu berkaitan elaun
baharu menteri besar; kenaikan cukai bagi lesen perniagaan; isu pinjaman beliau
dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara
(Kidex). Beliau akur mahu berundur tetapi hasratnya terbantut apabila Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguh untuk menerima peletakan
jawatannya sehingga pelantikan baharu ditentukan pada 11 Ogos 2014.

24
Kehadiran empat EXCO Kerajaan Selangor dalam kalangan wakil PAS dalam
Mesyuarat Mingguan EXCO pada 13 Ogos 2014 bersama Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Khalid Ibrahim bagi mempertahankan Kerajaan Selangor daripada
tumbang. PAS masih menganggap ia Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kemelut dalaman PKR ini mencetuskan pengolakkan dalam Pakatan Rakyat
apabila empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS digelar pengkhianat
oleh DAP kerana masih bersama-sama Abdul Khalid dalam menjalankan
pentadbiran negeri sedangkan enam lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada
DAP dan PKR telah meletak jawatan.

Pada 14 Ogos 2014, Datin Seri Wan Azizah telah menyatakan beliau telah
mendapat sokongan 30 ADUN dalam DUN Selangor untuk melantik beliau sebagai
Menteri Besar Selangor yang baru. Ia turut disokong 2 ADUN PAS iaitu YB Ir. Saari
Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Sokongan dua ADUN ini
mencetuskan keributan dalam PAS kerana kedua-dua ADUN mengingkari arahan
jemaah(Majlis Syura Ulama) yang menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pada hari yang sama Lujnah Politik PAS bersidang menentu agenda dalam
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos 2014. Nik Abdul Aziz Nik Mat
telah membidas kedua-dua ADUN itu, ‘kalau dia nak keluar parti, itu dia punya
pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen
PAS, lepas itu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman’.31

Pihak istana turut menerima tempias kemelut itu sehingga Sultan Sharafuddin
menitahkan agar setiap parti dalam pakatan itu menghantar sekurang-kurangnya
dua nama calon menteri besar baharu untuk pertimbangan baginda.

PKR dan DAP bagaimanapun tetap berdegil apabila hanya mempersembahkan
nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar baharu.

PAS sebaliknya akur dengan titah baginda dengan menghantar tiga nama calon
menteri besar Selangor yang baharu tetapi nama Dr Wan Azizah tidak berada
dalam senarai itu.

31
Bernama, 13 Oktober 2014.

25
Kedegilan PKR dan DAP menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita dan krisis
jawatan menteri besar itu menurut baginda, telah membuka mata dan hati serta
pandangan baginda terhadap situasi politik Selangor.32

Majlis Syura Ulama (MSU) telah mengumumkan bahawa MSU menyokong
kepimpinan Khalid Ibrahim. Ia seakan-akan mengikat keputusan Jawatankuasa
PAS Pusat pada 17 Ogos 2014.

Pada 17 Ogos 2014, Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan menghantar dua nama
Presiden KEADILAN, Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail dan Mohamad Azmin Ali
untuk diperkenankan oleh Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor.33

Abdul Khalid tetap komited menjalankan tugas-tugas terakhirnya sebagai menteri
besar dan pada 12 September lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor
memeterai Perjanjian Utama penstrukturan semula industri perkhidmatan
bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.34

Pada 23 September 2014, YB Mohamed Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar
Selangor yang baru.

Menurut Mohamad Abduh, Presiden PAS dituduh khianati PR kerana namakan
calon MB daripada PAS.

Mari amati kisah pengkhianatan.35 Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal
bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerjasama;
1) 2 pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia
memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima
pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

32
http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2014/12/19/2014-krisis-selangor/#oG0vMXeBjb4Gudtd.99
33
“Pada masa yang sama ungkit pula konon mereka yang naikkan MB Selangor hari ini. Fakta yang ramai tidak
tahu ialah semasa krisis tukar MB dulu antara keputusan PAS Selangor ialah jika TS Khalid tidak kekal maka MB
baru mesti dari PAS. Keputusan mesyuarat Pimpinan PAS Pusat menamakan 1) Dr Wan Azizah dan 2) Azmin Ali
sebagai calon MB, tetapi tiga nama yang dihantar kepada istana semuanya calon PAS “*FB Amin Ahmad,
25.3.2017]
34
Read more at http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana/2014/12/19/2014-krisis-
selangor/#oG0vMXeBjb4Gudtd.99
35
Merujuk kenyataan Nik Mohamad Abdul. 9.9.2014

26
Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden,
begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu
dilakukan oleh presiden PAS apabila;
1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.
Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya
bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.
2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR
akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan
kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan presiden? Ada 2 pilihan;
1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR.
Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf
Siyasi.
2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu
memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua.

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat
17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI
(Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan
pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru,
termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU).

Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU
agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!

Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan 5 jam!

27
Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu
nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri
Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.

Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;
1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan
semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu
nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2
nama. Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan
yang lemah dalam mesyuarat PR.
2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan
WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima
masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa
diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang
sekadar 5 jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa
kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu,
bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada
kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi
sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat
dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu SD timbul.

13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI
sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang
bertambah di dalam dan di luar PAS.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

28
Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan.
PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan
kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata
putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai
parti U-Turn!

PAS mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti
menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot
terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja
dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;
1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS?
Tidak bukan?
2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan
ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?
3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin
PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak
bukan?
4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada
kestabilan PR? Tidak bukan?
5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada
dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang
meneruskannya?

Kemunculan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA)

29
Kemunculan PASMA pada tahun 2014 di Perpustakaan Zahra, Kota Bharu. Zuhdi
Marsuki berpendapat PASMA hanya mewakili 1/3 daripada kumpulan baharu
yang dibentuk [Utusan Malaysia, 30 Mei 2015].

Pada 11 Ogos 2014, PASMA telah ditubuhkan dengan tujuan merapatkan
hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Dalam FB Nasrudin Hassan bertarikh 14hb September 2014, Ustaz Nasrudin
menjelaskan agenda pertemuan PasMA di Pustaka Az Zahra Kota Bharu iaitu
1. Sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu
Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan
Guru Presiden.

2. Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan
konsep 1 Jamaah 2 Parti. Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi
menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

3. Shaikh Umar Bagharib bin Ali36 mempersoalkan keupayaan 24 orang AJK PAS Pusat yang pro mereka
(dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS pusat.

4. Fokus untuk dijatuhkan ialah Setiausaha Agung Musthafa Ali yang menjadi tula belakang Presiden
PAS.

5. Jatuhkan pemimpin yang tidak mahu turunkan Presiden PAS.

6. Baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil dan melanggar
baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing ( sebagai membayar kifarah ).

7. Majlis Syura PAS hanya diperalat oleh Musthafa Ali.

Menariknya, dewan Pustaka Az Zahra Kota Bharu ditempah mengunakan nama
sebuah organisasi dikenali Madrasah Yahya Othman (MAYO) iaitu sebuah
organisasi yang menyatukan anak-anak murid dan membawa gagasan pemikiran
serta aspirasi Tuan Guru Yahya Othman.

Struktur organisasi pada peringkat awal kemunculannya cuba mengelirukan
masyarakat awam. Seorang penganalisa menyatakan PasMA mengunakan strategi
tertentu dalam membentuk struktur organisasinya iaitu:

36
Aktivis PMIUM dan SMM. Beliau dilihat perancang utama gerakan mahasiswa pada zamannya. Dikatakan watak
yang genius. Aktif dalam Pemuda PAS Johor kemudian menyertai DAP Johor.

30
1. Jawatankuasa Penaja (orang yang kurang dikenali)

2. Jawatankuasa Awam (ini akan didedahkan jika ada musyakah. Pengerusinya adalah Phahrolrazi)

3. Jawatankuasa Sebenar (Hidden) pengerusi dan jawatankuasa ini adalah yang sebenarnya dirahsiakan
seumpama IRC.

Maka muncul tiga set struktur organisasi iaitu
Set 1
Mohamad Faiz Mohd. Taib (pengerusi);
Muhamad Hisomudin Bakar (Timbalan Pengerusi);
Mohd. Taib Ahmad (Setiausaha);
Mohd. Iqbal Mohd. Shariff (Penolong Setiausaha);
Mohd. Rosli Abu Bakar (Bendahari)

Ahli jawatankuasa
Mohamed Zainal Hussin,
Sheikh Umar Bagharib
Mohamad Abdul Razak.

Set 2
Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)
Presiden Pasma : Yb Dato’ Husam Musa (Kel)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)
Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS – Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maidin (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Haron (Kel)
AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan

31
Sayuti Omar
Hisyamudin Ghazali

Set 3
Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi (Presiden)
Muhammad Husin (Timbalan Presiden)
Mohd Taib Ahmad (SUA)
Ismail Abdul Rahman (Bendahari)
Che Nordin Che Hussin (penolong SUA)
Zulhasmi Sharif (Penasihat Undang-undang)

Pengerusi PasMa negeri

Mohamad Husin (Kelantan),
Mohd Taib Ahmad (Kedah),
Abdul Aziz Abas (Terengganu),
Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang),
Mohd Iqbal Sharif (Perlis),
Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang)
Mohd Hisomudin Bakar (Perak)
Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan)
Mohd Faizal (Selangor)
Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan)
Sheikh Omar (Johor).

Jika meneliti jawatankuasa PasMa Set 1, 2 dan 3, jelas bahawa gerakan ini
mempunyai ‘fikrah’ dan ‘tanzim’ yang tertentu yang boleh dilihat dari segi
pemikiran dan pengaulan. Dari segi perancangan, ia sudah lama dirancang dan
bermula daripada penguasaan akar umbi atau pengkaderan di peringkat
kampus.37 Manakala watak penggerak utama ialah Muhammad Hussin, Muhd
Taib Ahmad, Hisomuddin Bakar dan Sheikh Omar Bagharib. Muhammad Hussin38
dan Muhd Taib Ahmad penggerak utama Kumpulan UM yang mengasaskan
Jemaah Islam Kampus pro PAS di kampus di Malaysia khususnya Universiti Malaya
pada awal tahun 1980an. Antara anggota Kumpulan UM lain ialah Husam Musa,
Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi.

37
Sekitar tahun 2000 hingga 2010, kampus mengalami fenomena Grup I. Grup I berkiblat fikrah Tuan Guru Yahya
Othman dimentori oleh anak-anak murid senior beliau. Ikon pemimpin mereka ialah YB Dato Husam Musa.
38
Terkenal pemimpin yang rapat dengan YB Dato Husam Musa dan Dato Wan Abdul Rahim. Beliau juga penggerak
utama aspirasi TGYO. Hisomuddin Bakar antara pembantu utama beliau suatu ketika.

32
Hisomuddin39 dan Sheikh Omar antara pengerak-pemikir40 sebalik tabir gerakan
mahasiswa dekad 2000-2010.

Majlis Syura Ulama telah melarang ahli PAS terlibat dalam NGO PASMA melalui
kenyataan media yang dinyatakan oleh Setiausaha MSU, Dato Nik Muhammad
Zawawi Saleh pada 13 Oktober 2014. “Majlis Syura memantau dengan penuh
prihatin tindak tanduk muktakhir ini yang boleh dilihat memecah-belah ahli-ahli
PAS seperti yang dilakukan oleh sebuah NGO yang dinamakan PASMA’. ‘ Maka
MSU memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti PASMA’. [SH, 14 Oktober 2014].

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), YB.Dato Ir. Phahrolrazi
Zawawi menolak pandangan MSU. “Mereka (MSU) hanya berperanan memberi
pandangan supaya tidak lari dari perjuangan asal” dan “keputusan MSU tidak
boleh diterima pakai kerana sebarang arahan hanya boleh diberikan oleh
Jawatankuasa PAS Pusat”.

Kenyataan Phahrolrazi mengambarkan keingkaran perintah ‘arahan’ daripada
MSU.

Muktamar 2014: Riak-riak Mula Kelihatan

Peristiwa gambar Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disembah cat, Mat
Sabu diboo dan dipulau sesetengah perwakilan pemuda dan ucapan doa laknat
wakil Wilayah sehingga mencetus kekecohan apabila wakil Kuala Kedah
merampas mikrofon.

Namun Mat Sabu menafikan kewujudan sesetengah golongan yang mahu
jatuhkan Presiden PAS (Harakah: 26-28 September 2017).

Yayasan Darul Hijrah dan Gerakan Impian Kelantan.

39
Mengetuai Ilham Center, badan pemikir dalam pengkajian strategi politik. Antara pengasas Ilhambooks, sebuah
penerbit dan pejual buku-buku pemikiran dan politik.
40
Ada pandangan mengatakan Dr Zuhdi Marsuki sendiri antara pemikir utama gerakan ini sebelum kembali
menyokong kumpulan ‘pro-ulama’. Beliau dekat dengan gerakan mahasiswa di UM dan alumni mahasiswa UM
melalui Usrah Kebajikan Mahasiswa (UKP), penaung KOSIST semasa Ustaz Dzulkhairi menjadi ketua dan antara
orang awal terlibat dengan Ilham Centre.

33
Antara usaha yang baik daripada Dato Husam Musa ialah inisiatif penubuhan
organisasi kebajikan yang dinamakan Yayasan Darul Hijrah (Yayasan Dato
Husam?). YDH berperanan sebagai kuasa ketiga dan menggerakkan projek
kebajikan Dato Husam Musa sekaligus mengangkat populariti beliau dalam
kalangan rakyat. Menariknya, ramai aktivisnya dalam kalangan mahasiswa
PMIUM.

Penubuhan Gabungan Impian Kelantan (GIK) dilihat bertujuan baik terutamannya
membantu kebajikan mangsa banjir. Punbegitu iaitu juga dipenuhi agenda
tertentu kerana dilihat sebagai projek DAP. GIK adalah manisfestasi semangat
‘Impian Malaysia’ yang dipelopori oleh DAP untuk berkongsi usaha dan bergerak
bersama rakyat melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan sebagaimana program
Impian Malaysia bermula sejak 2013 dengan pelancaran Impian Sarawak

Ia merupakan pelancaran Gabungan Impian Kelantan (GIK)41 sebuah NGO yang
‘tidak direstui’ kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti PAS.

41
Antara NGO yang dikatakan bergabung dengan GIK ialah:
1. Yayasan Darul Hijrah (YDH)
2. R (Royalti)
3. Cakna UT (CUT)
4. PERSADA
5. KOSIS
6. DHPP
7. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMa)
8. Cakna Palestin
9. Husainiah Al Muntazar Ctr
10. Anak Muda Kelantan
11. Cakna Komuniti Pasir Putih
12. KB Care
13. Ismailiyah
14. Pondok Pasir Tumboh
15. Pondok Sg Durian
16. KTRS
17. PAPISMA
18. Misi Banjir Mahasiswa
19. Rantau Panjang Care
20. Gabungan NGO Kel/ Bantuan Banjir NGO (BBNGO)
21. HALUAN Kelantan
22. Krai Care
23. MAYO
24. Yayasan Amal Malaysia (Kelantan)
25. Kelab Balkis/Jurugambar perihatin
26. Persatuan 4x4
27. Yayasan Ummah Sejahtera
28. Himpunan Kasih

34
Majlis pelancaran GIK diadakan di Dewan Perniagaan Cina, Kota Bharu itu dihadiri
oleh pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang, Liew Siew Fook, Theresa Kok, Anthony
Loke, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam
Musa, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dan
pemimpin NGO seperti Datuk S. Ambiga dan Datuk A. Samad Said.

