BAB 8:


PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

8.1 PENGARUH ISLAM TERHADAP POLITIK
PENTADBIRAN (m/s 196-198)
F1 Penggunaan gelaran pemerintah berkonsepkan Islam H1a Istilah bagi sultan seperti Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi digunakan H1b Menjadi teras institusi raja dan memberikan pengesahan terhadap kewibawaan seseorang raja H1c Sultan juga menggunakan gelaran Khalifatul Mukminin yang bermaksud pemimpin orang mukmin H1d Gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Shah di Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin di Pahang (1572-1614) Tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan H2a Hal ini dapat meninggikan kedudukan seseorang raja atau sultan dan dihormati oleh masyarakat umum Institusi sultan kekal sebagai institusi berdasarkan pewarisan H3a Sistem ini meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam pemerintahan dan pentadbiran yang mempunyai 3 lapisan asas, iaitu: y Pemerintahan pusat yang diketuai oleh sultan y Pemerintahan daerah yang ditadbir oleh pembesar daerah y Pemerintahan kampung yang diketuai oleh penghulu Pemerintahan dan pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar H4a Seperti bendahara, laksamana, penghulu bendahari dan temenggung H4b Di Negeri Sembilan, tunjang kuasa terletak pada Yang Di-Pertuan Besar, bukan pada sultan Golongan ulama menjadi penasihat kepada sultan H5a Sultan Melaka sering mendapatkan nasihat dan pandangan golongan ulama seperti Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, & Qadi Yusuf H5b Munculnya ulama terbilang seperti Tuk Pulau Manis, Tuk Pulau Condong dan Tuan Tabal di Kelantan dan Terengganu Sistem kesultanan yang wujud di negeri-negeri Melayu diperkukuhkan berasaskan pegangan orang Melayu terhadap konsep ¶daulat· H6a Konsep daulat ialah pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah H6b Bermaksud bahawa seseorang raja atau sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya ditimpa tulah (akibat) H6c Berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah yang bermaksud kuasa, negeri atau kerajaan H6d Diamalkan secara lisan/tidak wujud secara bertulis dan dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya H6e Mengangkat kedudukan seseorang raja atau sultan ke tahap yang begitu tinggi H6f Menimbulkan penghormatan rakyat terhadap sultan atau raja H6g Dikukuhkan dengan mewujudkan berbagai-bagai adat istiadat y Cara berpakaian dan jenis pakaian y Bahasa dan pengucapan y Tingkah laku y Istiadat pertabalan raja (cap mohor, nobat) H6h Sultan dianggap berdaulat setelah istiadat pertabalan disempurnakan dengan penuh tertib dan mengikut aturan yang ditetapkan

F2 F3

F4

F5

F6

PERUNDANGAN (m/s 198-200)
F1 F2 Sistem perundangan penting untuk menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat Undang-undang dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis

UNDANG-UNDANG TIDAK BERTULIS ADAT PERPATIH
F1 F2 F3 Pengasas: diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera Negeri yang mengamalkan: orang Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dan di Naning, Utara Melaka Sistem politik: Konsep demokrasi dan musyawarah merupakan asas dalam pentadbiran dan penyelesaian masalah H3a Musyawarah ini dihadiri oleh perwakilan semua suku H3b Bersifat demokrasi kerana pemilihan ketua berada di semua peringkat Terdapat 12 suku dan setiap suku dianggap sebuah keluarga yang besar H4a Seperti Anak Acheh, Anak Melaka, Batu Belang, Batu Hampar, Biduanda, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Lemak, Seri Melenggang, Tanah Datar, Tiga Batu, & Tiga Nenek H4b Anggota-anggota suku ini menganggap mereka bersaudara H4c Setiap suku ini mempunyai ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga Perkahwinan: ahli setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang sama Pemerintahan: pemilihan ketua dilakukan oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah ke atas H6a Anak buah (bawah) Buapak Lembaga Undang Yamtuan/ Yang Di-Pertuan Besar(atas) Hukuman: bersifat pemulihan yang bertujuan untuk membaiki keadaan dan bukan semata-mata untuk menghukum pesalah Nasab keturunan: bersifat matrilineal atau lebih mengutamakan jurai keturunan sebelah ibu Pewarisan harta: anak perempuan mempunyai hak untuk mewarisi harta Suami perlu tinggal bersama suku isterinya

