You are on page 1of 24

1.

0 PENGENALAN

Campuran pemasaran merujuk kepada unsur strategi utama yang perlu direka bentuk dan
diurus oleh pemasar bagi menghasilkan proses pertukaran nilai yang memaksimumkan
kepuasan pengguna. Berdasarkan unsur-unsur di dalam campuran pemasaran, pemasar
boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempegaruhi permintaan terhadap
produknya. Campuran pemasaran dibentuk oleh empat unsur iaitu produk, perletakan
harga, pengagihan dan promosi.

Campuran pemasaran adalah set elemen-elemen pemasaran yang boleh dikawal dan
berstrategi di mana setiap firma menggabungkan untuk manghasilkan maklum balas yang
dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam
campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk
mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi empat elemen iaitu
produk, harga, promosi dan pengedaran.

Dalam kajian ini penyelidik telah memilih syarikat McDonald’s Senawang, Seremban.
Penyelidik akan membuat analisis secara mendalam terhadap campuran pemasaran yang
diaplikasikan oleh syarikat ini. Selain itu, penyelidik juga akan mengenengahkan beberapa
cadangan bagi menambah baik kaedah pemasaran sedia ada bagi memberi manfaat kepada
organisasi dan juga pengguna.

1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu:

1.Menjelaskan campuran pemasaran dalam syarikat McDonald’s

2.Menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat McDonald’s

meliputi elemen berikut:

i. Produk
ii. Penetapan harga
iii. Promosi

2

restoran yang asal dibina semula mengikut gaya ini.3. Sebelum menumbuhkan restoran McDonald’s Dick dan McDonald membuka gerai hot dog yang dinamakan ‘Airdome’ pada tahun 1937. selepas mendapat bahawa hampir kesemua keuntungan mereka datangnya daripada hamburger.0 LATAR BELAKANG Mc Donald’s merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia yang berasal dari Arcadia. Menu mereka mengandungi 25 jenis makanan. hamburger. Pada tahun 1953 adik beradik McDonald memulakan francaisnya dengan Neil Fox merupakan pembeli francaisnya yang sulung. kedua-dua adik beradik menutup restoran ‘mereka selama beberapa bulan untuk mencipta dan melaksankan ‘sistem speedee’ iaitu sebuah sistem ranfakaina pemasangan yang lalu arus untuk hamburger. kebanyakannya daging barbeku. Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik beradik iaitu Dick dan Mac McDonald. Pada tahun 1948. Sewaktu restoran itu dibuka semula. dan kentang jejari. McDonald’s yang pertama berharga AS$0. ushawan dan jurujual pengadun susu kocak Ray Kroc terpesona dengan restoran McDonald’s semasa membuat 3 .15. susu kocak. Restoran ini menjadi suatu tempat yang amat popular dengan remaja-remaja serta amat menguntungkan. kemudiannya pada tahun yang sama. Pada tahun 1954. California. California pada sudut Lakewood dam Florence Avenue yang kini merupakan restoran McDonald’s yang tertua di dunia yang masih beroperasi. Dijual pada harga AS$0. restoran McDonald’s yang keempat dibuka di Downey.15.Yang kedua dibuka di Phoneix. Arizona. mereka hanya menjaul harmburger.Pada tahun 1953. Ia merupakan restoran pertama untuk menonjolkan reka bentuk lengkung emas. Harga burgernya hanya merupakan setengah daripada harga di tempat lain yang umum. Restoran ini amat Berjaya dan kemasyhurannya disebar dari mulut ke mulut manusia dan akhirnya dikenali oleh ramai pelanggan.

4 . Quarter Pounder dan Spicy McChicken. Ronald McDonald’s adalah maskod utama McDonald’s. McDonald’s mencatatkan lebih daripada 200 perkembangan lokasi restoran dan operasi perniagaan dijalankan secara francais. Sehingga hari ini. Selepas melihat operasi restoran itu. Kroc bekerja bersungguh-sungguh untuk menjual McDonald’s dan juga memujuk Walt Disney yang merupakan kenalanya supaya mengizinkannya membuka sebuah saluran keluar di Disneyland yang akan dibuka tidak lama lagi.000 cawangan restoran di 188 negara seluruh dunia dan mencatatkan jumlah pelanggan 66 juta setiap hari secara purata.Kuala Lumpur. McDonald’s memiliki lebih 33. Apabila beliau mendapati keupayannya yang luar biasa serta kepopularannya. Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan McDonald’s ialah double cheese burger.McDonald’s menepati kehendak pelenggan dengan pilihan burger yang boleh dinikmati dengan segera. Restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada 29 april 1982 dijalan Bukit Bintang. McDonald’s juga menyediakan perkhidmatan pandu lalu dan servis penghantaran bagi memudahkan pelanggan.lawatan. Kroc bertemu dengan adaik beradik McDonald’s dengan cadangan supaya membenarkannya menjual francais yang pertama.

Hal ini menunjukkan lokasi kajian ialah kedudukan atau tempat yang ingin dicapai 3. lokasi merupakan letak dan kedudkan.1.Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.1 LOKASI KAJIAN Lokasi kajian merupakan perkara yang sangat penting dalam melakukan sesuatu kajian. California.3.1 Syarikat induk McDonald’s Peta 1 : Lokasi syarikat induk McDonald’s Peta 1 diatas menunjukkan lokasi syarikat induk McDonald’s yang beroperasi di Arcadia. Syarikat ini terletak dikedudukan yang strategi yang 5 .

6 . Seremban Peta di atas menunjukkan lokasi cawangan McDonald’s yang terletak di Malaysia. 70450.2 Syarikat cawangan McDonald’s Peta 2:Lokasi cawangan McDonald’s di Senawang. 3. Malaysia. membolehkan perniagaan ini berkembang dengan pesat. Syarikat McDonald’s ini terletak di kawasan yang strategi iaitu di kawasan penempatan yang agak mewah dan sederhana. Penduduk setempat membeli McDonald’s untuk memenuhi kehendak mereka.Penduduk di kawasan sekitar juga mempunyai kuasa beli yang tinggi untuk membeli makanan keluaran syarikat McDonald’s. Jalan Taman Komersil Senawang 1 Taman Komersil Senawang. Negeri Sembilan. 70450. Syarikat ini terletak di Lot 2726. Seremban.1.

Dalam menjalankan kajian ini. 4.1. Gary & Kolter.Selain itu.0 KAEDAH KAJIAN Tujuan pennyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk mengaitkan antara objektif kajian dengan hasil kajian. 7 .Antara kaedah mengutip data sekunder ialah analisis dokumen.d ata sekunder merupakan maklumat sampingan yang boleh duigunakan dalam melaksanakan kajian. Kaedah sekunder meliputi kaedah kajian kepustakaan dan muat turun bahan dari sumber internet.1 Buku Rujukan Dalam kajian ini. Melalui kaedah-kaedah ini. penyelidik telah menggunakan data sekunder bagi mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan iaitu buku rujukan dan laman sesewang 4.1 Data Sekunder Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). dan pembacaan dan tinjauan persuratan. penetapan harga. segala maklumat yang diingini dapat diperoleh dengan tepat.4. produk. penyelidik telah menggunakan beberapa buah buku dan antara buku rujukan yang digunakan ialah marketing:An Introduction yang ditulis oleh Armstrong. rujukan. Antara maklumat yang diambil dalam buku rujukan ini ialah definisi umum campuran pemasaran. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini menggunakan kaedah sekunder sahaja. penyelidik turut menggunakan buku rujukan STPM Oxford Fajar dan buku teks STPM Longman. dan promosi.

http://apakes.wikipedia.html iv.2.org/wiki/Sejarah_McDonald%27s ii.com/qmz4-qdg3e8i/latar-belakang/ 5. Antara laman web yang dilayari oleh penyelidik adalah seperti berikut: i.0 DAPATAN KAJIAN 8 . 4. https://ms. https://prezi.2 Laman Sesawang Kaedah ini memerlukan penyelidik mengakses internet dalam membantu penyelidik memperoleh maklumat berkaitan dengan tajuk dan objektif yang telah ditetapkan oleh penyelidik.google. https://www. Kaedah ini juga digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan maklumat tambahan seperti peta kawasan bagi syarikat induk dan syarikat cawangan.com/health-wellness-beauty/1990-sejarah-restoran- mcdonalds.com/maps/place/McDonald's iii.

Berdasarkan unsur-unsur di dalam campuran pemasaran. perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan. pengagihan dan promosi. Seterusnya. Campuran pemasaran dibentuk oleh empat unsur iaitu produk. Perletakan harga mestilah mengambil kira kesemua kos yang terlibat seperti kos operasi pengeluaran. Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baharu adalah satu cabaran besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambil kira persekitaran yang sentiasa berubah. 5. pemasar boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. iklan dan gaji pekerja. perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna. Bahagian ini menerangkan hasil kajian penyelidik yang diperolehi berdasarkan aspek- aspek yang berikut iaitu jenis produk yang ditawarkan. Memenuhi kehendak pengguna selalunya menyebabkan berlakunya perubahan kepada produk sedia ada. kos pemasaran. Produk ialah satu barangan. penetapan harga. dan kehendak pengguna serta persekitaran ekonomi.1 Campuran Pemasaran Campuran pemasaran merujuk kepada unsur strategi utama yang perlu direka bentuk dan diurus oleh pemasar bagi menghasilkan proses pertukaran nilai yang memaksimumkan kepuasan pengguna. pentadbiran. Contohnya perubahan teknologi. perletakan harga. serta promosi yang dijalankan oleh Syarikat McDonald’s. keperluan. harga ialah berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuian bagi sesuatu produk. Dalam masa yang sama harga produk tidak boleh terlalu tinggi dimana ini akan menyebabkan pengguna memilih 9 .

kapal terbang. kupon. dan kargo. dan potongan harga ditawarkan kepada pembeli untuk menarik minat mereka membeli produk tersebut.pengedaran berkaitan dengan bagaimana produk diagihkan kepada kumpulan sasaran. Syarikat juga boleh mengenakan harga yang rendah dan ini akan meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan keuntungan. 10 . Selanjutnya. Hadiah percuma.produk saingan. promosi merupakan teknik untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu produk dan ia merupakan aspek yang paling menonjol dalam panduan pemasaran. Promosi jualan biasanya digunakan untuk produk yang tidak begitu mahal. ia melibatkan satu tarikan kepada bakal pembeli. Iklan merupakan satu bentuk komunikasi personal yang digunakan oleh penaja untuk memaklumkan kepada bakal pembeli mengenai sesuatu produk. Bagi sesetengah produk. Publisiti pula melibatkan semua bentuk komunikasi untuk membina imej baik syarikat serta produk keluarannya. Harga produk yang tinggi selalunya tidak dapat meningkatkan jumlah jualan yang tinggi tetapi cukup untuk mendapatkan untung yang besar. jualan peribadi atau terus. Akhirnya. promosi jualan dan publisiti. Jualan peribadi ialah jualan dari pintu ke pintu dimana penjual akan menerangkan kepada bakal pembeli mengenai produk. Alat-alat promosi yang paling penting ialah iklan.harga yang tinggi akan dikaitkan dengan produk yang berkualiti tinggi. Contohnya seperti pengunnan lori. Syarikat juga harus mengambil kira kadar inventori dan kos penyimpananya. Wakil jualan akan menunjukkan kaedah penggunaan kepada pelanggan terutama untuk alatan atau produk yang teknikal dan canggih. Banyak barangan industri mengunakan kaedah ini untuk meningkatkan jualan disamping memberikan perkhidmatan tambahan.

makan tegahari.1 Produk Secara umumnya produk adalah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai atribut atau sifat-sifat yang dapat menarik perhatian. saiz.2. Pelanggan tidak perlu berfikir panjang untuk memilih pesanan kerana menu yang disediakan oleh McDonald’s adalah berpatutan dan memudahkan pelanggan untuk memilih.2 Elemen Campuran Pemasaran 5. keberkesanan dan penyelesaian yang mana ciri-ciri tersebut diperlukan oleh pengguna. berat dan harga. setiap orang memerlukan kerja-kerja yang pantas. McDonald’s juga membuat pakej menu sarapan. Banyak pekerja pejabat. sehingga pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk memilih pesanannya.Hal tersebut tentu saja membuat pelanggan semakin nyaman dan tidak terbatas lagi dengan pilihan menu yang ada. rata-rata pelanggan sudah pernah mencuba setiap menu sehingga pelanggan tidak perlu ragu untuk memesan. Selain itu. Hal ini untuk memudahkan alam kecepatan penyajian. suri rumah. dapat dimiliki. digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal yang boleh memuaskan kehendak pengguna semasa melakukan pertukaran. makan malam dan makanan ringan. Menu di setiap restoran McDonald’s adalah seragam. mahasiswa. kecekapan. produk boleh dikatakan sebagai sesuatu yang ditawarkan di pasaran oleh pengusaha dan mempunyai satu set ciri-ciri ketara (tangible) seperti warna. Umumnya restoran McDonald’s menyediakan menu makanan yang tidak terlalu banyak dan seragam di setiap cabnagnya. Di dunia yang serba canggih ini.5. bahkan selebriti lebih memilih untuk makan di McDonald’s kerana perkhidmatannya lebih mantap dan cepat. Secara ringkas. 11 . dan ciri-ciri tidak ketara (intangible) seperti kepuasan.tidak terkecuali dalam hal makanan.

McDonald’s telah menjadi restoran kegemaran pelbagai kaum dan bangsa. Sehingga tidak ada restoran McDonald’s yang kurang berhasil kerana lokasi yang kurang strategi.Kerjasama ini tentu saja memberikann kekuatan yang lebih besar bagi McDonald’s. Sebagai upaya kreatif untuk terus mempertahankan jumlah pelanggan.memperkenalkan jenis baru dari produk McDonald’s serta mengubah menu yang sedia ada.McDonald’s juga menjalin kerjasama dengan perusahaan besar lain.M cDonald’s juga menciptakan makanan khas misalnya 12 . Setiap cabang McDonald’s selalu ditempatkan di tempat-tempat yang strategik agar mudah dikunjungi oleh pelanggan.Contohnya coco-cola. pihak perusahaan McDonald’s sentiasa melakukan beberapa cara yang terbaik terhadap produk makanan yang dihasilkan diantaranya ialah menambah lebih banyak rasa. Selain itu.

tegahari dan malam di McDonald’s. satu sumber protein yang amat kaya iaitu McDonald’s Chicken Foldover disaji rapi dalam roti arab panas dengan bijian kalonji.McDonald’s juga menyediakan makanan sperti burger. McMuffin. Ala carte.2 Penetapan Harga Harga merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pemasaran suatu produk kerana harga merupakan salah satu penentu keberhasilan suatu perusahaan dan harga menentukan seberapa besar keuntungan yang akan diperoleh perusahaan dari penjualan produknya. dessert. Mcdonald’s menerapkan strategi harga dengan memberikan berbagai penawaran harga yang menarik kepada pelanggannya. McDonald’s juga menawarkan harga yang murah sehingga memungkinkan pelanggan mahupun sekeluarga dapat menikmati menu pagi.dan kanak- kanak. Selain itu. Di antara strategi ini adalah dengan memberikan pakej harga yang sangat menarik dan menguntungkan bagi pelangganya.2. 5.my happy meals. pakej lunch dan pakej dinner. 13 . Chicken McD. makanan mengikut usia seperti orang dewasa. pakej breakfast. fries. nuggets.remaja. Demi memuaskan citarasa rakyat Malaysia yang mengemarkan daging ayam.

