You are on page 1of 64

INSTITUT

PERGURUAN
TENGKU AMPUAN
AFZAN
KUALA LIPIS
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM PERSEDIAAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(SEKOLAH RENDAH)

NAMA PELAJAR : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR


870504-29-5308
KUMPULAN / UNIT : PRA / MU / BM / BI
NAMA INSTITUT : INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD RAHIM
TARIKH SERAHAN : 10 FEBRUARI 2007

HALAMAN JUDUL
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN KAJIAN SOSIAL


INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

2
ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KAMI KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH IZIN

DAN KURNIANYA DAPAT JUGA KAMI MENYIAPKAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN INI DENGAN JAYANYA.

UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PENSYARAH YANG BANYAK

MEMBERIKAN DORONGAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA KAMI DALAM PROSES MENYIAPKAN

TUGASAN INI. INPUT INPUT YANG BERNAS DAN BERGUNA DARIPADA BELIAU BANYAK

MEMBANTU KAMI SEPANJANG PROSES MENYIAPKAN TUGASAN INI.

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUGA KAMI UCAPKAN KEPADA AHLI

KELUARGA ATAS BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN MORAL DALAM MENYIAPKAN

TUGASAN INI. DORONGAN DARIPADA AHLI KELUARGA BANYAK MEMBANTU KAMI UNTUK

MENYIAPKAN TUGASAN INI.

AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH JUGA KAMI UCAPKAN BUAT TEMAN TEMAN SEKELAS

YANG BANYAK MEMBANTU DAN MENCURAH IDEA DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN

SEPENUHNYA. TERIMA KASIH BUAT SEMUA..

WASSALAM

HALAMAN PENGAKUAN

3
SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN
RINGKASAN YANG TIAP TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN SUMBERNYA.

TANDATANGAN :

NAMA PENULIS : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR


870504-29-5308

TARIKH :

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

1.0 HALAMAN JUDUL

2.0 AKUAN PELAJAR

I. PELAJAR 1
II. PELAJAR 2

3.0 PENGHARGAAN

4.0 SOALAN TUGASAN

5.0 PENGENALAN

6.0 JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIA

4
I. WAYANG KELANTAN
II. WAYANG MELAYU
III. WAYANG GEDEK
IV. WAYANG PURWO

7.0 PERBEZAAN YANG TERDAPAT ANTARA SETIAP JENIS WAYANG KULIT

I. BENTUK PATUNG
II. MUZIK WAYANG KULIT
III. DALANG

8.0 PROSES MEMBUAT PATUNG WAYANG KULIT

I. KULIT LEMBU DI JEMUR UNTUK DIKERINGKAN


II. KULIT LEMBU DITEBUK DENGAN MENGGUNAKAN LINGKARAN KERTAS
III. BULUH , TALI DAN PEWARNA

9.0 SUSUNAN PEMAIN DAN ALAT MUZIK DALAM PANGGUNG WAYANG KULIT

10.0 WAYANG KULIT DI INDONESIA

11.0 TOKOH WAYANG KULIT

I. PERIBADI
II. PENDIDIKAN DAN PENGLIBATAN AWAL
III. MINAT DAN DORONGAN
IV. HASIL PERSEMBAHAN
V. PENGHARGAAN / PENGIKTIRAFAN / ANUGERAH
VI. KEBOLEHAN LAIN

12.0 CD MP3 MUZIK WAYANG KULIT

13.0 KESIMPULAN

14.0 BIBLIOGRAFI

15.0 JADUAL PERLAKSANAAN TUGASAN

16.0 LAMPIRAN

5
WAYANG

KULIT
6
MP3 MUZIK WAYANG KULIT

Menurut WIKIPEDIA ,Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari

patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Terdapat pelbagai jenis wayang kulit

bergantung kepada tempat asal mereka.Ia merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi

Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia

seperti di Kelantan dan Trengganu.

7
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang,

dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan

oleh para pesinden.Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih,

sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton

yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk

dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang

yang bayangannya tampil di layar.Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur,

sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.

