You are on page 1of 41

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

(AKTIVITI HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU)
TARIKH : 19/10/2016 HARI : RABU
KELAS : 2 SP
WAKTU : 3.45-4.45

UNIT 1

AD KE ii. KBAT : Mengaplikasi dan menilai
T 21
ALAM iii. Nilai : Cinta akan alam sekitar, bertanggungjawab
E
SEKITAR
M
A iv. Strategi P&P : Didik Hibur , Jelajah Pembelajaran.
koperatif
KELESTA
T MEDIA RIAN
A i. Audio / Komputer / Internet – Youtube
ALAM
J ii. Petikan Akhbar,
U Pada
akhir iii. Gambar
K SITUASI
pengajar * mengikut kesesuaian
an dan
FORMAT pembelaj
O TEKS aran, Peribadi dan Awam
B murid Pelbagai
J JENIS dapat:
E TEKS i. Memb
K aca,
T PROSES meng Pendedahan
I akses
KOGNITI i. Mengimbas dan mengenal pasti
F dan
F
mend ii. Menilai Kualiti dan Kredibiliti
apatk
an
maklu
S mat
T pentin
R g
daripa
A
da
T
bahan
E
teks
G dan
I grafik.
/
P ii. Meng
E gunak
N an
D maklu
E mat
K untuk
A memb
T uat
A keputu
N san.

A
B i. Teknik
Bacaan :
KWLH

AKTIVITI CATATAN

LANGKAH 1
* Petikan Youtube Lagu Hijau
a. Membaca lirik lagu HIJAU nyanyian * Mengimbas & mengenal pasti
Zainal Abidin
b. Menyanyikan lagu HIJAU Lampiran 1
c. Memahami maksud seni kata lagu

LANGKAH 2

a. Mengamati gambar hutan sebelum * Memahami gambar
aktiviti penerokaan dan selepas diteroka
(aktiviti kumpulan) * Mengakses dan
mendapatkan
b. Berdasarkan gambar, bincangkan perkara maklumat
berikut:
i. Kepentingan hutan kepada manusia * Pembelajaran koperatif dan
ii. Sebab-sebab pencemaran alam Kolaboratif
iii. Kesan-kesan pencemaran alam
kepada kehidupan * Pengurusan grafik

c. Mencari maklumat tentang hutan simpan
yang terdapat di Malaysia Lampiran 2

LANGKAH 3

a. Baca dan fahami petikan akhbar bertajuk * Petikan akhbar
‘Bukit Gondol Sungai Keruh’ * Teknik Bacaan KWLH
i. Fahami apa yang tersurat.
ii. Mencari maklumat berdasarkan petikan Membuat refleksi dan menilai
dan kaitkan dengan gambar
penebangan hutan. Lampiran 3

REFLEKSI :

.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR Lirik Lagu HIJAU nyanyian Zainal Abidin LAMPIRAN 1 Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat Korupsi. obsessi diri Polussi. weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo Kategori : Lagu Melayu | Artis : Zainal Abidin 3 . oppressi. depressi di bumi kini Oo… anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso.

4 . HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 2  Gunakan peta pemikiran (i-Think) yang SESUAI untuk catatkan maklumat yang diperoleh.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 3 5 .

Cari maklumat yang menarik tentang hutan bandar yang ingin anda kunjungi. HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 4 MENEROKA HUTAN BANDAR DI MALAYSIA Rancang satu percutian yang menarik bersama-sama keluarga di hutan bandar yang terdapat di Malaysia. 6 .

Objektif aktiviti c. Nama Aktiviti b. Tarikh. Tentatif aktiviti f. masa & tempat d. Belanjawan 7 . HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR Contoh format kertas perancangan : a. Nama peserta e.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNIT 2 .

Membaca dan mentafsir maklumat daripada teks dan grafik OBJEKTIF ii. Grafik. MEDIA iii. menganalisis.TEMA ALAM SEKITAR TAJUK TEKNOLOGI HIJAU Pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Strategi PdP: Pengajaran Pembezaan i.Berhujah tentang kepentingan teknologi hijau dalam kehidupan kita i. murid dapat: i. Teknik Bacaan : KWLH STRATEGI / ii. Gambar *mengikut kesesuaian SITUASI Awam FORMAT Pelbagai TEKS JENIS TEKS Pendedahan PROSES Mengintegrasi dan menjana inferen KOGNITIF . KBAT : Memahami. Petikan Akhbar. mengaplikasi dan mencipta PENDEKATA N ABAD iii. iv. Audio / Komputer / Internet – Laman Web ii. Nilai: Menghargai alam sekitar KE 21 iv.

