You are on page 1of 1

Aku seekor kucing. Aku ialah seekor kucing jantan yang comel. Aku berusia dua tahun.

Bulu aku
berwarna putih dan panjang. Bulu saya sangat lebat dan lembut. Mata aku berwarna coklat.

Aku merupakan kucing daripada baka Parsi. Aku dijual di sebuah kedai haiwan. Di sini, aku telah
berkenalan dengan rakan-rakan daripada spesies lain seperti British Shorthair, Siam, Tiffany dan lain-
lain. Aku dijual dengan harga RM2000 kerana aku ialah sejenis kucing yang sangat bernilai.

Pada suatu hari, seorang peniaga bersama isterinya datang ke kedai haiwan tersebut. Mereka ingin
membeli seekor kucing untuk dihadiahkan kepada anak perempuan mereka sempena hari jadinya. Aku
telah berjaya menawan hati pasangan suami isteri itu. Selepas itu, aku telah dibawa pulang ke rumah
tuan baharu aku selepas dibayar harga aku.

Anak perempuan pasangan suami isteri itu berasa sangat gembira apabila menerima aku daripada
ibu bapanya pada hari jadinya. Sejak hari itu, aku menjadi teman istimewa kepada tuan baharu aku.

Aku berasa sangat bertuah kerana tuan aku seorang yang baik hati dan penyayang. Dia suka
membelai badan aku. Kadang-kala, bulu aku disikat rapi oleh tuan aku. Selain itu, tuan aku akan
memandikan aku sekali dalam seminggu. Aku dimandikan dengan menggunakan syampu khas. Oleh
itu, aku kelihatan sentiasa bersih dan cantik.