ABSF4103

QAWAID FIQHIYAH

ISI KANDUNGAN

No Tajuk Halaman

1.0 Pengenalan 2

2.0 Konsep Kaedah Fiqh “Al-A’dah Muhakkamah” Dan Sumber 2-5
Dalil Pembentukannya

3.0 Maksud Adat Dan Syarat Yang Diterima Dalam Penentuan 5-7
Hukum

4.0 Amalan, Adat Istiadat Dan Kebudayaan Warisan Bangsa Yang 7-9
Bercanggah Dengan Syariah

5.0 Kesimpulan 9 - 10
Rujukan 11 - 12

sesuai dengan hukum Islam yang bersifat ‘boleh sehingga tidak boleh’. atau panduan yang diperluaskan (tawasu’) gunapakainya selagi tiada halangan syarak. Dan sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa ‘urf juga telah bertindak sebagai salah satu di antara hukum-hukum syariat yang diperundangkan untuk kepentingan seluruh manusia seluruhnya dan menolak sebarang keburukkan yang menimpa mereka. Kerana fitrah manusia sukakan kecantikan. bahkan terdapat syarat-syarat tertentu yang mesti ada untuk menjadikannya sebagai sumber hukum. bangsa Arab Yemen dengan himarnya dan berbagai lagi. tetapi hanya meminda.Contohnya dalam konsep menutup aurat. kesenian dan nilai estetikanya yang dapat memberikan kepuasan jiwa dan batiniyyah kepada masyarakat. sedangkan amalan ritualistik dan protokol merupakan menifestasi amalan masyarakat bertamadun tinggi. Sesetengah ulama berpendapat bahawa istilah ‘adat’ dan istilah ‘urf’ adalah merujuk kepada maksud yang sama iaitu dapat diterima pakai sebagai 1 . Hukum adat sesuatu masyarakat itu berperanan sebagai pelengkap dan penggenap kepada perundangan Islam. hukum adat diterima sebagai satu lagi bentuk perundangan Islam mengikut beberapa syarat yang telah digariskan. kehalusan dan kesenian. 2.0 KONSEP KAEDAH FIQH “AL-A’DAH MUHAKKAMAH” DAN SUMBER DALIL PEMBENTUKANNYA Perkara yang menjadi kelaziman khusus kepada seseorang atau masyarakatnya diistilahkan senagai ‘adat’ di dalam bahasa Arab. bangsa Afghanistan dengan burqanya. hukum adat yang bersifat ritualistik dan penghias seperti adat istiadat juga tetap diterima atas ciri-ciri kehalusan. Dengan kata lainnya.1. merubah dan mentulenkan mana-mana yang perlu supaya ‘ruh’nya menjadi Islam. ‘urf merupakan salah satu sumber hukum yang amat penting. bangsa Melayu ada baju Melayu dan baju kurung serta tudungnya.0 PENGENALAN Islam tidak membatalkan segala kebudayaan dan tamadun lama. Oleh kerana keunikan fitrah sesuatu bangsa umat Islam itu. al-Sunnah dan ijmak. kekuatannya dibuktikan dengan dalil-dalil al-Quran. ‘urf tidak boleh diguna pakai secara mutlak. bangsa India Islam dengan kurta dan nuqbahnya. Malahan jika tidak bercanggah dengan hukum Islam. maka disamping pemakaian undang-undang Islam yang bersifat universal.

w.  dalam ayat di atas dimaksudkan dengan jalan (etika atau norma) yang dianggap baik oleh orang-orang mukmin dan sudah menjadi budaya seharian mereka.w. Dalil sunah yang menjadi hujah kepada kaedah fiqh al-A’dah muhakkamah adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud.” Menurut.” Menurut Abdullah bin Sulaiman Al-Jarhazi pula. kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Dasar kaedah fiqh al-A’dah muhakkamah sebagai sandaran kepada penetapan hukum ini adalah berdasarkan ayat al-Quran daripada surah al-A’raf ayat 199 yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf.t.t. al-Jarhazi menjelaskan bahawa kata  adalah sinonim dengan kata ‫ طريق‬yang bererti jalan.” 2 . beliau berpendapat kaedah fiqh al-A’dah muhakkamah ini berdasarkan pesan yang terkandung dalam surat an-Nisa’ ayat 115 :                       “dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. dan sesuatu yang diapandang buruk oleh orang-orang Islam maka hal itu buruk pula menurut Allah s. Oleh itu.salah satu sumber hukum perundangan umat Islam. yang bermaksud: “Sesuatu yang dipandang baik oleh orang-orang Islam maka hal itu baik menurut Allah s. Pengarang kitab Mawahib al-Saniyyah Sharh Nazm alQawa’id al-Fiqhiyyah.

 Kadar (minimum dan maksimum) dalam Najis yang ditolerir (ma’fuw) atau pergerakan yang boleh membatalkan solat.” Hadith di atas menunjukkan bahawa. saham. antara khutbah dan pelaksanaan solat jumaat dan antara Ijab dan Qabul dalam pernikahan. apabila binatang tersebut merosakkan tanaman pada siang hari maka pemiliknya tidak mempunyai kewajipan membayar ganti rugi. muamalah. maka pemilik binatang tersebut wajib membayar ganti rugi kerana kebiasaan masyarakat arab ketika itu binatang ternakan akan dimasukkan ke dalam kandangnya pada malam hari.  Ukuran kebiasaan pemakaian dalam memanfaatkan barang dan pemberian upah pada akad sewa dan perburuhan.Begitu juga hadith yang dikutip oleh al-Shafi’e berkaitan unta yang dimilik sahabat Barra’ bin ‘Azib al-Ansari R.a yang memasuki kebun orang lain dan merosakkan tanamannya. Adapun kaedah al-A’dah muhakkamah ini meliputi bidang yang berkaitan dengan adat dan ‘urf ini secara umum adalah segala aktiviti kemanusiaan (ibadah. ta’zir dan hubungan luar negeri) atau hukum dan peraturan yang tidak dijelaskan batasan-batasannya secara syar’I atau secara jelas (lughawi).  Ukuran yang digunakan berhubung dengan penguasaan atas hak milik orang lain (istila’) dalam masalah ghasab  Ukuran kebiasaan sukatan dan timbangan dalam jual beli atau batasan dalam penyerahan barang dan penerimaan dalam transaksi jual beli. Antara bidang tersebut ialah:  Segala perkara yang berkaitan dengan usia kedewasaan seorang lelaki atau perempuan iaitu mengenai haid. nifas atau menopous. Nabi s.w menegaskan: ‫ان علي اهل الحلوائط حفظها بالنهار و علي اهل المواشي حفظها بالليل‬ “Pemilik kebun harus nejaga kebunnya di siang hari dan pemilik ternak harus menjaga ternaknya di malam hari. tidak boleh dipegang dan tidak boleh dipindah.  Kadar kesinambungan (muwalah) urutan pelaksanaan dalam wudhu bagi orang yang selalu h’adahh (daim alH’Adahh). 3 . seandainya binatang ternakan itu merosakkan kebun tanaman pada waktu malam. gadai dan hibah antara barang yang boleh dipegang. al-Ahwal al- shakhsiyyah. Namun. antara solat pertama dan kedua dalam solat jamak.a.

3. sesuatu perbuatan atau perkataan yang berterusan. kafaah.  Pemahaman umum dalam masalah wakaf. Manakala al-‘urf pula kemungkinan lahir melalui orang ramai sahaja. Maka daripada maksud ini dapat difahami bahawa ‘urf tidak akan wujud melainkan apabila ia benar-benar berlaku antara manusia di tempat yang tertentu ataupun yang biasa berlaku di mana sebahagian besar penduduk mengerjakan ‘urf ini dan mematuhinya.  Masalah-masalah yang berkaitan dengan hukuman ta’zir. nafkah. Takrifan al-‘urf dari sudut bahasa ialah sesuatu yang dipandang baik serta perkara yang dapat diterima oleh akal yang sihat. namun terdapat juga ulama yang membezakannya. Perbezaan antara adat (al-adah) dan al-‘urf ialah : Al-adah itu kemungkinan atau kadang kala lahir daripada orang perseorangan serta kumpulan orang ramai. al-‘urf ialah sesuatu yang telah mantap 4 . mut’ah.0 MAKSUD ADAT DAN SYARAT YANG DITERIMA DALAM PENENTUAN HUKUM Dari sudut bahasa adat bermaksud berulang kali. dilakukan oleh manusia yang mana ianya dapat diterima oleh akal manusia atau sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang. wasiat atau sumpah. Walaupun kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang menumpukan kepada satu perkataan iaitu kebiasaan. Manakala al- ‘urf pula kebiasaannya tertumpu pada perkataan sahaja. Selain adat. Seperti mana menurut Imam al-Ghazali. Kesimpulannya.  Masalah yang berkaitan dengan hak kejiranan dan irigasi dalam bahan pertanian. istilah yang selalu digunakan untuk melambangkan perkara kebiasaan ialah ‘urf. Manakala dari sudut istilah pula apa sahaja yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau segolongan daripada mereka. al-adah dan al-‘urf ini ialah perkara yang dilakukan secara berulang- ulang kali sehingga menjadi sebati dalam jiwa dan membawa ketenangan serta diterima oleh akal waras.  Masalah-masalah yang berkaitan dengan perkahwinan seperti khitbah. Setengah ulama menyatakan al-adah hanya tertumpu kepada perbuatan sahaja. Ianya merupakan nama kepada pengulangan perbuatan berkali-kali. Dari sudut istilah pula al-‘urf ialah amalan atau percakapan sesuatu kaum yang menjadi kebiasaan mereka.

Oleh itu. tidak harus berpegang seandainya terdapat perkataan dan perbuatan yang mengetepikan penggunaan adat dan ‘urf. seandainya ada yang tidak mengamalkanya hanya dalam jumlah yang sedikit. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Fuqaha. Syarat-syarat ini adalah untuk memastikan nilai yang akan diterima pakai itu tidak bertentangan dengan objektif syariah dalam mencapai segala kebaikan dan mengurangkan kemudaratan. Seandainya berlawanan dengan nas.  Adat dan ‘urf itu juga mestilah digunakan secara meluas atau menyeluruh.a sebagaimana kata beliau : َ َ‫ َو َما َرآهُ ْال ُم ْس ِل ُم ْون‬،‫س ٌن‬ ِ‫س ِيئاً؛ فَ ُه َو ِع ْندَ هللا‬ َ ‫َما َرآهُ ْال ُم ْس ِل ُم ْونَ َح‬ َ ‫سناً؛ فَ ُه َو ِع ْندَ هللاِ َح‬ ‫ئ‬ ٌ ‫س ِي‬ َ Maksudnya : 5 . bukan yang nadir atau jarang digunakan. pendedahan aurat dan sebagainya.  Tidak terdapat sesuatu perkataan atau perbuatan yang menyalahi adat dan ‘urf secara terang. Oleh itu. Menjadikan adat dan urf sebagai asas kepada hukum syara’. apa yang diiktibar itu ialah yang biasa serta yang kebiasaan atau meluas diamalkan. Namun syarat ini hanya terdapat dalam fiqh Maliki dan Hanafi.  Adat dan ‘urf yang menjadi rujukan dalam sesuatu tindakan itu mestilah sudah wujud ketika hendak mengeluarkan hukum mengenainya. al- adah dan al-‘urf dapat diterima menjadi hujah sesuatu hukum dan apa yang mendatangkan faedah serta tidak bertentangan dengan hukum syarak adalah sesuatu yang sangat penting. Syarat-syarat tersebut ialah:  Adat dan ‘urf itu tidak berlawanan dengan nas syara’.  Adat dan ‘urf itu hendaklah sesuatu yang pasti. Jika sesuatu hukum dikeluarkan melalui adat dan ‘urf yang tidak lagi diamalkan maka hukum tersebut tidak dianggap muhakkamah. sarjana usul telah menggariskan beberapa syarat. Berdasarkan kepada hadis Mawquf yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud r. iaitu perkara yang wajib dipakai menurut pandangan masyarakat atau sekurang-kurangnya ia adalah adat untuk sebahagian negara walaupun tidak seluruh negara di dunia ini.di dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran dan diterima oleh tabiat sejahtera. maka adat dan ‘urf tersebut tidak boleh diambil dan diamalkan seperti transaksi kewangan yang mempunyai unsur riba.

Ianya adalah cerita rekaan. dongeng. menunjukkan bahawa setiap perkara yang telah menjadi adat di kalangan kaum Muslimin dan dipandang sebagai perkara baik. Selain itu terdapat juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar. adat mandi membuang sial. pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit. maka perkara tersebut juga dipandang baik di sisi Allah s.0 AMALAN. buruklah ia di sisi Allah s. Menggunakan objek tertentu seperti kubur. 4. ADAT ISTIADAT DAN KEBUDAYAAN WARISAN BANGSA YANG BERCANGGAH DENGAN SYARIAH Adat istiadat yang menjadi amalan orang tua sejak dahulu kala lagi telah menjadi adat kebudayaan warisan bangsa yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat seingga kini terutamanya dikalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam. kubur wali keramat dan sebagainya.t. kepercayaan kepada keramat seperti kubur. memuja objek tertentu.“Apa yang dinilai baik oleh kaum muslimin. Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat ialah. Terdapat pelbagai bentuk adat istiadat yang menjadi amalan masyarakat berbentuk khurafat yang masih terdapat hingga kini contohnya. Disebabkan ianya telah dianggap sebagai adat resam turun temurun ramai dari kalangan orang Melayu menganggapnya sebagai perkara biasa dan perlu diteruskan demi menjaga maruah bangsa Melayu itu sendiri. Tanggapan ini berlaku kerana sebahagian daripada mereka sebenarnya masih jahil tentang hukum hakam berkaitan agama Islam tertutamanya ilmu yang berkaitan tentang akidah sebagai seorang Islam. khayalan atau kepercayaan karut yang didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam. bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat. Namun. 6 .t.w. roh nenek moyang. ia adalah baik di sisi Allah s.w. Apa yang dinilai buruk oleh kaum muslimin.” Daripada hadis ini menerangkan sama ada dari segi ibarat mahupun tujuannya. ianya tidak bersumberkan nas syara’ sama ada daripada al-Quran atau pun hadis. kebanyakan diantara amalan adat resam yang diamalkan ini didapati mempunyai perbuatan khurafat yang ditegah oleh Islam. pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.w.t.

t Yang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta ini. Ada juga terdapat ancak yang dibuat daripada daun pisang yang di isi dengan pulut kuning. Aku janji tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah s. Perbuatan-perbuatan ini adalah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan telah berakar umbi dalam setiap sendi masyarakat Islam.t. hadis. perkataan dan perbuatan yang tidak berdasarkan al-Quran. tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut bagi wanita hamil. yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci. Tidak kurang nelayan dan petani yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang membuang ancak di sungai atau laut (nelayan) dan memuja semangat padi seperti bersemah. adat main pantai dan seumpamanya. Oleh itu. Selain itu. Ancak juga di gunakan sebagai “jamu” untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung atau di laut supaya tidak mengganggu anak cucu atau penduduk kampung tersebut atau nelayan yang turun untuk menangkap ikan. maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala).masih terdapat orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.w.t adalah bertentangan dengan konsep tauhid kepercayaan kepada Allah s.t Yang Maha Esa bermaksud kepercayaan kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain daripada Allah s. ijmak ulama dan Qias adalah dilarang sama sekali berdasarkan kepada hadis Rasulullah s. kepercayaan. adat. Warisan pantang larang yang wujud dalam masyarakat ini sebahagiannya jelas bertentangan dengan hukum syara’ seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam kerana dikhuatiri menjadi andartu. kepercayaan kepada nasib sial juga boleh menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah s. ketupat dan sebagainya.w.w melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud: 7 . bertih. adat merenjis tepung tawar.w.a. Apa yang menyedihkan.w. Islam sebagai agama yang menitik beratkan aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala amalan. Ancak adalah sesuatu yang di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak.a.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah s.

t dalam surah Yunus. kepercayaannya. 8 .” Berdasarkan ayat di atas jelas Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada berbentuk perkataan.a. Perkara ini jelas dalam firman Allah s. setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya. Oleh yang demikian. Rasulullah s.“Bukan dari golongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya. menyihir atau minta disihirkan. maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). menyambut serta memeluk Islam dengan budaya dan tradisi yang berbeza dan berbagai bentuk. perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan. iaitu diarabkan sehingga menjadi sangat berbeza sekali dari yang asalnya.” (Hadis riwayat Tabrani) Manakala amalan memuja jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti yang biasa dilakukan oleh bomoh dan dukun adalah perbuatan syirik apatah lagi kalau bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian. 5. perkataannya.w dan para pemimpin ummah sesudah baginda yang membawa syiar Islam ke serata ceruk rantau dunia tidak pernah menuntut rombakan besar-besaran kepada amalan tradisi bangsa-bangsa yang telah memeluk Islam atau memerintahkan mereka supaya adat serta resam tradisi mereka dilebur menjadi satu. ditenung nasib atau minta ditenung nasibkan. yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu.0 KESIMPULAN Perkembangan Islam merupakan suatu proses evolusi yang merubah kepercayaan dan pemikiran bangsa-bangsa jahiliyyah dari berbagai ras dan resam. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Pihak berwajib pula mestilah meningkatkan program- program yang boleh mendidik masyarakat berkaitan dengan amalan adat kepercayaan mereka yang bertentangan dengan ajaran Islam dan tentang akibat perbuatan adat yang mereka lakukan itu. adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam.w. perbuatan. ayat 106 yang bermaksud: “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah.

Rasulullah s. Hakikatnya. bangsa Afghanistan dengan burqanya. bangsa India Islam dengan kurta dan nuqbahnya. beradab dan berjiwa Islam yang kental. tetapi cukup dengan menyuruh mereka mengucapkan dua kalimah syahadah. kepercayaan dan amalan sesuatu kaum dan bangsa. adat resam serta tatacara hidup kaum-kaum yang baru memeluk Islam ini. Contohnya dalam konsep menutup aurat. kesatuan dan perpaduan bangsa yang utuh sebagai satu bangsa Islam yang bertamadun tinggi.w sendiri juga tidak pernah memeriksa satu persatu tradisi. merubah dan menulenkan mana-mana yang perlu supaya ‘roh’nya menjadi Islam. Oleh itu. bangsa Melayu ada baju Melayu dan baju kurung serta tudungnya. pegangan. tetapi juga sebagai memberi isyarat yang tegas kepada orang luar tentang identiti. atau panduan yang diperluaskan (tawasu’) berkenaan guna pakainya selagi tiada halangan syara’. tetapi hanya meminda. (2. Islam tidak membatalkan segala kebudayaan dan tamadun lama. keunikan imej bangsa dan agama yang dimenifestasikan dalam bentuk pengamalan adat warisan leluhur bangsa ini dapat memberikan impak yang besar bukan sahaja dalam membentuk semangat kekitaan serta persaudaraan yang kental. bangsa Arab Yemen dengan himarnya dan berbagai lagi.a.604 Patah Perkataan) 9 . Hal ini sesuai dengan hukum Islam yang bersifat ‘boleh sehingga tidak boleh’. Malahan ianya mampu memberi isyarat tentang keharmonian.

Hadi Awang.C. Hadis Shahih Bukhari (Terjemahan). 1965. Bhd. Mohd Asri B. Jong De. Dr.Bhd.Bhd. Dr.2006. Al-Sheikh Al-Hafiz Abu Al-Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari.Bhd. Ismail Awang. 1972. 1985. 1985.Ismail Hamid. Asal Usul Adat Resam Melayu. Sejarah Melayu. 10 . 2004. 1965. Dr. Riyadh: Maktab al-Abikan. H. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1990. Bhd. Alwi bin Sheikh Al-Hadi.t). 1985. 541H.t. 1997. 1964. Dr. H. Haji Abd. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Ibn Taimiyyah.Sidin.p): (t. Selangkah Ke Arah Memahami Al-Sunnah. Kota Bahru: Pustaka Aman Press Sdn.C.Jakarta: Darul Fikir. Kesenian Adat. Melaka: Associated Educational Distributors (M) Sdn.al. Brown.RUJUKAN Al-Imam Nawawi. Makna Sebenar Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi (Terjemahan). Kamus Idris Al-Marbawi Jilid 1 dan 2. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Al-Marbawi Muhammad Adris Abdul Rauf. (t.M. 1983. Asmad. Adat Orang-Orang Melayu Yang Bertentangan Dengan Akida Islam. Zainul Abidin. Selangor: Klang Book Centre. Kamus Al-Mujam Al-Wasit. Singapura: Tawakal Trading. (Terjemahan). Tafsir Quran Karim (Terjemahan). Kepercayaan dan Petua. Mahmud Yunus. Muqaddimah Aqidah Muslimin. Peradaban Melayu dan Islam. 1920. et. Ibrahim Madkur.n. Kuala Lumpur: Gedung Gua. Adat Resam Melayu dan Adat Istiadat. Prof. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor: Karya Bestari Sdn.p). (t. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Religions in the Malay Archipelago. Bangi: Middle East Global (M) Sdn. Majmu'ah al-Fatawa.

p). Kebudayaan Melayu. (t. Mingguan Malaysia.p). Dr. Mingguan Malaysia.p) SURATKHABAR Dr.Raja Mohd. Islam dan Kebebasan Budaya Serta Fesyen.). Apabila Dunia Hiburan Kita Terbabas.t). Nordin.n. Kamus Dewan Edisi Ketiga. ARTIKEL Cesar Adib Majul. Sheikh Othman bin Sheikh Salim (eds.t. "Theories on the Introduction of Islam and Expansion of Islam in Malaysia". 11 . Mohd Asri Zainul Abidin.t.n.p). (t. 19 Ogos 2007. 1964. 22 Julai 2007. Mohd Asri Zainul Abidin. (t. (t. (t. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.