You are on page 1of 17

Topik 6 X Kumpulan

dan Organisasi
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan jenis-jenis kumpulan dan ciri-cirinya;
2. Menerangkan maksud organisasi formal;
3. Menjelaskan ciri-ciri birokrasi dan membezakan di antara kekuatan
dan kelemahan birokrasi; dan
4. Menerangkan mengapa berlakunya penentangan terhadap
perubahan.

X PENGENALAN
Kehidupan manusia merupakan sebuah kehidupan sosial. Ini mencerminkan
yang kita melalui kehidupan dikalangan manusia lain dan sentiasa mengambil
kira kewujudan mereka. Adakalanya kita melibatkan diri secara langsung
dengan manusia lain dan aktiviti kita tidak boleh bergerak tanpa mereka. Pada
masa lain pula, mereka hanya wujud dalam imaginasi kita sahaja tetapi masih
boleh mempengaruhi kehidupan kita.

6.1 ELEMEN STRUKTUR SOSIAL


Walaupun interaksi sosial perlu melibatkan orang lain tetapi kita jarang
berinteraksi dengan seorang individu sahaja. Kita sering bersama dengan orang
lain untuk mewujudkan sebuah „kumpulan‰ (sila lihat Rajah 6.1), iaitu
sekumpulan manusia yang mengambil kira tingkahlaku ahli kumpulan semasa
berinteraksi dan mewujudkan perasaan ingin bersama. Apabila interaksi yang
sama ini dijalankan secara rutin untuk beberapa jangka masa, ini menjadi cara
yang boleh digunapakai untuk melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, setiap
kumpulan akan mewujudkan norma dan nilainya tersendiri dan juga status dan
peranannya. Kemudiannya muncul pula budaya dan struktur kumpulan
daripada interaksi di kalangan ahli kumpulan.
104 X TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI

Rajah 6.1: Kumpulan remaja

6.1.1 Ciri-ciri Kumpulan


Apakah ciri-ciri kumpulan?

Keinginan untuk bersama adalah antara ciri-ciri berkumpulan yang dipanggil


„kekitaan‰. Ahli kumpulan akan mewujudkan identiti kumpulan dan
menganggap kumpulan tersebut sebagai mencerminkan identiti mereka. Cuba
lihat contoh ini:

Ahmad : Kita nak buat apa sekarang?


Ah Chong : Mari kita pergi makan.
Siti : Saya tak lapar lagilah.
Muthu : Apa kata kita pergi ke perpustakaan dan buat tugasan.
Siti : Saya baru habis ujian, tak nak pergilah ⁄ tapi kalau semua
orang nak juga, saya ikut saja.
Ahmad : Saya pun.
Ah Chong : Ok.

Dalam perbualan di atas ternyata bahawa ahli kumpulan menggunakan „kita‰


untuk merujuk kepada tingkahlaku kumpulan. Mereka juga sanggup
melepaskan keinginan peribadi untuk menerima keputusan yang dibuat oleh
kumpulan. Walau pun Siti dan Ah Chong ingin melakukan sesuatu yang
berlainan tetapi akhirnya mereka sanggup mengikut kehendak ahli kumpulan
yang lain.

Sekumpulan kawan adalah merupakan kumpulan yang tidak formal disebabkan


mereka tidak mempunyai struktur sosial yang tegar. Sekiranya sebuah
kumpulan mempunyai struktur sosial yang tegar maka ini dipanggil kumpulan
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI W 105

formal. Kumpulan ini akan ada status, peraturan dan peranan yang khusus dan
kadangkala mempunyai peraturan dan pengawalan yang bertulis. Contohnya,
jabatan pendidikan di sebuah universiti adalah sebuah kumpulan yang formal,
sebab dalam jabatan tersebut ada peraturan bertulis dan juga jawatan rasmi
seperti dekan, timbalan dekan, pelajar sarjana muda, pelajar sarjana dan pekerja
pentadbiran.

Satu lagi ciri kumpulan ialah perasaan ingin tergolong dalam kumpulan.
Kumpulan dalaman (in-group) adalah kumpulan di mana ahlinya merasa
tergolong dalam kumpulan tersebut manakala kumpulan luaran (out-group)
adalah kumpulan di mana ahlinya tidak merasa diri mereka tergolong dalam
kumpulan tersebut. Situasi ini boleh dilihat di kalangan remaja. Mereka akan
bersama dalam kumpulan yang dipanggil clique atau kumpulan dalaman.
Remaja ingin berada dalam kumpulan sedemikian disebabkan kumpulan akan
memberi mereka perasaan kekitaan dan status. Maka di sekolah terdapat pelajar
yang pandai berkumpul bersama rakan yang pandai, ahli sukan akan
mempunyai kumpulannya sendiri dan ada juga remaja yang tidak tergolong
dalam mana-mana kumpulan.

AKTIVITI 6.1

1. Cuba anda kenalpasti kumpulan dalaman dan kumpulan luaran


dalam masyarakat anda.
2. Bagaimanakah kumpulan dalaman mempengaruhi pandangan
anda terhadap kehidupan?
3. Apakah yang memastikan kumpulan kekal bersama?

6.1.2 Ciri-ciri Kumpulan Primari dan Sekunder


Apakah perbezaan di antara kumpulan primari dan sekunder? Ahli sosiologi
mengkategorikan kumpulan kepada primari dan sekunder. Kumpulan primari
mempunyai ciri-ciri seperti mesra, peramah, berkerjasama dan hubungan
bersemuka. Ahli kumpulan ini juga mengambil berat tentang ahli lain dan
menghargai satu sama lain. Contoh kumpulan primari ialah keluarga dan rakan.

Berbeza pula dengan kumpulan sekunder di mana ciri-cirinya terhad oleh


penyertaan dan hubungan formal dan tidak mesra (sila lihat Jadual 6.1).
Manusia menyertai kumpulan sekunder dengan niat ingin mencapai matlamat
khusus, maka mereka tidak berapa kisah tentang kesejahteraan ahli kumpulan.
106 X TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI

Sebaliknya, mereka memandang kumpulan sebagai batu loncatan untuk


mendapatkan sesuatu. Antara contoh kumpulan ini ialah rakan sekerja, rakan
sedarjah, ahli organisasi politik dan ahli perniagaan.

Jadual 6.1: Ciri-Ciri Kumpulan Primari dan Sekunder

Hubungan Jenis Jangka Skop Matlamat Contoh


orientasi masa
Kumpulan Berorientasi Panjang Luas: Melibatkan Melibatkan diri Keluarga,
primari mesra pelbagai aktiviti sepenuhnya rakan rapat
Kumpulan Berorientasi Pendek Sempit: Menggunakan Rakan
sekunder matlamat Melibatkan kumpulan sekerja,
beberapa aktiviti sebagai batu sekerja:
sahaja loncatan organisasi
politik

Walaupun kumpulan sekunder tidak berapa mesra di antara satu sama lain
tetapi kumpulan ini boleh dijadikan asas kepada pembentukan kumpulan
primari. Misalnya, sebuah kelas yang mengandungi 100 orang pelajar baru
dikatakan sebagai kumpulan sekunder tetapi selepas beberapa semester
sebilangan pelajar ini akan membentuk kumpulan mereka untuk membuat
tugasan dan sebagainya, maka terbentuklah kumpulan primari. Dalam sebuah
sekolah, kolej atau universiti akan mengandungi beratus orang pelajar di
dalamnya.

Dalam masyarakat komunal, keperluan untuk kehidupan seharian boleh


dipenuhi oleh keluarga dan kumpulan rakan, kumpulan sekunder tidak sangat
diperlukan. Tetapi apabila masyarakat komunal bergerak kepada masyarakat
terjalin, situasinya akan berubah. Saiz dan kerumitan masyarakat terjalin
memerlukan kita berinteraksi secara terbatas dengan ramai orang dan
menghadkan interaksi kita kepada matlamat yang ingin kita capai sahaja.
Walaupun interaksi ini mempunyai bentuk kumpulan primari tetapi sebenarnya
ia adalah bersifat sekunder. Misalnya, kita berbual dengan tukang jahit sebagai
rakan tetapi kita tidak mengecamnya apabila kita bertembung dengannya di
kedai. Kita menjadi ahli persatuan ibu bapa tetapi kita tidak berusaha untuk
mengenali ibu bapa lain. Kita mempunyai keluarga kembangan tetapi kita tidak
mengenali sepupu, emak dan bapa saudara kita yang tinggal di negeri lain.

Walaupun kita tergolong dalam beberapa kumpulan tetapi kita tidak perlu
menjadi ahli dalam setiap kumpulan yang kita rasa penting. Sekiranya kita tidak
tergolong dalam kumpulan tertentu, kumpulan masih mempunyai nilai, norma
dan kepercayaan yang menjadi piawai kepada tingkahlaku kita. Kumpulan ini
dinamakan „kumpulan rujukan‰. Contohnya, Parti politik, badan profesional,
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI W 107

mazhab, atau pasukan sukan merupakan kumpulan rujukan. Seorang individu


mungkin menghormati sebuah parti politik atas beberapa isu dan mungkin
mengundinya. Begitu juga dengan badan profesional yang boleh mempengaruhi
nilai dan kepercayaan ahlinya dengan mencadangkan tingkahlaku yang sesuai
atau merupakan sebagai badan penasihat kepada ahlinya.

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Jelaskan ciri-ciri kumpulan primari dan sekunder.


2. Berikan perbezaan di antara kumpulan primari dan sekunder dan
berikan contoh untuk setiap satu.
3. Berikan contoh kumpulan primari dan sekunder yang terdapat
dalam konteks masyarakat di Malaysia.

6.1.3 Saiz Kumpulan


Kumpulan primari adalah kecil, mungkin tidak melebihi 12 orang. Keadaan ini
disebabkan sukar untuk mengekalkan hubungan mesra sekiranya bilangan
kumpulan besar. Walaupun terdapat kumpulan primari yang lebih besar seperti
keluarga berkembang, unit ketenteraan atau pasukan olahraga, mereka
sebenarnya terdiri daripada beberapa unit atau bahagian. Setiap unit atau
bahagian ini mungkin tidak mewakili kumpulan primari tadi.

Kumpulan manusia yang paling sederhana dan kecil ialah „kumpulan diad‰,
yang mengandungi hanya dua orang ahli. Diad adalah unik sifatnya sebab
terdapat satu hubungan sosial di antara kedua-dua ahli. Anda dan rakan anda
adalah sebuah diad dan mempunyai hanya satu hubungan sosial di antara anda
berdua. Sekiranya salah satu daripada anda enggan berinteraksi maka
terbubarlah kumpulan anda. Sebaliknya, setiap ahli dalam diad boleh memberi
perhatian kepada satu sama lain, akibatnya hubungan mereka ini selalunya lebih
mesra, beremosi dan mendalam. Contohnya, dua kawan rapat, sepasang kekasih,
dua orang kakak, atau abang boleh mewujudkan ikatan rapat yang berkekalan.

Apabila ahli kumpulan bertambah lebih daripada dua kepada tiga atau lebih,
ciri-ciri kumpulan sosial yang lebih kompleks mula wujud. Kumpulan yang
mempunyai tiga orang ahli atau kumpulan tiga serangkai, berkemungkinan akan
ada tiga hubungan sosial. Misalnya, dalam sebuah keluarga yang mengandungi
tiga orang ahli, ibu dan bapa boleh menentang kehendak anak yang inginkan
sebuah anak patung baru; atau bapa dan anak bergabung dan merayu agar ibu
108 X TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI

membenarkan pembelian anak patung baru itu; atau ibu dan anak bersama
bertengkar dengan bapa atas pembelian anak patung baru itu. Dalam kumpulan
tiga serangkai ini ternyata gabungan berlaku di antara ahlinya dan setiap ahli
boleh bertukar peranannya.

6.1.4 Pengaruh Saiz Kumpulan ke atas Tingkahlaku


dan Sikap

Anda dikehendaki oleh pensyarah psikologi anda untuk mengikut


sekumpulan pelajar berbincang tentang cara pembelajaran di kampus. Semasa
anda tiba, anda diberitahu bahawa anda perlu duduk dalam sebuah bilik kecil
agar perbincangan dijalankan tanpa ahli kumpulan mengenali satu sama lain.
Anda akan berinteraksi melalui intekom, terdapat mikrofon yang akan
dinyalakan apabila anda diminta untuk bercakap.
Anda merasa bahawa cara ini aneh tetapi anda turut serta juga. Anda tidak
nampak pelajar yang lain yang berada dalam bilik masing-masing tetapi
apabila mereka bercakap tentang pengalaman mereka anda mula merasai
bahawa anda telah mula bersama berkongsi pengalaman mereka. Ada
seorang pelajar yang mengatakan bahawa dia melalui pengalaman yang
menakutkan disebabkan penyakit sawannya. Setelah beberapa ketika selepas
itu anda mendengar pelajar tersebut menghembus nafas yang kuat ke dalam
mikrofon. Kemudian dia mula gagap dan seterusnya menjerit meminta tolong
dan diikuti oleh bunyi bising. Anda mula menggambarkan pelajar tersebut
terlantar di atas lantai tanpa pertolongan. Kemudian diikuti oleh sunyi sepi.
Apakah tindakan anda?

Sebenarnya, pensyarah-pensyarah tersebut merupakan John Darley dan Bibb


Latane (1968) yang telah mewujudkan situasi tersebut. Tidak ada pelajar yang
berbincang dan tidak ada pelajar yang berpenyakit sawan, yang ada hanya
komen anda sahaja yang dirakamkan.

Peserta lain yang dipanggil untuk kajian ini diberitahu bahawa mereka juga akan
berbincang bersama pelajar lain, berdua, bertiga dan beberapa peserta yang lain.
Pengkaji mendapati pelajar yang menganggap mereka berada dalam kumpulan
dua orang berebut keluar untuk menolong. Sekiranya mereka beranggapan
bahawa kumpulan mereka terdiri daripada tiga orang, hanya 80% sahaja yang
akan keluar menolong dan mereka juga tidak berebut keluar daripada bilik
mereka. Manakala pelajar yang beranggapan mereka berada dalam kumpulan
seramai 6 orang, hanya 60% sahaja yang keluar untuk melihat apa yang sedang
berlaku dan mereka ini mengambil masa untuk jalan keluar.
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI W 109

Kajian ini menggambarkan betapa dalamnya pengaruh saiz ke atas tingkahlaku


dan sikap manusia. Ia juga mempengaruhi kesanggupan kita untuk menolong
orang lain. Pelajar yang dalam kumpulan berdua tahu bahawa mereka
bertanggungjawab untuk menolong pelajar lain. Mereka beranggapan bahawa
pensyarah tidak ada di situ dan sekiranya mereka tidak menolong maka tidak
ada orang lain yang akan bertindak. Manakala dalam kumpulan yang lebih
besar, seorang pelajar beranggapan tanggungjawab adalah bersama dan bukan
terletak dibahunya sahaja.

Apabila ahli kumpulan itu kecil, ahlinya akan bertindak secara informal tetapi
apabila bilangan ahli kumpulannya besar, mereka kurang perasaan kekitaan dan
menjadi lebih formal. Ahli kumpulan besar ini mempunyai perasaan bahawa ahli
lain tidak akan mengambil kira apa yang diperkatakan.

6.2 APA ITU ORGANISASI?


Dalam masyarakat komunal kehidupan seharian dilakukan melalui hubungan
sosial secara peribadi dan dalam kumpulan kecil. Manakala dalam masyarakat
terjalin pula hubungan sosial menjadi lebih formal dan dijalankan dalam
organisasi yang formal juga. Hubungan secara perseorangan berlaku juga dalam
masyarakat terjalin tetapi ia dilakukan melalui orgaisasi.

Kepentingan organisasi kepada masyarakat terjalin dan juga kepada kehidupan


ahlinya boleh digambarkan melalui ilustrasi begini „kita lahir dan mati dalam
hospital, disosialisasi dalam sekolah, bekerja dalam korporat, bermain dalam
kelab olahraga, melawat sanak saudara yang berumur dalam rumah orang tua,
dan akhir sekali diingati dalam rumah peringatan‰. Dalam kehidupan kita pula,
apabila kita membeli makanan daripada restoran, membeli baju kita daripada
butik, menonton program di televisyen, kita sebenar bergantung kepada
organisasi untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan. Masyarakat moden
sebenarnya adalah masyarakat organisasi.

Di Amerika terdapat sebanyak 10 juta organisasi yang mempunyai berbagai


matlamat. Kebanyakan organisasi ini adalah kecil di mana kebanyakannya
mempunyai 100 orang pekerja; persatuan sukarela, puratanya 50 orang ahli atau
kurang, dan sekolah rendah mempunyai mungkin 25 orang guru. Terdapat juga
organisasi yang besar seperti kerajaan pusat yang mempunyai kakitangan
sebanyak 3 juta orang, dan korporat seperti General Motors yang mengambil
pekerja sebanyak 200,000 orang di merata dunia.

Organisasi ditubuhkan untuk berbagai matlamat. Ahli sosiologi membahagikan


organisasi mengikut tujuannya (sila lihat Jadual 6.2):
110 X TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI

Jadual 6.2: Jenis-Jenis Organisasi Mengikut Tujuan

1 Organisasi Ada organisasi yang menyediakan rekreasi, keseronokan dan kepuasan


sukarela menyertai bersama dengan orang lain. Jenis ini dipanggil organisasi
sukarela sebab ahlinya boleh menyertai dan keluar bila-bila masa.
Contohnya, kelab remaja seperti Pandu Puteri, persatuan sivik seperti
Kelab Rotary.

2 Organisasi Terdapat juga organisasi yang mengenakan peraturan kemasukan dan


memastikan ahli tidak keluar daripada organisasi dengan sewenang-
koersif
wenangnya. Jenis ini dipanggil organisasi koersif. Contohnya, ahli
dalam penjara dan pesakit di hospital mental.

3 Organisasi Kebanyakan organisasi yang kita anggap sebagai sukarela sebenarnya


sukarela- koersif. Contohnya, kanak-kanak mesti menghadiri sekolah sama ada
koersif mereka mahu atau tidak dan apabila mereka berada dalam sekolah,
mereka tidak boleh tinggalkan sehingga dibenarkan oleh pihak
sekolah.

4 Organisasi Sesetengah organisasi mengambil berat tentang perkara-perkara


utilitarian seharian. Mereka ini dipanggil organisasi utilitarian sebab mereka
menyertainya hanya untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki.

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi?


2. Apakah jenis organisasi yang dikategorikan sebagai organisasi
formal?

6.3 BIROKRASI
Organisasi yang berkembang pada satu masa akan berubah dan cara lama
menguruskan kerja mula tidak sesuai lagi. Hubungan primari di antara pekerja
dan penyelia mula renggang, garis panduan tanggungjawab dan kuasa menjadi
kabur, dan laporan penting mula tidak terurus dan hilang. Organisasi tersebut
mungkin akan menjadi terlalu besar dan kompleks sehingga struktur yang ada
perlu diubah kepada yang baru.
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI W 111

Perubahan inilah yang dipanggil sebagai birokrasi iaitu:

Satu bentuk organisasi yang berlandaskan peraturan khusus yang jelas, tidak
bersifat peribadi, dan mempunyai struktur kuasa hierarki. Kebanyakan
organisasi adalah berbentuk birokrasi termasuk sekolah, kerajaan, dan
perpustakaan awam.

6.3.1 Ciri-ciri Birokrasi


Max Weber adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem
organisasi birokrasi. Beliau menyedari bahawa kerangka birokrasi itu penting
dalam menguruskan sebuah organisasi yang besar. Kerangka birokrasi bermula
dengan jenis ideal iaitu gubahan ciri-ciri yang berdasarkan kepada berbagai
contoh spesifik. Mengikut beliau sebuah jenis birokrasi yang ideal akan
mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Pembahagian tugasan yang kompleks di antara pekerja di mana setiap


pekerja mempunyai tanggungjawab dan tugas yang khusus.

(ii) Kuasa hierarki yang dipegang oleh beberapa orang di pucuk organisasi,
ramai pekerja di bahagian tengah organisasi, dan lebih ramai lagi pekerja
yang berada di bahagian bawah organisasi. Pengurus bertanggungjawab
keatas mereka yang melaksanakan tugas di bawahnya.

(iii) Peraturan dan prosedur khusus yang mengawal segala aspek organisasi
sehingga kepada kerja-kerja yang terperinci. Apabila peraturan dan
prosedur ini diikuti, satu jangkaan hasil bersama boleh dicapai.

(iv) Satu sistem pemberian ganjaran kepada pekerja berdasarkan


kecemerlangan bekerja dan bukan berdasarkan kepada hubungan
kekeluargaan atau hubungan primari yang lain. Kecekapan kemahiran
adalah ditentukan oleh ujian, pengalaman lepas, atau latihan formal.
Sementara itu, ganjaran, kenaikan pangkat dan promosi adalah
berdasarkan kepada tahap kecemerlangan bekerja.

(v) Laporan bertulis tentang aktiviti-aktiviti organisasi dan dossier terperinci


setiap ahli organisasi. Satu urutan surat menyurat dalam organisasi dan ini
kemudiannya menjadi dokumen rasmi organisasi.

Sebuah birokrasi yang ideal merupakan sebuah gambaran mesin sosial yang
berjalan lancar, yang mampu mencapai tahap kerja yang efisen serta bermutu.
Weber mengetahui bahawa tidak mungkin sebuah birokrasi mampu memenuhi
112 X TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI

kesemua ciri-ciri ideal yang digariskannya. Beliau menyediakan ciri-ciri tersebut


untuk mengenalpasti bahagian-bahagian penting dalam birokrasi dan juga
menyediakan sebuah contoh agar organisasi boleh membuat perbandingan.
Dalam kehidupan realiti tidak ramai perniagaan kecil-kecilan, kelab sosial dan
organisasi yang besar dapat memenuhi kehendak birokrasi ideal ini tetapi agensi
kerajaan dan pengusaha besar-besaran hampir memenuhi bentuk ideal ini.

SEMAK KENDIRI 6.3

1. Apakah yang dimaksudkan dengan birokrasi?


2. Jenis organisasi apakah yang dikategorikan sebagai birokrasi dan
bilakah organisasi ini mula bertukar?
3. Apakah 5 ciri-ciri birokrasi yang dikemukakan oleh Max Weber?

6.3.2 Birokrasi Sebagai Satu Proses


Birokrasi telah menjadi sebahagian daripada aspek kehidupan kita sebab ia
adalah satu bentuk organisasi sosial yang berkuasa. Birokrasi memastikan
manusia menggunakan segala tenaganya untuk mencapai matlamat khusus.
Apabila birokrasi telah wujud maka ia akan bertindak dengan sendirinya.
Setelah sebuah organisasi mencapai matlamatnya dan tidak lagi perlu untuk
terus bertindak, tetapi ia pasti akan terus berbuat demikian dan proses ini
dipanggil pengalihan matlamat (goal displacement).

Satu contoh pengalihan matlamat ini ialah penubuhan March of Dimes pada
tahun 1930 untuk menangani penyakit polio yang pada masa itu merupakan
penyakit misteri. Orang awam terkejut melihat seorang kanak-kanak yang sihat
boleh dengan tiba-tiba lumpuh disebabkan penyakit ini. Pertubuhan ini telah
meletakkan poster yang menggambarkan kanak-kanak berjalan dengan tongkat
ketiak (crutches) pada setiap kedai di Amerika. Melalui cara ini penubuhan
tersebut telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar kutipan wang untuk
menyelamatkan mangsa polio. Apabila Dr. Jonas Salk menghasilkan vaksin
untuk polio pada tahun 1950an wabak penyakit tersebut telah dihapuskan
dengan serta merta.

Mereka yang mengelolakan March of Dimes tidak menghentikan usaha mereka


selepas ini. Sebaliknya penubuhan ini terus bergiat dalam usaha menangani
penyakit lain iaitu kecacatan bayi selepas dilahirkan. Pada tahun 2001 pengkaji
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI W 113

telah menjumpai cara mengatasi kecacatan bayi. March of Dimes sekali lagi
mencari usaha baru iaitu cuba mencapai kejayaan dalam penemuan-penemuan
baru dalam bidang kanak-kanak (Henslin, 2006).

Weber melihat birokrasi sebagai satu bentuk organisasi sosial yang berkuasa
sehingga beliau boleh meramalkan bahawa birokrasi boleh menguasai
kehidupan sosial. Beliau menamakan proses ini sebagai rasionalisasi masyarakat
(rasionalization of society), yang bermaksud birokrasi mengandungi undang-
undang, peraturan, dan menekankan kepada hasil, ini yang akan menguasai
kehidupan kita.

Mengikut Weber, birokrasi merupakan bentuk organisasi yang paling efisyen.


Birokrasi berpegang kepada undang-undang dan peraturan dan
berkemungkinan meningkatkan kecekapan apabila tugas menjadi stabil dan
rutin tetapi birokrasi juga boleh menimbulkan kurang efisyen. Undang-undang
adalah berdasarkan kepada kenyataan; „manusia tidak boleh diarah melakukan
sesuatu jika sesuatu itu tidak boleh dijangka„. Apabila perubahan berlaku
dengan kerapnya atau apabila perkara luar biasa berlaku maka undang-undang
tidak dapat menolong. Misalnya, apabila kad pengenalan hilang atau dokumen
yang lain hilang maka birokrasi terhenti. Keterlaluan patuh kepada undang-
undang juga boleh membawa kepada diberhentikan kerja. Misalnya, semasa
Jepun menyerang Pearl Harbour pada tahun 1914, askar Amerika bergegas
mendapatkan senjata untuk berperang tetapi pengawal yang menjaga peralatan
perang tidak membenarkan senjata dikeluarkan tanpa surat rasmi yang
mengarahkan pengeluarannya.

6.3.3 Kekuatan Birokrasi


Mengapakah birokrasi berkembang? Ini adalah sebab birokrasi mempunyai
aspek-aspek yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah organisasi.

• Pita merah kerajaan (red tape) masih dilihat sebagai sesuatu yang memberi
kebaikan. Contohnya, proses untuk mendapatkan permit kerajaan untuk
membuka kawasan pembuangan sampah menjadi rumit kepada syarikat
yang ingin memulakan projek tersebut. Tetapi kepada penghuni di kawasan
terbabit, peraturan dan undang-undang pita merah kerajaan yang perlu
dilalui oleh syarikat tersebut merupakan satu cara untuk mengawasi pihak
syarikat agar mereka melakukan kerja-kerja pembuangan sampah dengan
berhati-hati agar tidak menjejaskan kesihatan penghuni kawasan tersebut.

• Birokrasi juga tidak melihat kepada siapakah anda. Sekiranya anda ingin
memohon pinjaman, anda hanya isi borang permohonan beserta dengan
dokumen yang diperlukan. Anda tidak perlu menggunakan pengaruh ahli
114 X TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI

politik atau kenalan untuk memastikan anda mendapat pinjaman tersebut.


Birokrasi menggalakkan kesamaan dan mengurangkan diskriminasi.

• Birokrasi juga membawa kebaikan kepada pekerja. Birokrasi membuat


pekerja bebas berfikir, kreatif dan bersikap terbuka.

• Mengikut definisi Kohn, birokrat adalah mereka yang bekerja dalam


organisasi besar dengan kerumitan birokrasinya dan mereka yang bukan
birokrat pula adalah mereka yang bekerja dalam organisasi kecil bersama
satu tahap penyelia. Kohn mendapati bahawa berbanding dengan mereka
yang bukan birokrat, mereka yang birokrat menunjukkan pencapaian
intelektual yang lebih tinggi dalam ujian yang ditadbirkan oleh penemuduga.
Birokrat juga meletakkan penekanan intelektual yang tinggi ke atas diri
mereka sendiri semasa waktu berehat. Mereka akan membaca buku dan
majalah, menonton konsert dan pertunjukan pentas dan pergi ke muzium.

6.3.4 Kelemahan Birokrasi


Birokrasi mempunyai beberapa kelemahan disebabkan ciri-ciri yang wujud
dalam sistemnya.

• Salah satu keburukan birokrasi ialah undang-undang dan peraturan yang


menjadi ciri-cirinya. Ini tidak banyak menolong sekiranya berlaku sesuatu
masalah yang tidak dijangka. Kepatuhan mengikut peraturan boleh
membawa kepada halangan untuk melakukan sesuatu tindakan.

• Bukan sahaja birokrasi mempunyai undang-undang dan peraturan sahaja


tetapi undang-undang dan peraturan ini sentiasa ditambah. Birokrasi awam
terkenal dengan peraturan yang menimbun. Kesemua peraturan inilah yang
melambatkan kakitangan kerajaan untuk mengambil tindakan dan kelewatan
untuk berurusan ini dirasai oleh mereka yang dalam sektor swasta dan
awam yang terpaksa menunggu dengan sabar. Sektor perniagaan terpaksa
menghabiskan wang ringgit untuk mengisi borang-borang jabatan kerajaan.

• Apabila terdapat banyak peraturan, berkemungkinan juga terdapat di


antaranya yang tidak masuk akal dan bercanggah. Contohnya, di Amerika
kerajaan telah membelanjakan berjuta dolar daripada hasil cukai pendapatan
untuk kempen anti-merokok dan pada masa yang sama memberi subsidi
kepada perindustrian ini. Contoh yang lain pula, seorang pekerja pasar raya
yang berumur 31 tahun telah memenangi loteri jutawan New York. Beliau
berhenti kerja untuk beberapa ketika dan kemudiannya memohon untuk
faedah pengangguran daripada jabatan kebajikan (Peter, 1986). Kadangkala
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI W 115

peraturan yang berlilit ini boleh memerangkap seseorang. Apabila kita


mematuhi satu peraturan, kemungkinan kita melanggar peraturan lain pula.

• C. Northcotte Parkinson (1957) pula mengatakan kelemahan dalam birokrasi


ialah kemungkinan untuk ia berkembang dan terus berkembang, sekurang-
kurangnya 6 peratus setiap tahun. Beliau menamakan ini sebagai ParkinsonÊs
Law. Pekerja-pekerja ingin mencerminkan diri mereka sebagai orang yang
sibuk bekerja atau orang yang penting maka mereka akan menambahkan
beban tugas mereka dengan banyak menulis memo, mewujudkan peraturan
baru, mengisi boring dan mengemas fail. Apabila mereka letih dengan beban
tugas yang berlebihan ini mereka akan mendapatkan seorang penolong.
Sekiranya seorang majikan hanya mempunyai seorang pekerja upahan,
pekerja itu berkemungkinan akan menjadi persaingan untuk jawatan
majikannya. Tetapi sekiranya majikan tersebut mempunyai dua atau lebih
orang pekerja upahan, hanya majikan sahaja yang mengetahui tugas kedua-
dua pekerjanya. Pada masa yang sama, gaji majikan tersebut akan bertambah
mengikut bilangan pekerja dibawahnya. Seterusnya, pertambahan pekerja
juga bermakna bertambahnya beban tugas majikan untuk mengurus
pekerjanya dan aktiviti mereka. Ini memberi ruang untuk majikan
menambah peruntukan kewangan jabatan tersebut. Mengikut Morris Fiorina
(1983) birokrasi memberi ganjaran (seperti gaji, status, dan kuasa) dan ini
bergantung kepada saiz (pekerja dan kewangan) agensi tersebut. Akhirnya
birokrasi makin meningkat.

• Dalam setiap hierarki terdapat pekerja yang akan dinaikkan pangkat


sehingga ke tahap kurang cekap. Apa yang berlaku dalam situasi ini ialah
pekerja yang cekap dinaikkan pangkat. Sekiranya pekerja tersebut
menunjukkan kecekapannya dalam tugas yang baru maka dia akan
dinaikkan pangkat lagi. Beliau akan terus dinaikkan pangkat sehingga ke
tahap di mana dia akan kurang cekap dan beliau akan berada disitu sehingga
bersara. Birokrasi berfungsi hanya sebab terdapat pekerja yang masih ingin
meningkatkan kecekapan mereka sebelum mereka dinaikkan pangkat yang
melebihi daripada kebolehan mereka. Keadaan ini dikenali sebagai Peter
Principle.

SEMAK KENDIRI 6.4

1. Jelaskan kekuatan birokrasi.


2. Nyatakan 5 kesan negatif birokrasi dan berikan contoh untuk
setiap satu.
116 X TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI

6.4 PERUBAHAN DALAM ORGANISASI


Organisasi formal adalah satu ciri penting dalam masyarakat maka ia akan
menjadi sasaran perubahan. Dalam usaha untuk mengubah organisasi seperti
firma perniagaan dan agensi kerajaan beberapa prinsip akan mengambil peranan
dalam perubahan ini:

(i) Pertama, organisasi akan berubah dengan lebih berkesan sekiranya kadar
penglibatan ahlinya tinggi. Mereka yang ingin kepada perubahan
organisasi ini perlu terlebih dahulu memastikan kesemua ahli dalam
organisasinya melibatkan diri mereka. Ahli yang melibatkan diri
berkemungkinan akan menyokong perubahan organisasi berbanding
dengan mereka yang tidak.

(ii) Kedua, mereka yang berusaha untuk membawa perubahan dalam


organisasi perlu peka kepada kehendak peribadi ahli organisasinya.
Contohnya, ada ahli yang meletakkan keutamaan kepada perhubungan
peribadi semasa bekerja. Sekiranya hubungan ini terganggu oleh
perubahan dalam jadual tugas seharian, pemecatan pekerja atau
penugasan, maka semangat ahli organisasi tersebut akan menjunam. Sesi
kauseling mungkin diperlukan untuk mengendalikan perasaan emosi yang
disebabkan oleh perubahan ini.

(iii) Ketiga, jangkaan oleh mereka yang berusaha untuk membawa kepada
perubahan organisasi adalah penting. Jangkaan boleh mempengaruhi
tingkahlaku. Sekiranya kita menggunakan pendekatan yang positif
terhadap mereka maka ada kemungkinan mereka akan bekerjasama. Tetapi
sekiranya pendekatan kita adalah tidak menjelaskan tentang perubahan
atau kita memandang mereka sebagai orang yang akan menentang kepada
perubahan tersebut maka ada kemungkinan mereka tidak akan
bekerjasama. Contohnya, apabila sebuah organisasi diambil alih oleh
sebuah organisasi yang lain, ada pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja.
Ini akan menimbulkan perasaan tidak selamat di kalangan pekerja lain
sebab mereka tidak diberitahu apa akan terjadi kepada mereka dan
seterusnya mereka curiga terhadap organisasi.

(iv) Keempat, mereka yang berusaha ke arah perubahan perlu tahu struktur
sosial dan operasi organisasi yang akan diubah. Sekiranya sebahagian
daripada sistem perlu diubah maka keseluruhan sistem itu akan terjejas.
Maka tidaklah memadai sekiranya ingin mengubah hanya sebahagian
sahaja tanpa mengambil kira bagaimana perubahan itu akan tinggal kesan
kepada keseluruhan organisasi. Kesan perubahan organisasi akan
berkekalan untuk beberapa tahun dan pekerja perlu bekerja keras
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI W 117

mewujudkan semula komunikasi berkesan menggantikan perancangan


informal yang telah lenyap.

6.4.1 Penentangan Terhadap Perubahan


Perubahan ke atas individu, organisasi atau institusi sosial bukanlah sesuatu
yang mudah dilakukan. Contohnya, mengapakah kerajaan Cina menentang
keras pemimpin pelajar semasa kejadian di Tiananmen Square? Salah satu
penyebab ialah umur pemimpin Cina pada waktu itu. Ramai di antara mereka
yang terlibat dalam peperangan Dunia Kedua menentang Jepun dan berkhidmat
dengan revolusi komunis yang membawa mereka berkuasa. Pada pandangan
mereka, kerajaan yang wujud pada masa itu adalah kerajaan yang sah dan
sesiapa yang cuba mengubah cara pemerintahan adalah musuh kepada negara.
Selain daripada mementingkan diri sendiri mereka juga ingin mengekalkan
status quo. Mereka takut akan kehilangan kuasa, kekayaan kebendaan, dan
paling penting ialah kedudukan mereka dalam masyarakat.

Mengapakah individu menentang perubahan walaupun perubahan itu akan


membawa kebaikan kepada diri mereka? Satu sebab ialah kebanyakan manusia
telah menerima keadaan kehidupan mereka yang telah ditetapkan oleh institusi.
Mereka hanya boleh menerima perubahan sekiranya keseluruhan masyarakat
menentang kewujudan institusi tersebut. Seterusnya, manusia akan menentang
juga sekiranya perubahan akan membawa kerugian kepada apa yang mereka
hargai iaitu mereka merasa perlu menjaga kepentingan mereka dalam status quo
tersebut. Terdapat juga manusia yang merasa selesa dalam keadaan kehidupan
mereka sekarang walaupun mereka berada dalam situasi yang tidak
menguntungkan. Pada mereka perubahan bermakna mereka perlu menghadapi
sesuatu yang baru dan mungkin tidak menentu dan mereka ingin elak daripada
perasaan demikian.

Memandangkan penentangan akan berlaku sekiranya ada perubahan maka


mereka yang ingin membawa perubahan mesti menjangka dan memahami sifat
semulajadi penentangan tersebut. Mereka perlu mendengar leteran kepada
perubahan yang ingin dibawa dan melibatkan mereka yang menentang dalam
perbincangan yang tenang.

AKTIVITI 6.2

Bagaimanakah teknologi mempengaruhi organisasi?


118 X TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI

• Kumpulan merupakan golongan manusia. Ia boleh dibahagikan kepada dua


jenis iaitu kumpulan primari dan kumpulan sekunder. Perbezaan di antara
kedua-dua kumpulan ini terdapat pada ciri-ciri yang terkandung dalamnya.
• Organisasi merupakan sebuah badan yang menyediakan barangan dan
perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli masyarakat.
• Apabila organisasi berkembang, ia akan mula menunjukkan ciri-ciri birokrasi
yang lebih teratur dan mantap. Birokrasi mengandungi peraturan dan
undang-undang yang perlu dipatuhi agar organisasi boleh diuruskan dengan
licin.
• Birokrasi mempunyai kekuatan dan kelemahan. Pada zaman moden ini,
birokrasi ditentang hebat atas alasan ia tidak serasi dengan gaya kerja yang
pantas.
 

Birokrasi Organisasi formal


Kekuatan Organisasi koersif
Kelemahan Organisasi utilitarian
Kumpulan ParkinsonÊs Law
Kumpulan dalaman Penentangan dalam organisasi
Kumpulan diad Pengalihan matlamat
Kumpulan luaran Perubahan dalam organisasi
Kumpulan primari PeterÊs Principle
Kumpulan rujukan Pita merah kerajaan (red tape)
Kumpulan sekunder Rasionalisasi masyarakat
Kumpulan tiga serangkai
 
 
 
 
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI W 119

Curry, T., Jiobu, R., & Schwirian, K. (2005). Sociology for the twenty-first century.
New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Gelles J. G., & Lavine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York:


McGraw-Hill.

Henslin, J. M. (2006). Essentials of socioloy: A down-to-earth approach.


Boston: Pearson.

Schafer, T. R., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill.