You are on page 1of 8

PENGENALAN

Irama adalah perkara asas dalam kehidupan manusia. Dalam kehidupan kanak-
kanak, irama muzik memainkan peranan untuk perkembangan kanak-kanak sejak
dilahirkan. Irama yang dimainkan adalah mengikut kesesuaian umur seseorang itu. Selain
daripada itu, irama dapat dilihat melalui pergerakan dan pengucapan kanak-kanak.
Kedua-dua perbuatan ini mempunyai peranan masing-masing dalam perkembangan
kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Perkembangan Kanak-kanak di
Unversiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia
memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Dalam sesi pembelajaran,
muzik memainkan peranan penting untuk perkembangan kanak-kanak. Keterangan ini
dapat dilihat melalui beberapa keadaan. Contohnya, seorang ibu akan mendodoikan
anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan
sesuatu cerita dan aktiviti menyanyi-bersama yang dipelajari oleh kanak-kanak sama ada
di rumah atau sekolah. Bayi dan kanak-kanak akan memperolehi perkembangan yang
sihat melalui rangsangan-rangsangan stimulasi ini.

IRAMA DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994), pengalaman


berirama terawal yang dialami oleh manusia adalah semasa sebelum dilahrirkan iaitu
dengupan jantung si ibu. Pada peringkat awal bayi, iaitu berumur kurang daripada satu
tahun, kanak-kanak mula menambah suara-suara berirama yang berada di persekitaran ke
dalam kehidupannya. Contohnya pergerakan bergoyang dan kata-kata manja yang
dihasilkan oleh kedua ibu bapanya serta perbualan yang berada di sekeliling mereka.

Pada usia satu tahun, kanak-kanak bertindak balas secara berirama kepada muzik
apabila mereka bergerak, bergoyang, dan melompat. Selain itu, mereka mengeluarkan
bunyi percakapan yang kurang jelas butirnya dalam bentuk irama yang tidak sekata.
Kanak-kanak yang mula bertatih ini juga menunjukkan persepsi mereka tentang irama
melalui pergerakan yang seakan-akan menari berirama. Pada mulanya mereka akan
melakukannya bersama-sama dengan orang lain tetapi kemudiannya, dengan diri mereka
sendiri. Jadi, kanak-kanak kecil mengalami pengalaman irama melalui perasaan,
pendengaran, dan pergerakan mereka yang menjurus ke arah irama.

Peningkatan irama di dalam lagu uang dinyanyikan oleh oleh kanak-kanak secara
spontan akan bertambah baik mengikut penambahan usia mereka. Ianya dimulakan
dengan leteren kecil pada usia satu tahun hingga lapan belas bulan di mana nyanyian
mereka sering kali nada suaranya tegang dan berhenti sekejap untuk bernafas berlaku
secara tidak sekata. Manakala kanak-kanak yang berusia dua tahun mula bersiap sedia
untuk menyanyikan lagu secara spontan yang membentuk getaran dan bentuk-bentuk
irama.

Ketika melewati usia tiga tahun, lagu-lagu kanak-kanak tersebut mempunyai cirri-
ciri berirama termasuk kebolehan meter yang kuat dan corak yang berulang. Semasa di
alam tadika iaitu pada usia empat dan lima tahun, mereka mula terdedah keapada
nyanyian atau cerita kanak-kanak, menyanyi dan lagu-lagu sama ada lagu rakyat atau
lagu yang terkenal pada masa kini. Kanak-kanak prasekolah ini selalu menggabungkan
bentuk irama yang agak moden ke dalam lagu spontan mereka. Percubaan mereka untuk
mengulangi lagu yang dipersembahkan kepada mereka menjadi bertambah jelas di dalam
kedua-dua elemen irama dan melodi apabila mereka menghampiri zaman persekolahan.

Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Moorhead dan Pond (1978), mereka
mendapati bahawa suara-suara spontan kanak-kanak prasekolah adalah perasaan yang
sekata pada mulanya tetapi tidak begitu diutamakan. Mereka bertindak menyimpan
kemunculan perasaan yang tetap untuk perkembangan mental mereka sedangkan
segelintir kanak-kanak yang berusia tiga tahun sudah mampu mengetuk, menepuk, atau
memukula pada masa yang sama untuk tetapkan perasaan yang sekata. Kebanyakan
kanak-kanak yang berusia enam tahun sudah pun melengkapkan tugasan tersebut dengan
ketepatan yang bagus. Kebolehan memukul adalah dinyatakan secara menyeluruh oleh
murid darjah satu dan pada masa yang sama beberapa orang kanak-kanak masih
memerlukan latihan atau paling kurang pengukuhan kemahiran untuk mengekalkan
pukulan yang sekata. Penduaan yang tepat tentang bentuk berirama pendekoleh kanak-
kanak kecil memperlihatkan persamaan peningkatan perkembangan mental daripada
pengalaman bertatih sehinggalah tadika. Bukan sahaja persepsi berirama berkembang
awal, tetapi juga kebolehan untuk menunjukkan perasaan dan menghasilkan semula corak
secara serta merta walaupun sebelum kebanyakan kanak-kanak memulakan pembelajaran
formal.

Sehubungan dengan pendedahan muzikal yang tinggi, kanak-kanak yang berada


di sekolah rendah mula mengembangkan pemahaman tentang bagaimana muzik
diuruskan secara berirama. Mereka menunjukkan kesediaan mereka untuk belajar
tentang tempo, jangka masa dan pembahagian meter melalui nyanyian berirama dan juga
pembacaan nombor, huruf, perkataan, dan perbendaharaan kata secara berirama. Mereka
belajar untuk menggunakan perasaan berirama yang tetap dan corak bahasa percakapan
serta bagaimana untuk menggunakan tekanan, gerakan, dan kelainan dalam bentuk
bahasa yang selari dengan pengucapan muzikal.

Semasa darjah satu, kebiasaannya kanak-kanak boleh membezakan antara


perlahan dengan laju dan pendek dengan panjang di mana ini menyediakan mereka
sebuah pengalaman dalam mempersembahkan lagu-lagu yang berentak cepat dan lambat
serta mengenal pasti bunyi-bunyi di dalam nota irama. Kemudiannya, ketika darjah dua,
selalunya mereka sudah mampu untuk membaca dan menulis beberapa corak irama
berdasarkan nota irama yang pertama mereka dan kemudian menambah separuh lagi nota
tersebut. Kanak-kanak darjah tiga yang mempunyai latihan yang mencukupi semasa
jangka masa wala bersedia untuk diajar memdengar dan persembahan muzik yang
mengandungi nota-nota irama dan meningkatkan kemahiran untuk membaca dan menulis
corak irama untuk masa ini. Semasa tempoh ini, kanak-kanak mampu untuk membezakan
perasaan dalam pembahagian meter dan seterusnya menunjukkan pengetahuan mereka
melalui pimpinan corak dan beberapa pergerakan yang lain.
Melalui pemhaman berirama dan perkembangan kemahiran untuk persembahan,
membaca dan menulis, kanak-kanak pada pertengahan darjah boleh bertambah maju dan
senang kepada pengalaman irama yang lebih kompleks. Pengenalan kepada nota-nota
yang lebih rumit dilakukan mengikut peningkatan darjah daripada darjah emat, darjah
lima dan terakhir, darjah enam.

Tahap pembelajaran irama hendaklah disediakan oleh para guru dengan


pengetahuan muzik yang komprehensif dan peringkat perkembangan mentak kanak-
kanak. Sebahagian besar penerimaan kanak-kanak terhadap irama adalah berkembang
tanpa latihan, tetapi kebolehan untuk mempersembahkannya, menyusunnya menerusi
nota muzik dan mentafsirnya dengan membaca nota muzik adalah bergantung kepada
arahan dan pengalaman yang panjang dalam memperdengarkan irama ini. Kebolehan
untuk membezakan nuansa muzik juga bertambah melalui pendengaran secara berterusan
yang disediakan oleh guru. Perkembangan irama dan latihan kanak-kanak boleh diterokai
di dalam teks klasik oleh Hood dan Schultz (1949).

Menurut Campbell, D. (2001), irama memainkan peranan yang penting dalam


memperkembangkan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah muzik dapat
menenangkan atau merangsang gerak dan dengupan jantung si bayi yang berada dalam
kandungan, kanak-kanak tidak cukup bulan yang mendengar irama klasik boleh sembuh
dengan segera dan kanak-kanak kecil yang memperoleh latihan muzik yang mencukupi
akan menunjukkan kebolehan dalam aktiviti motor, kemampuan matematik dan membaca
berbanding kawan-kawan mereka yang tidak mendapatkan latihan muzik tersebut.

IRAMA DALAM PERCAKAPAN KANAK-KANAK

Menurut Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994), bahasa


percakapan irama adalah jalan keluar untuk seseorang menunjukkan bakat di dalam irama
muzikal. Perkataan dan perbendaharaan kata menyediakan kanak-kanak dengan setiap
komponen irama iaitu daripada asas perasaan sehingga berbagai irama yang rumit. Kata-
kata boleh menjadi muzikal dalam tiga situasi. Pertama, apabila mereka bercakap
berasaskan kumpulan emosi yang utama. Keduanya, apabila bunyi-bunyi yang dihasilkan
oleh mereka ditukarkan kepada nyanyian yang diulang-ulangkan dalam tempoh masa
yang panjang atau pendek. Keadaan yang terakhir adalah ketika beberapa perkataan
dalam kumpulan menekankan antara satu sama lain. Daripada pendedahan bahasa pada
zaman awal kanak-kanak melalui permainan kata praremaja masa kini, kanak-kanak
memperkembangkan kefahaman muzikal di dalam nyanyian berirama mereka.

Kanak-kanak boleh menyedari irama muzikal melalui pengalaman yang


menghubungkan bahasa sebagai bahan untuk tempoh masa belajar, cara pengucapan dan
bahagian mengenai masa. Oleh kerana percakapan adalah lisan, kanak-kanak
mempelajari corak iramanya melalui budaya setempat seperti, dengan mendengar kepad
ibu bapa, adik beradik yang lebih tua, saudara mara, dan jiran. Media mempersembahkan
corak universal tentang arus berirama dan tekanan bahasa dengan menghomogenkan
pengucapan kata dan frasa. Kanak-kanak tidak berniat untuk memutarbelitkan atau
melakukan kesilapan bahasa yang mereka pelajari secara lisan, dan justeru itu, mereka
bersiap untuk belajar konsep irama muzikal dengan pendengaran meluas mereka kepada
bahasa dan percakapan.

Pendekatan Orff mematuhi perkembangan kefahaman berirama melalui chant.


Ayat daripada suku kata satu, dua dan tiga membina blok bangunan muzik kerana mereka
menyediakan bahan untuk bacaan yang jangka masanya pendek dan panjang serta
bersamaan dengan nota-nota irama. Kebiasaannya, nama kanak-kanak atau jenis warna,
buah-buahan atau haiwan, menyediakan masa untuk menyanyi kepada emosi yang tetap.
Daripada ayat yang tunggal, kanak-kanak boleh menerokai frasa kata, ayat dan perenggan
yang bersamaan dengan separuh frasa daripada dua sukatan, puneh frasa daripada empat
sukatan dan bentuk-bentuk muzikal. Ucapan dan perpisahan, percakapan, peribahasa,
sajak, petikan yang terkenal dan puisi adalh berpotensi untk irama muzikal. Apabila
kanak-kanak membaca bait-bait ini, mereka akan terus berhubung dengan nilai-nilai
berirama dan nuansa muzik.
Pedagogi Orff-Schulwerk bukan sahaja menyediakan pengalaman menyanyi
bersama, bahkan juga untuk pengasingan dan pengiringan ucapan irama dengan
menepuk, mengetu dan menghentak kaki. Sementara Carl Orff tidak menentukan
penukaran ucapan berirama kepada mambaca dan menulis nota muzik, tetapi
membangunkan literasi muzik dengan mengikuti pengalaman berirama secara berterusan
dengan permainan kata yang mereka sendiri sediakan untuk anak-anak mereka.

Oleh sebab bahasa adalah asas dalam kehidupan seharian kanak-kanak, mereka
berasa selesa dan senang untuk meluahkan bunyi dan frasa secara berirama. Manakala
nyanyian berirama merupakan kesedaran bahasa muzikal. Jadi, cabarannya adalah untuk
mempersembahkan kata-kata irama, sambil mendiamkan ayat mereka sendiri. Ini adalah
untuk mencapai kefahaman muzikal yang lebih lengkap tentang komponen irama.

IRAMA DALAM PERGERAKAN KANAK-KANAK

Menurut Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994), pada setiap
peringkat umur, kanak-kanak menyukai aktiviti fizikal. Sama dengan percakapan,
pergerakan merupakan bakat di mana kanak-kanak boleh mengembangkan pemahaman
tentang irama. Pergerakan mereka yang berasaskan kepada emosi, pembahagian pukulan
dan corak berirama hamper memastikan yang mereka faham akan elemen muzik. Sekali
telinga mereka menerima dan badan bertindak balas terhadap irama, kanak-kanak akan
menjadi sebahagian daripada suara dan perasaan kepada perkonsepsian. Mereka mula
mengenali nota-nota irama kerana mereka menjurus kepadanya. Tiada penyelidikan
berkaitan ilmu matematik atau prosedur untuk mengira diperlukan. Nota muzik juga tidak
memberi makna kepada kanak-kanak sehingga mereka tertarik dalam kepentingan
pergerakan beriramanya.

Apabila kanak-kanak disediakan dengan masa untuk bergerak secara berirama


terhadap muzik, mereka memajukan konsep pemahaman yang berkaitan dengan tahap
perkembangan mereka. Pergerakan berirama memerlukan koordinasi mereka untuk
menggunakan otot yang terbesar dalam aktiviti lokomotor seperti berlari dan aktiviti
kinestetik seperti menghayunkan lengan. Selain itu, pergerakan juga boleh melengkapkan
chant pengucapan apabila kanak-kanak terlibat dengan menepuk tangan, bergerak cergas
dan menghentak kaki. Kanak-kanak boleh meningkatkan kefahaman irama mereka
apabila mereka boleh bertindak balas kepada apa yang mereka dengari secara bergerak
sama ada bergerak setempat atau menggunakan ruang.

Pedagogi muzik klasik menegaskan kepentingan pergerakan sebagai alat untuk


menambahkan perkembangan berirama. Teknik Dalcroze Eurhythmics adalah
berdasarkan kepercayaan yang irama merupakan elemen asas dalam muzik di mana
sumbernya adalah bakat irama lokomotor dalam badan manusia. Dalcroze Eurhythmics
memasukkan pelaksanaan dalam memimpin, jarak pukulan dan mengubah kualiti
pergerakan sama ada kelajuan, arah dan berat. Semuanya dalam usaha untuk
menggambarkan irama muzik menerusi pergerakan. Pendekatan asasi Carl Orff adalah
berdasarkan kenyataan bahawa pergerakan berirama tidak boleh dipisahkan daripada
muziknya sendiri. Hal ini kerana ianya berkaitan dengan bakat tindak balas kanak-kanak
terhadap dunianya.

Menurut Young, S. dan Glover, J. (1998), terdapat sumber yang menyediakan


muzik dan pergerakan di mana ianya boleh dipertimbangkan. Sumber-sumber tersebut
adalah dengan menyediakan ruang yang sesuai untuk bergerak, permainan dalaman dan
luaran, permukaan lantai yang selamat untuk menjejakkan kaki dean menggerakkan
badan, cermin yang besar untuk kanak-kanak melihat diri mereka sendiri dan sistem
suara yang berkualiti serta sebuah tempat yang disediakan khas untuk penyimpanan CD
atau kaset. Selain itu, penyediaan instrument yang kecel dan mampu diangkat oleh kanak-
kanak, anak patung untuk menarik perhatian, tilam dan tikar serta kamera video untuk
merakamkan aksi supaya kanak-kanak boleh melihat semula rakaman pergerakan yang
telah dilakukan. Di samping itu, guru hendaklah menyediakan video-video untuk kanak-
kanak menontonnya bagi memperlihatkan kebudayaan dan contoh pergerakan.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, irama muzik memainkan peranan dalam perkembangan


kanak-kanak sejak kecil lagi. Irama berkembang mengikut peningkatan usia seseorang
itu. Semakin meningkat usianya, semakin bertambah kemahirannya dalam irama muzikal.
Irama berkembang melalui percakapan dan pergerakan kanak-kanak. Selain itu, irama
boleh dirasai oleh kanak-kanak kecil semenjak berada dalam kandungan ibunya lagi.
Irama juga mampu untuk merangsang pertumbuhan otaknya ketika itu dan pada awal
kanak-kanak. Ianya member impak yang positif dalam emosi dan sikap seseorang
sebelum dilahirkan. Di samping itu, irama meningkatkan kemapuan kanak-kanak dalam
aktiviti lasaknya, perbahasannya dan dari segi akademik. Irama yang baik mampu
melahirkan seorang kanak-kanak yang akan menjalani kehidupannya secara positif dan
lebih teratur. Mereka akan mampu menjadi seorang yang gembira dalam pergaulan
seharian mereka dan mereka akan lebih mengenali dir mereka sendiri.

RUJUKAN

Campbell, P. S., Scott. Kassner, C. dan Kassner, K. (1994) Music in Childhood : From
Preschool through the Elementary Grades. United States : Prentice Hall
International.

Young, S. dan Glover, J. (1998) Music in the Early Years. London dan New York :
RoutledgeFalmer.

Campbell, D. (2001) Efek Mozart Bagi Anak-anak. Jakarta : Penerbit PT Gramedia


Pustaka Utama.

You might also like