You are on page 1of 1

LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI AKTIVITI
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

Tarikh : 1 Ogos 2017 / Selasa

1. Isu / perkara yang difokus :
Mengeja perkataan (Pertandingan Spelling Bee)

2. Analisis isu / perkara yang difokus:
2.1 Kekuatan :
- Perkataan yang diberi merupakan tajuk yang tidak asing bagi murid.
- Murid telah belajar semua perkataan yang diberi (terkandung dalam buku teks)
- Murid amat bermotivasi dan teruja untuk mengambil bahagian
- Segelintir pelajar masih dapat mengingati perkataan yang diberi dan mampu mengeja
dengan betul.

2.2 Kelemahan

- Murid agak lemah dalam aspek kosa kata. Hal ini menyebabkan, murid tidak tahu
mengeja perkataan dengan betul.

- Murid tidak faham makna perkataan yang diberi walaupun telah diajar.

3. Cadangan penambahbaikan

Disebabkan kelemahan-kelemahan di atas, saya telah mengambil langkah untuk
menegaskan kepada murid untuk berlatih perkataan-perkataan dalam buku teks sebagai
persediaan peperiksaan dan juga penambahan kosa kata. Saya juga telah mengingatkan
murid agak tidak lupa menggunakan kamus untuk merujuk maksud perkataan yang tidak
difahami.