You are on page 1of 10

Salah satu cara untuk mengekalkan pendidikan vokasional untuk Orang Kelainan Upaya (OKU

)

adalah dengan melaksanakan program buying seat. Ibarat serampang dua mata, program ini

memberikan banyak kemaslahatan kepada golongan OKU. Program buying seat adalah satu

program pendidikan vokasional untuk OKU anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama

pihak swasta memberi peluang untuk belajar di universiti swasta. Menurut Norhaspirta Yatim

(2015) “Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menghantar seramai 153 murid pendidikan

khas ke program buying seats. Semua yuran ditanggung oleh kerajaan dan elaun sebanyak

RM150 sebulan turut diberikan dan program ini mengambil masa selama dua tahun untuk

menghabiskan pengajian” (para. 3). Pendidikan serta latihan vokasional adalah salah satu usaha

untuk mengembangkan keupayaan golongan OKU dalam persediaan ke alam pekerjaan. Ini

merupakan satu langkah yang drastik dimana ia dapat membina keyakinan diri yang tinggi

kepada golongan OKU untuk bersaing seperti orang normal dalam menempuh cabaran

globalisasi agar masa depan mereka cerah dan teratur.

Pada peringkat awal program pendidikan khas adalah untuk memberi pendedahan kepada

murid berkeperluan khas mempelajari dan menguasai kemahiran hidup. Silibus pendidikan khas

ketika itu hanya sekadar untuk tujuan keperluan hidup iaitu pengurusan diri. Kini, pelajar

berkeperluan khas dapat mempratiskan segala ilmu yang pelajari dalam kehidupan seharian.

Mereka tidak lagi terus bergantung dengan orang lain kerana mereka mampu melakukannya

sendiri. Golongan ini akan terus berjaya seperti orang normal atas titih peluh mereka sendiri.

Peranan ahli keluarga memainkan peranan menjadi tulang belakang mereka agar terus maju

kehadapan. Justeru, mereka juga mampu menjadi aset penting kepada negara dan boleh

menyumbang untuk pembangunan ekonomi dan pembangunan negara agar menjadi lebih maju

setanding negara – negara dunia ketiga yakni negara- negara membangun.
Apabila dapat belajar di sana, mereka akan bersemangat untuk belajar kerana peluang

tersebut bukanlah mudah diperolehi. Program pendidikan vokasional sebegini dapat memberi

peluang kepada pelajar yang terlibat untuk memperoleh ilmu dan latihan kemahiran yang

berkaitan dengan pekerjaan atau hidupan di rumah, di mana ia berperanan sebagai persiapan

untuk mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan. Pelajar boleh memperoleh dan

mengembangkan kemahiran untuk mengatasi cabaran hidup serta berupaya menjadikan mereka

individu yang produktif. Program sebegini membantu mereka dalam bidang pendidikan kerana

pendidikan vokasional adalah asas kepada pekerjaan sesuai dengan kekurangan mereka.

Menerusi program ini, mereka berpeluang memperoleh kemahiran berkaitan dengan akademik,

komputer, sosial, kehidupan, pravokasional dan vokasional seterusnya memperoleh kemahiran

untuk mereka mendapat pekerjaan. Selain itu, program seperti ini dapat menunjukkan

keprihatinan kerjaan terhadap golongan OKU yang sering terlepas pandang oleh masyarakat.

Tambahan pula, program seperti ini dapat menjadi role model kepada negara-negara dunia ketiga

yakni negara-negara membangun (Norhaspira Yatim, 2015).

Ibubapa haruslah peka akan perubahan anak- anak berkeperluan khas ini dalam bidang

kemahiran. Sebagai ibubapa yang penyayang, janganlah malu atau segan untuk menghantar anak

–anak OKU ke kolej vokasional agara masa depan mereka terjamin. Terdapat pelbagai kaedah

yang boleh digunakan untuk memohon belajar di kolej vokasional khas untuk pelajar OKU.

Antara syarat- syarat yang harus dipatuhi sekiranya mengikuti program ini adalah pelajar

berkeperluan khas haruslah berumur 16 tahun sehingga 18 tahun pada kemasukandan bersekolaj

di sekolah bantuan kerajaan. Selain itu, pelajar tersebut perlu mempunyai atau haruslah disahkan

berkeperluan khas oleh pengamal perubatan. Seterusnyanya, lulus temuduga dan boleh mengurus

diri sendiri (Elyaniza Mohd Halid, 2015).
Seterusnya, kolej vokasional perlu diperbanyakkan untuk golongan orang kelainan upaya

demi memartabatkan masa depan golongan ini. Menyedari akan kepentingan tersebut, kerajaan

telah menubuhkan beberapa kolej komuniti atau kolej vokasional bagi menampung jumlah

pelajar ini. Anizam Mohamed Yusof, Manisah Mohd Ali dan Amla Mohd Salleh

menyatakan(2012) :

Sehingga tahun 2010, terdapat tiga buah Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional (SMPKV), sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan
tiga buah sekolah PPKI yang menawarkan kursus mata pelajaran vokasional
(MPV), serta lima buah sekolah aliran vokasional PPKI disediakan untuk pelajar
berkeperluan khas (Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia,
2011).

Pendidikan serta latihan vokasional tersebut merupakan salah satu usaha untuk mengembangkan

keupayaan golongan pelajar berkeperluan khas dalam persediaan ke alam pekerjaan.

Kementerian Pendidikan bukan sahaja menyediakan peluang aliran akademik untuk OKU, tetapi

turut meliputi pendidikan vokasional dan kemahiran di tiga buah Sekolah Menengah Pendidikan

Khas Vokasional (SMPKV) iaitu di Shah Alam, Selangor, Indahpura Kulai, Johor dan Kuantan,

Pahang. Aliran vokasional dan kemahiran turut ditawarkan di sekolah harian yang menawarkan

program pendidikan khas. Platform lain bagi OKU mengikuti aliran kemahiran adalah menerusi

Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang kini dilaksanakan di Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim

Fikri, Kuala Terengganu dan SMK Dato’ Patinggi Hj. Abdul Ghapor di Kuching, Sarawak. Pada

masa sama, pencapaian prestasi pelajar OKU khususnya di SMPKV amat memberangsangkan

dengan 964 pelajar telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai aliran kemahiran

bermula tahun 2010 sehingga 2015. Jelasnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 96.58 peratus
memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan 2.84 peratus mendapat Penyata Pencapaian

Berjaya. (Juani Munir Abu Bakar, 2016)

Kerajaan haruslah seimbang dalam penubuhan kolej vokasional untuk pelajar OKU yang

berada di Sabah dan Sawarak. Hal ini kerana, golongan tersebut tidak perlu ke Semenanjung

Malaysia untuk mendapat pendidikan vokasional ini. Kerajaan negeri Sawarak merancang untuk

menubuhkan sebuah sekolah vokasional khas untuk orang kurang upaya (OKU) di negeri ini

merangkumi pelajar dari Zon Sarawak dan Sabah. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan

Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, permohonan penubuhan institusi yang telah

dikemukakan pada tahun lepas kini menunggu maklum balas daripada Kementerian Pengajian

Tinggi. Bagaimanapun, beliau optimis permohonan itu akan dipertimbangkan kerana penubuhan

sekolah tersebut di Sarawak ada kewajarannya, selain memberi peluang kepada OKU mendapat

kemahiran (Jessica Jawing, 2013).

Selain itu, prasarana serta kemudahan yang disediakan di setiap kolej vokasional

merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran harian. Sesetengah kolej hanya mampu

menyediakan kemudahan asas dan tidak mampu menampung jumlah yang besar. Menurut

laporan Penyediaan Fasiliti Oku Di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura

(2012):

Pelajar-pelajar pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kokurikulum yang
khusus dan guru-guru yang mempunyai kemahiran khusus dalam bidang
berkaitan juga memerlukan persekitaran pembelajaran yang kondusif bersesuaian
dengan tahap keupayaan mereka. Kekurangan penyediaan fasiliti bagi golongan
OKU atau berpendidikan khas di peringkat persekolahan dan institut pendidikan
tinggi telah menyebabkan golongan ini tidak dapat menjalani kehidupan yang
selesa dan sempurna seperti warga atau pelajar-pelajar yang lain. Keadaan ini
menyebabkan pelajar OKU mengalami kesusahan dan kesukaran dalam
menjalankan aktiviti dan pembelajaran. Seterusnya berasa bimbang dan dilema
dalam meneruskan pengajian diperingkat tertinggi kerana beranggapan di
institusi pengajian tinggi juga tidak prihatin dalam menyediakan kemudahan bagi
mereka dalam meneruskan rutin pembelajaran di kampus. Malah, ada antara
institusi pengajian yang menolak permohonan golongan OKU dengan alasan
yang seringkali digunakan adalah tidak memiliki kemudahan asas untuk
golongan OKU meneruskan kehidupan rutin. Terdapat juga pelajar yang terpaksa
berpindah ke institusi pengajian tinggi yang lain.

