You are on page 1of 13

TUGASAN

HBML3103
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
SEMESTER MEI 2016

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
EMEL :

TUTOR :
PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE

1

3 AUDIO .2. ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 BAHAN PENGAJARAN 4-8 2.1 RASIONAL PEMILIHAN PEMBENTANGAN POWER POINT 2.1 RASIONAL PEMILIHAN VIDEO 2.1.1.2.2. VIDEO .2.0 PENDAHULUAN 3 2.2 PEMBENTANGAN POWER POINT .0 PENDAHULUAN Tahun 2000 menjadi mukadimah era baru pengajaran swasta di sekolah-sekolah apabila sukatan pelajaran sastera telah diperkenalkan menerusi suatu modul baharu iaitu 2 .0 AKTIVITI UNTUK PENGAJARAN KOMSAS 8-11 4.1 RASIONAL PEMILIHAN AUDIO 3.0 PENUTUP 11 RUJUKAN 12 1.2.

KOMSAS. sudah tentunya kita bersetuju bahawa kaedah pengajaran bagi bidang ini perlu dititikberatkan dan bukanlah dilaksanakan secara semberono sahaja. Kemudian. Menyedari akan hakikat kepentingan bidang ini. bahan kesusasteraan menggunakan bahasa yang menarik terutama dari sudut keindahannya. bahan kesusasteraan memiliki daya tarikan yang dapat menimbulkan minat pelajar untuk membacanya dan daya tarikan ini timbul daripada sifat karya kesusasteraan yang selalunya memiliki ciri- ciri menghibur. 2. transformasi ini menunjukkan betapa Kementerian cakna akan kepentingan pendidikan Bahasa Melayu khususnya bidang sastera. emosi. Hal ini bertitik tolak apabila sastera atau pengajaran kesusasteraan telah dikenal pasti dapat memberikan sumbangan ke arah pemantapan rohani dan emosi.0 BAHAN PENGAJARAN 2. Pedagogi yang pelbagai ini merangkumi pemilihan bahan sokongan mengajar yang tepat di samping kemampuan untuk menginovasikan aktiviti-aktiviti berkaitan selain sesi pengajaran dan pembelajaran konvensional yang pada kebiasaannya bersifat satu hala sahaja. pemudah cara dan pencetus minat para pelajar terhadap bidang ini dengan menggunakan daya kreatif mereka khususnya dalam memvariasikan pedagogi pengajaran. Walaupun pada dasarnya sastera telah pun mula-mula diajar pada tahun 1980an.1 VIDEO 3 . gurulah yang perlu memainkan peranan selaku penggerak. rohani dan intelek (JERI). Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani. Lantas. Pertama. Rahman Shaari (1990) mencadangkan dua sebab utama kesusasteraan Melayu diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kebiasaannya murid akan mencatat mengikut klasifikasi yang diberikan oleh guru.Perbincangan akan menjadi lebih menarik apabila guru menyediakan beberapa soalan tambahan berlandaskan apa yang ditonton tetapi dalam masa yang sama mampu memberi penerangan dan bimbingan kepada murid terhadap topik yang dipelajari pada ketika itu. gaya bahasa serta pengajaran dan nilai murni cerpen yang diceritakan melalui video tersebut. Selain itu. latar. plot. Semasa peringkat pratontonan. Hal ini bertujuan untuk memberi satu pengenalan serta gambaran umum terhadap isi yang ada pada video yang belum ditonton itu. semasa tontonan dan pasca tontonan. Terdapat 3 pemeringkatan perancangan yang perlu diberikan penekanan sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu menggunakan video sebagai bahan bantuan mengajar iaitu pra tontonan. catatan yang dilakukan oleh murid akan dijadikan perbincangan. Sebagai contoh jika video ini merupakan adaptasi daripada cerita pendek atau cerpen. guru boleh meminta murid mengenalpasti dan membuat catatan mengenai tema. Sebagai contoh. Dengan lain perkataan ketiga-tiga peringkat dalam proses pembelajaran melalui tontonan video tadi bukan sahaja memperluaskan lagi sudut pandangan dan pengalaman 4 . murid harus menonton tayangan tersebut serta mencatat perkara-perkara yang penting mengikut kehendak dan panduan yang diberikan oleh guru masing-masing. Selepas menonton video tersebut. murid harus lebih bersedia dengan membaca terlebih dahulu cerpen tersebut. Semasa tontonan. watak dan perwatakan. sudah pasti suatu pengalaman yang menyeronokkan apabila sesuatu topik pembelajaran itu dapat difahami melalui pelbagai elemen yang terdapat dalam tayangan video. Walau bagaimanapun tayangan video yang digunakan sebagai media pengajaran dalam proses pembelajaran perlu melalui beberapa pemeringkatan perancangan yang akan bertindak sebagai strategi dalam proses pembelajaran murid.Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar dalam komponen sastera merupakan suatu pendekatan yang baik bagi murid. murid boleh mencari maklumat-maklumat lain mengenai cerota pendek tersebut daripada buku rujukan atau bahan bacaan lain. Dalam proses pembelajaran murid. murid terlebih dahulu harus mendapat maklumat awal tentang isi kandungan video tersebut. Guru-guru perlu bijak dalam memilih pendekatan semasa menayangkan video dan bukannya sekadar menayangkan video sahaja.

Menerusi penggunaan video. Video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Selain itu. grafik dan sebagainya. 2. sama ada pada skrin komputer atau pun dalam bentuk slaid transparensi. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana video bersifat dinamik dan mampu meransang pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan.merekatetapi juga mampu mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.1. didapati bahawa pembelajaran visual dapat mengurangkan masa pembelajaran dan pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dalam pembelajaran. sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. video juga mampu merangsang pelbagai deria. Ini mampu memberikan perasaan kepada pelajar yang mana mereka seolah-olah berada dalam situasi atau keadaan yang sebenar. Selain itu. Antara lain juga.2 PEMBENTANGAN POWER POINT Peranan Power Point Microsoft Power Point merupakan salah satu daripada perisian persembahan grafik yang popular. Program ini juga menyediakan beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu persembahan yang menarik untuk tujuan pendidikan. perisian ini mudah dipelajari dan dikendalikan. Guru bebas memilih kaedah yang sesuai dengan objektif dan kemahiran mereka. Video merupakan satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain seperti audio. Program ini dapat membantu guru-guru untuk menghasilkan persembahan slaid yang menarik.1 RASIONAL PEMILIHAN VIDEO Antara rasional pemilihan video ialah video menyalurkan maklumat yang lebih realistik. perisian ini 5 . Dalam kajian oleh Dunkel (1990). Sebagai contoh pengulangan sesuatu proses boleh dipaparkan berulang-ulang agar murid dapat memahami sesuatu proses dengan lebih baik. 2.

Kebanyakan murid tidak meminati subjek ini kerana merasakan subjek ini membosankan. Penggunaan grafik juga turut memainkan peranan yang penting terhadap pengajaranyang disampaikan oleh seseorang guru. pengajaran KOMSAS akan menjadi lebih menarik. Ia juga sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan 2. Dengan menggunakan powerpoint.2. Dengan unsur-unsur media yang terdapat dalam perisian ini. enambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja serta dapat melahirkan animasi slaid. sebanyak 83% keberkesanan tercapai apabila manusia belajar melalui deria penglihatan.1 RASIONAL PEMILIHAN POWER POINT Rasional bagi pemilihan powerpoint sebagai alat bantu mengajar ialah ia lebih efektif.menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk. Guru boleh menyusun nota supaya lebih difahami oleh murid-murid. corak serta aturan perisian. latar. Dengan penggunaan grafik ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kefahaman pelajar memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Beliau juga mendapati bahawa denganmenggunakan alat bantuan visual contohnya grafik ia dapat memberi kesan yang lebih efektif lagi kepada audiens untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak panjang. ia dapat menarik minat murid untuk mempelajari apa yang terkandung dalam power point. puisi. pantun. Antara kelebihan perisian ini ialah ia menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas. gurindam dan sebagainya akan menimbulkan lebih minat kepada murid-murid untuk mendengar sekaligus memahami apa yang diajar. Dengan memasukkan beberapa grafik yang mempunyai kaitan dengan elemen sastera dalam cerpen. Mengikut kajian oleh Dwyer (1994). rangsanganyang terdapat dalam sesuatu visual memudahkan guru dalam menyampaikan maklumatkepada pelajar dengan lebih berkesan. Ia memberi kesan yang efektif terhadap ucapan gurutersebut dimana guru dapat menerangkan perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan lebih mudah dan jelas 6 . warna.mengandungi pelbagai elemen yang boleh digunakan oleh guru seperti audio.. grafik dan animasi. Menurut teori realisme.

