You are on page 1of 10

A) Pengenalan Bahan Api

Bahan mudah terbakar wujud dalam bentuk gas, cairan yang mudah meletup, atau
bahan padat yang dalam bentuk debu dapat meledak (terbakar) jika bercampur
dengan udara.
Api dibezakan kepada beberapa jenis tergantung kepada bahan-bahan yang
terbakar. Penggolongan api tersebut bertujuan untuk memilih alat pemadam yang
tepat.
Terdapat 4 jenis-jenis api iaitu :

Api Klas A : Adalah api yang berasal dari bahan-bahan mudah terbakar seperti
kayu, kertas, tekstil, plastik dan karet.
Api Klas B : Adalah api yang berasal dari bahan minyak seperti minyak
tanah dan sebagainya.
Api Klas C : Adalah api yang berasal dari peralatan listrik ( kortsleting ).
Api Klas D : Adalah api yang berasal dari bahan logam seperti titanium dan
sodium.

B) Pengenalan Bahaya

 Ia lebih kepada dedahan relatif seseorang kepada keadaan berbahaya.
 Contohnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada dalam
keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah
kepada hazard.
 Bahaya merupakan suatu kondisi yang mengancam yang biasanya
disebabkan oleh berbagai macam yang dilakukan oleh manusia.

1) Bahaya Benda Bergerak (Kinetic Hazards), yang berasal dari:

Benda yang bergerak lurus seperti mesin penempa, mesin potong, kendaraan
dan benda-benda bergerak yang lain-lain. Benda bergerak tak beraturan (debu,
percikan metal/partikel/zat kimia, semprotan bertekanan, dll.)Pengangkatan
pengangkutan (beban yang terlalu berlebihan beratnya atau kecepatannya, dll.).
2) Bahaya Benda Diam (Static Hazards), yang berasal dari:

Bahaya perbedaan elevasi atau gravitasi (printer yang diletakkan diatas lemari
kerja sedangkan posisi pekerja berada dibawahnya),Bahaya air (terlalu dalam,
terlalu dingin, terlalu panas),Bahaya kerusakan perkakas/sarana kerja,Bahaya
konstruksi (jembatan/perancah ambruk, dll.),Bahaya pemasangan
(sambungan/baut tidak kuat, dll.).

3) Bahaya Benda Fisik (Physical Hazards), yang berasal dari:

Keadaan cahaya yang terlalu tinggi atau rendah seperti terlalu terang, gelap,
remang-remang dan lain-lain. Suara bising melebihi batas, suhu terlalu panas atau
terlalu dingin. Tekanan terlalu tinggi atau rendah, Radiasi elektromagnetis dan ultra
violet. Radiasi ionisasi seperti radioaktif atau nuklear dan lain-lain. Getaran benda
bergerak dan getaran lingkungan kerja yang melampaui ambang batas.

4) Bahaya Elektrikal (Electrical Hazards), yang berasal dari:

Tersentuh, kegagalan alat pengaman hawa dingin. Kelebihan beban
penggunaan, Loncatan bunga api, Isolasi yang tidak sempurna dan lain-lain.

5) Bahaya Kimiawi (Chemical Hazards), yang berasal dari:

Kebakaran,Bahaya keracunan gas/uap/kabut (mist/uap - fumes/debu/asap);

Bahaya korosif (zat asam, basa, alkali, dll.),Pestisida, dll.
Rawatan Pertolongan Cemas

Setiap pelajar dan pensyarah haruslah mengetahui teknik-teknik pertolongan cemas
dengan betul agar sebarang kecederaan yang memerlukan rawatan segera dapat
dilakukan sebelum pelajar yang mengalami keceraan mendapat yang lanjut daripada
hospital. Definisi pertolongan cemas ialah pertolongan segera yang diberikan
kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat
rawatan dari doktor atau pihak hospital.

C) Langkah-langkah pertolongan cemas

Terdapat beberapa teknik-teknik pertolangan cemas akibat kecederaan berikut :

1 ) Luka/Pendarahan
i. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga
pendarahan berhenti [darah membeku].
ii. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan
tekanan ke atas kawasan yang luka.
iii. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari
jantung dan otak.Praktikkan teknik RICE.
iv. Tenangkan mangsa
v. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.
2) Terkejut
i. Baringkan mangsa.
ii. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga .
iii. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'.
iv. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ketepi dan
kaki ditinggikan .
v. Selimutkan jika suhu badan menurun.
vi. Segera hantar ke hospital
3) Terbakar
i. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
ii. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih.
iii. Baringkan mangsa.
iv. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar
v. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar.
vi. Hantar segera ke hospital

4) Melecur
i. Sejukkan dengan air sejuk
ii. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian.
iii. Rawat seperti mangsa terbakar

5) Kejutan elektrik
i. Putuskan hubungan elektrik.
ii. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [ear] jika pernafasan mangsa
terhenti.
iii. Rawat bagi terbakar jika ada.
d) Langkah-langkah Menggunakan Pemadam Kebakaran
 Cara penguraian iaitu cara memadamkan dengan memisahkan atau menjauhkan
benda-benda yang mudah terbakar dari unsur api.

 Cara pendinginan iaitu cara memadamkan kebakaran dengan menurunkan suhu.
Bahan yang paling dominan untuk digunakan bagi memadam kebakaran adalah
air

 Cara Isolasi iaitu cara memadam kebakaran dengan mengurangi kadar unsur
oksigen pada benda-benda yang terbakar. Bahan yang paling sesuai digunakan
adalah serbuk kering.

Ambil Alat Pemadam Api Ringan dari tempatnya
Bebaskan selang dari jepitannya
Cabut pin pengaman
Pegang nozzle dengan tangan kiri arahkan keatas
Tekan katup/handle (untuk tes alat)
Ambil jarak ideal ± 4 meter dibelakang arah angin
Arahkan nozzle ke sumber api
Sapukan dimulai dari api yang terkecil
E) Pengendalian dan penyimpanan
Sistem keselamatan kebakaran terdiri daripada pencegahan dan perlindungan
kebakaran.

Pencegahan kebakaran boleh diterap dari segi pendidikan dan latihan yang boleh
menjadikan seseorang pekerja itu lebih berhati-hati dan peka dalam kebakaran.
Penguatkuasaan bomba yang telah dikeluarkan notis bagi menjamin keselamatan
sesebuah bengkel. Kawalan keselamatan adalah sesuatu proses pengawalan yang
mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Penyelenggaraan alatan dan mesin amat perlu dititik beratkan kerana dapat
mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecelakaan.

Sebelum penyimpanan bahan-bahan kimia, terdapat beberapa perkara yang perlu
dikenalpasti, antaranya seperti;