F4

F5 F6 F7 F8 F9 F10

ADAT TEMENGGUNG
F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 Pengasas: diasaskan oleh Datuk Ketumanggungan dari Palembang, Sumatera Negeri yang mengamalkan: Seluruh Negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning Sistem politik: sultan merupakan kuasa tertinggi dalam kerajaan H3a Raja melantik pembesar utama dan pembesar di setiap daerah dengan tujuan membantu tugas raja Perkahwinan: seseorang individu bebas berkahwin dengan pasangan pilihannya asalkan tidak bertentangan dengan syarak Hukuman: bersifat pemulihan yang bertujuan untuk membaiki keadaan dan bukan semata-mata untuk menghukum pesalah Nasab keturunan: bersifat parilineal atau lebih mengutamakan jurai keturunan sebelah bapa Pewarisan harta: mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan, bersesuaian dengan hukum faraid dalam Islam Asal adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu dan kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam oleh mazhab Syafie Pemerintahan: pemilihan ketua berdasarkan warisan

UNDANG-UNDANG BERTULIS
F1 F2 Sebelum kedatangan Islam, masyarakat berpegang kepada Hukun Kanun Manu yang secara jelas membezakan jenis hukuman berdasarkan kelas seseorang H1a Undang-undang Hindu-Buddha ini disesuaikan dengan adat resam tempatan Hukum-hukum Islam mula dijadikan asas undang-undang yang dikuatkuasakan H2a Menurut Profesor Ahmad Ibrahim, sebelum wujud pengaruh British di negeri-negeri Melayu, undang-undang asas ialah undang-undang Islam dan adat Melayu

HUKUM KANUN MELAKA
F1 F2 Mula ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah dan dilengkapi pada zaman Sultan Mahmud Syah Mempunyai 44 fasal yang merangkumi: H2a Hak istimewa dan tanggungjawab raja dan pembesar H2b Peraturan rasmi di istana H2c Pantang larang di kalangan anggota masyarakat H2d Hukuman untuk pesalah yang menderhaka dan mencuri H2e Cara menyambut kedatangan utusan dari luar H2f Undang-undang keluarga H2g Permasalahan ibadah H2h Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu H2i Hukuman terhadap kesalahan sivil dan jenayah seperti mencuri ialah potong tangan H2j Sesiapa yang melakukan pembunuhan akan dihukum bunuh Sumber undang-undang Hukum Kanun Melaka ialah hukum syarak (hukum Islam)

F3

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
F1 F2 Menerangkan bahawa seseorang nakhoda (kapten) dalam sesebuah kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum Undang-undang ini merangkumi 24 fasal, antaranya: H2a Peraturan tentang pelayaran dan perdagangan H2b Peraturan dan tatacara pelayaran dan perniagaan H2c Tanggungjawab pegawai kapal, nakhoda kapal, dan syahbandar H2d Hukuman kesalahan jenayah H2e Syariah Islam Menyatakan bahawa seseorang nakhoda bertanggungjawab mengendalikan hal perdagangan bagi kapal yang berdagang ke tempat lain jika tiada pemilik kapal Dapat memastikan perdagangan di Melaka berkembang dengan pesat Menjadikan perjalanan masyarakat tersusun Mengecualikan diri raja atau sultan daripada sebarang tindakan H6a Melambangkan kedudukan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam kerajaan Menerangkan peraturan khas tentang hal yang berkaitan dengan aktiviti maritime dan perdagangan

F3 F4 F5 F6 F7

UNDANG-UNDANG PAHANG
F1 F2 F3 Digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Muhyuddin (1592-1614) Mengukuhkan kedudukan raja Sesiapa yang menderhaka akan dikenakan hukuman berat

UNDANG-UNDANG KEDAH
F1 Mempunyai empat bahagian: H1a Undang-undang pelabuhan H1b Undang-undang tentera bertarikh 1667 H1c Hukum Kanun Dato· Star H1d Undang-undang 1784

UNDANG-UNDANG PERAK
F1 F2 F3 F4 Dikenali sebagai Undang-undang 99 Dibawa oleh Sayyid Husain al-Furadz dari Arab pada abad ke-17 Menetapkan hukuman bagi 99 kesalahan Meliputi undang-undang awam, perhambaan, nujum, kekeluargaan dan zina

UNDANG-UNDANG JOHOR
F1 F2 Diasaskan berdasarkan Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka Bertarikh 1789

8.2 PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SODIOBUDAYA
PENDIDIKAN (m/s 201-203) PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
F1 Merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga H1a Memberi penekanan terhadap pengajaran nilai-nilai moral H1b Pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian H1c Kanak-kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapanya menerusi pemerhatian dan latihan C1a Seperti bidang pertanian, perikanan, kraf tangan, atau pertukangan H1d Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan-santun, cara berkawan, dan menjaga maruah Nilai-nilai budaya yang murni diserapkan melalui cerita-cerita lisan H2a Pendidikan melalui kaedah bercerita merupakan kaedah paling berkesan dan paling digemari oleh kanak-kanak H2b Memberi penekanan kepada cerita-cerita yang berbentuk teladan dan pengajaran C2a Seperti cerita binatang dan jenaka y Anjing dengan bayang-bayang ² menekankan agar seseorang itu tidak terlalu tamak y Cerita-cerita sang kancil ² menekankan hakikat bahawa kepandaian dan kebijaksanaan dapat membantu seseorang menyelesaikan masalah Kanak-kanak turut mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial H3a Mereka hendaklah tunduk sambil menghulur tangan apabila lalu di hadapan orang yang lebih tua H3b Memberi salam apabila memasuki rumah H3c Mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu Turut diajar menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki C4a Contohnya, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri H4a Mengajar kanak-kanak agar berkelakuan baik dan jangan sesekali bercakap bohong

F2

F3

F4

PENDIDIKAN FORMAL
F1 Merupakan pendidikan yang berkaitan dengan keagamaan secara langsung atau melalui perantaraan institusi tertentu H1a Sebelum kedatangan Islam, pendidikan formal dipelopori oleh golongan istana dan golongan atasan H1b Golongan pendeta atau guru ditugaskan khas untuk memberikan pengajaran kepada bakal pemerintah dan pembesar kerajaan yang bertempat di istana H1c Setelah kedatangan Islam, semua golongan turut terlibat untuk mendapatkan pendidikan di institusi tertentu seperti istana, masjid, rumah, surau, madrasah & pondok H1d Pendidikan di rumah lebih menekankan kepada pengajaran al-Quran H1e Biasanya dilakukan di rumah guru al-Quran atau dikenali sebagai tok guru H1f Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 15 tahun H1g Pengajaran ini adalah asas kepada pendidikan di peringkat yang seterusnya Peranan istana H2a Sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan H2b Sebagai pusat pengajian agama C2a Sultan Mansur Shah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar C2b Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan H2c Sebagai tempat penyimpanan buku hikayat yang penting C2c Seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang disimpan di istana Melaka H2d Pendidikan di istana meluas kepada soal-soal pentadbiran dan pengurusan negara serta sistem politik Faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan Islam di Melaka: H3a Kewujudan ramai ulama dan pendakwah asing yang menetap di Melaka H3b Ulama-ulama ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Parsi, Gujerat dan sebagainya H3c Kerajaan Melaka memberi perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan ilmu pengetahuan H3d Minat pemerintahnya terhadap ilmu pengetahuan C3a Kitab Darul al-Manzum(Mutiara Tersusun), sebuah kitab tasawuf karangan Maulana Abu Bakar telah diarak ke balairung istana Melaka C3b Sultan Mansur Shah sangat berminat dengan pengajian tasawuf

F2

F3

PENDIDIKAN FORMAL DI MASJID DAN SURAU
F1 F2 F3 Sebagai pusat pertemuan dan perkumpulan masyarakat Kanak-kanak diajar dengan ilmu yang lebih formal H2a Seperti fikah, tajwid, cara dan bacaan dalam sembahyang, serta perkara-perkara penting yang harus diketahui oleh orang Islam Masjid dan surau menjadi pusat pengajian kepada orang dewasa pada waktu malam H3a Pengajiannya adalah berdasarkan keagamaan seperti ilmu fikah, usuluddin, hadis, tasawuf, dan sebagainya H3b Tahapnya adalah lebih tinggi

PENDIDIKAN PONDOK
F1 F2 F3 F4 F5 Merupakan sistem pendidikan formal yang lebih teratur Bermula sejak abad ke-12M di Pattani dan berkembang ke negeri-negeri Melayu yang lain Memberi penekanan kepada ilmu keagamaan Menyediakan pelajar-pelajarnya untuk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat Meluas di negeri Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis dan Pattani H5a Antara pondok yang terkenal di Kelantan ialah: C5a Pondok Pulau Condong yang dibuka oleh Haji Abdul Samad bin Abdullah/Tuk Pulau Condong C5b Pondok Kutan yang dibuka oleh Haji Mohamad Salleh H5b Pondok di Terengganu ialah: C5c Pondok Pulau Manis yang dibuka oleh Syaikh Abdul Malik bin Abdullah/Tuk Ku Pulau Manis H5c Pondok di Kedah pula ialah: C5d Pondok Titi Gajah yang dibuka oleh Haji Muhamad Taib C5e Pondok Langgar yang dibuka oleh Haji Muhamad Nor SUDUT MAKLUMAT: (1)Pondok: Berasal daripada perkataan Arab, al-Funduq yang bermakna rumah tumpangan.

F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12 F13 F14

Pengajian di pondok tidak mempunyai batasan waktu Pelajar mengambil masa yang penjang sehingga 10 tahun sebelum menamatkan pengajian Mata pelajaran yang diajar ialah Fikah, Usuludin, Tasauf, Hadis dan Tafsir Keperluan asas di pondok seperti makan minum disediakan oleh pelajar sendiri Pelajar menggunakan kitab bahasa Arab atau kitab bahasa Melayu tetapi ditulis mengikut struktur bahasa Arab Kaedah pembelajaran dikenali sebagai ¶Menadah kitab· iaitu kitab akan dipegang atau diletakkan di atas lantai ketika belajar Pelajar akan membaca kitab tersebut dan pengertian isi kandungannya akan dijelaskan oleh tok guru Tok guru mengajar secara ikhlas dan tidak mengenakan bayaran kerana memegang konsep iaitu mengajar adalah kewajipan menyebarkan agama Islam Ibu bapa pelajar akan membalas budi tok guru dengan memberi beras, makanan atau pakaian

SISTEM MADRASAH
F1 F2 F3 F4 F5 Pengajiaannya berdasarkan sukatan pelajaran Dilaksanakan secara kelas Pendidikannya mengikut tahap, iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan Diawasi oleh mudir/guru besar Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya

BAHASA DAN KESUSASTERAAN (m/s 203-205)
F1 Memperkenalkan tulisan jawi yang menjadi tulisan utama orang Melayu H1a Sebelum tulisan jawi digunakan, beberapa tulisan lain digunakan seperti Pallava, Kawi (Jawa Kuno), Sunda Kuna, Batak dan Rencong H1b Dicipta dengan menggunakan huruf Arab dan disesuaikan dengan tulisan Melayu H1c Tulisan jawi menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan H1d Tulisan jawi menjadi tulisan yang penting dan menjadi hak milik orang Melayu Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah meluas H2a Bertambahnya istilah baru yang berasal daripada bahasa Arab atau al-Quran C2a Contohnya seperti adat, adil, daulat, hakim dan hukum H2b Tersebar istilah untuk bidang lain khususnya dalam cabang ilmu Islam seperti tauhid, fikah dan tafsir Kesusasteraan Melayu turut berkembang H3a Kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan iaitu daripada satu generasi kepada generasi yang lain H3b Jenis kesusasteraan yang terawal ialah cerita asal usul H3c Merangkumi kepercayaan tentang kejadian alam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang H3d Terdapat cerita lisan yang menggunakan nama haiwan sebagai watak utamanya seperti sang kancil H3e Terdapat juga cerita jenaka/lucu yang memperkenalkan nama-nama tertentu untuk menunjukkan sifat atau watak masing-masing C3a Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menunjukkan kebodohan C3b Pak Pandir yang menunjukkan watak yang lurus dan bendul C3c Pak Belalang serta Si Luncai yang menunjukkan kecerdikan dan kepintaran H3f Terdapat cerita dongeng yang memberikan pengajaran seperti Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Merah Bawang Putih H3g Kesusasteraan lisan dalam bentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka Penulisan karya/cerita yang berunsurkan Islam telah berkembang H4a Terdapat hikayat tentang nabi-nabi seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Yusof dan Hikayat Nabi Musa a.s H4b Terdapat juga cerita tentang para sahabat nabi seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin H4c Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah menjadi karya yang penting dan disimpan di dalam istana Melaka Terdapat karya yang berbentuk puisi dan prosa C5a Contohnya seperti Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu Terhasilnya hikayat saduran bercorak Arab-Parsi kesan daripada pertambahan perbendaharan persuratan Melayu C6a Contohnya seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik

F2

F3

F4

F5 F6

KESENIAN (m/s 205-207)
F1 Maksud kesenian H1a Berasal daripada perkataan seni yang bermaksud sesuatu yang indah dan menyenangkan sama ada kepada penciptanya atau penatapnya H1b Aktiviti seni dikenali sebagai seniman H1c Kesenian selepas kedatangan Islam merupakan gabungan antara elemen keagamaan dengan kehalusan seni tempatan Seni bina adalah kesenian yang sangat menonjol dalam masyarakat Melayu H2a Binaan dihasilkan bukan sahaja untuk tempat berlindung tetapi turut menonjolkan wajah binaan yang sesuai dengan kegunaannya Binaan utama dalam masyarakat Islam ialah masjid H3a Dijadikan sebagai tempat solat dan tempat perkumpulan sosial H3b Mempunyai cirri-ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga atau pancur air, dan bumbung yang khusus C3a Masjid tertua yang terdapat di Tanah Melayu ialah Masjid Kampung Laut di Kelantan serta Masjid Peringgit dan Masjid Tengkera di Melaka Ketinggian cita rasa seni orang Melayu turut dipaparkan melalui binaan rumah dan istana H4a Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan balairung, tempat persemayaman diraja, dan balai istiadat C4a Keindahan seni bina istana dapat dilihat pada Istana Melaka H4b Ruang dan tempat dalam istana diukir dengan pelbagai hiasan bercorak Islam Seni bina sama ada rumah atau istana dilengkapi dengan berbagai-bagai hiasan dalaman hasil daripada kemahiran seni ukiran H5a Sebelum kedatangan Islam, motif ukiran berdasarkan binatang seperti burung dan ayam H5b Selepas kedatangan Islam, Motif ukiran berdasarkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, geometri dan alam semula jadi Kesenian epigrafi dapat dilihat pada batu bersurat dan batu nisan H6a Batu Bersurat Terengganu boleh dilihat sebagai satu hasil seni terutamanya dari sudut seni tulisannya Seni tulisan dalam Islam dikenali sebagai khat atau kaligrafi H7a Tulisan khat digunakan sebagai hiasan di masjid atau madrasah, pada batu nisan, bsrang tembikar, mata wang, dan pakaian H7b Jenis tulisan khat yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi (berbentuk lurus dan menegak) dan nasakh (berbentuk melengkung dan geometri) H7c Tulisan yang terdapat di masjid, madrasah dan surau merupakan petikan daripada ayat-ayat al-Quran iaitu surah Yasin, surah al-Fatihah dan sebagainya H7d Antara jenis tulisan khat ialah khat thuluth, diwani (ad-diwari), kufi, diwani Jali (al-Jali ad-diwari), farisi (al-Farsi), nasakh dan riq·ah (rakaah) dan al-ijazah

F2 F3

F4

F5

F6 F7

F8

Orang Melayu turut meminati seni persembahan C8a Contohnya seperti tarian, drama, muzik, nyanyian dan wayang kulit H8a Muzik, tarian dan nyanyian disepadukan dalam satu persembahan H8b Tarian dabus yang berasal dari negeri Perak memaparkan pengaruh Arab yang sangat ketara y Mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali y Ditarikan oleh 22 orang penari y Menggunakan alat muzik seperti rebana besar, rebana kecil serta gong H8c Tarian mak inang y Diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Syah di Melaka y Merupakan tarian istana ketika majlis-majlis tertentu H8d Nazam dan naban adalah antara nyanyian yang penting dan menjadi warisan tradisi orang Melayu y Terkenal di Terengganu. Pahang dan Melaka y Nazam berbentuk syair yang mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w, para nabi Allah dan para sahabat, y Di Terengganu, dinyanyikan oleh kaum wanita dalam majlis perkahwinan, berkhatan serta upacara lain yang bersifat keagamaan H8e Pengaruh Islam dalam seni dikir y Dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang y Seni kata lagu bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab H8f Di Johor, berkembang kesenian ghazal, iaitu sejenis puisi Arab yang memuji-muji kebesaran Islam

GAYA HIDUP (m/s 207-208)
F1 Perubahan prinsip kepercayaan atau akidah, kemudian syariah dan akhlak C1a Amalan protokol (hijabah) yang dijalankan menggambarkan pengaruh Bani Umaiyah C1b Sebelum kedatangan Islam, dalam pelantikan dan pertabalan raja, salah satu adatnya ialah pembacaan ciri iaitu kata-kata hikmat dan suci dalam bahasa Sanskrit C1c Setelah Islam datang, kandungan ciri dimansuhkan dan digantikan dengan adat lain iaitu lafaz ikrar oleh sultan dan pembesar yg menyerupai proses baiah dalam Islam C1d Apabila sultan mangkat, pengganti raja akan dilantik sebelum istiadat pemakaman Hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan yang rapat menjamin kesejahteraan hidup Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati Jiran dianggap sebagai anggota keluarga sendiri Terdapat panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua dalam sesebuah keluarga seperti pak long dan mak long H5a Mereka tidak boleh dipanggil dengan namanya, walaupun seringkas mungkin Apabila bertutur dengan orang tua, orang yang lebih muda hendaklah bercakap dengan suara yang rendah Para tetamu dilayan dengan hormat dan dihidangkan dengan minuman dan makanan Orang yang datang berziarah hendaklah memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam Tetamu dan tuan rumah hendaklah bersalam-salaman apabila masuk ke dalam rumah H9a Kanak-kanak dikehendaki mencium tangan orang yang lebih tua Ungkapan bismillah mestilah dibaca semasa hendak makan dan minum Majlis perkahwinan, majlis berkhatan, dan majlis khatam (tamat membaca al-Quran) dijalankan dengan semangat gotong-royong di kalangan anggota masyarakat Nilai perpaduan amat ditekankan dan masyakat sentiasa berpegang kepada konsep bersatu teguh bercerai teguh

F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12

8.3 PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP EKONOMI
PERDAGANGAN (m/s 209-210)
F1 Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting menjelang abad ke-15 H1a Disebabkan kedudukannya yang strategik H1b Menjadi tempat pengumpulan barang dagangan seperti rempah ratus (lada, bunga cengkih), hasil hutan dan hasil galian Kerajaan Melaka menyediakan sistem pentadbiran yang sistematik agar aktiviti perdagangan berjalan lancar Kerajaan Melaka menyediakan pelbagai kemudahan di pelabuhan untuk menampung peningkatan pedagang asing Kerajaan Melaka telah mewujudkan beberapa jawatan untuk memastikan kelancaran aktiviti perdagangan H4a Laksamana: C4a y Menjaga urusan kelautan H4b Syahbandar: C4b y Sebagai ketua pelabuhan C4c y Menjaga hal ehwal perdagangan termasuklah soal sukat dan timbang Pengenalan Undang-undang Laut Melaka H5a Menjadi landasan yang harus diikuti oleh masyarakat terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan seumpamanya Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan oleh pedagang asing di Melaka yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan yang utama Pengenalan sistem sukat dan timbang seperti sistem tahil dan kati untuk melicinkan urusan jual beli di pelabuhan H7a Antara barang yang ditimbang dengan sistem ini ialah emas, perak, bahan wangian, dan batu permata H7b Untuk menimbang rempah ratus, sistem bahara digunakan, iaitu satu bahara bersamaan 205 kati C7a Timbangan ini dilakukan dengan menggunakan dacing (dachim) Aktiviti perdagangan di Melaka menggunakan kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli

F2 F3 F4

F5 F6 F7

F8

MATA WANG (m/s 210)
F1 F2 F3 Penggunaan mata wang memudahkan lagi urusan perdagangan dan jual-beli Menggantikan sistem pertukaran barang atau barter Mata wang pada zaman Melaka H3a Berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil H3b Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat pada mata wang tersebut H3c Mata wang dari Pasai seperti Hormuz dan Cambay turut digunakan serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan

F4

F5

F6 F7

F8 F9

Mata wang yang terdapat di Johor H4a Mata wang timah di Johor dikenali sebagai wang katun y Berbentuk bulat atau segi enam y Tidak mempunyai tarikh y Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al-Adil H4b Mata wang emas di Johor dikenali sebagai kupang y Mata wang emas yang tertua bertarikh tahun 1527, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah y Mengandungi emas seberat 10 grains (0.65 g) dan 40 grains (2.6 g) y Tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut y Di bahagian belakang mata wang tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin Mata wang yang terdapat di Kedah (dikeluarkan sendiri) H5a Mata wang ini untuk kegunaan penduduk tempatan H5b Mata wang timah yang berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin H5c Boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan H5d Dikeluarkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin 2 H5e Terdapat juga mata wang yang diperbuat daripada emas Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang H6a Kerana terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut Jenis mata wang yang digunakan oleh pedagang-pedagang asing: H7a Eropah: wang perak H7b India, China dan Arab: emas atau mata wang emas Portugis telah memperkenalkan mata wang yang bernama bastardos, soldos dan dinheiros Belanda pula menggunakan mata wang seperti ducats, lion dollars, rix dollars dan syiling Belanda

PERCUKAIAN (m/s 211)
F1 Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang tertentu atau barang yang tertentu H1a Cukai yang diterima merupakan sebahagian daripada pendapatan negara dan digunakan semula untuk pembangunan negara H1b Kerajaan Melaka mengenakan cukai terhadap aktiviti perdagangan serta barangan tertentu yang dijual Kerajaan Melaka mewajibkan kepada para pedagang yang berniaga supaya membayar cukai terhadap barangan mereka sebelum menjalankan aktiviti perdagangan Cukai di Melaka terbahagi kepada beberapa jenis cukai H3a Cukai yang paling asas ialah cukai tetap atau cukai import yang kadarnya ditetapkan oleh pemerintah H3b Pedagang dari Ceylon, Tanah Arab, India, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6% daripada jumlah barangan yang dibawa H3c Pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak 5% Beras dan barangan makanan dikecualikan daripada dikenakan cukai Setelah semua cukai dibayar, barulah urusan jual-beli dapat dilaksanakan di bazaar-bazar yang disediakan di sepanjang Sungai Melaka Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai H6a Iaitu cukai diraja H6b Orang asing yang datang dari Kepulauan Melayu telah dikenakan cukai diraja sebanyak 3% H6c Orang asing yang datang dari kawasan lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6% Amalan riba telah tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam H7a Golongan ceti yang memberikan pinjaman wang telah dibenarkan menjalankan aktiviti mereka H7b Penegasan tentang larangan ini telah dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka Pihak pemerintah menekankan agar orang kaya dan berkemampuan membayar zakat harta H8a Hasil kutipan ini akan disimpan oleh baitulmal H8b Baitulmal berfungsi untuk menyelenggarakan harta kerajaan H8c Zakat ini akan digunakan untuk kepentingan dan kemakmuran negara serta sebagai sumber bantuan kapada orang yang memerlukan

F2 F3

F4 F5 F6

F7

F8

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful