You are on page 1of 2

TEMA 5 : MALAYSIA

NEGARA BERDAULAT
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan peranan dan tugas badan eksekutif dan kehakiman.
Membina struktur atau carta organisasi jentera pentadbiran negara.
Membantu pihak kerajaan dengan menyokong program yang dijalankan.
TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
YANG DIPERTUAN AGONG MAJLIS RAJA-RAJA
KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA
BADAN PERUNDANGAN Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)
BADAN EKSEKUTIF Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan
Bukan Berkanun.
BADAN KEHAKIMAN Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya (
Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo
PERUNDANGAN (Legislatif)
Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang undang-
undang.
PELAKSANA (Eksekutif)
Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan melaksanakan
arahan.
KEHAKIMAN (Judisiari)
Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan awam.
SURUHANJAYA DIRAJA
Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya tentang
sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam.
Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan kerajaan yang
disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan.
Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan untuk
menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab.
Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada pakar yang
berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan akademik.
Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara terbuka.
KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.
Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan menteri.
Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-fungsi
tertentu.
ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja
Malaysia.
Kementerian Kewangan
Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara.
Kementerian Pertahanan
Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja Malaysia.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Kementerian Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia.
Kementerian Luar Negeri
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.
Kementerian Belia dan Sukan
Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara,
Perbadanan Stadium Merdeka.
Kementerian Pengajian Tinggi
Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga Akreditasi
Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku Abdul Rahman.
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan Negara,
Perpustakaan Negara Malaysia.
Kementerian Kesihatan
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara,
Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat
Penyelidikan Klinikal.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia,
Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
Kementerian Pelancongan
Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia,
Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Lembaga Perlesenan
Tenaga Atom.

You might also like