a) Pengawalan suhu d) Tekanan reaksi bahan

b) Konsentrasi reaktan e) Bahaya mediasi

c) Kemurnian bahan f) Kereaktifan bahan

1) Bahan padat mudah terbakar disimpan di tempat sejuk, dijauhkan dari sumber
panas, bahan lembab dan air, bahan pengoksidasi atau asam.
2) Jangan menyimpan cairan mudah terbakar dekat dengan bahan pengoksidasi
atau bahan korosif.
3) Tempat penyimpanan harus cukup sejuk, dengan tujuan mencegah nyala jika
uapnya tercampur udara.
4) Daerah penyimpanan harus terletak jauh dari sumber panas dan terhindar dari
bahaya kebakaran.
5) Bahan padat mudah terbakar disimpan di tempat sejuk, dijauhkan dari sumber
panas, bahan lembab dan air, bahan pengoksidasi atau asam.
6) Jangan menyimpan cairan mudah terbakar dekat dengan bahan pengoksidasi
atau bahan korosif.
7) Tempat penyimpanan harus cukup sejuk, dengan tujuan mencegah nyala jika
uapnya tercampur udara.
8) Daerah penyimpanan harus terletak jauh dari sumber panas dan terhindar dari
bahaya kebakaran.
9) Tempat penyimpanan harus terpisah dari bahan oksidator kuat, bahan yang
mudah menjadi panas dengan sendirinya, atau bahan yang bereaksi dengan udara
atau uap air yang lambat laun menjadi panas.
10) Di tempat penyimpanan tersedia alat-alat pemadam api dan mudah dijangkau.
11) Menyingkirkan semua sumber api dari tempat penyimpanan.
12) Pada tempat penyimpanan dipasang sambungan tanah/arde serta dilengkapi
alat deteksi asap atau api otomatis dan diperiksa secara periodik.
13) Di simpan di tempat penyimpanan yang mempunyai tanda dilarang merokok.
f) Kawalan Perlindungan Diri
1. PELINDUNG BADAN.
Pelindung badan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang
pekerja perlu menjalankan kerja di mana dedahan kepada hazard yang
diterima adalah meliputi seluruh tubuh seperti :
Mengendalikan bahan kimia dalam makmal atau
menangani tumpahan bahan kimia.
Mengendalikan bahan biologi dalam skala besar atau
menangani pelepasan bahan biologi.
Contoh pelindung badan yang biasa digunakan ialah baju
makmal, coverall,apron berplumbum (lead apron) dan
sebagainya.
2. PELINDUNG PERNAFASAN
Pelindung pernafasan merupakan peranti yang digunakan apabila seorang
pekerja perlu menjalankan kerja di kawasan kerja yang berisiko seperti :
Kandungan oksigen dalam udara yang rendah seperti ruang terkurung
dan sebagainya.
Pendedahan kepada bahan kimia berbahaya seperti hidrogen sulfida.
Pendedahan kepada bahan biologi seperti bakteria, spora dsbnya.
Contoh pelindung pernafasan yang biasa digunakan adalah seperti topeng
gas, alat bantuan pernafasan (respirator) dan sebagainya.
3. PELINDUNG TANGAN
Pelindung tangan merupakan peranti yang digunakan apabila
seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang melibatkan hazard
kepada bahagian tangan seperti :
Mengendalikan bahan suhu lampau seperti sampel panas dan
cecair kriogenik.
Mod kemasukan hazard melalui tangan seperti kejutan elektrik,
dedahan kepada bahan radioaktif dan sebagainya.
Contoh pelindung tangan yang biasa digunakan adalah seperti sarung
tangan getah dan sebagainya.
4. PELINDUNG KAKI
Pelindung kaki merupakan peranti yang digunakan apabila seorang
pekerja perlu menjalankan kerja yang mempunyai risiko seperti
berikut :
Bekerja di bengkel mekanikal yang mempunyai risiko
terpijak/tertusuk benda tajam dan objek terjatuh mengenai
kaki.
Bekerja di makmal dimana ianya mempunyai risiko
tumpahan bahan kimia dan sebagainya.
Bekerja di kawasan yang licin dan mempunyai risiko
tergelincir.
Contoh pelindung kaki yang biasa digunakan adalah seperti
kasut keselamatan, pelindung kasut (shoe cover) dan sebagainya.
5. PELINDUNG MATA
Pelindung mata merupakan peranti yang digunakan apabila seorang
pekerja perlu menjalankan kerja yang melibatkan hazard berikut :
Menggunakan bahan kimia yang merengsa kepada mata.
Menjalankan kerja pateri (welding) yang menghasilkan tahap
cahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada mata.
Menjalankan kerja menggunakan peralatan laser
berkeamatan tinggi.
Kawasan kerja mempunyai hazard partikel beterbangan,
habuk dan sebagainya.
Contoh pelindung mata yang biasa digunakan adalah seperti
pelindung muka, cermin mata keselamatan dan sebagainya.
6. PELINDUNG PENDENGARAN
Pelindung pendengaran merupakan peranti yang digunakan apabila
seorang pekerja perlu menjalankan kerja sama ada :
Peralatan yang digunakan menghasilkan kebisingan yang melebihi
aras yang ditetapkan seperti mesin gerudi . Atau;
Bekerja di kawasan yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi
seperti di bengkel dan sebagainya.
Contoh pelindung pendengaran yang biasa digunakan adalah
seperti palam telinga (ear plug), penutup telinga (ear muff) dan
sebagainya.
7. PELINDUNG KEPALA
Pelindung kepala merupakan peranti yang digunakan apabila
seorang pekerja perlu menjalankan kerja di mana bahagian
kepala merupakan bahagian tubuh yang berpotensi menerima
kecederaan akibat kerja yang dijalankan. Antara contoh
kawasan kerja yang memerlukan pelindung kepala adalah
seperti :
Kawasan yang berisiko objek jatuh dan terkena kepala pekerja di kawasan
berkenaan seperti kawasan pembinaan.
Seseorang pekerja berisiko terhantuk kepada kepada objek pegun/ tetap seperti
menjalankan kerja pembaikan di bahagian bawah kereta dan sebagainya.
Contoh pelindung kepala yang biasa digunakan adalah seperti topi keselamatan dan
sebagainya.

-http://www.ukm.my/safety/images/muat%20turun/gp_ppe.pdf