You are on page 1of 3

TAJUK KAJIAN KES

Penjanaan Sumber Kewangan Kelab Kitar Semula

1.0 PENGENALAN
Tahir dan Othman (2010) dalam kajiannya menyatakan kokurikulum merupakan wadah paling
berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) secara holistik
terutamanya dalam konteks melahirkan murid yang seimbang.

Dalam konteks ini, pengurusan kewangan dilihat sebagai salah satu nadi penggerak bagi
setiap organisasi atau kelab menjalankan aktiviti. Steiss (2003) mendefinisikan pengurusan
kewangan sebagai satu perancangan menyeluruh yang meliputi pelbagai bentuk urusan seperti
barangan, perkhidmatan, aktiviti dan termasuk juga projek kecil mahupun projek mega. Bertitik
tolak daripada itu, pengurusan kewangan haruslah diurus dengan cekap dan bersistematik
seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Kelab Kitar Semula telah dipilih bagi menjalankan kajian ini. Kelab Kitar Semula merupakan
sebuah kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2016. Penubuhan kelab ini adalah permintaan
daripada guru besar sekolah bagi menggantikan Persatuan Sains. Kelab ini terdiri daripada 22
orang murid sebagai ahli kelab dan lima orang guru penasihat kelab. Kelab ini telah menjalankan
banyak aktiviti sepanjang tahun 2016. Kelab Kitar Semula turut melaksanakan beberapa projek
kelestarian untuk menceriakan dan mencantikkan kawasan sekolah.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah pengurusan pendidikan di Malaysia masih berlaku sehingga kini. Kenyataan ini
disokong oleh National Union of Teaching Profession (NUTP) melalui pembentangan
memorandum mengenai penambahbaikan sistem pengurusan pendidikan nasional serta
profesion guru (Richard, 2013).

Sehubungan dengan itu, masalah utama yang dihadapi oleh Kelab Kitar Semula adalah
melibatkan kekangan wang untuk menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan mencabar. Sumber
kewangan utama kelab ini adalah bergantung kepada peruntukan yang diterima daripada pihak
sekolah. Masalah kewangan ini telah menyekat Kelab Kitar Semula untuk menjalankan aktiviti
dengan lebih aktif. Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan adalah tidak menggunakan kos yang
besar dan hanya menggunakan bahan sedia ada. Perkara ini secara tidak langsung dapat

1

0 PELAKSANAAN Pelaksanaan yang dilihat relevan bagi proses pengumpulan data kajian telah dijalankan bagi memastikan setiap data kajian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Pelaksanaan kajian kes ini melibatkan sesi temu bual. Aktiviti lain yang dilaksanakan oleh kelab ini bagi menjana sumber kewangan adalah jualan semasa hari kantin. botol plastik. ada sebahagian bahan yang ingin dikitar semula telah digunakan bagi menjalankan projek mini di sekolah tersebut. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan bagi penjanaan sumber kewangan adalah pengumpulan dan penjualan bahan kitar semula. 3. Kemudian. 4. Guru dan murid telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan aktiviti ini. Dalam sesi temu bual ini. Selain itu. Selain itu. Beberapa individu yang terlibat dalam struktur organisasi Kelab Kitar Semula telah ditemu bual bagi mendapatkan maklumat berkaitan penjanaan sumber kewangan kelab ini. didapati bahawa sumber kewangan utama Kelab Kitar Semula diperolehi melalui peruntukan daripada pihak sekolah. Bahan kitar semula yang dikumpul oleh murid seperti surat khabar.0 ANALISIS Hasil daripada maklumat yang telah dikumpul melalui sesi temu bual dan pemerhatian. botol kaca dan tin akan dijual kepada pengumpul bahan kitar semula yang datang ke sekolah. tinjauan dan pemerhatian turut dilakukan di bilik sains dan kawasan persekitaran sekolah bagi melihat projek yang telah dilaksanakan oleh kelab ini. Antara individu yang terlibat bagi pelaksanaan sesi temu bual ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KOKO) dan guru penasihat kelab. kelab ini telah menjalankan beberapa aktiviti bagi menjana sumber kewangan kelab untuk kegunaan bagi menjalankan projek yang lain. 2 .meminimumkan penggunaan kos dan meningkatkan kreativiti murid dalam penjanaan idea semasa melakukan aktiviti. beberapa soalan telah diajukan kepada GPK KOKO berkaitan sumber kewangan kelab/persatuan di SK Bukit Soga secara keseluruhan. Oleh itu. temu bual bersama guru penasihat kelab berkaitan aktiviti penjanaan sumber kewangan Kelab Kitar Semula juga dijalankan.

5. Komitmen yang tinggi dan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru dan murid menjadi faktor utama kepada keberhasilan aktiviti penjanaan sumber kewangan kelab.0 PENUTUP/RUMUSAN Secara keseluruhannya. Maklumat yang dikumpul sepanjang pelaksanaan kajian kes ini juga dapat dianalisis dengan lebih terperinci dalam analisis SWOT. Kelab Kitar Semula telah melaksanakan aktiviti yang sesuai dan berkesan bagi penjanaan sumber kewangan. 3 . Kelab ini juga berjaya memupuk amalan kitar semula dalam diri murid untuk dilakukan secara berterusan dalam kehidupan seharian dan menjadi contoh kepada orang lain.