WAYANG KULIT

8
PENGENA

LAN

Sesuatu bangsa yang bertamadun ditakrifkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan

dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem

dan seumpamanya. Secara umum seni boleh difahamkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik,

menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera

9
Wayang kulit adalah seni tradisional Indonesia, yang terutama berkembang di Jawa dan

disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan dan Terengganu. Wayang kulit dimainkan oleh

seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh musik

gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang

memainkan wayang kulit di balik kelir, yaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya

disorotkan lampu listrik atau lampu minyak (blencong), sehingga para penonton yang berada di sisi lain

dari layar dapat melihat bayangan wayang yang jatuh ke kelir. Untuk dapat memahami cerita

wayang(lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya

tampil di layar.Wayang kulit lebih populer di Jawa bagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih

sering dimainkan di Jawa Barat.

Wayang kulit ialah aktiviti di mana patung, objek atau bahan digerakkan serentak dengan

skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Kita boleh

menggunakan berbagai-bagai jenis patung yang melambangkan watak-watak tertentu. Aktiviti ini

menggunakan gerak-geri, patung, dan gambar. Bunyi-bunyian boleh juga digunakan.

Mengikut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), wayang ialah patung dan

lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain untuk mempertunjukkan sesuatu cerita. Patung-patung

wayang kulit boleh berbentuk manusia, haiwan, dan objek-objek lain yang digeraklakonkan mengikut

watak, situasi atau cerita tertentu. Patung ini dapat dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas

tebal. Biasanya patung ini nipis dan berbentuk dua dimensi.

Pemain wayang kulit menggunakan dialog sesuai dengan watak patung berkenaan. Suara

latar, muzik, atau bunyi-bunyi tertentu diadakan bagi mengiringi pergerakan patung itu.

i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas kepada pengaruh

Patani).

10
ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa)

iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan bahasa Melayu

tempatan).

iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat tempatan).

Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan

negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung

terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara

Pantai Barat Semenanjung.

Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di

Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai)

tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian

mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit

pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan

kesenian

Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi

mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar 'comic relief' yang

sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan

dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh

dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.

11
JENIS
DAN
BENTUK
WAYANG
12
KULIT DI
MALAYSI
A
A. WAYANG KELANTAN
Pengenalan

Jenis wayang

kulit ini dahulunya

dikenali sebagai

Wayang Kulit

Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.

Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui

Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Isi Cerita

13
Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama

merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India.

Watak utama wayang Kelantan Laksamana & Seri Rama

Wayang Kelantan

Patung-Patung

Ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan patung-patung Patani.

Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di atas kenderaan. Dari segi pergerakan

mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau

kebesaran lain.

Alat Muzik

Alat-alat muzik wayang tersebut terdiri dari sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk,

sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebiji mong dan canang.

Bahasa

Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang mempamerkan

pengaruh Patani.

B. WAYANG MELAYU
14
Pengenalan

Wayang jenis ini terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun,

bilangannya amat terhad.

Wayang

Melayu

Isi Cerita

Cerita

Wayang

Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya cerita Pendawa Lima. Wayang ini

juga dipengaruhi oleh cerita Panji.

Patung-Patung

Dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaitu boleh digerakkan kedua-

dua belah tangan patung. Patung wayang ini senang untuk dikenalpasti mengikut kedudukan kepala.

Patung berwatak baik biasanya menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil serta

elok. Patung berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas.

Alat Muzik

Alat muziknya terdiri dari sebatang rebab, enam biji canang, dua biji gong

besar, satu biji mong, dua biji gendang dan sepasang kesi.

Bahasa

Cerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialek

Melayu tempatan.

15
C. WAYANG GEDEK
Wayang

gedek

Pengenalan

Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia, terutamanya Kedah dan Perlis.

Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan juga Siam tempatan. Ia dipercayai berasal dari sejenis

16
wayang kulit siam yang dikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknya

mahupun corak paluannya mirip Siam.

Isi cerita

Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Walau bagaimanapun,

berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini yang menyaksikan penerapan unsur-unsur

setempat. Cerita Wayang Gedek banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.

Patung-Patung

Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran, pakaian, hiasan dan

seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir mengadap ke hadapan.

Alat Muzik

Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong, sepasang kerincing, sebiji

geduk dan sebatang serunai.

Bahasa

Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun dialek Melayu Kedah.

Babak dalam wayang gedek

17
D. WAYANG PURWO
Pengenalan

Wayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan dimainkan oleh penduduk

keturunan Jawa.