14 . menyedarkan. kaedah. Strategi penentuan harga adalah untuk memaksimumkan jualan pada tempoh yang singkat dan dapat memaksimukan kepuasan pengguna atau pelanggan.2.3 Promosi Promosi bermaksud proses. Promosi merupakan sejenis bantuan perniagaan. atau cara untuk memberitahu. 5. memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.

15 .Dalam kalangan masyarakat muda. McDonald’s juga melakukan system yang kreatif dengan cara menghantar pesanan pelanggan di rumah. poster.Logo golden arches. Kerjasama dengan pelbagai perusahaan dan pihak lain juga dilakukan oleh McDonald’s untuk melakukan upaya promosi besar-besaran. publisiti. Logo golden arches tersebut telah menjadi ikon yang sangat identik dengan McDonald’s. Promosi juga memegang peranan penting dalam kejayaan McDonald’s.slogan “I’m lovin’ it” Berjaya membawa McDonald’s dikenali oleh seluruh masyarakat di seluruh dunia. Logo Golden arches McDonald’s yang sederhana dan berwarna kuning sangat mudah diingati dan sekarang sudah menjadi salah satu logo yang paling mudah dikenali oleh seluruh dunia.Ini meyebabkan para pelanggan lebih selesa dan tidak perlu ke McDonald’s untuk membeli makanan tersebut. internet dan sebagainya. McDonald’s memperkenalkan tokoh dadut Ronald McDonald’s yang juga berajaya menjadi daya tarikan bagi pelanggan anak-anak muda. McDonald’s melakukan beberapa promosi kreatif antaranya ialah iklan televisyen. Selain itu. promosi di radio-radio.

Akhirnya. oleh itu. Inovasi ini sangat membantu untuk menjaga pelanggan agar tidak merasa bosan dan tetap menjadi pelanggan tetap di McDonald’s. Menu makanan dan minuman yang disajikan oleh McDonald’s dianggap memiliki nilai gizi yang sangat rendah. Strategi syarikat ini adalah agar sama dengan strategi syarikat lain dan kedudukan syarikat lain tidak jauh di belakang daripada McDonald’s tetapi mana- mana kesilapan kecil yang dilakukan oleh McDonald’s mungkin membuatkan McDonald’s sebagai penghalang kemajuan perniagaan kerana syarikat lain mampu menjadi pemimpin pasaran dan McDonald’s perlu berhati-hati ketika melaksankan strategi mereka.Organisasi perlu merangka strategi inovasi. Berdasarkan hasil kajian. membuat inovasi dengan menambahkan menu dan memperbaiki menu sedia ada. tetapi ia adalah strategi yang menbantu mereka terus hidup dan mengekalkan kedudukan mereka. Mana-mana industri adalah lusa dan persaingan juga sengit untuk terus hidup dalam perniagaan. Antara cadanganya ialahmemperbaiki makanan sedia ada McDonald’s juga masih memiliki beberapa kelemahan. Selain itu melakukan pengawetan terhadap bahan-bahan McDonald’s. 16 . Pelbagai telah berlaku pada masa lalu untuk syarikat McDonald’s sama ada baik atau buruk.Tambahan pula.salah satu yang paling jelas ialah masalah nilai gizi yang terdapat dalam setiap kandungan sajian menunya. McDonald’s perlu menyediakan makanan yang lebih sihat terutamanya untuk orang dewasa.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat McDonald’s. membuat iklan untuk mengubah persepsi masyarakat tentang McDonald’s yang kebanyakkanya beranggapan McDonald’s menpunyai nilai gizi yang rendah dan tidak sihat. McDonald’s telah memulakan perjalanan dekad yang lalu dan mereka telah berjuang untuk megekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran. tinggi kolesterol dan berisiko mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kegemukan dan penyakit jantung.7. elemen utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi adalah strategi yang mereka ikuti.

Cadangan seterusnya ialahpenggunaan medium baharu dan terkiniPada zaman globalisasi dan kepesatan teknologi jelaslah sekali terlalu banyak persaingan dalam perniagaan yang dijalankan. iklan. Oleh yang demikian. syarikat McDonald’s juga meletakkan menu pada harga yang berpatutan kerana masyarakat masa kini lebih gemar mencari dan memilih makanan. Selain itu.Laman sosial dilihat sebagai medium hebahan pelbagai maklumat dan ianya sangat berkesan kerana rangkaiannya yang luas. akhbar dan atau melalui media massa seperti television dan radio. instagram dan lain-lain kini talah menjadi medium baharu untuk tujuan mempromosikan barangan perniagaan.Selain itu. 17 . kos yang murah. youtube. Dengan media sosial membolehkan kita berkongsi maklumat mengenai perniagaan kita kepada orang ramai. Dengan menggunakan kaedah media sosial seperti ini membolehkan peniaga mendapatkan pelanggan baru yang lebih banyak dan mendapat maklum balas dengan lebih pantas dan berkesan.makanan yang murah sejajar dengan kenaikan kos sara hidup masyarakat. blog. Membina hubungan baik adalah salah satu cara mengembangkan perniagaan. Kini media sosial seperti facebook.Syarikat McDonald's seharusnya merebut peluang secepat mungkin untuk menggunakan medium baharu dan terkini untuk menarik pelanggan baharu serta untuk menperbanyakkan lagi pelanggan yang sedia ada. Perniagaan masa kini dapat dijalankan melalui laman sosial dengan cara memperkenalkan sesuatu produk dan perkhidmatan sekali gus dapat mengiklankannya. Dahulu peniaga sering mengiklankan perniagaan mereka melalui poster. twitter. pihak McDonald’s Malaysia seharusnya membandingkan harga produk dan menu mereka dengan produk dan menu pesaing dari semasa ke semasa agar harga mereka kompetitf dan dapat bersaing dalam pasaran.pantas dan menarik. Oleh yang demikian. Kini media sosial bukan sahaja sebagai medium untuk bersosial tetapi juga untuk membantu dalam mengembangkan perniagaan. penggunaan medium baru ini dapat membina hubungan baik dengan pelanggan.

mempelbagaikan aktiviti promosi untuk menarik minat dan mengekalkan pelanggan sedia ada. 18 . Akhirnya. Selain itu. Antaranya ialah dengan memberi sampel atau makanan McDonald’s percuma kepada orang ramai dan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti permainan di dalam McDonald’s yang menghiburkan kanak-kanak. Pihak McDonald’s perlulah mempelbagaikan bentuk promosi makanan. promosi melalui sekolah iaitu memberi makanan percuma McDonald’s kepada semua pelajar sekolah dan guru.

com/maps/place/McDonald's (24/7/2015)  http://apakes.com/health-wellness-beauty/1990-sejarah-restoran-mcdonalds.Buku Ilmiah Encik Mokhtar Pet.2012 Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1. 2.2014 Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1.Selangor:Oxford Fajar Sdn.com/qmz4-qdg3e8i/latar-belakang/ (5/8/2015) 19 .Internet  https://ms.wikipedia.Bhd. Berikut ialah rujukan yang dibuat: 1.Rawang Selangor:Longman.org/wiki/Sejarah_McDonald%27s (20/7/2015)  https://www. Terdapat pelbagai rujukan yang telah dibuat oleh pengakaji bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan relevan.google. Aini Hayati binti Mohamad dan Encik Lim Kong Teong.html (27/7/2015)  https://prezi.RUJUKAN Rujukan merupakan sumber yang dirujuk.

LAMPIRAN LAMPIRAN 1 Gam bar 1 : Logo McDonald’s 20 .

Gambar 2: Harga promosi McDonald’s 21 .

Gambar 3 : Pakej malam Gambar 4 : Promosi McDonald’s 22 .

Gambar 5: Menu yang disediakan oleh McDonald’s Gambar 6 : Pakej pagi McDonald’s 23 .

LAMPIRAN 2: BAHAN DAN MAKLUMAT DARIPADA SUMBER INTERNET 24 .