You are on page 1of 107

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan
kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. Dunia Tanpa Sempadan adalah satu istilah
yang sinonim dengan internet. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di
era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada
pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari
hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan. Setiap
sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sama juga seperti internet, ia
juga mempunyai kebaikan dan juga keburukan jika menggunakannya terlalu kerap ia akan
mengakibatkan ketagihan.

Antara kebaikan penggunaan internet kepada pelajar ialah melalui internet, kita akan menerima
maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga
bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta
grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Melalui cara ini, pelajar
lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
Dengan ini, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana
sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera. Malah,
penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos perbelanjaan dan
juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan
tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku, mereka boleh melayari internet sahaja untuk
mencari sumber rujukan yang betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos
dan masa. Ia juga tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka.

Selain itu, pelajar juga dapat menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal ini kerana
laman social seperti Facebook dan Twitter kini telah menjadi virus epidemik dalam kalangan pelajar
di seantera dunia. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat mahupun pendapat melalui
kenalan daripada laman sosial. Tambahan pula, pelajar boleh menggunakan internet sebaik-baiknya
dengan mencari pelbagai latihan untuk dijadikan latihtubi untuk persediaan peperiksaan. Malah jika
pelajar stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka boleh mencari hiburan
yang mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika di internet.

Di sebalik kecanggihan internet yang banyak memberikan kebaikan selaras dengan perkembangan
semasa namun banyak juga keburukan yang boleh didapati di internet yang boleh meracuni minda
pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah mereka bebas melayari laman
web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering
menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan. Keseronokan menonton bahan lucah
mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas.
Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses
pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk
hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa
yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari
laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.

Seterusnya, penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja
menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan
dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini
lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Malah pelajar akan jadi malas kerana badan
tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan
prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang
kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting
untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Selain menjadikan
remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan
pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau
pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh
hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau
mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Di samping itu, isu
ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang
tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu
banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli
politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari
penipuan di internet.

Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat
dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda atau
pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat
penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak tertentu perlulah mengambil
tindakan untuk mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan pelajar supaya pelajar
tidak cenderung kepada masalah social. Malah, dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan
dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu
yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.
KARANGAN BM SPM - KEPENTINGAN KOMPUTER

Kepentingan Komputer Dalam Kehidupan.

Laras sains.

Pendahuluan,
a. Manusia hari ini banyak bergantung dengan alat-alat canggih.
b. Kemajuan teknologi melengkapkan lagi kehidupan manusia.

Isi-isi penting,

Operasinya cepat dan pantas,


a. Menjimatkan masa pengurusan.
b. Banyak maklumat dapat disimpan dalam disket yang kecil.
c. Penting untuk bidang pentadbiran dan perniagaan.

Mempertingkat pengurusan kerja.


a. Mudah memproses data.
b. Mempertingkat produktiviti pengurusan melalui urusan persuratan, penyimpanan dan
pengesanan.
c. Penting untuk pejabat-pejabat kerajaan.

Untuk menggerakkan robot.


a. Mudah melaksanakan kerja-kerja teknikal.
b. Sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja yang berbahaya.
c. Boleh bertindak tepat dan pantas seperti dilaksanakan di Jepun.

Penggunaan dalam bidang perdagangan,


a. Mengurus penyimpanan, pengeluaran wang secara automatik.
b. Dapat menjimatkan penggunaan tenaga manusia.
c. Kerja cepat dan pantas.

Digunakan bagi kerja-kerja mengesan penyakit.


a. Merawat penyakit dengan laser.
b. Berguna untuk penyelidikan tenaga nuklear dan satelit.
c. Berguna untuk kawalan lalu lintas udara, kaji cuaca dan penerokaan angkasa lepas.

Kesimpulan,

a. Memberi banyak faedah.


b. Masyarakat yang ingin maju perlu alat ini.
c. Negara dapat dibangunkan dengan cepat.
Pengaruh Teknologi Dalam Kehidupan
Oleh : Rionaldo Aureri Linggautama

Pada era globalisasi seperti yang terjadi pada saat ini, teknologi sudah menjadi salah satu
unsur bagian dalam kehidupan. Dimana seperti yang kita tahu bahwa kemajuan teknologi
informasi seperti sekarang ini memang memberikan dampak yang sangat berarti kepada pola
hidup manusia.

Saya sebagai mahasiswa Teknik Informatika senantiasa mendukung dan turut


mengembangkan Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) untuk memudahkan pekerjaan
dan memecahkan persoalan dalam kehidupan sehari-hari.

Secara umum pengertian dari Teknik Informatika adalah suatu teknologi atau merupakan
suatu sarana yang digunakan untuk mengolah data, termasuk memproses, mendapatkan,
menyusun, menyimpan, memanipulasi data dalam berbagai cara untuk menghasilkan
informasi yang berkualitas, yaitu informasi yang relevan, akurat dan tepat waktu, yang
digunakan untuk keperluan pribadi, bisnis, dan pemerintahan dan merupakan informasi yang
strategis untuk mengambil keputusan.

Pengaruh dari kemajuan teknologi, khususnya dari kemajuan teknologi informasi terbagi
mejadi dua macam, yaitu dampak positif dan dampak negatif. Semua itu kembali lagi pada
cara manusia itu sendiri untuk berfikir dan bagaimana dia memanfaatkan kemajuan Teknik
Informatika (TI), apakah untuk sesuatu yang bersifat membangun dan bermanfaat (positif)
atau untuk hal-hal yang tergolong salah atu kearah negatif.

Perkembangan Teknologi Informasi dan Komunikasi (TIK) terus meningkat seiring


kebutuhan manusia. Dengan berkembang dan majunya TIK pekerjaan dan masalah-masalah
yang kita hadapi jadi lebih mudah diselesaikan, tetapi menurut saya, perkembangan dan
penggunaan TIK dalam kehidupan sehari hari itu seperti peribahasa api kecil jadi kawan,
jika besar menjadi lawan. Karena jika perkembangan dan penggunaan TIK diterapkan secara
tepat dan benar, maka akan menimbulkan dampak positif yang sangat berguna bagi manusia.
Tetapi, jika penerapanya salah atau terlalu berlebihan, maka dapat menimbulkan dampak
negatif.

Berikut contoh dampak positif dari perkembangan dan penggunaan TIK :

Pada zaman dahulu, jika kita ingin berkomunikasi dengan orang lain harus
menggunakan surat yang dikirim melalui pos. Tetapi, zaman sekarang kita hanya
tinggal menggunakan dunia maya. Contoh : sms,line,Whatsapp, Blackberry
Messenger, dsb.
Dulu untuk menghitung, kita menggunakan cara manual, lalu berkembang dengan
menggunakan sempoa, dan sekarang menggunakan kalkulator.
Dulu untuk melakukan transaksi jual beli (berdagang) kita harus datang ke tempat,
tetapi sekarang, kita dapat menggunakan media online, kita tidak perlu bertemu Face-
to-Face antara penjual dan pembeli.

Tak kalah pentingnya, harus juga diperhatikan dampak negatif dari perkembangan dan
penggunaan TIK.
Berkut beberapa contoh dampak negatif dari perkembangan dan penggunaan TIK :

Kebergantungan terhadap teknologi, misalkan handphone, dan itu dapat menimbulkan


radiasi yang dapat membahayakan kesehatan tubuh
Kecanduan akan dunia maya dapat membuat manusia menjadi pasif dalam dunia
nyata. orang yang aktif dan jago berkomunikasi di dunia maya, belum tentu dapat
berkomunikasi di dunia nyata sebaik ia berkomunikasi melalui dunia maya.
Terbiasanya penggunaan teknologi dapat membuat kita malas dan dapat mengurangi
daya kemampuan diri kita. Contoh : dalam berhitung, orang yang selalu menggunakan
kalkulator dalam menghitung akan kalah kemampuan berhitungnya dengan orang
yang jarang menggunakan kalkulator.
Dapat menimbulkan tindakan kejahatan. Contohnya : saat kita membeli barang
melalui media online, terkadang barang yang sampai belum tentu sama dengan apa
yang kita pesan (yang diiklankan oleh penjual).
PAKAIAN TRADISIONAL
PENDAHULUAN
Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai
bentuk dan warna. Dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu hinggalah kain
songket diRaja yang antik.
Pada zaman dahulu penduduk pribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada
kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamadun lama kain tenunan dan batik
melayu oleh orang kenamaan dan kerabat diRja.Dengan ketibaan pedagang asing
pakaian serta kain seperti sutera cina,pelikat dan jubah arab diperkenalkan di negara
ini.
Kini pakaian tradisional seperti kebaya Melayu,sari India dan cheongsam Cina masih
digunakan dengan meluas di Malaysia.
Budaya pemakaian tradisional semakin dilupakan.Oleh itu,budaya memakai pakaian
tradisional seharusnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek
panas.Jika dilihat,kebanyakkan remaja Melayu di zaman era globalisasi ini lebih
menyukai pakaian ala-ala barat.Mereka tidak sedar dengan perbuatan yang sebegitu
sebenarnya sedikit sebanyak menghakis budaya pemakaian pakaian tradisional
sesebuah kaum itu sendiri.
Dalam erti kata lain,berbanggalah dengan pakaian tradisional kita sendiri kerana itu
dapat melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu sendiri.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU LELAKI


Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju
Kurung Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang.
Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-
kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.
Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi.
Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampin dan
songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia
dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
Baju Kurung Cekak Musang merupakan pakaian adat Negeri Sembilan dari songket
jalur berdiri. Pakaian ini diperlengkap dengan sampin bunga penuh dan tengkolok
ikatan Dendam Tak Sudah. Manakala Baju Kurung Teluk Belanga dilengkapi dengan
tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU PEREMPUAN

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu
mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud
pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa
oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan
sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit
perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.
Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang
dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari
bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.
Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai
dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang
yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah
kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula
lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di
Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher
berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga
berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah
kancingnya yang berbutang itu.

Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan
dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan
dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan
kain selendang atau tudung kepala.

Oleh:Amirah Haziqah Abd Malak 207675

Tiada ulasan:

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA LELAKI

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita
separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar
dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar
baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA PEREMPUAN

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa
Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama Cheongsam
bererti pakaian panjang, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi
Guangdong (Canton) di Tiongkok.Cheongsam merupakan gaun khas masyarakat Cina yang
melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional
banyak menggunakan bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang
umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan sebagainya. Motif-motif
tersebut mempunyai makna-makna tertentu dan hanya dapat dikenakan kaum sosial tertentu
sahaja:
Peony
Selama lebih dari 5000 tahun, motif bunga peony umum dikenakan wanita China. Bunga
yang juga menjadi bunga nasional bangsa China ini memiliki simbol kekayaan dan
kesejahteraan
Teratai
Dalam tradisi China, bunga teratai merupakan lambang pengorbanan yang sakral. Pada
masyarakat Tibet, teratai mencerminkan kecantikan yang suci.

Bunga krisan
Bagi masyarakat china, bunga krisan adalah perlambang panjang umur.

Ikan
Ikan juga merupakan lambang kesejahteraan.

Burung
Motif burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian. Namun motif burung tertentu
melambangkan kelas sosial pemakainya. Burung phoenix misalnya, hanya bisa dikenakan
oleh keluarga inti kerajaan. Misalnya permaisuri dan putri kaisar. Motif burung merak bisa
dikenakan wanita bangsawan tingkat dua, sedangkan motif bebek mandarin bisa dikenakan
kelas sosial berikutnya.

Oleh:Wang Mei Ru 206400

4 ulasan:

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Seperti masyarakat lain di Malaysia,kaum India juga tidak terlepas daripada mempunyai
pakaian tradisional mereka yang tersendiri.Berikut adalah beberapa contoh pakaian kaum
India yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
SARI
Sari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela
panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan
sama dengan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau setentang
dengnannya.Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam
diletak di atas bahu kiri.Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat berfungsi menyokong
kain sari tersebut daripada terlucut.
SALWAR KAMEEZ
Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan
pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus
panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang
sesuai warnanya.
KURTA
Kurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlis-majlis
rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India
lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta
diperbuat daripada kain kapas atau linen.
DHOTI
Dhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India.Dhoti berbentuk
segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 ela dan dapat membaluti
seluruh pinggang si pemakainya.Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju
yang labuh.
Oleh:Saidatul Nadhirah Awal Ludin 207603

PAKAIAN TRADISIONAL BABA NYONYA

Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah
datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campure seperti ini telah
melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.

Pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya memakai pakaian
kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corak-
corak yang kelihatan seakan-akan renda yang halus. Hiasan utama baju kebaya adalah
sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah
dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk lubang.Oleh hal yang demikian, menghasilkan
hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan,
hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.
Hingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum Nyonya yang memakai kain sarung dan
kebaya. Pakaian nyonya merupakan satu simbol identiti bagimasyarakat Baba. Pakaian ini
dapat membezakan kaum Baba dari Cina dan Baba yang lumrahnya memang tidak memakai
sarung dan kebaya.
Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina bukan Baba mula berjinak jinak dengan
sarung sehingga sebilangan kecil masyarakat Cina bukan Baba telah dapat menyesuaikan diri
dengan memakai sarung.
Masih terdapat perbezaan di antara di dalam pemakaian masyarakat Baba dengan masyarkat
Cina di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba memerlukan 3 pasang kerongsang untuk
dijadikan butang yang mana budaya yang diwarisi masyarakat Melayu tidak mempunyai
butang.

PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan
kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif
etnik samada dari tenunan, jalinan manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik
yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.
Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu. baju ini
dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak. Wanita Melayu pula memakai Baju
Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam. Lelaki Melanau pula memakai baju
satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa.
Wanitanya memakai Bajau Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak
serta hiasan diri dari emas dan perak juga.

Pakaian Lelaki Iban

Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala
memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.
Pakaian Perempuan Iban
Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang.
Perhiasan diri dari perak seperti ringgit gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi.

Pakaian Perempuan orang Ulu

Banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari
baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan
telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

Pakaian lelaki Bidayuh

Baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh
dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.
Pakaian lelaki Melanau
Dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala
sengkulon dari Jawa.

Pakaian Perempuan Melanau

Pakaian pengantin zaman silam Serebaeng atau Bajo Baban ini digayakan wanita Melanau
berketurunan Sembilan Pikul. Bajunya dari kain satin atau baldu dan selendang yang dihiasi
kepingan perak dan emas. Kain sarung songket jong sarat dan memakai tali pinggang serta
pending.

PAKAIAN TRADISIONAL SABAH

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun,
Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian,
Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional mereka boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu
zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai
semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman
moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu
seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan serta untuk acara-acara
kebudayaan.
Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional
mereka.Oleh itu,penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam
adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai
daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Sesetengah pihak mengatakan bahawa
penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di
waktu itu.

Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau
cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian
lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-
manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang
berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang
dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak,
tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk
mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan
dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan
tangan serta kaki.
Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai
pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-
terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup
kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa
apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah
sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segi empat yang dipakai
dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula
memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang
dilakukan.

LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN BUDAYA PEMAKAIAN PAKAIAN


TRADISIONAL.

Cara yang paling efektif dalam memartabatkan warisan budaya Malaysia melalui
mempromosikannya.Cara-cara mempromosikannya ialah menganjurkan pelbagai
pameran,mengadakan forum,memberikan ceramah,menyediakan poster,membina papan iklan
serta menyediakan dan mengedarkan risalah. Menghasilkan dokumentasi,menganjurkan
lawatan kebudayaan dan festival kebudayaanserta program pertukaran belia antarabangsa.
Selain itu,langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan mengadakan program pertukaran
budaya. Hal ini kerana,sesuatu kaum itu tidak hanya terhad dalam pengetahuan budaya
masyarakat mereka sahaja. Pendedahan sebegini amat penting dalam mengekalkan budaya
pemakaian pakaian tradisional yang seharusnya diwarisi daripada generasi kepada satu
generasi yang akan datang.
Pada masa yang sama,kerajaan juga harus sama memainkan peranan dalam mengekalkan
budaya pemakaian tradisional ini sebagai contoh Kementerian Kesenian,Kebudayaan dan
Pelancongan. Langkah-langkah dalam memastikan pengekalan ini ialah seperti
mempopularkan kembali pemakaian tradisional, mengadakan pertunjukan pemakaian
tradisional,setiap negeri juga harus memainkan peranan supaya dapat menarik minat rakyat
Malaysia supaya mencintai pakaian tradisional bangsa mereka sendiri.

Oleh:Muhammad Ariff Yusof 206157

1 ulasan:

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya , pakaian tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita


walau di mana sekali pun kita berada . Seperti di Malaysia , pakaian tradisional
melambangkan kebudayaan sesebuah kaum itu sendiri . Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak . Jika diteliti , terdapat pelbagai jenis
pakaian yang terdapat dalam sesuatu kaum itu sendiri . Sebagai contoh , dalam masyarakat
Melayu pakaian tradisional yang paling popular adalah baju kurung bagi perempuan dan baju
melayu bagi lelaki . Bagi masyarakat Cina pula adalah cheongsam bagi perempuan dan samfu
bagi lelaki . Manakala , dalam masyarakat India , sari dipakai oleh perempuan dan dhoti serta
kurta bagi lelaki . Berbanding dengan penduduk di Semenanjung Malaysia , masyarakat di
Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan daripada segi pakaian tradisional kerana setiap
pakaian tradisional kaum-kaum tertentu tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri yang
boleh dibanggakan . Terdapat pelbagai kaum di Sabah seperti kaum Iban , Kadazan-Dusun ,
Melayu-Brunei dan sebagainya yang mempunyai pakaian tradisional masing-masing yang
akan dipakai pada upacara tertentu terutamanya pada hari-hari perayaan . Begitu juga dengan
kaum-kaum lain yang terdapat di Sarawak seperti kaum Melanau , Bidayuh , Murut , Kelabit
dan banyak lagi .
Oleh itu , kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kepelbagaian budaya
yang terdapat di Malaysia . Kita juga sepatutnya mengkaji sejarah-sejarah kebudayaan yang
terdapat di negara kita sendiri supaya minda kita tidak terlalu disempitkan dengan sejarah
budaya bangsa sendiri sahaja . Setiap pakaian tradisional melambangkan sesuatu kaum di
Malaysia . Hal ini kerana, daripada pengamatan terhadap pakaian seseorang itulah kita dapat
mengagak individu tersebut berasal daripada kaum apa. Tetapi kini , masyarakat Malaysia
telah menunjukkan perpaduan hati dan budaya kerana pakaian tradisional tidak lagi terhad
kepada kaum tertentu sahaja , malah masyarakat dari kaum-kaum lain juga boleh
mengenakan pakaian yang sama . Bersama-samalah kita menjayakan slogan "1Malaysia"
yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita yang kelima , YAB Datuk Seri Najib Tun Abd
Razak ke arah mencapai wawasan 2020 seperti yang pernah diutarakan oleh mantan Perdana
Menteri yang keempat , Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa mengira perbezaan warna kulit,
bahasa , bangsa dan agama anutan masing-masing kerana kita semua adalah "1Malaysia".
MAKANAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di


Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan
tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada
makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong
Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini
semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan
tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara
kita.

Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh


mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan
demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya.
Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada
musim-musim perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin
menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk
cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini,
kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini.
Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di
seantero dunia.

TRADISI MAKANAN MELAYU

NASI LEMAK :

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak
dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala
daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan
aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis
goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
RENDANG :

Rendang adalah masakan yang berasal dari kumpulan etnik Minangkabau


Indonesia, dan sekarang umumnya dilayani di seluruh negara. Salah satu makanan
istimewa budaya Minangkabau, itu disajikan pada acara-acara istiadat dan untuk
menghormati tetamu .. Juga popular di Malaysia dan Singapura, rendang secara
tradisional disusun oleh masyarakat Malaysia selama perayaan. Rendang Walaupun
kadang-kadang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama ini kadang-kadang
digunakan untuk hidangan daging kari di Malaysia, rendang otentik apa-apa seperti
kari Dalam sastera klasik Malaysia, rendang disebutkan dalam Hikayat Amir
Hamzah . seawal tahun 1550-an.

SATE :
Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara
khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk
pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan
pada abad 19.
Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang
dijual, antaranya:

1. Sate arnab
2. Sate perut
3. Sate pedal
4. Sate kerang
5. Sate ikan
6. Sate ampai-ampai

MAKANAN TRADISI KAUM INDIA

MURUKU :

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan
chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku
ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan
dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk
disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa
seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum
menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku
sebagai chakri di negara tersebut.

TOSAI :
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay,
dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai
jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional
ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh

didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan
tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan
malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal


dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam
tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

VADAI :

Vadai adalah sejenis makanan orang India selatan yang lebih enak dimakan
bersama chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat
daripada kacang dal dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras
dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Vadai perlu digoreng dengan minyak
masak yang banyak dan biasanya terdapat hirisan cili hijau, cili merah, daun kari dan
bawang merah didalamnya.

MAKANAN TRADISI KAUM CINA

KUIH BULAN :

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah
kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti
Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan
pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat
kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming,
bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang
mengambang, mereka membuat kuih

yang berbentuk bulat beramai-ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan


pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan
Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada
setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai
Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang
manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur
masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat
sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan
tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan
mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

GUANG BING (KOM PIA):

Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk
askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara
China. Rasanya seperti French

Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan
yang popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan
inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup
bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba

CHAR KWAY TEOW :


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat
daripada kuey teow (shh fn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas
dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala
hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa
setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang
memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak
biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
KARANGAN SPM BAHAGIAN B ~ PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahan untuk tatapan
generasi akan datang.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional
dalam kalangan masyarakat Malaysia.

RANGKA KARANGAN
ELEMEN 1 ELEMEN 2
Peranan Pelbagai Pihak Memartabatkan permainan tradisional (Kesan
/ Kebaikan)
Ibu bapa - suri teladan - membelikan anak-anak dapat mewarisi permainan tersebut
permainan tradisional - menurunkan ilmu daripada ibu bapa / nenek moyang mereka
cara-cara bermain - cth, gasing, congkak dan tentang teknik-teknik atau cara-cara bermain
wau.

Sekolah - menganjurkan kelab permainan pelajar dapat mendominasi permainan


tradisional - menyediakan lebih banyak tradisional dan dapat melahirkan pelapis
alatan tradisional - menjemput pihak luar muda yang mahir dengan permainan ini
yang mahir dengan permainan tradisional -
cth, mengenal nama permainan, cara
bermain.

Media massa - menghebahkan permainan menaikkan imej negara serta negara luar akan
tradisional melalui surat khabar, televisyen, tertarik dengan negara kita
majalah, radio dan internet - menyiarkan
iklan - cth, layang-layang tercantik, teng-
teng, congkak

Kerajaan - menubuhkan pusat permainan generasi muda kini dapat melestarikan


tradisional - mengadakan karnival - permainan tradisional sebagai warisan serta
mengadakan kempen - cth, festival layang- permainan tradisional akan menjadi popular
layang antarabangsa, jom main permainan dan dikenali seantero dunia.
tradisional

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, ini adalah peribahasa yang perlu kita jadikan
pegangan dan panduan dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh
tertentu. Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa permainan tradisional semakin
ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan masa kini. Pada masa yang sama, permainan
elektronik semakin diagung-agungkan dalam kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks
ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh
permainan elektronik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat seantero dunia.
Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk melihat satu-satunya warisan daripada nenek
moyang kita hilang begitu sahaja secara perlahan-lahan tanpa kita sedari, ibarat daun kering
yang terbang ditiup angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat sekarang semakin jatuh
jauh ke dalam kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa kita sedar atau tidak
banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan bagi seseorang itu sendiri. Persoalan
yang sering menerjah dan menerawang di gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan
pelbagai pihak untuk memartabatkan lagi permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia? Antara peranan pelbagai pihak yang boleh dilakukan ialah menganjurkan kelab
permainan tradisional dan mengadakan kempen untuk mengangkat martabat permainan
tradisional ke satu tahap yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian, pelbagai prakarsa yang
konkrit, sistematik lagi pragmatik akan dikupas serta dibugar dengan lebih terperinci demi
kemaslahatan semua pihak yang masih tercari-cari tongkat mereka untuk dijadikan panduan.

Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu bapa memainkan peranan yang
signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda
khususnya anak-anak. Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa sering menjadi suri teladan
untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Hal ini adalah kerana, setiap
perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membelikan anak-anak permainan tradisional
sebagai hadiah atau buah tangan sekiranya ibu bapa pulang dari bekerja di luar daerah seperti
congkak dan gasing. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menurunkan ilmu yang dipelajarinya
satu ketika dahulu kepada anak-anak mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh
membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan permainan tradisional.
Peribahasa yang berkaitan dengan hal ini ialah melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Secara langsung, anak-anak dapat mewarisi permainan tradisional daripada ibu bapa mereka
tentang teknik dan cara- cara bermain. Sekiranya, ibu bapa memainkan peranan mereka
maka, permainan tradisional ini akan kekal sepanjang zaman walaupun sudah berdekad
lamanya. Tegasnya, peranan ibu bapa amat signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan
permainan tradisional yang semakin ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke
generasi.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan pihak sekolah juga merupakan salah satu
usaha yang penting untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di
Malaysia. Dalam konteks ini, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah supaya
pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional kerana tak kenal maka tak cinta.
Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab permainan tradisional sejak dari
awal lagi supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Dalam hal ini,
untuk menarik minat pelajar menyertai program-program yang dianjurkan, pihak persatuan
boleh menjemput tetamu dari luar yang mahir dalam permainan tradisional untuk
membimbing mereka tentang cara dan teknik bermain permainan tradisional yang betul.
Secara langsung, para pelajar dapat mendominasi permainan tradisional dengan lebih baik
lagi kerana jauhari juga yang mengenal manikam. Tambahan pula, pihak sekolah boleh
mengadakan acara dan pertandingan yang menarik yang boleh disertai oleh para pelajar dan
guru. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak alatan
permainan tradisional yang boleh digunakan di sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk
menggunakan alatan permainan tradisional. Secara tidak langsung, para pelajar akan lebih
mendekatkan diri dengan permainan tradisional dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri
setiap pelajar. Begitu juga halnya dengan pengekalan permainan tradisional yang perlu
ditekankan oleh setiap pihak agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Izharlah bahawa, pihak sekolah mestilah memainkan peranan untuk memartabatkan
permainan tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ialah media massa perlu memainkan
peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk memartabatkan permainan
tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Umum mengetahui bahawa, media massa
merupakan satu medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu berita dengan cepat, tepat dan
sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak media massa boleh menghebahkan tentang permainan
tradisional melalui surat khabar, majalah,radio,internet dan televisyen. Tambahan pula, media
massa boleh menganjurkan pertandingan melalui program seperti jom heboh dengan tawaran
hadiah yang lumayan. Yang paling nyata ialah apabila media massa memaparkan iklan-iklan
yang menarik mengenai permainan tradisional kita maka, masyarakat dari negara luar akan
tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang permainan tradisional ini. Daripada
realiti ini dapat kita katakan bahawa media massa mampu mendominasi seluruh masyarakat
di setiap ceruk rantau dunia. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah sukan sepak takraw yang kini telah diangkat sebagai salah satu acara
sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu piala dunia. Dalam hal ini dapat
kita lihat bahawa negara luar seperti Thailand kini telah menguasai sukan sepak takraw dan
mampu menandingi Malaysia. Impaknya, media massa yang memaparkan sukan ini dapat
mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat seantero dunia tanpa
mengira perbezaan latar belakang, agama, bangsa dan negara. Jelaslah bahawa, media massa
perlu bergerak dengan lebih giat lagi dalam usaha untuk memartabatkan permainan
tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia agar diangkat lebih
tinggi hingga ke peringkat antarabangsa dan membuka mata dunia tentang keistimewaan
negara yang bernama Malaysia.

Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan peranan yg penting dalam


mengekalkan permainan tradisional. Beritik tolak daripada itu, pihak kerajaan seperti
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dapat mengekalkan permainan tradisional
dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan. Sebagai
analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang
permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman. Pada masa yang sama,
pihak kerajaan boleh memperluaskan permainan tradisional negara Malaysia sehingga ke
peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat dapat membuka mata bahawa permainan
tradisional juga dapat dibawa ke peringkat antarabangsa dan mendapat perhatian di mata
dunia. Sebagai contohnya, permainan wau dan layang-layang. Tambahan pula, ramai
pelancong asing melawat ke Malaysia untuk melihat pertandingan layang-layang yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban tahun. Secara eksplisitnya, rakyat Malaysia
tidak mudah untuk melupakan permainan tradisional yang semakin pudar di mata rakyat.
Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh memperkenalkan program Cintai Permainan
Tradisional agar rakyat mampu menyelami dan mempelajari permainan tradisional dengan
lebih mendalam. Dengan cara ini, permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada
zaman akan datang. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan permainan
tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia hingga ke tahap
antarabangsa.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirul kalam seluruh
masyarakat Malaysia tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti
permainan tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini. Jika semua pihak berganding
bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu ini akan dapat ditangani oleh
masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini akan tetap diamalkan dari generasi ke
generasi akan datang. Tambahan pula, kita sebagai pewaris khazanah negara tidak mungkin
akan membiarkan permainan tradisional ini terus menjadi sejarah yang hanya diketahui
namanya sahaja dan tiada siapa pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik bermain
permainan tradisional untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan datang. Bertitik
tolak daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil inisiatif yang
pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat memanifestasikan generasi pewaris negara
yang tidak akan melupakan warisan mereka seperti kacang lupakan kulit. Dalam konteks ini,
generasi sekarang perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat menyanjungi
dan menghargai warisan negara sejak dari rebungnya lagi. Pada masa yang sama, masyarakat
Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan warisan negara ini sentiasa
terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur dihati, fikiran dan diri
masyarakat itu sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu daripada
semua pihak dan bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan
batuk di tangga sahaja. Kendatipun demikian, kita masih perlu menjangkau sehabis tangan
bagi mempertahankan khazanah warisan tinggalan nenek moyang kita yang ulung ini agar
tidak dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah kita sama-sama menjangkau sehabis tangan
untuk mencorakkan masa depan negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan
misi dan visi kudsi Wawasan 2020.
CIRI CIRI PELAJAR CEMERLANG

Berderap seiring berjalan pulang,


Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan
kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan
aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan
dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang,
bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi
pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan
seharian mereka.

Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah
dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan
sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru
mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan
menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan
dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang
pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih
kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik
kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi
pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka
tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa
pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.

Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di
dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian,
Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai
panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar
yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia
adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai
nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh,
seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap
Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu,
jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak
terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan
tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang
dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji
pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar
aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual
aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama
24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal
ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan
horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang
cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak
menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul
dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa
pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan
mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.

Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan
ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang
diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping
meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang
pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses
tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong
kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar
cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek
yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri
mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika
mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh
kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang.
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan
tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini
demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala
cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai
sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu,
wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup
berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan
aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana
apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih
mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka.
Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan
mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk
berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan
diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan
haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar
sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada
diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.

Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah
sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana,
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan
dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa
melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan
persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja
dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana
otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai
sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform
mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang
dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan
catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum
untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.

Intihanya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu
berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara.
Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan
menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang
cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
Contoh karangan

LATIHAN 1
Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya
murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam
peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri
mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya
menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah
yang akan menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah
menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan bak kata orang tua-tua sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
berguna. Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya
saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?
Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di
bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah
tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya.
Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif
ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan
suasana bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak
langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-
apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah
yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak
ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau
tajuk yang saya kurang fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah
mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah
disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya
terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya, memberi
tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah yang
diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan.
Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan
menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya
ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu
kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan
supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran
dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya
mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah
hampir kerana peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan
pula, kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah
membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal
kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah masa itu
emas dan masa yang lalu tidak akan kembali maka mereka tidak dapat menghabiskan
semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan
memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki nanti.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan
membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara
berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, practice makes perfect.
Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi,
praktis asas kecemerlangan. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu
jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan
dalam hidup.saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang
kaji sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak
langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan.
Saya juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain dan sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit. Saya akan
belajar bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk
memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata
pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya mengulang kaji
pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
nanti.
Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di
sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya
juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana
bak kata pepatah malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Malahan,
jika saya tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka
bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula,
jika terdapat sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga
akan menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang
telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu,
saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk
mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program
yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam
program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-
jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan
saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah
satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa.
Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan
kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara
kerana saya berpegang pada prinsip, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.
Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi.
Seseorang yang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam
hidupnya, tentu dia telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu
tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat
penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba
beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar,
tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan
sayatidak akan mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya dan
saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, Tuhan hanya akan
menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa, Kenyataan ini pasti benar
kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada
nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu.
Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh
itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa
dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun,
saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa,
restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa
kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya
mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu
bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala
pemberianNya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya
tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar
masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam
peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam
yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan
masa depan kita, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar
berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam
bara api biar sampai jadi arang.
LATIHAN 2
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat.
Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau
memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Betapa pun kita
mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan
pergantungan kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan orang yang dekat dengan kita
sejak lahir. Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga
menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita.
Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik,
bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang
menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup
berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau
pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran Sepakat Membawa Berkat. Jadi,
kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat
kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Walau
bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat
kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat, semakin meluntur. Oleh itu, semua lapisan
masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif
wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat
majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini
tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti
gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu
bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti
gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat
berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan
seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai
aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik.
Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran.
Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa
kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan.
Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk
semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau role model yang baik kepada anak-
anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu
bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing atau ke bukit sama di
daki, ke lurah sama dituruni dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk
mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa
mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka.. Apabila
mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain
mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-
masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan
beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga,
setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau
dikurangkan dengan bantuan orang lain. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka
ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga
itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka,
mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil
berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik,
sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah
terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-
anak bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara
satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang
sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan
rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-
masing di negara ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari
Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan
acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan
sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya
malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan
mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah
diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan
membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan
masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam
diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak
menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan
mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh
diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni
walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa
anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah
dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan.
Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang
sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita
mestilah berpegang teguh pada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Jadi, melalui
lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran
kita dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang.
Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa
mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri
anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam
aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari
Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap
diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa
anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan.
Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup
berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang
teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan
sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti
Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung,
Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan
Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat
tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini
seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam
peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-
menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti
sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam
setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan mmmembentuk
perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah
mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan
ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati
dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita
perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-
baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata Jiran Sepakat
Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita
berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas,
barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan
semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap
masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa
terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang
maksudnya, Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang
lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu kenal-mengenali.

LATIHAN 3
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk
pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai
kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.
Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia
sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat
dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara
hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok
Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan
kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam
menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.
Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ,
terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan
melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan
negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat
bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya
boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah
merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat
menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang erat
antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap
kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau
buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada
anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui
lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat
membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut
mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan
bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat
penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan
bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku
berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak.
Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan
sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke
laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi
penawar.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan kepada anak-
anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan
pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan
sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara
kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul,
tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang
tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh
membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara,
atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati
agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat
patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan
generasi muda yang berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa
atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda
yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan
cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk
Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang
Inggeris. Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang
terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara
kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka
sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-
anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang
diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai maklumat yang tepat,
anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa
teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu melalui sejarah lalu
timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari
peluang atau kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-
anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah
bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah
didengarnya terutama tentang sejarah negara. Tegasnya, ibu bapa perlu melaksanakan
tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan
negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan
sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat
disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita
tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat
melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-
sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan
dapat dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa
banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti
sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk
melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara
tidak langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni
yang bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak
menyambut hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat
patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis
Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah yang dapat diberikan oleh
seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Hal ini amat
jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan
personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan
bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.

LATIHAN 4
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan
berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang
mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu,
untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi,
kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang
melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan
ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak,
air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta
bernutrisi kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah
kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya
biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak,
sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa
juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana
minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula
yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan
yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan
anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat
kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama
toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap
serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari
dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging,
berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja,
senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa
pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mreka dapat meningkatkan
kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas.
Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak
supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk
membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan
sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu
mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit
menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka
dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa
mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit
yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi nasihat
doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan
secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri
pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan
asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup
juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau
penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas
kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan
baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih
semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan
mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung
dalam diri anak-anak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa
kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga
perlu mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka.
Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada
sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-
royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli
keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di
taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan
persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-
agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat
pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat
takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa
dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka sekaligus akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih
bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau
menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka
menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa digalakkan
menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga.
Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria
dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi
memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi
berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat
mengikut agama masing-masing akan memberi impak psikologi yang positif.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang
itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif
menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda
kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran
terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif
daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka
mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa
pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di
luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup
sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik dan
pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif menangani cabaran merupakan
asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa
perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga
ataupun rakan-rakan. Hari ini kita siha, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu
bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat
demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan
bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu
amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung
kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan
kepada diri pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi
orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan
pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang sihat.
Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang
diri pesakit dan dapat mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan
bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi
orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang
sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-
anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu
direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan
mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-
kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada
masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari
persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak
bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka
dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa
adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah
dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa
perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak.
Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini
sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh
anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup
sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan
sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal
yang dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang
berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

LATIHAN 5
Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.
Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya
masyarakat kita?
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam
kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus
terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu
berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan
menabuing ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat
menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak
jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan
bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam
memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan
berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai
budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan
efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa
yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam. Ibu bapa merupakan orang yang
pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia
ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang
kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-
anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-
anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada
wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak
membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan
kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-
kanak sebelum kudis menjadi tokak.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak
bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu
anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu
bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan
menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan
mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini,
amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak.
Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah
muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun
keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini,
sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu
bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit
demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk.
Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai
contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi
menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam
pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang.
Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas
rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di
sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah yang
berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini
sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi
memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.

Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus
diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang
dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara
penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat
menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang
boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh
diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk
menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan
untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, semua orang memerlukan pujian. Dengan
hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang
baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu,
mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar
pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa
harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung
sudah terang seperti murai berkicau hari siang.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus
menabung wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak
bahawa pada setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos.
Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah
terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat
menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk
menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan tidak pandai
menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang diberikan
oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan,
begitulah kuihnya.
Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika
berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum, Kawan merupakan
magnet sakti yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa
harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang
kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya
kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa
binasa. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan
golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak
hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh
wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan
diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan
dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam
memastikan amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan
Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi. Peribahasa Melayu pula menunjukkan ada
padii semua jadi, ada beras semua deras. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya
wang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus
menyemai sifat menabung dan menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup.
Pembentukan generasi muda barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui
negara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani.
Air bersih, ikannya jernih

LATIHAN 6
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak,
seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak
mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa
sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan
melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-
anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang
dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah
tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan
abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan
selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan
anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang
berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-
anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang
bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti
dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup
dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab
memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa
bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal
ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala
tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir
sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga
mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila
anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap
rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar.
Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya
anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada
setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan
tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi
perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak
yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan
agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak
kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat
sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.
Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk
kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang
buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami
peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil
didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan
agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk
anak-anak belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu
bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini,
ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak
akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-
anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap
untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga
perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu
bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai
buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah
ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam
diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai
kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga
mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak
sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk
mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah
sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini
penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin,
ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak
pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu,
ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak
walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik
kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan
anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan
menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan,
pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran
dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah
anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-
anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum
nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan
anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka
terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

Latihan 7
Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius. Huraikan pendapat
anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan tuliskan
cadangan-cadangan tentang peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.
Masalah gejala sosial semakin meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini. Dalam
surat khabar sering dipaparkan berita tentang golongan remaja yang terlibat dengan gejala
sosial ini. Gejala sosial dapat ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial dan kekeliruan yang
timbul dalam kalangan remaja akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik
yang pesat di negara ini. Contoh gejala sosial yang berlaku ialah ponteng sekolah, remaja lari
dari rumah, penagihan najis dadah, vandalisme gengsterisme dan melepak. Masalah gejala
sosial ini telah menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pemimpin sehingga menimbulkan
kebimbangan tentang masa depan para remaja. Menurut Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali
dalam bukunya Ihya Ulumuddin, sekiranya kita ingin melihat masa depan negara, maka
lihatlah pada diri remajanya. Seandainya baik diri remaja maka baiklah masa depan negara.
Sebaliknya, buruk diri remaja maka hancurlah masa depan sesebuah negara. Persoalannya,
apakah punca-punca yang menyebabkan gejala sosial ini dan apakah cadangan-cadangan
untuk menangani gejala sosial ini?
Salah satu punca yang menyebabkan gejala sosial ialah ibu bapa yang terlalu sibuk
dengan kerjaya dan urusan seharian. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak dapat
memberikan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak
berasa dirinya kurang diambil berat dan kurang diberi perhatian oleh kedua-dua ibu bapanya.
Sebagai contoh, ibu bapa tidak mempunyai masa untuk bertanya masalah anak-anak sama
ada di sekolah ataupun di rumah. Apa yang menyedihkan, terdapat ibu bapa yang tidak
bekesempatan langsung untuk berbual-bual mesra dengan anak kerana semasa keluar untuk
bekerja terlalu awal dan apabila balik dari kerja, hari sudah malam dan ada kemungkinan
anak-anak telah memasuki untuk tidur. Ibu bapa mungkin bertembung sebentar semasa
bersarapan. Keadaan ibu bapa yang sibuk boleh mewujudkan kerenggangan antara ibu bapa
dengan anak-anak kerana anak-anak tidak mendapat sepenuh belaian kasih sayang daripada
ibu bapa. Menurut pakar psikologi, remaja yang tidak mendapat belaian kasih sayang
daripada ibu bapa mudah terlibat dalam masalah gejala sosial seperti ponteng sekolah,
melepak dan menonton video lucah. Jelasnya anak-anak berbuat demikian untuk
mendapatkan perhatian ibu bapa.
Selain itu, masalah gejala sosial berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan didikan
agama yang sempurna kepada anak-anak. Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa tidak
mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak. Terdapat sesetengah ibu bapa
yang mengharapkan pihak lain terutamanya pihak sekolah dan guru memberikan didikan
agama kepada mereka. Pengabaian pendidikan agama akan menyebabkan remaja tidak
mempunyai asas panduan hidup dengan kukuh. Sebagai contoh, remaja mungkin hidup dalam
keadaan terumbang-ambing. Mereka tidak dapat menilai baik buruk sesuatu perkara yang
dilakukan oleh mereka. Remaja juga sanggup melakukan apa-apa sahaja dan mudah
terpengaruh dengan situasi yang kurang sihat. Kecetekan ilmu agama ini menyebabkan
remaja kurang kesedaran dan keinsafan diri sehingga menyebabkan mereka mudah
terjerumus dalam gejala sosial. Jelasnya, ibu bapa yang tidak memberikan didikan agama
yang sempurna kepada anak-anak turut menyumbang berlakunya masalah gejala sosial.
Di samping itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan bertengkar di hadapan anak-anak
turut menyumbang kepada kepincangan institusi keluarga sehingga menyebabkan gejala
sosial dalam kalangan remaja. Ibu bapa yang sering bergaduh di hadapan anak-anak boleh
menyebabkan anak-anak berasa bosan dan menghadapi tekanan di rumah. Rumah bagi anak
bagaikan neraka kerana anak-anak tidak dapat menikmati kedamaian atau ketenangan di
rumah. Anak-anak akan menganggap ibu bapa tidak lagi mengambil berat tentang keadaan
diri mereka. Suasana ketegangan seperti ini menyebabkan wujudnya kerenggangan hubungan
antara ibu bapa dengan anak-anak. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kedua-dua ibu
bapa bercerai-berai. Apatah lagi sekiranya, ibu bapa tersebut telah berkahwin lain dan telah
mempunyai anak dengan pasangan lain. Anak-anak hasil perkahwinan yang pertama ini akan
menjadi mangsanya. Mereka kehilangan kasih sayang ibu bapa dan hidup tanpa belaian kasih
sayang seorang ayah atau ibu. Keadaan inj boleh menyebabkan jiwa anak-anak memberontak
dan sebagai jalan keluar, anak-anak mungkin mencari seseorang untuk meluahkan perasaan
dan melepaskan tekanan yang dihadapinya. Sebagai contoh anak-anak yang kehausan kasih
sayang daripada ibu bapa ini akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak
baik. Keadaan ini boleh membawa anak-anak atau remaja terjerumus dalam kancah gejala
sosial. Tegasnya, kehidupan rumah tangga yang tidak aman, sering bergaduh dan berpecah-
belah turut menyebabkan anak-anak terlibat dalam masalah gejala sosial.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang turut mempengaruhi remaja
terlibat dalam masalah gejala sosial. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya biasanya
tidak ada tumpuan terhadap keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa kesunyian
kerana tidak ada tempat untuk mengadu atau menceritakan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Oleh sebab itu, anak-anak akan mencari seseorang teman atau rakan sebaya untuk
menceritakan masalah mereka. Remaja yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa
dan tidak mendapat asas didikan agama akan lebih mudah terpengaruh oleh ajakan rakan
sebaya. Menurut pakar psikologi, anak-anak remaja lebih mudah meniru, mencontohi dan
terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya kerana mereka mempunyai nilai, sikap, identiti dan
perasaan yang hampir sama. Kumpulan rakan sebaya ini biasanya mempunyai prinsip dan
setiap ahli kumpulan akan akur dan patuh kepada kumpulan tersebut. Kebanyakan remaja
berasa bimbang kerana disingkirkan daripada kumpulan rakan sebaya. Oleh sebab itu, remaja
sanggup melakukan apa-apa sahaja kehendak anggota kumpulan rakan sebaya. Sebagai
contoh, seandainya rakan sebaya mereka melepak atau ponteng sekolah, remaja tersebut
sudah pasti mencontohi kelakuan tersebut. Dalam hal ini, nasihat ibu bapa tidak akan ambil
peduli. Sekiranya, ibu bapa memarahi mereka, remaja ini sanggup lari dari rumah mengikuti
rakan sebaya mereka. Jelasnya pengaruh rakan sebaya yang tidak baik turut menjerumuskan
remaja dalam masalah gejala sosial.
Untuk menangani masalah gejala sosial ini, ibu bapa perlulah memberikan sepenuh
perhatian dan tumpuan terhadap rumah tangga dan anak-anak. Ibu bapa perlulah memberikan
kasih sayang dan mengambil berat tentang anak-anak. Ibu bapa juga perlulah selalu
berhubung dengan pihak sekolah untuk menanyakan perkembangan diri anak-anak dan
pelajaran mereka di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana rumah
tangga yang aman damai agar anak-anak dapat menyatakan rumahku syurgaku. Ibu bapa
juga perlulah mengelakkan pergaduhan di hadapan anak-anak supaya anak-anak akan
menghormati mereka. Ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak agar anak-
anak dapat mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. Bak kata pepatah bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Apabila wujud kasih sayang terhadap anak-anak, anak-anak akan berasa
diri mereka dihargai dan diambil berat. Ibu bapa yang berjaya memahami jiwa anak-anak dan
ditambah pula dengan kemahiran keibubapaan mampu wujudnya sebuah rumah tangga yang
bahagia. Suasana ketenangan dan dilimpahi kasih sayang dapat menjadi tarikan kepada anak-
anak agar tidak terjerumuskan diri dalam gejala sosial atau terpengaruh oleh ajakan rakan
sebaya yang tidak sihat.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memberi didikan agama yang secukupnya
kepada anak-anak sejak kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya dan
asas pendidikan bermula dari rumah. Anak-anak ibaratkan seperti sehelai kain putih dan
ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain putih tersebut. Oleh sebab itu, ibu bapa
perlulah memberi didikan agama kepada anak-anak agar anak-anak dapat menghayati ajaran
agama dan nilai murni dalam kehidupan. Didikan agama yang sempurna mampu membentuk
keperibadian dan budi pekerti yang mulia kepada anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak akan
sentiasa menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kerana mereka
memiliki keinsafan dan kesedaran diri yang tinggi. Anak-anak akan sentiasa bertutur dengan
cara lemah lembut dan penuh hormat terhadap ibu bapa dan orang yang lebih tua. Anak-anak
yang ada asas didikan agama sentiasa akan menjaga tindak- laku dan tidak akan
meninggalkan solat dan mereka akan membesar sebagai seorang remaja yang mempunyai
pinsip dan jati diri serta tidak akan terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak sihat.
Jelasnya, didikan agama yang sempurna mampu melahirkan anak-anak yang keperibadian
mulia dan mereka akan berasa malu sekiranya mereka melakukan sesuatu yang boleh
mencontengkan arang ke arah muka ibu bapa.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah mengambil berat persahabatan anak-anak mereka
dengan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana ibu bapa boleh mengawal disiplin mereka. Ibu
bapa perlulah memastikan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengetahui tujuan dan sebab-sebab anak-anak mereka keluar
rumah dan balik lewat ke rumah. Ibu bapa juga jangan terlalu memberi kebebasan yang
keterlaluan dalam bergaulan untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan anak-
anak yang bermasalah di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah selalu
berhubung dengan guru-guru kelas atau guru pelajaran anak-anak mereka di sekolah untuk
mengetahui tingkah laku dan prestasi akademik mereka di sekolah. Menurut seorang Ahli
Fikir Islam, Ibn Sina, hendaklah setiap ibu bapa meletakkan anak-anak mereka dalam
kalangan anak-anak kelakuannya yang berakhlak mulia. Anak-anak yang sentiasa dikawal
oleh disiplinnya dan pergaulannya oleh ibu bapa sejak kecil, anak-anak ini akan membesar
dalam suasana yang baik dan berbudi pekerti mulia.
Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa masalah gejala sosial
memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu ditangani segera oleh
semua pihak terutamanya ibu bapa. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah
bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anak-anaknya. Saya berharap anak-anak
juga perlulah mempunyai kesedaran dan keinsafan serta tahu menghargai segala pengorbanan
yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tegasnya, masalah gejala sosial perlu ditangani
daripada peringkat akar umbi agar tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga
menjejaskan nama baik negara di persada masyarakat.

Latihan 8
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.
Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-
anak.

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan


universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi
mereka . Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak
merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab
untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan berasa
bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak
mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna
pada kain tersebut. Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam
pembentukan sahsiah anak-anak ?

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-
anak dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak . Pepatah
sering menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya . Peribahasa ini jelas
menunjukkan bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi agar anak-anak dapat membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam
perlakuan negatif . Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan
antara baik dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan
membesar dengan perpandukan ajaran agama . Didikan agama yang sempurna merupakan
benteng yang ampuh untuk mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial.
Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan didikan agama akan
menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya . Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga
mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku
yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa
pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada
anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik . Hal ini demikian
kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang mudah mencontohi sebarang bentuk
perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain, sekiranya ahli
keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat
dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih
dewasa rajin membaca , sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana demikian akan
mencontohi perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah
menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar
ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Pernyataan di atas
jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh
dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat
awal. Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah
pembentukan akhlak anak-anak. Anak anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa
yang baik , tidak akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau
menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling bekerjasama
dan berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia . Dalam hal ini , ibu
bapa perlulah memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri anak-anak bagai menatang
minyak yang penuh agar anak-anak tahu menghargai hidup untuk saling berkasih sayang .
Ibu bapa perlu meletakkan panggilan manja untuk anak-anak seperti panggilan Kak Long
atau Abang Long bagi anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya
kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga
perlu diajarkan kepada anak-anak supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap
kali menerima bantuan. Ibu bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam
melakukan sesuatu perkara dan kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang
saling bekerjasama . Perbuatan seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah
dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk
mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan dapat
melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.

Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan
bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak
lebih bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh
baju, menggosok pakaian dan menyimpan baju dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar
supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka .
Hal ini amat penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang
dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar
anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam
berbelanja . Anak-anak yang sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar
sebagai seorang yang sederhana sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu
perkara. Anak-anak juga melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan
apa-apa balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang berpandangan
jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat dilahirkan sekiranya ibu
bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan bertanggungjawab .

Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak
khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu
mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang
rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh
yang besar terhadap masa depan anak-anak kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip,
nilai dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang
sepenuhnya kepada anak-anak . Hal ini demikian kerana anak-anak yang diberi kebebasan
penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh
menconteng arang di muka keluarga . Oleh itu , ibu bapa perlulah mengenal pasti perubahan
yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap masa agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal,
bak kata pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah
mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan mengetahui tujuan
anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah pasti
masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah memantau serta
mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan


peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak
yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab untuk mendidik
anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri
mereka dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan
sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa harus
membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan
dan keperibadian mereka. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur untuk
melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia.

Latihan 9
Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja
belum mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat
tersebut.
Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan
anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar
membaca bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah
hiburan dan animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan
seperti buku-buku motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi,
Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang
tidak tahu akan kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa
membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda
untuk berfikir sedangkan majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok
untuk dibaca kerana pembacaan bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam
masa senggang sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah
kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu,
bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus operandi yang
boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa
anak-anak ke pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC
yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak
untuk membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku
yang menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-
buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk
membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina
pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca
buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara
tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu,
anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan sejarah negara lain. Hal
ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar.Tegasnya, usaha ibu
bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif
yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku
dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek
membaca. Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan
menyediakan persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-
buku ilmiah. Ibu bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap hari
terutama pada waktu senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi
dan diikuti oleh anak-anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah
kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu
untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh
mendidik anak anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu
bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu semua
ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam
mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri tidak betul. Sekiranya, ibu
bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak hendak membaca
bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat orang tuanya
membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak kerana
anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka
pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar
ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak
buku atau majalah yang yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan
minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak-
anak banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu
bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti
Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat
khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk
membaca buku-buku dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang
dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan
bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti
dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai orang
berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa
buku sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau
peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku
motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak.
Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti
ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.
Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku
dengan cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab
buku, anak-anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang
terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang
ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku,
mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku . Secara tidak
langsung, anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan
yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh
mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan tindakan.
Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak menyertai Kempen Galakan
Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri
kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya
membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa perlulah
membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-anak
menyertai ahli kelab buku agar anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat
membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-
bahan ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung,
kamus, buku- buku agama, dan buku motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan.
Hal ini dapat menyuburkan minat anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di
rak buku tersebut. Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak
mereka membaca buku-buku yang disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak
juga digalakkan untuk membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan
membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-
anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang
disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak. Buku-buku dan majalah
yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini tersebut. Pembacaan
buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah
menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak sudah
biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap
minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan membaca sebagai amalan
rutin harian kerana alah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada
masa terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan pula,
jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak ke
perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Perpustakaan awam
memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak.
Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku
dalam keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa
anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah
dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan
membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang
boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang
menyalahgunakan internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu
bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-
anak melayari internet untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di
kedai-kedai buku berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak membaca karya-
karya ilmiah supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang
diperoleh daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini
disebabkan mesej-mesej yang terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam
kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat
membaca buku-buku ilmiah.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan
peranan penting menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus
menanamkan sikap suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan
menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah
menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika
anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan
terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya,
Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan
pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada manusia dan
bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Latihan 10
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan mereka itu tercapai.
Anak-anak yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan idaman
setiap ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk merealisasikan hal
tersebut. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara. Mereka perlu berusaha untuk merealisasikan impian itu dengan
mengaplikasikan kemahiran keibubapaan ke tahap yang paling optimum. Jika hal ini
dipraktikkan, harapan untuk memiliki anak-anak yang berguna akan dapat direalisasikan.
Persoalannya,apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan mereka tercapai?
Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling
berkasih sayang. Ibu bapa haruslah memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan
kasih sayang mereka. bu bapa boleh mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan
kata dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak agar anak-anak berasa diri mereka
diambil berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan
pujian kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan
mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal
ini penting kerana sepatah kata yang positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan
memberikan dorongan serta motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai
kejayaan kerana pepatah menyatakan rajin dan usaha, tangga kejayaan.Kajian menunjukkan
bahawa punca kebanyakan anak menjadi sampah masyarakat adalah kerana keadaan rumah
tangga yang porak-peranda di samping sikap ibu bapa yang materialistik dan mementingkan
kerjaya .Sebagai contohnya,banyak ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab mendidik
anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak berasa
tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif. Tegasnya,anak-anak akan
menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, dan negara jika keluarga
yang saling berkasih sayang dan mengambil berat dapat diwujudkan.
Selain itu,untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa
perlu menyediakan kediaman yang menepati konsep Rumahku Syurgaku demi keselesaan
anak-anak. Ibu bapa perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-
anak berasa tenang ketika berada di rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan
pertelingkahan di hadapan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang
lemah-lembut agar anak-anak mendengar segala arahan dan nasihat daripada ibu bapa. Bagi
mewujudkan keselesaan dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan
yang lengkap untuk ahli keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik untuk anak-
anak belajar dan bilik untuk anak-anak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah
terbukti bahawa anak-anak yang tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk
melepak dan sesetengahnya tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini mendedahkan anak-
anak kepada pelbagai bentuk gejala negatif seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya.
Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar, khususnya di kawasan-kawasan setinggan.
Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang selesa untuk anak-anak
mereka sekiranya mereka menginginkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan
menyayangi keluarganya.
Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu
bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka
kecil lagi kerana pepatah menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat
membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada anak-anak di samping membantu mereka
mengetahui batas hidup yang betul. Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk
membezakan baik atau buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan
ajaran agama. Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik,
kebiasaannya keturunannya akan baik. Jika ibu bapa mempunyai pegangan didikan agama
yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu
tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan
kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat
seperti meragut, berfoya-foya dan sebagainya.Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat
merealisasikan impian ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang berguna.
Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa
mestilah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya
berjalan betul. Ibu bapa meminta anak-anak menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka
tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak seperti ini
tidak akan berkesan. Peribahasa Melayu bapa borek anak rintik sudah jelas membuktikan
bahawa segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana anak-anak
biasanya meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah
didikan ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik
dan bertanggungjawab. Oleh itu, ,ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan
mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian
kerana keperibadian ibu bapa menjadi penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan.
Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang baik agar anak-anaknya turut menjadi
insan yang baik dan berguna.
Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada
orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu
bapa yang bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang
berguna, ibu bapa tidak sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain
memberi teguran. Hal ini demikian kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk
memburuk-burukkan anak mereka tetapi untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan
oleh anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah menjaga tepi kain orang lain dalam
masyarakat adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara
positif. Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera membetulkan kesilapan
anak dan mencari punca anak mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa agar anak mereka
tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jadi, untuk membentuk anak menjadi insan yang
berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka.
Peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna atau sudah terhantuk
baru terngadah sewajarnya menjadi panduan kepada ibu bapa.
Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak
sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan
ambil berat ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak
mengecewakan ibu bapa, anak-anak akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada
dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum. Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah
juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu
menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru disiplin, guru kelas
atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti
perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru
disiplin sekolah berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga
perlu mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan mereka.
Ibu bapa juga perlulah bertanya kepada anak sebab-sebab anak-anak keluar rumah atau
pulang lewat. Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau perkembangan pendidikan dan sahsiah
anak-anak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Berdasarkan berbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk
membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran
ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu
tugas yang mudah. Semua ini perlu dilakukan melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit
dan dengan penuh kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan
oleh ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.Setiap
ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat
dan negara serta mempertahankan maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu
melihat anak-anak mereka jadi sampah masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan
sebarang sumbangan kepada masyarakat dan negara malah membawa masalah serta
menjatuhkan keluarga kita.