Wayang

Purwo

Isi Cerita

Cerita

wayang ini

berdasarkan

cerita

Pendawa

Jawa yang disadur dari epik Mahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh

cerita panji.

Patung-Patung

Secara keseluruhan patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaan yang nyata

adalah dari segi bentuk mata patung, iaitu mata Jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan untuk

watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa.

Alat Muzik

18
Alat Muzik wayang purwo berbeza dengan wayang lain kerana terdiri dari sebiji gong besar (agong), sebiji

gong suwukan, satu set gambang, lima biji kempul, lima biji kenong, dua set gonder, satu slentem, satu

set saron, satu set peking (saron penerus), satu set ketok/kompang, satu batang rebab dan satu biji

gendang. Oleh itu, nada yang mengiringi persembahan wayang ini juga berlainan.

Bahasa

Wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatan juga diselitkan dalam dialog

cerita.

Dalang dan pemain

alat muzik dalam

persembahan

wayang kulit purwo

19
PERBEZAA
N YANG
TERDAPAT
ANTARA
SETIAP
JENIS
20
WAYANG
KULIT
a. Bentuk Patung
Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua sendi tangan dan dapat

digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya sendi sebelah hadapan patung itu sahaja

yang digerakkan. Watak patung-patung utama dalam wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakan

terletak di atas satu rupa kenderaan kenaikan seperti naga, ular dan buaya. Sebaliknya, ciri ini tidak

terdapat dalam patung-patung wayang kulit Jawa. Hampir keseluruhan patung wayang kulit

dipersembahkan dalam kedudukan mengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat

patungpatungnya dibentuk berhadapan. Pada keseluruhannya hampir semua patung-patung wayang kulit

yang berpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya dari segi pakaian, tudung kepala dan

peralatan-peralatan senjata tetapi di mana terdapat watakwatak tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri

tempatan digunakan. Sebagai contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko

(wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu) bukan sahaja melambangkan

perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya juga terkeluar dari kelaziman pembentukan patung-

patung yang lain..

21
HANUMAN MAHARAJA WANA

PAK DOGOL WAK LONG

22
SERI RAMA

SERI

DEWI

23
LAKSAMANA

b. Muzik Wayang Kulit


Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan sebatang

serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan tradisional dan rebab manakala

wayang purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan.

RAMAYANA MAHABHARATA BHARATAYUDA

24
c. Dalang
Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua orang yang

dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.

25
PROSES
MEMBUAT
PATUNG
WAYANG
KULIT
Dalang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuat patung wayang kulit yang ingin

dipersembahkan. Seorang dalang perlu mempunyai kreativiti dan kepintaran dalam membuat watak-

wataknya sendiri dan setiap watak yang dihasilkan itu seharusnya mempunyai seni reka bentuk yang

26
menarik dan sesuai untuk dipadankan dalam cerita yang ingin dipersembahkan. Antara proses untuk

membuat patung wayang kulit ialah :

1) Kulit lembu dijemur untuk dikeringkan


Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran garam, lada,

lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian dijemur menggunakan pacang di penjurunya.

Setelah dipastikan kulit tersebut telah benar-benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada

kulit yang telah kering itu akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga bersih.

27
2) Kulit ditebuk dengan menggunakan

lingkaran kertas.
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan ditekapkan ke atas kulit yang

telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti dan kewibawaan seorang dalang untuk membentuk

patung wayang kulit mengikut watak yang ingin dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang yang

ditebuk mempunyai fungsinya yang tertentu dan watak-watak yang dihasilkan mempunyai identiti estatika

yang tersendiri.

3) Buluh, tali dan pewarna.


Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali kepada kulit yang telah siap

ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan pada bibir, tangan dan lain-lain anggota yang diperlukan

pada patung tersebut. Tali ini akan diikat apabila patung tersebut telah siap diwarnakan mengikut watak

yang digambarkan melalui cerita-cerita tertentu. Warna yang biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik

dan cat air. Kerja-kerja mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan

kesabaran yang jitu.

28
SUSUNAN
PEMAIN
DAN ALAT
MUZIK

29
DALAM
PANGGUNG
WAYANG
KULIT
PETUNJUK
A - Tok Dalang B & C - Penunjuk Patung

1 - Serunai 6 - Kesi

2 - Gendang Ibu 7 - Geduk Ibu

3 - Gendang Anak 8 - Geduk Anak

4- Gedombak Ibu 9 Canang

5 - Gedombak Anak 10 - Pemain Gong

30
PERSEMBAHAN

31
32
WAYANG

KULIT
Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerakgeri. Lazimnya semasa

patung-patung bercakap semua iringan muzik terhenti. Pada masa patung-patung bercakap hanya sedikit

pergerakan boleh didapati dan ini dilakukan melalui pergerakan sendi tangan patung yang bercakap.

Sebaliknya, apabila patung-patung itu digerakkan samada dalam perjalanan, peperangan atau lain-lain

maka iringan muzik segera membantu membina suasana pergerakan itu.

Pandangan di belakang kelir

Panggung wayang kulit dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding dan

atap dibuat daripada rumbia atau nipah. Lazimnya panggung ini dibina tiga

atau empat kaki daripada tanah dan merupakan satu pondok yang boleh

mengisi dalang, pemuzik dan alat-alatan untuk persembahan wayang kulit.

33
Bahagian hadapan panggung ini dipasang dengan sebidang kain putih yang

dipanggil kelir dan pada bahagian belakang kelir ini digantung sebuah lampu

(sama ada lampu minyak tanah atau lampu eletrik). Cahaya daripada lampu

inilah yang memantulkan bayang-bayang patung wayang kulit kepada kelir

untuk ditonton dari bahagian hadapan panggung.

Dalam sesebuah persembahan wayang kulit, dalang adalah peneraju utama

sebagai pencerita dan pembawa patung-patung wayang kulit yang berada di

sebalik kelir yang hanya mengeluarkan bayang-bayang mengikut pergerakan

yang dilakukan.

Aksi dalang dalam persembahan wayang kulit

Dalang akan memukau perhatian penonton dengan kelebihan dan

kematangannya membuat persembahan dengan gaya dan suara yang tidak

pernah putus dengan ketawa, marah, dan sesekali mendayu-dayu seperti

seorang wanita. Dalang juga secara spontannya akan menyelitkan kisah lucu

yang menarik mengikut rentak seperti lagu-lagu hindustan, dangdut atau lagulagu

ciptaan semasa yang bersesuaian dengan tajuk cerita yang.

34
dipersembahkan. Setiap cerita yang disampaikan oleh dalang adalah untuk

dinikmati dan dihayati oleh para penonton sebagai renungan dan hiburan

pengisi waktu.

Dalang bersama para pemain muzik

Watak wanita dalam persembahan wayang kulit

35
Seri Rama & Laksamana bersama Wak Long & Wak Dogol

Persembahan wayang kulit

Persembahan wayang kulit dilakukan di pelbagai tempat mengikut kemahuan

dan keperluan masyarakatnya. Selalunya pertunjukan untuk :

i) Acara menyembah guru

ii) Mengubat orang sakit

iii) Upacara memuja semangat

iv) Semasa Pesta Menuai atau Pesta Kampung

v) Kepada perayaan Harijadi Raja-raja

vi) Sebagai hiburan semata-mata

36
37
WAYAN
G KULIT
DI
INDONE
SIA
38
Wayang Kulit, seni pertunjukan yang sudah cukup tua umurnya, adalah salah satu bagian dari seni

pertunjukan Bali yang hingga kini masih tetap digemari oleh masyarakat setempat. Di desa-desa maupun

di kota, masyarakat masih sering mempergelarkan Wayang Kulit dalam kaitan dengan upacara agama

Hindu, upacara adat Bali, maupun sebagai hiburan semata.

39
Wayang Kulit Bali terdiri dari dua jenis, yaitu:

Wayang Lemah ( Wayan Gedog)

Wayang Peteng

40
Asal-usul Wayang Kulit di Indonesia hingga kini masih diperdebatkan oleh para ahli dan masih belum ada

kesepakatan apakah Wayang Kulit memang asli Indonesia, dari India ataupun dari negara lain. Di

lingkungan budaya Bali, pertunjukan Wayang Kulit diperkirakan sudah ada sejak sekitar abad ke IX.

Dalam prasasti Bebetin yang berangka tahun aka 818 ( 896 M), dari zaman pemerintahan raja

Ugrasena di Bali, ditemukan sejumlah istilah seni pertunjukan yang diyakini berarti wayang atau

pertunjukan wayang ( baca : Serba Neka Wayang

Kulit Bali, 1975 ).

Sejak masa lampau pertunjukan Wayang Kulit menjadi salah satu media pendidikan informal bagi warga

masyarakat. Betapa tidak, pertunjukan Wayang Kulit yang memadukan berbagai unsur seni rupa, sastra,

gerak dan suara, dalam pementasannya tidak saja menampilkan lakon-lakon literer yang diambil dari

karya-karya sastra klasik terutama Mahabrata dan Ramayana, kesenian ini juga menyajikan petuah-

petuah mengenai nilai-nilai moral, spiritual dan sosial sehingga masyarakat yang buta huruf akan

memperoleh ajaran-ajaran tatwa, yadnya, etika dan lain-lain. Oleh masyarakat penonton semuanya ini

dijadikan pedoman dan tuntunan bagi kehidupan mereka sehari-hari.

Sementara para dalang secara kreatif melakukan penyegaran kesenian mereka, wayang-wayang kreasi

baru sudah banyak diciptakan sehingga menambah perbendaharaan seni perwayangan di pulau ini. Yang

tidak kalah pentingnya adalah munculnya dalang-dalang wanita berbakat yang siap bersaing dengan para

dalang pria.

Di Bali, pertunjukan Wayang Kulit melibatkan antara 3 orang sampai 15 orang yang meliputi : dalang,

41
pengiring dan jika diperlukan sepasang pembantu dalang (tututan). Komando tertinggi dalam pertunjukan

Wayang Kulit ada pada si dalang. Untuk mementaskan wayang para dalang Bali memerlukan sekitar 125

- 130 lembar wayang yang disimpan dalam kotak wayang (kropak).

Kiranya belumlah lengkap jika pembahasan mengenai seni pewayangan Bali tidak dilengkapi dengan

adanya beberapa usaha inovasi dan kreatif dari para seniman dalang di pulau ini, atau memalui kerja

patungan atau kolaborasi dengan seniman luar atau asing. Dalam usahanya memberikan nafas baru

dalam wayang Parwa, dalang I Made Sidja atau Ida Bagus Ngurah (Buduk) memasukan gamelan Suling

atau Pegambuhan. Belakangan ini dalang muda berbakat, Ida Bagus Sudiksa berkali-kali mementaskan

wayang kulit Parwa dengan iringan gamelan Angklung lengkap, bahkan pernah dengan gamelan

Balaganjur. Sebagai sajian tugas akhir, baik untuk menyelesaikan program Seniman (setingkat Sarjana)

pada jurusan Seni Pedalangan di STSI Denpasar, para mahasiswa juga telah melakukan berbagai

percobaan. Misalnya:

Penggunaan layar lebar berganda.

penggunaan tata-lampu modern, seperti lampu strobo, spot-lights, dan sebagainya.

pemakaian overhead-projector untuk menciptakan citra-citra realistis sebagai latar belakang.

pemakaian pemain wayang dalam jumlah yang banyak dengan satu orang dalang sebagai narator.

pemakaian wayang golek besar.

dan lain sebagainya.

42
Kesemuanya merupakan wujud nyata dari usaha para seniman dalang muda untuk terus menyegarkan

kehidupan seni Pewayangan di Bali.

Dalam hal iringan, gamelan Selonding dan Selukat juga telah dicoba untuk mengiringi pertunjukan

wayang Bali. Masih merupakan bagian dari perkembangan wayang kulit Bali adalah wayang Listrik yang

merupakan hasil kerja patungan antara seniman (I Made Sidja, I Nyoman Catra, Desak Suarthi Laksmi)

dengan seniman dalang Larry Reed dari San Francisco, Amerika Serikat, yang didukung oleh Gamelan

Sekar Jaya di bawah asuhan komposer muda, I Dewa Bratha. Nama ini diberikan berdasarkan kenyataan

bahwa dalam pertunjukannya terdapat perpaduan dua unsur penting yaitu : pemain wayang kulit Bali

dengan permainan atau proyeksi cahaya lampu listrik.

Pertunjukan pertama wayang listrik ini dilakukan di San Fransisco dan pada tahun 1996 yang lalu juga

dipentaskan di Bali dalam rangka Festival Wayang Walter Spies.

43
44
WAYANG LEMAH

Dipentaskan pada umumnya siang hari dan dilihat dari fungsinya adalah termasuk

kesenian pelengkap upacara keagamaan. Di beberapa tempat disebut dengan Wayang

Gedog.

Wayang ini dipentaskan tanpa menggunakan layar atau kelir, dan lampu blencong. Dalam .
memainkan wayangnya, dalang menyandarkan wayang-wayang pada seutas benang putih

(benang tukelan) sepanjang sekitar setengah sampai satu meter yang diikat pada batang

kayu dapdap yang dipancangkan pada batang pisang di kedua sisi dalang. Gamelan

pengiringnya adalah gender wayang yang berlaras slendro (lima nada). Wayang upacara

ini, pementasannya sangat tergantung pada waktu pelaksanaan upacara keagamaan yang

diiringinya, sehingga dapat dipentaskan pada siang hari, sore ataupun malam hari.

Pendukung pertunjukan ini adalah yang paling kecil, 3 sampai 5 orang yang terdiri dari seorang dalang

dan satu atau dua pasang penabuh gender wayang. Sebagai kesenian upacara, pertunjukan wayang

lemah biasanya mengambil tempat di sekitar tempat upacara dengan tidak mempergunakan panggung

pementasan khusus.

Lakon yang dibawakan pada umumnya bersumber pada cerita Mahabrata yang disesuaikan dengan

jenis dan tingkatan upacara yang diiringinya. Jangka waktu pementasan Wayang Lemah pada umumnya

singkat, sekitar 1 sampai 2 jam.

WAYANG PETENG
Sesuai dengan namanya, Wayang Peteng dipentaskan pada malam hari secara terbuka untuk

45
umumnya, sebagai sajian hiburan.

Walaupun demikian, ada jenis Wayang yang identik penampilannya, hanya saja waktu

penyelenggaraannya tidak harus pada malam hari. Jenis itu adalah Wayang Upacara atau wayang

sakral, yaitu Wayang Sapuh Leger dan Wayang Sudamala. Waktu penyelenggaraannya disesuaikan

dengan waktu upacara keseluruhan.

Wayang Peteng terdiri dari beberapa jenis, di antaranya:

Wayang Parwa
Wayang Ramayana
Wayang Gambuh
Wayang Calonarang
Wayang Cupak
Wayang Sasak
Wayang Arja
Wayang Tantri
Wayang Babad

TOKOH WAYANG

46
KULIT

Biodata Tokoh

Hamzah Awang Amat (Pak Hamzah)

47
1. Peribadi
Nama : Hamzah Awang Amat

Nama Pena : Tok Dalang Hamzah

Tarikh Lahir : 1940

Tempat lahir : Kampung Kebakat, Tumpat, Kelantan Darul Naim

Keturunan : Melayu

Kediaman : Kampung Gerong, Kota Bahru, Kelantan

Darul Naim

Agama : Islam

Akademik : Sekolah Melayu (darjah 6)

48
2. Pendidikan dan Penglibatan Awal
- Mula belajar bermain wayang kulit semenjak kecil dan mendapat

dorongan serta tunjuk ajar daripada ayahnya Awang Amat,

yang juga merupakan seorang Tok Dalang terkenal di Kelantan.

- Ketika berumur 11 tahun, Pak Hamzah bukan setakat pandai

bermain wayang kulit dan muzik tradisional untuk wayang kulit,

beliau turut berkebolehan membuat persembahan di hadapan

khalayak.

- Di waktu remajanya pula, beliau telah menubuhkan kumpulan

Seri Setia, kumpulan pemuzik tradisional ini telah mengadakan

persembahan bergerak di merata tempat di seluruh

Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) sekitar tahun 50an-

60an.

49
3. Minat dan Dorongan
- Dorongan / galakkan daripada ayahnya sendiri telah

mencetuskan minat yang mendalam terhadap wayang kulit.

- Keinginan untuk mewarisi suatu bentuk kesenian tradisi yang

unik serta mendapat kebangaan bangsa dengan harapan

dapat menyerapkan tradisi tadi kepada generasi yang akan

datang.

- Keinginan untuk memperkenalkan serta meletakkan seni

wayang kulit pada kedudukan yang tinggi sama ada di

peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

50
4. Hasil Persembahan
1950 - 1960an -

Di atas inisiatiI sendiri beliau telah membuat persembahan

di Terenggganu, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur

bersama kumpulan Seri Setia.

1969 - Membuat persembahan ulung kalinya di Universiti

Malaya anjuran Muzium Negara.

1971 - Membuat persembahan di 10 buah negara dan 31 buah

bandar utama di Eropah serta Afrika atas anjuran

UNESCO dan Kementerian Kebudayaan Belia dan

Sukan Malaysia.

1973 - Membuat pertunjukan di Rusia dan Turki.

51
1974 - Membuat persembahan di Amerika Syarikat (New York

dan Washington), Belgium, Kanada dan England.

1975 - Membuat persembahan di bandaraya Rangoon,

Burma (Myanmar).

1976 - Membuat persembahan di Hong Kong.

1990 - Membuat persembahan di Perancis dan Itali (Rom dan

Pulau Elba).

1993 - Membuat persembahan di Singapura.

52
5.

Penghargaan / Pengiktirafan / Anugerah


1974 - Dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh DYMM

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul

Halim Muazam Shah Ibni Almarhum Sultan Badli Shah.

1977 - Sebagai menghargai keaktifan bergiat dalam bidang wayang

kulit, serta bidang yang berkaitan, beliau telah dijemput

menjadi pensyarah Tamu di Universiti Sains Malaysia dalam

muzik tradisional serta wayang kulit dan bertugas di situ

sehingga sekarang.

1978 - Dikurniakan pingat Perangai Baik (PB) oleh DYMM Sultan

Kelantan - Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan

53
Ibrahim.

1989 - Sekali lagi dianugerahi Pingkat Pangkuan Negara (PPN)

oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin

Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullah-Iahu

Shah.

1992 - Sebagai pengajar kepada Kumpulan Theatreworks

Singapura anjuran NAC (Majlis Seni Kebangsaan).

Hamzah menerima Pingat Pangkuan Negara pada 1974 oleh Seri


Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di atas usahanya
mempromosikan Malaysia dengan Kebudayaan Tradisional.
6. Kebolehan Lain
1. Membuat alat-alat muzik tradisional seperti gendang,

geduk, gedumbak, serunai dan rebab.

2. Berkebolehan bermain rebab.

54
3. Berkebolehan menampilkan /

mempersembahkan Main Puteri.

Hamzah sedang memberi penerangan tentang Wayang Kulit

Hamzah memberi penerangan tentang watak utama dalam cerita Wayang

Kulit

55
Hamzah

sedang membaca pidato penerimaan Anugerah Seni Negara

Hamzah

dan isteri dengan hadiah yang diterima

56
Bapa

Hamzah iaitu Awang Amat sedang bermain canang

57
Hamzah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1996

Penerima Anugerah Seniman Negara Pertama ini dilahirkan pada tahun 1940

di Kampung Kebakat, Kelantan. Hamzah Awang Amat atau lebih dikenali

sebagai Pak Hamzah meminati wayang kulit semenjak berusia belasan tahun

melalui pemerhatian kesenian ini di sekitar kampungnya.

Kewibawaan Pak Hamzah bukan sahaja sebagai seorang pemain mahupun

pembuat alat persembahan wayang kulit, malah beliau telah berupaya

mengangkat seni wayang kulit ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu,

penglibatan beliau sebagai tenaga pengajar di institut pengajian tinggi telah

berjaya menghasilkan metodologi pengajaran seni muzik wayang kulit

Kelantan yang amat efisyen, sistematik dan komprehensif.

Bengkel wayang kulit bersama Pak Hamzah

Pada tanggal 1 Januari 2001, Hamzah Awang Amat telah kembali ke

58
rahmatullah dengan mewasiatkan wayang kulit ini kepada kita, generasi baru

yang akan meneruskan perjuangan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat

ke atasnya. Al Fatihah.

5. Kesimpulan
Wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaan

masyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan,

tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan

konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu.

Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistem

kepercayaan dan nilai budayanya, namun pengaruh dan keyakinan mereka

masih lagi menular dalam bentuk yang lain pula, iaitu berubah kepada nilainilai

individualistik akibat pengaruh budaya barat.

59
BIBLIOGRAFI
http://www.uum.edu.my/pend/ptk/ahli_muzik/ahlimuzik(B43-44)tk3.doc dilayari pada 29 Januari 2007.

http://reg.upm.edu.my/ptk/B/ahli_muzik/B43_B44TK3.pdf dilayari pada 29 Januari 2007.

http://www.google.com.my/interstitial?url=http://bpa.ums.edu.my/exam2/resource/m5120.html dilayari
pada 29 Januari 2007.

http://www.uum.edu.my/pkokay/pkokaybm/sm.htm dilayari pada 29 Januari 2007.

http://www.uum.edu.my/pend/ptk/ahli_muzik/ahlimuzik(B43-44)tk3.doc dilayari pada 29 Januari 2007.

http://www.websters-online-dictionary.org/definition/music+theory dilayari pada 29 Januari 2007.

http://en.wikipedia.org/wiki/Music_theory dilayari pada 29 Januari 2007.

http://en.wikipedia.org/wiki/Wayang dilayari pada 4 Februari 2007

http://discover-indo.tierranet.com/wayang.html dilayari pada 4 Februari 2007

http://allmalaysia.info/msiaknow/arts/wayang_kulit.asp dilayari pada 4 Februari 2007

http://allmalaysia.info/news/attraction.asp?id=558&pt=2 dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.art-pacific.com/artifacts/indonesi/puppets/kulit.htm dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/wayangkulit/wayang.htm dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.joglosemar.co.id/wayang.html dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.joglosemar.co.id/wayangperformance.html dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.joglosemar.co.id/wayangjawa.html dilayari pada 4 Februari 2007

http://minyos.its.rmit.edu.au/~dwa/WayangKulit.html dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=969
(MP3) dilayari pada 4 Februari 2007

http://id.wikipedia.org/wiki/Wayang_kulit dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.indo.com/culture/wayang.html dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.kedah.gov.my/mknk/mknk_april/Warisan.htm dilayari pada 4 Februari 2007

60
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/wayangkulit/melayu.htm dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.asiafoto.com/wayang.htm dilayari pada 4 Februari 2007

http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_kulit dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.babadbali.com/seni/wayang/wayang-kulit.htm dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.babadbali.com/seni/wayang/wayang-lemah.htm dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.babadbali.com/seni/wayang/wayang-peteng.htm dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.abcmalaysia.com/tour_malaysia/wayang_kulit.htm dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.ethnicarts.com/puppets/wayang_kulit_balinese_shadow_puppet.htm dilayari pada 4 Februari


2007

http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/link_fail/hamzah_awang.pdf?
PHPSESSID=bc5a273eb17b51966d0ba1ea15c566b2 dilayari pada 4 Februari 2007

http://eyesnowy.fotopages.com/?entry=799080 dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.ask.edu.my/BM/penerbitan.asp?page=3 dilayari pada 4 Februari 2007

http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-180138.html dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.heritage.gov.my/upload/keratan_akhbar/2006/20060706UM01/ dilayari pada 4 Februari 2007

http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/link_fail/wayang_kulit.pdf?
PHPSESSID=7f9fd9e9235904dede1878aa80d3d453 dilayari pada 4 Februari 2007

Wayang kulit/Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan/Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan


Kesenia,/Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia./2003

61
JADUAL PERLAKSANAAN

BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN

1. Menerima tugasan daripada 29/01/07 Faham dan jelas

pensyarah tentang tugasan

yang diberi

2. Membuat perbincangan awal 30/01/07/07 Dapat gambaran

dengan kawan-kawan tentang kasar tentang

apa yang perlu dilakukan tugasan yang

diberikan.

3. Mencari bahan untuk 31/01/07 Memilih cerpen

memulakan kerja kursus yang sesuai dan

buku-buku rujukan.

4. Membaca berulang kali bagi 01/02/07 Memastikan semua

memahami soalan perkataan yang

difahami

5. Memulakan kerja seterusnya 02/02/07 Merujuk beberapa

mencari sejarah.alat-alat bahan rujukan.

62
muzik,dan lain-lain

6. Berjumpa dengan pensyarah 05/02/07 Agak rumit

untuk mengetahui dengan melaksanakannya.

lebih lanjut kaedah-kaedah

untuk membuat huraian

7. Menyemak semula hasil kerja 06/02/07 Baiki kesilapan.

8. Menghantar tugasan kepada 08/02/07 Tugasan selesai.

pensyarah.

63
LAMPIRAN

64