menjelaskan. Kini audio boleh digunakan dalam apa jua bidang ilmu dan dengan kecanggihan teknologi moden.3. Bahan audio dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang sesuai dengan perisiannya. cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD player ) dan klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media player). media audio telah 7 . Sejak lahirnya teknologi audio sekitar pertengahan abad 20. murid boleh didedahkan dengan perkara seperti itu.1 RASIONAL PEMILIHAN AUDIO Pemilihan audio sebagai salah satu bahan bantu mengajar komsas sememangnya tepat. merumuskan dan mengulangkaji pelajaran dan melaksanakan aktiviti atau tugasan serta menilai pengajaran dan pembelajaran.3 AUDIO Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran. audio semakin penting sebagai salah satu elemen dalam proses pendidikan. Sebagai contoh kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset (cassette player ). Dengan bantuan audio. bahan bantu mengajar audio boleh digunakan dalam komponen-komponen saster seperti pantun. 2. Dalam pengajaran KOMSAS. 2. konsep atau prinsip. Seterusnya perbincangan akan dilakukan selepas audio didengar. semasa mendengar audio. Misalnya. Hal ini kerana kebanyakan murid tidak didedahkan dengan bagaimana unruk melagukan gurindam atau mendeklamasikan sajak. Pada peringkat awalnya.berdasarkan visual. guru boleh meminta murid untuk melakukan catatan. memperkenalkan topik baru. menginterprestasi dan mengukuhkan idea. Murid-murid boleh mendengar cara bacaan yang betul bagi komponen-komponen tersebut. Keyakinan guru juga dapat ditingkatkan dan mengurangkan tekanan keatas guru apabila pelajar dapat memfokuskan terhadap bahan visual. ia sering digunakan dalam bidang bahasa terutamanya bagi mengajar seseorang cara debutan yang betul dan sebagainya. gurindam dan sebagainya. syair. Kebanyakan media berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti pita dan sebagainya.

0 AKTIVITI UNTUK PENGAJARAN KOMSAS Aktiviti pengajaran KOMSAS pada masa ini perlu selari mengikut gelombang masa. Sebagai contoh alunan Pantun asli berbeza dengan irama merdu Syair serta lenggok bahasa Gurindam begitu mendayu dari cerita di dalam Seloka. menyenangkan. 3. Permasalahannya adalah tenaga pendidik itu sendiri tidak mampu menyiapkan diri mereka dengan begitu baik. Ini memberi tamparan yang cukup besar dalam industri perguruan tanah air pada hari ini dalam membentuk minda pelajar celik sastera. rakaman audio yang diperdengarkan mampu memberi gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui penganalisisan terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi mahupun melalui muzik latar yang terdapat pada rakaman tersebut. dan mudah disiapkan untuk digunakan oleh siswa. ini tidak beerti komodenan perlu mengatasi makna sastera itu tetapi perlu menjadikan pemahaman ke atas aspek kesusasteraan itu sebagai objektif utama dalam pembelajaran. Anderson (1994) media audio merupakan bahan pengajaran yang ekonomis. Antara perubahan yang boleh dilakukan adalah menukar ganti pedagogi dari pembacaan mendatar dengan mengenakan lenggok bahasa dan bunyi yang seirama dengan aspek sastera yang di ajar. Seiring dengan pandangan Roger Webster (2004:16) yang 8 . Bedasarkan petikan dari Rahman Halib (2000) beliau menjelaskan antara masalah dalam pembelajaran kesusasteraan melayu pada masa kini adalah disebabkan murid itu sendiri kurang berminat dalam membaca sedangkan kemahiran membaca adalah sangat penting dalam menikmati sesebuah karya sastera. Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu. digunakan untuk keperluan pembelajaran. Menurut Ronald H. ada di antaranya masih tidak mampu menguasai perbezaan di antara elemen-elemen sastera itu sendiri lalu menjadikan suasanan pembelajaran begitu layu dan lesu seterusnya menghilangkan keseronokan dalam menerokai ruang lingkup adab dan budaya sendiri sedangkan mereka adalah generasi yang akan memegang maruah bangsa pada masa hadapan. Media audio mempunyai beberapa kelebihan antaranya termasuklah mempunyai kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan berkesan serta bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh murid dan guru.

Ini kerana tujuan utama KOMSAS diperkenalkan adalah untuk mengangkat martabat karya seni budaya ke satu tahap tertinggi dan sebagai langkah untuk memastikan ia terus bersemadi kukuh dalam jiwa anak bangsa kita pada hari ini dan juga masa hadapan. pertanian. Salbiah Ani (Berita Harian 20 Mac 2001) pula melalui rencana bertajuk ‘Kemelut Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu’ mengeluarkan hasil pemerhatian di beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur mendapati masih ada lagi guru yang terpinga-pinga dengan kaedah pengajaran Komsas. Dalam usaha membentuk minat untuk mendalami seni ilmu Komsas yang terdiri daripada pelbagai genre ini memerlukan daya kreativiti yang sangat tinggi. corak kretiviti perlulah mendasari mengikut elemen-elemen sastera itu sendiri sebagai contoh bermain gendang dalam mengindahkan irama Seloka Pak Kaduk. 9 . Contoh terdekat adalah kajian Filem Sumpah Orang Minyak terbitan Malay Film Production LTD yang mula ditayangkan kepada umum pada 20 April 1958. meniup atau memainkan latar belakang bunyi seruling untuk mengindahkan sebutan Syair Berbuat Jasa semestinya akan menjadikan suasana di dalam bilik darjah lebih ceria dan memudahkan tugasan ke arah pemahaman seni sastera itu sendiri. Ini disokong oleh Cohen (1991) seseorang guru yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi seterusnya mendorong murid-murid melalui proses pemikiran aras tinggi. Keadaan ini akan menimbulkan satu lagi masalah iaitu masalah guru berhadapan dengan pelajar yang tidak berminat kepada Komsas. vokasional dan teknikal. Selain itu. Bagi pendidik. Apabila gabungan kretiviti dapat dijalinkan dalam pengayaan pengajaran KOMSAS maka tugasan mendidik akan menjadi lebih mudah kerana minat dan kefokusan dalam pembelajaran sudah berjaya disemai di dalam diri mereka.mengatakan setiap pembelajaran kesusasteraan perlu dihubungkaitkan sedara erat dengan alam pengalaman dan istilah-istilah yang berkaitan seperti “perasaan” dan “emosi”. warga pendidik boleh membawa pelajar- pelajar meneroka ke zaman perkembangan bahasa berdasarkan tayangan filem cerita rakyat dan kisah masyarakat terdahulu yang sarat dengan ilmu bahasa dan penggunaan tingkat bahasa kesusasteraan yang tinggi. perdagangan. Lebih malang lagi mereka terpaksa pula menghadapi pelajar yang tidak pernah didedahkan dengan unsur sastera seperti pelajar-pelajar aliran sains. khususnya bagi guru yang tidak mempunyai latar belakang sastera.

teknik persembahan multimedia secara berkumpulan bagi proses perkenalan genre Komsas juga adalah satu idea yang realistik. pondok burukku dibakar hangus. Antara lain memberi peluang kepada pelajar untuk merekodkan bacaan sajak atau syair dan diperdengarkan secara rawak di dalam waktu pembelajaran juga sangat menarik untuk dilakukan memandangkan waktu interaksi pelajar bagi subjek bahasa melayu adalah tidak efektif bagi guru untuk menilai semua pelajar mereka pada suatu masa pengajaran sahaja. Nah sekarang benar tak kata-kataku. Di samping itu. “Kemudian jawab Si Bongkok: “ benar bang Selamat. Jalinan antara teknik penceritaan grafik berkomputer dengan sinopsis cerpen di dalam KOMSAS mampu memberikan impak yang lebih kuat dari teknik pembacaan dan penghafalan yang senada dan tidak berkembang.” (http://filemklasikmalaysia. animasi dan menciptakan interaksi. Perkembangan bahasa dan teknik pengajaran KOMSAS perlulah selari dalam mengejar kelajuan perkembangan teknologi yang begitu pesat membangun. video. Akhir sekali. grafik.my) Guru boleh memberi tugasan secara berkumpulan bagi mengumpul atau mengenal pasti perkataan-perkataan klasik atau unik di dalam filem tersebut bagi memberi pendedahan secara lebih jelas dan dekat dengan minda pelajar.menggunakan bait-bait perkataan Bahasa Melayu yang begitu indah dan tersusun. suara.” kata Bang Selamat. Antara sedutan skrip filem tersebut adalah:- “Itulah disuruh kau tinggal disini kau menolak. Apabila fajar menyinsing aku pergi jauh. jauh dari masyarakat cantik.blogspot. Menggabungkan elemen multimedia interaktif dalam pengajaran akan memberikan kesegaran kepada proses mendalami ilmu sastera itu sendiri seperti ditakrifkan oleh Cheng (2009) multimedia interaktif adalah media yang memberikan pembelajaran interaktif dalam bentuk 3D. Setiap kumpulan akan menerangkan tajuk genre yang ditugaskan kepada mereka dalam 10 . Inisiatif ini bertujuan memberikan lebih kefahaman sejajar dengan arus kemajuan tetapi masih mengekalkan elemen sastera dalam aspek pengolahan ayat ataupun secara bergambar. Pendedahan ini memberi lebih ruang kepada anak didik dalam menjiwai bahasa ibunda dan menanam rasa kasih serta cinta kepada warisan berharga ini. acuan teknologi dalam membentuk rantaian dalam elemen sastera sangat perlu dipraktikan pada masa kini. Orang kampung jijik memandang sifatku.

11 . Permasalahan yang timbul adalah satu fasa untuk memberi ruang kepada kita bahawa peranan dan tanggungjawab secara bersama perlu dilakukan segera.bentuk multimedia dan dipancarkan untuk tontonan semua warga kelas. ini memberikan kefahaman yang lebih mendalam kerana mereka sendiri yang perlu mengkaji dan meneliti sesebuah karya itu dahulu sebelum dipersembahkan kepada orang lain. Ini adalah lambang maruah yang perlu disemat teguh dalam jiwa golongan muda oada hari ini. menyuburkan minat dan rasa tanggungjawab ini antaranya adalah memberi masa untuk para pendidik itu sendiri untuk mendalami segera ilmu kesusasteraan yang ada agar dapat jua diselami oleh anak-anak didik sendiri. dibaja dengan ketelusan hati untuk meneruskan kelangsungan bahasa jiwa kita. Oleh itu. Ini sangat bertentangan dengan corak pengajaran tradisi pendidik terdahulu tetapi sebenarnya memberikan impak yang sangat positif dalam industri sastera tanah air. 4. Ini adalah warisan yang perlu dijaga nilainya. KOMSAS adalah sebahagian daripada jiwa rakyat malaysia. melakukan transformasi secara intelektual agar pemahaman sastera itu lebih tepat dan terus sampai ke sampai ke dalam minda pelajar-pelajar dan akhir sekali jangan lupa untuk menempuh gelombang teknologi yang begitu mengganas ini dengan mendayung sastera secara proaktif dan progresif bagi mengimbangi kemajuan yang pastinya memberikan impak yang serius kepada akar bahasa kita. . Perubahan kepada aspek pengajaran bahasa perlu dikaji dan dilakukan secara berhemah agar keharmonian dan kesucian bahasa kita sentiasa terjaga rapi dan tersusun indah.0 PENUTUP Sebagai kesimpulan.

com/presentation/d/1iA52H8ronzjBdPkq_8CQsGiw2ZZFGrjMAspA Tm9TueA/edit?pref=2&pli=1#slide=id.scribd.com/uploads/2/1/4/8/21480022/6. Teknologi dalaam Pengajaran dan Pembelajaran https://docs.com/doc/25832190/Penggunaan-Video-Dalam-P-P 12 .google.p13 http://cikgunajian1992.RUJUKAN Grace Emmanuelle a/p Ramaswaren & Nadatul Liyana binti Khairul Anhar. (2011).pdf https://www.weebly.

Wangsa Maju: PTS Publication &Distributors Sdn Bhd. 13 . (2006) “Syarat Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Bestari. I. Zain.” Selangor:Fakulti Pengajian Pendidikan. Multimedia dalam Pendidikan. Universiti Putra Malaysia. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors Sdn Bhd. Kadir. H. Komsas dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru. J. 2007. Tasir. Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. (2002). Wan Zah Wan Ali et al. Kuala Lumpur : Icon Region Sdn Bhd. (2003).Nik Hassan Basri Nik Ab.