You are on page 1of 14

SULIT 1103/2

SKEMA
MODUL GERAK GEMPUR BERFOKUS SET 2 2015
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Peraturan Pemarkahan

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT. Kegunaannya khusus untuk


pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam
peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada
sesiapa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak.

1
SULIT 1103/2

SKEMA & PERATURAN PEMARKAHAN RUMUSAN SET 1

a) Isi - 20 markah
b) Bahasa - 10 markah

a) Isi [20 markah]

Nota :Panduan mengira perkataan :


Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
nama khas
perkataan berulang
penggunaan kata sendi di dan ke
tarikh
angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
gelaran
penanda wacana
peribahasa/ slogan
ii. Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja
sebelum diperiksa.
iii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya
tidak perlu diperiksa.
iv. Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12


16
(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20

b) Bahasa [10 markah]


Asas pemberian markah tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual
berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa Huraian

Baik 18 20 9 10 - Kesinambungan isi baik


15 - 17 7-9 - Struktur ayat / tatabahasa baik
- Kosa kata luas

2
SULIT 1103/2

- Tanda bacaan / ejaan betul


- Kesinambungan isi masih baik
12 14 67 - Struktur ayat / tatabahasa masih
8 11 4-6 memuaskan
Sederhana - Kosa kata masih memuaskan
- Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah 1-7 1-4 - Pada keseluruhannya dalam serba


kekurangan / tidak memuaskan
Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak
dipotong.
[ Markah bahasa maksimum; 10 markah]

SKEMA JAWAPAN RUMUSAN :


Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan manfaat/ kepentingan/ faedah/ kemaslahatan penggunaan sisa makanan di


Malaysia/ dinegara kita. 2

Petikan membincangkan manfaat/ kepentingan/ faedah/ kemaslahatan penggunaan sisa makanan dan
beberapa faktor kurangnya penggunaan sumber makanan dalam kehidupan masyarakat. 2

Rumusan membincangkan manfaat/ kepentingan/ faedah/ kemaslahatan penggunaan sisa makanan

Isi Tersurat [2 12 markah]

SU 1- boleh diproses untuk dijadikan makanan haiwan 2

SU2- diproses menjadi baja organik dan baja kompos 2

SU3- menjadi sumber daya tahan kelembapan kepada tumbuhan bagi mengimbangi suhu tanah . 2

SU4- boleh memperbaiki kualiti kesuburan tanah 2

SU5- berupaya meneutralkan struktur tanah. 2

3
SULIT 1103/2

SU6- boleh membantu tumbesaran tumbuhan 2

SU7- membantu menghalang pertumbuhan mikroorganisma patogen 2

SU8- boleh menjadi alternatif lain sebagai bahan api yang tidak tercemar 2

Isi Tersirat [2-4 markah]

T1. Mengadakan kempen kesedaran 2

T2. Majlis kenduri secara sederhana 2

T3. Berbelanja secara berhemah 2

T4. Mengenakan denda kepada pembazir makanan 2

T5. Memperbanyak program kitar semula 2

T6. Mengadakan kajian dan penyelidikkan (R&D) berasaskak sisa makanan 2

Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai.

Kesimpulan (2 markah)

Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah menyokong usaha kerajaan supaya hasrat pihak
kerajaan untuk memajukan sumber berasaskan sisa makanan berjaya. 2

Soalan 2 : Pemahaman

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:

Soalan 2(a) : 9 markah


Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan (2d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

4
SULIT 1103/2

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2

- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1

- Jawapan tidak tepat/ salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2


- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1

- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

SOALAN 2 (a) Petikan Umum

I. Maksud rangkai kata:

Berbagai-bagai/ banyak/bermacam-macam
Kesan/ implikasi/ akibat (2m)
Pelbagai impak Pelbagai kesan (1m)
Banyak impak (1m)

[markah maksimum: 2 markah]

5
SULIT 1103/2

ii. faktor kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penggunaan sumber sisa makanan.
[isi cukup 2 faktor]

Kurangnya pengetahuan kendiri mereka terhadap program kitar semula bahan buangan

Sesetengah masyarakat beranggapan pembuangan sisa makanan yang banyak boleh


mengundang haiwan vektor pembawa penyakit

Mengundang kepada persekitaran yang tidak sihat.

[markah maksimum : 3 markah]

iii. Kebaikan program kitar semula [isi cukup 2 peranan]


-Dapat mengurangkan sampah/ bahan buangan
-Dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar
-Dapat menambahkan pendapatan masyarakat
-Dapat memupuk amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan
-Dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan
*jawapan lain yang sesuai boleh diterima [markah maksimum : 4 markah]

PERATURAN PEMARKAHAN SOALAN 2B DAN 2C SET 2

Soalan 2(b) Petikan Drama

(i) Nasihat Pak Man;

- sebagai anak, kena bertanggungjawab apabila musibah menimpa


ketua keluarga kita 1

- anak-anak mesti memahami kasih sayang seorang ibu 1


- anak-anak mesti faham kasih bapa terhadap kebahagiaan anak-anak 1

[maksimum: 2 markah]
(ii) cara-cara;

- memberikan perhatian dan kasih sayang 1


- memberikan wang perbelanjaan 1
- menjaga mereka ketika mereka sudah tua / uzur 1
- membawa mereka pergi melancong / mengerjakan haji. 1
- mentaati dan menghormati mereka 1
- kerap menziarahi 1

[maksimum: 3 markah]

6
SULIT 1103/2

(iii) Pengajaran dalam petikan;

- Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.


Pak Man menasihati Sabariah supaya bertanggungjawab terhadap
kesusahan yang dihadapi oleh ibunya. 2

- Seorang isteri mestilah taat / menyayangi suaminya.


Contohnya Jimah setia menunggu kepulangan Jumaat dan yakin suaminya
masih hidup. 2

Pengajaran dalam drama;

- Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.


Jimah tabah menghadapi hakikat suaminya Jumaat yang hilang ketika
kejadian tsunami. 2

- Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua. Sani bercakap


dengan sopan kepada semua abang dan kakaknya serta Pak Man. 2

- Kita janganlah menyakiti / menyinggung perasaan ibu bapa.


Sabariah menyebabkan ibunya kecil hati apabila mengungkit tentang
wang yang dikirimnya pada setiap bulan. 2

[maksimum: 4 markah]

Soalan 2(c) PetikanProsaTradisional

(i) Maksud menengok cupak gantang orang;

- Melihat kehidupan orang di tempat lain 2


- Melihat kehidupan orang 1

[maksimum: 2markah]

(ii) Kehendak Tuan Bujang;

- Tuan Bujang hendak kelaut dan pergi ke Siak 1


- Hendak merampas / menguasai Negeri Johor 1
- Hendak menuntut bela kematian ayahandanya 1

[maksimum: 3markah]

7
SULIT 1103/2

(iii) Persediaan yang dilakukan;

- Menyediakan kapal yang baik / elok / lengkap 1


- Menyediakan bekalan makanan yang cukup 1
- Mendapatkan pembantu / hulubalang yang kuat / handal 1
- Bekalan senjata yang mencukupi 1
- Mendapatkan rehat yang mencukupisebelumbertolak 1

[maksimum: 3markah]
Soalan 2(d)

(i) Maksud;

- Apabila kita seronok bekerja, kita akan lebih gembira

(ii) Ciri-ciri;

- bertanggungjawab
- amanah dalam menjalankan tugas
- tidak sombong/mementingkan diri sendiri
- sedia mendengar pendapat orang lain / berfikiran terbuka
- bekerja bersama-sama pegawai bawahan
- menjaga/ mengambil berat kebajikan pekerja
- bijak menyelesaikan masalah

(iii) Persoalan;

- persoalan menghargai / menepati masa dan tidak bertangguh-tangguh dalam menjalankan


tugas/tidakmembazirkan masa
- persoalan kegigihan bekerja/ketekunan demi mencapai kejayaan
- persoalan kebijaksanaan mengamalkan jimat cermat dalam menjalankan tugas
- persoalan kepimpinan melalui teladan
- persoalan amalan kesederhanaan dalam kehidupan dan kebijaksanaan dalam mengambil
sebarang tindakan

8
SULIT 1103/2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah


Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.

2. Tolak markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada

keseluruhan soalan.

3. Frasa berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.

4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.

5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah

6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih tolak markah bagi setiap ayat.

7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.

8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.

9. Isi tidak jelas, tolak markah

Soalan 3(a)
i. Asyik - menaruh berahi atau perasaan cinta yang amat sangat ( terhadap seseorang)
- sedang sibuk, leka ( dengan sesuatu), khayal
- orang yang menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pad Allah SWT
kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya

Asyik-asyik balik-balik, sering kali

ii. Jangan - kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah,
- ungkapan melarang seseorang membuat sesuatu kerja

Jangan-jangan - entah-entah, entahkan, barangkali

iii. Senyap - sunyi, tidak bising sedikit pun, sepi


- tidak kedengaran apa-apa, tidak ad sesiapa yang bercakap
- tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa-apa, tidak bersuara, diam
- nyenyak (tidur), lena

9
SULIT 1103/2

- tidak sibuk (perniagaan), lengang


- tidak diperkatakan lagi (sesuatu perkara)
-
senyap-senyap tidak dengan berkata-kata, secara rahsia

(b)
(a) Atlet negara mestilah sentiasamenilai pencapaian mereka.
(b) Atlet negara mestilah membaiki setiap kelemahan.
(c) Jika mereka berdisiplin kejayaan pasti akan dicapai.
(d) Jika mereka berusaha bersungguh-sungguh kejayaan pasti akan dicapai
(e) Kejayaan itu pasti membanggakan diri .
(f) Kejayaan itu pasti membanggakan negara

(c)
(i) Mengekal - mengekalkan
Patriotisma - patriotisme

(ii) Berharapkan - mengharapkan


Sembarang - sebarang

(iii) Kongress - kongres


Keperkasaan pemerkasaan

(d)
(i) Pada - dalam
Taktikal - teknikal

(ii) Kritik - kritis


Di masa pada masa

(iii) Teramat penting sekali teramat penting / amat penting sekali


Adab - adat

(e) i. kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan


ii. orang yang disuruh membuat sesuatu secara mendadak
iii. keuntungan besar yang diperoleh tanpa bersusah payah

10
SULIT 1103/2

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

Perhatian bagi soalan 4

(a) (i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

(iii) Berikan 1 markah bagi pernyataan yang tepat.

(iv) Berikan 1 markah bagi huraian yang jelas

(v) Markah isi maksimum 4 markah.

(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah.

(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression`

Baik = 3 markah

Sederhana = 2 markah

Lemah= 1 markah

(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.

(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[maksimum: 7 markah]

(b) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.

(iii) Beri 1 markah untuk pernyataan yang tepat bagi setiap novel

(iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas

(v) Markah isi maksimum 6 markah.

(vi) Markah bahasa maksimum 2 markah.

(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression`

11
SULIT 1103/2

Baik = 2 markah

Lemah = 1 markah

(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa.

(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[maksimum: 8 markah]

4 (a) Dua nilai kemasyarakatan

MELUNAS RINDU

1. Nilai bantu-membantu sesama rakan


Fuad telah membawa anak Borhan yang demam panas untuk dirawat. Fuad sanggup
menyewa sebuah kereta dan pergi ke klinik tersebut pada waktu malam demi
membantu rakannya itu.

2. Nilai kerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugas.


Farhana dan Fuad saling berbincang dan bekerjasama merancang beberapa program untuk
membantu pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Setia menguasai mata pelajaran Bahasa
Inggeris.

3. Nilai tanggungjawab terhadap amanah atau tugas yang telah diberikan.

Cikgu Abas sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penolong kanan untuk


memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Seri
Setia. Beliau kerap menegur sikap guru-guru yang tidak amanah seperti tidak masuk ke kelas
untuk mengajar.

4. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua


Fuad menghormati Pak Ismail dan Mak Salmah serta tidak pernah
meninggikan suaranya ketika berbicara dengan mereka.

12
SULIT 1103/2

KABUS DI PERBUKITAN

1. Nilai kerjasama dalam masyarakat


Pelbagai agensi kerajaan seperti tentera, polis, ambulans dan RELA bekerjasama dalam operasi
mengesan Faridah dan Iqbal yang lesap selepas mereka terbabit dalam kemalangan .

2. Nilai kerjasama dengan rakan

Soleh Johnsons dan Datuk Azrul bekerjasama membangunkan kawasan tanah tinggi
Lojing sebagai pusat pelancongan (agropelancongan).

3. Nilai bantu-membantu sesama rakan

Buyung telah membantu Kamarudin mengesan Faridah dan Iqbal setelah pihak
berkuasa menghentikan operasi pencarian kedua-duanya. Berkat bantuan Buyung,
Kamarudin telah berjaya menemui Faridah dn Iqbal di perkampungan orang Asli.

4. Nilai tanggungjawab sebagai muslim sejati .


Soleh Johnsons sentiasa memastikan penyembelihan haiwan ternakan yang akan
dipasarkan kepada pengguna terutama umat Islam mengikut lunas-lunas ajaran Islam.

4(b) Peranan watak sampingan membantu watak utama

MELUNAS RINDU

1. Farhana membantu Fuad sebagai guru sandaran


Farhana membantu Fuad dengan membimbingnya sebagai guru bahasa Inggeris yang baharu
di Sekolah Mennegah Seri Setia.

2. Farhana membantu Fuad sebagai guru baharu


Farhana meminjamkan buku-buku rujukan bahasa Inggeris yang diperlukan oleh Fuad untuk
mengajar anak-anak muridnya.

3. Farhana membantu memulihkan hubungan baik antara Fuad dengan Mak Salmah
Farhana membantu mengurangkan rasa benci Mak Salmah kepada Fuad atas kematian Sofia.
Kehadiran Farhana ke rumah Mak Salmah dan Pak Ismail telah menghilangkan rasa sunyi Mak
Salmah dan secara tidak langsung perasaan benci Mak Salmah yang begitu menebal
terhadap Fuad kian terhakis.

13
SULIT 1103/2

KABUS DI PERBUKITAN

1. Soleh Johnsons telah membantu Faridah mendapatkan pekerjaan.


Faridah telah memohon kerja hujung minggu sebagai pengetam bulu biri-biri semasa beliau
mengikuti kursus enam bulan Community Services for Disable People di New Zealand. Soleh
Johnsons telah menerimanya bekerja dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh
Faridah.

2. Soleh Johnsons membantu Faridah meringankan urusan persediaan majlis ramah mesra.
Soleh Johnsons membantu Faridah dengan mendapatkan khidmat katering pengusaha Melayu
di Christchurch ketika mereka hendak mengadakan majlis ramah mesra di pusat
komuniti. Faridah berhasrat untuk mengadakan majlis ramah mesra di pusat komuniti bagi
mengeratkan hubungan penduduk di kawasan kediamannya namun Soleh Johnsons
bimbang akan kesihatan Faridah. Oleh sebab itulah Soleh Johnsons mendapatkan khidmat
katering.

3. Soleh Johnsons menemani Faridah pulang ke tanah air.


Soleh Johnsons membantu menemani Faridah pulang ke tanah air yang sudah
ditinggalkan oleh Faridah sekian lama.
Kepulangan Faridah ke tanah air yang asalnya mahu membincangkan perkahwinan Anne
dan Zain akhirnya bertukar menjadi pertemuan bersejarah Faridah dengan Azrul, sahabat karib
kembarnya Rahayu yang telah meninggalkan dunia.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

14

You might also like