You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Artikel yang dipilih untuk tugasan analisis kesalahan bahasa ini bertajuk ‘Hak
Untuk Didengar’ dan diperoleh dari ‘Current Law Journal’ atau CLJ. Artikel
ini akan dianalisis dari aspek tatabahasa dan data-data berupa kesalahan
bahasa yang terdapat di dalam teks akan dikumpulkan. Seterusnya, kesalahan-
kesalahan yang ada akan diidentifikasikan dan diklasifikasikan mengikut
ketegori kebahasaan seperti kesalahan ejaan, imbuhan, pembentukan kata, dan
sebagainya. Cadangan-cadangan berupa contoh struktur ayat yang betul akan
turut disertakan.

2.0 ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Definisi kesalahan bahasa ialah kesalahan yang kerap kali dilakukan dalam
membuat sesuatu ayat. Kesalahan dari segi tatabahasa ini merangkumi
kesalahan pembentukan kata, penggabungan kata, penyusunan ayat, ejaan, dan
kesalahan-kesalahan kebahasaan lain seperti penggunaan kata kerja, kata
nama, dan yang seumpamanya. Subtopik di bawah akan memberi contoh-
contoh kesalahan bahasa yang dapat dikenalpasti dari artikel ‘Hak Untuk
Didengar’.

2.1 PENGGUNAAN EJAAN

Ejaan adalah salah satu daripada komponen penting dalam
pembentukan ayat bahasa Melayu. Perkataan-perkataan bahasa Melayu
yang kadangkala dipinjam dari bahasa asing menyebabkan wujudnya
kekeliruan dalam pembentukan ejaan. Selain itu, kesalahan ejaan juga
mungkin berlaku akibat pecuaian penulis sehingga mengakibatkan
maksud sesuatu ayat itu terpesong atau tiada makna sama sekali.
2.1.1 CONTOH KESALAHAN

i) Aorang itu hendaklah diberi peluang menafikan,
membuat komen, memperbetulkan atau membela
dirinya. (Perenggan ketiga, muka surat pertama).
ii) Mahkamah memutuskan bahawa pemohon memang
berhak terhadap hak untuk di dengar, tetapi hak ini
telahpun diberikan kepadanya. (Perenggan keenam,
muka surat keempat).

2.1.2 AYAT BETUL

i) Orang itu hendaklah diberi peluang menafikan,
membuat komen, memperbetulkan atau membela
dirinya.
ii) Mahkamah memutuskan bahawa pemohon memang
berhak terhadap hak untuk didengar, tetapi hak ini
telahpun diberikan kepadanya.

2.1.3 PENJELASAN

Ejaan ‘aorang’ yang terdapat dalam artikel tersebut
menyebabkan ayat tersebut tidak mempunyai makna kerana
perkataan ‘aorang’ tidak terdapat dalam kosa kata bahasa
Melayu.

Berkenaan perkataan ‘didengar’, menurut Tatabahasa Dewan,
perkataan ‘di’ dan perkataan selepasnya mestilah dijarakkan
sekiranya perkataan kedua menunjukkan arah. Oleh kerana
‘dengar’ merupakan kata kerja, maka perkataan ‘didengar’
tidak seharusnya dijarakkan.
2.2 KATA JAMAK

Kata jamak merujuk kepada kata yang membawa maksud banyak.
Selain itu, kata jamak juga merujuk kepada pengulangan kata bilangan
yang membawa maksud jamak seperti para pemuda, dan pengulangan
kata adjektif seperti baik-baik. Sesuatu kata yang sudah membawa
maksud jamak juga tidak perlu diulang lagi.

2.2.1 CONTOH KESALAHAN

i) Kaedah ini bermaksud bahawa sebelum seorang itu
dicela, dihukum atau dikenakan satu tindakan atau
keputusan… (Perenggan ketiga, muka surat pertama.
Kesalahan yang sama dikenalpasti di perenggan
kelapan, muka surat kedua dan perenggan kelapan,
muka surat keempat).
ii) … amalan memberikan kepada jabatan-jabatan atau
pegawai-pegawai negeri kewajipan memutuskan atau
menimbangkan berbagai-bagai jenis persoalan-
persoalan…(Perenggan keenam, muka surat pertama).

2.2.2 AYAT BETUL

i) Kaedah ini bermaksud bahawa sebelum seseorang itu
dicela, dihukum atau dikenakan satu tindakan atau
keputusan…
ii) … amalan memberikan kepada jabatan-jabatan atau
pegawai-pegawai negeri kewajipan memutuskan atau
menimbangkan pelbagai jenis persoalan… (atau) …
amalan memberikan kepada jabatan-jabatan atau
pegawai-pegawai negeri kewajipan memutuskan atau
menimbangkan berbagai jenis persoalan…
2.2.3 PENJELASAN

Perkataan ‘seorang’ dalam contoh kesalahan pertama
menujukkan tunggal dan jika dilihat dalam konteks keseluruhan
ayat, adalah jelas bahawa penulis ingin menggunakan kata
jamak ‘seseorang’ bagi menunjukkan mana-mana orang.
Contoh kesalahan kedua pula menunjukkan kesalahan penulis
dalam membuat ayat berbentuk jamak. Seperti yang telah
dijelaskan, sesuatu kata yang sudah membawa maksud jamak
tidak perlu diulang lagi. Oleh itu, adalah menjadi satu
kesalahan untuk menggunakan perkataan persoalan-persoalan
dengan kewujudan kata jamak sebelumnya.

Di samping itu, penggunaan kata jamak berbagai-bagai juga
adalah kurang tepat kerana perkataan yang seharusnya
digunakan ialah berbagai atau pelbagai.

2.3 TANDA BACA

Tanda baca merujuk kepada tanda-tanda yang terdapat di dalam ayat
bertujuan membantu para pembaca untuk membaca sesuatu ayat
dengan betul. Tanda baca yang terdapat dalam tatabahasa bahasa
Melayu termasuk tanda nokhtah, tanda koma, tanda seru, tanda soal,
dan sebagainya.

2.3.1 CONTOH KESALAHAN

i) Dalam erti kata yang ringkas hak untuk didengar ini
adalah satu cara untuk membela diri dari tindakan-
tindakan atau keputusan-keputusan pihak berkuasa
awam yang menjejaskan seseorang individu.
2.3.2 AYAT BETUL

i) Dalam erti kata yang ringkas, hak untuk didengar ini
adalah satu cara untuk membela diri dari tindakan-
tindakan atau keputusan-keputusan pihak berkuasa
awam yang menjejaskan seseorang individu.

2.3.3 PENJELASAN

Tanda koma diletakkan dalam sesuatu ayat sebagai tanda jeda,
atau tempat perhentian sebentar. Tanda koma perlu diletakkan
selepas perkataan ‘ringkas’ bagi menunjukkan tempat
perhentian sebentar apabila ayat ini dibaca. Sekiranya tanda
koma tidak diletakkan, ayat ini akan menjadi satu ayat yang
meleret. Selain itu, ayat ini juga mungkin akan menimbulkan
unsur ketaksaan sekiranya tanda koma tidak diletakkan.

2.4 KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kedua,
dan ketiga. Kata ganti nama diri pertama merujuk kepada diri sendiri
seperti aku atau saya, kata ganti nama diri kedua merujuk kepada orang
yang kita sedang bercakap kepada seperti engkau atau awak, dan kata
ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang yang sedang diceritakan
seperti dia atau mereka.

Kata ganti nama diri digunakan untuk mengganti kata nama orang dan
kata ganti nama juga tidak boleh digunakan untuk menda atau
binatang. Tatabahasa Dewan menegaskan bahawa kata ganti nama ia
dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ‘ianya’.
2.4.1 CONTOH KESALAHAN

i) Ianya adalah merupakan satu dari prinsip-prinsip am
yang mesti dipatuhi dan dipakai oleh pihak
pengurusan… (Perenggan kedua, muka surat pertama.
Kesalahan yang sama turut dikenalpasti di perenggan
ketujuh, muka surat ketiga).

2.4.2 AYAT BETUL

i) Hal ini merupakan satu dari prinsip-prinsip am yang
mesti dipatuhi dan dipakai oleh pihak pengurusan…

2.4.3 PENJELASAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam subtopik 2.4,
gabungan kata ganti nama ia dan nya menjadi ianya adalah satu
kesalahan dalam tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan
‘ianya’ boleh digantikan dengan ‘hal ini’ bagi merujuk kepada
maksud yang dikehendaki.

3.0 KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan seharusnya bahasa ini
dimartabatkan dengan sewajarnya tidak kira dalam bidang perundangan atau
bidang apa sekalipun. Kesalahan-kesalahan yang dijumpai dalam artikel
perundangan ini menunjukkan bahawa walaupun bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan, namun kesalahan-kesalahan tatabahasa tetap dilakukan. Hal ini
sewajarnya dielakkan bagi memastikan bahasa Melayu terus kukuh dalam
bidang perundangan dan bidang-bidang lain.

Selain itu, analisis yang dilakukan juga dapat membuka mata semua pihak
terutamanya para pelajar tentang peri pentingnya bahasa Melayu dipelajari
dengan bersungguh-sungguh agar kesalahan-kesalahan tatabahasa yang telah
dikenalpasti dapat dielakkan di kemudian hari.