You are on page 1of 24

AMALAN PENGAJARAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH

TERHADAP APIKASI PENDEKATAN PENYIASATAN

SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


Disahkan oleh,

21 April 2006 21 April 2006


iii

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).

Tandatangan : ____________________________
Nama Penyelia : ENCIK MOHAMAD ALI BIN IBRAHIM
Tarikh : 21 APRIL 2006
AMALAN PENGAJARAN GURU SAINS SEKOLAH RENDAH
TERHADAP APIKASI PENDEKATAN PENYIASATAN

SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian


daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

2006
iv

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : _________________
Nama Penulis : SOFIAH NURIYAH BINTI ABAS
Tarikh : 21 APRIL 2006
v

DEDIKASI

Khas buat ayahanda tersayang (Haji Abas bin Haji Abdul Hadi) dan bonda
tercinta (Hajah Che Ndah binti Haji Ahmad)
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang kalian.

Adik beradikku yang dikasihi, Along, Kak Minah & Abg Lan, Moma, Modi, Lili dan
Kina yang banyak memberi semangat dan dorongan. Buat anak buahku yang tercomel
Mohd Syarawi yang menceriakan hatiku.

Buat rakan-rakan seperjuangan Aisya, Farihah, Fahmi, Fiza, Kak Zety, Kak Haiyu,
Rohit, Yan, Laa, Nurrul, Yati, Jun........
Semoga ukwah yang terjalin di sini akan berkekalan buat selama-lamanya.

Setinggi-tinggi penghargaan buat yang tersayang,


Abdul Halim bin Mohd Salleh yang sedia menemani menempuh apa jua halangan dalam
menjalankan kajian ini. Jasamu akan ku kenang sepanjang
hayat

Buat semua yang terlibat, kejayaan yang diperolehi ini adalah kejayaan kita bersama.
Terima kasih di atas segala bantuan dan doa yang diberikan selama ini.
vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala pujian bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat
ranhum dan sesiapa yang mengikut mereka dengan ikhlas sehingga hari kiamat.

Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Ali bin
Ibrahim, selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) yang sudi memberi tunjuk ajar,
ilmu pengetahuan bimbingan serta dorongan yang berterusan sehingga PSM ini berjaya
disiapkan.

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kakitangan bagi pihak sekolah dan 171 orang pelajar sekolah rendah yang terlibat dalam
menjayakan kajian ini.

Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sealiran 5


SPF, yang telah memberi sokongan dan pertolongan dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih dirakamkan khas untuk ayahanda dan bonda yang
tercinta.. Yang tersayang, Abdul Halim bin Mohd Salleh. Tidak dilupakan juga kerabat
keluarga dan rakan-rakan yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam
menjayakan kajian ini sehingga ke akhirnya.

Semoga sekalian kita bersama-sama senantiasa mendapat keberkatan Allah SAW.


vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan pengajaran guru sains sekolah
rendah terhadap aplikasi pendekatan penyiasatan. Kajian melibatkan 171 orang pelajar
di enam buah sekolah rendah terpilih di daerah Johor Bahru. Instrumen yang digunakan
ialah soal selidik yang mengandungi 29 item berbentuk skala ordinal dan sebanyak tiga
soalan berbentuk subjektif. Nilai keboleh percayaan instrumen adalah 0.85. Dapatan
data terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Kategori Sekolah dan Kategori Pelajar
dan masing-masing terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cemerlang,
sederhana dan lemah. Hasil dapatan data dianalisa secara statistik deskriptif dan
memberikan keputusan min pendekatan penyiasatan Kategori Sekolah terhadap
kumpulan iaitu Kumpulan Sekolah Cemerlang, Kumpulan Sekolah Sederhana dan
Kumpulan Sekolah Lemah masing-masing ialah 2.12, 2.21 dan 2.30 manakala terhadap
Kategori Pelajar bagi Kumpulan Pelajar Cemerlang, Kumpulan Pelajar Sederhana,dan
Kumpulan Pelajar Lemah masing-masing ialah 2.14, 2.20 dan 2.27. Ini menunjukkan
bahawa tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru-guru sains sekolah rendah masih di tahap yang rendah.
Min sikap saintifik pelajar terhadap Kategori Sekolah bagi Kumpulan Sekolah
Cemerlang, Kumpulan Sekolah Sederhana dan Kumpulan Sekolah Lemah masing-
masing ialah 3.20, 3.07 dan 3.18 manakala min sikap saintifik terhadap Kategori Pelajar
bagi Kumpulan Pelajar Cemerlang, Kumpulan Pelajar Sederhana dan Kumpulan Pelajar
Lemah pula masing-masing mencatatkan 3.20, 3.13, 3.07. Hasil dapatan kajian
menunjukkan pelajar tidak mencapai tahap kefahaman konsep yang baik tetapi
menunjukkan sikap terhadap mata pelajaran sains yang positif.
viii

ABSTRACT

The main purpose of this research is to find the exact level of performance of
investigative approach among primary science teacher. 171 primary school students
from six selected school which located in the Johor Bahru district were involved in this
research. Questionnaire which have 29 of ordinal scale items together with three
subjective questions are up to as an instrument for this research. Value of alpha
cronbach is = 0.85 are gained from the reliability analysis. Results are divided in two
main categories that are school category (KS) and pupils category (KP) and each of
categories covered three variables group that are group of excellent (C), medium (S) and
Weak(L). Results are analyzed by way of descriptive statistics which resulting mean for
investigative approach in KS towards Kumpulan Sekolah Cemerlang, Kumpulan
Sekolah Sederhana, and Kumpulan Sekolah Lemah groups at 2.12, 2.21 and 2.30 each
while towards Kumpulan Pelajar Cemerlang, Kumpulan Pelajar Sederhana and
Kumpulan Pelajar Lemah at 2.14, 2.20 and 2.27 each. These shows that the application
of investigative approach in teaching and learning process among primary sciences
teachers are still low in performance. Students attitude towards science subject resulting
mean at 3.20, 3.07, 3.18 each for Kumpulan Sekolah Cemerlang, Kumpulan Sekolah
Sederhana dan Kumpulan Sekolah Lemah while 3.20, 3.13, and 3.07 each for Kumpulan
Pelajar Cemerlang, Kumpulan Pelajar Sederhana and Kumpulan Pelajar Lemah. This
research shows that students did not have good comprehension science concept but
have positive attitude toward science subject.
ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i


JUDUL ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1
1.1 Pernyataan Masalah 4
1.2 Objektif Kajian 5
1.3 Persoalan Kajian 5
1.4 Kepentingan Kajian 6
x

1.5 Batas Kajian 6


1.6 Takrifan 7
1.6.1 Amalan Pengajaran 7
1.6.2 Guru Sains Sekolah Rendah 7
1.6.3 Tahap Aplikasi 7
1.6.4 Pendekatan Penyiasatan 8
1.6.5 Pelajar Sekolah Rendah 8
1.7 Rumusan 8

2 SOROTAN PENULISAN 10

2.0 Pengenalan 10
2.1 Model Sains 10
2.1.1 Teori Kognitif Piaget 11
2.1.2 Model Tyler 12
2.1.3 Model Taba 13
2.2 Pendekatan Pengajaran Sains 14
2.2.1 Pendekatan Pengajaran Secara 15
Konstruktif
2.2.2 Pendekatan Pengajaran Secara 16
Kolaboratif
2.2.3 Pendekatan Pengajaran Secara 17
Kontekstual
2.2.4 Implikasi Pendekatan Pengajaran 18
Sains
2.2.4.1 Projek Pendidikan Sains 18
Australia(ASEP)
2.3 Pendekatan Penyiasatan 20
2.4 Kajian-kajian Lepas 23
xi

3 METODOLOGI KAJIAN 25

3.0 Pengenalan 25
3.1 Tatacara Kajian 25
3.2 Sampel Kajian 26
3.3 Instrumen Kajian 28
3.4 Tatacara Mengumpul dan Menganalisa Data 33
3.5 Analisis Data 33
3.6 Kajian Rintis 34
3.7 Rumusan 35

4 ANALISIS DATA 36

4.0 Pengenalan 36
4.1 Analisis Latar Belakang Pelajar 37
4.2 Analisis Kategori Sekolah dan Kategori Pelajar 37
4.3 Analisis Tahap Aplikasi Pendekatan Penyiasatan 38
4.3.1 Analisis Tahap Aplikasi Pendekatan 38
Penyiasatan Terhadap Kategori
Sekolah
4.3.2 Analisis Tahap Aplikasi Pendekatan 39
Penyiasatan Terhadap Kategori
Pelajar
4.4 Analisis Sikap Pelajar Terhadap Sains 39
4.4.1 Analisis Sikap Pelajar Dalam Mata 40
Pelajaran Sains Terhadap Kategori
Sekolah
4.4.2 Analisis Sikap Pelajar Dalam Mata 40
Pelajaran Sains Terhadap Kategori
Pelajar
xii

4.5 Analisis Hubung Kait Antara Pendekatan 41


Penyiasatan dengan Kefahaman Konsep
Sains Pelajar
4.6 Rumusan 43

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN 44

5.0 Pengenalan 44
5.1 Perbincangan 44
5.1.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 44
5.1.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 45
5.1.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 47
5.1.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 47
5.1.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 48
5.2 Kesimpulan 49
5.3 Cadangan 51
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 52

RUJUKAN 53
LAMPIRAN
xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Tahap Pencapaian Berdasarkan


Peratus Pencapaian Umum 27
3.2 Kategori Sekolah 28
3.3 Kategori Pelajar 28
3.4 Bahagian Dalam Soal Selidik 29
3.5 Skala Likert Umum 29
3.6 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Instrumen 30
3.7 Skala Likert Yang Digunakan Dalam Instrumen 30
3.8 Pembahagian Item Pendekatan Penyiasatan
dan Sikap Pelajar 31
3.9 Skala Rujukan Tahap Aplikasi Pendekatan
Penyiasatan 32
3.10 Skala Rujukan Status Sikap Pelajar Terhadap
Sains 32
3.11 Skala Rujukan Pencapaian Kefahaman Konsep
Sains Pelajar 32
4.1 Jantina Pelajar 37
4.2 Bangsa Pelajar 37
4.3 Kumpulan Kategori Sekolah 37
4.4 Kumpulan Kategori Pelajar 38
4.5 Pendekatan Penyiasatan Terhadap
Kategori Sekolah 39
xiv

4.6 Pendekatan Penyiasatan Terhadap


Kategori Pelajar 39
4.7 Status Sikap Pelajar Terhadap Sains 40
4.8 Status Sikap Pelajar Terhadap Sains 41
4.9 Kefahaman Konsep Sains Pelajar 42
4.10 Hubung Kait Pendekatan Penyiasatan
Dengan Kefahaman Konsep Sains Pelajar 42
xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Model Umum Sains 11


SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran


et. al - And Others
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
ASEP - Australian Science Education Project
PI - Primary Investigation
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
KSC - Kumpulan Sekolah Cemerlang
KSS - Kumpulan Sekolah Sederhana
KSL - Kumpulan Sekolah Lemah
KPC - Kumpulan Pelajar Cemerlang
KPS - Kumpulan Pelajar Sederhana
KPL - Kumpulan Pelajar Lemah
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik Pelajar

B Jadual Korelasi Spearsman Rho Bagi Melihat Hubung Kait


Pendekatan Penyiasatan Dengan Kefahaman
Konsep Sains Pelajar

C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan


Dasar Pendidikan ( BPPDP)

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Rintis

E Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Johor ( JPNJ )


BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam bidang pendidikan, penyiasatan saintifik merupakan format dalam


pendekatan holistik yang telah diinovasikan daripada pendekatan proses dan
kemahiran dalam strategi pengajaran sains (Woolnough, 1991). Pada peringkat
awal, konsep penyiasatan lebih dikenali sebagai konsep sains praktikal. Untuk
melihat bagaimana pendekatan penyiasatan merupakan pendekatan yang berkesan
dalam pelaksanaan kurikulum sains, perlulah diteliti dahulu strategi sains praktikal
yang digunakan sebelum ini.

Skema Nuffield adalah garis panduan pendekatan sains praktikal bagi guru-
guru yang mengajar mata pelajaran sains yang bermula di sekolah-sekolah di
England dan Wales. Fokus pengajaran menggunakan skema Nuffield adalah pada
kaedah dan objektif yang berkonsepkan inkuiri pelajar yang dicabar dan pelajar
belajar dalam keadaan neutral tanpa berpegang kepada konsep sains yang tepat.
Intipati falsafah Nuffield adalah untuk membangkitkan semangat penyiasat dan
membina disiplin pemikiran imaginatif (Nuffield Foundation, 1966). Ini bermaksud
sains dipelajari secara mempraktikkan sikap dan pemikiran sebagai seorang saintis
dengan mengaplikasi pendekatan penyiasatan yang akan membawa kepada ilmu
sains itu sendiri. Wellington (1989) menyatakan bahawa sains dipelajari untuk
kebaikan pelajar itu sendiri dan bukan untuk untuk kebaikan sains itu sendiri.
Walau bagaimanapun, skema ini tidak berjaya mencapai objektif kerana kebanyakan
guru yang menggunakan skema ini tidak memahami fokus utamanya dan masih
2

meneruskan pendekatan secara tradisonal. Pelajar belajar sains secara guided


discovery iaitu belajar mengikut arahan guru dan sentiasa memberikan keputusan
seperti yang dikehendaki dalam objektif pengajaran guru tetapi ia tidak meransang
pemikiran imaginatif pelajar untuk bertindak seperti seorang penyiasat atau saintis.

Penyiasatan merupakan konsep yang diperjuangkan selepas pendekatan


proses dan kemahiran tidak berjaya mencapai objektif pengajaran sains di sekolah.
Walau bagaimanapun terdapat pelbagai definasi bagi istilah penyiasatan ini dan
sehingga kini masih ramai yang membahaskan bentuk-bentuk aktiviti yang berkaitan
pendekatan penyiasatan dalam mempelajari sains (Gott dan Duggan, 1995).
Seterusnya, di sini akan dinyatakan lebih lanjut aktiviti yang merupakan konsep
pendekatan penyiasatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains di
sekolah.

Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah untuk menukar tingkah


laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan
baru. Kesempurnaan sesebuah sesi pengajaran bermula dari perancangan P&P yang
teliti hingga amalan guru yang dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Teachers are often forgotten element in research; it would appear that only
student differences and need are important. Perhaps the time has come for
increased attention in thus area.
(Newman, 1983:10)

Kenyataan Newman menunjukkan peranan guru adalah elemen utama dalam


pendidikan yang sering dilupakan sedangkan ia membawa implikasi besar ke atas
keperluan pencapaian pelajar. Fokus penyelidikan ini adalah untuk melihat sejauh
mana tahap aplikasi konsep dan pendekatan penyiasatan dalam amalan pengajaran
guru yang mengajar mata pelajaran sains di sekolah rendah.

Pemilihan pendekatan pengajaran bagi mata pelajaran sains adalah sedikit


berbeza dengan strategi pengajaran secara umum. Dalam beberapa dekad yang lalu,
para pengkaji dan ahli psikologi kognitif telah mengenengahkan suatu ilmu
pendekatan pengajaran yang berasaskan falsafah dan psikologi iaitu pendekatan
3

pengajaran secara konstruktif. Umumnya, fahaman konstruktivisme digunakan


dalam pengajaran bagi membolehkan pelajar membina sendiri makna dan kefahaman
mereka dalam proses pembelajaran sementara guru hanya bertindak sebagai
pembimbing untuk membantu pelajar mendekati idea sains yang hendak dipelajari.
Secara tidak langsung pelajar bertindak sebagai penyiasat yang boleh diperihalkan
sebagai pembelajaran secara penyiasatan.

Konsep-konsep sains telah diterapkan seawal kanak-kanak berumur 7 tahun


yang belajar dalam tahun satu di sekolah rendah. Pelajar dididik untuk mengenal diri
sendiri, jenis-jenis haiwan dan tumbuhan sehinggalah pada tahap tahun tiga sahaja
pelajar sudah mula mempelajari konsep magnet, keelektrikan, spring, konsep
penyerapan, konsep bahan dan konsep campuran bahan. Harlan (1999) menyatakan
bahawa pendidikan awal lebih mudah difahami melalui pembelajaran secara konkrit
menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan bahan untuk merangsang sifat
inkuiri pelajar. Pembelajaran sains yang berkesan bermula dari sifat ingin tahu
(inquiry) pelajar yang di dorong dari pengenalan konsep secara konkrit yang
ditunjukkan oleh guru seterusnya akan mendorong kepada teknik mengeksperimen
menggunakan kerangka kognitif pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada dan
pengalaman seharian.

