You are on page 1of 8

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A

Format Bahagian A

1. Dalam bahagian A, calon akan diberikan gambar tunggal atau bersiri yang

menunjukkan peristiwa,situasi,aktiviti,amalan, jadual, peta atau lain-lain yang

besesuaian.

2. Calon diminta membina lima (5) ayat sahaja yang berkaitan dengan gambar.

3. Keseluruhan jawapan memperuntukkan 10 markah

4. Masa yang dicadangkan 15 minit.

Sebelum Menjawab.

1. Fahami arahan soalan, buat ayat berdasarkan arahan soalan sama ada ;

a) Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.

b) Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam

gambar.

c) Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

d) Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.

2. Bagi arahan soalan yang berkehendakkan aktiviti (1b), ayat hendaklah

disempurnakan dengan aktiviti yakni kata kerja.

3. Perhatikan dengan teliti gambar yang diberikan.Catatkan maklumat/kata kunci

yang terdapat dalam gambar.

Semasa Menjawab

1. Pilih maklumat-maklumat yang penting sahaja.

2. Kembangkan maklumat dalam membentuk ayat yang sempurna

menggunakan kata hubung dan penanda wacana..

.Jangan menulis lebih daripada 5 ayat. 2. 7. Semak struktur ayat. 6. Selepas Menjawab 1. 5. Semak Imbuhan/ejaan/tanda baca terutama huruf besar pada permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat. 4.5. Ayat perlu dinomborkan : 1 . Boleh diberikan watak pada gambar. Ayat-ayat untuk gambar bersiri hendaklah mengikut nisbah yang sesuai iaitu seimbang mengikut nisbah gambar. 5. 4. Baiki tulisan yang tidak jelas. Ayat yang dibina mestilah tentang apa yang terdapat dalam gambar dan tersurat. Pastikan tiada kesilapan pada bahagian ini untuk memperoleh markah penuh (10 markah). 3. Calon dilarang menulis pandangan peribadi tentang gambar. Jika siap awal berpindah ke bahagian lain untuk menjimatkan masa. 8.3.

2. Menilai kebolehan. dan c) perenggan penutup. Menilai kematangan murid dalam melahirkan pendapat dan idea tentang sesuatu tajuk dalam bentuk penulisan. 1. Perenggan terbahagi kepada tiga bahagian atau komponen iaitu: a) perenggan pengenalan. b) perenggan isi. kemahiran dan keupayaan murid menghasilkan karangan yang menarik dan berkesan. dibuat secara ringkas tetapi menarik. Format Umum Karangan Bahasa Melayu UPSR. Menguji murid tentang kefahaman tentang sesuatu tajuk yang diberi. . 2.PANDUAN PENULISAN BAHASA MELAYU UPSR ( BAHAGIAN B) Kepentingan kemahiran penulisan karangan dalam kalangan pelajar. Pemerengganan 1. Perenggan Pengenalan Bahagian awal penulisan yang memperkenalkan pembaca kepada apa yang hendak diutarakan. Setiap bahagian tersebut mempunyai kandungan dan status ayat yang berbeza sifat dan fungsinya. 3.

Perenggan Isi 1. 2.garis kata kunci yang terdapat dalam stem soalan. pilih tajuk yang paling sesuai dengan kemampuan diri. Mesti mengandungi isi utama. Fahami tajuk yang dipilih. 4. 6. 4. Idea atau intipati kepada persoalan atau tajuk. 2. 3.huraian dan contoh. Strategi dan teknik penulisan karangan yang baik. 5. 3. Cari dan senaraikan isi / idea-idea yang penting. Isi ditulis dalam perenggan yang berbeza. Memerlukan empat isi. Terdapat 3 pilihan. Ditulis pada akhir perenggan. Sediakan kerangka karangan. Isi yang tidak berkaitan dengan tajuk dianggap terpesong. Berfungsi sebagai ayat penyudah sesuatu perkara yang dibicarakan agar tidak tergantung atau berhenti secara tiba-tiba. Merupakan kesimpulan atau rumusan kepada isi. Isi hanya memperkatakan tentang tajuk. . 2. Perenggan penutup 1. 3. Sebelum Menulis 1.

Pastikan idea tidak tertinggal . peribahasa bahasa. Selepas Menulis 1. 3. 2. Satu idea atau isi satu perenggan.Semasa Menulis 1. tanda baca keseluruhan karangan. Pastikan ada penutup (merumus idea-idea utama) 4. ejaan. 4. Semak struktur ayat. 5. bahasa kiasan dan kosa kata yang meluas dapat meningkatkan impression terhadap karangan. Baiki tulisan/ejaan yang tidak jelas. 3. 2. Semak imbuhan. Gunakan penanda wacana yang sesuai. Penggunaan simpulan bahasa. Buat pendahuluan yang baik berkaitan dengan tajuk karangan.

BENTUK DAN JENIS KARANGAN BAHASA MELAYU UPSR (SR). Ucapan 3. Syarahan 4. Keperihalan 5. Dialog 6. Laporan 8. Biografi 4. Catatan 7. Sambung cerita 7. Peribahasa 8. FORMAT RASMI FORMAT UMUM 1. Perbincangan 6. Surat Kiriman 1. Berita 2. Cerita / Cereka . Perbahasan 5. Autobiografi 3. Fakta 2.

3.Bahagian ini tiada pilihan dan wajib dijawab.TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C Format Bahagian C 1. Panjang karangan lebih kurang 50 patah perkataan (arahan soalan tidak lebih 50 patah perkataan). Baca dan fahami arahan soalan. Masa dicadangkan . 6. 4. c) pengajaran atau seumpamanya. Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.20 markah. Fahami kata kunci yang diberi sama ada meminta menulis tentang a) nilai murni. 3. Dalam bahagian ini calon akan diberi sama ada sebuah petikan berupa fakta. Sebelum Menjawab 1. 2. Calon dikehendaki membuat ulasan tentang petikan yang diberi berdasarkan arahan-arahan tertentu. b) amalan baik. cerita. dialog atau pun puisi. Jumlah markah .20 minit sahaja. 5. 2. . Jawapan hendaklah dibuat dalam satu perenggan sahaja.

Lima idea/isi/nilai murni/pengajaran mesti dikemukaan. 3.4. struktur ayat. imbuhan. ( Contoh: bangun lewat . Baca semula keseluruhan jawapan dan semak 5 aspek kesalahan bahasa dari segi perbendaharaan kata. jadikan nilai itu kepada positif. 2. Baca petikan atau puisi yang diberi sekali lagi secara ayat demi ayat dan gariskan perkataan. Selepas Menjawab 1. pengajaran atau sebagainya mengikut arahan soalan. tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.bangun awal / malas ke sekolah . . frasa / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni. Baiki tulisan/perkataan yang tidak jelas.rajin ke sekolah) Semasa Menjawab 1. Jika terdapat nilai yang negatif. Pengajaran/nilai murni yang ditulis hendaklah disertai contoh-contoh dalam petikan. Berpandukan nilai-nilai murni/pengajaran yang telah dicatat. Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja. 2. Elakkan / jangan menyalin semula nilai murni/pengajaran atau petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun. 5. 3. 4. 5. ejaan dan tanda baca. Pastikan tiada idea / isi yang tertinggal. Hanya contoh yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.