8 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR AKTIVITI CATATAN .

Kesan jika teknologi hijau tidak Pengurusan grafik dilaksanakan di negara kita LAMPIRAN 3 b.my/node/40615 manfaat teknologi hijau. Catat dan dapatkan maklumat tentang kesan * Mengakses dan plastik terhadap alam sekitar. Bentangkan dapatan anda. LAMPIRAN 2 b. Pembelajaran Koperatif Contoh : Stand-N-Share Whiteboard Sharing LANGKAH 3 Mengimbas dan a. Catat maklumat dalam bentuk bahan grafik. Memberi hujah tentang kepentingan teknologi hijau dalam kehidupan berdasarkan petikan dan idea sendiri. Peranan pelbagai pihak ii. Baca dan fahami keratan akhbar tentang mengenal pasti pelaksanaan teknologi hijau di Malaysia i. mendapatkan maklumat dengan membuat perbandingan. c.com a. . LAMPIRAN 1 LANGKAH 2 http://www.bharian.LANGKAH 1 a. b. Membaca petikan umum tentang . Rujuk poster Kempen Kurangkan * Poster Penggunaan Plastik.

9 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 1 10 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 2 11 .

selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan. teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar. meningkatkan nilai aset dan keuntungan. mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar. Dari segi komuniti. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah. air. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang telah kita hasilkan. teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. solar. Pencemaran udara. mengurangkan pembuangan bahan tercemar.bharian.my/node/40615 Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk. Teknologi hijau merujuk produk. Prestasi kitar hidup ekonomi juga dapat dioptimumkan. dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. iaitu dari aspek tenaga. Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Apabila kita menggunakan teknologi hijau. dan meningkatkan kualiti hidup. bunyi. Teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar. dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. teknologi hijau dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara. Contoh. hybrid. Dari aspek ekonomi. peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama. peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran. 12 . Umumnya. air. mengurangkan masalah infrastruktur tempatan. justeru dapat membantu mengurangkan kos operasi. Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.com. dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya. HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR PETIKAN UMUM : TEKNOLOGI HIJAU SUMBER : : http://www. dan melindungi sumber semula jadi. terma. dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. meningkatkan kualiti udara dan air. dan bunyi persekitaran. dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. selamat dan mesra pengguna. menjimatkan tenaga dan sumber asli. penggunaan kereta enjin hibrid. kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum malah dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 3 13 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR 14 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR 15 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNIT 3 .

Internet – Laman Web ii. Gambar MEDIA iii. Petikan *mengikut kesesuaian SITUASI Peribadi dan Awam FORMAT Pelbagai TEKS JENIS TEKS Pendedahan PROSES Menyokong. murid dapat: i. menilai. bertanggungjawab KE 21 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual i. mencipta PENDEKATA N ABAD Nilai: Cinta akan negara.Mengakses maklumat daripada teks dan membuat perbandingan iii.Membaca secara aktif untuk memperoleh maklumat daripada OBJEKTIF bahan yang dibaca ii. menganalisis.TEMA ALAM SEKITAR TAJUK JEREBU Pada akhir pengajaran dan pembelajaran.Menganalisis perkaitan antara bahan Teknik Bacaan : SQ4R STRATEGI / KBAT : mengaplikasi. mengenal pasti dan menangani konflik KOGNITIF .

16 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR AKTIVITI CATATAN .

youtube.LANGKAH 1 https://www. . Murid buat kesimpulan dari *Sumbang saran video secara individu. Tayangan Video Upin Ipin com/watch?v=3r3Wk oCma1M a. Bersoal jawab tentang isu yang terdapat dalam video tersebut.

LAMPIRAN 2 . b. Membaca dan memahami petikan akhbar mendapatkan maklumat berkaitan jerebu di Indonesia dan Malaysia dengan membuat perbandingan. LAMPIRAN 1 c. mendapatkan maklumat b.LANGKAH 2 Teknik bacaan SQ4R a. Membentangkan maklumat yang terdapat dalam artikel. Bincangkan perkaitan jerebu antara dua buah negara dan kesan-kesannya. Membaca artikel ‘Punca-punca Jerebu’ dan mengupas artikel menggunakan teknik * Mengakses dan bacaan SQ4R. Mengulas maklumat dan menentukan kewajaran hujah LANGKAH 3 * Mengakses dan a.

