KATA PEMERI

PENGGUNAAN KATA ADALAH :
- Mesti diikuti oleh kata adjektif
PENGGUNAAN KATA IALAH :
-Mesti diikuti oleh kata nama

**Kedua-dua ialah dan adalah tidak boleh diikuti oleh :
KATA NAFI dan KATA KERJA
Contoh:
1. Warna kereta bapa saya ialah merah. (SALAH)
2. Warna kereta bapa saya adalah merah.(BETUL)
1. Nama adik saya adalah Murni. (SALAH)
2. Nama adik saya ialah Murni. (BETUL)

1. Khabar angin itu adalah tidak benar. (SALAH)
2. Khabar angin itu ialah tidak benar. (SALAH)
3. Khabar angin itu tidak benar. (BETUL)

1. Kegemarannya adalah membaca buku. (SALAH)
2. Kegemarannya ialah membaca buku. (SALAH)
3. Kegemarannya membaca buku. (BETUL)