You are on page 1of 21

1.

1 PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran Bahasa Melayu untuk murid-murid
sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang pada masa hadapan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti permasalahan tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid
sekolah rendah di luar Bandar (Abdul Rasid Jamian, 2011) Kemahiran menulis
merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dan
menulis, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah. Pencapaian kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan
penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu
(Abdul Rasid Jamian).

Menurut Abdul Rasid dan Zulkifli(2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya.

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis
akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor
halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang
butang baju dan menyusun manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus
menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya
mengawal saraf memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang
tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang
tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan
jari untuk menulis.

Sasson (19930 pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada

pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis
huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang
antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis
yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea
melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan
pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Contohnya, seperti ketika
mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif b
kepada p yang ditunjukkan. Selain dari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis
imej cermin juga wujud dan contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan
antara huruf b dengan huruf d dan huruf p dengan q ( Higgins et al.1996).

Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak
tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan
bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian Popp (1964) juga menunjukkan
kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha memadankan bentuk-
bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf
(reversal of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan di atas, saya dapati perkara
yang dijelaskan ini sama dengan masalah yang saya hadapi. Saya menghadapi masalah
murid yang tidak menggunakan huruf besar di tempat yang betul. Walaupun setiap kali
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas saya akan sentiasa mengingatkan murid tetapi
masih tetap ada juga kesilapan yang dibuat oleh murid. Murid tidak dapat membezakan
kata nama am dan kata nama khas.

pendidikan Bahasa Melayu masa kini tertumpu pada usaha menguasai kemahiran. Satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Pemerhatian menunjukkan bahawa banyak pelajar tahap 2 belum menguasai beberapa kemahiran yang sepatutnya dikuasai oleh murid pada tahap satu. Akibatnya pelajar mengabaikan perkara ini dalam penulisan mereka. Kegagalan menguasai kemahiran ini boleh mencacatkan mutu penulisan mereka. Pelajar mungkin juga menggunakan huruf besar pada tempat yang perlu menggunakan huruf kecil sahaja seperti Rajah 1 Rajah 1 Kemahiran menggunakan huruf besar kelihatan seperti masalah yang kecil sahaja. Sehubungan dengan itu. 1. Berdasarkan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di . Pelajar melakukan pelbagai kesilapan seperti tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya. penyelidik berusaha mengesan sebab-sebab yang menjadi punca pelajar mengabaikan kemahiran ini. bukannya pengetahuan. Antaranya ialah kemahiran menggunakan huruf besar. Oleh itu.2 PENYATAAN MASALAH Kegagalan mengusai sesuatu kemahiran dalam penyelidikan bahasa Melayu pada peringkat tahap satu akan memberi kesan negatif pada peringkat tahap dua. khususnya dalam peperiksaan berpusat seperti UPSR. Diharapkan guru dapat mengubahsuai kaedah pengajaran mereka bagi mengatasi masalah ini.

saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut. murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar dan tanda bacaan yang betul. ujian atau peperiksaan. Di samping itu. Pertama pelajar hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses pembelajaran. kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda bacaan secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. pelajar tidak tahu membezakan kata nama am dan kata nama khas. maka kehilangan markah amat ketara. 1. 1. Namun setiap kali latihan di dalam kelas. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat terutama dalam penulisan bahagian A iaitu memerlukan murid membina 5 ayat. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 5 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Kedua. Kesilapan tetap berulang kerana mereka hanya membetulkan kesilapan apabila ditegur. Oleh itu.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Berpengalaman 14 tahun mengajar murid Tahap 2 membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga.dalam kelas terdapat dua fenomena yang menyebabkan berlakunya masalah ini.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum . Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar dan tanda bacaan. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Soalan kegemaran para guru setiap kali latihan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Akibatnya mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya melakukan kesilapan.

ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar. Bagaimanakah penggunaan pensel warna menambah baik amalan saya dalam mengatasi kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan? 1. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 4 Restu (2013).i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar. Apakah kesan penggunaan pensel warna terhadap kekeliruan penggunaan huruf besar dalam penulisan bagi murid tahun 5 Restu? 2. Objektif Khusus i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan pengejaan kata nama khas. 2. . Ujian Pos Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji semasa dan setelah diberi bimbingan. maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka.5 Persoalan Kajian Kajian ini dibuat untuk menjawab persoalan seperti: 1. menyalin ayat dan sebagainya.7 BATASAN KAJIAN Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu.6 Definisi istilah 1. 1. saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 5 Restu tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar dan tanda bacaan di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman. Ujian Pra Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu. 1.

Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul. kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem pengajaran dan pembelajarannya di kelas. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang. Oleh itu. .Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan tanda bacaan adalah penting setiap kali menulis. 2. Meningkatkan prestasi pencapaian murid. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5. peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda baca dalam ayat. i.8 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah. saya mesti lakukan sesuatu.1 Membina dan menulis perkataan. i. setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh : Aras 1 : 8. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik. 1.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. Aras 3 : 9. Aras 2 : 10. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak di atasi.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk: 1. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. ii. ayat tunggal dan ayat majmuk.

kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau perkara yang umum sifatnya. tanda baca dan ejaan yang betul. Penekanan dalam kamahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis. Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid. Membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. 4. . Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. di samping tulisan yang jelas. Dari aspek penulisan kata nama am. BAB 2 2. Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar . Menurut Nik Safiah Karim. Farid M. Ketika tulisan itu dibunyikan semula. Onn. cantik dan kemas. 3. Oleh itu. Husin (1988) menyatakan bahawa “Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Kajian ini juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang. ia dikatakan bahasa” (ms 178). Hushim Haji Musa dan Abdullah Hamid Mahmood (2007). kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid semenjak daripada sekolah rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan yang berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan. Kata nama am abstrak.1 SOROTAN LITERATUR Kamaruddin Hj.

Selain itu. Jamurah Galitang dan Sobina Boisi (2008)dilaksanakan dengan menggunakan kaedah gambar dan saya mendapati murid- murid diajar menulis ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul. Beliau melaporkan keputusan yang agak memuaskan. Kaedah penggunaan pensel warna dipilih bagi membantu masalah murid dalam menggunakan huruf besar pada huruf pertama perkataan sesebuah ayat. Kata Nama Khas ialah kata yang mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang.huruf pertama tidak semestinya huruf besar. Hasil daripada kajian beliau mendapati murid-murid menunjukkan kemajuan yang baik dalam pelajaran termasukkah dari segi kemahiran dan disiplin. Zalian Jemat (2005) ada menyatakan bahawa huruf besar tidak boleh dituliskan ditengah sesuatu perkataan kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan tanda baca. bahasa. Murid- murid diminta untuk membina bangunan yang mereka pernah lawati dengan menggunakan kadbod. Ribot (20040 menyatakan pengalamannya menggunakan Kecerdasan Pelbagai dalam mengajar bahasa Inggeris. perbadanan (institusi). Bagi kecerdasan imej visual. undang-undang bangsa. pintu dan jendela. Campbell(1989) menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai sebagai teknik bagi menarik perhatian murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Campbell telah dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran murid. huruf pertama Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar. menggunakan huruf kecil pada Kata Nama Am dan huruf besar pada Kata Nama khas. beliau telah memperkenalkan satu aktiviti kepada murid-murid beliau iaitu “My city in a box” yang merupakan satu pembelajaran koperatif. benda. kotak kecil dan kertas warna. Hal tersebut merupakan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang peserta kajian saya. penyelidikan yang telah dibuat oleh Jerome Agong. Selesainya aktiviti tersebut. beliau menyatakan bahawa “saya amat teruja melihat murid-murid berjaya mencipta objek- objek tambahan seperti perabot. pangkat dan seumpamanya. haiwan. Ini telah memberi peluang kepada . Dalam tulisan. Selain daripada membantu murid-murid untuk belajar.

Selepas murid memahami dan dapat membezakan kata nama am dan kata nama khas . kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah tersebut terhadap peningkatan minat murid untuk belajar. Oleh itu. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3. penyelidikan tindakan ini dijalankan sekurang-kurang bagi mengurangkan masalah yang mereka hadapi. . Semua murid kelas 5 Restu boleh membaca dengan lancar dan boleh membina ayat tunggal dan majmuk dengan baik. guru akan menggunakan pensel warna apabila setiap kali mereka membuat latihan dalam kelas. Penyelidikan beliau berakhir dengan sebuah kejayaan yang bermakna kerana berjaya mengatasi masalah yang murid beliau hadapi.Carmelya (2010) telah menggunakan imej visual untuk membantu mengurang masalah murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan yang mana beliau menggunakan “ keluarga ayam”sebagai bahan bantu utama untuk mengatasi masalah pernggunaan huruf besar pada huruf pertama dalam perkataan pertama pada sesebuah ayat dalam penyelidikan beliau. penyelidikan ini boleh menambah baik amalan pengajaran saya dalam Bahasa Melayu.saya untuk memperkenalkan lebih banyak kosa kata pada hari tersebut”(ms 52). 3. Pada masa yang sama. Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada keberkesanan penggunaan pensel warna dapat membantu murid peningkatan pengguasaan huruf besar dalam membina ayat. Walau bagaimanapun.2 Rekabentuk Kajian Kajian akan dilakukan menggunakan kaedah power point untuk membezakan kata nama am dan kata nama khas. mereka tidak menitik beratkan penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka. Tiga puluh orang murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam kelas dan empat orang adalah sebaliknya.1 PENDAHULUAN Penyelidikan ini melibatkan 34 orang murid Tahun 5 Restu yang terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Di samping itu.

Berikut merupakan contoh catatan refleksi yang saya gunakan. a) Analisis dokumen(Item Ujian) Saya telah menggunakan dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. dan kertas sahaja.4 Kaedah Mengumpul Data. 25 April 2015) Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masih ramai murid yang tidak dapat membezakan Kata Nama am dan Kata Nama Khas walaupun telah diajar oleh guru. Kaedah ini tidak memerlukan apa-apa peralatan khusus melainkan pensel. Kaedah pemerhatian secara langsung telah saya pilih kerana ini mudah serta menyeluruh. 3. Antara kaedah mengumpul data yang saya gunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian. Catatan refleksi ditulis selepas setiap kali berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan kajian ini.3. (Catatan refeklsi. . analisis dokumen dan temu bual.3 Etika Penyelidikan Saya telah meminta kebenaran secara lisan terlebih dahulu sebelum menyerahkan surat memohon kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga secara bertulis kepada peserta kajian. a) Pemerhatian Instrumen yang saya gunakan dalam teknik pemerhatian ini ialah catatan refleksi. Ujian pra bertujuan mendapatkan gambaran tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap penggunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu.

pemahaman atau ujian imlak supaya saya dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan. Saya menemubual guru yang mengajar Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan bagi tahun 5 Restu . saya menganalisis dan menyemak secara terperinci buku latihan dan lembaran kerja sama ada dalam bahagian penulisan. Daripada hasil penulisan murid 5 Restu . Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur. Soalan –soalan yang saya tanyakan adalah seperti berikut: 1. Setelah saya memperkenalkan kaedah yang saya rancang. tatabahasa. Selain itu. b) Soal selidik . Adakah murid-murid ini dapat menulis dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran cikgu? 2. Ujian pos bertujuan mengetahui pencapaian pelajar terhadap masalah yang dikaji semasa dan setelah diberi bimbingan. saya juga menemubual guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk mengenal pasti samada murid-murid yang dipilih turut membuat kesilapan yang sama. Saya turut menggunakan analisis dokumen dalam bentuk hasil kerja murid. adakah mereka mengalami masalah dari segi penggunaan huruf besar dalam penulisan? c) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan. .

sederhana dan lemah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 Skor Tahap Pencapaian 8-10 Sangat Baik 5-7 Baik 3-4 Sederhana 2-3 Lemah 0-1 Sangat Lemah Jadual 1: Skor markah Ujian dan Tahap Pencapaian Pelajar 3. sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. 3. mental. Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya. memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Oleh itu.3. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 10.7 Prosedur Kajian Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi. Sekolah ini mempunyai 9 kelas dalam aliran tahun 5. Skor- skor yang diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu baik. Kelas yang dipilih ialah kelas 5 Restu kerana saya mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dalam kelas 5 Restu.5 Proses analisis data Analisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kedua-dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. . termasuklah setiap aspek perkembangan fizikal. dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. emosi dan juga intelektual.6 Sampel Kajian Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di negeri Selangor.

