You are on page 1of 9

BAHAGIAN A

(20 Markah)

Soalan 1 hingga Soalan 16

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin.

A di

B pada

C ke

D dari

2. “Pak Seman menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang
pokok rambutan yang berdekatan dengan rumahnya”. kata Samad kepada adiknya.

A sebatang

B sebilah

C sebuah

D sekeping

3 _______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi
menjayakan majlis itu.

A Aku

B Saya

C Awak

D Anda

4 “Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang
telah disiapkan tadi”, Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.

A kalian

B kamu

C anda

D kita
Soalan 5 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

5. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada
ditanduk oleh kerbau.

A perlahan

B pantas

C cepat

D laju

6. Suara juruhebah itu kurang ____________ .

A jelas

B gopoh

C kasar

D kuat
Soalan 7 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

7. Sazali, Kamal dan Yahya berlatih menyanyi sambil __________alat muzik

untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.

A bermain

B permainan

C memainkan

D memeti

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

8. Pemandu lori itu memecut lorinya dengan laju untuk _______________
bas yang ada di hadapannya.

A melanggar

B menyelit

C memotong

D menyusup
9. Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Beliau berasal _____________ negeri Pahang.

A pada

B dari

C kepada

D daripada

10. Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di
Universiti Malaya.

A bagi

B untuk

C kepada

D daripada

11. Murid-murid dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh _______________
berjaya dalam pelajaran.

A oleh

B hingga

C sambil

D supaya

12. Saleh berlari ____________ menjinjing beg plastik berisi buah-buahan kerana
dikejar oleh anjing.

A sambil

B dengan

C seraya

D dan
13. “Saya _______________ membeli sepasang baju kurung”,kata Melati kepada
Puteri.
A harus

B dapat

C boleh

D hendak

14. Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas
ujian penulisan itu.
A setiap

B beberapa

C sebilangan

D sebahagian

15. Cincin berlian yang dipamerkan di kedai emas itu __________________ tinggi
nilainya.
A amat

B benar

C nian

D agak

16. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk
menggerakkan mesin pemotong kayu itu.
A jua

B hanya

C sahaja

D memang
Soalan 17 hingga Soalan 20 berdasarkan kepada petikan.

Baca ucapan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pengetua, Encik Syed
Mazlan Muhamad, Cikgu Norlia Othman, guru-guru, dan rakan-rakan yang dikasihi.
Selamat sejahtera dan selamat petang.
Lebih dahulu saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah
kerana mengadakan majlis yang meriah dan sungguh bererti buat saya ini.
Sebenarnya saya juga tidak menduga akan meraih kejayaan yang sangat
cemerlang ini. Terpilih sebagai Pelajar Terbaik bagi seluruh negeri Perak, akan abadi
sebagai kenangan paling manis sepanjang persekolahan saya di sini. Sesungguhnya
kejayaan ini ialah hasil dorongan, tunjuk ajar, dan kerjasama Pengetua, guru-guru,
keluarga, dan rakan-rakan. Tanpa kalian, kejayaan ini tentunya sukar menjadi
kenyataan.

Hadirin yang dihormati,
Sebagai anak yatim yang sentiasa dalam kesempitan hidup, saya amat sedar akan
perlunya usaha yang bersungguh-sungguh, cekal, rajin, dan tabah untuk mengubah
corak hidup saya ke arah masa depan yang lebih cerah. Kepada ibu yang dikasihi,
inilah juga tanda terima kasih saya terhadap pengorbananmu yang suci. Kepada adik-
adik saya, susulilah jejak ini. Saya juga yakin rakan-rakan di dewan ini mampu berjaya
seperti saya, malahan lebih lagi. Yakinlah bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada
14 orang lagi rakan saya yang berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM yang
lalu. Syabas juga kepada Pengetua dan guru-guru yang bertungkus-lumus
membimbing kami sehingga memecah rekod sekolah, iaitu seratus peratus lulus.

Hadirin yang dihormati,
Jika tiada aral melintang, pada bulan hadapan, daya akan berangkat ke United
Kingdom untuk melanjutkan pelajaran. Saya berjanji akan pulang dengan kejayaan
yang lebih besar lagi. Insya-Allah!
Akhir kata, sebelum saya mengundurkan diri, terima kasih sekali lagi kepada semua
yang membuahkan kejayaan ini. Kejayaan saya ialah kejayaan kita bersama. Istimewa
buat pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, saya
membekalkan semangat ini di sini. Semoga kalian mencatatkan prestasi yang lebih
cemerlang. Sekian, terima kasih.
17. Di manakah ucapan tersebut disampaikan?
A Di padang sekolah
B Di rumah pengetua
C Di kantin sekolah
D Di dewan sekolah

18 Majlis itu diadakan untuk
A meraikan pelajar-pelajar yang lulus dalam peperiksaan SPM.
B meraikan kejayaan “saya” yang terpilih sebagai Pelajar Terbaik negeri
Perak.
C meraikan Hari Guru.
D meraikan kejayaan sekolah mendapat keputusan SPM terbaik.

19 Berapa orangkah pelajar sekolah “saya” yang mendapat 8A dalam
peperiksaan SPM?
A 10 orang
B 14 orang
C 15 orang
D 20 orang

20 Dalam ucapannya, “saya” mengatakan bahawa di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan. Apakah maksud “saya” apabila berkata demikian?
A Kita mesti mengikut jalan yang betul untuk mencapai kejayaan
B Kita hendaklah berusaha memenuhi kemahuan kita
C Ada banyak cara untuk mencapai kejayaan dalam hidup
D Cita-cita kita akan tercapai kalau kita sanggup berusaha
Bahagian B

(30 Markah)

Isi tempat kosong dengan kata nama tak hidup institusi yang betul. (10 markah)

1. Murid-murid sedang sibuk menghias ________________________ sekolah
sebagai persiapan Majlis Hari Guru.
2. Menara Berkembar Kuala Lumpur merupakan _________________________
yang tertinggi di Negara kita.
3. Shanty dan Saroja belajar di __________________ yang sama sejak dari tahun
satu hingga kini.
4. En. Kumar membawa isterinya ke __________________________ kerana terjatuh
di bilik.
5. Abang baru membeli sebuah _____________________ berjenama Sony kerana
minatnya yang mendalam dalam muzik.

klinik dewan gitar bangunan sekolah

Lengkapkan dialog dengan perkataan yang mengandungi “e” pepet. (10 markah)

Azlan : Azlin, adik kita sangat _______________________.

Azlin : Ya, abang.

Azlan : Saya _______________________ dapat adik __________________. Ahli

_______________________ kita sudah bertambah sekarang.

Azlin : Abang, apakah nama yang akan diberikan ________________________
adik

Kita.

lelaki keluarga comel

kepada gembira
Isi tempat kosong dengan Kata Ganti Nama Diri yang sesuai. (10 Markah)

1. “_______________________ mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin

menentang mereka,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.

2. Sultan Mansur Shah telah mangkat. Jenazah _______________________ akan

dimakamkan di kawasan makam diraja.

3. “_________________________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata

lelaki itu sambil menunjuk kea rah Ramu.

4. Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan.

___________________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.

5. Rajesh ialah anak angkat Encik Siva. Ibu bapa ___________________ meninggal

dunia setahun yang lalu.

Mereka Kita kami

Baginda Dia