Kerajaan iv. i. Sekolah iii.LANGKAH 4 * Mengimbas. Bentangkan dapatan anda. pasti dan menganalisis b. Berdasarkan peranan berikut. Masyarakat v. bagaimanakah mengatasi masalah jerebu di negara kita dan LAMPIRAN 3 dunia. Menganalisis gambar Keadaan Jerebu di Malaysia. mengenal a. Diri sendiri ii. 17 . NGO c.

Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500. Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. persis kata orang tua-tua. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia. Pada tahun 2005. Di negara jiran kita. masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Natijahnya. Seterusnya. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini. angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 1 PUNCA-PUNCA JEREBU Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini. Sebenarnya. Di samping itu. Natijahnya. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. masakan pokok bergoyang ”. iaitu tahap darurat. sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca. “jikalau tiada angin. keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. sekolah dan lebuh raya. kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. 18 . Oleh itu. masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Jadi. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Pada tahun 2006. pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu. Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin membina infrastrukturyang baharu seperti bangunan.

Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. terdapat 9. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini. Malangnya. sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas.3 juta buah kenderaan di jalan raya. melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yangboleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. “sebelum nasi menjadi bubur”. sesal kemudian tidak berguna”. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah- langkah pencegahantidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi. Sebagai penutup bicara. Di Malaysia. Selain itu. Oleh itu. jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. 19 . sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua. “sesal dahulu pendapatan. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak terkawal. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi. semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kenderaaan yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 2 20 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR 21 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR 22 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR 23 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 3 KEADAAN JEREBU DI MALAYSIA 24 .

a) Muka hadapan brosur b) Pengenalan program / aktiviti c) Objektif program d) Sasaran program e)Maklumat-maklumat tambahan 4. Penilaian brosur berdasarkan kriteria berikut: a) Kandungan Maklumat b) Kesesuaian Ilustrasi. TUGASAN 1. Lengkapkan borang aktiviti /program tambahan yang sesuai memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan remaja dan masyarakat. HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR PROJEK PENILAIAN PEMBELAJARAN TEMA TEKNOLOGI HIJAU DAN ALAM SEKITAR TAJUK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR OBJEKTIF Murid menghasilkan satu brosur tentang aktiviti alam sekitar dan teknologi hijau. 5. Hasilkan satu brosur tentang satu program / aktiviti alam sekitar yang mengandungi maklumat-maklumat berikut. Gambar dan Warna c) Susunan Maklumat d) Bahasa 25 . 2. 3. Senaraikan program dan aktiviti alam sekitar yang telah dilaksanakan di sekolah anda. Anda digalakkan untuk meneliti beberapa brosur dalam dan luar negara menggunakan laman sesawang untuk menghasilkan brosur yang berkualiti.

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 1 Lengkapkan borang maklumat di bawah menggunakan ayat yang ringkas. Bil Nama Program / Aktiviti Tujuan Program / Aktiviti 26 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 2 Lengkapkan borang maklumat di bawah menggunakan ayat yang ringkas. Bil Program Cadangan Objektif Program 27 .

HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 3 Contoh brosur untuk panduan murid. 28 .

BIL ASPEK PENILAIAN 1 2 3 4 5 1 Kandungan Maklumat Komen /Cadangan penambahbaikan 2 Kesesuaian Ilustrasi. HEBAT Bacaan Bahasa Melayu Modul 1 : ALAM SEKITAR LAMPIRAN 4 Borang Penilaian Rakan Sebaya Brosur Alam Sekitar Tandakan √ pada ruangan yang sesuai dan kemukakan cadangan penambahbaikan. Gambar dan Warna Komen /Cadangan penambahbaikan 3 Susunan Maklumat Komen /Cadangan penambahbaikan 4 Bahasa Komen /Cadangan penambahbaikan Skala Penilaian : 1 = Sangan Lemah 2 = Lemah 3 = Sederhana 4 = Baik 5 = Cemerlang 29 .