Muktamar 2015: Kemuncak Pertembungan
“Kita tidak bersetuju untuk menjadikan PAS parti sekular, ada kalangan kita hendak buang perkataan
Islam, tidak boleh bercakap pasal Islam, itu kita tak boleh terima” Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Utusan
Malaysia, 20 Mei 2015].

Asas penolakkan DAP terhadap kepimpinan Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang ialah [1] kelulusan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada
19 Mac 2015 dan [2] pendirian TGHH mahu membawa Usul Persendirian (Private
Members Bill) ke Parlimen bagi membolehkan EKJS Kelantan dilaksanakan melalui
pindaan RUU 355.

6 Februari 2015 – TGHH menempelak Lim Guan Eng kerana terus meragui
kehadiran beliau dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari
2015 [SH, 7 Februari 2015]. TGHH hadir dalam mesyuarat tersebut [Harakah, 13-
15 Februari 2015]

Awal bulan Februari 2015, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim
mendedahkan ada usaha menjatuhkan Presiden PAS. Ia dikatakan melibatkan
Pasukan Gerak Saraf (PGS) PAS dan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat. Antara
pemimpin yang dikatakan mengerakkan pengulingan Presiden PAS ialah
Mohamad Sabu42 (Timbalan Presiden PAS), Ir Phahrulrazi Zawawi (Presiden

29. Angkatan Prihatin Kelantan
30. Kelab Balqis
31. Jurugambar Prihatin
32. Kelab 4x4 Tanah Merah
33. Kebajikan Kelantan
34. Kelab Ekspedisi Kelantan (KEK)
35. Gabungan Cakna Mahasiswa (GCM)
36. Aktivis Kelantan (AK03)
37. Persatuan Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerja (MSOSH)
38. Persatuan Mahasiswa Islam UM
39. Pertubuhan Penyelamat & Komunikasi Kelantan (RESK)
42
Terdapat bukti rakaman audio yang dikatakan Mohamad Sabu. https://www.youtube.com/watch?v=k6Cjkh1xGJI..Mohamad
Sabu pernah menafikan usaha mengulingkan Presiden. Lihat https://www.youtube.com/watch?v=3wuVD_eYxYU.

35
PASMA), Dr. Hatta Ramli43, Husam Musa (Naib Presiden)44 dan Aiman Athirah al-
Jundi. Kenyataan ini dinafikan oleh SUA PAS, Dato Mustafa Ali dan Naib Presiden
PAS, Salahuddin Ayub [Sinar Harian, 10.2.2015]. Presiden PASMA turut menafikan
beliau menjadi dalang [Sinar Harian, 9.2.2015].

15 Mac 2015- Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan
pengolakan dalam PAS adalah masalah kecil berbanding kewujudan Barisan
Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) sehingga PAS dapat 2 kerusi sahaja di
Kelantan.

19 Mac 2015 – Dewan Undangan Negeri Kelantan sebulat suara (44 undi)
merangkumi 31 undi PAS, 12 BN dan seorang PKR telah menyokong Enakmen
Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015). Pelaksanaan ini bergantung
kepada Rang Persendirian untuk meminda Akta 355 untuk membolehkan
pelaksanaan hukuman tersebut. PKR mengarahkan ADUN Guchil, Roslan Puteh
tidak menghadiri atau tidak berada dalam sesi pembentangan tersebut. YB
Husam Musa menyokong bersyarat iaitu mahu RUU355 dibawa oleh kerajaan
bukannya Rang Persendirian.

24 Mac 2015- DAP Buang Hadi (Sinar Harian). SUA DAP, Lim Guan Eng
menyatakan DAP hilang kepercayaan pada Abdul Hadi sebagai pemimpin PR dan
akan menghentikan kerjasama dengan beliau. Keputusan Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC) DAP itu disebabkan bantahan keras keinginan PAS membawa satu
rang undang-undang persendirian berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah ke
Parlimen Malaysia.

1 April 2015 – PASMA bersedia menjadi parti politik45

18 Mei 2015 – Lim Kit Siang dalam soalan rasmi di Parlimen melakukan provokasi
menyifatkan Undang-undang Jenayah Islam Kelantan adalah bertentangan
dengan semangat kenegaraan dan boleh memecah-belah perpaduan negara.

43
Dalang pembocoran maklumat daripada mesyuarat-mesyuarat PAS.
44
Dikatakan dalang penubuhan PasMa
45
Sinar Harian, 10 Jun 2015

36
3 Jun 2015 – Dewan Ulama PAS Pusat meluluskan usul tergempar supaya PAS
memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP. Usul ini dibentangkan oleh Ketua Dewan
Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik ekoran serangan PAS terhadap Presiden PAS.
Usul ini disokong oleh 644 perwakilan.

3 Jun 2015 – kumpulan pro-Presiden menang dalam pemilihan Dewan Pemuda
PAS Pusat.

4 Jun 2015 – kumpulan pro-Presiden menguasai Dewan Muslimat PAS Pusat.

4 Jun 2015 – Kumpulan pro-Pakatan dan pro-Anwar kalah teruk. Dato Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang (928 undi) menewaskan Tuan Guru Ahmad Awang (233
undi) bagi jawatan Presiden PAS. Semua jawatan dimenang oleh kumpulan pro-
Presiden kecuali Mazlan Aliman (593 undi). Mazlan Aliman kemudian meletakkan
jawatan dan menyertai GHB-Parti Amanah.

A. Usaha Guling Presiden PAS

7 SEPTEMBER 2014: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menempelak Abdul Hadi
kerana menyebabkan kehilangan dua negeri kepada Barisan Nasional dan kini
mempersoalkan pula keupayaan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Naibnya, Teng Chang Kim pula berkata, fakta rekod kerja Hadi menceritakan
keupayaan pentadbiran beliau untuk dinilai orang ramai kerana hilang
Terengganu sewaktu menjadi Menteri Besar dan hilang Kedah sewaktu menjadi
Presiden PAS.

27 JANUARI 2015: Lim Kit Siang berkata, “Serangan Umno ialah apabila
pemimpinnya turut melompat menyokong Hadi bagi kenyataan ‘13 Mei jika
kembalikan undi ketiga’, dan dalam masa beberapa hari ini, kenyataan Hadi
diberikan keutamaan berbanding Presiden Umno dan Timbalan Presidennya di
dalam Utusan Malaysia – pertama kali dalam sejarah lidah rasmi Umno itu!”

28 JANUARI 2015: Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Abdul Hadi
mempunyai hasrat untuk memecah-belah Pakatan Rakyat. Pelbagai isyarat yang
diberikan Abdul Hadi termasuk keengganan menghadiri mesyuarat tertinggi
37
pakatan, menolak resolusi yang dipersetujui bersama hinggalah membangkit isu
pilihan raya kerajaan tempatan.

Abdul Hadi semakin konservatif telah membelakangkan nilai ‘parti untuk semua
rakyat’ yang dipegang oleh PR.

“Keadaan ini menyedihkan pengundi bukan Islam khususnya pengundi Cina yang
memberi sokongan kepada PAS pada Pilihan Raya 2008 dan 2013. Jangan lupa
bahawa tanpa sokongan pengundi bukan Islam khususnya pengundi Cina, PAS
akan menerima kekalahan di banyak kawasan.”

6 FEBRUARI 2015: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR
Ahad ini bagi membolehkan sebarang keputusan berhubung isu-isu berbangkit
dibuat secara kolektif.

Pihaknya sedia berbincang perkara-perkara bernas yang melibatkan kepentingan
rakyat berdasarkan fakta.

“Di sini saya rasa pendirian DAP amat jelas dan yang paling penting adalah
menyelesaikan perkara berbangkit berdasarkan fakta dan bukan fitnah. tanpa
kehadiran Presiden Pas, mesyuarat itu tidak dapat diteruskan kerana
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah menetapkan bahawa semua keputusan
harus dibuat secara kolektif dengan kehadiran semua pemimpin PR. Kami
mendapat jaminan Hadi akan datang, jika tidak mesyuarat tidak diteruskan.”

Pada 8 Februari 2015, seramai 300 ahli PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS
Kuantan, Fadhli Ibrahim telah berdemontrasi di hadapan Pejabat Agung PAS agar
Dr Hatta Ramli yang didakwa menjadi dalang menjatuhkan Presiden PAS
meletakkan jawatan.

Ketua Pegawai Operasi Dewan Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marsuki
mendakwa usaha mengulingkan dan mensabotaj PAS sudah wujud sejak tahun
1998 lagi. Beliau juga menjangkakan selepas muktamar 2015, PAS berpecah dan
sebuah parti baru akan terbentuk [Sinar Harian, 1 Mac 2015]. Kenyataan Dr
Zuhdi disangkal oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.

38
Usaha mengulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS
terbongkar dengan penyebaran klip audio percakapan pemimpin kanan PAS
(Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dan terdengar suara seakan-akan
Hishamuddin Rais) bersama orang tertentu untuk menjatuhkan Presiden PAS
[Berita Harian, 25 Februari 2015. Utusan Malaysia, 21 Februari 2015].

Peserta Multaqa Ulamak SeMalaysia II Dewan Ulamak PAS Pusat telah
menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya
PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang menjadi dalang usaha mengulingkan Presiden
PAS [Utusan Malaysia, 22 Februari 2015]. Dewan Ulama PAS mengambil berat
persoalan wala’ kepada kepimpinan PAS yang semakin merosot.

21 MAC 2015: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS, Dato’
Seri Abdul Hadi Awang terus mengkhianati dan menghina Pakatan Rakyat dengan
memungkiri janji yang dinyatakannya sendiri kepada Pakatan Rakyat berhubung
isu hudud sebelum ini.

Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan
provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan Rakyat atau
demi mengugut DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerah kepada PAS atau
melihat Pakatan Rakyat berpecah. Pendekatan sedemikian oleh Abdul Hadi tidak
boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan konsensus yang digunakan
Pakatan Rakyat demi demokrasi yang sihat dan koalisi yang berfungsi dengan
baik. Pimpinan DAP dikhianati oleh PAS Kelantan dan beberapa pimpinannya atas
sikap tidak jujur, licik dan khianat mereka membelakangi Pakatan Rakyat.

Presiden PAS berkhayal jika menyangkakan bahawa sokongan kalangan bukan
Islam terhadap PAS masih belum hilang selepas mereka dikhianati oleh parti itu.
PAS bukan sahaja telah menamatkan Pakatan Rakyat malah prospek parti itu
dalam pilihan raya akan datang.

22 MAC 2015: Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi bertindak dengan cara tidak jujur
dan tidak bermaruah apabila membuat keputusan sendiri membelakangkan
Pakatan Rakyat memohon kebenaran Parlimen membentang rang undang-
undang persendirian hudud pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

39
Tindakan Abdul Hadi itu mencabuli keputusan Majlis Tertinggi PR kerana sebarang
usul persendirian mesti terlebih dahulu dikemukakan kepada mereka sebelum
dihantar ke Parlimen.

“Ini mencabuli keputusan Majlis Tertinggi sendiri. ‘Hot honest and not
honourable’. Sebab itu kita tidak boleh mempersetujuinya. PKR mengumumkan
tidak bersetuju dan DAP pun tidak boleh bersetuju. Tapi PAS melanggarnya. Itulah
masalahnya.”

24 MAC 2015: Lim Guan Eng berkata, “Jika Hadi terus nak bentangkan usul
tersebut (hudud), lebih baik beliau tinggalkan Pakatan Rakyat, beliau tentu
berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian. Kita tak
persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada
hak sebagai Ahli Parlimen… tapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana
sebagai ahli Pakatan Rakyat kerana kalau dia buat sedemikian, lebih baik beliau
tinggalkan pakatan.”

24 MAC 2015: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, “DAP kesal dengan
pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan
terhadap kepimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta
menghentikan sebarang kerjasama dengannya. Ini bukan kali pertama tetapi
kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman berlaku. Beliau tidak
jujur dan bermaruah. Pengundi yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum
lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama yang
dibawa oleh pakatan pembangkang. Yang melanggar dasar ini adalah PAS.”

23 MEI 2015: Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi semakin berkelakuan seperti
‘pemimpin Umno’ dengan memainkan sentimen perkauman dan menyerang
DAP. Abdul Hadi semakin lama lebih dilihat sebagai pemimpin Umno, bukan
pemimpin PAS.

“Adakah ini kerana beliau nak kerajaan perpaduan? Beliau tetap sokong perdana
menteri walaupun Lembaga Tabung Haji ada masalah? Kalau nak gabung,
pergilah. Jangan cari alasan macam ni. Jangan hilang akal macam ni. Sekarang
dia (Abdul Hadi) main sentimen perkauman untuk serang DAP. DAP tak pernah

40
cakap nak memerintah negara secara sendirian. Jelas hati dia (Abdul Hadi) tak
ada bersama Pakatan Rakyat lagi.”

24 MEI 2015: Lim Kit Siang berkata, “Kalau bekas Mursyidul Am PAS (Nik Abdul
Aziz) masih hidup, pasti beliau tidak akan membenarkan Pakatan Rakyat
berhadapan krisis seteruk ini dan menentang rancangan pembentukan kerajaan
perpaduan oleh pimpinan PAS sedia ada. Bekas pemimpin PAS pernah mendakwa
idea pembentukan kerajaan perpaduan telah mendapat restu Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang tetapi ia dihalang sendiri Nik Abdul Aziz. Bagaimanapun
promoter konsep kerajaan perpaduan telah mengambil kesempatan daripada
kematian Nik Abdul Aziz untuk meneruskan konspirasi politik itu.”

26 MEI 2015: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang sudah tawar hati untuk bersama Pakatan Rakyat (PR).
Abdul Hadi berkecenderungan terhadap Umno berbanding memberikan sokongan
kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.

“Beliau bukan saja tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, malah turut tidak
menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah. Hadi membuktikan walaupun
tubuh badannya masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno.”

Mohamad Sabu menyindir Abdul Hadi Awang tak sehebat disangka kerana gagal
mempertahankan Kerajaan PAS Terengganu pada PRU ke 11. PAS mesti
berkerjasama dengan pembangkang yang lain jika mahu menang dalam pilihan
raya [Sinar Harian, 31 Mei 2015].

Mohamad Nizar Jamaludin menyatakan. ‘selepas muktamar apa yang saya
mahu lihat ialah muka presiden yang baharu. Presiden perlu baharu dan barisan
kepimpinan perlu muka baharu’ *Utusan Malaysia, 1 Jun 2015]

B. Tuan Guru Ahmad Awang Mencabar Tuan Guru Abdul Hadi Dalam Jawatan
Presiden PAS.

Dato Seri Muhammad Nizar Jamaludin, AJK PAS Pusat dan mantan Menteri Besar
Perak mengambarkan keperluan PAS menukar kepimpinan yang lebih berwibawa

41
[Berita Harian, 21 Mac 2015]. YB. Ir. Khalid Samad juga mengesa perwakilan
menukar kepimpinan yang lebih baik [Berita Harian, 18 April 2015].

Buat kali pertama dalam masa 13 tahun, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dicabar
oleh Tuan Guru Ahmad Awang bagi jawatan Presiden PAS. Seorang lagi calon, YB
Dato Husam Musa menarik diri daripada pertandingan jawatan tersebut [Berita
Harian, 15 Mei 2015. Utusan Malaysia, 15 Mei 2015]. Ahmad Awang menyatakan
4 sebab kenapa beliau mencabar Abdul Hadi [Sinar Harian, 20 Mei 2015] iaitu
1. Meraikan perbezaan pendapat dan mengurusnya dengan hikmah
2. Mengeratkan ukhwah yang bertunjangkan kasih sayang kerana Allah
3. Memperkukuhkan PAS di arena nasional
4. Penglibatan aktif PAS dalam isu antarabangsa

Ahmad Awang menafikan dengan bersumpah bahawa beliau tiada kaitan dengan
PASMA dan DAP [Berita Harian, 31 Mei 2015]. Jika kalah, Ahmad Awang tidak
mahu menubuhkan parti baru. “Jika kalah, tujuan bertanding untuk menyatukan
PAS, kalau tubuh parti lain itu keluar dari matlamat saya, saya tidak akan
menubuhkan parti baru, yang salah bukan PAS” *Sinar Harian, 1 Jun 2015].

C. Cubaan Membina Persepsi Buruk Terhadap Pemilihan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi mendakwa kempen kotor
dan serangan peribadi semakin teruk dalam pemilihan PAS [Berita Harian, 21 April
2015]. Presiden PAS pernah menafikan dakwaan yang mengatakan taktik kotor
pemilihan PAS. Beliau menyatakan, ‘insya Allah tiada yang kotor. Siapa yang buat
kotor kita tidak akan pilih’ [Sinar Harian, 19 April 2015]. Dr. Zuhdi Marsuki
mendakwa kenyataan Asmuni Awi mempunyai agenda tersirat terutamanya
ekoran kekalahan sahabat Asmuni Awi, Mohamad Nizar Jamaludin di Kampar dan
Dr Khairudin Abdul Malik di Tambun. Manakala Dr Kamarul Zaman Yusuf
menyatakan lazimnya dakwaan kempen kotor dibangkit oleh kelompok yang
kalah atau akan kalah dalam pemilihan nanti [Berita Harian, 22 April 2015].

42
D. Campurtangan DAP dalam Muktamar 2015
‘Tidak ada pertembungan dua aliran dalam PAS. Yang ada golongan suka ikut nasihat DAP dan mereka
yang berpegang kepada dasar PAS. Jadi terpulang kepada ahli PAS, hendak bebaskan diri mereka.
Hendak ikut dasar PAS atau ikut DAP’ Tuan Guru Abdul Hadi Awang46

DAP telah membuat keputusan yang aneh dan pelik apabila memutuskan
hubungan dengan Presiden PAS dan pada masa yang sama masih mengekalkan
hubungan rasmi dengan PAS. Pemimpin PAS seperti Mustafa Ali, Mohamad Sabu
dan Mahfuz Omar tidak bersetuju dengan cara DAP [Sinar Harian, 25 Mac 2015].
Dr Dzulkefly47 juga turut membantah serangan DAP terhadap Presiden PAS.

Serangan DAP tidak menjejaskan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Lim
Guan Eng menuduh Abdul Hadi Awang condong kepada UMNO [Sinar Harian, 26
Mei 2015].

Abdul Hadi Awang dilihat menganggu kelancaran perancangan yang dilakukan
oleh Pakatan Rakyat ekoran ketegasan beliau dalam mesyuarat. Antara isunya
ialah ‘Pelantikan Baru Bian Sebagai Ketua Menteri Sarawak’, ‘Rancangan 16
September’, ‘Pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim’, ‘Pelantikan Datin Seri Wan
Azizah Sebagai Menteri Besar Selangor’, ‘Langkah Kajang’ dan ‘Pembentukan
Kerajaan Konsensus Nasional’.48

DAP mempersoalkan Abdul Hadi kerana mungkir janji komitmen bersama Dasar
Bersama Pakatan Rakyat dan enggan menyokong Wan Azizah dalam pilihan raya
Permatang Pauh.49 Abdul Hadi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri
agar mengekal jawatan dan menolakkan desakan Tun Mahathir [Berita Harian, 13
Mei 2015]. Kenapa Abdul Hadi menyokong Perdana Menteri?, mahu mewujudkan
kerajaan perpaduan dengan UMNO dan mengisytiharan kewajipan umat Islam
marah kepada DAP kerana membantah undang-undang hudud [Utusan Malaysia,
28 Mei 2015].

46
Sinar Harian, 30 Mei 2015.
47
Sinar Harian, 30 Mei 2015.
48
Sinar Harian, 28 Mei 2015.
49
Berita Harian, 28 Mei 2015.

43
Lim Kit Siang mendakwa dalam masa 2 minggu selepas Muktamar PAS Tahunan
2015, Pakatan Rakyat akan berpecah.50 Lim Guan Eng mendesak PAS keluar
daripada Pakatan Rakyat. Abdul Hadi seolah-olah ‘berjasad pembangkang tapi
berhati UMNO’.51 DAP mencabar Abdul Hadi membawa PAS bergabung dengan
UMNO [Utusan Malaysia, 24 Mei 2015].

DAP sering menyebut keperluan PAS menukar kepimpinan [Sinar Harian, 31 Mei
2015].

E. Usul Membatalkan Tahaluf Siyasi DAP

Dewan Ulama PAS Pusat mengusulkan usul tergempar agar PAS membatalkan
tahaluf siyasi dengan DAP berbunyi, ‘mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama
dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP
dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat’[Harakah, 12-14 Jun
2015]. Walaubagaimanapun, keputusan muktamad terletak kepada keputusan
Majlis Syura Ulama PAS [Sinar Harian 11 Jun 2015]. Malangnya yang berlaku ialah
DAP telah mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah tiada terkubur [Sinar Harian, 17
Jun 2015] sebelum MSU membuat keputusan. DAP telah keluar daripada Pakatan
Rakyat.

Pada 10 Julai 2015, MSU telah bersetuju keputusan membatalkan tahaluf siyasi
dengan DAP [Berita Harian, 12 Julai 2015]

F. Parti Baru: Secara Kebetulan atau Dirancang?

Adakah penubuhan sebuah parti baru bernuasa Islam (akhirnya Parti Amanah
Negara –PAN) sudah dirancang?

Penulis tertarik dengan kenyataan Wan Saiful Wan Jan yang mengatakan YB
Aminolhuda pernah berbincang tentang pola kepimpinan PAS sebelum Muktamar
2015.52 Sebelum itu, Dr. Zuhdi Marzuki juga menjangka bahawa sebelum parti

50
Sinar Harian 26, Mei 2015.
51
Utusan Malaysia, 26 Mei 2015.
52
“Pagi ini bersembang dengan Haji Ashaari Sidon, YDP PAS Sri Gading. Rumah di kanan tu ialah tempat pertemuan
yang dianjurkan okeh YB Hj Aminolhuda Hassan sebelum muktamar 2015 untuk membincangkan pola pemilihan

44
Islam kedua muncul selepas muktamar. Begitu juga pertemuan rahsia di Bandung
(dakwaan Dr. Azman).

Perpecahan Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 selepas Pilihan Raya Umum ke 12
pada 8 Mac 2008.

Kontroversi bermula pada tahun 2009, polemik hukum hudud kembali menjelma.
Diikuti dengan isu Langkah Kajang pada bulan Mac 2014. PAS enggan menyokong
Datin Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Akhirnya, Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilantik Menteri Besar Selangor.

Pada 29 Disember 2014, sidang khas DUN Kelantan bagi mengemukakan pindaan
Rang Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 tetapi ditangguhkan kerana banjir
besar. Usaha PAS ini ditentang oleh DAP.

Pada 28 Januari 2015, Dato Mustafa Ali mencabar agar Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng bersemuka dalam persoalan Pilihan Raya Pihak Berkuasa
Tempatan. Lim Guan Eng tidak jujur dalam kenyataannya apabila menyatakan
Abdul Hadi dan Mustafa Ali telah dihubungi dan berbincang tentang pilihan raya
PBT ini sedangkan persoalan ini tidak pernah dibincangkan [Utusan Malaysia, 29
Januari 2015]. Mustafa Ali mengemukakan cabaran debat dengan Lim Guan Eng
[Utusan Malaysia, 31 Januari 2015].

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara
terhadap Anwar Ibrahim selama 5 tahun.

Pada 18 Mac 2015, Abdul Hadi Awang memberi notis kepada Parlimen untuk
membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta 355. DAP
mendakwa Abdul Hadi tidak merujuk kepada Pakatan Rakyat.

kepimpinan PAS pada muktamar itu. Hj Ashaari menyertai perbincangan, tetapi memilih untuk istiqamah dengan
PAS.” FB Wan Saiful Wan Jan, 11 Mei 2017, 1.00 PM.

45
Pada 19 Mac 2015, DUN Kelantan telah meluluskan pindaan Enakmen Kanun
Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) untuk membolehkan PAS melaksanakan
Hukum Hudud di Kelantan.

Pada 24 Mac 2015, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi
masih mengekalkan hubungan dengan PAS.

Mustafa Ali menbidas Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kerana bersifat gopoh
dengan menyerang Presiden PAS. Bahkan pada masa yang sama mengemukakan
formula Selamatkan Malaysia bekerjasama dengan Tun Mahathir tetapi Tun
Mahathir menolak pelawaan tersebut.53

Pada 3 Jun 2015, Muktamar Dewan Ulama PAS meluluskan usul sebulat suara
agar PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Pada 6 Jun 2015, Muktamar Tahunan PAS sebulat suara meluluskan usul
membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP tanpa bahas54 yang dikemukakan oleh
Dewan Ulama PAS Pusat. Usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat itu berbunyi,
‘mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat
supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal
dalam Pakatan Rakyat’[Harakah, 12-14 Jun 2015].

DAP meminta pemimpin PAS meletak jawatan dalam Kerajaan Pulau Pinang[11
Jun 2015]. Peletakan jawatan ini dimulakan oleh mantan Timbalan Presiden PAS
Mohamad Sabu dalam Muktamar PAS 2015.

Pada 16 Jun 2015, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP mengisytiharan pakatan
pembangkang dibubarkan. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, “PR sudah tiada.
Tidak perlu Ketua Pembangkang (Wan Azizah) untuk mengumumkannya”[Sinar
Harian, 17 Jun 2015].

53
Sinar Harian, 2 Jun 2015. Utusan Malaysia, 2 Jun 2015
54
Usul tanpa bahas adalah arahan daripada Abdul Hadi Awang. Beritahu Pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar
2015, Dato Mahfuz Omar. Mesyuarat itu juga disertai oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Haji Mohamad Sabu,
Dato Mustafa Ali dan Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, Mursyidul Aam PAS. Cadangan awalnya, usul ini dibahaskan
tetapi pada hari kedua mesyuarat itu memutuskan usul itu diterima tanpa bahas [Sinar Harian, 11 Jun 2015]

46
Pada 2 Julai 2015, beliau sekali mengisytiharkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang
bukan lagi Kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada 10 Julai 2015, Majlis Syura Ulama menerima dan meluluskan usul membatal
tahaluf siyasi dengan DAP.

Khalid Samad menyenaraikan sebab perpecahan PR.55 Antara sebabnya ialah
1. Ketidakselesaan pimpinan utama PAS dengan pilihan membentuk kerajaan bersama PKR
dan DAP. PAS bimbang pengaruh bukan Islam dalam kerajaan Selangor.
2. September 16 dan konsep UG.
3. Menangani pemimpin dan anggota PAS yang pro-PR.

Penulis pula melihat beberapa sebab
1. Kegopohan dan kegelojohon Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng membuat keputusan.
2. Serangan DAP ke atas peribadi Presiden PAS.
3. Kenyataan DAP yang dilihat mengancam kedudukan Islam dan Orang Melayu seperti
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan ingin mewujudkan Kerajaan Negeri di Kuala
Lumpur (Konvesyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan, 2.11.2014)
4. kegelojohan setengah pihak mahu menubuhkan parti baru.

PAS Haji Hadi, PAS Nik Aziz Atau PAS Khadam DAP?
‘Boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak
beriman dan budiman’ Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Utusan Malaysia, 24 Julai 2015]

Mustafa Ali mengingatkan bekas pemimpin PAS agar tidak terperangkap dengan
agenda DAP [Sinar Harian, 23 Julai 2015]. Asas pertikaian antara PAS dengan DAP
ialah hudud (perundangan Islam). Adakah sanggup demi undi masyarakat Cina,
pemimpin Islam meninggalkan perjuangan menegakkan masyarakat Islam dan
perundangan Islam di negara ini?.

G18 sekelompok pemimpin yang merajuk dan kecewa dengan kekalahan dalam
muktamar PAS 2015 telah bertindak menubuhkan Gerakan Harapan Baru. GHB
disertai oleh PASMA dan dibantu oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (SH, 16 Julai
2015).

55
Khalid Samad, Dari PAS ke Amanah, PJ: Ilhambooks, 2016.

47
Gerakan Harapan Baru ditubuhkan oleh sekelompok pemimpin yang kalah dalam
pemilihan Muktamar 2015. Husam Musa menyatakan GHB selari dengan
perjuangan Nik Abdul Aziz Nikmat [Berita Harian, 21 Julai 2015]. GHB sebagai
ganti PAS dalam sebuah pakatan yang baru.56

Gerakan Harapan Baru memberi tempoh 100 hari untuk PAS membetulkan
kepincangan. Jika tidak, GHB akan menubuhkan sebuah parti baru. Begitulah
amaran Khalid Samad kepada PAS [Berita Harian, 21 Julai 2015].

PAS memberi amaran agar pemimpin GHB tidak melampau menghina PAS. Pada
masa yang sama, DAP bersedia menjalinkan hubungan dengan GHB [Berita
Harian, 22 Julai 2015].

Apa Dosa Parti Amanah Negara?

Keluar parti atau penubuhan parti serpihan bukanlah perkara yang baru bagi PAS.
Kesukaran PAS menerima Parti Amanah Negara dalam tempoh terdekat perlu
difahami. Barangkali pada masa depan, DAP dan Parti Amanah dengan PAS boleh
kembali bertaut sebagaimana HAMIM dan BERJASA menyertai Angkatan
Perpaduan Ummah dan DAP menyertai Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

PAS dituduh memecah-belahkan pembangkang kerana tidak menyertai Pakatan
Harapan sedangkan penubuhan Parti Amanah, Langkah Kajang, DAP menolak
perundangan Islam dan campurtangan DAP dalam pemilihan PAS itulah menjadi
punca sebenar perpecahan pembangkang.

‘Dosa besar’ Parti Amanah ialah mereka lari membawa kerusi PAS dan melanggar
baiah. Baiah direstu oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura
Ulamak. PAS mendesak mereka meletak jawatan daripada Ahli Parlimen dan
ADUN.

Semua calon PAS pada pilihan raya umum telah melafazkan Bai’ah bersumpah,
dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai’ah itu. Oleh sebab itu,
Abdul Hadi Awang mengesa wakil rakyat PAS yang menyertai PAN meletakkan
jawatan.
56
Utusan Malaysia, 23 Julai 2015. Sinar Harian, 23 Julai 2015.

48
“PAS sebagai parti Islam membuat Bai’ah dengan Anggota Jawatankuasa PAS
Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi,
Wabillahi dan Watallahi.

“Semasa berBai’ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (PAS) dan
tidak disebut PKR atau DAP.

“Parti (PAS) mewajibkan dalam Bai’ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak
jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Ini disebut dalam bai’ah itu,”57

Antara alasan mereka tidak boleh bertanding semula. Ini bertepatan dengan kata
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, peruntukan
undang-undang adalah jelas di mana mana-mana anggota Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dengan sendiri meletakkan kerusi masing-
masing akan hilang kelayakan untuk bertanding semula sepanjang tempoh lima
tahun.

"Tindakan meletakkan jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan ADUN) ada
implikasinya di mana wakil (rakyat) yang meletakkan jawatan tidak boleh
bertanding semula," kata Datuk Wan Ahmad sambil merujuk kepada Perkara
48(6) Perlembagaan Persekutuan.58

Adalah tidak adil bagi kelompok progresif (GHB kemudian PAN) meletakkan
jawatan sebagai wakil rakyat59. Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan
perundangan dan perlembagaan juga tidak memaksa wakil rakyat mengosongkan
kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum .

57
Bernama, 19.9.15. Ucapan Presiden PAS semasa program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai,
Dungun, Terengganu.
58
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2009/02/02/wakil-rakyat-letak-jawatan-tidak-boleh-tanding-
semula/
59
Wakil rakyat PAS masuk PAN adalah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parlimen Parit Buntar), Dr Siti Mariah Mahmud(
Parlimen Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai), Khalid Samad ( Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (
Parlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Tumpat). Lima lagi adalah
ADUN termasuk Datuk Seri Dr Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk
Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

49
"Di segi konvension juga perletakan jawatan bukan satu amalan. Terkini adalah
kedudukan kes (bekas menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim dalam
kedua-dua kerusi yang disandang.

"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini.
Buat masa ini, sistem politik dan pilihan raya adalah tidak adil buat ADUN atau
MP yang meletak jawatan kerana mereka tidak dapat bertanding semula selama
lima tahun,"60

Persoalan yang timbul ialah kegelojohan wakil rakyat PAS pro DAP keluar parti.
Sewajarnya mereka bertahan dan bersabar dalam PAS sehingga habis tempoh
perkhidmatan mereka sebagaimana dilakukan pemimpin cenderung PAN
(harumanis) seperti Dato Mahfuz Omar (Parlimen Pokok Sena-setakat Jun 2017),
Dato Husam Musa (sebelum dipecat, ADUN Salor), YB Ir. Amirudin Hamzah (Anak
Bukit-Jun 2017), Muhammad Bahaiqi (Kubang Kerian-Jun 2017), YB Dato Salleh
Man(setakat Jun 2017) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan-Jun 2017).

Konflik Dalaman PAS: Dari Mana Ia bermula dan Ibrahnya.

Menurut Mohamad Sabu, mantan Timbalan Presiden PAS dan Presiden Parti
Amanah Negara, antara punca perpecahan PAS ialah
I. Masalah label melabel di kalangan anggota dan pimpinan dalam PAS
II. Penguasaan segelintir kumpulan khusus sebagai anggota badan eksekutif PAS dalam
Majlis Syura Ulama
III. Pengaruh dan kemasukan graduan Timur Tengah ke dalam PAS yang membawa balik
pemikiran dari Mesir dan negara lain tanpa melihat realiti di Malaysia

Mohamad Sabu juga ditanya, adakah kepimpinan Haji Hadi (punca ke IV
perpecahan) juga menjadi punca perpecahan. Mohamad Sabu enggan menjawab
dan ketawa sahaja.

Penulis bersetuju dengan pandangan (I) dan (II) Mohamad Sabu. Pandangan (III),
pada penulis ia bukan sekadar masalah graduan pengajian Islam dari luar negara

60
http://www.malaysiakini.com/news/309592, 23.8.15

50
malah lebih luas lagi. Ia masalah sikap-akhlak lulusan pengajian agama dan ujian
iman para agamawan akhir zaman. Penulis juga bersetuju corak kepimpinan Haji
Hadi turut mempengaruhi perpecahan PAS disamping punca lain iaitu (V) campur
tangan luar dalam politik dalaman PAS dan (VI) agenda terancang kelompok
tertentu dalam PAS. Penulis bersimpati dengan kegagalan dan keupayaan tahap
bersabar kelompok progresif yang sepatutnya menyelesaikan permasalahan ini
dalam gelanggang pemilihan dalam muktamar bukannya memilih jalan
perpisahan yang menjuruskan kepada permusuhan politik.

Orang lama PAS bercerita betapa kecewanya Dato Asri dengan kelompok yang
menurunkannya. Dato Asri dengan Tuan Guru Yahya Othman (TGYO) sahabat
baik, bila Dato Asri membicarakan kisah ini kepada TGYO, menangis TGYO atas
tindakan kelompok tersebut. Adakah TGYO keluar PAS atau mengikut perjuangan
Dato Asri?. Adakah hubungan peribadi dan pengaulan rapat mempengaruhi
perjuangan dan istiqamah TGYO?

Ustaz Suhaimi Ahmad (adik Ustaz Nakhaie Ahmad, mantan Naib Presiden PAS),
kecewa dengan pemimpin PAS. Kata beliau jika tidak kerana orang miskin
bersusah payah untuk PAS, sudah lama beliau keluar daripada PAS.

Tuan Guru Azahari Razak (Abang Ustaz Dato Seri Azizan Razak) adalah seorang
tuan guru tidak setuju dengan kemasukan PAS dalam BN bertindak tawaquf.
Apabila PAS dipecat daripada BN, beliau kembali ke dalam PAS. Bayangkan betapa
lama tempoh beliau bertawaquf dan bersabar tanpa melihat keuntungan politik
peribadi.

Anggap sahaja mereka yang suka melabel sebagai kemuncup menguji kesabaran
dalam perjuangan.

A. Bermula Persaingan Dalaman, Berakhir Dengan Perang Pro-Dasar PAS vs Pro-
Pakatan

Pro-Pakatan terbahagi tiga kelompok iaitu kelompok aktivis PAS, kelompok
tarbiah Tuan Guru Yahya Othman [juga dikenali kelompok Universiti Malaya] dan
kelompok IRC.

51
Kelompok aktivis PAS melihat kemenangan PAS boleh dicapai melalui kerjasama
dengan parti lain. PAS mesti berada dalam pakatan pembangkang. Mereka fokus
kepada aktiviti politik dan obses dengan kemenangan dalam pilihan raya. Antara
pemimpinnya ialah Haji Mohamad Sabu, Haji Salahudin Ayub dan Dato Mahfuz
Omar. Secara peribadi penulis beranggapan titik perubahan kelompok ini berlaku
apabila Mahfuz Omar selaku Ketua Penerangan PAS menafikan pertemuan PAS
dengan UMNO. Apabila beliau mengetahui ada pertemuan tersebut, beliau telah
membuat permohonan maaf secara terbuka. Peristiwa ini dilihat membuka jurang
antara kelompok aktivis pro Mahfuz-Mat Sabu-Salahuddin yang dilihat sahabat
rapat dengan kepimpinan ulama.

Kelompok tarbiah Tuan Guru Yahya Othman terdiri daripada kelompok tarbiah
atau kader yang pernah diasuh oleh TGYO. Seringkali anak-anak usrah beliau
membandingkan kononnya fikrah TGYO berbeza dengan ‘fikrah Terengganu’ atau
‘fikrah Tuan Guru Harun Taib atau Tuan Guru Abdul Hadi Awang’. Fikrah TGYO
lebih dekat dengan gerakan mahasiswa Islam. Kebanyakan kader mereka lepasan
Universiti Malaya terutamanya mendapat pendidikan di Akademi Pengajian Islam
Nilam Puri, Universiti Malaya. Kekuatan kelompok ini ialah tenaga muda yang
membentuk jaringan profesional dalam pelbagai lapisan masyarakat. Mereka juga
mempunyai kekuatan senior-senior daripada kelompok pengasas gerakan
mahasiswa Islam di kampus pada awal tahun 1980an. Kumpulan Universiti Malaya
atau Republik Islam sangat popular dalam Dewan Pemuda PAS era tahun 1980an
dahulu. Antara pemimpin yang menjadi ikon impian kelompok ini adalah Dato
Husam Musa.

Pada peringkat universiti, kelompok ini sangat menjaga hubungan baik dengan
gerakan mahasiswa Islam [dikenali Grup Islah atau Grup I] terutamanya di
Universiti Malaya. Jika pembaca perasan, wala’ kebanyakan para mahasiswa
[terutamanya dari universiti utama kecuali UIA] selepas tahun 2000an bercelaru
dari segi sokongan kepada PAS. Mereka wala’ kepada tokoh atau aliran atau
kelompok bukannya kepada gerakan Islam, PAS. Disinilah kita melihat kelahiran
mantan pemimpin mahasiswa seperti Sheikh Omar yang menyertai DAP dan
Nazree Yunus (PKR). Terkini (2016-2017) di Universiti Malaya, PMIUM
memutuskan hubungan mereka dengan PAS.
52
Kelompok IRC bermanhaj Ikhwanul Muslimin bertapak dalam PAS sejak tahun
1970an lagi. Kekuatan dan pengaruh mereka bertambah besar sejak kemasukan
para pemimpin mereka ke dalam PAS semasa pasca zaman reformasi tahun 1998.
Antara pemimpin tersebut ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Amir IRC UK) dan Ir Saari
Sungip (Presiden Jemaah Islah Malaysia [JIM]). Ada yang bercerita Muktamar
2015 mengisahkan amaran IKRAM menarik balik sokongan terhadap PAS. ‘Masuk
secara jemaah, keluar secara jemaah’. Selepas muktamar 2015 dan tertubuhnya
PAN, hampir keseluruhan anggota atau mantan pimpinan IRC-JIM-IKRAM keluar
PAS masuk PAN.

Pada masa depan, sesetengah pihak meramalkan [1] PAN akan bergabung dengan
DAP, [2] PAN akan bergabung dengan PKR dan [3] PAN akan bergerak sendiri
sebagai sayap politik IRC-IKRAM. Budaya ‘jemaah dalam jemaah’ dan ‘sifat
menguasai jemaah lain’ merupakan amalan tradisi IRC-JIM-IKRAM banyak
menyusahkan gerakan Islam yang ditumpangi oleh mereka dan merugikan umat
Islam. Tidak mustahil PAN akan turut terseret ke lembah perpecahan ekoran
daripada kelompok IRC-JIM-IKRAM dalam PAN.

Penyatuan ketiga-tiga puak ini ialah kemenangan pilihan raya, fokus politik
bukannya tarbiah, politik kekuasaan, pro-Anwar Ibrahim, mahu undi bukan
Islam(orang Cina), kesatuan pihak pembangkang dalam satu gabungan dan
mengutamakan isu nasional bukannya isu Islam.

Kelompok Pro-Pakatan dikatakan taksub dan wala’ kepada Anwar Ibrahim. Semua
pandangan dan tindakan Anwar Ibrahim adalah benar belaka. Lihat sahaja
kenyataan dan tulisan Dr. Dzukefly Ahmad. Dr. Dzulkefly Ahmad menyokong
Konsensus Nasional [Harakah, 3-6 Februari 2014]. Dr. Dzulkefly Ahmad, AJK PAS
Pusat merangkap Pengarah Dewan Penyelidikan PAS Pusat juga menulis beberapa
artikel untuk menunjukkan beliau bersungguh-sungguh menyokong Langkah
Kajang sedangkan Langkah Kajang adalah projek kospirasi menjatuhkan Tan Sri
Khalid Ibrahim. Antara artikel tersebut ialah ‘Meniti Liku-liku Rencana Kajang’
[Suara Keadilan, edisi 161, 18 Februari 2014+ dan ‘Mengapa saya menyokong
Rencana Kajang’ [Suara Keadilan, edisi 160, 11 Februari 2014].

B. Perundangan Islam Batu Penghalang
53
Penulis bersetuju dengan pandangan Dr Dzulkefly Ahmad, setiap individu dan
kumpulan mempunyai pandangan atau kefahaman yang berbeza tentang konsep
dan kaedah pelaksanaan perundangan Islam. Menurut Dr. Dzulkefly Ahmad,
hukum hudud itu wajib, kaedah pelaksanaan adalah ijtihad manusia. Kekhuatiran
tentang aspek teknikal, substantif atau prosedur perundangan yang dikhuatiri
berlaku ketidak adilan kerana ia diadili oleh manusia yang tidak maksum dalam
menjalankan hukuman Allah. Nanti boleh membawa fitnah kepada Islam.

Khalid Samad pula mempersoalkan pendirian Presiden PAS dalam isu hudud.
Abdul Hadi membalas hujah dengan menyatakan bahawa pembentangan Rang
Undang-undang Persendirian berkaitan Hudud tidak perlu dimaklumkan kepada
Jawatankuasa PAS Pusat sebagaimana beliau pernah mengemukakan usul
tersebut pada tahun 1996 dengan hanya memaklum secara peribadi kepada Ustaz
Fadzil Noor, Presiden PAS ketika itu [Berita Harian, 19 April 2015. Sinar Harian, 19
April 2015].

Beberapa sebab ketidak-setujuan Dr. Dzulkefly Ahmad terhadap Perundangan
Islam di Kelantan:
1. Tentang fiqh keutamaan. Keutamaan kepada demokrasi yang subur dimana asasnya
ialah berfungsi institusi semak dan imbang dalam pentadbiran awam. Lebih utama
pengamalan tatakelola kerajaan yang baik berbanding penerapan perundangan Islam.
2. Maqasid Syariah. Tujuan undang-undang Islam itu lebih utama dan paling atas
mengatasi tujuan yang lain adalah mencapai keadilan dan keharmonian kepada semua.
3. Persoalan pelaksanaan hukum. Proses taqnin atau legislatif disamping pelbagai aspek
undang-undang substantif bukan sahaja tentang tafsiran nas. Mesti diambil dari segi
undang-undang keterangan, undang-undang pentadbiran dan undang-undang tatacara.
Kelantan belum bersedia dalam pelaksanaan Qanun Jina’iy.
4. Bersetuju dengan mengambil pendekatan manhaj al-usuliyyah yang melihat bukan
sahaja aspek nas (fiqh an nusus) tetapi mesti dipadankan dengan aspek pelaksanaan
(fiqh at tadbiq) dengan mengambil kira suasana realiti (fiqh al waqi’). Kesan pelaksanaan
mesti dihitung ke atas umat dan negara. Itu dalam aspek maqasid syariah sebagai
ma’alat al af’al (kesan dan risiko tindakan).

Berbalik kepada tajuk. Perundangan Islam menjadi ‘duri dalam daging’ hubungan
PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Isu ini menjadi faktor semerta hubungan
PAS dengan DAP terputus.
54
18 Mac 2015 – Pembentangan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993
(pindaan 2015)

19 Mac 2015 – Mesyuarat Jawatankuasa Negeri DAP Perak memutuskan untuk
mengecam tindakan UMNO dan PAS atas pembentangan EKJS 1993.

20 Mac 2015 – Pemuda DAP Perak memutuskan hubungan dengan Dewan
Pemuda PAS Perak selaras dengan keputusan Majlis Eksekutif Pemuda Sosialis
DAP (DAPSY) yang memutuskan hubungan dengan Dewan Pemuda PAS Pusat.

20 Mac 2015 – Lim Guan Eng sifatkan PAS pengkhianat. Beliau berkata, “isunya
bukan semata-mata mengenai undang-undang hudud tetapi ia mengenai
kepercayaan dan kejujuran beberapa pemimpin PAS. Adakah DAP boleh
bekerjasama lagi dengan mereka sedangkan mereka kini sudah tiada beza
dengan pemimpin UMNO?”

20 Mac 2015 – Abdul Hadi Awang menyatakan, “kerjasama kita dalam pakatan
pembangkang adalah kerjasama yang tidak membabitkan dasar parti. Tidak
membabitkan halal dan haram bagi orang Islam. Sebagaimana kita tidak sentuh
dalam perkara agama mereka, itu hak mereka, mereka juga tidak perlu
menyentuh hal agama kita sendiri”. Hudud sendiri telah lama diperjuangkan oleh
PAS. Pada tahun 1996/1997, PAS pernah membawa usul persendirian berkenaan
hukum hudud di Parlimen.61

C. Cerita Dongeng PAS Bergabung UMNO [Dari Tahun 2008 hingga 2017 Tak jadi-
jadi]

Kisah ‘Pro Umno’ sangat sensitif dalam PAS. UMNO musuh tradisi PAS yang
banyak menzalimi PAS. Peristiwa Memali umpamanya memahat memori hitam
kepada PAS.

Ketika Ustaz Nakhaie Ahmad meletakkan jawatan daripada jawatan tertinggi PAS,
beliau masih dibawa ke hulu ke hilir oleh pendokong PAS terutamanya kalangan
mahasiswa Islam. Beliau tak bersetuju dan marah nama beliau dikaitkan dengan
UMNO. Tetapi akhirnya beliau menyertai UMNO.
61
Berita Harian, 21 Mac 2015.

55
Cerita ‘pro UMNO’ dan mahu bergabung dengan UMNO antara fitnah yang cukup
berkesan dalam membunuh karekter seseorang pemimpin PAS. Cerita Pro-UMNO
ini bermula pada tahun 2008 dan masih kekal sehingga ke hari ini (Jun 2017).

Kisah pro-UMNO ini bermula apabila berlakunya pertemuan antara pemimpin PAS
dengan UMNO selepas pilihan raya tahun 2008.

Pertemuan, perundingan dan perbincangan dengan pihak musuh politik bukanlah
suatu kesalahan. Ia berasaskan keperluan semasa.

Kita menghukum dalam perkara yang belum terjadi dan bertaraf persepsi.
Akhirnya melahirkan fitnah kepada gerakan Islam dan umat Islam itu sendiri.

D. Label
‘Kita mati, mereka juga mati. Kebenaran, keikhlasan, niat dan amalan kita, kita serah kepada
penghakiman Allah di mahkamah akhirat’

Juhala Umno, ulama kepala lutut, Jebon, peguam neraka dan Munafik Haraki
antara label yang dikenakan kepada sesetengah orang. Ada yang sanggup
mengkafir dan menuduh orang mengatakan kafir. Menurut Mohamad Sabu,
budaya label melabel antara punca utama perpecahan PAS.62

Seorang mukmin mesti bersabar dan jangan berjiwa tisu. Tuan Guru Abdul Hadi
Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat digelar dan dilabelkan dengan
pelbagai gelaran. Mereka terus bersabar dan jalan terus dan istiqamah dalam
perjuangan.

Syeikh Dr. Yusuf al Qaradhawi menulis bukunya bertajuk Dahsyatnya Bersabar
untuk memberi pedoman agar para pejuang Islam terus bersabar dan istiqamah
dalam perjuangan mereka.

Jangan sesekali tertewas dengan kata-kata dan fitnah manusia jika kita
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah serta hidup dalam kalangan orang yang
saleh.

62
http://www.malaysiakini.com/news/312807

56
Dalam persoalan melabel atau mengelarkan orang, ingatlah bahawa kita adalah
pendakwah bukannya penghukum. Setiap pandangan kita mesti berlandaskan
ilmu dan bertanggungjawab atas setiap pandangan kita di hadapan mahkamah
Allah nanti.

Jika kita menyatakan persoalan batas iman dan kufur, pastikan dengan ilmu dan
memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh ulama. Dan paling baik
mengelakkan diri daripada mengkafir dan memunafikkan orang. Itu paling baik.

Sesetengah pihak cuba mendakwa PAS mengamalkan budaya takfiri dan PAS
adalah kelompok khawarij. Dulu ia dimulakan oleh pihak UMNO terutama
kalangan ulama muda UMNO. Kini, PKR dan PAN menyatakan PAS menganuti
budaya takfiri.

Setiap ucapan atau penulisan seorang pemimpin atau ahli PAS adalah pandangan
dan tanggungjawab sendiri, ia bukanlah pandangan dan pendirian rasmi PAS. PAS
tidak bertanggungjawab dengan pandangan dan kelakuan peribadi pemimpin dan
anggota PAS. Pemimpin dan anggota PAS perlu berwaspada dan menjaga diri
masing-masing agar maruah mereka terjaga dan imej PAS terpelihara.

E. ‘Think Tank’ Pemimpin

Penasihat seseorang pemimpin termasuk penulis ucapan pemimpin merupakan
sumber maklumat dan nasihat yang sangat mempengaruhi seseorang pemimpin.
Anwar Ibrahim dikatakan dipengaruhi oleh Khalid Jaafar dan IKD. Abdul Hadi
Awang oleh para setiausaha, Mustafa Ali dan Harun Taib. Manakala Nik Abdul Aziz
Nik Mat dipengaruhi oleh orang disekeliling beliau terutamanya para setiausaha
beliau.

Nik Mohamad Abduh menulis: " Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda
adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu
ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan
antara TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan TGHH (Tuan Guru Haji Hadi). Mereka
menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala
usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan

57
yang mereka lakukan!". Ahmad Awang mahu Nik Abduh menjelaskan kekeliruan
yang dicetuskannya.63

Bukanlah kita mahu mencampuri kes ‘pembantu pemimpin yang berpakaian serba
tahu’ tetapi kes ini mengambarkan betapa penting para penasihat pemimpin atau
badan pemikir bagi sebuah parti dan seseorang pemimpin. Mereka boleh
mempengaruhi pemimpin sekaligus mencorak jemaah atau organisasi.

G. Ancaman Aqidah dan Bahaya Orientalis

1. Tajziah Islam

Para orientalis dan musuh Islam kalangan umat Islam melaksanakan tajziah Islam
atau memecah-bahagikan Islam atas hujah-hujah untuk memenuhi kehendak-
kehendak perubahan yang rasional, sedangkan mereka lupa bahawa hukum-
hukum yang tetap dan qat’i bukan sahaja terdapat dalam aqidah dan ibadah tetai
mencakupi kekeluargaan, kemasyarakatan, perundangan dan pemerintahan.
Trend tajziah ini dihidupkan kembali anak murid orientalis yang dibentuk untuk
mengekalkan kesan penjajahan ke atas pemikiran agar terus terpisah daripada
kesyumulan Islam.

Sikap menerima sebahagian Islam dan menolak sebahagian yang lain dengan
usaha dan cara serta tafsiran-tafsiran yang mengelirukan. Islam adalah Islam
bukannya Islam Reaksioner dan Islam Progresif. Yang ada adalah Islam al-Quran
Islam dan Sunnah. Islam tidak tertakluk dengan perubahan zaman atau semangat
zaman, ia mempunyai prinsip yang tetap dan mutlak, nilai-nilai bersifat universal
dan mutlak.

Dalam aspek kenegaraan, Islam menetapkan dasar-dasar yang kulli dan memiliki
ciri-ciri murunah atau keanjalan yang boleh dilakukan ijtihad didalamnya daripada
mereka yang ada wibawa berdasarkan nas al Quran dan as Sunnah bukannya
berdasarkan hawa nafsu dan fikiran yang kosong.

2. Mencipta Keraguan

63
Malaysiakini, 27 April 2004.

58
Orientalis mencipta keraguan dalam beragama bahkan menyakini keraguan dalam
menolak kebenaran. Impaknya agama dianggap satu wacana yang boleh diragui
dan ditolak dengan mudah.

Islam dianggap setaraf dengan mitos dan dongeng.

Sesetengah mereka amat meminati cerita dongeng atau mitos. Tidak hairan
mereka mengambil hujah dari cerita para dewa Yunani dan kitab mahabrata serta
sastera Barat. Mereka juga meminat kitab kerohanian pelbagai agama. Dalam
kelompok Islam, mereka meminati dan berbincang tentang pemikiran al Rumi dan
Ibnu Arabi. Mereka minat tasawuf tanpa syariat.

Sebahagian ulama berjiwa orientalisme banyak menanam keraguan dalam
masyarakat Islam dengan mengambil pandangan minoriti ulama sebagai
pegangan. Mereka juga mencipta keraguan bagaikan memenuhi kehendak dan
selera orientalis Barat. Mereka berselindung disebalik konsep maqasid syariah
dan rahmatan lilalamin. Islam dianggap sama dengan agama yang lain.

Antara ciri ulama berjiwa orientalis dan ulama yang menyimpang ialah
a. Melakukan perkara yang salah untuk mencapai tujuan yang betul [matlamat
menghalalkan cara]
b. Perjuangan berdasarkan tujuan dan maksud yang salah [Niat yang serong dan
beragenda].
c. Sumber ilmu yang tidak jelas dan bercampur-gaul antara kebenaran dengan keraguan.
d. Kurang pengalaman

3. Islam Amerika

[al-Baqarah: 208]

Islam Amerika dipelopori oleh sarjana-sarjana Islam (akademik) yang berada
dalam bilik dingin dan kelompok liberal yang suka berwacana tanpa amal dan
noktah. Sebahagian besar mereka ialah tokoh-tokoh senior Ikhwanul Muslimin
(Ikhwan Alami) yang berpelarian di negara-negara Barat. Tujuan asal mereka
adalah baik iaitu merapatkan hubungan antara tamadun Islam dengan Barat
melalui dialog peradaban dan kebersamaan dalam mewujudkan dunia yang

59
lebih baik. Tetapi tindakan mereka banyak merugikan umat Islam dengan buah
pemikiran yang menjurus ke arah sekularisme, pluralisme dan liberalisme.
Mereka yang menjadi dalang disebalik kewujudan IIIT, WAMY dan pelbagai
organisasi Islam di Barat.

Mereka mengemukakan hujah yang hebat dan istilah yang bombastik. Islam
mereka tanpa syariat. Pengamalan Islam bersifat peribadi.

Mereka mempunyai teori, maklumat dan ilmu tetapi tidak ada keupayaan untuk
beramal dan merealisasikan apa yang mereka dambakan. Mereka tiada jentera,
akhir sebahagian mereka menjadi ahli politik dan penasihat-pemikir bagi politikus.

Kemunculan mereka banyak menghasilkan perpecahan dalam gerakan Islam di
banyak negara kerana ia dilihat proses pembaratan atau sekularisasi masyarakat
Islam.

Islam hanya ditonjolkan dalam batas tertentu sahaja. Islam tidak diberi peluang
dan ruang untuk memimpin dan mentadbir.

4. Pentafsiran Baru Terhadap Islam

[al-Baqarah: 204]

Orientalisme mula diserap masuk ke dalam pemikiran sesetengah ulama yang
melingkari Sekularisme, Nasionalisme, Pluralisme dan Liberalisme. Ulama ini
bekerja keras menarik perhatian umat Islam terhadap pentafsiran baru Islam ini.
Antara pentafsiran baru Islam ini ialah [1] melegalisasikan setiap projek atau
program yang bercanggah dengan tuntutan syarak dan [2] dasar permisahan di
antara politik dan agama. Para ulama ini mendahulukan agenda atau kepentingan
kelompok mereka dengan mengemukakan dan mencari pelbagai alasan dan helah
untuk mentabrir apa yang mereka lakukan. mereka dengan sengaja memutar-
belitkan apa yang digariskan oleh al-Quran dan as Sunnah.

60
Kelompok ini cenderung kepada penerokaan baru untuk mencari jalan keluar dari
sesuatu yang dilarang oleh Islam. Mereka menumpukan kepada sudut yang haram
untuk dihalalkan dengan pelbagai alasan.

Mereka tahu sukar mengubah aqidah umat Islam tetapi mereka tahu mudah cara
hidup, pemikiran dan sikap-akhlaq umat Islam ke arah tidak Islam dan memesong
mereka daripada ajaran Islam.

Mereka menggunakan Islam untuk menentang Islam dengan mencari ayat-ayat
al-Quran dan hadis-hadis serta pandangan ulama yang terpencil untuk
menyokong hujah dan tindakan mereka.

Para ulama ini dicipta watak mereka sebagai juara atau selebriti terkenal dalam
masyarakat. Pandangan mereka popular dan perlu diikuti walaupun mereka
merupakan kelompok minoriti dan pandangan mereka bukanlah pandangan
majoriti ulama Islam.

5. Merendah Institusi Ulama dan Para Ulamak

Mereka yang terasuk dengan pemikiran orientalis merendah-rendahkan institusi
ulama, peribadi ulama dan hasil karang ulama. Mereka mula mempertikaikan
kewibawaan ulama-ulama muktabar dalam mentafsirkan al-Quran. Mereka
berteori bahawa orang yang tidak mengerti bahasa Arab pun boleh mentafsir al-
Quran. Mereka mengetepikan peranan ulama daripada kepimpinan ummah.

H. Parti Baru: Ibrah Kisah Masjid Dhirar
‘Jika kita merasakan keanehan pada diri seseorang pemimpin Islam, pejuang Islam atau ulama, lihatlah
siapa gurunya, apa yang dia baca dan dengan siapa dia bergaul (termasuk institusi yang disertai)?. Baru
kita tahu siapa dirinya yang sebenarnya’

Pelbagai jemaah Islam untuk menghidupkan dan menegakkan Islam dengan
pelbagai pendekatan bukanlah suatu yang salah selagi berpegang kepada al-
Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas. Cuma perkara yang mesti kita
berwaspada ialah penyusupan pihak musuh ke dalam organisasi atau penubuhan
organisasi baru atau program yang sengaja diada-adakan untuk menidakkan
usaha jemaah Islam menegakkan Islam sebagaimana yang telah ditetapkan oleh

61
Allah SWT dan Rasul-Nya melalui panduan al-Quran dan as-Sunnah. Ia umpama
pembinaan Masjid Dhirar yang cuba mengalihkan pandangan dan sokongan
daripada perjuangan Islam.

Tujuan Masjid Dhirar dibina mempunyai niat atau agenda tertentu [Surah at
Taubah: 107] iaitu
1. menimbulkan kemudharatan (pada orang mukmin)
2. Untuk kekafiran
3. Untuk memecah-belahkan orang-orang mukmin
4. Untuk menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan
Rasul-Nya sejak dahulu.

Orang munafik menyamar menjadi Sahabat Rasulullah SAW cuba melambat-
lambatkan perjalanan tentera Islam dalam Perang Tabuk. Mereka telah membina
Masjid Dhirar yang cantik untuk mengoda tentera Islam. Mengikut perancangan
ketua orang munafik tersebut, Abu Amir al-Rahib akan menjemput Tentera Rom
datang menyerang Madinah dan menghalau orang Islam keluar daripadanya.
Sikap jahat Abu Amir al-Rahib mendorong Rasulullah SAW menggelarkannya
sebagai Abu Amir al-Fasiq. Rasulullah SAW telah mengarahkan Sahabat baginda
membakar masjid tersebut.

Satu lagi perkara yang menarik ialah penglibatan seorang Sahabat muda bernama
Majmak bin Harithah RA. Beliau tidak tahu hakikat dan tujuan masjid itu dibina.

Projek Masjid Dhirar berterusan sehingga Hari Kiamat. Perancangan diatur
dengan rapi.64 Mereka menonjolkan kerja, organisasi dan program pada zahirnya
Islam tetapi tujuan sebaliknya adalah menentang Islam. Kata Saidina Ali, ‘Kalimah
yang benar yang bertujuan kebatilan’.

Penglibatan Majmak Bin Harithah anak muda dan orang saleh menunjukkan
betapa mudahnya kita terperangkap dengan agenda pihak musuh.

Berwaspadalah!

I. Taat Setia Kepada Amir Jemaah, Syura Jemaah atau Pakatan Rakyat?

64
Abdul Hadi Awang, Fiqh al-Harakah Siri 3, KL: Harakah, 2006.

62
Apabila perwakilan, ahli atau rakyat memilih seorang ketua, ketua tersebut diberi
amanah dalam bentuk kekuasaan untuk menguruskan pemerintahan dengan
amanah dan adil. Tujuan pemerintahan ialah [1] memelihara Ad-Din dan [2]
mengatur urusan dunia.

Ketaatan ahli kepada pemimpin [Surah al Maidah: 55-56], ...’dan orang-orang
yang beriman menjadi walinya’ dan sebuah hadith;

“Sesiapa yang mentaatiku telah mentaati Allah. Sesiapa yang tidak mentaatiku
telah tidak mentaati Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpin maka dia telah
mentaatiku. Sesiapa tidak mentaati pemimpin, tidak mentaatiku” *HR Bukhari dan
Muslim]

Jika kita meneliti sejarah Islam, sejak daripada zaman Rasulullah SAW sehingga
Daulah Uthmaniyyah, pemimpin mempunyai kuasa tertinggi dan mutlak-veto.
Walaubagaimanapun, Rasulullah SAW dan para pemimpin Islam masih
mengamalkan budaya Syura dan musyawarah [Surah Ali Imran: 159] dalam
bertindak. Walaupun Amir atau Khalifah mempunyai kuasa mutlak-veto, mereka
masih tertakluk dalam budaya Syura dan musyawarah [Surah asy Syura: 38] agar
keputusan dihasilkan lebih baik.

Isu yang seringkali timbul ialah sejauh manakah perintah tidak mengikat atau
ilzamnya pemimpin terhadap keputusan musyawarah?.65 Maka timbul dua jenis
Syura iaitu Syura Mu’limah dan Syura Mulzimah. Mu’limah bererti seseorang
pemimpin tidak terikat atau ilzam terhadap keputusan musyawarah. Mulzimah
satu keputusan yang mengikat atau menuntut pemimpin beriltizam sepenuhnya
melaksanakan keputusan yang dicapai dalam musyawarah. Jumhur ulama
menyatakan bahawa tidak ilzamnya syura bagi seorang khalifah atau Amir dalam
suatu perkara yang ia nampak kebenaran dan tidak demikian kepada bagi orang
lain.

Kajian Kes 1: Anwar Ibrahim Masuk UMNO. Anwar Ibrahim selaku Amir Jemaah
ABIM berijtihad untuk masuk UMNO dengan sokongan Jawatakuasa ABIM Pusat.
Ijtihad ini ditolak oleh Majlis Syura ABIM.
65
Saari Sungip, Rahsia-rahsia Besar disebalik Sirah Rasulullah,SB:KP, 2013.

63
Kajian Kes 2: Tan Sri Mohd Asri Muda seringkali mengunakan kuasa veto dalam
sesuatu tindakan. Tan Sri Mohd Asri disokong oleh Jawatankuasa PAS Pusat.
Muktamar PAS menolak Mohd Asri. Majlis Syura Ulama (MSU) diwujudkan untuk
mengimbangi kuasa Presiden dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Kajian kes 3: Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta restu atau mandat daripada
Majlis Syura Ulama (MSU) dalam sesuatu tindakan apabila Jawatankuasa PAS
Pusat dikuasai dan didominasi oleh kelompok Progresif sering ‘menganggu’
tindakan berdasarkan kebijaksanaan Presiden PAS atau Amir Jemaah. MSU
terpaksa mencampuri urusan politik dibawah kekuasaan Jawatankuasa PAS Pusat.

Seseorang ketua atau pemimpin yang beriman mempunyai kebijaksanaan atau
gagasan mereka pemikiran yang tersendiri. Anggota atau ahli bawahan boleh
mengemukakan pandangan tetapi tidak boleh mengatasi keputusan yang
ditentukan oleh ketua. Ujian ketaatan kepada ketua berlaku apabila sesetengah
pihak yang berotak genius berpandangan idea mereka lebih hebat daripada ketua.

Sesetengah pihak cuba memainkan isu ketaatan seseorang wakil rakyat kepada
PAS atau Pakatan Rakyat. Kononnya rakyat memilih mereka atas dasar mereka
mewakili Pakatan Rakyat. Persoalan yang timbul, jika PAS tak pilih mereka sebagai
calon, adakah mereka akan dicalonkan dalam pilihan raya?. Watikah pencalonan
mereka sebagai wakil rakyat ditandatangani oleh siapa?. Mereka adalah wakil PAS
dan ketaatan mesti kepada Presiden dan parti PAS bukannya Pakatan Rakyat.

Tindakan YB Ir Saari Sungip (Hulu Klang) dan YB Hasnul (Morib) mengingkari
arahan kepimpinan PAS dengan menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar
Selangor adalah perbuatan yang biadap dan menderhaka kepada PAS. Pada
pandangan penulis, sangat sesuai istilah ‘barua’ dan ‘broker’ dilemparkan oleh
Presiden PAS kepada mereka. Saari Sungip adalah mantan Presiden JIM dan pakar
tarbiah IRC sudah mengerti apa itu adab berjemaah melakukan kesundalan dalam
adab berjemaah apabila melanggari arahan Amir Jemaah.

J. Hukuman Bagi Orang yang Ingin Memusnahkan Jemaah Islam

Perang Tabuk mengambarkan betapa penting disiplin dalam sesebuah organisasi.
Disiplin termasuk keakuran terhadap arahan dan taat setia kepada jemaah.
64
Dalam Perang Tabuk ada tiga Sahabat yang Saleh tanpa sebarang keuzuran tidak
menyertai Perang Tabuk iaitu Ka’ab Bin Malik, Hilal Bin Umaiyah dan Murarah Bin
Ar-Rabi’. Rasulullah SAW telah mengenakan tindakan disiplin ke atas kesalahan
mereka tidak menyertai peperangan tersebut dan ingkar arahan ketua.

Tindakan YB Dato Husam Musa yang bertindak mengkritik PAS secara terbuka
suatu tindakan mencabar kepimpinan PAS untuk memecat beliau. Akhirnya,
beliau dipecat daripada PAS. Seorang lagi, YB Dato Mahfuz Omar bertindak
berada dalam pentas pihak ‘musuh’ dan mengabaikan arahan jemaah
mengambarkan beliau juga bersedia untuk dipecat. Mahfuz juga mengeluarkan
kenyataan yang merugikan PAS dan bagaikan mencabar kepimpinan PAS
memecat beliau.

Orang berjasa pada Jemaah Islam seperti Ustaz Dato Nakhaie Ahmad, YB. Ir Khalid
Samad, YB Dato Husam Musa, YB Dato Mahfuz Omar, Tuan Haji Mohamad Sabu,
Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Tan Sri Mohd Asri Muda tidak boleh dinafikan
usaha dan jasa mereka kepada Islam dan Jemaah Islam. Begitu juga dari segi
amalan, barangkali mereka lebih baik daripada kita. Persoalan sekarang ialah
DISPLIN. Tidak akur kepada arahan jemaah dan melakukan tindakan yang
merugikan jemaah.

Kita sayang kepada para pemimpin Islam, tetapi jika tindakan mereka boleh
memusnahkan parti/jemaah Islam. Mereka mesti dikenakan tindakan disiplin.66

Sejak penubuhan PAN, kita boleh melihat perangai dan isi hati sebenar mantan
pemimpin PAS yang keluar PAS melalui lisan dan tulisan mereka.

K. PAS, Demokrasi dan Taliban

Menurut Abdul Hadi Awang, PAS membawa Enakmen Syariah dalam kerangka
demokrasi. PAS memperkenalkan dan membawa agenda untuk melaksanakan
perundangan Islam melalui pendekatan demokrasi dan mengambil kira negeri
yang kita menangi dengan suara majoriti.67

66
Boleh rujuk, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kemuncup Dalam Perjuangan, PJ: AB, 2008.
67
Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Harakah, 22-24 Mei 2015

65
Menuduh PAS mahu mewujudkan Negara Ala Taliban atau Negara Teokrasi
adalah fitnah dan berperangai keanak-anakkan serta tidak matang dalam
berpolitik. Taliban menolak demokrasi sedangkan PAS menyertai pilihan raya.
Taliban mengunakan pendekatan bersenjata sedangkan PAS bergerak secara
aman. PAS mengamalkan Muwajahah silmiyah atau persaingan aman secara
demokrasi.

PAS menolak konsep negara teokrasi. Konsep Negara Islam atau Negara
Berkebajikan bukanlah konsep negara teokrasi. Pada tahun 2003, PAS telah
menyahut cabaran Tun Mahathir dengan mengisytiharkan Dokumen Negara Islam
yang disertai dan perlu dibaca bersama dengan 10 jaminan PAS Kepada Rakyat
Malaysia.

Asas Dokumen Negara Islam versi Majlis Syura Ulama PAS ialah
a) Negara Undang-undang
b) Khilaafah
c) Taqwa
d) Syura
e) Keadilan dan Kesamarataan (Al-‘Adaalah wal Musaawaah)
f) Kebebasan (al Hurriyyah)
g) Hak Ketuanan Mutlak (As-Siyaadah wal Haakimiyyah)

10 Jaminan PAS Kepada Rakyat Malaysia itu ialah
1. Pelaksanaan Negara Islam seperti terkandung dalam dokumen menerima pakai
Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa pindaan mengikut keperluan.
2. Bahawa hak semua rakyat Malaysia mengamalkan agama dan kepercayaan mereka
adalah dijamin
3. Hak rakyat Malaysia mempraktik, memaju dan memperkembangkan amalan
kebudayaan dan ketatasusilan rumpun budaya adalah dijamin
4. Tidak berlaku pemaksaan penganutan agama Islam ke atas Bukan Islam
5. Sistem perundangan yang bersifat dualisme akan dikekalkan
6. Tidak berlaku pendikriminasian mengikut kaum, keturunan dan jantina. Negara Islam
utamakan amalan meritokrasi
7. Hak demokrasi setiap rakyat adalah terjamin seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan

66
8. Semua kaum tanpa mengira bangsa boleh dipilih, dilantik serta melibatkan diri dalam
proses politik perundangan dan pentadbiran negara.
9. Bahawa hak untuk mendapat pendidikan dan mengikuti pelajaran dalam bahasa ibunda
terjamin
10. Keseluruhan hak-hak wanita termasuk hak untuk bekerja dan mencari sara hidup serta
hak mempertahankan maruah dan harga diri terjamin.

Kesilapan sesetengah pihak membaca DNI tanpa membaca 10 Jaminan PAS
kepada Rakyat Malaysia. Sebenarnya, ‘kelompok progresif’ tidak perlu kecewa
kerana DNI dan 10 Jaminan PAS masih bersesuaian dengan idea asal Tuan Guru
Fadzil Noor dan Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) yang dinyatakan dalam
Muktamar PAS ke 48 di Kota Bharu pada bulan Mei 2001.

Tujuh asas dikemukakan dalam Memorandum PAS Kepada Rakyat Malaysia:
Pemerintahan Islam Abad ke 21 ialah
a) Masyarakat Madani
b) Hak Saksama (al musawah)
c) Kedaulatan Undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang
lingkupnya.
d) Keadilan
e) Meritokrasi (as solahiyah)
f) Negara Berkebajikan
g) Pentadbiran dinamik dan inovatif

L. PAS Tidak Khianati Pakatan Rakyat.

PAS tidak mengkhianati Pakatan Rakyat. [1] Cadangan Kerajaan Perpaduan atau
Unity Government (UG) adalah kerajaan tanpa pembangkang. Semua parti berada
dalam kerajaan membentuk kabinet gotong-royong. [2] Dalam pertemuan selepas
pilihan raya 8 Mac 2008, Pak Lah dan Khir Toyo bercakap tentang perpaduan
Melayu dan membuat tawaran kepada PAS jika bekerjasama dengan UMNO-BN
dengan tawaran jawatan Menteri Besar Selangor dan Perak. Kedua-dua tawaran
PAS tolak kerana perjuangan Islam yang inklusif.68

68
Mustafa Ali, Harakah, 22-25 Mei 2009.

67
Menurut Mustafa Ali, diperingkat PAS, UMNO dan BN, isu dah selesai. Cuma
media mempermainkan persepsi.

Dalam politik, antara pendekatannya ialah engagement dimana sebuah parti
seperti PAS boleh berbincang apa isu pun dengan pihak kerajaan walaupun tidak
disertai oleh PKR dan DAP. Dalam isu-isu tertentu, PAS mempunyai isu yang
berbeza dengan parti yang lain seperti isu abu mayat Chin Pen.

Pada tahun 2004, PKR berada dalam situasi paling lemah. PAS tidak melarikan diri
dan masih setia dengan PKR. Pada tahun 2008, DAP datang dan mahu
bekerjasama kembali, PAS menerima DAP walaupun tahu ada benteng besar
menghalangi dari segi ideologi dan pendekatan. Dalam PRU 13, PAS tidak
menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun mempunyai jumlah kerusi
lebih besar daripada PKR. Jika tergila-gila sangat ingin menjadi Menteri Besar
Selangor, PAS boleh menerima pelawaan bergabung dengan UMNO di Selangor
dan Perak. PAS menolaknya.

Dalam kes Pelantikan Menteri Besar Selangor, PAS menjadi Menteri Besar
Selangor dengan perkenan Istana Selangor dan sokongan longgar UMNO-BN dan
wakil rakyat bebas. Tidak PAS tidak mengambil kesempatan itu.

Rumusan dan Ibrah Konflik Dalaman PAS

1. Fungsi akhlak

Setiap pemimpin, ahli parti, penyokong dan simpatis serta pengundi mesti
mempunyai akhlak dalam berpolitik.

Menurut Abdullah Zaik,

Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri
sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan ia telah lama dalam
kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jamaah yang disertainya
terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat.
Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan
sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan
sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di
68
belakang sebuah jamaah yang terkenal. Penyakit lain yang biasa juga melanda
para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan
kehebatan –kehebatan.

Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan
kejayaan jamaah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia
merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa
berintima’ atau menyertai jamaah Islam. Lantas ia meninggalkan jamaah dan
bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.

Di antara masalah yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis
terhadap keputusan-keputusan jamaah. Ini berlaku apabila seorang aktivis itu
melakukan tindakan-tindakan yang mencanggahi peraturan-peraturan jamaah.
Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada
masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu
adalah pendirian jamaah.

Fungsi akhlak-adab menentukan sejauhmana kejayaan sesebuah jemaah. Dalam
usaha kita meluruskan atau membetulkan jemaah, hati kita juga mesti dibetulkan.
Sebagaimana pandangan Arwah Tuan Guru Yahya Othman,

“Ya Akhi..bersihkan hati dari syahwatul Khafiyyah ( keinginan yang tersembunyi),
jika hak kita, tiada siapa yang dapat merampasnya dan jika sememang hak
orang, tidak akan jadi milik kita, walau bagaimana sekalipun kita berusaha untuk
memilikinya. Allah bersama dengan orang yang diberi Allah jawatan kepadanya,
dan Allah berlepas diri dari orang yang berkehendakkan jawatan untuk dirinya”

2. Tanzim Ikhwanul Muslimin Alami

Bagi Ikhwanul Muslimin setiap umat Islam berhak untuk melakukan usaha dan
aktiviti amal bagi memartabatkan Islam walaupun mencipta organisasi baru dan
manhaj baru yang mereka yakini betul bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
Ikhwanul Muslimin tiada masalah dengan pandangan bahawa umat Islam
mempunyai berbilang-bilang organisasi.

69
Menurut Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), idea menubuhkan jemaah baru di
tempat yang sudah ada jemaah Islam bukanlah fikrah asal Ikhwan. Para senior
Ikhwan dan tokoh gerakan Islam antarabangsa yang lain membantah idea ini. Idea
ini datang daripada pemimpin muda Ikhwan yang bergerak dalam pelbagai tanzim
dan menyelusup masuk dalam organisasi sekular serta pelbagai institusi di Barat.

Bukan tugas Ikhwan mengIKHWANkan semua orang menjadi Ikhwan. Sebenarnya
ramai tokoh Ikhwan yang keluar atau dipecat daripada Ikhwan. Mereka keluar
tanzim Ikhwan tetapi masih kekal sebagai ‘Ikhwan’ dari segi fikrah69. Antara
mereka Dr. Muhammad al-Ghazali, Said Hawwa70 dan beberapa orang yang lain.
Imam Hasan Al-Banna sendiri tidak menubuhkan cawangan Ikhwan di Arab Saudi
pada zaman Al-Malik Faisal. Pada peringkat awal al-Banna berjumpa dengan Al-
Malik Faisal (masa tu belum jadi raja) menyampaikan cadangan untuk
menubuhkan Ikhwan di Arab Saudi, King Faisal menjawab: "alam tardho an akuna
wasilataka fis su'udiyyah?" - adakah kamu tidak cukup dengan aku menjadi
cawangan kamu di Saudi? Hasan Al-Banna tidak menubuhkan Ikhwan di Saudi,
kerana bagi dia cukup kepimpinan King Faisal itu sebagai jamaah.71

Pada peringkat antarabangsa sudah cukup dengan satu front bersama dimana
setiap wakil jemaah dari seluruh dunia berbincang dan bekerjasama. Front ini
berperanan membuat qarar (ketetapan) yang dipersetujui besama. Semua
jamaah di negara-negara umat Islam tadi wajib melaksanakan qarar-qarar
tersebut semampu mungkin. Namun jika bertembung dgn realiti di negara
masing-masing yang mengekang, maka qarar itu boleh untuk tidak dilaksanakan.

Bagaimana sikap kita terhadap kelompok Ikhwan Alami di Malaysia. PAS
mengambil pendekatan sebagaimana Khalifah Ali Bin Abi Talib terhadap
kelompok Khawarij yang tidak mahu berada dibawah kepimpinannya. Mereka
69
Fikrah Ikhwanul Muslimin berdasarkan 10 Rukun Baiah + 38 wajibat yang disusun oleh Imam Hassan al Banna
70
Antara sebab pengunduran Said Hawwa daripada Ikhwan Syria ialah

1. krisis dengan syaikh Marwan Hadid, salah seorang pemimpin IM Syria dalam isu faham Sayyid Qutb, di mana Sa`id Hawa
tidak mahu fikrah syadid SQ dikembangkan ke Syria.
2. Isu tareqat. Said hawa tidak senang dgn IM Syria yang agak keras terhadap tareqat, terutama dari Mursyidnya, Isam al-
Attar.
3. Said Hawa adalah wanted oleh regim Baath Assad, maka dia mendapat suaka politik di KSA. Ketika di KSA, dia terpaksa
mengurangkan keikhwanannya
71
FB Ustaz Hazmi Dibok, Ketua Pemuda PAS Pahang.

70
‘anak-beranak’ kita juga. Sahabat-sahabat bertanya ; kafirkah mereka
(khawarij) ini? Saidina Ali (SA) menjawab ; tidak, kerana mereka ini beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Sahabat bertanya ; munafikkah mereka ini? SA
menjawab ; Tak. kerana mereka ini mendirikan solat sedangkan munafik tidak
mendirikan solat melainkan dalam keadaan malas. Sahabat bertanya lagi; maka
siapa mereka ini? SA menjawab; mereka adalah saudara-saudara kita. Cumanya
mereka tidak bersama dengan kita. Perangilah mereka jika mereka bertembung
(muqbilin) dengan kita. Dan biarkanlah mereka (dengan kerja mereka) jika
mereka tidak mengganggu kita (mudbirin).

Dalam PAS, masalah kutlah (kelompok) muncul berdasarkan negeri, tempat
pengajian/alumni mahasiswa, aliran pengajian Islam, dan berdasarkan jemaah
lama. Sesetengah kelompok ini menjadi brutus dalam politik. Apabila mereka
kuat, mereka akan kembali bersatu sesama mereka dan menikam jemaah yang
mereka tumpangi. Mereka akan bergabung dengan [1] orang yang bermasalah
dalam jemaah, [2] kelompok terpinggir dan pencen, [3] kelompok merajuk dan [4]
kelompok beragenda dalam jemaah.

Mereka tampil untuk merosakkan, mencetuskan krisis, melaga-lagakan para
aktivis, menimbulkan keraguan aktivis terhadap qiadah dan aktivis pendakwah
lainnya serta memecahbelahkan barisan umat Islam. Menurut Abdullah Zaik,
mereka pun meresapi masuk ke dalam jama’ah untuk tujuan-tujuan tadi. Mereka
melakukan fitnah penipuan serta pengkhianatan terhadap jama’ah secara halus
dengan berselindung di sebalik taqwa dan agama serta meminta prasangka baik
mad’u-nya atas kesalahan-kesalahan jelas yang dilakukannya,dengan mengatakan
bahawa itu sebahagian dari dakwah,tarbiah dan fikrah Islam.

Dalam kes PAS pasca Muktamar PAS tahun 2015, kelompok-jalur IRC-JIM-IKRAM
secara besar-besaran keluar daripada PAS bagaikan satu tanzim keluar daripada
jemaah induk. Ini mengambarkan mereka wujud sebagai jemaah dalam jemaah
selama ini dalam PAS.

71
Dalam PAS juga, satu lagi fikrah yang membentuk ‘tanzim’ tersendiri iaitu fikrah
dan ‘tanzim’ Tuan Guru Yahya Othman72. Jalur fikrah dan tanzim TGYO memegang
satu jalur pengkaderan mahasiswa terutamanya dalam konteks Alumni
Mahasiswa Universiti Malaya (kini tahun 2017 terdapat Persatuan Alumni
PMIUM). Anak-anak murid beliau berada di merata tempat dan posisi dalam PAS.
Melalui pemikiran dan pengaulan, mereka telah cuba meletakkan ikon-ikon
pimpinan mereka ke posisi-posisi tertentu dalam PAS. Tanpa peleburan fikrah, ia
telah terbukti munculnya perseteruan dalam persaingan kuasa dalaman PAS.
Sebahagian besar jalur TGYO telah bersama PAN.

3. Adab Berkhilaf

“Setiap orang boleh menilai fikrah dan manhaj amal organisasi tersebut melalui
undang-undang tubuhnya. Sesiapa yang meyakini manhaj tersebut sebagai
manhaj yang hampir dengan sunnah rasul s.a.w dan memilih menyertai
organisasi tersebut sayugia menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan
dalam organisasi tersebut yang telah ditetapkan oleh pengasasnya” – Abdullah
Zaik, Presiden ISMA

Pertengahan tahun 1990an, tiga tanzim Ikhwanul Muslimin di Malaysia cuba
disatukan. Kita lihat bagaimana luahan dan pengalaman Ustaz Abdullah Zaik,
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dikatakan salah satu tanzim
Ikhwan di Malaysia.

Ustaz Abdullah Zaik menulis,

“Namun sekiranya berlaku penggabungan antara dua organisasi; perkara utama
dalam proses penyatuan saf adalah penyatuan fikrah dan manhaj berfikir dalam
melaksanakan perlembagaan organisasi. Penyatuan fikrah memerlukan satu
usaha yang amat berat sebab semua manhaj berfikir sebelum ini perlu
dibincangkan satu-persatu sehingga wujud kesepakatan dalam perkara-perkara
asas dan utama.

72
TGYO telah aktif dalam WAMY dan rapat dengan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Beliau juga
pernah mengaktifkan ABIM dan rapat dengan Anwar Ibrahim. Adakah pengalaman ini mempengaruhi pemikiran
beliau?.

72
Kecualilah satu pihak bersetuju untuk meleburkan fikrahnya, manhaj dan budaya
amal sebelum ini dan menyerap secara total ke dalam organisasi barunya dan
mencairkan segala idealisma yang dimilikinya sebelum ini.

Namun secara tabie setiap orang akan membawa bersamanya nostalgia
organisasi asalnya, fikrahnya dalam memahami sesuatu isu dan keutamaan
langkah kerja, malah disiplin dan budaya kerja mereka. Perbezaan ini tetap
menghasilkan perasaan ketidakserasian untuk beramal, hilang perasaan manis
yang pernah dirasainya sebelum ini.

Jika sampai satu ketika penyatuan fikrah, manhaj berfikir dalam menentukan
keutamaan, budaya kerja dan perasaan tidak berjaya disatukan dan masing-
masing merasa tidak serasi dengan pihak satu lagi. Atau satu pihak tidak sanggup
idea yang diyakininya dan didokong oleh mereka sebelum ini lambat laun ditelan
dan cair kepihak satu lagi.

Atau mereka merasakan penggabungan ini lambat laun menuju kegagalan maka
mereka patut memilih untuk menamatkan penggabungan ini secara baik bukan
dengan memburuk-burukkan mana-mana pihak sebab asalnya mereka adalah
dua organisasi yang bergabung. Apabila penggabungan tidak dapat diteruskan
dan membawa kepada kegagalan disebabkan perkara yang tidak boleh dielakkan
ia hendaklah ditamatkan secara berakhlak.

Sikap memburuk-burukkan seorang individu mungkin ada logiknya jika individu itu
ternyata takbur dan gagal akur dengan keputusan mahkamah yang dijatuhkan ke
atasnya setelah terbukti wujud dalil bukti kesalahannya dan dia gagal dalam
membela dirinya.

Tetapi memburuk-burukkan satu kumpulan manusia, satu organisasi atau satu
tanzim yang dahulunya dijemput untuk bergabung secara musyawarah adalah
tidak masuk akal sama sekali.

Malah syarak juga menegaskan bahawa sekumpulan orang yang beriman tidak
mungkin berpakat di atas perkara kesesatan.

73
Kecualilah semasa penggabungan itu semua organisasi yang mereka asaskan
sebelumnya dibubarkan dan mereka benar-benar mencipta tanzim baru dan
bergabung semua sekali, berinteraksi dan bertukar-tukar fikrah dan manhaj
tarbiyyah bersama-sama dan melupakan segala perbezaan lama; ketika itu jika
ada pihak cuba menghidupkan tanzim lama beliau perlulah disekat dan
dimahkamahkan.

Sebaliknya jika penggabungan hanya dilakukan terhadap beberapa orang
tertentu sebaliknya majoriti ahli tanzimnya yang dianggotainya tidak tahu dan
tanzim tidak dibubarkan, malah dibiarkan bergerak mengikut manhaj amal
terdahulu bukan manhaj amal baru yang disepakati maka ia bukan
penggabungan yang sebenarnya dan kegagalannya tidak patut
dipertanggungjawabkan kepada sebelah pihak sahaja, diburuk-burukkan dan
dipersalahkan.

Apatah lagi jika kesalahan itu dicipta, direka, dipaksakan atau disengajakan oleh
konspirator dan diada-adakan tanpa bukti yang meyakinkan lalu hukuman
dijatuhkan tanpa memberi hak langsung untuk membela diri di mahkamah yang
adil.

Sebaliknya jika hati mereka sama-sama ikhlas, saling menghormati tetapi fikrah
mereka berbeza maka mereka perlu memilih jalan masing-masing dengan baik
dan meraikan adab perselisihan dengan baik, sehingga fikrah mereka dapat
disatukan semula setelah melalui pengalaman, bertambah ilmu dan proses-proses
perbincangan.

Bagi saya sikap ini lebih manis, lebih adil dan ‘gentlemen’ dan membuka ruang
penyatuan di masa-masa hadapan. Mungkin generasi berikutnya boleh bersatu
dan mereka akan merasa bangga dengan sejarah kematangan harakah yang
mereka lalui daripada warisan yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Kalau
tidak sejarah hitam itu tetap akan terukir dalam lipatan sejarah.

Seseorang mungkin boleh menipu seorang pada satu-satu masa tetapi mereka
tidak mungkin menipu semua orang di setiap masa.”

74
Pengabungan tanzim Ikhwan di Malaysia antara HALUAN Malaysia, ISMA dan JIM
gagal. JIM bersama-sama agensi, organisasi atau institusi dibawah pengaruhnya
telah menubuhkan IKRAM. Dikhabarkan hanya IKRAM mendapat sokongan
daripada Ikhwanul Muslimin Alami jika dikira diatas kehadiran mereka dalam
aktiviti Ikhwan Alami. ISMA dan HALUAN Malaysia masih mempunyai hubungan
tertentu dengan pemimpin Ikhwan.

PAS mesti menolak pendekatan tanzim Ikhwan Alami dan anggota perlu
berwaspada dengan mereka. Kita boleh mengenali mereka dengan melihat
pengaulan mereka.

Jika kita melihat pendekatan perjuangan, IRC-JIM-IKRAM banyak menghasilkan
masalah. Mereka pernah mengucar-kacir PAS dan ABIM. Mereka meletakkan para
pemimpin dan ahli mereka dipelbagai posisi sehingga menghilangkan ketanzim-
IKRAMan mereka. Dalam PKR, PAN, Negaraku dan pelbagai organisasi lain.
Pemimpin/ahli IRC-IKRAM aktif dalam organisasi sekular dan bersekutu dengan
pihak/pemimpin yang jelas menyokongSekularisme, Pluralisme dan Liberalisme
bahkan menentang Islam. Mereka menyalahi fikrah Ikhwanul Muslimin iaitu
Rukun Bai’ah Kelapan, Rukun Tajarrud (tegas) dan wajibat ke 37 dan ke 25.
Adakah mereka Ikhwan yang tulen?.

4. Kunci Kestabilan Politik Malaysia Terletak kepada Melayu-Islam

Politik penyatuan umat Islam-Melayu di Malaysia sangat didambakan kerana ia
adalah kunci kepada kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi selama ini.

Jika dilihat kepada ancaman terhadap Islam dan umat Islam, bagaikan ada satu
perancangan tersusun pada peringkat antarabangsa. Islam secara rasmi dikaitkan
dengan keganasan sejak tahun 2001 dengan pelanggaran pesawat ke atas WTC.
Pelbagai keganasan dikaitkan dengan Islam dan umat Islam. Ia menghasilkan
Islamfobia dikalangan bukan Islam. Pada peringkatan tempatan, kelompok bukan
Islam mula mencabar dan membuat acah-acahan terhadap pelbagai isu tentang

75
Islam. Antaranya menyambut Hari Jubli Jurusalem, pertemuan LGBT dan lain-lain.
Bahkan keluarnya istilah ‘Lesbian Beriman’. Tujuannya mengucar-kacir umat Islam
dan mengelirukan umat Islam. Malangnya, ia disokong oleh muslim yang sekular,
pluralis dan liberalis. Dari segi politik, kelompok SEPILIS aktif dalam PKR dan DAP.
Penyokong mereka menyertai PAN.

Selain Islam, mereka juga mengacah kedudukan Raja-raja Melayu dan Hak
Keistimewaan Orang Melayu.

Di Malaysia, Orang Melayu-Islam penentu kestabilan politik dan kesejahteraan
negara semakin hilang kewibawaan kerana GAGAL menonjolkan pemimpin
Melayu-Islam yang BERWIBAWA. Orang Bukan Melayu-Islam tidak mengHORMATI
pemimpin Melayu-Islam yang lemah.

5. Fikrah Gerakan Islam

Setiap orang boleh menilai fikrah dan manhaj amal organisasi tersebut melalui
Undang-undang Tubuh dan Perlembagaan sebuah jemaah atau organisasi.
Sesiapa yang meyakini manhaj tersebut sebagai manhaj yang hampir dengan
sunnah Rasulullah s.a.w dan boleh memilih menyertai organisasi-jemaah tersebut.
Proses penyatuan saf adalah penyatuan fikrah dan manhaj berfikir dalam
melaksanakan perlembagaan organisasi-jemaah dengan meleburkan fikrah-fikrah
terdahulu.

Perlembagaan PAS jelas dengan sumber rujukan utama PAS ialah al-Quran, as-
Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qiyas, dan kewujudan Masyarakat Islam sebagai
matlamat utama perjuangannya. Pemimpin boleh bertukar ganti atau boleh
diganti, matlamat dan susun atur perjuangan mesti berdasarkan Perlembagaan
PAS.

6. Lebih Genius, Lebih Suci.

Perkembangan ilmu dan dunia teknologi maklumat melahirkan ramai sang genius.
Dalam konteks Islam, genius yang sebenar ialah orang yang mengingati MATI dan
Hari Akhirat. Mengingati MATI dan Hari Akhirat menghasilkan tindakan atas

76
pertimbangan pahala-dosa dan syurga-neraka bukannya kepentingan dunia
semata-mata.

Dalam politik, genius bukanlah perkara yang pertama. Yang pertama dalam politik
ialah menjadi pemimpin yang BERPENGARUH. Pengaruh dapat dicari dengan
‘kegeniusan’ sosial melalui keupayaan komunikasi dan kemahiran bersosial
ditambah dengan kebolehan berpidato (lebih tepat: kekuatan menyampaikan
maklumat). Dalam politik Islam, politik berdasarkan AQIDAH. Politik untuk akhirat,
diatas pertimbangan pahala-dosa dan syurga-neraka serta menegakkan Islam
sebagai ADDIN di muka bumi dengan panduan al-Quran dan as-Sunnah.

Kelemahan orang genius ialah apabila menghadapi UJIAN KETAATAN. Orang
genius sukar untuk TAAT, akibatnya mereka sukar untuk SETIA, sukar untuk KERJA
BERPASUKAN dan sukar untuk ISTIQAMAH dalam perjuangan. Hilang DISIPLIN
dalam berorganisasi.

Dalam kalangan ulama atau lulusan agama, mereka merasakan diri mereka lebih
suci. Mereka memberi pandangan dengan hujah atau dalil agama, justeru
pandangan mereka betul dan benar. Pandangan mereka itu suci dan perlu diikuti.
Ini melahirkan bahawa mereka perlu dihormati dalam sesbuah organisasi.

Ulama atau lulusan agama yang menganggap mereka orang suci, SEDARlah!
Jangan mencontohi perangai IBLIS yang SOMBONG dengan ILMU dan DIRInya.
Kekuatan orang berilmu pada ADABnya. Antara adab penting yang WAJIB ada
pada orang berilmu adalah TAWADUK-Rendah hati. Buang EGO, turun ke
lapangan dan selami hati pengikut yang pelbagai sifat dan kemampuan dalam
beramal.

Orang suci menghadapi ujian AMAL. Sejauhmana mereka beramal dengan ilmu
dan apa yang diUCAP-TULIS oleh mereka.

7. Menghadapi Krisis Dalaman Dalam PAS

PAS tidak gentar dengan konflik dalaman kerana dasar PAS sangat kukuh, dasar
PAS akan menjadi penapis memilih siapa yang lebih istiqamah dalam

77
perjuangan Islam. Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan pernah
berkata

“Yang paling besar, perlembagaan parti kita sangat kukuh. Al-Quran, Hadis,
Ijmak Ulama dan Qiyas, di mana sifat kesabaran kita dan kebijaksanaan kita
dipandu oleh petunjuk Islam. Ini yang paling menyelamatkan kita. Dengan sebab
itu dalam semua krisis di sepanjang zaman, PAS tetap selamat, mereka yang tidak
istiqamah tidak selamat, sama ada dia dipecat dari parti atau pun dia akan
terkeluar dengan sendiri, tidak mengira sama ada dia Presiden parti atau pun ahli
biasa. Pernah Presiden parti keluar parti, pernah dipecat, bukan sahaja ahli biasa
yang dipecat, dalam keadaan PAS terus teguh dan kuat. Yang penting mereka
istiqamah dengan perjuangan. Siapa yang istiqamah, dia selamat, yang tak
istiqamah walaupun siapapun dia tidak selamat.”

Hayatilah nasihat Tuan Guru Yahya Othman pada saat hadapi krisis:
1. Jangan pendek nafas dan sesak nafas dalam menghadapi fenomena ini
2. Mengetahui kewajipan bersama-sama jemaah
3. Mengetahui adab-adab berjemaah dengan akhlaknya sekali
4. Mengetahui tanggungjawab kita kepada jemaah
5. Tidak membenarkan keluar daripada jemaah Islam atas apa alasan sekalipun .

8. Sabar dan Bertoleransi Dalam Perjuangan

Suatu hari seorang pengikut Ikhwan bertanya kepada Ustaz Muhammad Hamed
Abdul Nasir, Mursyidul Aam ; ”Berikan aku nasihat ”

Ustaz Muhammad Hamed Abdul Nasir menjawab, “Bersabarlah dan toleransilah
sesama Ikhwanmu ”

Kemudian pengikut Ikhwan tersebut menyambung pertanyaan, “walaupun jika
berlaku kekacauan? ”

Beliau menjawab, ‘ya’. Kemudian menyambung “jikalau aku berbuat
sebagaimana yang dibuat oleh sebahagian dari Ikhwan, dan aku tidak bersabar
dan bertoleransi , maka aku tidak akan menyelesaikan kekusutan yang berlaku
dalam dakwah ini , dan aku tidak mungkin menjadi seorang Mursyidul Aam.
Kerana aku selalu mengingati firman Allah s.w.t : dan bersabarlah engkau
78
(Muhammad) bersama orang orang yang menyeru tuhannya pada pagi dan
senja hari dengan mengharap keredhaan Nya , dan janganlah memalingkan
kedua matamu dari mereka kerana mengharapkan keindahan dunia , al Kahf :
28 . Aku sentiasa meletakkan di hadapan pandanganku : dan demi tuhanmu
bersabarlah , al Mudathir : 7 . Sabarlah saudaraku , dan bertolak ansurlah
dengan Ikhwanmu ”

8. Ulama Memimpin Umat dan Keistimewaan PAS

‘Cari sebuah parti yang didalamnya ramai ulama’- Pak Da Eil

Di atas adalah rumusan Pak Da Eil (Ulama besar Melayu di Makkah) tentang parti
politik. Dasar Islam dan ramai ulama dalam sesebuah parti bernuasa Islam, insya
Allah kita selamat dunia dan akhirat walaupun parti Islam itu mundur, sentiasa
kalah dalam pilihan raya dan dianggotai oleh ahlinya yang lemah iman dan akhlak.
Ulama dan Dasar Islam dalam parti tersebut adalah penawar yang boleh
mengubati penyakit tersebut dengan izin Allah.

Sheikh Ismail Al Fathani atau Pak Da Eil adalah guru muktabar yang mengajar di
Makkah Al Mukaramah . Beliau sangat alim . Sheikh Ismail merupakan tokoh guru
yang mashur di Makkah.

Keistimewanya PAS paling besar adalah martabat ulama dalam PAS itu sendiri.

Menurut Dr Hammam Said, mantan Muraqib Ikhwanul Muslimin Jordan, kekuatan
PAS ialah

“Kewujudan para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar
bagi parti ini. Kerana hubungan umat dengan para ulama adalah satu hubungan
yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka kepimpinan tersebut berjalan di
atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini menjadikan
orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut.”

79
“Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan
politiknya datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah…
akhirnya orang ramai tidak lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu.”

Dalam usaha memperkasakan kepimpinan ulama, PAS telah mewujudkan Majlis
Syura’ Ulamak yang berperanan menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS
dan Perlembagaan PAS. Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan
ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan. Dan memelihara, menjaga dan
mengawal tatatertib PAS.

Kehadiran ramai ulama boleh membendung gejala SEPILIS daripada merebak
dalam kumpulan dan masyarakat Islam.

LAMPIRAN
Rukun Bai’ah + Wajibat

Rukun Bai’ah dan Wajibat adalah FIKRAH ASASI Ikhwanul Muslimin disusun
melalui firasat, ilham dan pengalaman Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna.

10 RUKUN BAI’AH IKHWANUL MUSLIMIN

1. Al-FAHM

Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah
yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah
kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak
memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (‫ )ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ‬yang
bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat
memberinya”.

Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang
dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-
Banna. Rumusan 20 usul Rukun Faham ialah
1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

80
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham,
lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku)
adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas
atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah
pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau
mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang
dipakai orang ramai.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.
19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

2. AL-IKHLAS

Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau
niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa
mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran.
Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi
kemaslahatan.

3. AL-AMAL

Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta
merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri,
pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah
air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat

81
antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi
Allah (al-Anfaal: 39)

4. AL-JIHAD

Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk
kepada Hadith (‫ )ﺖﺎﻣﻥﻣ ﻢﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ‬yang bermaksud “Barangsiapa
mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk
berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.

5. AT-TADHIYYAH

Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-
galanya di jalan matlamat.

6. AT-THA’AH

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah
pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang.
Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan
kepada Allah dan Rasul.

7. AT-TSABAT

Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja
dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh
panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah.
Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan
iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.

8. AT-TAJARRUD

At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan
fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa
campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk
pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk
menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.

82
9. AL-UKHUWWAH

Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa
sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah
adalah sekukuh-kukuh ikatan.

10. ATS-TSIQAH

Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu
kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati
itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat
dan taat.

38 Wajibat Al-Akh

Wahai Saudara yang jujur,

Keyakinan anda dengan baiah ini telah mewajibkan anda supaya menunaikan
segala tanggungjawab berikut agar anda menjadi seketul bata yang kukuh dalam
pembinaan ini:

1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-
Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak
kurang daripada tiga hari.

2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan
mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi
silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku
yang dibaca ialah, “Humatul Islam”. Anda hendaklah banyak membaca hadis
Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama
hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku
tentang asas akidah dan cabang fikah.

3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan
berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah
mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada
segala punca yang melemahkan tubuh badan.

83
4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau
minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti
ini kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.

5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan,
kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah
teras agama ini.

6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.

7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah
anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.

8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang
paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan
rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika
marah.

9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau
bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau
yang benar dan gelak ketawa.

10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang
baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak
baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri
atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan
anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.

11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul
dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan
dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana
persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran
walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan
anda, walaupun ia pahit.

12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada
masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu
84
memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang
sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang
yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik.
Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.

13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf,
sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan
haiwan. Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia.
Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini
bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua,
memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda
mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk
dan keluar. Begitulah seterusnya.

14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik.
Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang
ditulis oleh Ikhwan. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan
walaupun kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran
anda jika anda merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai
keseluruhan permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu
memahami dan memberikan jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah
anda.

15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang
yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-
kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau
setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.

16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan
dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun
janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan
jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan
kewajipan dakwah anda.

85
17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan
menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.

18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan
menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-
lewatkannya sama sekali.

19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di
sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun
ia memberikan keuntungan yang segera.

20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan
bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.

21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara
menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah
memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam
dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan
hasil buatan negara Islam.

22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan
kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta
anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana
sekalipun pendapatan anda.

23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit
untuk masa kecemasan. Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama
sekali.

24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya
Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat.
Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah, pakaian,
perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan
balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk
mengamalkan sunnah dalam semua aspek tersebut.

86
25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-
undang yang tidak Islamik. Anda juga perlu memulaukan semua kelab, akhbar,
pertubuhan, sekolah dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.

26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat
dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju
keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah
mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat,
antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya,
membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada
setiap masa.

27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada
dalam keadaan berwuduk.

28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada
waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan sembahyang secara
berjemaah di masjid.

29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan.
Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.

30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid
dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.

31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan
serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa
besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai
apakah amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga
masa kerana masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk
sesuatu yang tidak berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara
yang meragukan supaya anda tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.

32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu
memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda
dan naluri semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya

87
kepada yang dihalalkan. Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram
walau apa keadaan sekalipun.

33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang
memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.

34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-
tempat yang penuh noda dan dosa.

35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk
mendekatinya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.

36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang
secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada
mereka secara mendalam. Anda hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan
mereka seperti kasih sayang, hormat, saling bantu-membantu dan sentiasa
berikan mereka keutamaan. Anda hendaklah menghadiri perjumpaan bersama
mereka dan janganlah anda menguzurkan diri kecuali kerana terpaksa. Anda perlu
sentiasa berikan mereka keutamaan dalam setiap urusan anda.

37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana
badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau
fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.

38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua
dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. Jangan
anda lakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang besar kepada dakwah
melainkan setelah anda terlebih dahulu meminta izin. Anda perlu sentiasa
menjalin hubungan rohani dan amali dengan pimpinan. Anda hendaklah sentiasa
merasakan anda adalah seorang tentera yang sedang berada dalam kem yang
sentiasa menunggu arahan.

Wahai Saudara Yang Jujur,

Inilah dakwah anda secara ringkas. Inilah penjelasan ringkas tentang gagasan
anda. Anda boleh simpulkan keseluruhan asas ini di dalam lima ayat:

88
Allah adalah matlamat kami.

Rasul adalah ikutan kami.

Al-Quran adalah panduan kami.

Jihad adalah jalan kami.

Mati syahid adalah cita-cita kami.

Anda juga mungkin boleh gabungkan gagasan ini dalam lima perkataan berikut:

Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.

Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri anda dengan bersungguh-sungguh. Jika
tidak ruang untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak berpendirian
sentiasa terbuka luas.

Saya yakin jika anda amalkan semua nilai ini dan anda jadikan nilai ini sebagai
impian serta matlamat hidup, anda pasti akan beroleh kegemilangan di dunia dan
kesenangan serta keredaan di akhirat.

*** Penulis seorang peminat politik tempatan yang suka menyimpan bingkisan
akhbar lama. Sebarang kesilapan fakta dan pandangan boleh dikomen. Moga
tulisan ini bermanfaat untuk umat.

89
90