Namun demikian, fasiliti untuk golongan OKU ini sangat penting untuk dititik beratkan bagi

membolehkan mereka berada dalam persekitaran yang baik. Persekitaran kampus harus sesuai

bagi memudahkan warga OKU bergerak secara bebas tanpa bantuan. Dengan cara ini golongan

OKU boleh berdikari dan menikmati kemudahan seperti warga kampus yang lain. Terdapat

beberapa perkara berkaitan OKU yang harus diberikan perhatian seperti penginapan,

pembelajaran, pemakanan, sukan, kesihatan, perhubungan dan komunikasi dan kerohanian.

Melalui pendidikan vokasional, pelajar OKU memperoleh kemahiran-kemahiran yang

membolehkan mereka mendapat pekerjaan. Persediaan ke alam pekerjaan memerlukan

penguasaan ilmu dan kemahiran-kemahiran yang dapat memenuhi kehendak majikan. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran prasarana di kolej mahupon insitusi pengajian tinggi

teknikal yang menawarkan program pengajian berbentuk teknikal kepada pelajar teknikal kepada

pelajar OKU juga memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian akademik

golongan ini. Walaupun kelainan upaya, namun semangat kental unutk berusaha lebih banyak

berbanding pelajar biasa akan membuahkan hasil seperi Abdul Latif bin Romly yang berjaya

memecahkan rekod dunia dalam acara lompat jauh dalam Sukan Paralimpik Rio pada tahun

2016. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengatakan Abdul Latif adalah seorang

legenda kerana keupayaannya memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali dan kebolehan

tersebut tegas beliau hanya mampu dilakukan oleh sebilangan kecil manusia luar biasa (Mohd.

Asron Mustapha, 2016). Semangat beliau yang luar biasa walaupun beliau amat lemah dalam

pembelajaran, namun itu bukanlah kekurangan untuk berjaya. Oleh kerana itu, langkah

menambah bilangan kolej vokasional untuk golongan ini amat dialu – alukan oleh semua pihak
mendokong keprihatinan kerajaan disamping mampu melonjak semangat bagi golongan OKU

untuk belajar serta berjaya dalam pembelajran. Banyak manfaat akan diperolehi seperti dapat

menyediakan graduan OKU yang proaktif selain mampu bersaing dengan orang normal.

Seterusnya, kolej vokasional OKU mampu menjulang martabat pendidkan negara yang tak belah

bagi kepada semua golongan dan membela nasib golongan OKU.

Akhir sekali melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan

Khas. Kini KSSM dan KSSM Pendidikan Khas yang dilaksanakan secara peringkat- peringkat

mulai 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang dilaksanakan

pada tahun 1988. Berdasarkan sumber Portal Rasmi KSSM Pendidikan Khas Kelantan (t,t),

KSSM dan KSSM Pendidikan Khas digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu meningkatkan

standard kandungan dan standard pembelajaran supaya setanding dengan standard antarabangsa,

serta memastikan kurikulum yang sesuai dan relevan disediakan bagi murid berkeperluan

pendidikan khas (MBK). Kemahiran Abad 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadi

elemen utama mengangkat KSSM dan KSSM Pendidikan Khas setanding dengan standard

antarabangsa. Standard kandungan dan standard pembelajaran turut disulami dengan standard

prestasi atau kriteria pencapaian untuk mengukur tahap penguasaan atau keterampilan murid.

Menurut Mohd Sofi Bin Nasri, Rohana Hamzah, Amirmudin Udin, (t.t) falsafah

pendidikan khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima

seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,

mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai

seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2005). Manakala visi pendidikan khas ialah
dengan memberikan pendidikan yang berkualiti bagi menjana murid berkeperluan khas selaras

dengan sistem pendidikan kebangsaan manakala misinya ialah dengan membangunkan modal

insan yang cemerlang berasaskan empat prinsip iaitu sistem pendidikan yang berkualiti, releven

dan menyeluruh. Kedua, perkembangan potensi diri ke tahap yang optimum, keupayaan berdaya

saing dan kebolehpasaran dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak. Hal ini jelas

menunjukkan kurikulum sangat penting bagi pelajar OKU dalam sistem pendidikan.

