Berikan dua dokumen penting yang mesti dirujuk oleh guru bagi

memahami Kurikulum Sains Rendah.Apakah tujuan utama setiap dokumen
tersebut

Dua dokumen penting yang mesti dirujuk oleh guru bagi
memahami Kurikulum Sains Rendah ialah Standard pembelajaran dan
Standard kandungan. Standard kandungan merupakan pernyataan yang lebih
terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam satu tempoh dalam satu tempoh persekolahan. Manakala standard
pembelajaran merupakan indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur.

Tujuan standard diwujudkan adalah untuk memastikan semua murid
melepasi standard ditetapkan, Melalui standard kandungan dan standard
pembelajaran, guru dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid
dapat mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di sekolah.