You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN IPOH

17500 TANAH MERAH, KELANTAN.

PROJEK TAMAN HERBA


SK. IPOH
2017

DISEDIAKAN OLEH:

JAWATANKUASA KERJA TAMAN HERBA

SK. IPOH
1. Pengenalan

Projek Taman Herba merupakan satu tiindakan dan kaedah pihak sekolah
bagi merealisasikan hasrat untuk memulihara dan memelihara alam sekitar
secara progresif. Projek ini memberi nilai tambah kesedaran kepentingan
menjaga alam sekitar di kalangan warga sekolah. Selain itu, ianya juga
berkaitan dengan teras penghijauan dan kokurikulum yang dapat membantu
dengan lebih berkesan ke arah aktiviti yang mesra alam.

2. Objektif

Antara objektif perlaksanaan projek ini:

i. Membudayakan nilai kasih sayang terhadap alam sekitar di


kalangan warga sekolah.
ii. Merealisasikan konsep sekolah dalam taman
iii. Mengeratkan perhubungan antara warga sekolah bagi menjayakan
pendidikan alam sekitar.
iv. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh
kedamaian yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
v. Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pokok herba.

3. Faedah

Projek taman herba mempunyai banyak faedah yang boleh


dihubungkaitkan dengan pendidikan alam sekitar. Murid-murid akan
mendapat pendedahan awal dengan pelbagai jenis pokok herba yang
mempunyai khasiat tertentu. Selain itu, murid-murid juga dapat
mempelajari bentuk-bentuk pokok herba.
Guru dan ibu bapa juga dapat mendapat manfaat daripada projek ini.
Mereka akan lebih mengambil tahu tentang kelebihan pokok herba dalam
perubatan.

4. Kumpulan yang terlibat


Projek ini dibina secara bersama yang melibatkan sebahagian guru,
kakitangan sekolah dan masyarakat setempat.

5. Status kemajuan.

Projek taman herna dibina selama dua minggu dalam cuti sekolah
pertengahan tahun baru-baru ini. Seminggu sebelum kerja-kerja
dilakukan, pihak kami telah berbincang reka bentuk taman dan penetapan
lokasi yang sesuai. Setelah itu, pihak kami mula menanam pokok-pokok
herna yang terpilih. Kerja-kerja penanaman pokok herba telah memakan
masa selama 2 minggu.

6. Pelan pelaksanaan projek

i. Menyediakan jadual kerja mengunakan carta gantt


ii. Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa
iii. Pembentangan struktur projek
iv. Pemerhatian dan lawatan ke kawasan yang berpotensi di sekitar
sekolah.
v. Gotong- royong membersihkan kawasan projek.
vi. Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan sekolah.
vii. Mengumpulkan anak pokok untuk ditanam di taman herba.
viii. Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuhan yang
ditanam dengan nama sainstifik dan juga tempatan.

7. Jawatankuasa perlaksana

Pengerusi : En. Alias b. Abdullah


Timbalan Pengerusi : En. Khairil Amin b. Mohamed
Naib Pengerusi 1 : En. Asri b. Ab. Rahman
Naib Pengerusi 2 : Pn. Narawi bt. Mamat
Setiausaha : En. Fauzi b. Muda
AJK Kerja : En. Mohd Hamizan b. Sipek
En. Che Choh@Alias b. Embong
Pn. Che Ku Rohana bt. Che Ku Jusoh
En. Mohd Nor Azlan b. Nawi
YM. Tn. Azman b. Tn. Chilek
Pn. Hjh. Sarimah bt. Ali
Pekerja sekolah

8. Gambar
Sebelum projek disiapkan

60 peratus siap

100 peratus siap


9. Penyata perbelanjaan

Bil Bahan Kuantiti Anggaran


1 Simen RM 342.00
2 Batu-bata RM 500.00
3 Alat pertukangan RM 266.00
4 Batu halus 1 lori RM 200.00
5 Kapur 3 beg RM 9.00
6 Tanah baja 1 lori RM 190.00
7 Pasir 1 lori RM 320.00
8 Cat 2 tin RM 200.00
9 Cat undercot 1 tong RM 160.00
9 Upah RM 600.00
10 Papan Label pokok 62 papan tanda RM 620.00
11 Paip RM 7.50
3 Baja RM 35.50
4 Pokok-pokok herba 62 pokok RM 400.00
6 Papan tanda taman RM 350.00
Jumlah RM4200.00

PELAN TAMAN HERBA

46. Mas cotek 1. Kerbau amok


47. Ajaib
52. senduduk puth

45. Hempedu bumi 2. merawan siput babi


51. Tunjuk langit

53. Lada pahit


48. Bismillah

49. Bakawali

50. jeruju

44. Kunyit hitam 3. kaduk

43. Gora 4. lemuning gajah


54. Misai kucing
55. Labu kayu
42. Limau rawit 5. kari

41. Putting beliung 6. lada hitam


56. Pecah lembing 59. Serai kayu

40. Mengkudu 7. sinar


57. Kenerak 58. Jeringai

39. Semambu 8. setawar

38. Mahkota Dewa

9 selusuh
37. Tenggek Burubg

10. sireh harimau


36. Pandan Kayu

35. Batu Jin 11. jarum tujuh bilah

34. Melur susu 60. Halia Bara 61. Stevia


12. tapak kuda
33. Ginsen ulam

13. belimbing tanah

32. Pandan Kayu


14. tebu gajah

31. Akar seratus

30. Temu lawak 15. celaka

64. Bunga raya puth


63. cekur
29. Gandar Rusa 65. Derhaka Mertua 16. sambung nyawa

28. Pinang Puteri


62. Lidah buaya

17. kacip fatmah


22. At-atI

27. Kemuntng Sungai


18. sepat

20. avacado
26. Tongkat Ali Merah

25. Penar

24. Jari lipan

22. serai kayu

21. Baldu merah


23. Kelambu malam

19. tongkat ali hitam

10. Penutup

Adalah diharapkan agar perancangan yang telah disusun akan berjalan


dengan lancar disamping mendapat kerjasama dan perhatian semua
pihak.Ini bertujuan untuk memastikan taman herba sentiasa berada
dalam suasana bersih,ceria dan mewujudkan iklim pembelajaran yang
kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang
akademik dan pembinaan akhlak.

AKUAN PENGESAHAN

Kami mengesahkan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan bersedia
menerima lawatan panel penilai pada waktu yang sesuai ( sekiranya sesuai ).

Pemohon :

________________ ______________________

( FAUZI BIN MUDA ) ( Cop Sekolah )

Ahli Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Tarikh : 27.6.2011

Pengesahan :

______________________________ _____________________

( Pengetua / Guru Besar Sekolah ) ( Cop Sekolah )

Tarikh : 27.6.2011