You are on page 1of 12

Hus! Hati-hati bicara!

Banyak pengikut Wahabi di sekitar sini,” ungkap Ana (Sharifah Amani)


kepada adiknya, Ani (Sharifah Aleysha), dan guru sang adik, Brian (Brian Yap), saat berdiskusi
bebas tentang penafsiran kitab suci. Itu adalah salah satu adegan dari film terbaru Yasmin
Ahmad, Muallaf.

Adegan lain tak kalah nakal. Miss Siva memukuli Ani di depan kelas. Guru sekolah Katolik itu tak
tahan karena muridnya acap mengucapkan kutipan dan nomor-nomor tak jelas. Puncaknya, saat
ia menyuruh seluruh kelasnya menggambar gajah, Rohani (nama panjang gadis Melayu itu),
malah menggambar bunga. Dan saat dirotan, Ani malah meneriakkan berulang-kali sebuah
nomor: 105:1.

Tak banyak yang paham tentang Ani, yang ikut kakaknya, Ana atau Rohana, kabur karena
protes terhadap kelakuan ayah mereka. Alhasil, Ani membuat orang di sekitarnya takut dengan
tingkah anehnya. Misalnya, nomor di atas adalah penafsirannya atas perintah sang guru, yaitu
nomor surat Al-Fiil (”Gajah”) ayat pertama dalam Al Quran. Sedang kalimat-kalimat yang
dianggap igauan dari mulut Ani adalah ucapan terkenal para agamawan, mulai dari Tao The
Ching hingga Santo Augustine. Hanya Brian yang memahami Ani. Brian, seorang Cina pendiam,
juga sedang melakukan pendekatan pada Ana.

Ana dan Ani adalah sebuah proses pencarian ketuhanan. Keduanya belajar agama, mulai dari
sosiologi agama hingga perbandingan agama, selayak para ronin: bebas dari madzhab. “Ronin”
adalah istilah dalam bahasa Jepang untuk para “samurai tak bertuan”. Diterjemah secara
bebas, ronin bisa juga menggambarkan para intelektual bebas, yang mandiri dan tak ikut
golongan apa pun dalam mengembangkan pikiran mereka.

Walau Ana dan Ani sadar bahwa mereka butuh guru, dan ilmu mereka tidak memadai untuk
menafsirkan ajaran-ajaran agama, tetapi mereka tetap mencari Tuhan secara independen.
“Setiap orang sedang mencari Tuhan dalam caranya sendiri,” tegas sang kepala sekolah,
seorang India. Demikianlah pula keadaan Brian, seorang Cina yang bermasalah dengan ibunya
dan karenanya tak lagi ke Gereja. “Biasanya, orang yang jauh dari tuhannya adalah orang yang
sedang bermasalah dengan sesuatu,” tegur Ana, halus. Tapi Brian adalah sesama musafir,
sesungguhnya, seperti Ana dan Ani –dalam perjalanan mencari Tuhan.

Muallaf adalah film yang sensitif, sedikit ofensif, dan agak nakal. Film ini melakukan kritik sosial
secara subversif. Tapi justru itulah kekuatan film ini: keberanian.

Tengoklah gambaran sang Datuk, ayah Ana dan Ani, yang menganggap najis ludah anjing tapi
tak merasa bersalah jika mabuk dan bermaksiat. Tipikal masyarakat Melayu (termasuk
Indonesia)? Atau indahnya sebuah adegan two shots saat seorang kyai Melayu dengan baju koko
putih, dengan pendeta India dengan baju putih bersih juga bersatu padu. Atau, lihat saja
pembukaan film ini, tulisan Basmalah (seperti ciri khas pada semua film Yasmin) —kali ini, dalam
aksara Cina. Semua menyuratkan keberanian Yasmin menyatakan sikapnya dalam film ini.

Tapi, hemat saya, Yasmin tak keluar batas. Ia hanya menunjukkan fenomena pluralitas agama
yang sebenarnya. Kita bisa bergaul dengan penganut agama lain, bahkan memelajari agama
mereka, tanpa meninggalkan hakikat agama sendiri, apalagi mencampuradukkan dengan ajaran
agama lain. Pesan pluralisme ini bisa bersembunyi, misalnya, dalam permainan kata dan nama
“Siva” dan “Rohani”.

Logika dalaman film ini kuat. Alasan masa lalu yang menghantui tokoh utama sungguh tajam.
Ani yang digunduli dan Brian kecil yang ditelanjangi di depan umum, menunjukkan sebuah rasa
malu dan, akhirnya, dendam kepada orang tua mereka. Dalam konteks ini, isu memaafkan
mencuat lagi, seperti pada Gubra. (Kesediaan Sharifah Amani untuk digunduli habis kepalanya
demi film ini, kini sedang jadi kontroversi di sebagian kalangan konservatif Malaysia. Ada fatwa
bahwa haram bagi perempuan menggunduli rambutnya.)

Tapi, harus diakui, inilah film Yasmin yang paling sarat dengan pesan, penuh dialog, dan lebih
berat daripada trilogi Orked (Sepet, Gubra, dan Mukhsin; “Orked” adalah nama tokoh utama
trilogi itu, yang juga diperani oleh Sharifah Amani). Mungkin karena “beban misi” film ini juga
lebih berat dan sensitif. Setelah isu pembaruan etnis dalam film-film terdahulunya, untuk
pertama kalinya Yasmin mengangkat tema agama. Tepatnya: Agama yang yang membawa
damai, cinta, dan cahaya. ***

Muallaf akan akan beredar Oktober 2007 di Malaysia dan Jepang; sedangkan di Singapura,
dijadualkan beredar November 2007. Belum ada kabar, kapan akan beredar di Indonesia.

Judul: Muallaf
Sutradara/Skenario: Yasmin Ahmad
Pemain: Sharifah Amani, Sharifah Aleysha, Brian Yap, Ning Baizura

Penulis adalah redaktur rumahfilm.org. Sebagai jurnalis film angkatan muda, Ekky telah menulis
beberapa buku tentang film, yang terbaru adalah Layar Persia (2007). Kini sedang studi S-2
tentang film di Amsterdam.
MUNGKIN hasrat kebanyakan media yang hadir menonton tayangan filem Muallaf untuk bertanya soalan lanjut serta
kemusykilan terbantut kerana seperti diketahui pengarahnya Yasmin Ahmad meninggal dunia pada 25 Julai lalu.
Dan, kemungkinan juga Muallaf adalah filem pertama dalam sejarah perfileman tanah air apabila pengarahnya
meninggal dunia sebelum sempat dipertontonkan. Bagaimanapun Muallaf sudah pun ditayangkan di luar negara iaitu
Singapura, Brunei dan Jepun lebih setahun lalu. Di negara, Muallaf hanya memasuki panggung hari ini berikutan
beberapa kontroversi dan terpaksa ditangguhkan atas sebab tertentu.

Sidang media yang diadakan sebaik Muallaf selesai dipertontonkan berlangsung dalam suasana penuh emosi. Adik
Allahyarham, Datin Orkid yang mewakili keluarga Yasmin masih lagi bersedih di atas pemergian mengejut kakak
tersayang. Begitu juga pelakon yang membintangi filem ini, masing-masing tidak dapat menahan sebak.
Filem Muallaf menimbulkan kontroversi kerana isu pelakon utamanya Sharifah Amani membotakkan kepala. Sejak itu
Muallaf dibidas dan mendapat kritikan hebat, namun isu yang diperbesarkan hanyalah babak yang muncul tidak
sampai berapa saat. Bagi yang menggemari
karya Yasmin, filem kelima arahannya itu
tentu sekali menjadi sebuah lagi karya
dikagumi. Biarpun teruk dikritik, ketika
hayatnya masih ada, Yasmin tidak pernah
patah semangat untuk menghasilkan filem.
Filemnya sentiasa memaparkan
kesaksamaan kaum dan toleransi agama
sehingga dia dituduh terlalu liberal dan
menyebabkan sesetengah orang kurang
senang dengan keterbukaan pengarah itu.

Muallaf jelas Yasmin yang dipetik daripada


beberapa kenyataan ketika beliau masih
hidup, hanyalah sebuah filem ringan
mengenai dua beradik Rohani dan Rohana
ORKID (tengah) tidak dapat menahan sebak ketika
yang melarikan diri dari bapa mereka menghadiri sidang media Muallaf.
berstatus datuk kerana tidak tahan dengan
sifat kejamnya. Ani dan Ana mempunyai sikap pelik menyebut nombor daripada ayat al-Quran, kitab Tao Te Ching
dan Injil. Namun bagi mereka yang mungkin tidak mempunyai ilmu setinggi Yasmin dan orang bijak pandai agama,
ungkapan ayat dari al-Quran dan Injil itu boleh membuatkan terpinga-pinga apabila menontonnya terutama apabila
dua beradik itu menyebut mengenai wahabi, tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah. Istilah itu tidak dizahirkan oleh
sebarangan orang. Tidak mungkin ia boleh topik perbualan oleh orang biasa di kedai kopi seperti mana yang
dilakukan oleh dua beradik itu dalam filem ini.

Bagaimanapun Yasmin masih dengan trademark memaparkan kesaksamaan kaum dan agama yang tidak banyak
pengarah tempatan mampu lakukan. Dia tidak berat sebelah, sebaliknya Yasmin memaparkan kebaikan setiap
agama yang menuntut umatnya berbuat baik dan menunjukkan sikap kasih sayang. Di akhir cerita Muallaf
sebenarnya hanya mahu mengajak penonton menanam sifat kasih sayang dan sentiasa memaafkan seperti mana
Ani dan Ana yang akan memaafkan setiap orang yang menyakiti mereka sebelum tidur. Mungkin itulah ringan yang
dimaksudkan pengarahnya. Muallaf adalah sebuah kisah benar kata Datin Orkid. Cerita mengenai Brian Goh yang
didenda berbogel kerana melakukan onani pada usia yang masih kecil dalam filem ini adalah kisah benar yang
berlaku kepada salah seorang sahabat Allahyarham. Begitu juga kisah Rohani yang dibotakkan kepala oleh bapanya
pula adalah kisah yang berlaku kepada rakan kepada anak saudara mereka kerana dihalang oleh bapanya dari
bertemu dengan jejaka berlainan agama.

“Dua babak ini sebenarnya hampir dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) tetapi kakak saya tidak mahu
adegan itu dipotong. Jika dua babak ini dipotong maka tiadalah cerita dalam Muallaf. Filem kedua terakhir
Allahyarham ini sepatutnya ditayangkan Julai lalu, namun disebabkan saingan daripada filem luar ketika itu iaitu
Harry Porter, kakak tangguhkan dulu tayangannya. Sepatutnya Muallaf belum lagi ditayangkan namun dengan
bantuan Datuk Farid Ridzuan dan Ahmad Puad Onah, filem ini berjaya ditayangkan pada Disember. “Cerita ini bukan
rekaan tetapi kisah benar. Filem yang arwah hasilkan semuanya kisah benar, kakak saya tak payah fikir macam
mana hendak reka cerita. Contohnya Rabun mengenai ibu bapa kami, Sepet pula kisah
percintaannya, Gubra mengenai perkahwinan Allahyarham dan Mohsin pula mengenai kami adik beradik,” kata
Orkid.

PELAKON yang cukup sinonim dengan


Yasmin, Sharifah Amani pula melahirkan
kebimbangan berdepan penonton dan
pengkritik filem tanah air kerana tiada lagi
pelindung yang sentiasa tampil dengan hujah
bernas. Segala kritikan yang bakal
dilemparkan nanti harus dihadapi sendiri.
“Saya takut kerana tidak ada lagi pelindung
yang akan melindungi apabila dikritik.
Allahyarham seorang yang sangat bijak, dia
sentiasa mempunyai jawapan bernas yang ada
kalanya langsung tidak terjangkau oleh fikiran
orang biasa seperti kita. Allahyarham bukan
jenis yang mudah melenting seperti saya
kerana saya seorang yang suka bercakap
lepas apabila diusik,” kata Amani.

Kelihatan cukup tabah pada sidang media


berkenaan, Amani bagaimanapun
memberitahu dia hanya dilihat tabah ketika di
khalayak ramai. Namun apabila pulang ke
rumah, dia akan merindui arwah dan tidak
mampu menahan air mata. “Walaupun
Allahyarham tiada pada hari ini, saya masih
bernasib baik kerana sempat menghadiri
tayangan filem ini di luar negara seperti
Singapura, Brunei dan Jepun,” katanya yang
sedikit sebanyak terbawa-bawa perangai
Rohani yang penyabar. Bagi Ning Baizura
pula, perkenalan selama 10 tahun bersama-
sama arwah bukanlah satu jangka masa lama.
TIGA tonggak utama Amani, Brian Yap dan Aleysha. Bagaimanapun dia bersyukur kerana impian
untuk berlakon di bawah pengarah itu tercapai
biarpun cuma untuk beberapa babak saja.

“Setiap kali berjumpa dengan arwah saya selalu melobinya supaya ambil saya berlakon. Akhirnya setelah beberapa
kali mencuba nasib, Yasmin berikan juga kepada saya watak. Walaupun watak saya kecil, namun saya berasa
bertuah kerana dapat juga berlakon di bawah arahannya,” kata Ning yang memegang watak ibu tiri Rohani. Selain
Amani dan Ning Baizura, Muallaf turut dibintangi Sharifah Aleysha, Brian Yap, Tony Savarimuthu, Datuk Rahim
Razali, Tan Mei Ling serta ramai lagi.

Sinopsis Muallaf

Dua beradik Rohani dan Rohana, melarikan diri daripada layanan buruk bapa mereka yang kaya. Mereka mendapat
perlindungan di sebuah bandar kecil dan berkenalan dengan Brian Goh, seorang guru muda di sekolah Katolik. Brian
amat tertawan dengan dua beradik berkenaan. Tertarik dengan dua beradik yang amat berani dan tabah
menghadapi kesusahan, persahabatan mereka memaksa Brian berhadapan dengan sejarah hitam yang
menghantuinya. Brian mula hilang kepercayaan kepada agama setelah didenda berbogel di depan orang ramai
kerana melakukan onani oleh bapanya seorang alim katolik. Sejak itu, Brian tidak berkunjung ke gereja dan jarang
pulang menziarah ibunya. Pengarah Yasmin Ahmad menyelami kemungkinan adanya emosi setelah trauma akibat
dilukai orang yang dikasihi. Menyingkap kisah tiga jiwa yang masih mencari erti kehidupan sebenar dan bagaimana
mereka menempuh suka duka bersama, Muallaf meraikan erti persahabatan, kemaafan dan penerimaan terhadap
sejarah silam.
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara hikmah dan nasihat yang baik..” -terjemahan surah An-
Nahl:125

Dakwah adalah sunnah yang sangat-sangat mulia, malahan ia merupakan satu perilaku terpuji yang
sudah menjadi kesinambungan tamadun manusiawi zaman bertukar zaman.

Dakwah mampu menjadi agen sebagai perantara untuk membawa manusia berhijrah daripada ruang
lingkup kegelapan kepada petunjuk cahaya, daripada positif kepada negatif, daripada buruk kepada baik.

Dalam konteks kefahaman masyarakat hari ini, wujud sebilangan kecil masyarakat yang sedikit tersasar
daripada memahami konteks dakwah pada ertikata sebenar.

Sebilangan daripada kita, kadang-kala menyempitkan ruang lingkup dakwah, malahan lebih malang lagi,
apabila sebahagian pengkarya-pengkarya seni yang mempunyai niat suci untuk berdakwah, dituduh
dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan tidak berasas walhal dakwah merupakan sesuatu yang sangat-
sangat dituntut untuk dilakukan dan boleh dilakukan dengan pelbagai method dan kaedah asalkan ianya
dilakukan secara bil-hikmah.

Sebahagian masyarakat masakini mempunyai fikrah berfikir yang agak jumud dan sempit. Malahan ada
yang lebih ekstrim, dimana mereka menjatuhkan hukuman keatas satu-satu karya tanpa berfikir dan
menaakul secara ekstensif nilaian ambiguiti yang cuba diselindungkan oleh seseorang sutradara melalui
filem atau drama yang dipertontonkan kepada khalayak.

Naskhah Arwah Yasmin Ahmad ini, sewajarnya digolongkan sebagai filem dakwah, malahan ia
merupakan sebuah karya dakwah yang sangat jujur dan tulus berdasarkan kajian dan ilmu Allahyarham
Yasmin secara mendalam berkaitan satu-satu isu yang cuba disampaikannya.

Wujud persoalan, adakah wajar Arwah dituduh sebagai penyebarpoliteisme lantaran menstruktur dan
mencampur-adukkan plot-plot dan skrip Muallaf berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Bible? Atau
wajarkah tindakan sebahagian masyarakat yang menuduh beliau sebagai agen pluralisme agama?

Aspek Penceritaan Dan Kritik Sosial


Yasmin memulakan filem ini dengan perkataan memuji Allah SWT iaitu lafaz Basmallah. Walaupun
ianya nampak ringkas, tetapi pada saya, ianya merupakan satu lafaz yang sangat kompleks jika kita rajin
mencari-gali apakah maksud disebalik lafaz tersebut. Malahan boleh dikatakan semua karya-karya beliau
menggunapakai lafaz ini ketika montaj pembukaan.

Berapa ramai daripada kita yang lalai daripada menggunakan lafaz ini setiap kali mahu melakukan apa
sahaja, walaupun ianya sangat mudah untuk diungkapkan? Bukankah ini satu dakwah?

Filem ini dibuka dengan menonjolkan watak Brian disamping penataan cahaya yang agak suram dan
hampir gelap. Disini kita nampak perlambangan bagaimana watak Brian ini dibina penuh dengan
keserabutan, huru-hara, hidup dalam kegelapan kerana tiada cahaya(baca:agama). Lantas melalui filem
ini kita lihat bagaimana 3 tranformasi berlaku pada watak Brian daripada sisi gelap kehidupan
beliau(baca: jauh dari agama beliau dan keluarga), kemudian bergerak secara perlahan beralih
mendalami ilmu agama(baca:dengan membaca kitab yang dipinjam daripada Rohani) dan akhirnya
mendapat sinar cahaya(baca: mendapat ketenangan dan akhirnya balik bertemu keluarganya).

Melalui watak Brian ini, Yasmin sebenarnya mengkritik sebahagian daripada kita yang sanggup
membuang nilaian kekeluargaan hanya kerana satu kisah peristiwa silam(baca: watak Brian ketika kecil,
dibogelkan di khalayak umum sebagai hukuman kerana membaca buku lucah) yang mungkin dilakukan
oleh penjaga semata-mata untuk menyedarkan atau membuka minda anak-anak mereka atas kesilapan
yang dilakukan oleh mereka.

Ini realiti yang kadangkala berlaku didalam masyarakat. Ketika mereka masih kecil mereka dihina atau
dipukul oleh ibubapa mereka, jadi apabila mereka dewasa, mereka mempunyai dendam kesumat lantas
mereka membalas dengan sesuatu yang tidak sepatutnya mereka lakukan sebagai seorang
anak(baca:menghina ibubapa, menghantar ibubapa kerumah kebajikan). Inilah yang cuba dikritik secara
halus oleh Arwah agar nilaian kasih sayang terhadap ibubapa jangan terhakis, walau apapun yang
dikenakan keatas kita ketika kita masih kecil, selagi ianya adalah berpaksikan untuk mengajar anak-anak
mereka bukan sifatnya mendera.

Kemudian plot filem ini beralih kepada dua watak iaitu watak Rohana dan Rohani. Kedua-dua watak ini
memperlihatkan elemen sisi kekeluargaan yang sangat kukuh walau apa jua dugaan yang melanda
mereka.
Sebenarnya, wujud persoalan mengapa Rohana dan Rohani melarikan diri daripada ibubapa mereka?
Adakah hanya disebabkan kes bapa si Rohani membotakkan kepalanya sedangkan ia adalah berpunca
daripada sifat ketidak-patuhan si Rohani sendiri? Atau adakah mereka melarikan diri kerana tidak hanya
tahan dengan kehidupan sosial ibubapa yang lebih kearah kebaratan, lantaran kedua-dua beradik itu
merupakan anak-anak yang mahukan nilaian Islam diterapkan dalam kehidupan mereka?

Filem ini bergerak dengan babak penerangan bagaimana Rohana yang berperwatakan agak mistik(baca:
menyebut angka-angka), hingga menimbulkan kekeliruan dikalangan guru-gurunya, malahan Rohana
turut dipukul oleh Puan Siva kerana tidak menurut perintahnya.

Ia seterusnya bergerak kepada kisah Rohani yang menyara adiknya dengan bekerja di pub, kemudian
beralih kepada watak Brian dan Brother Anthony yang cuba mengkaji mengapa Rohana dan Rohani
berkelakuan pelik(baca:bermain dengan angka), babak bagaimana sosialnya bapa Rohana dan Rohani
berdangdut sambil minum arak tetapi sangat skeptikal dengan anjing walhal kedua-duanya adalah najis,
babak bagaimana Rohana dan Rohani membaca terjemahan Al-Quran kepada pesakit perempuan di
Hospital, babak Rohana dan Rohani diculik oleh bapa beliau, kemudian Brian menyinambungkan apa
yang dilakukan oleh Rohana dan Rohani ketika keduanya tiada dan natijahnya Brian berubah fikiran dan
pulang ke kampung bertemu keluarganya.

Plot filem ini sebenarnya sangat-sangat ringkas.

Yasmin cuba bercerita dalam ruang-lingkup kehidupan Rohana dan Rohani yang diserikan dengan watak-
watak yang lain. Yasmin membina watak Rohana dan Rohani sebagai dua perempuan bijak yang
meminati pengajian tentang perbandingan agama. Akibat daripada ketidak-fahaman dan sifat inkuiri
yang tinggi keduanya terhadap agama membawa mereka bertemu dengan watak-watak yang lain dan
kesemua itu disusun dengan baik dan cantik oleh Yasmin melalui filem Muallaf ini.

Yasmin secara “double-meaning” lantang mengkritik budaya taklid buta dan kejumudan yang berlaku
didalam masyarakat. Beliau membuka minda dan mahu masyarakat mengenal istilahtalfiq dan tidak
hanya melulu menjatuhkan atau menuduh orang lain sebagai sesat dan tersasar daripada nilaian
beragama. Ini kita dapat lihat melalui babak kamera menghala ke langit dengan suara Rohani melagukan
selawat secara tidak teratur. Babak ini memberikan perlambangan bahawa kita tidak seharusnya hanya
terikat kepada satu-satu pandangan sahaja, sebaliknya perlu ada sifat keterbukaan selagi ianya tidak
bertentangan dengan syariat.

Umum sudah mengetahui bahawa adalah menjadi identiti Yasmin mengangkat dan menyelongkar sisi
gelap masyarakat dan kesinambungan itu diteruskan melalui karya ini. Isu pekerja beragama Islam
bekerja di pub, isu minum arak dan isu pelacur.

Apa yang nyata ialah Yasmin tidak pernah menghalalkan semua itu dan sepertinya mungkin Yasmin ingin
menyatakan bahawa walau siapapun kita, tiada siapapun diantara kita yang sempurna. Pasti ada salah-
silapnya. Disamping itu, Yasmin juga ingin masyarakat membuang stigma dan persepsi negatif terhadap
golongan sisi gelap ini, dengan cara mereka dibantu dan tidak disisihkan, kerana mereka juga adalah
manusia. Samalah juga halnya seperti penagih dadah, pesakit HIV, gadis yang mengandung anak luar
nikah dimana masih terdapat ramai masyarakat yang menyisihkan mereka.

Disinilah relevannya mengapa Yasmin suka mengangkat tema sedemikian.

Yasmin juga secara sinikal mencuit manja institusi pendidikan di Malaysia yang wujud terlalu banyak
tetapi kos-kos yang ditawarkan sedikit menghampakan dan kurang kualiti(baca: samada input mahupun
pasaran pekerjaan). Watak si kerani itu sebenarnya memberikan perlambangan bagaimana kejelekan
institusi pendidikan terutamanya institusi pengajian swasta yang lebih mementingkan wang berbanding
ilmu.

Secara jujurnya, babak anjing sudah klise dan sinonim dengan karya Arwah. Saya nampak ianya tidak
lebih bercakap soal kritikan terhadap sesetengah daripada kita yang menganggap anjing adalah najis jika
dipegang atau babi haram dimakan, tetapi dalam pada masa yang sama, arak dihalalkan, budaya
bercanda-sosial dihalalkan, riba dihalalkan, judi dihalalkan, rasuah dihalalkan dan lain-lain yang haram
dihalalkan. Babak ini lebih kepada siapa makan cili, dia yang merasa pedasnya.

Yasmin juga tidak lupa menekankan tentang peri-pentingnya solat. Walau sesusah-mana atau sesibuk-
mana pun kita, solat jangan dilupa, sebagaimana babak Rohana dan Rohani yang tergesa-gesa
menunaikan solat apabila sampai waktunya.

Karya Idealistik
Secara jujurnya, karya-karya Yasmin sangat-sangat kaya dengan idea dan mengesankan jiwa. Kita lihat
bagaimana terkesannya kita dengan iklan-iklan raya beliau. Jadi, boleh dikatakan apa yang dikaryakan
Yasmin adalah berpaksikan kepada pemahaman dan kajian Yasmin berdasarkan kepada sumber-sumber
mahupun pengalaman realiti beliau.

Muallaf boleh dikategorikan sebagai satu filem dakwah yang sangat-sangat baik, jujur dan positif dari sisi
intelektual.

Idea cinta berlainan lapis stratifikasi agama mungkin merupakan idea klise daripada Yasmin, namun
Muallaf bukan bercerita soal cinta. Yang menonjol untuk filem ini ialah elemen kekeluargaan yang cuba
ditampilkan melalui watak Rohana dan Rohani, mahupun antara Brian dengan keluarganya.

Ramai yang mengatakan Muallaf sangat preachy. Yasmin seolah-olah berkhutbah dengan mainan
nombor yang agak mengelirukan(baca:kedua beradik itu kerap-kali mengulang-sebut angka-angka hingga
mengelirukan penonton samada ianya daripada Al-Quran, injil ataupun daripada sumber yang lain),
namun sebenarnya ia mempunyai kaitan dengan jalan cerita Muallaf.

Saya merasakan adalah lebih baik jikalau Yasmin menulis terjemahan berdasarkan sumber yang
digunakan berbanding mainan angka. Ironikalinya, pasti tersembunyi nilaian ambiguiti mengapa Yasmin
lebih gemar menggunakan nombor berbanding terjemahan.

Disini kita melihat bagaimana bijaknya karya Muallaf ini ditangan Yasmin. Yasmin tidak hanya mahu
penonton hanya duduk sekadar menonton untuk berhibur, tetapi dalam pada masa yang sama, mahu
penonton mentadabbur dan mencari-gali apa yang cuba disampaikan oleh Yasmin melalui angka-angka
tersebut. Yasmin secara “direct” cuba menyemai nilaian positif yang baik sebagai hidangan kepada
penonton.

Wujud persoalan, ada banyakkah karya yang sebegini ilmiah dan informatif seperti ini di Malaysia?

Mungkin ada sebilangan khalayak yang beranggapan Yasmin cuba menyalur unsur pluralisme secara
halus melalui kewujudan babak digereja, atau watak Brother Anthony. Namun, saya lebih merasakan
bahawa Yasmin hanya mahu mengeluarkan apa yang positif berdasarkan pemahaman agama selain
Islam. Yasmin secara jelas menyatakan pandangannya berdasarkan nas Al-Quran yang bermaksud: “Bagi
kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” -terjemahan Surah Al-Kafirun ayat 6.

Apa yang jelas mahu ditimbulkan oleh Yasmin ialah isu toleransi beragama dan bagaimana positifnya
natijah yang akan digapai sekiranya nilaian toleransi dan sikap saling menghormati ini dapat diterapkan
didalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Yasmin juga dalam pada masa yang sama, membentuk sikap cintakan ilmu. Kita lihat watak Brian yang
jika pada sebelumnya amat acuh tidak acuh tentang agama, mula membaca Al-Quran dan Bible setelah
mengenali Rohana dan Rohani, begitu juga watak kedua beradik itu yang rajin berdiskusi tentang bidang
keagamaan hinggakan diketahui oleh umum, sebagaimana yang diberitahu pelayan restoran kepada
Brian.

Kekuatan filem ini ialah pada jalan ceritanya, skrip(baca:yang bermain dengan angka yang kadang-kala
mengelirukan) dan kekuatan lakonan para pelakonnya. Saya amat menyukai watak Rohana untuk
naskhah ini, namun watak Brian sepertinya agak sedikit kaku ditangan Brian Yap. Watak Datuk dan
Datin(lakonan Dato Rahim Razali dan Ning Baizura) walaupun sedikit tetapi sangat-sangat memberikan
kesan. Saya secara jujur sangat menyukai babak seorang lelaki berjubah dan berserban dapat bergaul
mesra dengan Brother Anthony, walaupun berlainan agama, babak itu pada saya sangat indah.

Sinematografi

Filem-filem Yasmin sememangnya sangat cantik dari sudut sinematografinya. Saya amat suka dengan
shot dan penataan cahaya filem-filem Yasmin.

Saya merasakan Yasmin sememangnya agak kurang suka dengan teknik pegangan-bebas. Ia dapat
dibuktikan dengan shot-shot yang dirakam tanpa sebarang getaran tangan jurukameranya. Ini mungkin
disebabkan Arwah mahukan kekemasan dalam kerja seninya.

Karya-karya seni Yasmin sememangnya sangat kemas dengan shot-shot statik yang cantik. Kita lihat
sebagai contoh shot rumah ketika Brian mahu bertemu Rohani dihujung cerita. Malahan boleh dikatakan
kesemua shot close-up ataupun shot jauh juga dibikin dengan sangat kemas.

Menonton filem-filem Yasmin seolah-olah kita melihat gambar-gambar statik yang indah, yang mungkin
kita boleh lihat dalam hasil-hasil karya Khabir Bhatia.

Situasi dan ruang komposisi rangkuman kamera disusun dengan amat baik untuk menatijahkan
sinematografi yang selari dengan jalan cerita Muallaf.

Untuk filem ini Yasmin mungkin lebih mencirikan konsep“kembali kepada alam” dimana banyak shot
dirakam dengan ada perkaitan dengan alam semulajadi, contohnya shot kearah langit sambil berselawat
mahupun beberapa shot yang terselit pokok-pokok untuk mengindahkan lagi sudut sinematografinya,
disamping itu Yasmin juga mungkin mengajak khalayak menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Persoalan

Muallaf ditutup dengan babak Brian memandu laju untuk bertemu Rohani dibanglo(sedangkan sebelum
itu kita diberitahu Brian adalah seorang pemandu berhemah), seolah-olah tidak bersabar ingin
menyampaikan sesuatu kepada Rohani, namun kita tidak memastikan apa yang berlaku diantara Brian
mahupun Rohani selepas itu, atau apa yang cuba diungkapkan oleh Brian kepada Rohani. Juga timbul
persoalan berkahwinkah mereka atau adakah Brian tetap dengan agamanya ataupun berhijrah kepada
agama Islam.

Kesemua itu, jawapannya ada pada Arwah sendiri.

Al-Fatihah Yasmin Ahmad.

p/s: ada yang bertanya kenapa saya suka review filem yang dah lama keluar kat panggung, saya jawab,

saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk itu, malahan untuk menonton DVD pun saya terpaksa

mencuri-curi masa senggang.

OLEH M-YUSOF PADA 11:14

LABELS: AL-FATIHAH YASMIN AHMAD, ULASAN FILEM

You might also like