You are on page 1of 19

ELEMEN 1

Bil I ii Iii Iv V vi vii Viii Ix x Xi

Sumber Buku Ilmiah Jurnal Akhbar Majalah Orang sumber Melawat tempat kajian Internet Televisyen Radio VCD/DVD Sumber lain Markah

Muka surat

TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Bil I Ii

Isi Kandungan Tajuk Kajian Senarai kandungan

Muka surat

iii iv V Vi Vii Viii Ix

Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan

PERKARA TAJUK KAJIAN..................................................................................... ISI KANDUNGAN.................................................................................

M/S

PENGHARGAAN................................................................................... OBJEKTIF KAJIAN............................................................................... KAEDAH KAJIAN................................................................................. HASIL KAJIAN...................................................................................... Nama permainan...................................................................................... • • • Asal-usul Negeri yang mempopularkan permainan ini Kaum atau etnik yang terlibat

Tujuan dimainkan..................................................................................... Alat-alat yang digunakan ......................................................................... Cara dimainkan......................................................................................... RUMUSAN ............................................................................................. LAMPIRAN............................................................................................. RUJUKAN ..............................................................................................

Syukur kehadrat iIlahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Sejarah tingkatan tiga ini yang bertajuk Permainan Tradisional Melayu.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dengan memberi segala maklumat penting yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Sekalung penghargaan juga kepada ibubapa dan ahli keluarga saya yang telah memberi sumbangan motivasi kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Rahayu binti Mat dan Pn. Syaripah Noraiham binti Syed Ager yang sudi membantu saya dalam pencarian sumber-

sumber yang berkaitan dengan kerja ini melalui pusat sumber sekolah.Jika tanpa bantuan kalian, saya mungin tidak dapat melaksanakan kerja ini dengan jayanya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Kerja kursus ini berorientasikan beberapa objektif-objektif utama, iaitu;  Mengenal asal usul permainan congkak.  Mengetahui negeri yang mempopularkan congkak  Mengenalpasti tujuan congkak dimainkan  Mengenali alat yang digunakan untuk bermain congkak  Mengetahui cara dimainkan

Bagi menyiapkan kerja kursus ini, saya telah melakukan beberapa kaedah. Antara kaedah yang saya gunakan ialah kaedah temu bual. Antara responden yang ditemuramah ialah ibu saya,Norizah bt. Ahmad. Saya telah melayari Internet untuk mencari bahan untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini. Contoh laman web yang saya layari adalah seperti laman web warisan dan Kebudayaan Melayu. Selain itu, saya telah merujuk beberapa buku ilmiah untuk menambah maklumat dan pengetahuan saya tentang folio ini. Sebagai contohnya, buku yang dirujuk ialah Ensiklopedia Malaysiana.

ASAL USUL PERMAINAN CONGKAK Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Geografi Nasional ("National Geographic") menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

NEGERI YANG MEMPOPULARKAN CONGKAK

Permainan ini popular di Semenanjung Malaysia, kerana banyak negeri-negeri di semenanjung Malaysia memainkan permainan ini. Berdasarkan asal usul congkak, congkak berkembang di Melaka dan kemudiannya disebarkan serata negeri-negeri Melayu.

TUJUAN DIMAINKAN

Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana. Lamakelamaan ia berkembang kepada rakyat jelata. Pada hari ini, congkak dimainkan untuk memenuhi waktu terluang . Ia begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.

ALATAN YANG DIGUNAKAN PAPAN CONGKAK Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang

disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak. BUAH CONGKAK Buah congkak merupakan alat yang penting untuk memainkan permainan ini. Buah congkak merupakan benda kecil yang digerakkan dari lubang ke lubang. Bendabenda kecil seperti guli kaca, kulit siput, manik dan sebagainya dapat dijadikan sebagai buah congkak.

CARA DIMAINKAN

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung

tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Jika bilangan buah congkak sudah tinggal sedikit, maka pemain perlu menapak buah congkak tersebut. Menapak merupakan cara dimana buah congkak ditapakkan dari lubang ke lubang yang seterusna sampai masuk kampung.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Permainan ini juga dikira dari dua segi. Pertama, pemain yang memasukkan bah congkak kedalam rumahnya lebih banyak daripada lawannya. Kedua, pemain yang menang menapak akan menjalankan buah congkaknya dahulu apabila permainan disambung semula.

Saya berasa bangga kerana dapat mengetahui serba sedikit tentang permainan tradisional di Malaysia. Kita seharusnya berasa bangga akan adat-adat ini kerana ianya mampu memupuk semangat patriotisme antara kaum dan seterusnya menjadikan negara kita aman dan makmur. Seharusnya kita menjaga permainan tradisional ini daripada dilupakan oleh generasi yang akan datang.

Hasil temubual responden Nazmi : Pada masa dulu, macam mana ibu memainkan permainan congkak ni? Norizah : Masa dulu ibu main congkak dalam pasir saja. Pasir yang ada kami bentukkan menjadi papan congkak. Masa itu, harga papan congkak memang mahal. Biasanya, orang main untuk memenuhi masa lapang. Sekarang ni, banyak cara congkak dimainkan. Pada asalnya, dua orang yang akan main. Lepas tu, diorang masukkan buah congkak satu persatu kedalam lubang dan ke rumah ibu. Pada awalnya kedua-dua pemain memulakan permainan, dan apabila lawannya berhenti, pemain tersebut akan meneruskan permainan sehingga berhenti dan lawannya pula menyambung perlawanan. Kalau buah terakhir jatuh dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Kalau buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.Masa buah congkak dah tinggal sikit, pemain boleh menapak. Menapak ialah menjalankan buah congkak sebiji bertapak dari lubang ke lubang hingga sampai rumah ibu. Pemain boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya dengan mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Nazmi : Macam mana nak menentukan siapa menang? Norizah : Macam yang ibu cakap tadi, sekarang ni, orang bermain congkak dengan pelbagai cara, bergantung kepada pengadil. Tetapi pada masa dulu, permainan ini diadili dengan pemain yang dahulu habis buah dan memasuki rumah ibunya dikira kalah.

Congkak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Congkak yang digunakan oleh kaum bangsawan di Malaysia.

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Block quote Tajuk pautanTeks tebal==Latar belakang== Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Geografi Nasional ("National Geographic") menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka. Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana. Lama-kelamaan ia berkembang kepada rakyat jelata. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Ia begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Ini disebabkan permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti dilubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan

pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak". Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana. Lama-kelamaan ia berkembang kepada rakyat jelata. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Ia begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Kita juga dapat bermain congkak secara terus dengan mereka.

[sunting] Cara membuat permainan
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Cara membuat congkak:
1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak. 2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak. 3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut. 4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. 5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’. 6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain. 7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya. 8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam. Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

[sunting] Peraturan Permainan
1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. 2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. 3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

[sunting] Perbezaan Peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

[sunting] Pautan luar

Halaman Permainan Komputer Affendi - Congkak Digital

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak" Kategori: Permainan tradisional dari Malaysia

Buku Ilmiah Ensiklopedia Malaysiana, Syarikat Kumpulan Ebiza, Kuala Lumpur, Malaysia.

Wawancara Temubual dengan Norizah bt. Ahmad

Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak