You are on page 1of 3

SELOKA 5 DEDIKASI 2016

Ucapan salam buat insan bistari
Marilah baca bingkisan kami
5 Dedikasi nama diberi
Cemerlang SPM matlamat kami

Encik Nurul Azwan bagai ayah sendiri
Subjek sastera pengenalan diri
Apabila mengajar semua fahami
Marah sekali taubat tak buat lagi

Punya bakat dalam lakaran animasi
Apabila marah semua buat tak peduli
Muka selamba setiap hari
Qayyum monitor empunya diri

Siti Aishah sebutan nama
Penolong tingkatan itu jawatannya
Raihana dan Ain teman baiknya
Tak lupa saya teman ketawanya

Empat sahabat akrab sekali
Sahabat sejati sehingga kini
Walaupun Husna dan Madiha berjawatan tinggi
Nadhirah dan Nabila tetap lekat di hati

Penghuni baharu di kelas kami
Faizwan Iman gagah berdiri
Kalau melawak menyakitkan hati
Kena marah serik nak buat lagi

Serendah-rendah si pokok cili
Rendah lagi empunya diri
Firdaus Radzuan nama diberi

Mas dan Suraya Tak lupa juga Syahirah.Aina dan Ellyra Kawan rapat tapi tak semeja Sentiasa girang tak pernah merana Digelar Albab kalangan rakan Subjek Matematik jadi kesukaan Muhd Syazwan putera kebangaan Pengawas perpustakaan gerangan jawatan Menunggang motor setiap hari Mengadu sakit asyik-asyik di kaki Syamil Wahab putera jauhari Buat lawak syok sendiri Bermain futsal dah jadi hobi Impian disulam tekad di hati Hasanul Firman putera sejati Apabila tersenyum sentiasa ranggi Nurin Naimi bijak orangnya Subjek Seni mercu kehebatannya Kejap ada kejap tak ada Aktif handball wakil sekolah kita Pendiam dan baik berbudi bahasa Cerminan akurat identiti mereka Firdaus.Ikhwan dan Ikmal itu orangnya .Menyakat orang menjadi hobi Tengku dan Jey bagaikan kembar Tak boleh berenggang sentiasa berdua Kawan sekelas tahan bersabar Dek kuat bergurau tak ingat dunia Syazlin.

Idham dan Amir wira Bendahara Suka berkawan tak kira siapa Kalau kelas menjadi huru-hara Mereka buat tak kisah sahaja Syafiq Ikmal nama diberi Kalau bercakap mengalah menteri Zakhir Azizan sahabat sejati Bagai belangkas kiasan diri Shafiq Imran berdarah daeng Gelaran jeram sudah sebati Syafizam ‘Kembar’ sama bersaing Menara gading setia menanti Arif dan Fiqri pelajar dedikasi Tekun belajar serius sekali Cita disemai usaha ditekuni Syukur ibu dapat anak mithali Ezilan Hakimi permata bonda Naim pula buah hati ayahanda Nakal bertempat belajar tak lupa Kalau tak ada sunyi terasa 5Dedikasi mengundur diri Terguris kata harap maafi Ada ruang berjumpa nanti Berseloka kita senangkan hati OLEH UMI AFIRA BT MOHD SAID KELAS 5 DEDIKASI 2016 .Tak pernah sakit hati sesiapa Asri.