You are on page 1of 19

KERTAS KERJA PEMOHONAN

PENUBUHAN, PERSATUAN
BUNGA BESTARI SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI
KEMBANGAN, SELANGOR
DARUL EHSAN

1
1.0 PENDAHULUAN

Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa.


Landskap merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen
semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan
hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam
buatan.

Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan ini menubuhkan sebuah kelab iaitu Kelab Bunga
Bestari. Kelab Bunga Bestari adalah sebuah kelab yang dapat memberi peluang kepada
murid-murid untuk mengilhamkan bakat dan kreativiti mereka dalam mereka bentuk mini
landsakap. Secara tidak langsung Kelab Bunga Bestari ini juga dapat mewujudkan
persekitaran sekolah yang ceria dan indah dengan mini-mini landskap yang dihasilkan oleh
murid. Selain itu, dengan tertubuhnya kelab ini, ia dapat menjimatkan kos pihak sekolah
daripada membayar agensi luar dalam membina landskap disekolah.

2.0 MATLAMAT

2.1 Penubuhan Kelab ini adalah satu inisiatif untuk memperkembangkan bakat dan
kreativiti murid bermula dibangku sekolah.

2.3 Penubuhan persatuan ini juga adalah untuk memulihara landsakap yang sedia ada
dan membina pelbagai landsakap baru bagi mencantikkan kawasan sekolah.

2.2 Murid bersama-sama guru akan bekerjasama dalam menghasilkan aktiviti ini.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektifnya adalah :

3.1 Mencungkil bakat murid dalam seni rekaan landskap dari peringkat sekolah rendah..
3.2 Memberi pendedahan awal dalam bidang reka bentuk landskap.
3.3 Melahirkan nilai berkerjasama dalam kalangan murid dan guru.
3.4 Memupuk kemahiran kreatif dan inovasi murid disekolah.
3.5 Menceriakan persekitaran Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan.

2
4.0 RASIONAL

4.1 Murid Sekolah Seri Kebangsaan Seri Kembangan mempunyai murid-murid yang
minat dalam seni reka bentuk ini. Hal ini, kerana murid sekolah ini selalu menyertai
pertandingan reka bentuk yang dianjurkan oleh pihak luar.

4.2 Disokong sepenuhnya oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan.

4.3 Kawasan sekolah yang lapang dan terbiar begitu sahaja.

5.0 KUMPULAN SASARAN (Rujuk lampiran 1)

Kumpulan sasaran terdiri daripada:

Terdiri daripada murid tahun 5 dan 6

Seramai 50 orang : 30 murid lelaki

: 20 murid perempuan

6.0 PENUBUHAN PERSATUAN

6.1 STRUTUR JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Siti Kamisah Binti Harun (Guru Besar)

Naib pengerusi : En. Mohd Tahir Bin Seman (P. Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha : Cik Nurul Hashimah Binti Abu Hassan

Guru Pembimbing : En. Rahman Bin Khamis

Bendahari : Pn. Kalsom Binti Daud

AJK 1 : En. Mohd Faris Bin Hassan

AJK 2 : En. Zaki Bin Deris

3
6.2 PERANAN AJK

SENARAI AJK BIDANG TUGAS


Memastikan setiap ahli jawatankuasa
menjalankan tugas.
Pengerusi
Memastikan setiap kesalahan
diperbetulkan.
Membantu pengerusi.
Naib Pengerusi
Menjalankan tugas bersama pengerusi

Mengumpul dokumentasi
Mencatat sebarang maklumat
Setiausaha
Membuat laporan
Menyediakan kertas kerja
Mengumpul dana
Bendahari
Menyediakan bajet yang diperlukan.

6.3 JENIS PERSATUAAN

Persatuan berbentuk bukan akademik. Melalui persatuan ini murid akan diberi
bimbingan dan latihan asas berkaitan reka bentuk mini landskap. Murid didedahkan apa itu
landskap kejur dan landskap lembut. Murid akan dibantu guru dalam pemilihan bahan untuk
membina landskap. Pada mulanya, murid dilatih untuk membuat mini landskap kerjur terlebih
dahulu iaitu penggunaan bahan yang bukan semulajadi seperti siar kaki. Setelah murid sudah
menguasai reka bentuk landskap kejur baru murid akan dilatih untuk membina landskap
lembut yang menggunakan elemen semulajdi seperti air, tanah dan tumbuh-tumbuhan.

6.4 CIRI-CIRI AKTIVITI PERSATUAN BUNGA BESTARI

Antara ciri aktiviti ialah:

Menceriakan kawasan sekolah oleh murid-murid sekolah itu sendiri.


Dikenakan yuran Rm5.00 setiap bulan kepada semua ahli persatuan Bunga Bestari.
Berperanan mengeratkan hubungan guru murid disekolah.
Mengharumkan nama sekolah dengan persekitaran yang cantik dan indah.
Pertandingan antara kelas dapat dianjurkan disekolah.
Aktiviti yang lebih besar adalah pertandingan antara sekolah atau zon.

4
6.5 PERKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM PERSATUAAN

Kepentingan kokurikulum seklah sudah termaktub dalam pengajaran Akta Pelajaran 1961 dan
Akta Pendidikan 1996.

7.0 KAEDAH PENUBUHAN PERSATUAN

7.1 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN

CACATAN
LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB

Tempoh seminggu
Guru menerima surat arahan
1 daripada guru besar untuk Penasihat Persatuan
menubuhkan persatuan

Menyediakan
Satu mensyuarat diadakan perlembagaan
dengan ahli jawatankuasa kecil dan peraturan
2 Penasihat persatuan
dalam kalangan guru-guru Motto dan logo
penasihat.
Visi dan Misi

5
Pandangan dan
Memaklumkan guru besar hasil nasihat daripada
perbincangan dengan guru guru besar
3 penasihat berhubung dengan Penasihat persatuan
keperluan logistik.

Menyediakan kertas kerja


4 penubuhan Persatuan Bunga Penasihat Persatuan
Bestari
Membentangkan kertas kerja
Mesyuarat ahli
dan memohon kelulusan dalam
5 jawatankuasa
mesyuarat.

Borang
Mengisi borang penbuhan Penasihat persatuan penubuhan
6
persatuan dan guru Tempoh
seminggu
Menerima surat arahan
7 Persatuan
pertubuhan
Borang
8 Mendaftar ahli persatuan Guru persatuan pendaftaran ahli

Melaksanakan mensyuarat
9 Guru persatuan
pertama dengan ahli

6
7.2 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

Guru menerima surat


arahan daripada guru
besar untuk menubuhkan
persatuan

Satu mensyuarat diadakan dengan ahli


jawatankuasa kecil dalam kalangan guru-
guru penasihat.

Memaklumkan guru besar hasil


perbincangan dengan guru penasihat
berhubung dengan keperluan logistik.

Menyediakan kertas kerja penubuhan


Persatuan Bunga Bestari

Membentangkan kertas kerja dan


memohon kelulusan dalam mesyuarat.

Mengisi borang penbuhan persatuan

Menerima surat arahan pertubuhan

Mendaftar ahli persatuan

Melaksanakan
mensyuarat pertama
dengan ahli

7
7.3 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN PERSATUAN

PERATURAN-PERATURAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN BUNGA BESTARI


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Persatuan: PERSATUAN BUNGA BESTARI

b. Alamat: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN

PERATURAN 2 LOGO PERSATUAN

Keterangan yang terdapat pada logo adalah seperti di lampiran 1.

PERATURAN 3 MATLAMAT
Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk mengasah dan
memperkembangkan lagi bakat murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri
Kembangan dalam kemahiran seni rekaan khususnya reka bentuk mini
landskap. Melalui persatuan ini juga murid akan memperolehi pelbagai ilmu
dan kemahiran baru yang tidak dapat diperolehi didalam bilik darjah.
PERATURAN 4 OBJEKTIF
4.1 Mencungkil bakat murid dalam seni rekaan landskap dari peringkat sekolah
rendah.

4.2 Memberi pendedahan awal dalam bidang reka bentuk landskap.

4.3 Melahirkan nilai berkerjasama dalam kalangan murid dan guru.

4.4 Memupuk kemahiran kreatif dan inovasi murid disekolah.

4.5 Menceriakan persekitaran Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan

PERATURAN 5 KEAHLIAN
5.1 Dibuka kepada murid tahun 5 dan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri
Kembangan
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan
persatuan ini.

8
PERATURAN 6 GURU PENASIHAT
6.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
6.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
6.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 7 AHLI JAWATANKUASA


7.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
7.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
7.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
7.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
7.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
7.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
7.7.1 Pengerusi
7.7.2 Naib Pengerusi
7.7.3 Setiausaha
7.7.4 Penolong Setiausaha
7.7.5 Bendahari
7.7.6 Penolong Bendahari
7.7.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 8 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


8.1 Pengerusi
8.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
8.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
8.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

9
8.2 Naib Pengerusi
8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
8.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
8.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

8.3 Setiausaha
8.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
8.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
8.3.3 Mencatat kehadiran ahli
8.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
8.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
8.4 Penolong Setiausaha
8.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
8.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

8.5 Bendahari
8.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
8.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
8.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
8.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
8.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
8.6 Penolong Bendahari
8.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

8.7 Ahli Jawatankuasa


8.8.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.
8.8.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

10
PERATURAN 9 KEWANGAN
9.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui yuran yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang
sebulan.
9.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui perutukan ko-
kurikulum sekolah.

9.3 Persatuan juga membuat permohonan dari tajaan luar.

PERATURAN 10 KEHADIRAN/PENYERTAAN

10.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti dan mensyuarat


yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
10.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 11 AKTIVITI
11.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
11.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 12 PERATURAN-PERATURAN
12.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
12.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
12.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 13 TINDAKAN DISIPLIN


13.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan
tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
13.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
13.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan
Guru Penasihat adalah muktamad.

11
PERATURAN 14 PINDAAN PERLEMBAGAAN
14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,
Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya
jika perlu.
14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 15 PEMBUBARAN PERSATUAN


15.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
15.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 16 HAL-HAL LAIN


16.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti
yang dijalankan.
16.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

12
8.0 IDENTITI PERSATUAN

8.1 LOGO DAN MAKSUD LOGO

13
Maksud logo

SIMBOL MAKSUD

6 Kelopak Bunga Melambangkan 5


Prinsip Persatuan Ini Iaitu :
Yakin
Teguh
Kreatif
Keadilan
Berinovasi
Berdaya Saing

Melambangkan Nama Persatuan Ini.

Bulat Dibahagian Tengah Melambangkan 1


Ketua Dalam 1 Kerja Berpasukan.

8.2 MOTO
Teguh dalam keyakinan kreatif dalam kerja

8.3 VISI DAN MISI

Visi

Peneraju murid kreatif dan berinovasi.

Misi

1. Melahirkan murid yang berbakat dan kreatif.


2. Menyediakan murid yang mempunyai daya saing yang tiggi.
3. Mewujudkan budaya sekolah yang mencintai alam sekitar dan sekolah.
4. Mewujudkan persekitaran sekolah yang nyaman dan indah.

14
8.4 LAGU

Taman yang indah,

Udara yang segar,

Indahnya pandangan

Sekolahku ceria,

Bunga-bunga mekar,

Harum baunya,

Menjadi hiasan mata,

Taman impianku

Kreativiti, inovatif

Itulah visi dan misi kami

Kelab Bunga Bestari. (2x)

8.5 PRINSIP PERSATUAN BUNGA BESTARI

Yakin
Teguh
Keadilan
Kreatif
Berinovasi
Berdaya Saing

15
Disediakan Oleh:

..
(NURUL HASHIMAH BINTI ABU HASSAN)
Setiausaha,
Persatuan Bunga Bestari,
Sekolah Kebangsaan Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

Disemak oleh Pen. Kanan Hal Ehwal murid:

..
( )

Disahkan oleh Guru Besar :


..
( )

16
SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN ( Lampiran 1 )

BIL NAMA KELAS


1. Adila Binti Ma'arof Tahun 5
2. Anis Wardah Binti Yusri Tahun 5
3. Chee Kar Mei Tahun 5
4. Fatin Afyqah Binti Roszlan Tahun 5
5. Goh Qin Kai Tahun 5
6. Keffeny Ann A/P Joseph Tahun 5
7. Kwan Pei Ling Tahun 5
8. Lai Xianyie Tahun 5
9. Mohamad Mukmin Ezfar B Mohamed Yusoff Tahun 5
10. Muhammad Husni Bin Mohamad Mahayudin Tahun 5
11. Noor Athirah Qurratu' Aini Binti Mohd Noor Leza Tahun 5
12. Norfadzilah Binti Sulaiman Tahun 5
13. Nur Amanina Binti Azhari Tahun 5
14. Nur Hawa Binti Roslee Tahun 5
15. Nur Syahirah Binti Md Nasir Tahun 5
16. Nurul Atiqah Binti Mohd Jaafar Tahun 5
17. Qurratu A`Yun Binti Hashim @ Fauzi Tahun 5
18. Siti Nur Ezzah Binti Abd Shukor Tahun 5
19. Siti Nuraskinah Bt Sheikh Luji Tahun 5
20. Adila Binti Ma'arof Tahun 5
21. Anis Wardah Binti Yusri Tahun 5
22. Chee Kar Mei Tahun 5
23. Ahmad Fahmi Bin Ahmad Fauzi Tahun 5
24. Cetrawanda Aming Tahun 5
25. Helfren Filex B. Mapansing Tahun 5
26. Helianty Masil Tahun 5
27. Mohd Nazri Bin Merikan Tahun 5
28. Muhammad Afif Bin Zakaria Tahun 5
29. Muhammad Azim Bin Sulaiman Tahun 5
30. Nur Farhani Binti Ibrahim Tahun 6
31. Mohamad Rasydan Bin Mohamad Yusoff Tahun 6
32. Mohamad Zul Aizat Bin Awang Tahun 6

17
33. Mohd Amar Izzat B Mohd Razali Tahun 6
34. Mohd. Aimi Aizat Bin Ayidulbahri Tahun 6
35. Muhammad Farizal Bin Nazri Tahun 6
36. Muhammad Naqiuddin Bin Karim Tahun 6
37. Noor Amalina Binti Hassan Tahun 6
38. Nur Anati Binti Nor 'Azam Tahun 6
39. Mohamad Rasydan Bin Mohamad Yusoff Tahun 6
40. Mohamad Zul Aizat Bin Awang Tahun 6
41. Mohd Amar Izzat B Mohd Razali Tahun 6
42. Mohd. Aimi Aizat Bin Ayidulbahri Tahun 6
43. Azma Waznah Bt Adnan Tahun 6
44. Dg Siti Hasanah Binti Hassan Tahun 6
45. Francisca Jonis Tahun 6
46. Hanna Daniela Frederick Tahun 6
47. Nur Zawani Binti Mokhtar Tahun 6
48. Nurul Hidayah Binti Morni Tahun 6
49. Siti Nur Syahirah Binti Mohd Bakri Tahun 6
50. Tan Kuan Tee Tahun 6

18
19

You might also like