STANDARD OPERATING PROSEDURES (SOP

)

PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

BAHAGIAN DASAR SARAAN, WANG AWAM DAN KHIDMAT PENGURUSAN PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Wahid bin Ahmad Jawatan Ketua Seksyen Pentadbiran Am Tarikh 27 Feb 2009 Status Penyemak (1) Dato’ Bukhari bin Hasan Timb. Setiausaha Bahagian (TSBSWP(P)) 27 Feb 2009 Penyemak (2) Diluluskan oleh: Nama Dato’ Hj. Abd. Che Rus Jawatan Setiausaha Bahagian (SBSWP) Tarikh 27 Mac 2009 No fail Tempat simpanan (Bilik fail) Tarikh disediakan Tempoh masa kuatkuasa Tarikh review .Disediakan oleh: Nama En. Mazlan bin Abdul Wahab Jawatan Ketua Pegawai Keselamatan Perbendaharaan Tarikh 26 Feb 2009 Disemak oleh: Nama En. Za’ba Hj.

KANDUNGAN Seksyen A B C D E Tajuk Seksyen Tujuan Penggunaan dan Skop Ringkasan Prosidur Takrif Kelayakan Personal dan Tanggungjawab Prosidur Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Pengurusan Rekod Kawalan Kualiti dan Jaminan Kualiti Rujukan Carta 1: Pelan Tindakan Menghadapai Kebakaran (Individu) Carta 2: Pelan Tindakan Menghadapai Kebakaran (Umum) Jadual 1: Nombor Talian Yang Perlu Dihubungi Jika Berlaku Kebakaran Carta 3: Carta Organisasi Fire Fighting Squad 16 15 Muka surat 1 1 1 2 3 F G H I 4 9 9 12 13 14 .

pegawai keselamatan kebakaran semasa di ancam kebakaran. syarikat penyelenggara bangunan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat. 3.Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan: 1. 1 . pengawal keselamatan. SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan menghadapi kebakaran dilaksanakan secara seragam. Pegawai Keselamatan Kebakaran (PKK). dan pemindahan penghuni daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas. Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa diancam bahaya kebakaran. tindakan-tindakan berikut perlu diambil iaitu: 1. Pengawal keselamatan. RINGKASAN PROSEDUR Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan. TUJUAN Standard Operating Procedures (SOP) . B. Cuba melawan kebakaran jika kebakaran kecil.STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN UNTUK PERBENDAHARAAN MALAYSIA A. 2. PENGGUNAAN DAN SKOP SOP Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua yang terlibat iaitu pegawai dan kakitangan Perbendaharaan. Membunyikan penggera kebakaran. 4. kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan mengikut perancangan awal dengan selamat. kakitangan unit keselamatan. 1. 2. terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan jika berlaku kebakaran di bangunan Perbendaharaan . teratur dan berdisiplin semasa menghadapi kebakaran. 2. Secara umumnya jika mengesan sesuatu kebakaran dilokasilokasi tertentu. C.

2 . 6. 5. Kawasan yang selamat dan terlindung dari bahaya kebakaran. Memastikan semua dokumen-dokumen penting disimpan dan dikunci di dalam kabinet besi. 7. Call point ialah penggera kebakaran Notis kebakaran hendaklah mengandungi: • Cara membunyikan penggera kebakaran. (Assembly Point) ialah tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang jauh dari lokasi kebakaran. dan Mengosongkan bangunan (pengungsian). dan • Melawan Kebakaran. D. Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point [AP]) dan mengambil kedatangan. 4. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat. 5. pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara bangunan. Tutup suis lampu dan peralatan elektrik. • Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba. • Terdapat Laluan menyelamat diri. 2. • Tempat berkumpul. 3. 4. Pengosongan boleh berlaku dalam keadaan berikut: • Terdapat lokasi jalan keluar semasa kecemasan. Pegawai keselamatan kebakaran (PKK). Menghentikan mesin/proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa. dan • Mengambil kedatangan. dan Tutup pintu dan tingkap. TAKRIF Takrif adalah untuk memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang mempunyai makna penting yang perlu diingati dan difahami oleh pegawai dan kakitangan serta anggota yang terlibat semasa diancam kebakaran: 1. ‘Pelan Pengungsian Bangunan’ bermakna pelan pengosongan bangunan. Nada bunyi loceng penggera memberi makna berikut: a) Bunyi loceng putus-putus :• • • Bersedia untuk mengosongkan bangunan.3.

dan PKK yang diarahkan oleh Ketua Fire Fighting Squad untuk membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/ Penyelamatan. KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB Pegawai keselamatan kebakaran perlu diberi pendedahan dan kursus mengenai aspek-aspek kawalan keselamatan tingkat bila berlaku sesuatu kebakaran. 1. tindakan mengosongkan bolehlah bermula. Pengawal keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan oleh Bomba serta perlu mendapat sijil.A Sistem. Jenis-jenis kelengkapan kebakaran a) Sistem amaran awal i) ii) Sistem Penggera Manual Sistem Pengesanan Kebakaran Automatik: a) Pengesan Haba b) Pengesan Asap b) Peralatan melawan kebakaran i) Alat Melawan Kebakaran Manual: • Alat Pemadam Api Mudah-alih • Salur bantu mula • Pili Bomba ii) Automatik: • Semburan (air) • Karbon Dioksida E. 3.b) Bunyi loceng berpanjangan :• Apabila mendengar loceng berpanjangan. • 6. 4. Ketua Fire Fighting Squad yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan perbendaharaan hendaklah diberi latihan dan pendedahan tentang aspek melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa kebakaran. 3 . ataupun arahan melalui P. 2. hendaklah menjalankan tugas masing-masing. dan Pihak penyelenggara bangunan dipilih dari penyelenggara yang mempunyai kakitangan yang mahir dalam aspek kebakaran.

1. Alat Pemadam Api Kecil (Fire Extinguisher) atau ii. Tindakan pada kebakaran peringkat kecemasan. Membunyikan penggera kebakaran (call point) dengan cara memecahkan kaca pada panel (glass break – red) yang paling berhampiran (rujuk Pelan Kedudukan Zon Kebakaran) dan menjerit Api! Api! Api! Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran. seperti berikut:i. 5. masih kecil. Bunyi kecemasan 15 saat pertama adalah sebagai langkah berjagajaga. 4. Cuba untuk memadamkan api dengan Penghuni Bangunan menggunakan peralatan pemadam Perbendaharaan kebakaran yang disediakan apabila api yang terlatih sahaja. 2. dan kali kedua akan berbunyi berterusan.F. Kali Perbendaharaan. Bunyikan loceng amaran kebakaran. Perhatian terhadap penggera kebakaran Penghuni Bangunan akan berbunyi sebanyak dua (2) kali. 3. PROSEDUR PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK Tindakan pada kebakaran peringkat kecil. pertama mengambil masa lebih kurang 15 saat. Menghubungi terus Pengawal Ketua Fire Fighting Keselamatan/kakitangan syarikat Squad penyelenggaraan di bilik kawalan untuk mengenal pasti zon yang terbakar. 4 . Pegawai dan kakitangan terserempak atau terlihat kebakaran. Hose Reel. tetapi jangan membahayakan diri.

Ketua Fire Fighting Squad / Pegawai bertugas di bilik Pusat Kawalan Kebakaran. Peringkat Kebakaran. Tempat dan Alamat Kebakaran. - Fire Fighting Squad Pegawai / kakitangan yang berhampiran. 8. 10. iii. Mengesahkan tempat sebenar Fire Fighting Squad berlakunya kebakaran daripada pengawal keselamatan. 7. 11. 9. Membunyikan alarm kebakaran (loceng Pengawal kecemasan) berterusan (isyarat keselamatan / kakitangan syarikat mengosongkan bangunan). ii. Maklumat ringkas berkaitan tempat kebakaran.BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK 6. Maklumat ringkas pengadu. Jika nampak mangsa kebakaran. Hubungi Pusat Kawalan Kebakaran / Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia berserta dengan maklumat seperti berikut:i. Memeriksa dengan teliti tempat Fire Fighting Squad berlakunya kebakaran untuk mengetahui besarnya api dan kedudukan yang tepat berlakunya kebakaran. iv. 5 . dan v. Ikuti tindakan lanjut pihak Bomba sehingga pasukan Bomba tiba. dan berkumpul di kawasan kebakaran bersama dengan alat-alat pemadan api. selamatkan mangsa tersebut. Mengaturkan proses pengungsian Fire Fighting Squad bangunan dari setiap aras dan blok. penyelenggaraan.

Padamkan semua suis lampu peralatan elektrik di luar bilik. gunakan tuala basah. Fire Fighting Squad 15.BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK 12. berteriak meminta pertolongan atau melambai-lambai untuk mendapatkan bantuan 6 . (Udara bersih masih boleh di peroleh di paras 1 kaki dari lantai). jangan panik. Jika terperangkap di dalam asap yang Penghuni Bangunan Perbendaharaan. Bernafas secara perlahan. Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja. ii. Fire Fighting Squad 14. Tutup pintu-pintu di belakang anda. Hampiri tingkap. Wang tunai dan dokumendokumen penting dimasukkan ke dalam kabinet besi dan dikunci. iv. - - Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja. Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara di bawah diberikan perhatian sebelum menyelamatkan diri ke tempat berkumpul. iii.sapu tangan atau kain yang bersih untuk menutup mulut dan hidung jika perlu. merangkak di paras lantai untuk mencari jalan keluar. Rebahkan diri. 13. tebal:i. Bertenang. dan ii. Perkara tersebut adalah:i. Tutup semua komputer. dan - - Penghuni yang paling akhir meninggalkan bilik atau tempat kerja.

Penghuni Bangunan Perbendaharaan. jangan Penghuni Bangunan berpatah balik jangan berbuat bising. 19. Semasa menuruni tangga. menggunakan lif). Perbendaharaan. kawasan berasap. Bergerak dengan posisi membongkok. jangan berlari potong. 24. 17. 16. 22. tetapi Penghuni Bangunan tinggalkan tempat itu dengan secepat Perbendaharaan. Keluar meninggalkan bangunan melalui Penghuni Bangunan tangga dan turun ke bawah (Jangan Perbendaharaan. 23. disuruh. 20. 18. Penghuni Bangunan jika anda terpaksa bergerak melalui Perbendaharaan. Jangan membawa apa-apa barang bersama anda. Jangan gugup atau panik. Penghuni Bangunan Perbendaharaan. Bersedia untuk membantu pihak bomba Fire Fighting Squad dengan Fire Hydrant. Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan berbuat demikian. Jangan membuat bising atau berpatah Penghuni Bangunan balik ke dalam pejabat melainkan Perbendaharaan. 21. Jangan memecahkan barisan semasa Penghuni Bangunan mengungsi. memotong. Pastikan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan (Assembly Point) dan mengambil kehadiran. mungkin. 7 . bertolak-tolak atau berlari.BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK Pasukan Penyelamat.Perbendaharaan.

dengan segera seorang Pengawal ke pintu belakang. Memberikan rawatan mangsa yang cedera. bantuan peralatan. Bahagian Menyemak senarai kakitangan. suis Kakitangan syarikat penyelenggaraan. 27. Dengan segera mengambil kedatangan Ketua Seksyen semua yang hadir di tempat berkumpul. Bahagian 28. ii. Pengawal Keselamatan mesti memastikan tiada kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan bangunan Perbendaharaan. - Pengawal Keselamatan Fire Fighting Squad 29. Menghidupkan atau mematikan elektrik bila mendapat arahan. i. 8 . prosedur atau peraturan mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin. 32. Apabila berlaku kebakaran. 30. Bersedia untuk bertindak membantu Kakitangan syarikat pihak Bomba jika diperlukan misalnya penyelenggaraan. Mencari kakitangan yang hilang di First Aider kawasan Bangunan Perbendaharaan apabila mendapat arahan dari Ketua Fire Squad. Melaporkan keadaan kepada Pegawai Ketua Seksyen Bomba dan Ketua Fire Squad. Cegah orang-orang yang tidak berkenaan dari memasuki kawasan bangunan tersebut. awal kepada First Aider 31.BIL TINDAKAN TANGGUNGJAWAB CATATAN / SENARAI SEMAK 25. maklumat tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik. Jika syif malam. Ketua Seksyen Bahagian 26.

Latihan hendaklah merangkumi: • • • • • • • • Pencegahan Kebakaran Am. Lokasi dan cara mengguna peralatan melawan kebakaran. bilik unit keselamatan. bilik semua pegawai keselamatan kebakaran di setiap Bahagian. Bagi tujuan memantapkan lagi aspek pencegah kebakaran dan memastikan SOP prosedur pelan tindakan kebakaran boleh beroperasi sepenuhnya langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian iaitu: a) Kursus Dan Latihan Kebakaran i) Semua staf hendaklah menjalani latihan kebakaran secara berkala. PENGURUSAN REKOD SOP akan diletakkan di dalam kotak khusus berwarna merah dan akan diletakkan di semua tempat strategik iaitu di BCS. 1. Cara membunyikan penggera kebakaran. 2. semua SUB dan TKSP Semua kakitangan yang bertanggungjawab secara aktif dalam sebarang kebakaran dikehendaki untuk membaca SOP ini setiap dua minggu bagi mengingati dan memahirkan diri kepada prosedur yang ditetapkan. Tindakan apabila mendengar bunyi penggera. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul dalam masa 25 minit selepas penggera berbunyi. KAWALAN KUALITI DAN JAMINAN KUALITI Jika kebakaran berlaku. Di samping itu pengawalan kualiti prosedur dan peralatan mencegah kebakaran perlu diperkemas. Ketua Seksyen Pentadbiran. Laluan menyelamat diri. pengetahuan dan kesedaran mengenai pelan tindakan kebakaran. 1. bilik kawalan pengawal. dan meja ketua kerani . dan Mengambil kedatangan. 2. tindakan pencegahan dan kawalan hendaklah diambil dengan berkesan. ii) Latihan Kebakaran (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Pegawai dan kakitangan perlu memahami aspek-aspek penyelenggaraan.G. H. iii) Penghuni perlu diberikan kursus dan latihan asas kebakaran bagi membiasakan penghuni bangunan dalam keadaan 9 . Tempat Berkumpul. Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba dengan betul.

Jika sebarang alat pemadam api hilang. Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan tahu cara untuk menggunakannya. dan iii) Alat-alat melawan kebakaran berfungsi dengan baik. d) Penyelenggaraan Peralatan Melawan Kebakaran 1. ii) Jalan keluar tidak dikunci dan dihalang. dan Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang. laporkan kepada KETUA JABATAN anda jika: Anda tidak mendengar isyarat amaran semasa ujian pengungsian bangunan. Peralatan Melawan Kebakaran hendaklah diperiksa dan diuji secara berkala. Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar. zon kebakaran Bagi keselamatan. Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan longgokan barang-barang. Bangunan hanya akan dianggap mempunyai kemudahan menyelamat diri yang cukup bila memenuhi keperluan berikut:i) Jumlah jalan keluar kecemasan dan reka bentuknya diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. terlindung. Di bawah adalah Jadual Penyelenggaraan yang dicadangkan: JENIS Sistem Penggera Manual UJIAN/PEMERIKSAAN Mingguan 10 . Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan satu (1) tahun sekali. Jika sebarang Alarm Point terlindung dari pandangan atau terhalang oleh barang-barang.sentiasa bersedia jika berlakunya kebakaran. c) Kemudahan Menyelamat Diri Kemudahan Menyelamat Diri yang lengkap mesti disediakan di dalam bangunan untuk memudahkan penghuni keluar dengan selamat semasa kebakaran atau kecemasan. dirosakkan atau tidak boleh digunakan lagi. b) Pengetahuan mengenai kebakaran Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu: i) ii) iii) iv) • • • • • Kedudukan alarm point yang paling berhampiran.

e) Penjagaan Kawasan Bangunan 1. atau • Berasingan yang mempunyai peredaran udara yang baik dalam bangunan setingkat. Selain daripada itu. Musnahkan bahan-bahan mudah terbakar yang buruk. dan Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar. audit berkaitan perlu dijalankan ke atas jenis-jenis alat melawan kebakaran bagi memastikan alat melawan kebakaran dalam keadaan sedia dan boleh digunakan dalam situasi kecemasan. b) Cecair dengan takat semburan yang rendah (bawah 66 °C) disimpan dalam kontena yang tertutup. 2.JENIS Sistem Semburan Air Automatik Sistem Karbon Dioksida Alat Pemadam Api Mudah alih Salur Bantu Mula Pili Bomba Pengesan Haba/Asap Lampu Kecemasan Tanda Jalan Keluar Kecemasan UJIAN/PEMERIKSAAN Mingguan Mingguan Bulanan Bulanan Bulanan 3 Bulan 3 Bulan 3 Bulan 2. Penyimpanan khusus hendaklah dilakukan untuk bahan-bahan cecair mudah terbakar seperti: a) Bahan cecair mudah terbakar hendaklah disimpan berasingan daripada agen pengoksidaan. Kontena hendaklah disimpan sama ada dalam: • Kawasan yang terbuka. 11 . Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur akan membantu mencegah kebakaran: a) b) c) Bersihkan dan buang sampah sarap.

I. RUJUKAN Carta 1: Pelan Tindakan Kebakaran (Individu) Carta 2: Pelan Tindakan Kebakaran (Umum) Jadual 1: Nombor talian yang perlu dihubungi jika berlaku kebakaran Carta 3: Carta Organisasi Fire Fighting Squad 12 .

CARTA 1: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN (INDIVIDU) Mula Alarm berbunyi (15 saat dan berterusan) Berlaku kebakaran TIDAK Abaikan dan teruskan kerja YA BESAR Situasi kebakaran Lari KECIL TIDAK Lawan kebakaran Lari YA Hubungi JBPM dan berkumpul di Assemly Point TIDAK BERFUN Alat pemadam api Lari BERFUNGSI Hose Reel TIDAK BERFUN Lari BERFUNGSI Padam kebakaran Tamat 13 .

HILANG Operasi menyelamat mangsa yang terperangkap Melaporkan jumlah kakitangan CUKUP Selesai memadamkan kebakaran dan mengesahkan bangunan selamat dihuni semula Menunggu arahan bersurai Dapat arahan dan bersurai 14 Tamat .CARTA 2: PELAN TINDAKAN KEBAKARAN UMUM) Mula Kebakaran berlaku Dikesan oleh penghuni bangunan Situasi kebakaran ? KECIL Lawan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api / Hose reel BESAR Aktifkan Fire Alarm (red) Hubungi JBPM JBPM tiba Lari ke tempat berkumpul (AP) Opersai memadam kebakaran Beratur di Bahagian / Seksyen / Unit Masingmasing dan mengambil nama.

13. BSWP Unit Keselamatan. 3. 4. BSWP Unit Keselamatan. 12. Blok Selatan. 19. 11. 15. Perbendaharaan BSWP BSWP Unit Keselamatan. - 03-8888 0040 03-8886 222 9. 18. 6. 16. BSWP Unit Keselamatan. 2. 8. 17. 10. BSWP Unit Keselamatan. BSWP Unit Keselamatan. 5. 20. 14. BSWP Unit Keselamatan. BSWP 03-8312 4200 / 03-8312 4500 999 03-8882 4275 03-8882 4278 03-8882 4277 Bil Nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Polis DiRaja Malaysia JPA 3 Hospital Putrajaya Talian Kecemasan Rahajaya (Bilik ) Bilik Kawalan Keselamatan Kaunter Pengawal Keselamatan Utama Unit Keselamatan – Pejabat Am Dato’ Bukhari bin Hasan Encik Abd Wahid bin Ahmad Encik Mazlan bin Abdul Wahab Encik Mohd Rasyid bin Che Abdullah Encik Jalil bin Yahya Encik Mohd Dinul Ashar bin Punding Cik Siti Roszaida binti Mohd Ros Encik Nor Izard bin Ismail Encik Noorazmin bin Md Ithnin Encik Hamdan bin Jidin Encik Abu Bakar bin Abdullah Jawatan Nombor talian 1. TSBSWP (KP) KS(P) KPKP PKP 1 PKP 2 PPK(P) 1 PPK(P) 2 PK(P) 1 PK(P) 2 KPK PKK 1 03-8882 4449 03-8882 3131 / 019-225 5737 03-8882 3090 / 012-2792656 03-8882 4450 / 019-640 2023 03-8882 4451 / 019-230 2356 03-8882 3920 / 01603-8882 4452 / 019-654 0080 03-8882 4788 / 012-323 5460 03-8882 4044 03-8882 4448 03-8882 4278 / 012-69402012 03-8882 4278 / 012-315 3549 15 .JADUAL 1: NOMBOR TALIAN YANG PERLU DIHUBUNGI JIKA BERLAKU KEBAKARAN Jabatan/ Bahagian/Seksyen / Unit Putrajaya Putrajaya Putrajaya Putrajaya Perbendaharaan Perbendaharaan Perbendaharaan Aras 2. 7. BSWP Unit Keselamatan. BSWP Unit Keselamatan.

CARTA 3: CARTA ORGANISASI FIRE FIGHTING SQUAD Fire leader Advisor Assistant Fire Leader Communication and Welfare Emergency Respone Security Assembly Point Facilities and Maintenance Floor Warden 16 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful