You are on page 1of 4

LATIHAN 3

1. 4 tonggak pendidikan adalah sebagai panduan dalam memberi dan melaksanakan perkhidmatan
pendidikan.
a) Jelaskan bersama contoh belajar untuk menguasai ilmu dan belajar untuk menguasai
kemahiran seperti yang digariskan dlam tonggak pendidikan UNESCO.

Belajar untuk menguasai ilmu adalah asas kepada pembelajaran kita sepanjang hayat. Belajar
untuk menguasai ilmu membawa implikasi belajar bagaimana untuk belajar dengan
memperkembang tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan untuk berfikir seseorang. Dalam kata
lain, belajar untuk menguasai ilmu bermaksud belajar cara belajar.

Belajar untuk menguasai kemahiran melengkapkan kita dengan kemahiran-kemahiran untuk


diaplikasikan dalam bidang pekerjaaan. Contohnya kemahiran insaniah, kemahiran interpersonal,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan dan sebagainya. Belajar untuk menguasai
kemahiran membolehkan kita mengaplikasikan apa yang telah kita belajar di dalam situasi sebenar
yang berlaku di persekitaran kita.

b) Huraikan bagaimana guru dapat merealisasikan tonggak pendidikan UNESCO belajar untuk
harmoni dan bekerjasama dalam kalangan murid pelbagai kaum.

Guru haruslah mempunyai sikap keterbukaan dan tidak mengongkong ciri ingin tahu murid
mengenai budaya orang lain. Murid perlu didedahkan kepada kepelbagaian budaya rakyat Malaysia
dan kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan satu sama lain demi keharmonian
hidup.

Selain itu, guru juga boleh mencampur adukkan murid yang berlainan kaum dan budaya di
dalam kumpulan PdP. Jika murid pelbagai budaya dapat bekerjasama dalam pelbagai projek, isu-isu
mengenai perbezaan atau konflik antara mereka akan hilang sama sekali. Guru tidak boleh
membenarkan murid yang sama kaum masuk kumpulan yang sama. Hal ini kerana keadaan ini
menghalang murid pelbagai budaya bergaul dengan satu sama lain.

Pada masa yang sama, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa mengajar serta
menggalakkan penglibatan semua murid tanpa mengira kaum dan budaya. Guru haruslah menjadi
contoh teladan kepada murid dengan melayan semua murid dengan adil dan saksama tanpa mengira
warna kulit murid.

2. UNESCO adalah agensi bangsa-bangsa bersatu yang memainkan peranan untuk membawa
keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama
dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan sejak tahun 1958.
a) Huraikan 2 tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai
oleh pelajar.

Antara dua tonggok pendidikan yang perlu dikuasai oleh murid ialah belajar untuk menjadi insan
berguna dan belajar untuk harmoni dan bekerjasama.

Belajar untuk menjadi insan berguna membentukkan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek,
rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan estetika. Belajar untuk menjadi insan berguna membantu
individu bertumbuh secara menyeluruh sehingga individu boleh berdikari, berfikir secara kritis dan
berupaya membuat keputusan terhadap tindakan dalam kehidupannya.

Belajar untuk harmoni dan bekerjasama pula memainkan peranan penting dalam menjalinkan
hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan damai dalam
negara yang berbilang kaum dan budaya. Guru perlu mendedahkan murid kepada kepelbagaian
budaya rakyat Malaysia dan kesedaran tentang saling memahami serta saling memerlukan satu sama
lain demi keharmonian hidup.

b) Bagaimanakah guru boleh memainkan peranan dalam menjayakan hasrat tonggak


pendidikan UNESCO.

Untuk menjayakan tonggak belajar untuk menguasai ilmu, guru berperanan untuk merancang
aktiviti PdP dengan cara penyampaian yang berkesan. Guru perlu mengintegrasikan ICT, gambar dan
video dalam PdP. Selain itu, guru juga perlu sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan dan
kemahiran diri supaya tidak ketinggalan tred perubahan dunia. Contohnya PdP yang berpusatkan
guru tidak lagi digunakan, model konstruktivisme yang berpusatkan murid digunakan secara meluas
di seluruh dunia selaras dengan PdP abad ke-21.
Untuk menjayakan tonggak belajar untuk menguasai kemahiran pula, guru perlu
mempelbagaikan aktiviti PdP di dalam bilik darjah. Guru tidak harus menggunakan kaedah chalk
and talk dalam PdP. Guru mesti menyediakan aktiviti hands-on yang melibatkan murid belajar
melalui kelima-lima deria mereka, contohnya menjalankan eksperimen, membuat model dan lain-
lain.
Untuk menjayakan tonggak belajar untuk menjadi insan berguna, guru berperanan untuk
memastikan murid berkembang secara menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan
dan penghargaan estetika. Aktiviti PdP dan juga aktiviti kokurikulum mestilah mampu membantu
murid berkembang secara menyeluruh.
Untuk menjayakan tonggak belajar untuk harmoni dan bekerjasama, guru boleh mencampur
adukkan murid yang berlainan kaum dan budaya di dalam kumpulan PdP. Jika murid pelbagai
budaya dapat bekerjasama dalam pelbagai projek, isu-isu mengenai perbezaan atau konflik antara
mereka akan hilang sama sekali. Guru tidak boleh membenarkan murid yang sama kaum masuk
kumpulan yang sama. Hal ini kerana keadaan ini menghalang murid pelbagai budaya bergaul dengan
satu sama lain.

TUTORIAL

Muat turun bahan yang berkaitan dengan isu dan cabaran pendidikan semasa, khasnya dari aspek
kepelbagaian budaya dan pengaruh perkembangan TMK.

Kes rogol remaja membimbangkan


NORADILA MAHAMAD

22 FEBRUARI 2016

Shahrin diiringi Aza (kiri) memeriksa perbarisan badan beruniform sekolah, Pengakap sebelum merasmikan Program
Pemuafakatan Polis Bersama Komuniti di SMK Seri Nilam.

KUALA TERENGGANU - Statistik kes rogol melibatkan remaja belasan tahun termasuk pelajar
sekolah di negeri ini agak membimbangkan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri, Asisten Komisioner Shahrin
Ahmad berkata, antara punca utama kurangnya pendedahan mengenai undang-undang jenayah sosial.

Beliau turut tidak menolak, penggunaan Internet secara meluas juga banyak mempengaruhi remaja untuk
melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Sesiapa sahaja boleh melayari internet, ada yang suka mencari keseronokan dengan cara begini dan
terikut-ikut dengan apa yang ditonton, termasuk video lucah. Ada yang menyalahgunakan kemudahan
Internet ini dengan memuat naik pelbagai video dan mendorong untuk mencuba, termasuk berkongsi
kepada rakan-rakan lain.

Sebab itu peranan ibu bapa sangat perlu bagi menangani masalah ini kerana dengan hanya melayari
Internet, anak-anak pada masa kini yang didedahkan dengan teknologi canggih seperti telefon, komputer
riba, Ipad dan sebagainya senang menggunakannya tanpa sekatan dan pada bila-bila masa sahaja,
katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada Program Pemuafakatan Polis Bersama Komuniti di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, di sini.

Turut hadir, Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Seri Nilam, Inspektor Surestaran a/l Kawander Pillai
dan Pengetua SMK Seri Nilam, Noor Aza Abd Aziz.

Dalam pada itu, Shahrin berkata, ibu bapa juga perlu memberi penjelasan kepada anak-anak tentang
perkara-perkara yang dilarang, termasuk melibatkan agama.

Saya juga berharap, ibu bapa peka terhadap perilaku anak-anak mereka supaya dapat mencegah
sebelum terlambat.

Kebanyakan ibu bapa memberi kemudahan untuk anak-anak mengakses Internet dan mereka tidak
kisah semua itu tetapi apabila berlaku perkara tidak sihat seperti rogol, baru menyesal, ujarnya.

Katanya, internet jelas mempengaruhi pemikiran remaja untuk mencuba sesuatu perkara dan
menyebabkan mereka terjebak.

Saya sedih apabila ada di antara remaja ini tanpa mengira lelaki mahupun perempuan, mereka sama-
sama menonton video lucah dan cenderung untuk mencuba. Perkara sedemikian perlu dicegah sebelum
menjadi lebih parah, katanya.

1. Mengenal pasti

Jenis-jenis gejala sosial dalam masyarakat Malaysia dan cara-cara menangani isu gejala
sosial dalam masyarakat.
Gejala sosial remaja yang akan saya bincang ialah kes rogol. Gejala kes rogol ini sebenarnya
adalah hasil daripada penyalahgunaan internet. Pada masa kini yang didedahkan dengan teknologi
canggih seperti telefon, komputer riba, Ipad dan sebagainya, remaja senang menggunakannya tanpa
sekatan dan pada bila-bila masa sahaja. Remaja yang belum matang suka mencari keseronokan dengan
menonton video lucah. Selepas menonton video lucah, mereka akan dipengaruhi oleh fikiran-fikiran
lucah dan kehendak seks yang kuat. Perkara ini telah menyebabkan kes rogol berlaku apabila remaja
gagal mengawal diri.
Gejala sosial ini dapat ditangani dengan kerjasama pelbagai pihak. Pertama sekali, ibu bapa
haruslah sentiasa memantau aktiviti internet anak di rumah. Ibu bapa juga boleh memberi pendidikan
kepada anak tentang hubungan seks yang sihat. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu menghalang akses
rakyat kepada laman web tertentu yang mengandungi bahan lucah. Pihak kerajaan mesti bekerjasama
dengan pakar-pakar dalam bidang TMK dalam usaha mengelakkan rakyat daripada mendapat akses
kepada bahan lucah.
Menghuraikan peranan guru dalam menangani gejala sosial.