Memahami Sebab Dan Kesan

Murid saya sering mengadu mereka tidak dapat mengenalpasti pembolehubah pada soalan yang
hanya menunjukkan gambar sahaja.

Bagaimana hendak mengenalpasti pembolehubah yang terlibat? Mudah sahaja.
Cuba kenalpasti perbezaan.

1. Suhu purata berbeza.
2. X ada hidupan sementara Y tiada.

Kemudian cuba fikirkan tentang sebab dan kesan. Apa yang menyebabkan ada hidupan di X
dan tiada hidupan di Y.
Sebab : Suhu yang sesuai
Kesan : Hidupan boleh hidup. Jadi , pembolehubah dimanipulasi ialah Keadaan Suhu dan yang
bergerak balas ialah keadaan hidupan.
Menjawab soalan pemerhatian lain.

Soalan ini boleh dikategorikan sebagai soalan beraras tinggi. Bagi menjawab jenis soalan ini
murid perlu berfikir dengan lebih kritis bagi mendapatkan jawapan. Bagaimana hendak
mengenal soalan jenis ini?
Soalan jenis pemerhatian lain dapat kita kenalpasti dengan mengenal kata kunci tertentu.

Contoh ayat soalan yang memerlukan calon memberikan pemerhatian lain:

1. Berikan satu lagi pemerhatian yang dapat diberikan...
2. Nyatakan pemerhatian lain yang dapat diperhatikan.....
3. Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab di .....

*ayat yang digariskan menunjukkan calon perlu memberi satu lagi pemerhatian selain daripada
yang telah diberi.

Bagaimana hendak menjawab?

Caranya ialah, tuliskan apa yang nampak dengan mata kasar tentang perkara yang berlaku.
Perkara yang tidak dapat dilihat tidak boleh dijadikan pemerhatian.
contoh

1. Berikan dua sebab (inferens) mengapa lalat dalam balang mati.
a) Lalat dalam balang mati kerana tiada makanan.
b) Lalat dalam balang mati kerana kekurangan udara.

2. Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab ( inferens) di soalan 1.
Kamu mesti tulis apa yang kamu dapat lihat yang berlaku pada lalat yang membuktikan ia tidak
mendapat makanan atau air.

cadangan jawapan:

Lalat kelihatan lemah dan tidak boleh terbang.
TIPS 2 - Inferens yang perlu buat perbandingan mesti dibandingkan
Ada inferens yang perlu dibuat dalam bentuk perbandingan dan perbandingan itu mesti
dinyatakan dalam jawapan.

Contoh:

Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya daripada ikan peliharaan Pak Abu.
Berdasarkan pemerhatian ini nyatakan inferens yang sesuai tentang perbezaan saiz ikan
peliharaan Pak Ali dan Pak Abu.

Salah : Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti.

* contoh jawapan ini salah kerana perbandingan tidak dinyatakan dalam jawapan.

Betul : Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti
berbanding ikan peliharaan Pak Abu.

TIPS 1- Jangan berikan alasan yang umum dalam menjawab soalan inferens

1. Jangan menjawab dengan sebab yang terlalu umum.

Contoh:

Di dalam satu penyiasatan mengenai pertumbuhan mikroorganisma, Amin mendapati roti
yang dititiskan air akan berkulat selepas tiga hari berbanding dengan roti yang tidak
dititiskan dengan air. Berdasarkan ujikaji Amin nyatakan satu inferens yang dapat
dinyatakan

Betul: Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana mikroorganisma perlukan air untuk
tumbuh.

Salah : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang berbeza-beza.
Salah : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang sesuai.

Betul : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan lembab membolehkan kulat
tumbuh
Jangan Keliru

Jangan keliru. Topik cikgu kali ini.
Apa yang cikgu maksudkan ialah kekeliruan bagi menjawab soalan bentuk
hubungan/relationship dan tujuan/aim

Perhatikan betul-betul :

Kata kunci menjawab soalan hubungan : semakin ______ semakin _________.

Kata kunci menjawab soalan tujuan : Untuk mengkaji hubungan diantara ________dan _______

Kekeliruan biasanya terjadi kerana kata kunci menjawab soalan tujuan mengandungi perkataan
"hubungan" lalu ramai calon menjawab soalan "hubungan" tetapi menggunakan kata kunci bagi
menjawab soalan "tujuan".

Contoh penyataan : Di dalam satu penyiasatan di dapati pertumbuhan kawasan industri telah
menyebabkan pertambahan pesakit asma di satu kawasan.

soalan hubungan : Apakah hubungan yang dapat di tulis, berdasarkan penyataan di atas.
Jawapan betul : Semakin banyak kawasan industri semakin bertambah pesakit asma soalan

tujuan : Apakah tujuan kajian ini dijalankan?
Jawapan betul : Untuk mengkaji hubungan diantara pertumbuhan kawasan industri dan
bilangan pesakit asma
Mencari pembolehubah dalam masa 5 saat

Langkah 1 Cari perkara yang tak sama

Langkah 2 Tentukan yang mana berlaku dahulu sebagai (Wtc) yang berlaku kemudian sebagai
(Wto)

Contoh: Ali telah menjalankan satu ujikaji tentang keperluan haiwan terhadap makanan.Dua ekor
tikus yang sama diletakan di dalam sangkar A dan B. Sangkar A diberikan makanan
sementara sangkar B tidak. Selepas 7 hari di dapati tikus A hidup dan B mati.

Boleh cari (WTC) dan (WTO) ?

Perkara yang berbeza = 1. A ada makanan , B tiada makanan.

2. A hidup , B mati.

Di antara kehadiran makanan dan keadaan tikus selepas 7 hari, mana yang berlaku dahulu?
Sudah tentulah makanan datang dulu diikuti dengan keadaan tikus.

Pemboleh ubah dimanipulasi (Wtc) = Kehadiran Makanan
Pembolehubah bergerakbalas (Wto) = Keadaan Tikus

Bagaimana menjawab soalan inferens

Apa itu inferens?

Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan.

Tips menjawab:
1. kenalpasti jenis inferens, jitu atau bebas.
2. Tulis pemerhatian.
3. Jangan lupa kata hubung "kerana"

Contoh : (Pokok X mati) kerana (tidak mendapat air) (pemerhatian) (alasan)

Apa maksud inferens jitu. –
Hanya satu sahaja alasan yang boleh diterima.
Apa maksud inferens bebas. -Boleh beri lebih dari satu alasan yang logik dan saintifik.
Kesilapan yang sering calon lakukan ketika menjawab Bahagian B Science

1. Menyatakan pemerhatian yang salah.
2. Salah kenalpasti pembolehubah/variable.
3. Kesalahan menggunakan istilah.Berhati-hati dengan istilah agar maksud tidak berubah.
Mentol hidup atau Mentol menyala?
4.Sebab/alasan yang diberikan terlalu umum bagi soalan inferens.

Kurang tepat: Pokok mati kerana tidak mendapat keperluan asas yang cukup.
Tepat : Pokok mati kerana tidak dapat cahaya matahari.

Science UPSR 2012 Assalamualaikum pada semua anak murid cikgu.
UPSR tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi, sudah sedia? Di sini mari kita bincangkan sedikit
teknik untuk menjawab soalan Science / 018.

Bahagian A
1. Pastikan kamu kuasai semua fakta dan kandungan yang ada di dalam buku teks sains. Semua
soalan yang akan keluar tidak mungkin lari dari topik dan kandungan yang ada di dalam buku
teks dan sukatan pelajaran.
2.Kuasai dahulu kandungan buku teks dan sukatan kemudian barulah beralih pada buku rujukan
lain.
3.Ingat ! hanya fakta yang ada dalam buku teks dan sukatan sahaja yang akan diuji, jadi elakkan
dari mengingat fakta yang tidak perlu/belum perlu. - Banyak soalan yang akan ditanya adalah
dari kandungan Tahun 4 dan Tahun 5.

Jadi, ulangkaji tajuk-tajuk pada tahun tersebut.

Bahagian B 1.Perkara pertama baca soalan betul-betul dan kenalpasti pembolehubah.
2.bulatkan/tandakan pembolehubah yang dikenalpasti (ingat, jangan salah memilih
pembolehubah).
3.Ingat kata kunci bagi setiap jawapan: Inferens [.....(pemerhatian)..... kerana
..........(sebab/alasan)......] hubungan [ semakin ........(wtc).......semakin........(wto).......] [ jika
.......(wtc)......maka....(wto)....] * ingat , sesuatu mesti berlaku dahulu barulah kesannya dapat
dilihat. Betul : makan dahulu barulah kenyang. Salah : kenyang dahulu baru makan. Tujuan [
untuk menyiasat hubungan di antara ....(wtc)....... dan .......(wto)......]
4. Bagi jawapan untuk soalan Rumusan atau Kesimpulan, kamu boleh berikan jawapan seperti
menjawab soalan hubungan (jika ada trend yang boleh di ukur) . Sekiranya tiada pemerhatian
yang dapat diukur, berikan jawapan kamu dalam bentuk fakta.
5. Pastikan trend bagi soalan Pola ditulis mengikut trend yang dapat diperhatikan ( jangan
tertinggal).

Kata kunci
Format UPSR Sains 2016

ISTILAH SAINS TAHUN 4
BIL ISTILAH MAKNA

2 Oksigen Gas yang diambil semasa bernafas
3 Karbon
Dioksida
Gas yang dikeluarkan semasa
pernafasan
4 Paru-paru Organ yang menjadi tempat
pertukaran gas semasa pernafasan
5 Haba kepanasan
6 Tenaga Daya yang diperlukan
7
8 Suhu Darjah kepanasan
9 Perkumuhan
10 Respirasi Proses pernafasan
11
12
13
14
15 Spirakel
16 Mamalia
17 Graviti
18 Membiak
19 Spora
BIL ISTILAH MAKNA
1 Gizi Diet seimbang
2 Oksigen Gas yang diambil semasa bernafas
3 Karbon dioksida Gas yang dikeluarkan semasa bernafas
4 Paru paru Organ yang menjadi tempat pertukaran gas semasa pernafasan
5 Haba kepanasan
6 Tenaga Daya yang diperlukan
7 Fotosintesis Proses tumbuhan membuat makanan menggunakan cahaya
matahari, air dan udara
8 Suhu Darjah kepanasan
9 Perkumuhan Proses bahan buangan dikeluarkan daripada badan
10 Respirasi Proses pernafasan
11 Penyahtinjaan Proses dimana najis dikeluarkan daripada badan
12 Rangsangan Bahan atau perbuatan yang boleh menyebabkan tindak balas
13 Kemandirian Kebolehupayaan spesies untuk terus hidup
14 Karsinogen Bahan yang boleh menyebabkan kanser
15 Spirakel Liang-liang kecil
16 Mamalia Haiwan berdarah panas
17 Graviti Daya tarikan daripada pusat bumi
18 Membiak Proses menambahkan spesies
19 Spora Cara pembiakan tumbuhan seperti paku pakis
20 Keratan batang Cara pembiakan dengan cara memotong sebahagian daripada
pokok dan di tanam. Contoh : tebu, bougainvillae

21 Teknik penyamaran Haiwan yang menggunakan warna
badan yang sama dengan
persekitaran

22 Luas Panjang x lebar
23 Isipadu Panjang x lebar x tinggi
24 Unit piawai Standard yang telah ditetapkan dan
digunapakai di seluruh dunia

25 Masa Jangkamasa antara 2 peristiwa
26 Konduktor Bahan yang dapat mengalirkan arus
eletrik eletrik. Contoh : besi

27 Penebat Bahan yang menghalang pengaliran
elektrik arus elektrik : getah

28 Bahan lutsinar Bahan yang membenarkan cahaya
melaluinya

29 Bahan separa Bahan yang membenarkan
lutsinar sebahagian daripada cahaya
menembusinya

30 Legap Bahan yang tidak membenarkan
cahaya menembusinya
31 Bahan Bahan yang diperbuat daripada
semulajadi sumber alam seperti haiwan,
tumbuhan dan batuan

32 Bahan Bahan yang diperbuat melalui
sintetik kaedah saintifik (tindak balas kimia)

33 Sumber yang Sumber yang boleh diguna semula
boleh dan sentiasa ada sepanjang zaman.
diperbaharui Contoh seperti tenaga angin,
matahari, biojisim

34 Sumber tidak Sumber yang tidak boleh diperoleh
boleh selepas kehabisan sumber. Contoh :
diperbaharui petroleum, gas asli, arang batu

35 Kitar semula Bahan yang tidak digunakan dan
boleh dikitar semula untuk menjadi bahan baru

36 Pengaratan Keadaan dimana apabila besi
bertukar warna kepada coklat
disebabkan tindak balas kimia
diantara air dan udara

37 Sistem solar Terdiri daripada matahari, planet,
satelit semulajadi, asteroid, meteor,
dan cornet

38 planet Jasad yang bergerak mengelilingi
matahari.
Tidak mengeluarkan cahaya
sebaliknya memantulkan cahaya matahari

39 Orbit Laluan berbentuk bulatan yang
mengelilingi matahari.

40 Salelit semulajadi Jasad yang mengelilingi planet.
Contoh seperti bulan

41 Asteroid asad yang terdiri daripada batu dan
besi yang terletak di ruang angkasa
lepas terutamanya diantara planet
Marikh dan Jupiter

Related Interests