Borang soal selidik dibina untuk dijawab oleh pelajar tahun 5 di enam buah
sekolah rendah terpilih dalam daerah Johor Bahru. Fokus utama instrumen adalah
untuk melihat aplikasi pendekatan penyiasatan dalam proses P&P di peringkat
sekolah rendah. Antara lain kajian ini bertujuan untuk menilai sikap pelajar sekolah
rendah terhadap mata pelajaran sains dan melihat perkaitan antara pendekatan yang
digunakan dengan kefahaman konsep sains pelajar.
4

1.1 Pernyataan Masalah

Pengajaran sains dipercayai lebih berkesan menggunakan pendekatan secara


praktikal yang memerlukan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses P&P sains.
Bagi pelajar sekolah rendah khususnya, strategi pengajaran yang berkesan adalah
menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan (Mok, 2001). Ini merangkumi
pendekatan secara penyiasatan dalam proses P&P sains di sekolah.

Australian Science Education Project (ASEP) telah menggariskan suatu


panduan pengajaran sains di peringkat sekolah rendah secara berkesan berdasarkan
pendekatan penyiasatan. Hasil daripada kaedah tijauan, temubual dan soal selidik ke
atas para guru sekolah rendah mengenai pendekatan sains secara berkesan, maka
terhasillah konsep Primary Investigations yang diiktiraf oleh Commonwealth
Department of Education, Science and Training di Akademi Sains Australia yang
secara rasminya dilancarkan pada tahin 1995.

Amalan pengajaran guru terhadap pendekatan yang digunakan adalah antara


faktor terbesar yang menyumbang kepada keberkesanan pendidikan sains di sekolah
rendah. Proses P&P sains lebih digalakkan menggunakan bahan konkrit dan
mengaplikasi konsep inkuiri bagi merangsang pelajar mendalami sains secara
penyiasatan. Pendekatan dalam proses P&P perlu menekankan kepada pembelajaran
secara inkuiri samada secara induktif atau deduktif untuk mencapai matlamat dan
objektif pendidikan sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan
baik (Loo, 2003). Persoalan di sini ialah tahap aplikasi pendekatan penyiasatan
dalam pembelajaran sains yang diguna pakai oleh guru dalam proses P&P sains itu
sendiri serta keberkesanan pendekatan yang digunakan dalam menanam sikap dan
minat yang postif terhadap sains serta kefahaman konsep sains yang betul dan kekal
dalam kerangka kognitif pelajar.

Terlebih dahulu akan diselidik maksud serta aktiviti yang klasifikasikan


sebagai pendekatan penyiasatan dalam P&P sains di peringkat sekolah rendah.
Seterusnya aktiviti pendekatan penyiasatan itu dijadikan asas pembinaan item dalam
instrumen yang akan diuji ke atas pelajar bagi mengkaji tahap aplikasi pendekatan
penyiasatan dalam proses P&P sains di sekolah rendah.
5

1.2 Objektif Kajian

1. Mengkaji tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam amalan


pengajaran guru sains sekolah rendah terhadap kategori sekolah.

2. Mengkaji tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam amalan


pengajaran guru sains sekolah rendah terhadap kategori pelajar.

3. Mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains bagi kategori


sekolah.

4. Mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains bagi kategori


pelajar.

5. Mengkaji implikasi amalan pendekatan penyiasatan terhadap kefahaman


konsep sains pelajar.

1.3 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam amalan


pengajaran guru sains sekolah rendah terhadap kategori sekolah ?

2. Apakah tahap aplikasi pendekatan penyiasatan dalam amalan


pengajaran guru sains sekolah rendah terhadap kategori pelajar ?

3. Apakah sikap pelajar dalam mata pelajaran sains terhadap kategori


sekolah ?

4. Apakah sikap pelajar dalam mata pelajaran sains terhadap kategori


pelajar ?
5. Adakah wujud perbezaan antara tahap amalan pendekatan penyiasatan
dengan kefahaman konsep sains pelajar ?

You might also like