En.

Amirul Afiq Bin Md Abrar
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar,
32610 Bandar Seri Iskandar,
Perak.

Melalui, Tarikh : 19 Julai 2017

Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar,
32610 Bandar Seri Iskandar,
Perak.

Kepada:

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh,
Perak.

Tuan,

MEMOHON PENGECUALIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya Amirul Afiq Bin Md Abrar , Kad Pengenalan
bernombor 920120-01-5197 telah dilantik ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred
DG41 pada 15 Ogos 2016. Sehubungan itu, saya memohon dikecualikan Program Transformasi
Minda kerana telah menjalani kursus atas talian melalui laman sesawang EPSA seperti mana yang
telah dimaklumkan dalam surat J.Pend.Pk(Am)5119/25Jld.2(16). Kursus melalui EPSA ini telah saya
laksanakan dalam tempoh Jun-Julai 2017.

3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan salinan dokumen yang berkaitan yang
perlu saya kemukakan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………………………
(AMIRUL AFIQ BIN MD ABRAR)

Related Interests