You are on page 1of 36

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala
negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya
takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka
negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunya pun menyuruh ke Melaka
hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam.
Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi
Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka
dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam
menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai
banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.
Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh
menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa
orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah
kepada Sultan, Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki
juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.
Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia cerdik,
lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri Amerta. Maka
diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di sanalah ia memikul pedang,
ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu.

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada,


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata menyampaikan titah raja.


[2 markah]
(ii) Apakah reaksi Raja Benua Siam setelah baginda dimaklumkan bahawa Sultan
Muzaffar Syah tidak mahu tunduk kepada baginda?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Tun Perak mengarahkan orang-
orangnya membawa anak isteri bersama-sama untuk berperang?
[3 markah]

Halaman 1
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkai kata menyampaikan titah raja
P1 Memberitahu / mengkhabarkan arahan / perintah sultan 1
P2 Memberitahu titah raja 1
P3 Menyampaikan arahan sultan 1

(ii) Reaksi Raja Benua Siam


P1 Raja Benua Siam terlalu marah 1
P2 Menyuruh berlengkap untuk menyerang Melaka 1
P3 Melantik Awi Cakri sebagai panglimanya 1
P4 Awi Cakri membawa rakyat yang sangat banyak / tidak 1
terpermanai

(iii) Wajar:
P1 Bersemangat juang tinggi 1
P2 Keselamatan anak isteri terjamin 1
P3 Sebagai tanda taat setia rakyat kepada raja 1
P4 Mengeratkan ikatan kekeluargaan 1

Tidak wajar:
P1 Keselamatan anak isteri terancam 1
P2 Membebankan / menyusahkan untuk melaksanakan 1
tanggungjawab kepada raja
P3 Kos perbelanjaan meningkat 1
P4 Isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga 1
bukannya ke medan perang

Halaman 2
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 NEGERI SEMBILAN)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh- puluh juta dan orang banyak dicurinya.
Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, Hai
ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?
Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun
menangis, seraya berkata, Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang
Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.
Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun
terlalu marah, katanya, Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini
habis kubinasakan?
Maka oleh ibunya segala hal- ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya
pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala
Sari pun terlalu sangat amarahnya, Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau
olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan.
Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan,


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud datang kesudahnya diceritakannya.


[2 markah]
(ii) Nyatakan reaksi Kertala Sari setelah dia mendengar cerita tentang kejadian yang
menimpa ayahnya?
[3 markah]
(iii) Perbuatan ibu Kertala Sari menceritakan kisah kematian suaminya kepada
Kertala Sari adalah wajar.
Berikan dua alasan anda.
[3 markah]

Halaman 3
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) maksud datang kesudahnya diceritakannya
P1 Semuanya / segalanya diberitahu / diceritakan / dikisahkan 1
P2 Dikisahkan / disampaikan dari mula / awal hingga akhir 1
P3 Semuanya / segalanya diceritakan 1

(ii) Reaksi Kertala Sari:


P1 Sangat / terlalu / amat marah 1
P2 Berazam mahu menuntut bela 1
P3 Menuduh Sultan Melaka dan Laksamana kurang ajar 1
P4 Akan memusnahkan negeri Melaka 1
P5 Jika dia tidak bertindak, dia bukanlah anak penjurit yang 1
berani dan kepetangan.

(iii) Alasan wajar:


P1 Kerana yang meninggal dunia itu ialah ayah Kertala Sari 1
P2 Kerana dia tidak mahu disalahkan oleh ayahnya 1
P3 Kerana dia mahu anaknya tahu perkara yang sebenarnya 1
berlaku
P4 Supaya anaknya dapat melakukan sesuatu tindakan 1

Halaman 4
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 TERENGGANU)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam- kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar
oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun
tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu.
Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, Teririk bangkai
pula aku ini!
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, Ceh, mati engkau olehku!
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh
Laksamana dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente
mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, Ya tuanku, inilah
tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui


Teladan,
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud dilihatnya seorang perlente mati.


[2 markah]
(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Laksamana terhadap Kertala Sari?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu melakukan perancangan sebelum
melaksanakan sesuatu pekerjaan?
[3 markah]

Halaman 5
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkai kata
P1 Dilihatnya seorang penjahat / pencuri mati / meninggal dunia 2

(ii) Tindakan-tindakan
P1 Menikam / membunuh Kertala Sari 1
P2 Memaki / menjerit kepada Kertala Sari 1
P3 Memotong kemaluan / syahwat Kertala Sari 1

(iii) Sebab perlu melakukan perancangan


P1 Sebagai persediaan awal 1
P2 Berjaya dilaksanakan 1
P3 Berjalan seperti yang dirancang / lancar 1
P4 Kurang risiko 1
P5 Dapat mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi 1
P6 Perbelanjaan dapat dirangsang / dianggarkan 1
P7 Objektif akan tercapai 1
P8 Ketelitian dalam pelaksanaan 1

Halaman 6
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 JOHOR)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah Temenggung, Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun
pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan
orang kaya-kaya patik sudah tunggu; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik- patik
itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung.
Maka Laksamana pun berdatang sembah, Ya tuanku, adapun penjurit yang datang
ini bukan barang- barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik
hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.
Maka titah raja, Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau
Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah
Laksamana. Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
Hatta beberapa hari maka segala orang kaya- kaya dan saudagar itu pun habis
kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata- kata
lagi.
Maka sembah Laksamana, Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu
ke istana kita ini.
Maka titah raja, Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan,


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata Maka titah duli yang maha mulia patik junjung.
[2 markah]
(ii) Apakah pandangan Laksamana tentang penjurit yang melakukan kecurian
tersebut?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan
masalah kecurian daripada berleluasa?
[3 markah]

Halaman 7
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud Maka titah duli yang maha mulia patik junjung
ialah
P1 Perintah raja Melaka akan dipatuhi atau diikuti oleh 2
Temenggung

(ii) Pandangan Laksamana tentang penjurit


P1 Bukan sembarangan penjurit / bukan pencuri biasa 1
P2 Penjurit tersebut lebih bijak / hebat daripada Laksamana 1

(iii) Langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan


masalah kecurian daripada berleluasa ialah
P1 Mengadakan kawalan / rondaan ketat oleh pihak berkuasa 1
P2 Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah yang 1
mencuri
P3 Menyimpan barang berharga di tempat yang selamat seperi 1
bank dan mempunyai nombor kawalan
P4 Memperhebat kawalan Rukun Tetangga / rakan CAP 1
P5 Memasang CCTV / alat kawalan keselamatan / pelihara anjing 1
/ pengawal keselamatan

Halaman 8
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SABAH)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah
sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun
Perak, Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya
ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap
laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa
perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu oun
tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti
oleh Tun Perak, katanya, Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah
itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan
kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu?
Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak
isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang
dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab
pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan
anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya;
kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya
bersungguh-sungguh.

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya.


[2 markah]
(ii) Sekiranya anda ialah Tun Perak, apakah tindakan anda untuk memastikan tentera
perang lebih bersemangat juang dan menang dalam pertempuran kelak?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan semangat patriotik
dalam kalangan anak muda sekarang?
[3 markah]

Halaman 9
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Berikan maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya
P1 Supaya tidak tumpul 2

(ii) Tindakan saya ialah


P1 Memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada para 1
tentera.
P2 Memberikan latihan yang secukupnya 1
P3 Menyediakan peralatan perang yang canggih 1
P4 Menawarkan habuan kepada mereka 1

(iii) Cara-cara ialah:


P1 Memberi kesedaran melalui penganjuran kempen 1
kemerdekaan
P2 Membuat pertandingan berkenaan tanah air 1
P3 Kuiz-kuiz kemerdekaan 1
P4 Menyediakan bahan bacaan tentang kemerdekaan 1
P5 Mempertingkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti 1
kemerdekaan
P6 Menceritakan tentang kisah kehidupan zaman dahulu serta 1
kisah pejuang-pejuang tanah air.

Halaman 10
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MELAKA)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang
Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab
namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal
orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan
Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar
Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda.
Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik
panahnya itu, Mati engkau, Cau Padan.
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab
itu, Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti
kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi
Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang
nyanyi:

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata dewal orang berzikir.


