You are on page 1of 14

Penghargaan.

Terima kasih saya ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan komitmen kalian,
Akan dikenang setiap waktu.

Saya Hasvinii A/P Marimuthu dari Unit Q4 ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Tuhannya kerana dengan limpah kurniah-Nya saya dapat menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Selain itu, dengan limpah kurniah Tuhan saya dapat
dikurniakan kesihatan yang baik untuk menyempurnakan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dengan iklasnya kepada pensyarah Puan Hayati Binti
Mat Desa atas sokongan beliau sepanjang tempoh kerja kursus ini. Beliau telah banyak
membantu saya dan memberi sokongan untuk menyempurnakan tugasan ini. Selain itu,
beliau juga telah menjelaskan format kerja kursus ini dengan teliti dan jelas . Panduan dan
motivasi beliau telah banyak membantu saya untuk menyempurnakan tugasan ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya
kerana mereka telah membenarkan saya untuk melanjutkan pengajian saya di Institut
Pendidikan Guru Ipoh. Mereka telah sentiasa menghulurkan bantuan kepada saya dari segi
kewangan. Mereka telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya semasa saya
berputus asa.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekelas saya
kerana mereka telah membantu saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan komitmen yang penuh untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Pertolongan
rakan – rakan saya amat berharga kepada saya kerana setiap kali saya bertanyakan soalan
berkaitan dengan kerja kursus ini, maka mereka menjelaskan segala persoalan saya
dengan jelas tanpa berasa jemu.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dari hati yang iklas kepada
semua pihak yang sudi membantu saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini dengan
jayanya. Segala jasa yang kamu semua berikan semasa menjalankan kerja kursus ini amat
berharga kepada saya. Sekian terima kasih.

14

Hal ini demikian kerana seorang guru sahaja yang berupaya dan berkebolehan untuk berjaya merealisasikan Falsafah Pendidkan Guru. berpandangan progresif dan saintifik. Guru bukan sahaja seorang pendidik malahan seorang guru merupakan pembimbing. Hal ini demikian kerana pendidikan membolehkan seseorang individu untuk mencapai kecemerlangan diri. Pernyataan Al-Ghazali menjelaskan bahawa pendidikan sangat penting kepada seseorang individu untuk mencapai kecemerlangan diri dari segi konsep jasmani. intelek dan sosial. Falsafah Pendidikan Guru ini suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi seorang guru secara menyeluruh. Bagi memudahkan dan menjayakan sistem pendidikan ini. motivator dan pembentuk akhlak murid. FPG adalah panduan kepada seseorang guru untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. seorang guru bertungkus-lumus memberi sumbangan melalui Falsafah Pendidikan Guru. rohani dan intelek." ( Kementerian Pendidikan Malaysia. seimbang dan harmonis dari segi jasmani. bersepadu. Menurut Al- Ghazali dalam ( Rashid & Lee & Mahayuddin & Nordin. Lantaran itu.PENULISAN ILMIAH. FPG ini memainkan peranan yang penting dalam melahirkan seorang guru yang berwawasan dan berkualiti sejajar dengan prinsip-prinsip perguruan. Seorang guru yang berprihatin akan 14 . progresif dan berdisiplin. emosi. Hal ini demikian kerana FPG ini menjelaskan jenis guru yang diperlukan kepada negara ini dalam pembangunan negara. suri teladan. bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara. menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu. Kriteria seorang guru yang diperlukan oleh negara menjelang pada tahun 2025 seperti dibawah: "Guru yang berpekerti mulia. pendidikan merupakan akar umbi yang melahir kkan modal insan. emosi. 1982) Seseorang guru yang cemerlang akan memberi penghayatan dan komitmen yang menyeluruh bagi merealisasikan FPG. Seseorang indvidu memerlukan pendidikan sebagai satu pemangkin dalam kehidupan mereka untuk menuju ke arah kejayaan. demokratik. Pada era globalisasi ini. 2012) menegaskan bahawa pendidikan bukan sahaja melahirkam modal insan yang berilmu maka pendidikan berperanan untuk melahirkan modal insan yang berakhlak mulia. rasional. Menurut Plato dalam Mok Soon Sang (2010) menyatakan bahawa pendidikan ialah membantu perkembangan masing-masing dari segi jasmani dan akal. Falsafah Pendidikan Guru ini merupakan penyuluh yang dapat memberi pedoman dan arah tuju yang dapat menjayakan segala usaha pendidikan.

masyarakat dan negara. kualiti peribadi dan sifat professional bagi mengelarkan dirinya sebagai pembimbing. Menurut Dr. Guru perlulah mengamalkan skop profesionalisme bagi menjayakan penghayatan guru. Seorang guru yang berbudi akan memupuk nilai-nilai murni. berilmu serta berpekerti mulia. tanggungjawab serta kesetian terhadap profesion. Menurut Dedi Surpriyadi dalam John West. guru memainkan peranan yang begitu utuh dalam pembentukan pelajar yang berwawasan dan berkualiti dari segi enam ciri yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang dirasmikan oleh Tan Sri Muyiddin Yassin pada tahun 2013. PPPM merupakan dokumen strategik yang sedang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPPM bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara. Seorang guru yang berprofesion mempunyai kemahiran profesionalisme guru dalam nalurinya bagi melahirkan anak murid yang berwawasan . yang menggariskan hala tuju pendidikan tinggi negara untuk tempoh sebelas tahun bermula dari 2015 sehingga 2025. Pengamalan profesionalisme guru ini dapat membantu merealisasikan pencapaian aspirasi utama murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dari segi enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global serta membantu seseorang pelajar memberikan sumbangan terhadap pembangunan keluarga. rohani. Seorang guru yang berprofesioanal akan menerapkan enam ciri utama ini dalam naluri murid. Menurut Lieberman dalam Rossie Turner – Bisset (2009) menyatakan sesuatu profesion bertaraf profesional ialah memberi perkhidmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas. Manakala. Guru juga dapat diertikan seorang ibu atau bapa yang dapat menerapkan nilai-nilai murni mahupun pengajaran dalam jiwa anak-murid. Seterusnya. emosi. 2012) menyatakan bahawa kemahiran profesionalisme akan membawa pendidikan ke arah pendidikan bertaraf dunia. Aspirasi diterjemahkan kepada cita-cita 14 .Ragbir Kaur dalam (Rashid & Lee & Mahayuddin & Nordin. menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesional serta mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa tertentu. Hal ini demikian kerana guru merupakan seorang insan yang sanggup berjuang demi pembangunan negara yang dapat berdiri sama tinggi. enam ciri merupakan satu pendekatan ke arah pembentukan modal insan berkualiti dan berwawasan. intelek dan sosial. duduk sama rendah negara lain dari semua aspek.bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi aspek jasmani. Oleh itu. profesionalisme guru adalah keupayaan dan kebolehan seorang guru untuk melakukan tugas sebagai seorang pendidik dan pengajar meliputi kemampuan dan kebolehan untuk melaksanakan evalusi pembelajaran yang baik.Burnham (2010) menyatakan bahawa Profesion merupakan pekerjaan atau jabatan yang menuntut suatu keahlian.

Secara tidak langsung kaedah ini akan membantu pelajar untuk membentuk tabiat pembelajaran sepanjang hayat dan dapat membantu pelajar untuk menjana idea yang kreatif dan inovatif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi. kualiti standard antarabangsa yang tinggi. Contohnya. Pengetahuan merupakan ciri utama pelajar yang dapat membolehkan seorang pelajar berupaya bersaing pada peringkat global. Semua guru akan berpegang teguh akan amalan profesian keguruan untuk melahirkan murid yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara. Seorang guru yang berkesan akan menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan supaya para pelajar dapat memupuk minat dalam naluri untuk memperolehi pelajaran daripada guru. Menurut Lawlor (1990) dalam Sufean Hussin (2004) menyatakan bahawa pengetahuan dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran hidup asas. guru boleh melaksanakan Program Nilam dalam kelas. Guru bertanggungjawab merangsang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Kaedah ini membantu para pelajar untuk meningkatkan pemahaman terhadap pelajaran serta kaedah ini dapat menghasilkan pembelajaran yang efektif dan berkesan. Tindakan guru yang dapat merangsang pemikiran yang kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti. pengelola pembelajaran. guru boleh menggunakan teknologi maklumat terkini untuk menyediakan satu video berkaitan pelajaran serta melaksanakan aktiviti kuiz dan teka-teki dan melaksanakan satu soal jawab selepas tamat pembelajaran bagi memupuk minat dalam jiwa pelajar. Seorang guru yang progresif dan saintifik akan menyediakan satu rancangan pengajaran yang teratur dan sistematik. masyarakat dan negara. Selain itu. Hal ini demikian kerana pelancaran rancangan pengajaran yang sistematik akan membolehkan seseorang pelajar mengaplikasikan pembelajaran harian dengan mudah dan teliti. Guru memainkan peranan sebagai seorang perancang pembelajaran.murni PPPM (2013-2015) iaitu ke arah sistem penddikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan. Guru boleh membawa pelajar ke perpustakaan supaya pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mereka dapat mengaplikasikan kemahiran membaca dengan fasih dalam diri mereka. ekuiti untuk semua murid. mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah meluaskan 14 . fasilitator pembelajaran bagi melahirkan murid yang berpengetahuan. memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan perlaksanaan kecekapan tinggi. serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri. Ciri keduanya adalah kemahiran berfikir. Hal ini demikian kerana murid yang berpengetahuan dapat memiliki keupayaan literasi dan numerasi yang sepenuhnya dengan fasih dan murid dapat berpeluang untuk melengkapkan diri dengan kemahiran hidup asas.

Kaedah ini akan membolehkan seseorang pelajar dapat menjawab setelah berfikir atas kehendak soalan serta meningkatkan tahap pemahaman terhadap pembelajaran. Reka bentuk berkait rapat dengan penghasilan satu ciptaan yang baharu. kaedah ini akan membantu pelajar untuk mempelajari cara kepimpinan yang sistematik. Pelajar akan mengetahui cara untuk bekerjasama dengan orang lain melalui bekerja secara berkolabrasi. Mengikut Kim dan Kellough (1995) dalam Rossie Turner – Bisset (2009) menegaskan bahawa seorang guru untuk guru yang berkesan. Kaedah ini akan membantu pelajar untuk memantapkan pemikiran mereka selaras dengan pembangunan dunia serta pelajar akan berupaya untuk membuat keputusan berasaskan pertimbangan yang wajar. setiausaha dan bendahari. haruslah mahir di dalam membuat keputusan yang tepat pada sebarang keadaan. malu dan segan yang sentiasa menjadi dalang kepada pelajar untuk meneroka sesuatu bidang. Melalui kaedah ini guru dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam diri mereka untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah dengan pemikiran yang adil dan waras. Guru yang berkesan akan mengamalkan kemahiran berfikir secara inovatif dan kreatif dalam kalangan pelajar melalui perlaksanaan pelajaran reka bentuk sebagai satu program. Jika dilihat dari perspektif yang lain. Ciri ketiga adalah kemahiran memimpin. guru boleh melaksanakan sesi soal jawab selepas tamat waktu pembelajaran. Seterusnya. Kaedah ini dapat memupuk kemahiran memimpin dalam diri mereka supaya mereka dapat mengatasi perasaan takut. Guru dapat memupuk kemahiran memimpin melalui perlaksanaan sistem organisasi dalam kelas. Perlaksanaan program reka bentuk akan membolehkan pelajar untuk memantapkan pemikiran mereka. ia akan memperkasakan gaya pemikiran pelajar supaya menjana idea yang inovatif. kerajinan naluri mereka akan menjadi permulaan kepada pelajar untuk memupuk kepimpinan dalam diri mereka. guru haruslah sering melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam bilik darjah. Seterusnya. pelajar akan dapat mengaplikasikan pemikiran inovatif. Secara tidak 14 . berilmu serta berkompeten dalam akademik. Oleh itu.pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Pelajar akan mula memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama. Guru haruslah mengagihkan jawatan kepada pelajar dan memastikan semua pelajar berpeluang memegang satu jawatan dalam bilik darjah. kreatif. Sebagai contoh guru boleh menyediakan satu jadual organisasi yang memberi ruang kepada semua pelajar untuk memegang satu jawatan dalam kelas seperti ketua kelas. Secara tidak langsung. bernas dan kritis agar dapat melahirkan pelajar murid yang berkelas pertama. kreatif dan kritis dalam nalurinya untuk menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru. Kaedah pembelajaran yang dikendalikan oleh guru adalah penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan. Melalui kaedah ini seseorang pelajar akan mula memotivasikan diri mereka untuk menjayakan kerja yang diberikan kepadanya.

