Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan bil 10/2009 Berkenaan H1N1

Ini adalah surat pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bil 10/2009 - secara
amnya KKM membuat keputusan untuk tidak lagi menutup sekolah-sekolah yang
pelajarnya dikesan positif. Setiap hari guru akan mengadakan pemeriksaan kepada
semua pelajar. Yang menunjukkan simptom akan disuruh pulang dan cuma kembali
ke sekolah setelah sihat. Penutupan kelas atau pengawalan hanya kepada mereka
yang terlibat sahaja. Penutupan sekolah dianggap sebagai langkah terakhir.

Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2009

PANDEMIK (H1N1) 2009 DI MALAYSIA:

LANGKAH PENCEGAHAN BAGI MENGURANGKAN KEMATIAN,

LANGKAH KAWALAN PENULARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI/SEKOLAH.

TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tindakan pelaksanaan aktiviti
tambahan kepada pencegahan dan pengawalan Pandemik (H1N1) 2009 bagi
memperlahankan penularan dan mengurangkan impak pandemik kepada aktiviti
sosioekonomi kepada masyarakat dan negara.

LATARBELAKANG

2.1 Penularan pandemik influenza A(H1N1) ke Malaysia telah memasuki komuniti
dan jangkitan tempatan ini dijangka akan melibatkan jumlah kes yang tinggi
terutama di tempat-tempat yang mempunyai kepadatan penduduk atau penghuni
yang tinggi. Penularan ini perlu diperlahankan bagi mengurangkan beban kepada
fasiliti kesihatan juga jangkitan kepada golongan berisiko tinggi.

2.2 Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) telah mengeluarkan pekeliling pada
31 Julai 2009 di mana telah mengesyorkan pemberian awal dalam tempoh 48 jam
selepas onset simptom, rawatan anti-viral influenza kepada golongan berisiko
tinggi.

2.3 Bilangan kluster kejadian jangkitan influenza A(H1N1) yang meningkat dan
melibatkan pelbagai sektor termasuk sekolah / institusi pengajian tinggi, tempat
kerja dan di komuniti. Kejadian kluster di sekolah dan institusi pengajian tinggi
telah mengakibatkan banyak sekolah telah ditutup dan ini memberi impak negatif
terhadap aktiviti pembelajaran pelajar.

2.4 Taklimat Mencegah Influenza A(H1N1) di Institusi Pengajian Tinggi telah
diadakan pada 1 Ogos 2009. Sesi taklimat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari
semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan juga pegawai kesihatan
daerah terbabit.

KEPUTUSAN

Bagi mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti pembelajaran dan memastikan
rawatan awal dengan anti-viral influenza dapat diberikan dengan segera bagi
mereka yang berisiko tinggi dan menunjukkan simptom-simptom jangkitan
influenza, Kementerian Kesihatan telah membuat ketetapan berikut;

3.1 Semua kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta
mempunyai faktor risiko(mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru
kronik, diabetik dan golongan imuniti rendah), hendaklah diberi rawatan anti-
viral influenza serta-merta TANPA perlu membuat ujian pengesahan influenza
A(H1N1). Pemberian rawatan dalam tempoh 48 selepas onset memberi manfaat
yang optimum.

3.2 Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes-kes yang
dirawat di hospital (maksudnya di sini yang ditahan di wad sahaja).

3.3 Bagi pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi adalah diingatkan
bahawa mereka yang bersimptom hendaklah mengelakkan diri daripada
menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan. Mereka hanya

4 Untuk tindakan kawalan yang berkesan penularan penyakit influenza di sekolah atau institusi tinggi. TARIKH BERKUATKUASA Surat Pekeliling ini berkuat kuasa dengan serta-merta. c) Penutupan sekolah merupakan pilihan terakhir dalam menangani kejadian influenza A(H1N1) di sekolah atau institusi. Mereka hanya dibenarkan memasuki kelas setelah bebas simptom. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada. Jika penularan terhad kepada kumpulan tertentu. hendaklah dibuat setelah siasatan dan penilaian risiko yang teliti dijalankan mendapati terdapat justifikasi kukuh berbuat demikian serta dengan persetujuan bersama di antara pihak pejabat kesihatan daerah dan institusi / sekolah.dibenarkan menghadiri aktiviti-aktiviti ini selepas 1 hari bebas simptom jangkitan influenza A(H1N1). b) Semasa pembukaan sesi pagi atau sebelum memasuki kuliah. Pengarah Kawalan Penyakit . Penutupan sekolah atau institusi pengajian tinggi secara total. langkah kawalan dan pencegahan hendaklah menumpukan kumpulan ini. a) Pelajar yang bersimptom influenza hendaklah tidak dibenarkan bersekolah oleh IBU BAPA (bukan doktor atau guru tau!) dan hendaklah segera dirujuk mendapatkan rawatan. para guru atau pensyarah hendaklah memaklumkan pelajar yang bersimptom untuk tidak memasuki kelas dan dirujuk untuk rawatan. kerjasama semua pihak adalah diperlukan termasuk ibu-bapa dan pelajar itu sendiri seperti yang berikut. 3. Mereka hanya dibenarkan bersekolah setelah bebas simptom jangkitan.

terima kasih. muntah dan cirit berlaku hampir kepada semua pesakit yang menghidap selsema. MOHD ISMAIL BIN MERICAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Wajib Baca. hidung berair. tetapi terdapat juga perbezaan yang boleh diketahui. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” TAN SRI DATO’ SERI DR.drazwan. kurang dari 10 peratus menunjukkan gejala yang merbahaya termasuk jangkitan paru-paru pneumonia. 6 dan 8. tetapi gejalanya mungkin boleh berbeza dari seorang-ke seseorang yang lain. Walaubagaimanapun. Sesetengah gejala seperti batuk. kajian penting dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan beberapa minggu lepas menunjukkan hampir 95% daripada semua Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) atau Influenza Like Illness adalah disebabkan oleh virus . sakit badan. Ada sesetengah pesakit yang mempunyai gejala yang ringan. Blok E10 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Tel: 03-88834370 / 88834386 Sekian.oleh Dr David KL Quek (Presiden MMA) .com/ Artikel asal di dalam bahasa Inggeris di sini:- 1) Bolehkah kita membezakan di antara selsema biasa dengan selsema H1N1 tanpa melalui ujian makmal? Tidak boleh. HJ. demam.blogspot. penat. Selsema adalah selsema.Ogos 2006 Diterjemahkan ke dalam BM oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk http://www. 4.Bahagian Kawalan Penyakit Aras 3. ada yang pertengahan dan ada sebilangan kecil.Maklumat H1N1 Terkini ! 10 soalan lazim tentang H1N1 .

Diabetes. tetapi kini virus yang menyebabkan penyakit ialah dari jenis A (H1N1). menjarakkan hubungan dan lebih berhati-hati dengan sebarang komplikasi. demam dan batuk tidak berkurang. Cuma kes-kes yang teruk sahaja perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. ubat batuk dll) dan kuarantin diri. Mereka yang sudah mempunyai masalah jangkitan paru-paru (pneumonia) . pesakit kanser. Asthma. maka kita beri rawatan melegakan masalah (ubat demam paracetamol. (Dengar cerita bajet KKM dah makin sikit!) Kita rawat seolah-olah ia adalah PMI disebankan oleh H1N1. terutama sekiranya terdapat kesukaran bernafas. 2) Bagaimana doktor membuat keputusan samada seseorang itu patut menerima rawatan khusus untuk H1N1 Selepas 2-3 hari. Wanita mengandung 5. Immuniti yang rendah. sila buat rawatan semula. lemah badan dan pening. Sekiranya gejalanya ringan.H1N1. Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran. selsema bermusim adalah disebabkan oleh virus jenis B dan jenis A yang lain. sakit jantung 3. 6. yang membawa maksud bahawa virus baru ini membawa masalah dan menyebabkan penyakit bergejala daripada jenis virus-virus yang sebelum ini. (wow! saya pun terkejut!!) Awal beberapa bulan yang lalu. hidrasi. atau faktor risiko seperti di bawah:- 1. Kebanyakan penghidap H1N1 (70%) tidak memerlukan ubat anti virus seperti Tamiflu atau Relenza. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan bahawa tidak perlu lagi ujian makmal diadakan untuk mengesahkan kehadiran H1N1 ini. Disebabkan oleh Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) ini disebabkan oleh H1N1. Obesiti (Kegemukan dilihat mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi) 2. Penyakit paru-paru kronik 4.

tetapi disuruh pulang sahaja atau dibiarkan menunggu dan akhirnya tidak diuji. kerana wabak ini merebak terlalu meluas dan menyebabkan kita kekurangan sumber. Oleh itu. Masalah ini bukan sahaja di Malaysia tetapisecara global. 90 peratus akan pulih secara sendiri hanya dengan rawatan mengurangkan simptom. Sehingga 200 juta kit ujian telah dibahagi-bahagikan ke seluruh dunia tetapi bekalannya sangat kritikal kerana permintaan yang sangat tinggi. Kebanyakan penyakit selsema tidak perlu ujian pengesahan. Sumber kita sangat terhad terutamanya untuk ujian pengesahan. kerana takut dengan H1N1. cuma hati hati dengan kemungkinan komplikasi yang emungkin timbul dan faktor risiko yang diterangkan tadi. Oleh itu mesej yang disampaikan perlu jelas. Kemungkinan besar ia sesuatu yang tidak perlu. Adakah amalan ini betul? Tidak ada yang betul atau yang salah tentang amalan ini.3) Ramai pesakit yang terlalu bimbang kerana mempunyai jangkitan selsema PMI mahu diuji atau dirawat untuk H1N1 di hospital. ringan dan boleh pulih sendiri. setiap negara perlu mengamalkan kaedah catuan untuk menjalani ujian secara terpilih sahaja kepada pesakit yang betul-betul memerlukan agar pengawasan situasi pandemik dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Saya diberitahu seramai 1000 orang pesakit beratur dengan penuh rasa bimbang di Hospital sungai Buloh untuk menjalani ujian. Permintaan terlalu tinggi di seluruh dunia untuk kit ujian dan bahan reagent kimia untuk H1N1 (Polymerase Chain Reaction) telah melebihi pengeluarannya disebabkan oleh masalah ini. 4) Adakah doktor keliru apa yang perlu dibuat pada waktu merebaknya wabak ini. terutamanya apabila mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menjalani ujian makmal bagi pengesahan apabila diperlukan? . Kes ini bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di semua tempat di seluruh dunia! Saranan sekarang ialah untuk tidak menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk menjalani ujian di hospital dan klinik.

pasti terdapat kes-kes yang tertentu dimana pesakit semakin teruk tanpa dijangka. beri kefahaman dan keyakinan kepada pesakit bahawa pesakit yang terkena perlu menjaga kebersihan diri. menjarakkan hubungan. Pada awalnya wujud kekeliruan apa yang perlu dibuat seterusnya. Diharapkan ia akan menjadi kes yang terpencil. Walaubagaimanapun. Kita jangkakan sahaja ia adalah H1N1 kerana ia adalah majoriti daripada kes. garis panduan dari KKM telah lengkap. Masalah ini boleh berlanjutan sehingga satu ke dua tahun. Tetapi tidak apa lagi yang kita mampu buat . pakai topeng muka bila mereka batuk atau bersin dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan penyakit. fasa merbahaya ini tidak selalunya jelas dan difahami oleh semua orang. Pemerhatian yang lebih ketat dapat membantu yang mana satu pesakit yang betul- betul memerlukan mendapat rawatan yang lebih intensif. Walaupun ada ahli politik yang .Tidak sebenarnya. (Betul! Saya ada masalah ini sekarang!) Tetapi sekarang peraturan telah jelas. siapa yang perlu dirujuk dan siapa yang perlu dimasukkan ke dalam wad. dan meninggal dunia sebelum apa-apa boleh dilakukan.jika tidak kita akan masukkan terlalu ramai pesakit ke dalam wad dan ini boleh menjejaskan perkidmatan kesihatan kita. Sekiranya cuai mereka juga boleh terkena jangkitan! 5) Adakah garis panduan dari Kementerian Kesihatan lengkap untuk menangani masalah ini? Saya fikir. Tidak ada keperluan untuk menjalani ujian pengesahan H1N1 atau apa apa virus pun yang menyebabkan selsema. menjalani kuarantin. siapa yang perlu menjalani ujian. Rawat simptom sekiranya ringan. Memang dimaklumi bahawa. Sekiranya ada sesak nafas dan badan menjadi terlalu lemah. Ingatan yang penting ialah semua doktor dan jururawat juga mengetahui bahawa mereka juga perlu berhati-hati dan mengamalkan cara-cara untuk menghalang diri daripada dijangkiti. sila ke hospital terus untuk dimasukkan ke wad.

Kita perlu ingat bahawa ini adalah virus yang baru dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. kita jangan panik. Apapun. Doktor juga berada di dalam tahap tidak pasti tentang keseriusan atau tahap bahaya penyakit baru ini . Tidak ada banyak yang doktor boleh lakukan di dalam keadaan terdesak seperti ini terutama dengan cepatnya merebaknya penyakit ini seolah-olah merebaknya api ganas di dalam hutan. semua sumber dari kerajaan dan sektor swasta boleh digemblengkan untuk disalurkan ke arah yang lebih efisyen. Jangkitannya dan cara perebakannya adalah sangat pantas dan hampir semua orang tidak immun terhadap virus ini. Ingatlah bahawa 90% daripada pesakit yang terkena akan pulih dan mengalami kesan yang ringan. Setiap pesakit merasakan bahawa penyakitnya adalah lebih bahaya dan memerlukan lebih penjagaan dan analisa. Kemungkinan. Apatah lagi kita mengetahui bahawa hampir semua . 6) Adakah adil untuk menghadkan ujian pengesahan H1N1 hanya kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital? Saya sudah terangkan bahawa keadaan kekurangan kit dan alat reagent untuk menjalankan ujian pengesahan. Masalah logistik boleh berlaku kerana manusia adalah berbeza dari segi kapasitinya untuk memahami sesuatu masalah dan mengikut arahan-arahan yang diberikan daripada pelbagai pihak.menyalahkan KKM dan menterinya kerana tidak cekap untuk mengendalikan pandemik ini.kita cuma baru cuba memahaminya dengan lebih baik sekarang. Lagipun ujian ini tidak boleh dilakukan kepada semua orang di seluruh dunia. Oleh itu tahap keyakinan dan penerangan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit tidak begitu meyakinkan bagi pesakit terutama kepada pesakit atau saudara mara yang terlalu bimbang. Kemungkinan hanya 10% sahaja yang dijangka akan mengalami masalah dan dimasukkan ke wad. Adakalanya permintaan daripada pesakit adalah luar biasa dan kadang-kadang tidak terikut. tetapi sebenarnya ini tidak tepat. suatu hari nanti.

Malaysia akan meningkatkan simpanan tamiflu kepada 5. Di dalam mesyuarat pandemik antara menteri yang lepas. Relenza)? Bolehkah saya makan Tamiflu? Ubat antivirus ini didapati di kebanyakan klinik dan hospital ketika penularan wabak selsema burung (avian flu) tetapi sekarang sangat-sangat terhad. mengasingkan pesakit yang mempunyai virus yang bermutasi. Sektor swasta pula berlainan pendapat dan mahukan ia diedarkan dengan lebih terbuka kepada umum dan kawalan dapat dikurangkan. batuk dan gejala flu sekarang disebabkan oleh H1N1. Oleh itu kita perlu lebih cakna dan menilai keadaan semasa dengan lebih bijaksana. Kita kena ingat ubat ini juga dipesan oleh 167 negara di seluruh dunia. KKM perlu memantau pemberian ubat ini dengan lebih ketat. 7) Adakah kita kekurangan ubat anti-virus (Tamiflu. Vietnam. iaitu apabila berlaku rintangan (resistant) oleh virus ini. negara tidak mengalami kekurangan tamiflu. Cuba bayangkan virus H1N1 yang tidak lagi lut kepada apa-apa ubat antivirus. KKM telah menyimpan di dalam stok 2.000. . Buat masa ini. Rasional kita menjalankan ujian pengesahan kepada pesakit dalam wad ialah supaya kita dapat menghadapi musuh yang jelas.penyakit jangkitan selsema. KKM juga sedang membuat kajian secara rawak di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih tepat jenis-jenis virus yang merebak sekarang.000 dos tamiflu dan ubat generiknya. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalang kita dibunuh oleh virus ini! Jenis virus rintangan ubat (drug resistant virus) yang kebal ini telah dikesan di Mexico.5 juta dos iaitu meliputi 20 peratus populasi rakyat. Ia cuma belum diedarkan secara umum lagi. Britain dan Australia. Tetapi kita maklumi bahawa terdapat ketakutan yang mempunyai dasar. sempadan US.

Yang lebih penting. para doktor perlu bersikap proaktif dan bertanggungjawab di atas masalah ini yang mungkin berlarutan sehingga ke satu atau dua tahun lagi. Melayari internet setiap hari untuk mengetahui informasi terkini boleh membantu. Ini boleh membantu pesakit kita. . Menggunakan antivirus secara tidak terkawal atau untuk mengelakkan jangkitan adalah cara yang salah dan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk. faktor risiko dan rujuk secepat mungkin untuk penjagaan yang lebih rapi. 8) Apakah masalah yang dihadapi doktor di dalam menghadapi H1N1? Ia sangat berguna apabila doktor memberikan perhatian yang lebih kepada informasi tentang H1N1.Walaubagaimanapun. Kita berharap ia belum lagi berlaku. maka para doktor tidak menolak kemungkinan bahawa virus jenis yang lebih garang ini sudah sampai ke tanahair kita. Pihak KKM sedang melihat perkara ini dan membuat kajian samada virus bermutasi ini sedang merebak. mengetahui perubahan dan pembaharuan informasi setiap hari.seorang belum diumumkan) semakin membimbangkan. tumpukan perhatian yang lebih terhadap jangkitan paru-paru. dan pemerhatian yang serius dapat mengurangkan keresahan dan kebimbangan orang ramai terhadap kelewatan menerima rawatan. oleh kerana terdapat situasi di mana orang yang sihat pada asalnya tiba-tiba berubah menjadi kritikal atau meninggal dunia. merujuk kepada kes-kes di mana pesakit yang muda tiba-tiba meninggal dunia. Kemudahan antivirus yang lebih mudah. maka penggunaan antivirus ini perlu digunakan lebih awal dan lebih aggressif. Tol kematian ke angka 14 (yang saya tahu 15 orang . Daripada asyik merungut tentang kekurangan data dan maklumat di dalam arus perdana. Walaupun begitu. penggunaannya yang bertanggungjawab. Atau mungkinkah kita yang lambat untuk memberi rawatan yang sepatutnya.

Buat masa ini. oleh itu kita lebih paranoid! Dan pengalaman kita juga. tidak ada flu yang menyebabkan kematian sebelum ini. Dan maklum balas kami dianggap terlalu melampau. Singapore dan Malaysia. Terlalu membesar-besarkan! Hanya apabila ada pesakit yang mati. ketakutan kepada H1N1 tidaklah setanding di barat. apabila kita mellihat apa negara lain buat. dan kita dapati bahawa tidak ada satu pun kerajaan di negara lain yang berjaya menangani masalah ini secara tepat. maka apa yang kita buat sekarang pula dianggap terlalu sedikit! Jika kita ikhlas memikir tentangnya. 10) Adakah orang ramai secara umum sudah cukup membantu untuk mengawal . Kita tidak telalu menakut-nakutkan orang ramai tentang bahaya penyakit ini dan dalam masa yang sama kita adalah telus di dalam menyatakan kemungkinan bahawa penyakit ini semakin merebak. pesakit jantung dan paru-paru dan pengembara yang sering ke luar negara dapat mengambil vaksin untuk flu bermusim yang boleh membantu mengurangkan masalah flu dari jenis lain. kita secara relatifnya agak baik. dan maklumbalas setiap egara adalah berdasarkan pengalaman mereka yang lalu. China. kepada petugas di barisan hadapan. Kita sedang mempelajari penyakit pandemik flu ini. cuba bandingkan dengan negara lain. Di Hong Kong. apatah lagi kemungkinan ia akan bertukar kepada virus yang lebih garang menyebabkan ombak kedua atau ketiga pandemik ini.Kita mengalu-alukan kehadiran Vaksin H1N1 spesifik dijangka pada akhir tahun. kita pernah mendapat penularan SARS. terdapat agensi. kita tidak akan tahu sehingga setahun dua tahun lagi. Walaupun sekarang ia semakin digeruni. Vietnam. orang ramai dan doktor menuduh kami terlalu membesar-besarkan pandemik ini. 9) Adakah kita sudah melaksanakan apa yang patut dan perlu dibuat? Ya. Pada awalnya. tak seperti di barat dimana flu bermusim membunuh beratus malah beribu orang setiap tahun! Oleh itu.

Malah mereka mungkin terlalu tahu sehingga mereka menjadi terlalu takut.penularan ini? Saya fikir orang ramai sudah cukup diberitahu tentang H1N1 pandemik ini. aau paling baik duduk di dalam bilik. ia mungkin boleh mengawal jangkitan dan kes kematian ke tahap terkawal. Sekiranya sakit. akademi.000 orang. wabak ini dijangka akan menyebabkan kemasukan hospital sebanyak 100. kilang. pejabat. jarakkan diri anda dengan orang lain lebih kurang 3 meter. Itu sebabnya virus ini merebak dengan cepat bagi golongan umur 16-25 tahun. Dimana flu-flu yang terdahulu mengambil masa 6 BULAN untuk merebak ke sekian banyak negara. Yang lebih penting. Pakai topeng muka (topeng 3-ply pun dah cukup). Sudah pasti bahawa H1N1 akan merebak ke sekolah. keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang tinggi daripada orang ramai. H1N1 "berjaya" menular ke bilangan negara yang sama dalam masa 6 MINGGU! Jika senario yang paling teruk berlaku.000 orang sehingga ke 500. tempat kerja dll. Cra jangkita utama dan yang paling pantas ialah melalui jalan udara. Bila penyakit ini tidak kurang selama beberapa hari. dan kemungkinan melibatkan 5.000-27. universiti. sentiasa berhati-hati dalan amalkan . Bagaimana orang ramai boleh membantu? Pertama belajar dan laksanakan kebersihan diri yang baik. pergi ke hospital yang berdekatan. ia adalah sesuatu yang sukar. WHO menganggarkan hampir 20-30 peratus populasi dunia akan dijangkiti penyakit ini setelah mengkaji model jangkitan penyakit- penyakit yang lalu. Bagi orang muda. Jangan keluar. Jangan keluar dan menyebarkan virus. Yang lebih penting. pastikan anda duduk di rumah. jangan panik dan berlebih-lebih.000 orang akan meninggal dunia! Oleh kerana kita telah memerhatikannya dengan rapat dan mengawal daripada merebak sehingga kini. atau semakin teruk.

blogspot. penyakit paru-paru kronik . Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini 4.com Perkara Tentang H1N1 Yang Perlu Anda Tahu . Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like- illness (ILI) 3. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma.sikap bertanggungjawab. obesiti dan kegagalan organ.Tetapi Anda Malu Hendak Bertanya 1. penggemblengan tenaga daripada pihak yang berwajib dan juga orang ramai dan menggunakan sumber kewangan yang banyak. Sementara itu. Vaksinasi H1N1 secara besar-besaran akan tiba dan masalah ini kita akan dapat atasi juga. tenaga.drazwan. hidung tersumbat. menggigil (chills) dan keletihan. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran 2.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan? Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu * Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI) 1. diabetes. ambil tahu tentang berita terkini kerana informasi tentang penyakit ini sentiasa diperbaharui. Akhirnya.. * Common Cold . sakit otot. kesabaran. ia akan mengambil masa. sakit kepala. Terjemahan oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk www. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair. Dr David KL Quek ialah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Disebabkan oleh berbagai jenis virus 2. Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital 2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam 3. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak 2. burung dan manusia. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari * Pharyngitis / radang tekak 1. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas 3.Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)? Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” .. Lagi. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru 2. Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi. 3. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam 3.1. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya * Pneumonia/ jangkitan paru-paru 1..

Bagaimana kita boleh dijangkiti? Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.int/en 5. batuk. sakit badan.who. . Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit. sakit kepala. Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.Apakah gejala virus ini? Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam. sila rujuk laman web http://www. melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit. 4. 6. sakit tekak dan gejala lain seperti selesema. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini. badan berasa sejuk dan lesu.Negara mana yang dilanda penyakit ini? Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain. permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara.(selesema babi)? Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.

Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol * Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin. 8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini? Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema: * Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja. buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. jika menggunakan tisu. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda * Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi? Tidak. hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan * Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan . Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul * Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain * Seboleh-bolehnya. sekolah atau tempat sesak * Berehat dan meminum banyak air * Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan.7.

Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan * Mereka yang bergejala ringan. obesiti. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama. serta tiada masalah kesihatan. digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat. dan penyakit kronik paru-paru * Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit * Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat . Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini? * Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan * Adab batuk yang baik (cough etiquette) * Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap * Pengudaraan dalam rumah yang baik * Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. diabetes. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini? Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini.9. * Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama * Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma. ibu mengandung. 10.

Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)? Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1). Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini? Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. 14. 12. Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.11. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza. . Bolehkah kita ke luar negara? Buat masa ini. 13. Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ? Tidak.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan. kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat. segera dapatkan rawatan doktor. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja? Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab. Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas. beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia. adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema. 15. . Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya . Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. 18. anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor. anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri.Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah? Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1).16. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk. ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula? Tidak. beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan. beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut 17. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1). Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup. apakah yang perlu saya lakukan? Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap. tidak akan menjangkiti orang lain. . kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. 19. Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan.Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri. adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa? Ya. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)? Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti 22. beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. 21. 20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.

. hirogen peroksida.Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini. termasuk klorin. hidung atau mulut.Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan? Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata. 24. hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan. dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. bahan kimi pemusnah kuman. 25. melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama. bahan cuci (sabun). bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Selain itu. 23. dan kemudiannya memegang mata. sebagai contoh. iodophors (antiseptik berasaskan iodin)..Apa yang boleh memusnahkan virus influenza? Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Lagi. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja. jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul.. Sebagai contoh.Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)? Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

26.gov. Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan? Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.my . sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan. Bagi maklumat lanjut.