Ini adalah salah satu platform ke arah merealisiskan hasrat ibubapa, pelajar dan

kementerian agar pelajar – pelajar berkeperluan khas ini mendapat peluang pekerjaan apabila

tamat persekolahan nanti. Dalam kelas KSSM mereka diajar khusus agar mereka mahir dan

mampu menterjemahkan apa yang mereka pelajari. Mereka akan belajar selama lima tahun dan

layak mendapat sijil kemahiran daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran apabila tamat

persekolahan.pendidikan vokasional untuk pelajar OKU dapat membantu pelajar mengatasi

masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Tanpa bantuan,

mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman dalam

memasuki alam pekerjaan. Dari segi kurikulum, pelajar OKU dapat menjalankan aktiviti

kokurikulum seperti murid biasa. Kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah pendidikan

khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum

alternatif. Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (PeraturanKurikulum Kebangsaan) 1997

mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan. Bagi kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan

yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga

rendah, telah digubal satu kurikulum khas untuk mereka iaitu Kurikulum Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kurikulum ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan

individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan
arus perdana. Rekabentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan

guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada. Mereka banyak menekankan kepada

kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak

tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (developmental skills). Maka adalah

penting untuk menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan tahap kemahiran dan

pengetahuan kanak-kanak tersebut. Hal ini selaras dengan matlamat pendidikan khas di Malaysia

iaitu untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan

kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa.

(Mohd Sofi Bin Nasri, Rohana Hamzah, Amirmudin Udin, t.t) Hal ini tak langsung dapat

meningkatkan kemahiran dan kebolehan melalui bidang- bidang seperti pengurusan kehidupan,

akademik berfungsi, kerohanian dan nilai - nilai murni, serta sosial, riadah dan kreativiti.
Penutup

Pendidikan vokasional merupakan satu peluang untuk pelajar OKU mempelajari latihan dan

mengambil pengalaman sebelum melangkah keluar ke tempat kerja. Mereka perlu

mempersiapkan diri dengan kemahiran asas agar dapat bersaing dengan orang normal. Pihak

kerajaan dan swasta haruslah lebih prihatin dengan memberi peluang kepada golongan ini untuk

bekerja.Walaupun begitu, OKU tidaklah harus cepat mengalah kerana rezeki berada di mana

sahaja jika kita berusaha.

Pelaburan ke atas pendidikan pelajar berkeperluan khas merupakan satu modal kepada

pembangunan insan yang menjadi aset kepada pembangunan ekonomi negara. Pihak kerajaan

haruslah menyediaakan kemudahan dan kolej untuk pendidikan vokasional kepada pelajar

berkeperluan khas akan membolehkan mereka menembusi pasaran pekerjaan dan terusnya

berjaya dalam bidang yang dipelajari.

Semua pihak haruslah memberikan kerjasama dan bantuan agar kita lebih prihatin

terhadap pelajar berkeperluan khas. Berdasarkan integasi pendidikan khas dan pendidikan

teknikal vokasional dapat melahirkan lebih ramai pelajar OKU yang mampu bekerja di dalam

sektor industri negara ini. Akhir sekali, sebagai orang normal janganlah kita memperkecilkan

golongan OKU kerana mereka juga manusia cuma mempunyai kekurangan berbanding manusia

biasa.
Rujukan

Norhaspida Yatim. (2015,September,01). Latihan kerjaya buat murid istimewa. Sinar Harian.

Diperolehi daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/latihan-kerjaya-buat-

murid-istimewa-1.425625

Jessica Jawing.(2013,April,03).Sekolah vokasional untuk OKU. Borneo Post Online. Diperolehi

daripada http://www.theborneopost.com/2013/04/03/sekolah-vokasional-untuk-oku/

Mohd. Asron Mustapha. (2016, September, 13). Abdul Latif Romly, anda luar biasa!. Utusan

Online. Diperolehi daripada http://www.utusan.com.my/sukan/abdul-latif-romly-anda-luar-biasa-

1.382236

Juani Munir Abu Bakar. (2016, Februari, 02). Sekolah pendidikan khas jamin masa depan OKU.

Utusan Online. Diperolehi daripada http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah-pendidikan-

khas-jamin-masa-depan-oku-1.186051

Elyaniza bt Mohd Halid. (2015). Program “buying seats” murid pendidikan khas. [powerpoint

slides]. Diperolehi daripadahttp://documentslide.com/documents/program-buying-seats-murid-

pendidikan-khas.html#