You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT Bil 1/2017

UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 29 Disember 2016
Masa : 10.00 Pagi
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
1. Puan Ruziana Binti Alwi
2. Puan Afzan Binti Abdul Rahman
3. Puan Norzarida Binti Noorbit
4. Puan Norzila Binti Mohd Zain
5. Puan Hasmah Binti Jusoh
6. Puan Zuri Faizah Binti Mansor
7. Puan Anita Zaila Binti Abd Latif
8. Puan Zambilaila Binti Abu Bakar
9. Puan Norzakiah Binti Jamil
10. Puan Siti Nurani Binti Ab. Ghani

1.0 Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru penasihat dan berharap
perjalanan mensyuarat berjalan .

1.2 Puan Ruziana selaku ketua guru penasihat Puteri Islam mengalu-alukan kedatangan serta
memperkenal barisan guru penasihat Puteri Islam.

1.3 Penerangan tentang masa perjumpaan dan tarikh perjumpaan iaitu pada hari Rabu, jam
1.30 petang hingga 2.30 petang mengikut takwim sekolah.

1.4 Semua ahli perlu mempunyai uniform Puteri Islam yang lengkap. Pakaian uniform lengkap
atau pakaian riadah perlu dipakai pada setiap hari Rabu.

Makluman

2.1 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu

2.1 Puan Norzarida telah mencadangkan Minit Mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh Puan Afzan.

3.0 Perancangan Aktiviti 2017

3.1 Perbincangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2017 iaitu:

3.1.1 Latihan kawad kaki pada setiap perjumpaan
3.1.2 Pengemaskinian Buku Log setiap kali perjumpaan
3.1.3 Kraftangan
3.1.4 Latihan Perkhemahan
3.1.5 Perkhemahan Perdana Unit Badan Beruniform
3.1.6 Permaianan tradisonal

1
3.1.7 Hafazan Surah Lazim
3.1.8 Zikir Harian
3.1.9 Penyediaan menyediakan minum petang
3.1.10 Tayangan Video

4.2 Semua aktiviti akan disusun dan akan diserahkan kepada guru pembimbing sebagai
rujukan untuk menjalankan aktiviti.
Tindakan: Setiausaha
4.0 Hal-hal lain

4.1 Guru Pembimbing Puteri Islam perlu sentiasa mengingatkan ahli Puteri Islam yang
menyertai acara sukan mewakili sekolah manjaga adab dan tatatusila sebagai seorang
muslimah. Ahli berkenaan menjaga aurat dengan memakai baju T berlengan panjang,
bertudung dan memakai seluar yang tidak ketat.

4.2 Aktiviti PPIM Daerah Seremban akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh pengerusi.

4.3 Semua ahli diwajibkan menggunakan Buku Log Rasmi Puteri Islam untuk
mendokumentasikan semua aktiviti yang dijalankan. Buku Log boleh dibeli melalui Puan
Ruziana dengan harga RM10.00.

4.4 Puan Ruziana mensasarkan 5 orang ahli untuk dianugerahkan Puteri Bongsu pada tahun
2017.
Tindakan: Semua guru pembimbing.
5.0 Ucapan Penangguhan

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan
kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung dan berharap segala perancangan yang
dibuat dapat dijalankan dengan baik oleh semua jawatankuasa yang terpilih dan disokong
oleh semua ahli.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.
Mesyuarat Pergerakan Puteri Islam Malaysia SK Panchor bilangan 2/2017 akan dimaklumkan
kemudian.

Disediakan oleh
Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Panchor, Seremban.

2