[2 markah]
(ii) Apakah tindakan Sidi Arab apabila mendengar khabar Cau Pandan hendak
menyerang Melaka?
[3 markah]
(iii) Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah, apakah tindakan-tindakan yang anda
lakukan untuk membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau
Pandan?
[3 markah]

Halaman 11
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud dewal orang berzikir
P1 Orang berdoa / berzikir sekeliling kota 2

(ii) Tindakan Sidi Arab


P1 Berdiri di hadapan baginda (Sultan Muzaffar Syah) 1
P2 Dihalanya panahnya ke benua Siam 1
P3 Menarik panahnya sambil menyeru agar Cau Pandan mati 1

(iii) Tindakan yang diambil:


P1 Memberi hadiah / sepersalinan pakaian 1
P2 Memberi gelaran / anugerah 1
P3 Melantik sebagai pembesar istana / memberi jawatan 1
P4 Mengahwinkannya dengan puteri atau kerabat diraja 1

Halaman 12
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SBP)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-
sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak,
Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke
bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap
laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa
perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun
tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti
oleh Tun Perak, katanya, Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah
itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan
kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu?
Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak
isteri dan segala perkalas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang
dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab
pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan
anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya;
kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya
bersungguh-sungguh.
(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya.


[2 markah]
(ii) Tun Perak telah memberikan beberapa peringatan kepada Seri Amerta.
Nyatakan peringatan-peringatan tersebut.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Perak menyuruh orang Kelang datang ke
Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka?
Berikan dua alasan.
[3 markah]

Halaman 13
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud mengadukan halnya
P1 Melaporkan / memberitahu perkaranya / masalahnya 2
P2 Melaporkan / memberitahu halnya 1
P3 Mengadukan masalahnya 1

(ii) Peringatan-peringatan
P1 Menjaga pedang sebilah itu baik-baik 1
P2 Pedang itu jangan diberi berkarat 1
P3 Pedang itu jangan kemakanan matanya 1

(iii) Wajar:
P1 Mereka akan berlawan menentang musuh dengan sepenuh hati / 1
bersungguh-sungguh
P2 Mereka akan berasa senang hati apabila anak dan isteri mereka berdekatan 1
dengan mereka.
P3 Mereka akan dapat menjaga keselamatan anak dan isteri mereka di samping 1
mempertahankan negeri Melaka.

Tidak wajar:
P1 Mereka tidak dapat fokus terhadap peperangan yang berlangsung 1
P2 Anak dan isteri mereka akan berhadapan dengan risiko kecederaan / 1
kematian
P3 Keselamatan anak dan isteri mereka akan terancam apabila diketahui oleh 1
pihak musuh.

Halaman 14
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PULAU PINANG)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak.
Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja.
Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, Tahukah tuan hamba
sekalian bahawa ia ini anak hamba?
Maka sembah segala orang banyak itu, Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada
mengaku, semua takut mengatakan dia anak tuanku.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua
orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka
Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri
Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali
lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka
Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat
kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, Jikalau
demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun
hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?
Maka sembahnya, Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud senantiasa beringgit.


[2 markah]
(ii) Apakah yang terjadi setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang
besar?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya
pemimpin tidak bermuafakat?
[3 markah]

Halaman 15
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud senantiasa beringgit
P1 Sentiasa / selalu / sering / acap kali bertelagah / bermusuhan / 2
berbalah
P2 Sentiasa / selalu / sering / acap kali beringgit 1
P3 Senantiasa bertelagah / bermusuhan / berbalah 1

(ii) Setelah menjadi orang besar


P1 Berlaku perpecahan rakyat / anak Melayu pun berpecah-belah 1
/ berbelah
P2 Sesetengah menyokong Paduka Raja sesetengah menyokong 1
Seri Nara Diraja
P3 Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sentiasa beringgit / 1
bermusuhan
P4 Sultan Muzaffar Syah terlalu berduka cita melihat perilaku 1
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja

(iii) Tiada permuafakatan sesama pemimpin


P1 Sepanjang masa dihabiskan untuk membina pengaruh 1
P2 Tiada masa untuk urusan pentadbiran 1
P3 Pemimpin yang baik / jujur mungkin kecundang 1
P4 Berlaku banyak penyelewengan 1
P5 Negara tidak aman 1
P6 Terdedah kepada ancaman luar 1

Halaman 16
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERAK)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan


menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi
Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti
dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu
Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar
khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan
baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab,
sambil menarik panahnya itu, Mati engkau, Cau Padan.
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab
itu, Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti
kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi
Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang
nyanyi:

Cau Pandan anak Bubunnya,


Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.


[2 markah]
(ii) Bagaimanakah Tuan Sidi Arab berjaya menghalang Cau Pandan anak Bubunya
daripada menyerang Melaka?
[3 markah]
(iii) Tuan Siri Arab amat pakar dalam memanah.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem
pertahanan sesebuah negara?
[3 markah]

Halaman 17
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat ialah
P1 Sungguh tuan hebat 1
P2 Patutlah Tuan Sidi Arab keramat 1
P3 Tuan Sidi Arab benar-benar mulia / hebat / warak / soleh / suci 2

(ii) Tindakan Tuan Sidi Arab ialah


P1 Tuan Sidi Arab berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Shah 1
P2 Tuan Sidi Arab menghalakan panahnya ke benua Siam 1
P3 Tuan Sidi Arab berkata matilah engkau Cau Pandan 1

(iii) Kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan


sesebuah negara ialah:
P1 Mampu merancang strategi pertahanan 1
P2 Mengemas kini sistem persenjataan 1
P3 Menaik taraf sistem radar keselamatan 1
P4 Menggerakkan operasi ketenteraan 1
P5 Melatih anggota menggunakan kaedah teknologi moden 1

Halaman 18
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KELANTAN)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak
sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah
kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun
datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, Orang ini, ya Tuan
Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya
teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri
Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, Tuan Seri
Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu
jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan
pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar
tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana
Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi
jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba
dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana
hamba hendak dicerca?

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud peliharakan baik-baik.


[2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan jawapan Tun Perak terhadap pertanyaan
Seri Amerta.
[3 markah]
(iii) Andaikan anda baginda sultan, apakah tindakan sesuai yang boleh diambil jika
rakyat mengadukan pelbagai masalah kepada anda.
[3 markah]

Halaman 19
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud peliharakan baik-baik ialah
P1 Jaga / bela dengan rapi / teliti / hati-hati 2
P2 Jaga / bela baik-baik / peliharakan dengan rapi / teliti / hati-hati 1

(ii) Jawapan Tun Perak


P1 Menasihati Seri Amerta supaya menjaga pedangnya 1
P2 Memastikan pedangnya tidak berkarat 1
P3 Tugas mentadbir negara tidak diketahui oleh orang lain 1
P4 Jika mahu mencerca / pecatlah dia dahulu 1

(iii) Tindakan
P1 Memberikan nasihat yang sesuai 1
P2 Mengajak berbincang 1
P3 Menyuruhnya merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan 1
P4 Menyerahkan kepada pemimpin lain untuk tindakan 1
seterusnya

Halaman 20
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KEDAH)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya- kaya dan saudagar itu pun habis
kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata- kata
lagi.
Maka sembah Laksamana, Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu
ke istana kita ini.
Maka titah raja, Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?
Maka sembah Laksamana, Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; hikmat itu daripada
penjurit yang tahu patik peroleh.
Maka titah baginda, Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu.
Maka sembah Laksamana, Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi
berkawal, tiada jauh.
Maka baginda bertitah, Baiklah.
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak- banyak itu,
lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka
dibubuhnya suatu hikmat, radak- meradak dan tetak- menetak sama sendirinya dan kayu itu
pun palu- memalu, terlalu gemuruh bunyinya.
Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan.
Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka
Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada
tempat yang lain masuk mencuri.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud pada firasat patik.


[2 markah]
(ii) Apakah tindakan Laksamana untuk menghalang Kertala Sari daripada memasuki
istana?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan wujudnya keamanan di dalam negara?
[3 markah]

Halaman 21
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud
P1 Mengikut perasaan / hati / naluri Laksamana 2

(ii) Tindakan
P1 Mengumpul sebanyak mingkin senjata seperti lembing, 1
tombak dan kayu
P2 Mengatur lembing, tombak dan kayu sekeliling istana 1
P3 Meletakkan suatu hikmat / kesaktian kepada alatan tersebut 1

(iii) Kesan
P1 Kestabilan politik 1
P2 Ekonomi / taraf hidup meningkat 1
P3 Menarik pelabur asing / pelancong 1
P4 Masyarakat hidup sejahtera / harmoni 1
P5 Keselamatan dalam negara terjamin / bebas bergerak / 1
menjalankan aktiviti / taraf pendidikan meningkat
P6 Menaikkan imej negara di mata dunia 1
P7 Merancakkan pembangunan negara 1

Halaman 22
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MRSM)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka
Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu
marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak
Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka
Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah
mengalahkan Melaka itu.
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka
baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-
kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan
menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi
Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti
dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu
Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar
khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan
baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab,
sambil menarik panahnya itu, Mati engkau, Cau Padan.
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab
itu, Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata menyuruh berlengkap.


[2 markah]
(ii) Nyatakan tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa Cau Pandan
akan menyerang Melaka.
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang perintah untuk
mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.
[3 markah]

Halaman 23
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkai kata menyuruh berlengkap
P1 Memerintahkan persiapan berperang 2
P2 Memerintahkan / mengarahkan berlengkap 1
P3 Menyuruh / melakukan persiapan / persediaan untuk 1
berperang
P4 Mengarahkan / memerintah untuk bersiap-siap 0

(ii) Tindakan Sidi Arab setelah mendengar khabar bahawa


Cau Pandan akan menyerang Melaka
P1 Sidi Arab berdiri di hadapan raja 1
P2 Dihalakan panah ke benua Siam 1
P3 Sambil menarik panah beliau berkata, Mati engkau, Cau 1
Pandan

(iii) Dua ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seseorang


pemerintah bagi mengelakkan negaranya terlibat dalam
peperangan
P1 Mengadakan rundingan dengan negara terlibat sebelum 1
peperangan berlaku / menyelesaikan sebarang pertelingkahan
melalui permuafakatan
P2 Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara di sekitar / 1
negara jiran untuk memastikan hubungan baik terjalin
P3 Mengadakan perjanjian damai supaya tidak ada negara yang 1
memulakan persengketaan / peperangan
P4 Mengadakan usaha sama dalam pelbagai bidang untuk 1
memajukan negara masing-masing
P5 Menghormati kedaulatan negara-negara lain 1
P6 Mengamalkan prinsip keamanan antarabangsa 1
P7 Bekerjasama dalam melindungi hak asasi manusia 1
P8 Mendapatkan bantuan daripada PBB 1

Halaman 24
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH TANGKAK, JOHOR)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, Bagaimana maka datuk hendak
beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah
bertemu?
Maka kata Seri Nara Diraja, Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah
cula dibeli oleh bapaku sekali emas di benua Keling itu.
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.
Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan
seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah,
Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.
Maka titah baginda, Baiklah.
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana
pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai;
ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit,
Patih Aria Gajah Muda; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara
Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud kerana ia sedia anak bendahara.


[2 markah]
(ii) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan
Paduka Raja sebagai Bendahara.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin
yang bijaksana dan adil?
[3 markah]

Halaman 25
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud kerana ia sedia anak bendahara
P1 Bendahara Paduka Raja sememangnya berketurunan anak 2
Bendahara, iaitu Bendahara Seri Wak Raja

(ii) Faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja


mencadangkan Paduka Raka sebagai Bendahara
P1 Seri Nara Diraja telah berkahwin dengan Tuan Kudu yang 1
merupakan saudara Paduka Raja
P2 Kerana hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja telah 1
baik / semakin erat
P3 Kerana Paduka Raja dapat memberikan sumbangan untuk 1
kemajuan dan pembangunan negara

(iii) Sebab sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang


bijaksana dan adil
P1 Untuk memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat 1
P2 Untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara 1
daripada ancaman musuh
P3 Untuk mengangkat imej negara sebuah negara yang maju dan 1
berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Halaman 26
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SEGAMAT, JOHOR)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya- kaya itu dicurinya.
Maka segala saudagar dan orang kaya- kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah,
Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai
sepinggang.
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, Wah, datanglah pula bala atas negeriku!
Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, Hai Temenggung, suruh orang berkawal
dan segala saudagar berkawal pada kampungnya! Maka Temenggung pun menyuruhkan
orangnya berkisah orang kaya- kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari
malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalau banyak dengan lembing
perisai dan segala saudagar pun masing- masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat seniatnya Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu
berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya
harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya.
Maka ia pun kembali ke tempatnya.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud sehelai sepinggang.


