You are on page 1of 5

TEORI PEMBELAJARAN DAVID AUSUBEL

Biodata

David Ausubel
David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli
psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting
khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga
pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918
dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau mendapat pendidikan di
Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939
dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di
sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau juga telah berkhidmat
dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah
memperolehi M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti
Columbia pada 1950. Pada 1973. Ausubel membuat keputusan untuk bersara
dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani
latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel
tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah
menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi
sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam
pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan
melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat
buah buku yang terkenal.
Teori Pembelajaran Ausubel
David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang
mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk
pembelajaran resepsi dan bukan daripadapembelajaran penemuan atau
dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubeljuga mengemukakan
pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning),
termasukpentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang
dikenali sebagai KonsepPenyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote
memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

(a)Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel


menekankanpenerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta
yang tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel
menegaskan pembelajaransepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif
daripada am kepada spesifik ataudaripada prinsip kepada contoh (Woolfolk,
1998).

(b)Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel


untukmenyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optimalberlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya
kesesuaian tersebut ialahmemulakan pembelajaran berpandukan kepada
penyusunan awal. Ia merupakanstruktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikanpada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan


pelajar tentangperkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk
pelajaran. Penyusunan awaljuga boleh menghubungkan konsep baru dengan
konsep yang telah dipelajari. Jaditerdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan
awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran,
menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan
menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitanyang
telah dipelajari.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam


pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran


resepsi (penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru
dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang
teratur seperti dalam kaedah kuliah.
Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan
pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan
mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta
mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu
tajuk pelajaran.

Monday, August 23, 2010

PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF


Menurut Eggen dan Kauchak, antara prinsip-prinsip teori
pembelajaran kognitif ialah otak manusia memainkan peranan yang
aktif untuk memahami persekitaran. Ini bermakna setiap tindakbalas
terhadap persekitaran bergantung kepada individu tersebut
bagaimana untuk menyelesaikannya. Setiap ransangan yang diterima
oleh otak akan mengalami pemprosesan maklumat. Selain iu,
pengalaman individu membantu pembelajaran dan perkembangan
mental merupakan salah satu prinsip kognitif. Ini bermakna,
pengalaman individu yang lebih akan memberi kesan positif dalam
pembelajaran dan perkembangan.

Selain itu juga, teori kognitf meletakkan pelajar sebagai Pembina


pengetahuan, bukan sekadar merekod apa yang mereka peroleh. Ini
bermakna, teori pembelajaran ini lebih berpusatkan pelajar.
Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada
pelajar juga adalah prinsip teori pembelajaran kognitif. Menurut
Ausubel, pembelajaran bergantung pada penegtahuan asas sama ada
dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan
maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya.

Selain itu antara prinsip teori pembelajaran kognitif ialah


pembelajran meningkat dalam persekitaran social yang sesuai. Ini
termasuk dengan bahan bantu mengajar dan bagaimana seorang guru
menyampaikan ilmu kepada pelajar. Jika persekiatan social yang baik,
maka proses pembelajaran akan bertambah baik. Selain itu juga,
pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas. Ini bermakna
pembelajaran dua hala amat penting bagi membantu pembelajaran
tersebut.
Model Ausubel
Manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi
dan bukan pembelajaran penemuan

Ausubel memperkenalkan pembelajaran ekspositori

Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara


tersusun dan dijelaskan mengikut urutan

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel

Menggunakan prinsip pembelajaran resepsi iaitu model pengajaran


ekspositori

Menggunakan penyusunan awal mengingati konsep yang telah


dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari