You are on page 1of 9

Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidikan Barat dan tempatan

mengenai takrifan pengajaran pemulihan sehingga kini sebahagian besar daripada negara-
negara yang mengamalkan pengajaran pemulihan mempunyai definisi dan dasar yang
disesuaikan dengan keadaan tempatan. Oleh sebab tidak adanya satu istilah yang sejagat
dan sesuai bagi semua negara, satu cadangan pernah dikemukakan kepada Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu agar pihak UNESCO dengan kerjasama negara-negara yang
berkenaan mengadakan satu istilah yang asas bagi kanak-kanak lambat yang pelbagai
kategori ini.

Kini pelbagai definisi yang berbeza tentang pengajaran pemulihan diberikan,


walaupun liputan dan asas definisi-definisi itu memperlihatkan banyak persamaan antara satu
dengan lain. Antara definisi awal ialah definisi yang dikemukakan oleh Pringle (1966) iaitu
pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang
mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,
melalui latihan yang sistematis dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Definisi ini hampir sama dengan definisi yang diberikan oleh Albewhite (1977) yang
mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh
kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi.
Beliau

menegaskan bahawa:

By remedial teaching is meant teaching which is based in a different

diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.

Menurut Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan
pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu
kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas
di sekolah

seperti membaca, menulis dan mengira. mi disimpulkan oleh Collins sebagai:

Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic

school subjects of reading, spelling and number.

Kaedah pengajaran ini istimewa bagi murid-murid tertentu sahaja. Definisi ini selari dengan
pendapat Creber (1974), beliau mentakrifkan pengajaran pemulihan sama dengan
pengajaran imbuhan. Menurut beliau, pemulihan kadangkala merupakan pengalaman-
pengalaman yang tidak dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975), mendefinisikan


pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi
keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pemelajaran dikalangan
murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Persatuan ini juga mengatakan

pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan
dan segi pemelajaran dalam kelas khas disekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri
oleh murid secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus

oleh guru pemulihan.

Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa pengajaran
pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang
didapati menghadapi masalah dalam pemelajaran. Menurut beliau:

Remedial education is regarded as the kind of education required to

meet needs which are the result of learning disabilities, that is,

learning failure which cannot be explained by any reference to

inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.


Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagaithe ambulance of
educational system. Dengan sebab itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu
pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada
waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi
berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.

Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan
untuk membaharui teknik pengajaran dan pemelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan
amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat. Selain definisi pendidik dan Barat,
terdapatjuga definisi yang telah diubahsuaikan oleh ahli pendidik tempatan mengikut
kepenluan tempatan.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling

KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran


pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pemelajaran
munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran
asas

membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah
menerima latihan khas dalam bidang ini.

Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational Innovation for
Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pengajaran
pemulihan ialah:

a process in which children with learning problems are given

practical alternatives and effective approaches (programme) in education.


Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang
lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi masalah pemelajaran. Pusat
Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), dalam konteks KBSR

Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu


murid yang menghadapi masalah pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat
dikesan dan ditentukan.

Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979
mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan
kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf
pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal. Sharifah (1979)
pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah
yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.

Akhir sekali Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran
yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam
kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang
diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang
melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur
serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan
dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk


membantu murid-murid lambat dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus
ketinggalan dalam proses pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan
mereka yang lain.
Pendapat tentang sejauh manakah penglibatan pentadbir program pemulihan telah Berjaya
membawa kecemerlangan program pemulihan di sekolah Malaysia.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata
lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik perlu mempunyai ciri-ciri khusus tertentu
dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. Kejayaan
sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang
mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Dalam dunia pendidikan
pemulihan di Malaysia semua pihak telah memainkan peranan yang penting untuk
menjayakan program pemulihan di sekolah.

Kementerian Bahagian Jabatan


Pendidikan Pendidikan Pendidikan
Malaysia Khas Negeri

Pejabat
Pengurus
Guru Besar Pelajaran
sekolah
Daerah

Guru
Pemulihan

Rajah 1: Struktur Organisasi Program Pemulihan di Malaysia.


Antara pihak yang terlibat di dalam menghasilkan Program Pendidikan Pemulihan yang
berkesan ialah BPK. Ini bermaksud Bahagian Pendidikan Khas iaitu bawah KPM. Seterusnya
JPN adalah Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Pegawai Pelajaran Daerah (PPD).
Pentadbir- pentadbir ini memainkan peranan yang amat penting dalam pelaksanaan program
pemulihan.

Pertamanya adalah peranan BPK. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025 bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh tiga orang Timbalan
Pengarah serta seorang Ketua Penolong Pengarah. BPK membawa visi iaitu pendidikan
berkualiti menjana kecerlangan murid berkeperluan khas selarasdengan sistem pendidikan
kebangsaan. Misi BPK pula ialah untuk membangunkan modal insan berkeperluan khas yang
cemerlang berasaskan sistem pendidikan yang berkualiti, memberi penekanan kepada
perkembangan potensi diri, membina keupayaan berdaya saing, memupuk pengamalan
penerapan nilai murni danmelebarkan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

Peranan bahagian Pendidikan Khas KPM adalah memberi kelulusan untuk membuka
kelas pemulihan khas. Seterusnya menjalankan latihan untuk guru pendidikan khas dan juga
menyediakan kewangan untuk pengurusan program pendidikan khas. Dengan peranan
seperti ini pendidikan program pemulihan khas dapat dilaksanakan dengan begitu baik. Selain
daripada setiap sekolah dapat kelulusan untuk membuka kelas pemulihan dan juga
menetapkan seorang guru pemulihan. Dengan mengadakan guru pemulihan maka kita dapat
elakkan murid-murid menjadi buta huruf. Maka BPK menjalan peranan yang amat baik dan ia
telah pun memberikan kesan yang begitu efektif kepada prestasi murid pemulihan.

Tambahan pula, menurut garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas JPN
juga memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan program pemulihan. Peranan
yang paling utama JPN adalah memastikan semua sekolah rendah diperuntukkan dengan
satu jawatan Guru Pemulihan Khas dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan
guru asas seperti di dalam kelayakan peruntukan guru. JPN juga berperanan dalam
memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khasnegeri ditubuhkan dan berfungsi
sepenuhnya serta memastikan guru-guruPemulihan Khas di negeri melaksanakan Program
Pemulihan Khas dengan berkesan di sekolah masing-masing.Selain itu, JPN juga memainkan
peranan yang penting dalam menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama
untuk sasarankerja tahunan JPN serta memastikan semua Guru Besar atau pentadbir
memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas agar perjalanan program ini
berjalan dengan lancar dan berkesan. Untuk mengurangkan jumlah murid yang belum
menguasai kemahiran 3M di peringkat negeri, JPN berperanan untuk membuat unjuran. JPN
juga dikehendaki memberi penekanan agar Guru Besar memastikan pengajaran dan
pembelajaranPemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing
sertamemastikan guru-guru Pemulihan Khas dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri.

Akhir sekali, JPN juga memainkan peranan penting dalammenjalankan pemantauan


secara berkala di Program Pemulihan Khas yang terdapat di sekolah dalam negeri masing-
masing bagi memastikan.JPN juga perlu membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang
belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira di peringkat daerah
serta memberi penekanan kepada Guru Besar supaya memastikan pengajaran dan
pembelajaran pemulihan didalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing. Kesannya
adalah kita dapat mengatasi masalah murid tidak boleh meguasai 3M. Dengan ini apabila
mereka mahir dalam kemahiran 3M maka murid-murid tersebut boleh membaca,menulis dan
mengira seperti murid murid normal. Prestasi murid dan juga sekolah akan naik jika setiap
sekolah Berjaya melaksanakan rogram pemulihan dengan baiknya.

Seterusnya menurut Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas ( Masalah


Penguasaan 3M ) peranan PPD adalah menjalankan pemantauan secara berkala ke Program
Pemulihan Khas yang terdapat di sekolah yang terletak di dalam daerah masing-masing.
Setelah menjalankan pemantauan, PPD juga berperanan dalam menyediakan laporan
berkala mengenai pencapaian Program Pemulihan dan diserahkan kepada JPN. Kesannya
adalah Program pemulihan ini dapat dijalankan dengan baik. Seperti contoh dengan
pemantauan ini fail-fail berkaitan dengan pemulihan akan diberi perhatian dan juga setiap
sekolah yang mempunyai program pemulihan akan melaksanakan tugasnya dengan
bertanggungjawab.

Seterusnya adalah peranan pentadbiran sekolah. Peranan pertamanya adalah


mengenal pasti dan menentukan guru LINUS dan juga membentuk dan melantik
jawatankuasa kerja LINUS di sekolah dan dipaparkan di papan kenyataan. Tambahan pula
peranan Guru Besar dalam memastikan keberkesanan Program Pendidikan Pemulihan ialah
memastikan Program Pemulihan Khas berjalan mengikutSurat Pekeliling / Surat Siaran yang
sedang berkuatkuasa. Guru Besar juga perlu menjadikan keberkesanan Program Pemulihan
Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT) serta memastikan semua
gurumemahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Guru Besar juga
ditugaskan untuk membuat unjuran bagi mengurangkan murid yang belum menguasai
kemahiran pada pertengahan dan akhir tahun sertadimaklumkan kepada semua guru semasa
mesyuarat guru.Dengan ini program pemulihan dapat dilaksanakan dengan Berjaya. Objektif
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga berjaya apabila semua pihak pentadbiran
memainkan peranan dengan baik untuk mengukuhkan program pemulihan khas. Oleh sebab
program pemulihan khas memberikan kesan yang positif maka Negara kita akan maju jika
kita semua bekerjasama dalam menjayakan program tersebut.

You might also like