[2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan yang dilakukan oleh Temenggung
selepas mendengar perintah daripada sultan?
[3 markah]
(iii) Raja segera menitahkan orang-orang Temenggung berkawal sebaik-baik sahaja
mengetahui berita tentang kecurian yang berlaku di negeri baginda.
Pada pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu
diatasi dengan segera?
[3 markah]

Halaman 27
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud sehelai sepinggang ialah
P1 Pakaian yang ada pada tubuh sahaja 2
P2 Apa-apa sahaja yang melekat pada tubuh sahaja 2
P3 Pakaian yang sedia terpakai pada waktu itu 2

(ii) Tindakan-tindakan Temenggung


P1 Akur akan perintah daripada sultan 1
P2 Menyuruh orang suruhannya menyampaikan pesanan itu. 1
P3 Menyuruh orang kaya dan saudagar menjaga kediaman 1
masing-masing
P4 Menyuruh pengawal-pengawalnya berkawal pada waktu 1
malam
P5 Menggunakan banyak senjata seperti lembing dan perisai 1
sewaktu berkawal

(iii) Baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan


segera kerana
P1 Masyarakat dapat meneruskan kehidupan dengan tenang 1
P2 Tidak berlaku banyak kehilangan harta benda 1
P3 Pemilik harta benda tidak berada dalam kerugian 1
P4 Moral masyarakat setempat dapat ditingkatkan 1
P5 Keselamatan diri dan harta benda penduduk terjamin 1

Halaman 28
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PAHANG)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah Bendahara, Daulat tuanku Syah Alam, adapun pekerjaan berkawal itu pekerjaan
Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, Laksamana pula mengejarkan dia.
Maka titah raja, Pada malam ini Temenggung sendiri keluar berkawal.
Maka sembah Temenggung, Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal. Maka
Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah segala hambanya lima ratus orang
dengan alat senjatanya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya
bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka
dicurinya harta yang kemas- kemas lalu dibawanya kembali.
Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Maka Bendahara pun berdatang sembah, Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam
ini patik habis kecurian, habislah harta yang kemas- kemas.
Maka titah raja, Hai Temenggung, tidaklah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam
berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?
Maka sembah Temenggung, Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada
malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-
kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik- patik itu. Maka titah duli
yang maha mulia patik junjung.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata habislah harta yang kemas-kemas.


[2 markah]
(ii) Nyatakan reaksi Temenggung apabila Sultan menitahkannya berkawal sendiri
bagi mengatasi masalah kecurian yang berlaku.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan anda yang wajar dilakukan oleh
Temenggung untuk menangani masalah kecurian yang berleluasa berlaku di
Melaka.
[4 markah]

Halaman 29
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkai kata habislah harta yang kemas-kemas
ialah
P1 Kehilangan khazanah yang berharga seperti wang ringgit, 2
emas perak, perhiasan dan sebagai yang bernilai.

(ii) Apabila Sultan menitahkan Temenggung sendiri berkawal


bagi mengatasi masalah kecurian yang berlaku
P1 Mengerahkan 500 orang hambanya 1
P2 Berlengkap dengan senjata untuk berkawal 1

(iii) Pada pendapat saya, tindakan yang wajar dilakukan oleh


Temenggung untuk menangani masalah kecurian yang
berleluasa berlaku di Melaka
P1 Memperkemas sistem kawalan keselamatan 1
P2 Melengkapkan sistem kawalan yang lebih canggih di setiap 1
premis perniagaan dan kediaman.
P3 Melatih pengawal keselamatan yang bertugas dalam pelbagai 1
ilmu seni mempertahankan diri.
P4 Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah. 1
P5 Menguar-uarkan kepada masyarakat agar mengawal 1
keselamatan kediaman dan premis masing-masing

Halaman 30
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH BELAGA, SARAWAK)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sembah segala orang banyak itu, Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada
mengaku, semua takut mengatakan dia anak tuanku.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum, Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua
orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka
Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri
Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali
lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka
Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat
kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, Jikalau
demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun
hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?
Maka sembahnya, Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.
Maka titah baginda, Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya
Hitam?
Maka sembahnya, Mohon patik tuanku.
Maka titah baginda, Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang berlaku setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang
besar?
[2 markah]
(ii) Siapakah dua orang besar yang tidak bermuafakat?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika pemerintah tidak bersatu?
[3 markah]

Halaman 31
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang
besar
P1 Setengah pada Paduka Raja 1
P2 Setengah pada Seri Nara Diraja 1

(ii) Dua orang besar yang tidak bermuafakat


P1 Paduka Raja 1
P2 Seri Nara Diraja 1

(iii) Jika pemerintah tidak bersatu


P1 Para pengikut akan bergaduh 1
P2 Arahan akan bercanggah 1
P3 Negara tidak aman 1
P4 Rakyat hidup dalam ketakutan 1

Halaman 32
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 YAYASAN ISLAM KELANTAN)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya
gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu.
Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu
dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam
alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga
buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan
melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh
Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu
sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada
terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, Terlalu banyak kelengkapan perahu
Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya
tadi lagi tiada terlawan oleh kita.
Maka kata Awi Dicu, Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara
belum siang ini.
Maka segala orang Siam pun kembalilah.

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada


Antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata kelakuannya gila-gila bahasa?


[2 markah]
(ii) Apakah yang diperkatakan oleh hulubalang Siam apabila melihat banyak puntung
api?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan buruk jika berlakunya peperangan dalam
sesebuah negara?
[3 markah]

Halaman 33
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkai kata kelakuannya gila-gila bahasa ialah
P1 Menunjukkan tingkah laku / perangai / perbuatan yang kurang 2
sihat sedikit
P2 Perangai yang tidak senonoh, yang agak pelik sedikit, tidak 2
berfikiran panjang, sikap yang cepat marah dan lain-lain

(ii) Apabila melihat banyaknya puntung api hulubalang Siam


berkata
P1 Terlalu banyak kelengkapan perahu di Melaka ini 1
P2 Tiada mampu dibilang jumlahnya kerana terlalu banyak 1
P3 Berasa bimbang dan takut jika Melaka menyerang kita 1
P4 Sedangkan sebuah perahu yang dibawa oleh Tun Umar pun 1
tidak mampu dilawan olehkita

(iii) Pada pendapat saya, kesan buruk jika berlakunya


peperangan dalam sesebuah negara ialah
P1 Meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa terutama 1
kanak-kanak dan orang awam
P2 Kemusnahan harta benda masyarakat setempat 1
P3 Peningkatan pelbagai masalah sosial gejala depresi / 1
tekanan perasaan / traumatisme meningkat terutama dalam
kalangan kanak-kanak
P4 Menjejaskan banyak sektor ekonomi perindustrian, 1
pertanian, pelancongan, perkhidmatan, perdagangan,
pengangkutan
P5 Menimbulkan krisis ekonomi seperti inflasi dan pengangguran 1
P6 Krisis makanan akan terjejas dengan teruk, kurang bahan 1
makanan dan makanan yang berzat
P7 Krisis kesihatan akan dialami oleh rakyat negara yang terlibat 1
kurang bahan makanan yang berzat dan bekalan ubat-
ubatan, kebuluran dan penularan penyakit berlaku, ramai
dapat penyakit akibat kurang zat

Halaman 34
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SIJANGKANG JAYA - SELANGOR)


Soalan 2(b) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah- indah dan
memakai bau- bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, Pada malam
ini aku masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun habis aku
curi.
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam- kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar
oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun
tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu.
Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, Teririk bangkai
pula aku ini!
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, Ceh, mati engkau olehku!
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh
Laksamana dihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata terlalu gemuruh bahananya?


[2 markah]
(ii) Nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Laksamana sebagai persediaan
untuk berhadapan dengan Kertala Sari.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakan seseorang itu sanggup menggadaikan
nyawanya untuk kebahagiaan orang lain?
[3 markah]

Halaman 35
SPM 2016 BAHASA MELAYU
KERTAS 2 KOMSAS

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH


(i) Maksud rangkai kata terlalu gemuruh bahananya ialah
P1 Bunyi sangat bising serta tidak keruan, riuh rendah 2

(ii) Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Laksamana


sebagai persediaan untuk berhadapan dengan Kertala
Sari
P1 Memakai pakaian penjurit 1
P2 Berjalan masuk ke dalam kota 1
P3 Tidur di tengah pasar 1

(iii) Seseorang itu sanggup menggadaikan nyawanya untuk


kebahagiaan orang lain
P1 Membuktikan kesetiaannya / kasih sayangnya / perasaan cinta 1
yang tidak berbelah bahagi
P2 Membuktikan kehebatannya menewaskan sesiapa sahaja 1
tanpa perasaan gentar
P3 Membuktikan pengorbanan yang sanggup dilakukan 1

Halaman 36

You might also like