You are on page 1of 16

PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO PIALA DBAYU 2016

27 NOVEMBER 2016

DEWAN ANWAR MAHMUD (DAM), UKM

MASA ACARA TINDAKAN


Ketibaan
7.30 Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Hj.Yamani Hafez Musa Ketua Pemuda Umno Sipitang Sabah,
PM Penaung Persatuan Siswazah Sabah Di Semenanjung (G3S) diiringi oleh Yang Berbahagia Prof. Dato Pengacara
Dr.Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM serta Prof. Majlis
Madya Dr. Irman Bin Abdul Rahman, Penasihat Persatuan Mahasiswa/I Sabah (PERMIS)

Para hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Varsiti Kita.

NYANYIAN LAGU

1. Lagu Negaraku

2. Sabah Tanah Airku

3. Varsiti Kita

(Nyanyian tamat)

Para hadirin dipersilakan duduk


8.00 Melayang serindit di atas permatang,
PM Merbah berkicau di hujung muara, Pengacara

Pemanis kata selamat datang, Majlis

Awal Bismillah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

SALUTASI

1. Yang Berbahagia
Prof. Dato Dr. Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Kebangsaan Malaysia,

2. Yang Berhormat
Hj.Yamani Hafez Musa
Ketua Pemuda Umno Sipitang, Sabah
Penaung Persatuan Siswazah Sabah Di Semenanjung (G3S)

3. Yang Berbahagia
Prof. Madya Dr. Irman Bin Abdul Rahman
Penasihat, Persatuan Mahasiswa/I Sabah (PERMIS),
Universiti Kebangsaan Malaysia,

4. Yang Di-Pertua
Saudara Zainal Asnawi Asyraf bin Zainal Abbidin
Presiden Persatuan Mahasiswa
Universiti Kebangsaan Malaysia ,

5. Yang Dihormati,
Saudara Juehadi Bin Abdul Hashim
Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa/I Sabah (PERMIS) Universiti Kebangsaan Malaysia
merangkap
Ketua Pengarah
Program Pertandingan Debat & Pidato Piala Dbayu G3S

6. Para Juri dan Hakim,

7. Wakil Anak Negeri Setiap Persatuan Anak Negeri


Universiti Kebangsaan Malaysia,
8. Peserta Pertandingan Debat & Pidato Piala Dbayu G3S
Para Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia,
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian .

Aluan Pengacara Majlis


ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM DBAWAH BAYU, DAN
SALAM PERPADUAN.

Dari Dewan Anwar Mahmud, UKM, dengan bangganya kami bawakan Pertandingan Akhir Pidato dan
Debat Piala DBayu bagi sesi 2016/2017. Saya Mohamad Adli Bin Baco dan saya Anasthasia Binti
Misiran. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya, dapat kita bersama-sama
berkumpul seterusnya menjayakan majlis yang gilang-gemilang ini. Untuk pengetahuan semua, peringkat
saringan Pertandingan Pidato dan Debat Piala DBayu sesi 2016/2017 telah berlangsung pada 25&26 hb,
iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu.

BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya majlis menjemput Saudara MOHD
NASRUN BIN TALIB untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(SELESAI BACAAN DOA)

Aamiin, aamiin, ya robbal aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudara MOHD NASRUN BIN TALIB atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

8.20 Pertandingan Bermula


PM Jemput
Hadirin sekalian, peserta akhir
Bermula dari 25 November 2016 lalu, sebanyak 9 buah universiti telah menghantar pasukan mereka untuk pidato
bertanding dan merebut Piala DBayu sesi 2016/2017. Semasa pertandingan dijalankan, kita telah Peserta akhir
menemui bakat-bakat baru yang bakal mengharumkan negara kita pada masa akan datang. pidato
bersedia di
Oleh yang demikian, kita akan meneruskan lagi majlis kita pada hari ini dengan Pertandingan Peringkat
belakang
Akhir Pidato oleh 3 orang peserta . Tanpa melengahkan masa, kita menjemput peserta pertama iaitu,
pentas
1. Saudara/i ___________________________________dari Universiti _______________________

2. Seterusnya, dijemput peserta kedua, saudara/i _____________________________________dari


Universiti __________________

3. Akhir sekali dijemput peserta ketiga, saudara/i_____________________________________dari


Universiti __________________

Baiklah, dengan berakhirnya pidato daripada Saudara/i ____________________________________


maka tamatlah sesi Pertandingan Akhir Pidato Piala DBayu sesi 2016/2017. Jemput
peserta akhir
debat
Seterusnya majlis akan diteruskan lagi dengan sesi Pertandingan akhir Debat Piala DBayu 2016. Para Peserta akhir
peserta dipersilakan tampil kehadapan. debat
bersedia di
belakang
pentas
Pertandingan Akhir Debat Piala DBayu 2016.
Lagu
Dengan ini, mengumumkan perarakan masuk Tuan Yang Dipertua Dewan _____________________,
Gimik
Biodata YDP

Maka dengan ini, saya serahkan majlis kepada Tuan Yang Dipertua Dewan.

PERTANDINGAN TAMAT

Hadirin sekalian,

Sebentar tadi kita telah menyaksikan dua buah universiti beraksi untuk merebut gelaran juara. Memang
tidak dapat dinafikan mereka semua berbakat. Jadi, sama-samalah kita nantikan keputusan daripada para
hakim yang lagi bijaksana.
Ucapan Ketua Pengarah
10.20
Sidang Hadirin yang di muliakan,
PM Ketua pengarah
Tidak lengkaplah majlis kita tanpa alu-aluan daripada ketua pengarah kita. Dengan ini, saya menjemput program
saudara JUEHADI BIN ABD HASHIM untuk memberikan sepatah dua kata. Dipersilakan

---ucapan kp---

Terima kasih diucapkan kepada saudara JUEHADI BIN ABD HASHIM.

10.30 Ucapan Naib Canselor


PM
Seterusnya, saya ingin menjemput YANG BERBAHAGIA, TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL
EHWAL DAN PELAJAR ALUMNI, UKM iaitu PROF DATO DR NOOR AZIAH MOHD AWAL,
untuk menyampaikan amanat beliau.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

---Ucapan NC----

Terima kasih diucapkan kepada YANG BERBAHAGIA PROF DATO DR NOOR AZIAH MOHD
AWAL di atas amanat yang di berikan sebentar tadi.
Ucapan Perasmi (G3S)
10.45
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput YANG BERHORMAT TUAN HJ. YAMANI
PM
HAFEZ MUSA, Ketua Pemuda Umno Sipitang Sabah, Penaung Persatuan Siswazah Sabah di
Semenanjung (G3S) untuk memberikan sedikit ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

---ucapan---

Terima kasih saya ucapkan kepada YANG BERHORMAT TUAN HJ. YAMANI HAFEZ MUSA

Diminta YANG BERHORMAT TUAN HJ. YAMANI HAFEZ MUSA untuk terus berada di atas pentas
untuk Upacara Perasmian sebentar lagi.

GIMIK PERASMIAN PENUTUP

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Dipersilakan YANG BERHORMAT TUAN HJ. YAMANI HAFEZ MUSA diiringi oleh YANG
BERBAHAGIA PROF DATO DR NOOR AZIAH MOHD AWAL untuk merasmikan majlis penutupan
Pertandingan Pidato dan Debat Piala DBayu bagi sesi 2016/2017.
Persembahan Kebudayaan (Nyanyian)

Seterusnya marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan nyanyian daripada Saudara/i


________________________________ sementara menunggu keputusan pertandingan daripada para
hakim.

Majlis mempersilakan.

11.00 Pengumuman Keputusan dan Penyampaian hadiah dan cenderahati.


PM
Dengan ini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Keputusan Pertandingan Pidato dan Debat Piala
DBayu bagi tahun 2016. Diharap hadirin dapat bertenang.

Dengan segala hormatnya majlis menjemput YANG BERHORMAT TUAN HJ. YAMANI HAFEZ
MUSA diiringi YANG BERBAHAGIA PROF DATO DR NOOR AZIAH MOHD AWAL untuk naik
ke atas pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

[ Dengan segala hormatnya majlis menjemput YANG BERHORMAT TUAN HJ. YAMANI HAFEZ
MUSA diiringi PROF MADYA DR. IRMAN BIN ABDUL RAHMAN(PENASIHAT PERMIS) dan
saudara JUEHADI BIN ABDUL HASHIM untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan hadiah kepada
para pemenang. (* Jika TNC tak dapat hadir) ]
Kita mulakan penyampaian hadiah pada petang ini dengan menjemput wakil bagi setiap universiti bagi

menerima sijil penghargaan bagi pertandingn debat dan pidato.

Dengan ini dijemput peserta dari 1) UNIMAP

2) UMP

3) UTM

4) UMT

5) UPSI

6) UM

7) UITM

8) UUM

9) UPM

10) UNISZA
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi Pertandingan Pidato Piala

DBayu 2016.

Bagi pemidato terbaik pada tahun ini, juri telah sebulat suara memilih saudara/i sebagai pemidato terbaik
bagi Pertandingan Pidato dan Debat Piala DBayu 2016.

Seterusnya, penyampaian hadiah kepada para pemenang daripada tempat kelima hingga tempat pertama.

Tempat kelima Pertandingan Akhir Pidato Piala DBayu 2016 telah dimenangi oleh saudara/i

1)

2) Tempat keempat dimenangi oleh saudara/i ......................................................................

3) Tempat ketiga pula dimenangi oleh saudara/i ....................................................................

Kita umumkan Johan Pertandingan terlebih dahulu.

4) Johan Pertandingan Akhir Pidato Piala DBayu jatuh kepada saudara/i


daripada Universiti ...................................................................

5) Dan Naib Johan Pertandingan Akhir Pidato Piala DBayu jatuh kepada saudara/i
daripada Universiti ..............................................
Maka dengan ini, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Keputusan Pertandingan Debat Peringkat Akhir
Piala DBayu 2016. Kita mulakan dengan penyampaian anugerah bagi kategori pendebat terbaik.
Pendebat terbaik bakal menerima piala iringan, wang tunai RM 50, sijil penghargaan dan cenderamata.
Dengan ini juri telah menganugerahkan Pendebat Terbaik pada tahun ini kepada saudara/i
_____________________ daripada Universiti___________________.

Persidangan yang menemukan antara Universiti____________________dan Universiti

_______________________________dengan Usul____________________________________margin

___________

Juri _________ sebulat suara diterima/ditolak dewan.

Dengan ini, Johan bagi Pertandingan Debat DBayu bagi tahun 2016 telah disandang oleh pasukan

daripada Universiti_______________

Dipersilakan Johan Pertandingan Debat Peringkat Akhir Piala DBayu 2016/2017, iaitu pasukan daripada

Universiti _____________________untuk naik ke pentas. Johan bakal menerima Piala pusingan DBayu,
piala iringan, piala individu, wang tunai berjumlah RM 300,serta sijil penghargaan dan cenderamata setiap

seorang.

Maka dengan ini dijemput Naib Johan Pertandingan Debat Peringkat Akhir Piala DBayu 2016/2017, iaitu

pasukan daripada Universiti ______________________ untuk naik ke atas pentas bagi menerima hadiah.

Naib johan bakal membawa pulang piala iringan,piala individu, wang tunai berjumlah RM 200, sijil

penghargaan dan cenderamata setiap seorang.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG. Terima kasih diucapkan kepada YANG
BERHORMAT TUAN HJ. YAMANI HAFEZ MUSA di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Seterusnya, dijemput PROF MADYA DR. IRMAN BIN ABDUL RAHMAN (PENASIHAT PERMIS)
diringi saudara JUEHADI BIN ABDUL HASHIM dan saudara ZAINAL ASNAWI ASYRAF BIN
ZAINAL ABIDIN untuk menyampaikan cenderamata kepada para hakim.

1) .

2) ..
3) ..

4) ..

5) ...

Kita teruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan Yang dipertua Dewan (TYDP)

1)................................................................................................................

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, pihak majlis menjemput saudara JUEHADI BIN
ABDUL HASHIM diringi oleh saudara ZAINAL ASNAWI ASYRAF BIN ZAINAL ABIDIN untuk
menyampaikan cenderamata kepada YANG BERHORMAT TUAN HJ. YAMANI HAFEZ MUSA.

JAMUAN
Dengan berakhirnya Majlis Pertandingan Pidato dan Debat Piala DBayu 2016 maka berakhirlah majlis
kita pada malam ini. Saya dengan ini mewakili barisan urusetia ingin memohon maaf jika terdapat
sebarang kekurangan sepanjang majlis ini dijalankan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah
S.W.T dan buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sekalung penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada semua.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman,
Juadah sudah tersedia di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

Dijemput para tetamu VVIP dan VIP huntuk menjamu selera di bilik jamuan. Dipersilakan.
-MAJLIS BERSURAI-

You might also like