ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Asal- Usul Bahasa Melayu 2

BAB 2 PERANAN BAHASA MELAYU

2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu 4

2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Lingua Franca 6

BAB 3 PENUTUP

3.1 Kesimpulan 9

RUJUKAN 11

I

Bahasa Melayu telah menjadi alat perpaduan kebangsaan dan alat komunikasi pelbagai kumpulan etnik. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan yang amat penting yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara.1 Pendahuluan Bahasa menjadi alat untuk berkomunikasi bagi setiap individu. bahasa penting bagi setiap orang. Sesungguhnya. Hal ini disebabkan bahasa menjadi satu kepentingan di negara ini yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh faktor dasar pecah dan perintah penjajah British pada waktu itu. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Dalam hal ini. Sekolah .sekolah vernakular bangsa lain menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan rasmi bagi rakyat Malaysia. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan bahasa Melayu di mana bahasa berperanan sebagai asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat. Namun apabila Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pelbagai usaha bagi memertabatkan Bahasa Melayu telah dilaksanakan oleh pembesar-pembesar Melayu pada masa itu. dialek serta bahasa. Oleh yang demikian. Pelaksanaan Penyata Razak (1956 ) juga bertujuan untuk mewujudkan sebuah 1 . dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. Oleh itu. 1956 Penyata Razak telah dilaksanakan setelah diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Pada waktu pemerintahan British Bahasa Melayu hanyalah berfungsi sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah vernakular Melayu. BAB 1 PENGENALAN 1. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Bahasa Melayu telah diberikan hak keistimewaan sebagai bahasa penghantar disemua sekolah.

pada zaman pemerintahan British. 2 . Jawa Tengah pada tahun 832M. Ia terbahagi kepada tiga tahap. hal ini tidak menghalang kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) di Malaysia. pentadbiran. Bahasa Melayu dipercayai mampu berperanan sebagai alat penyatuan kaum. Tahap kedua pula bermula dari abad 13 hingga abad 19. Pulau Bangka pada tahun 686M. beliau merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu dan jawatankuasa itu telah mengeluarkan Laporan Rahman Taib ( 1960 ). yang menjadi jambatan menghubungkan pelbagai etnik. Palembang pada tahun 683M. belajar. iaitu bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan. Bukti dapat dilihat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau). 1. Bukti penemuan pengaruh ini dapat dilihat pada batu bersurat Kedukan Bukit. Seterusnya. Bahasa Melayu telah dipinggirkan. berbilang agama serta mempunyai amalan cara hidup yang berbeza. Kota Kampar. Jambi pada tahun 686M. kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Meskipun dengan adanya bahasa kebangsaan. Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). zaman Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke 19. Oleh itu. Penyata Razak ini disemak oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Taib. Peranan bahasa yang keempat adalah amat penting dalam masyarakat apatah lagi dalam masyarakat yang pelbagai bangsa. Selepas merdeka. dan Gandasuli. tiada satupun rakyat negara ini yang dilarang daripada menggunakan. Bahasa Melayu pada waktu itu banyak menggunakan kata pinjaman dari Bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa lingua franca dan pentadbiran. klasik dan moden. Terdapat sedikit pengaruh Bahasa Sankrit.2 Asal-usul Bahasa Melayu Bahasa Melayu berasal dari Bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Palembang pada tahun 684M. atau mengajar apa-apa bahasa lain selain bahasa kebangsaan . Karang Brahi. Bahasa Inggeris juga diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah. Talang Tuwo. Sebelum kedatangan British. Namun. kerana Bahasa Melayu ditulis menggunakan tulisan Pallawa. Malahan di negara-negara liberal yang memperjuangkan hak asasi manusia pun tiada jaminan sebegini seperti yang dilaksanakan di Malaysia. Tambahan pula. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13. iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya dimana pada masa itu.masyarakat yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang utama.

dalam catatannya yang dipercayai ditulis pada sekitar tahun-tahun 645-655 Masihi. Tulisan itu menerangkankan bahawa orang Mo-lo-yeu yang mengutuskan duta ke negara China untuk menyerahkan hasil mahsul dan ufti kepada maharaja Cina. konsep Melayu sebagai bahasa masih belum dinyatakan pada peringkat ini. Mengikut catatan I-Tsing pada sekitar tahun 644-645 Masihi. Selain itu.Menerusi perspektif rakyat Malaysia. yang dikenali juga dengan nama Bahasa Melayu Kuno. bukti konkrit yang pertama telah ditemui pada tahun 683 merupakan signifikan dengan bentuk dan sifat bahasa Melayu. 2008). al. lokasi kerajaan Mo-lo-yeu secara tepat sama ada di Semenanjung Tanah Melayu atau di Jambi. Istilah “Melayu” paling awal dijumpai dalam buku catatan perjalanan seorang pengembara Cina yang beragama Buddha bernama I-Tsing. Bahasa ‘K’un-lun ini bukan sahaja digunakan oleh penduduk tempatan tetapi juga dipelajari oleh para pedagang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi. Tetapi dalam catatan tersebut tidak dinyatakan. Sumatera. hasil penemuan batu bersurat tersebut mengandungi bahan bertulis yang bentuk dan susunannya yang mirip serta dapat diklasifikasikan sebagai Bahasa Melayu (Nik Safiah Karim et. “orang Melayu” serta “bangsa Melayu”. Dipercayai bahawa ‘K’un-lun ini ialah bentuk bahasa Melayu yang terawal. iaitu hasil daripada catatan dalam kajian sejarah. Namun begitu. kita sering menggunakan istilah “Bahasa Melayu”. Walau bagaimanapun. dari manakah wujudnya istilah “Melayu” ini dan bagaimanakah asal-usulnya? Istilah “Melayu” sangat baru dijumpai. 3 . terdapat sejenis bahasa pertuturan masyarakat tempatan di Srivijaya pada waktu itu bernama ‘K’un-lun.

peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan terutamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi swasta mengalami transformasi atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. maka kata penulis bahawa sesungguhnya Bahasa Melayu telah menjadi sebuah bahasa ilmu yang dimana sesiapa yang mahu menuntut ilmu pada waktu itu perlulah mempelajari Bahasa Melayu.1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu “Bahasa Melayu merupakan bahasa antarabangsa dan sesiapa sahaja yang tinggal di antara Parsi di sebelah baratnya dan Filipina di sebelah timurnya. menurut Seksyen 17 (1) menteri diberi peruntukan sejumlah 4 . Namun demikian . BAB 2 PERANAN BAHASA MELAYU 2. Berpaksikan Seksyen 2 dalam Akta 1996. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa penghantar antara pedagang-pedagang di Tanah Melayu pada waktu itu. Nilai dan taraf bahasa Melayu mengalami penurunan sewaktu di zaman pemerintahan British. Menurut kenyataan di atas. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmiah dan bahasa ilmu sejak dari zaman Kesultanan Melayu lagi. Selain itu. Dasar bahasa kebangsaan ini telah meningkatkan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. dapat disimpulkan bahawa Valentjin mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mampu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dianggap sebagai golongan yang tidak berpelajaran . sekolah menengah serta institusi-institusi pengajian tinggi. Hal ini mungkin dikatakan sebegitu kerana pada waktu itu semua naskhah-naskhah ilmu yang wujud di Nusantara adalah di dalam Bahasa Melayu. tetapi tidak mengetahui Bahasa Melayu maka orang itu akan dianggap tidak berpelajaran. Pengiktirafan bagi Bahasa Melayu ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961.” – Francois Valentjin. Setelah negara Malaysia mencapai kemerdekaan Bahasa Melayu telah diangkat taraf menjadi bahasa kebangsaan dan seterusnya sebagai sebuah bahasa ilmu yang dituturkan oleh cerdik pandai bermula sedari sekolah kebangsaan. dapat kita tafsirkan bahawa bahasa kebangsaan telah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Hasrat negara untuk membentuk sebuah negara bangsa akan mampu dilaksanakan melalui pembinaan sekolah.sekolah yang boleh menyatukan kaum-kaum di Malaysia. Bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Dengan ini. Perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah sangat penting bagi merealisasikan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin menjadikan sistem pendidikan di Malaysia menyamai taraf pendidikan dunia. dan kepercayaan. Peruntukan tersebut secara signifikan telah memastikan bahawa peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar telah mengalami perubahan yang positif dan dinamik. Menurut Penyata Razak (1957 ). kita boleh mendefinisikan bahawa bahasa Melayu juga turut berfungsi sebagai bahasa utama yang telahpun menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan serta berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan masyarakat majmuk di negara ini meskipun wujudnya jurang perpisahan antara pelbagai golongan etnik dan bangsa yang ada dalam masyarakat di Malaysia. elemen yang mampu membantu kepada agenda pembinaan negara bangsa ini ialah sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantarnya ( Abu Hassan Othman. Maka dengan ini. etnik. Kerana itu jugalah. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat perpaduan yang sangat penting kepada Negara Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa.penutur yang 5 . iaitu melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan masyarakat di Malaysia. bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan. bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai satu medium yang berfungsi untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Garvin dan Mathiot ( 1968 ) menyatakan. Dalam mengejar arus globalisasi pada masa kini.kacir dan paling ditakuti tidak mustahil akan dapat memusnahkan sebuah negara yang sememangnya aman dan tersohor di seluruh dunia dengan masyarakatnya yang bersatu walau berlainan bangsa. Cina dan India. Negara Malaysia telah mewajibkan seluruh penduduk Malaysia mengetahui bahasa Melayu dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam komunikasi serta hubungan antara kaum. Oleh yang demikian. Kaum Melayu merupakan penduduk jati Negara Malaysia serta menjadi kaum yang terbesar di Malaysia. Masyarakat dunia telah mengetahui bahawa Negara Malaysia mempunyai tiga kaum utama yang terdiri daripada kaum Melayu.kuasa bagi mengecualikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar disesebuah institusi pendidikan. Tanpa perpaduan juga negara akan menjadi kucar. 1997 ). terbuktilah bahawa bahasa boleh bertindak sebagai alat yang menghubungkan penutur .

Portugis. Bahasa Melayu telah dapat diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak lima abad yang lalu iaitu sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke – 15 lagi. Semua ini membuktikan betapa Bahasa Melayu pernah berada di suatu tahap yang tertinggi dan bukan sahaja digunakan di peringkat Nusantara malahan sehingga ke antarabangsa. semua bangsa yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu telah memperakui akan kepentingan mempelajari Bahasa Melayu. dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah lama menggunakan Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi sebagai medium. Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa. dan Belanda. Ini akan dapat merealisasikan hasrat negara yang mahu mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia.menuturkan berbagai – bagai dialek bahasa yang sama. Dalam kitab Sejarah Melayu ada dijelaskan keadaan di mana para pedagang bertungkus lumus dalam usaha mereka untuk mempelajari Bahasa Melayu serta menguasainya supaya segala urusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama bertutur menggunakan bahasa itu dapat dipermudahkan.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Lingua Franca Lingua Franca merupakan istilah yang berasal dari bahasa Latin yang bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa. dan dengan sedemikian dapat menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat bahasa. Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Bahasa Melayu merupakan lingua franca di rantau Melayu dan Indonesia. Munsyi atau juga dikenali sebagai guru Bahasa Melayu akan mengajar mereka sekiranya mereka tidak memahami dan mengerti bahasa ini. 6 . kebudayaan. Tiada bahasa lain yang dapat menandingi kehebatan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang luas di rantau ini. Mereka berusaha untuk mempelajari serta menguasai Bahasa Melayu bagi kelancaran sebarang urusan mereka sewaktu berkomunikasi dengan pemimpin dan masyarakat di Tanah Melayu untuk berdagang. Melalui penelitian dan kajian secara terperinci. 2. Pada era kegemilangan Melayu Melaka. Selain dari itu. dan kesusasteraan. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut mempraktikkan penggunaan Bahasa Melayu yang ditulis dengan tulisan jawi. Hal ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak-pihak penjajah seperti British. Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin ( 2007 ).

lisan atau isyarat. Bahasa Melayu telah menjadi alat penyatuan masyarakat di Malaysia dengan memastikan seluruh rakyat di Malaysia menggunakan bahasa penghantar utama yang sama. bahasa dan pendidikan mampu digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman bagi mencapai misi perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Garvin dan Mathiot (1968 ) menyatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard ialah fungsi penyatuan bahasa boleh menjadi alat yang mampu menghubungkan semua dialek dengan satu bahasa yang sama. Kesefahaman di dalam politik dan agama sahaja tidak memadai untuk sesebuah negara mencapai perpaduan dalam kalangan rakyatnya. pemimpin yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini telah mencapai persetujuan dan persepakatan agar Bahasa 7 . bahasa komunikasi yang digunakan merupakan satu faktor yang amat penting dalam mempertingkatkan hubungan dan menambah kualiti komunikasi antara satu sama lain. Penyata Razak dijadikan sebagai asas dalam Ordinan Pelajaran 1957. pelaksanaan bahasa penghantar yang sama di seluruh sekolah di sesebuah negara mampu untuk menyatupadukan rakyatnya. Setiap idea perlu diutarakan dalam bentuk yang gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diaplikasikan di dalam masyarakat. Menurut penyata itu. Bahasa adalah alat yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat sesebuah negara kerana bahasa merupakan alat untuk melahirkan pendapat dan buah fikiran. dan bahasa persuratan maka setelah dibahaskan. Bahasa komunikasi yang boleh difahami oleh semua masyarakat menjadi perkara yang sangat penting bagi memastikan sesuatu idea itu disampaikan dengan jelas dan dapat difahami dengan baik. Kerana itulah. Jelaslah. Semua kaum di Malaysia hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di sekolah-sekolah malahan institusi-instusi pengajian tinggi juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama mereka. Bagi merealisasikan hasrat negara dalam memastikan keberkesanan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara. Bahasa penghantar utama yang sama di sekolah-sekolah juga akan dapat merealisasikan hasrat negara yang ingin mewujudkan satu bangsa yang dinamakan bangsa Malaysia. sebagai bahasa komunikasi. Bahasa Melayu yang telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian. Negara Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dapat disatukan dengan menggunakan bahasa komunikasi yang dapat difahami oleh semua masyarakat. Bahasa merupakan alat perhubungan bagi manusia dalam menyampaikan perasaan atau pemikiran sama ada dalam bentuk tulisan.

8 . Permuafakatan pelbagai kaum ini dirakam dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152.Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang telahpun memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957. para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.

Bahasa Melayu telah terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia. Berdasarkan pelbagai faktor yang dominan. Alaf baru ini dapat 9 . Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa komunikasi utama bagi masyarakat Malaysia dan seterusnya telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. begitu halus sehingga menusuk ke dalam kalbu. Kita rakyat Malaysia perlulah sentiasa berusaha untuk memelihara serta memertabatkan Bahasa Melayu sehingga ke tahap antarabangsa. sekolah menengah serta institusi – institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebagai konklusi. Bahasa Melayu juga telah dijadikan alat perpaduan yang terpenting di dalam sistem pendidikan Melayu.1 Kesimpulan Kesimpulannya. BAB 3 PENUTUP 3. begitu indahnya Bahasa Melayu. menjadi tanggungjawab kita mewakili seluruh rakyat Malaysia untuk membuktikan bahawa Bahasa Melayu memang berkeupayaan menjadi bahasa bagi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum dengan kita sendiri menjadi pendukungnya yang benar-benar berkemampuan. Setelah Negara Malaysia mencapai kemerdekaan Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan negara yang sememangnya telah menjadikannya titik tolak yang besar dalam menaikkan taraf dan nilai Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama yang diwajibkan bagi sekolah – sekolah rendah kebangsaan. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka hingga menjadi lingua franca dan bahasa ilmu kerana Bahasa Melayu mudah untuk dijadikan bahasa pertuturan berbanding dengan bahasa yang lain kerana ciri-ciri yang keterbukaan yang terdapat dalam Bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu. “Era digital”. “maklumat di hujung jari” serta “ dunia tanpa batasan” merupakan istilah- istilah yang digunakan bagi menggambarkan senario masa hadapan nanti. Bahasa Melayu juga sentiasa dapat menerima pengaruh bahasa – bahasa yang lain dan faktor ini menyebabkan Bahasa Melayu boleh berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca di Kepulauan Melayu pada masa itu.

Pada masa yang sama Bahasa Melayu dapat diviralkan lagi melalui program “Belajar Bahasa Melayu” melalui internet yang makin pesat digunakan pada hari ini.dijadikan jentera bagi memperkaya dan memartabatkan sesuatu bahasa dan memperkenalkannya ke seluruh dunia. Visi untuk menaikkan taraf Bahasa Melayu sekali lagi dapat direalisasikan dengan memperkenalkannya di seluruh dunia dengan kuasa internet. 10 .

Garvin.blogspot. Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Dari Tradisi ke Reformasi dlm Jurnal Dewan Bahasa. 1968 .. : Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. : Longman Malaysia. http://pustaka2.my/2012/08/fungsi-bahasa-melayu. http://prpm.my/eprints/914/1/MEMARTABATKAN%20BAHASA%20 MELAYU%20MELALUI%20PENDIDIKAN%20DAN%20MENDEPANI%20CAB ARAN%20GLOBALISASI. Sejarah Bahasa Melayu / Abdul Rashid Melebek. http://nizamdungun. : Shah Alama : Oxford Fajar Sdn. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia (1987). Mouton.upsi. 7. Paris – The Hauge. Panorama bahasa Melayu sepanjang zaman / Nik Safiah Karim : Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.html 2. : Sarjana Enterprise. Jilid 43 Bil 10. dalam Fishman J. RUJUKAN INTERNET 1. 6. 4. 2007. Bhd.A.L Mathiot M.my/2015/11/assalamualaikum-wbt_25. . Bahasa Melayu : teori dan aplikasinya / (Penyunting) Nik Safiah Karim. : Dewan Bahasa dan Pustaka 8.html 5. http://eprints. Abdullah Hassan. 1989. (Ed) Reading In The Sosiology of Language. Awang Sariyan.pdf 4. 2006. http://cheguuafinur. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu . 1981 3. Amat Juhari Moain : Utusan Publications & Distributions. Rencana Linguistik (1978).utm.pdf 11 . Dr.edu.my/Search.gov. Pengajian Am: Proses dan prosedur 2/ Prof. 2010.RUJUKAN 1.aspx?k=lingua+franca&d=10 3. 1999. P. 9. Abu Hassan Othman dan Razak Mamat. Problem in Language and Culture.my/40641/3/IndhumathyMunusamyMFP2013CHAP1. “The Urbanization Of Guarani Language”.blogspot. Abdullah Hassan.dbp. DBP. 1980 2. Pengajian Malaysia / (Penyunting) Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. 10.

Related Interests