Ketua panitia dan guru mempelajari kaedah menginterasikan sisipan surat khabar The New School Times sebagai salah satu sumber untuk meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris melalui program Newspaper in Education. Bacaan Awal Berstruktur dan program Nilam harus diteruskan.langsung mereka memperoleh semua kriteria yang ada pada seseorang pemimpin melalui aktiviti berkumpulan. Guru-guru perlu memastikan strategi-strategi perlaksanaan MBMMBI adalah sejajar dengan pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang lebih menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular (Turner. Ciri kelimanya adalah etika dan kerohanian Guru memainkan peranan sebagai seorang fasilitator demi memupuk etika dan kerohanian dalam naluri pelajar. Guru memainkan peranan yang begitu besar dalam merealisasikan kemahiran dwibahasa.R & Bisset. Guru dapat memupuk aspirasi etika dan kerohanian melalui subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kemahiran dwibahasa sangat penting kepada seseorang pelajar dari segi aspek pendidikan dan komunikasi. Melalui pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Semasa guru mengajar anak-anak murid dapat didedahkan kepada realiti kehidupan yang berkaitan amalan perkara baik dan buruk dalam kehidupan. Ciri keempatnya adalah ciri kemahiran dwibahasa. Maka anak-anak murid akan menyedari bahawa pergerakan yang baik dan bertatatertib akan membawa mereka ke arah pembentukan modal insan yang baik dan dapat mendatangkan maslahat kepada dirinya. Selain itu. 2009). murid- murid dapat memupuk aspirasi etika dan kerohanian dalam jiwa mereka. guru haruslah melaksanakan dan melestarikan dasar dan strategi Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di sekolah. Guru yang berpekerti mulia akan menunjukkan teladan yang baik. Secara tidak langsung guru akan memupuk nilai-nilai murni ciri peribadi yang berpositif. program bacaan yang memuatkan Kompenan Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS). bersopan serta bertatertib dengan anak murid bagi merealisasikan aspirasi etika dan kerohanian. Lantaran itu. dHal ini demkian kerana murid-murid akan sentiasa menganggap guru mereka sebagai suri teladan dan mereka beranggap bahawa setiap perlakuan guru akan membolehkan seseorang murid membawa ke arah kejayaan. 14 . Hal ini akan membantu seseorang murid untuk mengetahui bahawa setiap pergerakan mereka akan dapat balasan satu hari nanti. Guru yang berdedikasi akan menjalankan aktiviti komponen luar bilik darjah. Lantaran ini. Menurut Ee Ah Meng (2003) dalam Sufean Hussin (2004) guru yang beriltazam akan menjadi role model kepada murid.

Akhirnya adalah ciri identiti nasional. berwawasan dan berkualiti pada masa hadapan sekali gus usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh Perdana Menteri dapat dicapai dengan mudah. guru adalah permata yang tidak ternilai bagi bangsa dan negara sertaa berperanan penting dalam usaha melahirkan modal insan yang berguna. Guru haruslah memberi penekanan identiti nasional melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. realiti kehidupan dan amalan moral. kedua-dua mata pelajaran ini berkait rapat dengan kehidupan. 14 . pembelajaran ini akan memupuk identiti nasional yang kukuh dalam naluri pelajar. Kesimpulanya. Melalui pembelajaran Sejarah dan Sivik murid dapat didedahkan terhadap kepentingan kehidupan harmoni bersama dengan kaum lain. Saya berharap bahawa guru-guru pada masa ini akan menyumbang terhadap pembangunan pelajar yang akan membantu negara kita untuk berdiri sama tinggi. Komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi Negara. Rentetan itu. pembelajaran Sejarah dan Sivik akan mewujudkan satu kesedaran dalam naluri pelajar untuk berfikir akan kepentingan masyarakat. Guru haruslah membangunkan persekitaran sosial yang mengalakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar daripada kaum. guru mengambil insiatif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti yang akan memimpin negara ini satu hari kelak. Guru haruslah memastikan bahawa integrasi nasional dapat dimantapkan dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian. budaya yang berbeza bagi memantapkan identiti nasional. latar belakang tokoh. Secara tidak langsung. Kecemerlangan seseorang guru dapat menjamin masa depan seseorang pelajar yang lebih cerah. duduk sama rendah dengan megara-negara yang lain.

bangsa dan status. Memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Tajuk kerja kursus yang diberikan kepada saya ialah Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia (EDU 3013). melalui kerja kursus ini saya berpeluang unuk mengaji sejarah perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Semasa saya mengaji perkembangan pendidikan di Malaysia. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi. Melalui kerja kursus ini saya dapat mengetahui cara perkembangan sistem pendidikan di Malaysia . saya berasa takut kerana banyak persoalan muncul di kotak minda saya yang menyahut cabaran kepada saya. Saya dapat sedar bahawa sebagai seorang insan kita haruslah memberi layanan yang sama rata kepada semua orang tanpa mengira jantina. Walau bagaimanapun. melalui kerja kursus ini saya berpeluang untuk mempelajari pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. FPG ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Refleksi Syukur kepada Tuhan-Nya kerana saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Sementelahan itu. Di samping itu. Selama ini saya berfikir bahawa sistem pendidikan zaman dahalu telah dilaksanakan sama rata kepada semua pelajar tetapi zaman dahalu hanya lelaki yang layak mendapatkan ilmu manakala perempuan tidak dibenarkan untuk mendapatkan ilmu. Melalui kerja kursus ini saya dapat berpeluang untuk menkaji tentang FPG secara terperinci. Saya berasa bangga untuk menuliskan refleksi berdasarkan pengalaman yang saya dapat menikmati sepanjang tempoh kerja kursus ini Sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana 14 . saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan oleh pensyarah saya. agama. Pertama sekali semasa menerima tugasan ini. Selama ini saya berfikir bahawa FPG digubal dengan tujuan dapat dijadikan panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikam Kebangsaan malah FPG ini bermatlamat untuk menghasilkan warga pendidik yang berkualiti untuk menjayakan wawsan 2020.

14 . Melalui kerja kursus ini saya sedar bahawa guru merupakan tunjang utama yang membawa murid kearah kejayaan dan akan menyumbang terhadap pembangunan negara. Hal ini telah membantu saya untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan lebih luas. saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi. Hal ini demikian kerana murid-murid akan sentiasa berpandapat bahawa guru sentiasa akan membuat perkara yang baik maka mereka akan mengikut gerak-geri guru mereka. Akhir sekali. saya dapat menyedari bahawa sebagai bakal guru kita haruslah menjadi suri teladan yang baik kepada murid. Selain itu. saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak soalan. berkualiti dari segi aspek jasmani. Melalui kerja kursus ini. emosi. rohani dan sosial. Sepanjang tempoh kerja kursus ini saya dapat berpeluang untuk mengaji buku dan jurnal berkaitan soalan yang diberikan.guru yang memainkan peranan yang mencabar dalam melahirkan modal insan yang berwawasan. Sepanjang tempoh kerja kursus ini saya telah terpaksa menghadapi kekangan untuk menyempurnakan kerja kursus ini tetapi pada masa sekarang saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menghadapi cabaran pendidikan yang mendatang.

Pengajaran Pakar (ed. (2010). (2010). N. Yaacob. 2). Malaysia: Oxford Fajar Sdn. M. F. J.Bhd. B. (H.. Kuala Lumpur. Malaysia: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn. Selangor. R. Penterjemah) Kuala Lumpur..Bhd. L. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. S. West. Falsafah Pendidikan Di Malaysia. M. (2004). (2009).Bhd. & Noordin. Turner. Hussin. S. & Bisset. (2012). Malaysia: Attin Press Sdn. & O'Sullivan.BIBLIOGRAFI A. F. 14 . K. Baba. Malaysia: Percetakan Haji Jantan Sdn. Z.. Mengembangkan Profesionalisme Di Sekolah (ed. (M. Penterjemah) Kuala Lumpur. 5). Cheong. 4).. Sang. Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia (ed.Bhd.Rashid. Pendidikan Di Malaysia (ed. Z. 3).. Ipoh.

bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara. bersepadu. demokratik. Guru yang berpekerti mulia. progresif dan berdisiplin. emosi. berpandangan progresif dan saintifik. FPG adalah panduan kepada seseorang guru untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru ini suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi seorang guru secara menyeluruh. seimbang dan harmonis dari segi jasmani. menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu. rohani dan intelek 14 . Falsafah Pendidikan Guru ini merupakan penyuluh yang dapat memberi pedoman dan arah tuju yang dapat menjayakan segala usaha pendidikan.

PENGETAHUAN IDENTITI KEMAHIRAN NASIONAL BERFIKIR ENAM ASPIRASI PELAJAR ETIKA DAN KEMAHIRAN KEROHANIAN MEMIMPIN KEMAHIRAN DWIBAHASA Sumber : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. ENAM ASPIRASI UTAMA PELAJAR. 14 . Sumber : Buku Falsafah & Pendidikan Di Malaysia.

menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia. Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama etnik atau status IDENTITI sosioekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia. menulis dan mengira. cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan untuk menjana pengetahuan baru. KEMAHIRAN Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan BERFIKIR sepanjang hayat. PENGETAHUAN Setiap kanak-kanak akan dapat membaca. Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai KEMAHIRAN Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris d digalakkan untuk DWIBAHASA mempelajari bahasa tambahan. Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri sepenuhnya KEMAHIRAN melalui peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan MEMIMPIN kepimpinan formal dan informal. 14 . Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk ETIKA & mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka. KEROHANIAN dengan beran membuat keputusan yang tepat. Asia dan Dunia. NASIONAL Sumber : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Sumber : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. PPPM bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang dirasmikan oleh Tan Sri Muyiddin Yassin pada tahun 2013. Menggariskan hala tuju pendidikan tinggi negara untuk tempoh sebelas tahun bermula dari 2015 sehingga 2025 . PPPM merupakan dokumen strategik yang sedang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. 14 .