Persatuan Bahasa Melayu

,
Sekolah Kebangsaan Sentul 2,
51000, Sentul,
Kuala Lumpur
__________________________________________________________________________________

Tarikh : 6 Januari 2017

Saudara / Saudari ,
Ahli Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Sentul.

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bahasa Melayu

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Sentul 2 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Januari 2017
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kelas Tahun 5 Arif

2. Agenda mesyuarat adalah seperti ketetapan berikut :

2.1 Ucapan alu – aluan Pengerusi Persatuan
2.2 Ucapan Guru Pemimpin Persatuan
2.3 Agenda Mesyuarat Agung
i. Ucapan pengerusi tetap
ii. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu
iii. Pemilihan ahli jawatankuasa
iv. Ucapan penangguhan

3. Saudara / saudari diminta hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(DARWINA DANISYA BT ROZAIDY)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
SK Sentul 2,
Kuala Lumpur