You are on page 1of 1

DASAR PBS SKCC

SK CHANGKAT CHERMIN
DASAR PBS

1. Penilaian formatif dijalankan sepanjang tahun ( Januari hingga November)
2. Penilaian sumatif dilaksanakan 4 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan
Oktober.
3. Laporan pentaksiran formatif dicetak mengikut keperluan. Laporan sumatif dicetak pada
akhir penggal.
4. Pengisian skor band dilakukan pada setiap bulan.
5. Evidens boleh menggunakan lembaran kerja, buku aktiviti dan buku kerja.
6. Rekod transit setiap mata pelajaran perlu diserahkan kepada PK Pentadbiran pada setiap
hujung bulan.
7. Sasaran sekolah setiap murid perlu melepasi sekurang-kurangnya Band 3.
8. Murid yang tidak melepasi sesuatu band akan diberikan pemulihan sebanyak 3 kali
sahaja. Jika selepas itu masih tidak berjaya, PPPM atau DSKP yang berikutnya akan
diteruskan.
9. Setiap instrumen perlu diuji sekurang-kurangnya sebanyak 2 kali. (merujuk kepada
panitia mata pelajaran)
10. Murid perlu menjawab dengan betul sekurangt-kurangnya separuh daripada jumlah
soalan untuk menguasai sesuatu band.
11. Kes-kes khas – murid berpindah keluar atau masuk perlu membawa fail perkembangan
dan laporan sumatif terkini.
12. Kes-kes khas – murid sakit/ kemalangan/ponteng berpanjangan akan dilaksanakan
mengikut kemampuan dan keupayaan guru mata pelajaran
13. Kes-kes khas – murid khas (lembam, hyperaktif, dll) yang belajar di kelas perdana
mengikut permintaan ibu bapa akan ditaksir mengikut arus perdana seperti murid lain.
14. Calon hanya dinilai dalam tempoh pelaksanaan PBS.
15. Skor calon hanya akan diambil kira dalam tempoh melaksanakan PBS
16. Pihak sekolah bertanggungjawab mengurus dokumen, skor dan evidens serta
mengeluarkan sijil. Sijil diserahkan kepada calon semasa calon mengambil keputusan
peperiksaan.
17. Calon yang ingin mendapat pengecualian PBS hendaklah mengemukakan permohonan
dan mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri, JPN, hendaklah
menghantar salinan yang telah diluluskan ke LPM

Disediakan oleh,
Setiausaha PBS
SK Changkat Chermin.