saya akan menjalankan sesi temubual bersama guru mata pelajaran lain. Berikut adalah langkah-langkah untuk menjalankan kaedah ini: Langkah 1 Untuk langkah pertama ini. Di situ terdapat masalah di mana murid sering kali salah dalam menulis huruf besar dalam setiap ayat yang dibina. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut. Dalam temubual itu pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temubual ini adalah untuk menentukan tahap seseorang murid dalam masalah yang dikaji. Ujian ini dijalankan semasa ujian bulan Mac yang lalu dalam ujian penulisan bahagian A. Langkah 3 Dalam langkah ini. Dalam langkah ini. Langkah 2 Setelah mendapat hasil keputusan ujian pra dan juga temu bual bersama guru mata pelajaran lain . Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Jadi hasil daripada ujian inilah guru dapat merancang latihan yang bersesuaian dengan murid.Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf besar dan huruf kecil akan dijelaskan. saya juga membuat ujian pra terhadap murid-murid. saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenalpasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf besar. saya akan menerangkan kepada murid yang akan digunakan dalam kajian saya nanti. Temubual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan murid-murid tersebut. Dalam langkah ini juga . Selain itu. saya akan menerangkan pada murid perbezaan kata nama am . tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan pengajaran teknik menggunakan pensel warna untuk membetulkan penggunaan huruf besar dalam ayat. Kaedah penggunaan pensel warna bagi menulis huruf besar dalam ayat telah digunakan bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan hurf besar ini.

pengkaji akan mentafsir datanya dan skor setiap item dalam soal selidik. dan kata nama khas dengan menggunakan slaid power point. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Penganalisaan data dilakukan untuk membandingkan tahap pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Kemudian. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi 6. Belajar menyeronokkan . Manakala ujian pos pula akan dijalankan setelah selesai sesi pembelajaran selama enam minggu. terutamanya dipermulaan ayat. Cikgu beri tumpuan kepada saya 3. apabila murid faham saya akan meminta murid menggunakan pensel warna setiap kali apabila membina ayat dalam latihan di dalam kelas. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu 4. Cara ini bagi membiasakan murid apabila menggunakan huruf besar mereka akan menggunakan huruf besar supaya mereka lebih mengingati . Keluarga beri bimbingan di rumah 5. Sekiranya terdapat peningkatan markah maka menunjukkan penerimaan murid baik dalam kaedah yang digunakan. Bagi meninjau persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran . BORANG SOAL SELIDIK MURID TAHUN 5 RESTU 2014 BIL. SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/) Tidak ( x ) 1. Pengajaran cikgu menyeronokkan 2.

Saya suka menulis 9. Saya faham arahan cikgu 11. Kerja sekolah yang diberi mudah 8. Percakapan cikgu terlalu laju Contoh : BORANG SKOR ITEM MENYALIN AYAT BIL NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN POS PERBANDINGAN 1 A 2 B 3 C 4 D 5 E 6 F 7 G 8 H 9 I 10 J 11 K . Saya suka membaca 10. 7.

12 L 13 M 14 N 15 0 16 P 17 Q 18 R 19 S 20 T 21 U 22 V 23 W 24 X 25 Y 26 Z 27 AB 28 CD 29 EF 30 GH 31 IJ 32 KL 33 MN 34 OP CONTOH LATIHAN DALAM BUKU TEKS TAHUN 5 .

CONTOH LATIHAN 2 .

(2003). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya dalam Aspek Tanda Baca dengan kaedah Pembelajaran Khusus serta Bimbingan Rakan Sebaya. .BIBLIOGRAFI Abdul Karim Bin Haji Jawi. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman Betong. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003. Anjuran Bersama MPTAR dan JPB Sri Aman-Betong. Kota Samarahan Sarawak. (2003).pdf http://pbahasa.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/BM/7%20ARTIKEL %20AMIRAH. Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Hasnalee Bin Tubah. Tahap Penguasaan Tatabahasa bahasa Melayu di Kalangan Guru Pelatih KDPM di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu . ( 2003 ). Tahap Penguasaan dan Kesukaran Membaca dan Menulis dalam Kalangan Murid KIA2M. ( 2008 ).edu. Hatta Md. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 2008 Institit Pendidikan Tun Abdul Razak.Esa Bin Awang dan Md.dbp. Siti Zainab bt Haji Md Saman.my/wordpress/?p=457 . Nor. “Jadual Formula Warna” Kaedah untuk Menerangkan Fakta. ( 2003 ). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Unit Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Semya Chundi. Menangani Masalah Mengenal dan Menyebut Huruf Besar Seorang Murid Tahun 4 dengan Pendekatan Latih Tubi. Kementerian Pelajaran Malaysia http://www. Penyelidikan Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran.ipgkbl.