JIKA SAYA SEORANG RAJA

‘Jika saya adalah seorang Raja’...Wow! Saya seorang Raja! Saya tidak
pernah terbayang bahawa saya akan menjadi seorang Raja. Saya sedar bahawa
menjadi seorang Raja adalah bukan perkara mudah, kerana Raja, sebagai seorang
ketua negara,mempunyai banyak tanggungjawab.

Pendidikan merupakan tunjang negara dalam aspek pembangunan.
Pendidikan pada abad ini berfokuskan ‘A’ semata-mata. Jika saya seorang Raja,
saya akan memastikan pelaksanaan pendidikan berteraskan pengalaman dan
aplikasi. Rombakan pendidikan ini akan memastikan warga pekerja yang menjadi
tulang belakang negara berfikiran kritis dan kreatif tanpa bergantung kepada fakta
semata-mata. Selain itu, setiap bidang di negara ini akan memainkan peranan yang
sama dari segi aspek ekonomi. Ini akan memberikan murid peluang untuk memilih
bidang yang disukai dengan bebas dan tidak hanya memilih bidang yang popular
sahaja seperti doktor, guru dan peguam. Murid-murid yang berkelayakan sahaja
akan dipilih ke universiti berdasarkan sistem merit.

Undang-undang memainkan peranan yang penting dalam keamanan
dunia. Jika saya seorang Raja, saya akan membawa hukuman hudud ke negara ini.
Jika kesalahan seperti mencuri dilakukan, hukumannya adalah memotong tangan.
Jika berzina, hukumannya adalah merejam. Saya percaya dengan pelaksanaan
hukuman ini, kadar jenayah di kalangan masyarakat Malaysia akan berkurangan. Hal
ini kerana, penduduk akan takut melakukan kesalahan kerana memikirkan kesannya.
Pelaksanaan hudud adalah mengikut syarat yang ketat dan tiada unsur kesangsian,
oleh itu, penyalahgunaan kuasa oleh sebarang pihak susah berlaku. Disebabkan itu,
semuanya akan berlaku secara adil. Badan-badan seperti Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Di-Raja juga akan dihapuskan dimana
pembelanjaan Negara dapat dikurangkan.

Selain itu, jika saya seorang Raja, saya akan mewujudkan peluang
pekerjaan untuk golongan belia di negara ini. Saya akan memastikan bahawa semua
belia tidak lagi menganggur supaya mereka tidak membuang masa mereka dengan
aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi undang-undang. Oleh kerana bilangan

saya ingin melihat Malaysia mencapai Wawasan 2020 dan menjadi salah satu negara yang terkemuka di dunia pada masa hadapan. saya percaya perkara-perkara ini adalah amat penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Sebagai seorang Raja. saya akan mengetatkan syarat kemasukan dan pemberian permit pekerja kepada warga asing. Bilangan pekerja asing yang direkrut perlu dikawal dan dikurangkan supaya saudara-saudara pelbagai bangsa saya sendiri boleh mengambil kesempatan daripada banyak peluang pekerjaan yang terdapat di Negara ini.pekerja asing yang ramai adalah sebahagian punca untuk kekurangan peluang pekerjaan untuk belia tempatan . (393 patah perkataan) . Perkara-perkara yang disebut di atas adalah tiga perkara utama yang akan diberi perhatian oleh saya jika saya seorang Raja. Hal ini kerana.