Topik  Pertimbangan

1 Moral dan
Teori Etika
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi etika dari sudut perniagaan dan profesional;
2. Menerangkan lima faktor yang terlibat dalam pembentukan etika
individu;
3. Menerangkan falsafah normatif dengan relativisme etika;
4. Membezakan kesemua sistem etika yang utama; dan
5. Mengguna pakai teori etika yang relevan dengan isu etika yang
timbul dalam amalan perniagaan dan profesional.

 PENGENALAN
Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila seseorang menyebut perkataan
„etika‰? Anda mungkin mempunyai jawapannya. Mari kita lihat dahulu apa
yang akan kita pelajari dalam topik ini.

Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep-konsep asas dan teori-
teori moral; sejarah perkembangan teori tersebut serta pengkajian sistematik ke
arah menentukan betul-salah atau baik-buruk sesuatu perkara. Konsep dan teori
ini kemudian diaplikasikan untuk membantu anda menyelesaikan dilema-
dilema dalam pengurusan semasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

2  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA

1.1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI
ETIKA
Adakah anda sedar bahawa masalah etika yang berkaitan dengan pengurusan
sesebuah organisasi adalah sangat kompleks? Malah masalah tersebut boleh
menjadi lebih kompleks dengan penglibatan faktor-faktor berikut iaitu:

(a) Akibat yang berpanjangan;

(b) Alternatif yang pelbagai;

(c) Hasil yang bercampur;

(d) Akibat yang tidak pasti; dan

(e) Implikasi peribadi.

Faktor-faktor ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Topik 3 nanti.
Sekarang mari kita sambung kembali pembelajaran kita tentang masalah etika.

Tahukah anda bahawa masalah etika bersifat merebak? Oleh kerana itu
pengurus perlu membuat keputusan dan mengambil tindakan yang boleh
memberi kesan kepada orang lain. Keputusan dan tindakan pengurus perlu
ditangani dan analisis moral harus dilakukan apabila:

(a) Ia memberi kesan negatif kepada orang lain; atau

(b) Ia memudaratkan atau mencederakan orang lain yang di luar kawalan
mereka

Dalam subtopik-subtopik berikutnya, anda akan didedahkan dengan definisi
etika secara umum, dari sudut etika perniagaan dan etika profesional.
Seterusnya, anda akan mempelajari sebab-sebab perniagaan harus beretika dan
faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan etika individu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

1. ia biasanya perlu akur kepada norma-norma sosial yang diterima umum.2 Definisi Etika Perniagaan Secara umumnya etika merujuk kepada tanggapan baik atau buruk (Lawrence dan Weber. 2011). Copyright © Open University Malaysia (OUM) .1. Etika juga bermaksud kepercayaan peribadi seseorang individu tentang kelakuan yang baik dan buruk. Hanya orang sahaja mempunyai etika. Walaupun definisi ringkas ini menyampaikan intipati etika. ia bukan mutlak.1.1 Definisi Etika Apakah maksud etika? Umumnya etika boleh didefinisikan sebagai prinsip tingkah laku individu yang diterima dari segi moral. Ini bermaksud bahawa walaupun sesuatu kelakuan itu dianggap beretika mengikut kaca mata orang yang melihat. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  3 1. maka sesiapa yang berbohong kepada pihak berkepentingannya tentang produk atau prestasi kewangan syarikatnya telah bertindak tanpa etika dalam perniagaan. dan (c) Etika bersifat relatif. (b) Apa yang membentuk kelakuan beretika boleh berbeza antara seorang dengan yang lain. sedangkan organisasi tidak mempunyai etika. jika kita menganggap berbohong itu sebagai tidak beretika. Bagaimana pula dengan etika perniagaan? Etika perniagaan merujuk kepada aplikasi nilai dan idea terhadap isu-isu yang timbul dalam konteks perniagaan. Sedarkah anda bahawa etika perniagaan ini tidak banyak bezanya dengan tanggapan etika umum? Sebagai contoh. namun terdapat tiga implikasi yang perlu diberi pertimbangan lanjut iaitu: (a) Etika didefinisikan oleh individu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM) .1 1. doktor dan akauntan) di mana kelakuan mereka dikawal oleh etika profesional. Golongan profesional menerapkan peraturan-peraturan dan nilai-nilai budaya profesional mereka sama seperti menerap nilai masyarakat.4  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA 1. AKTIVITI 1. Etika profesional membantu membentuk budaya organisasi dan menetapkan nilai-nilai yang dipakai oleh ahlinya dalam urusan mereka dengan para pihak berkepentingan. Mereka mematuhi secara refleksif peraturan-peraturan dan nilai-nilai profesional apabila memutuskan bagaimana mereka harus berkelakuan.1. Kebanyakan kumpulan profesional dibenarkan menguatkuasa piawai etika profesion masing-masing. 2.4 Mengapa Perniagaan Harus Beretika? Sedarkah anda bahawa etika memainkan peranan penting dalam perniagaan? Ini adalah kerana ia diperlukan dalam semua aktiviti perniagaan. Bagaimanakah etika memberi kesan kepada hidup anda? Berikan beberapa contoh.1 berikut. Terdapat dua faktor utama mengapa perniagaan harus beretika. Sesetengah organisasi mempunyai banyak kumpulan kakitangan profesional (seperti jururawat. Malah. Dua faktor tersebut diterangkan dalam Jadual 1. penyelidik. peguam. 1.3 Definisi Etika Profesional Bagaimana pula dengan etika profesional? Adakah anda tahu maksudnya? Berikut adalah maksud etika profesional. kumpulan profesional (seperti doktor dan peguam) boleh diharamkan daripada menjalankan praktik mereka jika mereka didapati mencabuli peraturan profesional mereka. Etika profesional menunjuk kepada nilai-nilai moral yang dibentuk oleh sekumpulan orang yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal prestasi tugas atau penggunaan sumber mereka.1. Berikan maksud etika menurut pandangan anda.

Berikut adalah satu contoh yang menunjukkan kesan perniagaan yang tidak beretika. organisasi boleh menerima kesan buruk apabila ia bersikap tidak beretika. 2011). Suatu kajian oleh University of Washington mendapati bahawa nilai pasaran syarikat-syarikat yang tidak menyatakan maklumat akaun mereka dengan tepat telah merosot 41% apabila kesalahan mereka disedari. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  5 Jadual 1.1: Lima faktor yang membentuk etika individu Copyright © Open University Malaysia (OUM) .1.1: Dua Faktor Utama yang Mengharuskan Perniagaan Beretika Faktor Huraian Pengaruh Tindakan perniagaan boleh memberi kesan kepada persekitaran Signifikan ke atas semula jadi serta pihak berkepentingan organisasi seperti Persekitaran dan pelanggan. kakitangan dan komuniti. Sebaliknya.5 Pembentukan Etika Individu Apakah yang menjadikan sesetengah individu beretika dan sesetengah yang lain tidak? Mengapa sesetengah orang jujur. Rajah 1. organisasi harus bertanggungjawab dan beretika dalam tindakannya.1 berikut. Sesuatu perniagaan perlu sedar dan tahu bahawa tindakan beretika boleh memberi kesan langsung kepada keuntungan (Lawrence & Weber. Sumber: Institute for Global Ethics (2006) 1. Memandangkan Pihak perniagaan boleh mempunyai pengaruh yang besar ke atas berkepentingan mereka. Mempertingkatkan Etika perniagaan mempertingkatkan prestasi perniagaan Prestasi Perniagaan sesebuah organisasi. manakala yang lain tidak? Terdapat lima faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan etika individu. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam Rajah 1. Ini adalah kerana firma-firma yang tidak jujur mudah hilang pelanggan dan akan menghadapi kos pembiayaan kewangan yang lebih tinggi.

jika ahli keluarga terlibat dengan kelakuan tidak beretika (seperti tidak bercakap benar). kanak-kanak berkenaan mungkin akan menerap piawaian tinggi ini. seseorang yang telah tertangkap mungkin berasa sangat bersalah sehingga mengubah piawaian etikanya dan memastikan dirinya tidak lagi mencuri pada masa akan datang. seseorang yang mencuri dan tidak tertangkap tidak akan berasa kesal dan akan terus mencuri. (a) Pengaruh Keluarga Sedarkah anda bahawa individu mula membentuk piawai etika mereka sejak dari zaman kanak-kanak lagi? Kanak-kanak membentuk piawai etika mereka apabila persepsi mereka mula bertindak balas terhadap kelakuan ibu bapa mereka. Sebagai contoh. (b) Pengaruh Rakan Sebaya Apabila kanak-kanak memasuki sekolah. dan membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama. dan dihukum jika ingkar kepada piawaian tersebut. jika rakan-rakannya mempunyai piawaian etika yang lebih tinggi dan menolak kelakuan tersebut. maka kanak-kanak tersebut berkemungkinan akan membentuk piawaian etika yang lebih rendah. Peristiwa-peristiwa ini merupakan sebahagian daripada proses pembesaran dan menjadikan kita lebih matang. Walau bagaimanapun. (c) Pengalaman Hidup Pelbagai peristiwa positif mahu pun negatif membentuk kehidupan manusia dan mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika kita. melakukan vandalisme atau menyalahguna dadah. jika rakan sebaya seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kegiatan mencuri barangan kedai.6  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA Berikut adalah penerangan lanjut bagi kelima-lima faktor ini. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . maka kanak-kanak itu mungkin mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Serta menerima ganjaran kerana mengikutinya. Sebaliknya. Sebagai contoh. Sebaliknya. mereka dipengaruhi oleh rakan- rakan sebaya yang berinteraksi dengan mereka setiap hari. Kanak-kanak lebih berkemungkinan akan menerap piawaian etika yang tinggi apabila mereka melihat ahli keluarga mereka berpegang kepada piawaian yang tinggi (seperti bercakap benar).

(e) Faktor Keadaan Akhir sekali.1 tadi paling mempengaruhi pembentukan etika diri anda? Berikan dua contoh. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  7 (d) Nilai dan Moral Peribadi Nilai dan moral juga mempengaruhi piawaian etika seseorang. 1. Kadangkala tanpa disangka-sangka. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . Sebagai contoh.2 Faktor manakah dalam Rajah 1.2 FALSAFAH NORMATIF DAN RELATIVISME ETIKA Pertama sekali. dia akan menyerap suatu piawai etika yang berbeza. Sebagai contoh. AKTIVITI 1. tetapi menjelaskan konteks untuk kita memahami mengapa individu kadangkala boleh berkelakuan tidak beretika apabila mereka tiada pilihan lain. Sebaliknya. mari kita lihat faktor keadaan sebagai faktor terakhir dalam mempengaruhi etika individu. ia akan cuba mendapatkan ganjaran yang diingini dengan tidak menghiraukan kesannya terhadap orang lain tanpa sebarang belas kasihan. terdapat sesetengah orang yang melakukan pemalsuan akaun perbelanjaan kerana kesempitan wang. tahukah anda apakah maksud falsafah? Falsafah ialah kajian tentang pemikiran dan kelakuan. Pernyataan ini bukan bertujuan untuk mewajarkan ketidakjujuran mereka. seseorang yang menjadikan wang dan kemajuan peribadi sebagai keutamaan tertingginya akan menyerapkan kod etika peribadi yang bersifat mengejar kekayaan. bagi seseorang yang memberi keutamaan kepada keluarganya. manusia mendapati diri mereka dalam keadaan yang mendesak mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan baik mereka. Dengan itu.

mari kita pelajari dahulu apakah maksud relativisme etika. Persoalan dasar relativisme etika adalah sama ada terdapat prinsip-prinsip universal yang objektif di mana seseorang boleh mendirikan suatu sistem kepercayaan etika untuk diaplikasi ke atas mana-mana kumpulan. Isu yang perlu difahami seterusnya untuk menjelaskan teknik-teknik pertimbangan moral adalah berkenaan relativisme etika. menurut pandangan ini maksud yang diberikan terhadap etika adalah relatif kepada masa. keadaan-keadaan istimewa sesuatu perlakuan atau pendapat peribadi. Dalam erti kata lain. tempat. Tahukah anda bahawa pertimbangan moral memerlukan pemahaman tentang falsafah normatif? Apakah yang dimaksudkan dengan falsafah normatif? Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan yang betul. antara budaya yang berlainan dan juga antara waktu yang berlainan. dan (c) „Adil‰ atau „tidak adil‰. keadaan dan orang yang terlibat. dalam semua budaya dan pada bila-bila masa.8  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA Sekarang mari kita pelajari pula tentang falsafah normatif. Mereka cuba mewujudkan suatu proses pemikiran logik berdasarkan kepada prinsip yang tiada pertikaian untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan boleh dianggap seperti berikut: (a) „Betul‰ atau „salah‰. Sebelum kita pergi jauh. Relativisme etika menyatakan bahawa prinsip-prinsip etika harus didefinisikan mengikut tempoh waktu dalam sejarah. Copyright © Open University Malaysia (OUM) .400 tahun yang lalu? Ahli-ahli falsafah telah mula melihat bidang falsafah normatif sejak zaman Plato lagi. tradisi masyarakat. Ini adalah kerana piawaian kelakuan moral adalah berbeza antara kumpulan berlainan dalam satu budaya. iaitu bagaimana kita harus berkelakuan. (b) „Baik‰ atau „buruk‰. Tahukah anda bahawa ahli-ahli falsafah telah mula melihat bidang falsafah normatif sejak lebih 2.

atau antara zaman sekarang berbanding akhir abad ke-19. dan (b) Relativisme etika. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  9 Sebagai contoh.2 berikut menyenaraikan kelima-lima teori tersebut. Seperti yang telah digambarkan lebih awal. sejarah intelektual sejak 2. piawaian ini berbeza antara pemimpin kumpulan pengguna dengan eksekutif syarikat di industri utama. Kemungkinan juga piawaian keselamatan produk jauh lebih berbeza di antara negara Malaysia dengan Amerika Syarikat. kita sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap orang lain dalam masyarakat dan terikat dengan konsep betul-salah dalam kelakuan kita terhadap orang lain.400 tahun lalu dipenuhi dengan percubaan untuk mewajarkan piawaian moral dan membentuk sistem-sistem etika. Walau bagaimanapun. Jika kita tidak dapat melakukannya. kita perlu mewujudkan kaedah analitis yang konsisten untuk mengklasifikasikan tindakan kita sebagai „betul‰ atau „salah‰. SEMAK KENDIRI 1. mari kita ambil piawaian moral bagi memutuskan tahap keselamatan produk di Malaysia. 1.3 PRINSIP-PRINSIP ETIKA Secara universal.1 Terangkan dengan ringkas istilah-istilah berikut: (a) Falsafah normatif. Ini adalah kerana tiada satu sistem pun yang dianggap sempurna. Rajah 1. terdapat sekurang-kurangnya lima teori utama yang berkait dan relevan kepada keputusan-keputusan pengurusan. ia bukan kerana kita tidak mencuba. Pada masa kini. Oleh itu.

10  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA Rajah 1. Thomas Jefferson. 1. orang pertama yang menyokong pemikiran humanisme sekular.1 Undang-Undang Abadi Ramai pemimpin agama serta sesetengah ahli falsafah seperti Thomas Aquinas dan Thomas Jefferson percaya bahawa terdapat suatu undang-undang yang dipanggil „Undang-undang Abadi‰ (juga dikenali sebagai „Undang-undang Semula Jadi‰) yang terbentuk dari kehendak Tuhan. Copyright © Open University Malaysia (OUM) .3.2: Lima teori utama yang mempunyai kaitan secara langsung dan relevan kepada keputusan-keputusan pengurusan Mari kita pelajari kelima-lima teori ini dengan lebih lanjut dalam subtopik- subtopik seterusnya. Undang-undang tersebut jelas terdapat dalam keadaan semula jadi dan termaktub dalam kitab-kitab suci. percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah suatu „hakikat yang nyata‰. Ia boleh dikenal pasti dan diterokai oleh sesiapa yang sanggup meluangkan masa mengkaji salah satu di antara alam semula jadi atau kitab suci.

TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  11 Jika orang mempunyai hak untuk „hidup. adakah wujud kesilapan dalam Undang-Undang Abadi atau Semula Jadi (yang ditafsirkan sama ada oleh pemimpin agama atau ahli-ahli falsafah normatif) sebagai asas sistem etika dalam pengurusan? Jawapannya tiada. piawaian adalah berbeza-beza mengikut kumpulan berlainan dan tiada suatu cara yang berupaya menentukan piawaian mana yang „betul‰ atau „terbaik‰ atau „sesuai‰ bagi sesuatu masyarakat tanpa disangkal. Tiada seorang pun ahli teori Undang-Undang Abadi dan hanya segelintir penulis-penulis agama yang bersetuju dengan peruntukan kebenaran mengikut kitab suci atau pertimbangan logik secara tepat. Pemimpin agama lebih cenderung menekankan sumber kebenaran berdasarkan kitab suci berbanding pertimbangan logik. Namun. mereka juga percaya bahawa kedudukan undang- undang tersebut tidak berubah-ubah. Walau bagaimanapun. dan bahawa hak dan kewajipan itu jelas. „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan terhadap anda. Thomas Jefferson mengatakan bahawa hak itu „tidak terpisah‰ dan kewajipan boleh diterbitkan daripada hak tersebut dengan mudah. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai tafsiran yang boleh ditimbulkan melalui undang-undang ini. jika kita disayangi. Setiap agama menyediakan piawaian moral untuk pengikut-pengikutnya dan ramai antara mereka mematuhi piawaian tersebut dalam kehidupan seharian. maka mereka juga mempunyai kewajipan bagi memastikan hak yang sama kepada orang lain. tidak boleh diaplikasi secara universal pada setiap masa. bebas dan mencari kebahagiaan‰. Begitu juga bagi Peraturan keemasan yang tampak mudah. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . Pertukaran yang saling bersilang ini diringkaskan dalam teologi Kristian melalui Peraturan keemasan.‰ Dalam frasa terkenal beliau tadi. elegan dan wajar sebagai panduan hidup. Walau bagaimanapun. maka kita mesti menyayangi orang lain.

Rajah 1.2 Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme Pertama sekali. kematian. ia adalah „salah‰ andai kata ia membawa kepada kerosakan atau kemudaratan sebagai akibat. Sebaliknya. Oleh itu. S. Jumlah besar faedah dan kos ini perlu diambil kira. nilai moral kelakuan peribadi boleh ditentukan dengan cara melihat berapa banyak faedahnya kepada orang ramai (semaksimum mungkin) di samping melihat berapa banyak kerosakan atau kemudaratan (seminimum mungkin) yang akan timbul. Selain itu. Walau bagaimanapun. terasing dan sedih. Secara umumnya. keterasingan dan kesedihan yang dialami. Objektif di sini adalah. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . apakah yang dimaksudkan dengan teleologi? Teleologi merupakan perkataan terbitan daripada istilah Greek yang bermaksud hasil atau keputusan. Kos-kos negatif dan akibat buruk termasuklah rasa kesakitan. sesuatu tindakan atau keputusan adalah „betul‰ jika ia mendatangkan faedah kepada orang ramai. kesihatan dan lain-lain kepuasan dalam hidup harus juga diambil kira. pengetahuan. Sesetengah ahli falsafah tradisi Barat paling berpengaruh seperti Jeremy Bentham dan J.12  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA 1. Persahabatan. Oleh itu. kemudian dikira pula baki di antara kedua-duanya sebagai akibat bersih.3. bukan semua faedah bersifat positif sepenuhnya kerana terdapat juga kos-kos negatif dan akibat buruk yang mengiringi setiap tindakan di mana ia perlu diambil kira untuk mewujudkan keseimbangan. jumlah besar kepuasan atau faedah kepada semua pihak dalam masyarakat juga perlu dipertimbangkan.3 berikut memberikan dua contoh kos negatif. pendekatan teleologi ke atas etika pengurusan menekankan kebergantungan penuh kepada hasil dan bukannya kepada niat tindakan seseorang. Mill percaya bahawa nilai moral kelakuan peribadi boleh ditentukan hanya oleh akibat kelakuan berkenaan. kehidupan memerlukan lebih daripada faedah kebendaan. kejahilan.

Perlu diingat bahawa utilitarianisme adalah berbeza dengan konsep analisis kos/faedah ekonomi kerana pengagihan kos dan faedahnya juga perlu diambil kira. ia mengukur tahap keutamaan yang kita beri terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan relatif kepada harganya.com/ Rajah 1. Ia merupakan akibat bersih kepada masyarakat. Dalam erti kata lain. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  13 (a) Terasing (b) Sedih Sumber: Sumber: http://ilovemyself.3: Akibat-akibat buruk kos negatif Sistem etika teleologi yang memfokuskan kepada baki bersih akibat berbanding dengan niat seseorang individu ini dinamakan sebagai utilitarianisme. Dalam Teori Utilitarianisme. Dalam Teori Mikroekonomi. istilah utiliti ini merujuk kepada persepsi kita terhadap faedah dan kos bersih berkaitan sesuatu tindakan. Nama bagi falsafah ini terbit daripada perkataan utility di mana pada abad ke-18 merujuk kepada tahap kebergunaan barangan rumah atau haiwan belaan. „Kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak‰ lebih diutamakan dalam Teori Utilitarianisme berbanding dengan „kebaikan terbanyak untuk golongan yang lebih kecil dan elit.‰ Copyright © Open University Malaysia (OUM) . Utilitarianisme sering dikaitkan dengan Jeremy Bentham (1748–1832). seorang ahli fikir British.pharmacyescrow.net http://www. dan setiap individu dalam masyarakat perlu diambil kira dan diberi perhatian sama rata dalam pengagihan.

Ini dinyatakan jelas dalam definisinya. Sebagai contoh.3 Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme Tahukah anda bahawa perkataan deontologi berasal daripada istilah Greek? Ia merujuk kepada tugas atau kewajipan seorang individu. walaupun faedahnya kepada segolongan besar majoriti jelas terlihat. Maka. Teori Deontologi menyatakan bahawa nilai moral sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada akibat kerana akibat tidak jelas dan tidak menentu semasa keputusan untuk bertindak diambil. Teori Utilitarianisme dianggap gagal kerana tiga faktor berikut: (a) Dalam realiti.3. Oleh itu. 1. Kekurangannya ialah kemungkinan berlakunya eksploitasi. kita tidak mempunyai cara untuk menentukan tindakan mana yang „betul‰ atau „sesuai‰. membunuh seorang kanak-kanak yang tidak bersalah demi kebahagiaan seluruh umat manusia.14  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA Namun terdapat kekurangan dalam teori ini. Walau bagaimanapun. (b) Kita mungkin dapat bersetuju bahawa sesetengah tindakan sememangnya salah. (c) Adalah mustahil untuk mengimbangi faedah kepada golongan majoriti dengan pengorbanan golongan minoriti. Teori Utilitarianisme adalah satu bentuk analisis yang mudah dan berguna. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . kemungkinan memberi justifikasi kepada faedah segolongan besar penduduk majoriti dengan mengorbankan atau memudaratkan golongan minoriti yang kecil akan sentiasa wujud. Tiada sesiapa pun yang harus menerima perbuatan yang sekejam itu. Sebaliknya. Pendekatan deontologi terhadap etika pengurusan pada dasarnya adalah berlawanan dengan Teori Teleologi. ia berkaitan dengan dua prinsip: „kebaikan terbanyak‰ dan „golongan terbanyak‰. Terdapat situasi di mana kedua-dua prinsip ini akan berkonflik apabila kita menghadapi sesuatu keputusan penting. di mana tiada pihak yang menerima mudarat yang besar dan ukuran kewangan boleh digunakan terhadap kos dan faedah. nilai moral sesuatu tindakan haruslah bergantung kepada niat orang yang membuat keputusan atau mengambil tindakan itu sendiri. Dalam kebanyakan kes.

Tahukah anda apakah kekurangan teori ini? Terdapat dua kekurangan dalam teori ini iaitu: (a) Ia adalah satu kaedah pertimbangkan moral yang berguna tetapi ia tidak mempunyai sebarang keutamaan dan darjah. Tugas pertama universalisme adalah melayani orang lain sebagai matlamat akhir dan bukan sebagai alat atau cara. Sebagai contoh. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  15 Sebagai contoh. Selaras dengan kewajipan peribadi. dan bukannya sebagai alat yang bersifat insani untuk mencapai matlamat sendiri. maka kita akan sentiasa bertindak dengan cara yang memastikan hasil yang berfaedah. terdapat kekurangan dalam teori ini. bermaruah dan harus dihormati. sebahagian besar Teori Deontologi juga diistilahkan sebagai universalisme. walaupun anda seorang individu yang kurang menarik dan kurang cekap serta dianggap sering melakukan perkara yang salah. Niat peribadi boleh diterjemahkan menjadi tugas atau kewajipan kerana jika kita benar-benar inginkan kebaikan untuk orang lain. Tugas peribadi kita adalah bersifat universal. Orang lain harus dilihat sebagai matlamat tersendiri yang berharga. dan (b) Adalah sukar melayani orang lain sebagai matlamat dan bukan sebagai alat untuk sepanjang masa. terutamanya apabila ramai yang „bekerja‰ sebagai alat atau cara ke arah pencapaian matlamat peribadi kita. Oleh kerana itu. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . dan boleh diaplikasi ke atas semua orang. jika anda inginkan yang terbaik untuk orang lain. tiada tindakan boleh dikira „betul‰. sekiranya ia tidak mempedulikan nilai moral manusia lain yang begitu besar. terdapat dua sistem etika moden yang berdasarkan nilai dan bukannya prinsip telah dibangunkan. Biasanya niat yang baik ini akan menghasilkan akibat yang berguna. Cara-cara tersebut dilihat sebagai tugas wajib ke atas diri kita dan bukan suatu pilihan. maka tindakan moral anda perlulah yang terpuji. 1. dan kakitangan adalah sumber untuk mengendalikan kilang-kilang. Walau bagaimanapun. pelanggan adalah kaedah mata pencarian untuk hidup.3.4 Teori Keadilan Teragih Sedarkah anda bahawa kedua-dua teori klasik yang telah anda pelajari tadi (utilitarianisme dan universalisme) tidak boleh digunakan untuk mempertimbangkan kesemua tindakan moral dalam semua keadaan? Oleh itu. peniaga runcit adalah cara untuk kita mendapatkan barangan runcit.

komisyen jualan diberikan atas usaha. Sebagai contoh. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa sesetengah mereka akan lebih berusaha.2: Dua Elemen yang Menjelaskan Masyarakat dan Institusi yang Terdapat dalam Masyarakat Elemen Huraian Kerjasama Kerjasama timbul kerana individu tahu bahawa usaha bersama akan menjana lebih banyak faedah berbanding usaha berseorangan. Kebanyakan orang biasanya tidak akan memilih kesamarataan yang mutlak sebagai asas pengagihan faedah. Konflik Konflik tidak dapat dielak kerana biasanya manusia mementingkan keadilan dalam pembahagian faedah-faedah yang boleh didapati. kemahiran atau kecekapan kerana mereka tidak tahu siapa antara mereka yang memiliki kualiti berkenaan untuk menerima lebih faedah atau kurang. Mereka juga tidak akan setuju dengan ketidaksamarataan yang mutlak berasaskan usaha. pendidikan awam pada teorinya diagih sama rata. bantuan kebajikan diasaskan kepada keperluan. Kebanyakan sistem ekonomi moden menggunakan kelima-lima prinsip tersebut. sumbangan dan kecekapan. Keadilan dirasakan sebagai sifat kebaikan pertama institusi sosial. Ia berasaskan kepada keutamaan satu nilai tunggal secara eksplisit iaitu keadilan. Setiap orang lebih suka bahagian faedah yang lebih besar berbanding dengan yang lebih kecil. sumbangan atau pun kecekapan seseorang. penghormatan awam diberikan atas sumbangan manakala gaji pengurus pula diberi atas tahap kecekapan mereka. keperluan. seperti mana kebenaran adalah sifat kebaikan pertama bagi sistem pemikiran.16  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA Teori pertama ialah Teori Keadilan Teragih yang telah diutarakan oleh John Rawls. usaha. memiliki kemahiran yang lebih tinggi dan seterusnya. Sistem-sistem ini mempunyai asas pembahagian sama ada secara sama rata untuk semua orang. Copyright © Open University Malaysia (OUM) .2). Jadual 1. sama rata. John Rawls (1971) mencadangkan bahawa masyarakat dan institusi-institusi yang terdapat dalamnya boleh dijelaskan melalui dua elemen berikut (Jadual 1. berasaskan keperluan. Mereka juga akan menyokong suatu sistem agihan yang memastikan mereka mendapat pembahagian yang lebih besar. usaha.

Mereka akan mencadangkan suatu peraturan untuk memastikan agar perbezaan faedah mempunyai justifikasi hanya apabila ia menghasilkan faedah yang seimbang untuk semua. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  17 Sebaliknya. 1. kekayaan dan lain-lain yang menjadi asas hormat-kendiri) setiap individu itu diperoleh daripada orang lain melalui pertukaran barangan atau perkhidmatan. sumbangan atau kecekapan). Pemilikan (pendapatan.5 Teori Kebebasan Peribadi Teori Kebebasan Peribadi adalah satu sistem etika yang dicadangkan oleh Robert Nozick (1974). corak ini akan berubah melalui proses pemindahan. Pemindahan dengan pertukaran atau pemberian. Walau bagaimanapun. atau pun hadiah yang diterima. Walau bagaimanapun. Sesuatu institusi atau undang-undang yang mencabuli kebebasan individu harus ditolak. bukan kepada peruntukan kekayaan atau pendapatan yang sama. Nozick bersetuju bahawa masyarakat adalah sebuah persatuan antara individu dan kerjasama antara individu ini adalah perlu untuk mendapat keuntungan ekonomi. terutamanya untuk anggota masyarakat yang paling kekurangan. walaupun ia boleh menghasilkan lebih banyak kebahagiaan dan faedah untuk orang lain. boleh dikira „adil‰ selagi ia dilakukan secara sukarela. berdasarkan keperluan. usaha. Kebebasan dianggap sebagai keperluan pertama masyarakat. mereka akan membentuk satu konsep ketidaksamarataan bersyarat di mana perbezaan faedah perlu dijustifikasikan. Kekurangan ini bergantung sepenuhnya kepada penerimaan saranan di mana kerjasama masyarakat merupakan asas bagi pembahagian kesemua faedah ekonomi dan sosial manakala usaha individu tidak ditekankan atau diambil peduli. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . Individu mesti dibenarkan membuat keputusan berpengetahuan apabila memilih antara beberapa tindakan alternatif yang membawa kepada kebajikan mereka sendiri. Keadilan bergantung kepada peluang membuat pilihan dan pertukaran yang sama. betul dan sesuai asalkan peluang yang sama diberikan juga kepada orang lain. Pilihan ini akan dianggap adil. Corak pemilikan sedia ada mungkin telah diwujudkan melalui mana-mana prinsip pembahagian (secara sama rata. Sistem ini lebih mendasar kepada keutamaan suatu nilai tunggal berbanding sesuatu prinsip iaitu kebebasan. Kebebasan peribadi boleh dikembangkan dari suatu sistem pasaran bagi pertukaran pemilikan menjadi suatu sistem penilaian kelakuan. terdapat juga kekurangan dalam teori ini.3.

Bincangkan kelemahan setiap teori etika yang telah anda pelajari. SEMAK KENDIRI 1. dan (e) Teori Kebebasan Peribadi.18  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA Walau bagaimanapun. LATIHAN 1.1 1. (c) Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme. 2. adalah hak untuk tidak dibunuh oleh orang lain. Selesaikan latihan berikut untuk menyemak pemahaman anda. (b) Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme. terdapat kekurangan bagi teori ini. Bandingkan ciri-ciri utilitarianisme dengan universalisme sebagai teori etika. tempat berlindung. (d) Teori Keadilan Teragih. Namun.2 Dengan menggunakan suatu peta minda. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . pakaian dan bantuan perubatan yang lebih berpuncakan inisiatif peribadi berbanding kerjasama sosial. iaitu terhad kepada hak negatif untuk tidak dicerobohi orang lain. ringkaskan lima teori etika berikut: (a) Teori Undang-Undang Abadi (Undang-Undang Semula Jadi). Apakah kekurangan tersebut? Kekurangannya adalah kerana ia berasaskan suatu definisi kebebasan yang sempit. Hak untuk hidup. ia juga merangkumi hak untuk terus hidup dengan mendapat sejumlah minimum makanan. misalnya.

tetapi berguna terutama sekali apabila digabungkan dengan analisis ekonomi dan undang-undang. tiada suatu sistem kepercayaan yang mempunyai piawaian kelakuan moral atau kaedah pertimbangan moral yang terbit secara rasional untuk mereka jadikan panduan ke arah mencapai keputusan etika yang sukar. Bagaimana pula kesimpulan tentang kelima-lima teori ini dengan kita? Apakah yang harus kita lakukan? Kita harus menggabungkan kelima-lima sistem etika berkenaan untuk mempertimbangkan akibat tindakan kita dan bukannya hanya merujuk kepada satu teori sahaja. dan setiap teori tidak lengkap atau tidak memadai sebagai cara untuk mempertimbangkan moral yang terkandung dalam tindakan atau keputusan individu. dan (b) Hak Kantian. namun teori-teori ini tidak dapat diselaraskan untuk menjadi sesuatu yang konsisten secara menyeluruh? Ini adalah kerana setiap teori menyatakan hanya sebahagian daripada kebenaran. mari kita beralih kepada dua perspektif etika yang signifikan untuk dipraktikkan iaitu: (a) Peraturan Keemasan. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  19 1.4 KESIMPULAN KE ATAS FALSAFAH NORMATIF SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL Seperti yang dijelaskan dalam subtopik 1.3 tadi. apakah maksud ayat dalam perenggan pertama tadi kepada para pengurus? Implikasi utama kepada pengurus ialah. Seterusnya sebelum kita mengakhiri topik pertama ini. Jadi. Namun pertimbangan moral yang memakai kesemua lima teori bukanlah suatu perkara ringkas dan mudah. terdapat lima teori etika utama. Sedarkah anda bahawa walaupun teori-teori tersebut tidak berkonflik pada lahirnya. Copyright © Open University Malaysia (OUM) .

para pelanggan dan pembekal organisasi serta pihak kerajaan.4. Perspektif ini mengandaikan bahawa dalam alam semesta moral. Jadual 1. Pihak berkepentingan ini termasuklah pelabur. asalkan kritikan Mengkritik mereka tidak mencabuli hak individu lain dalam organisasi.3: Hak Kantian Hak Penerangan Keizinan bebas Hak diperlakukan mengikut pengetahuan dan persetujuan mereka sendiri. Prinsip ini juga didapati pada kebanyakan agama di dunia. Immanuel Kant (1785).3 berikut.4. Prinsip ini memerlukan kita mengenal pasti pelbagai langkah tindakan. Kebebasan Hak mengkritik etika organisasi dengan hemat.20  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA 1. Bagi bidang perniagaan. 1. kesatuan-kesatuan. Ayat tersebut bermaksud „Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan kepada anda‰. istilah „orang lain‰ ini merujuk kepada pihak berkepentingan. Kebebasan Hak menolak apa yang mencabuli kepercayaan moral mereka kerana Nurani kepercayaan ini mencerminkan norma-norma yang diterima umum. seperti yang dijelaskan dalam Jadual 1.2 Hak Kantian Untuk makluman anda. Kebersendirian Hak melakukan apa yang mereka mahu dalam hidup peribadi mereka dan berhak untuk menentukan sejauh mana aktiviti peribadi mereka didedahkan. Kemudian kita akan memilih hanya satu tindakan yang terbaik di mana tindakan tersebut dapat melayan orang lain dengan cara seperti yang ingin kita terima daripada orang lain. setiap orang mempunyai hak asasi. Keadilan Jika manusia percaya hak mereka telah dicabuli. mereka berhak untuk dibicarakan secara adil dan saksama.1 Peraturan Keemasan Tahukah anda bahawa Peraturan Emas adalah prinsip Kristian berdasarkan ayat daripada kitab Bible. rakan niaga. kakitangan. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . hak Kantian diterbitkan daripada pandangan ahli falsafah.

AKTIVITI 1. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  21 Mengikut pandangan etika ini. seseorang perlu mempertimbangkan sejauh mana pihak berkepentingan akan terjejas dan sejauh mana hak mereka boleh tercabul oleh tindakannya. tindakan moral yang tepat ialah tindakan yang meminimumkan pencabulan hak-hak tersebut.2 1. Apakah maksud etika? Bagaimana etika individu terbentuk? 2. adakah organisasi anda mendukung hak peribadi yang diketengahkan oleh Kant? Bincangkan sesama rakan anda di dalam kelas. LATIHAN 1. apakah faktor paling penting yang mempengaruhi pembentukan etika individu? Copyright © Open University Malaysia (OUM) .3 Pada pandangan anda. Pada pendapat anda. Oleh itu untuk menyelesaikan sesuatu dilema etika menurut pandangan ini. 3. Adakah anda bersetuju dengan Peraturan Keemasan? Bagaimana ia berbeza dengan ajaran Islam? 4. Huraikan beberapa hak peribadi yang ditunjukkan oleh Immanuel Kant.

Copyright © Open University Malaysia (OUM) . Jika anda memalsukan sebahagian angka-angka dalam kenyataan kewangan syarikat berkenaan.  Kepentingan kewangan dan kerjaya anda akan bertambah baik. Organisasi anda pula akan menerima bayaran yang besar daripada syarikat pemeroleh.  Syarikat pemeroleh akan mendapati bahawa kedudukan kewangan syarikat yang diperoleh tidak berdaya maju dan ia mungkin menanggung kerugian yang teruk sebagai akibatnya. terangkan bagaimana anda menilai dan memutuskan kes ini? Bincangkan dengan rakan sekelas anda.22  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA AKTIVITI 1. Harapan anda untuk dinaikan gaji serta pangkat juga sangat cerah. Berikut adalah beberapa petunjuk tentang akibat yang baik serta buruk untuk dipertimbangkan:  Keuntungan organisasi anda akan meningkat dan membolehkannya membayar gaji yang lebih besar kepada kakitangan serta dividen yang lebih tinggi kepada pemegang saham.4 Baca kes kajian berikut: Anda seorang juruanalisis di sebuah organisasi yang membuat penilaian ke atas syarikat-syarikat untuk tujuan gabungan dan pemerolehan.  Reputasi dan prospek jangka-panjang organisasi anda akan terjejas sekiranya penipuan anda diketahui. Dengan mengaplikasikan mana-mana teori etika yang relevan yang anda telah dipelajari. ia akan dilihat berpotensi untuk di ambil alih. Reputasi dan masa depan anda akan turut terjejas.

sesuai dan baik hanya apabila kita dapat meyakinkan semua orang yang menghadapi keadaan yang sama untuk mengambil keputusan atau tindakan yang sama. keadaan-keadaan istimewa sesuatu perlakuan atau pendapat peribadi. Ia mempunyai kepercayaan bahawa undang-undang tersebut tidak berubah dan sah digunakan untuk sepanjang masa. nilai dan moral peribadi dan faktor keadaan. Prinsip yang perlu diikuti ialah kemurahan hati: di mana sesuatu keputusan atau tindakan itu dianggap betul. sesuai dan baik hanya apabila ia menjana jumlah faedah yang terbanyak untuk golongan orang terbanyak dengan jumlah kos atau kemudaratan yang paling sedikit terhadap golongan lain.  Teori Utilitarianisme menyatakan bahawa akibat sesuatu keputusan atau tindakan adalah paling penting dan hasilnya harus dijadikan pertimbangan utama dalam perlakuan kita terhadap orang lain. Relativisme etika pula merujuk kepada prinsip-prinsip etika di mana ia harus didefinisikan mengikut tempoh waktu dalam sejarah. Copyright © Open University Malaysia (OUM) . Lima faktor tersebut ialah pengaruh keluarga.  Sementara itu. kerana kita tidak dapat menjangka dan menilai kesemua akibat yang boleh berlaku. pengalaman hidup. tradisi masyarakat. iaitu bagaimana kita harus berkelakuan.  Undang-Undang Abadi merujuk kepada piawaian moral yang terkandung dalam kitab-kitab suci atau alam semula jadi dan difahamkan kepada pemimpin-pemimpin agama atau ahli falsafah kemanusiaan. Falsafah normatif adalah kajian tentang pemikiran dan kelakuan yang betul. Prinsip untuk diikuti adalah bersifat konsisten di mana suatu keputusan atau tindakan dianggap betul. TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  23 • Secara umumnya etika merujuk kepada kepercayaan peribadi individu tentang kelakuan yang betul dan salah. pengaruh rakan sebaya.  Terdapat lima faktor yang membentuk etika individu. Teori Universalisme mengatakan bahawa niat sesuatu keputusan atau tindakan itu penting.  Pertimbangan moral memerlukan pemahaman tentang falsafah normatif.

 Pertimbangan moral menyediakan alasan dan sebab untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan adalah betul atau salah dari segi moral.  Kebebasan Peribadi juga berdasarkan keutamaan suatu nilai tunggal (iaitu kebebasan).24  TOPIK 1 PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA  Teori Keadilan Teragih pula lebih mendasar kepada keutamaan suatu nilai tunggal (iaitu keadilan). terutamanya anggota masyarakat yang paling kekurangan. lebih daripada suatu prinsip tunggal. Etika Keadilan Teragih Etika individu Peraturan Keemasan Etika perniagaan Pertimbangan moral Etika profesional Relativisme etika Falsafah normatif Undang-undang abadi Hak kantian Universalisme Kebebasan peribadi Utilitarianisme Copyright © Open University Malaysia (OUM) . Namun. yang lain percaya bahawa tiada tindakan yang tidak bermoral padanya kerana persekitaran dan keadaan sosial memainkan peranan untuk menentukan sama ada tindakan tersebut betul atau salah.  Sesetengah ahli moral berpegang pada prinsip bahawa tindakan tertentu adalah salah. Kepercayaan kepada keutamaan kebebasan akan mengarah kita untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang menghasilkan kebahagiaan yang lebih besar dan pertambahan faedah untuk semua. Sesetengah ahli falsafah menyatakan bahawa terdapat satu piawaian moral universal bagi setiap orang (fahaman moral yang mutlak). berbanding suatu prinsip tunggal. Kepercayaan kepada keutamaan keadilan mengarah kita untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang dijangka akan menghasilkan faedah yang mengimbangi semua pihak. dan sesetengah lagi mengatakan tidak terdapat piawaian yang demikian (relativisme etika).