Latihan 11
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka
itu tercapai.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Pernyataan ini jelas
menunjukkan bahawa hasrat semua ibu bapa di dunia ini adalah sama. Sesungguhnya, ibu
bapa merupakan insan mulia yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh
kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Mereka merupakan orang yang paling
banyak berkorban demi kesejahteraan hidup kita. Ahli bijak pandai pernah berkata
bahawa,Tiada anugerah yang lebih berharga yang diberikan oleh ibu dan ayah kepada
anaknya kecuali tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Ungkapan ini jelas memaparkan
betapa besar pengorbanan ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.
Sebagai anak yang bertanggungjawab, kita perlu sentiasa ingat akan pengorbanan ibu bapa
kita dan sentiasa bersedia untuk membalas budi mereka agar kita tidak dianggap sebagai anak
yang derhaka atau kacang lupakan kulit. . Satu perkara yang amat wajar kita lakukan dalam
kehidupan kita ialah memenuhi harapan ibu bapa terhadap kita agar berjaya dalam hidup.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang wajar saya lakukan untuk memastikan harapan ibu
bapa tercapai?
Usaha pertama yang perlu saya lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai
ialah saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar di
kelas. Sekiranya terdapat topik yang tidak difahami, saya akan bertanya kepada guru.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik pada
zaman ini menentukan keadaan masa hadapan seseorang kerana mereka yang cemerlang
dalam akademik biasanya mempunyai masa hadapan yang cerah. Kejayaan yang saya capai
ini, sudah pasti dapat membanggakan kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Pada era globalisasi
ini yang penuh dengan persaingan ini, amat penting bagi seseorang mencapai
kecemerlangan akademik untuk bersaing dengan orang lain terutamanya dalam alam
pekerjaan. Masyarakat kini menilai seseorang berdasarkan pencapaian akademiknya. . Saya
akan sentiasa berusaha untuk membolehkan diri saya meraih kejayaan dan kegembiraan
setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan. Oleh itu, saya akan membuat persediaan yang
rapi sebelum menduduki peperiksaan agar saya dapat menjawab semua soalan dengan
cemerlang kerana di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.. Pada masa yang sama,saya
juga akan memberi perhatian pada perkara yang berkaitan dengan ilmu selain bidang
akademik. Hal ini kerana saya sedar bahawa kecemerlangan akademik bukanlah segala-
galanya.Seorang insan yang berjaya perlu mahir dalam pelbagai bidang.Tegasnya,saya akan
belajar dengan tekun dan berusaha dengan gigih bagi menunaikan harapan ibu bapa.
Selain itu, saya juga akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa
dalam kehidupan. Saya akan mengamalkan nilai ketabahan, kerajinan, amanah, tidak
berputus asa dan beryakinan tinggi dalam usaha mencapai kejayaan. Hal ini demikian kerana
saya sedar bahawa orang yang berjaya dalam kehidupan bukan sahaja perlu cemerlang dalam
bidang akademik, malahan perlu menjadi seorang yang cemerlang dari segi akhlak, rohani,
intelek dan emosi iaitu mempraktikkan konsep JERI yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sebagai contohnya, saya akan sentiasa bersopan santun dan
menghormati ibu bapa, guru-guru, jiran tetangga dan orang di sekeliling saya. Amanat ini
bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan saya dengan orang lain malah dapat membina
personaliti yang luhur dalam diri saya. Saya juga akan sentiasa menghormati orang yang
lebih tua dan bertegur sapa seperti mengucapkan selamat kepada mereka. Sahsiah yang saya
miliki ini pasti akan menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa saya, bak kata pepatah,
ahklak yang baik seperti madu, sentiasa manis dan berkhasiat. Saya akan membuang sikap
malas dalam diri agar tidak menghampakan harapan ibu bapa saya. Akhlak yang terpuji akan
menjadi penghias diri dan berjalan seiring dengan kejayaan yang kita miliki. Kita perlu ingat
bahawa sekiranya ahklak seseorang itu buruk,,walau betapa cemerlang pun pencapaiannya
dalam akademik tidak akan dihormati dan disegani. Jelasnya,amalan berbudi bahasa amat
penting dalam menentukan kejayaan seseorang individu.
Seterusnya, saya juga akan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama sekiranya
ingin berjaya dalam kehidupan. Pegangan agama yang teguh membolehkan saya mempunyai
benteng keimanan yang kukuh dan ampuh bagi mengelakkan diri saya daripada pengaruh
negatif yang dapat menjejaskan kehidupan saya. Dengan berpegang teguh kepada ajaran
agama, saya akan memiliki jati diri yang utuh untuk melawan serangan pemikiran yang boleh
menjerumuskan saya ke kancah maksiat. Hal ini kerana Tuhan sentiasa menyeru hambanya
untuk melakukan sesuatu yang baik serta menjauhi perkara yang buruk. Pegangan kepada
agama juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya dan membolehkan saya mempunyai
matlamat yang jelas dalam hidup. Hal ini amat penting dalam menentukan kejayaan saya
pada masa hadapan. Pendidikan agama yang saya peroleh, menjadi pedoman hidup yang
boleh membentuk saya menjadi seorang yang positif dalam segala hal. Saya tidak mudah
dipengaruhi oleh rakan-rakan yang tidak baik. Sebaliknya, saya akan sentiasa menjaga nama
baik ibu bapa dan keluarga. Tegasnya,saya akan berpegang teguh kepada ajaran agama agar
dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan membanggakan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai
keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.
Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya
terlibat dalam gejala social yang negatif. Saya akan membezakan antara kaca dengan permata
dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui
pergaulan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat
bertukar-tukar pendapat serta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan
pembelajaran mereka dan membolehkan saya berbincang serta lebih memahami topik-topik
yang telah diajarkan oleh guru. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan
saya akan meningkat hasil daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan.
Pergaulan dengan rakan-rakan yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan
persaingan yang sihat dalam diri saya. Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan
lebih bersungguh-sungguh agar diri saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta
tidak akan berasa tersisih dan terpulau apabila dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya
juga dapat bergantung kepada rakanrakan yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk
menghadapi dan menyelesaikan sesuatu cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat
membantu saya untuk membangkitkan diri saya semula dengan memberi dorongan dan
nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya menyuruh saya melibatkan diri diri dengan
gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan tekanan jiwa dan stress. Maklumlah,
seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial apabila berada dalam ambang
kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak
mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup
saya agar dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
Seterusnya, saya akan meningkatkan keilmuan diri saya dengan pembacaan. Ibn. Khaldun
pernah berkata bahawa membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah
sesuatu bangsa dan sesebuah negara.Hal ini jelas menunjukkan bahawa membaca adalah
amat penting dalam menentukan kekuatan dan kejayaan seseorang individu. Saya akan
membaca buku-buku yang berkaitan dengan pembinaan kendiri seperti buku-buku motivasi
dan sebagainya untuk meningkatkan tahap pemikiran diri saya kerana membaca jambatan
ilmu. Langkah ini bagai serampang dua mata kerana selain boleh membantu saya dalam
bidang akademik, usaha tersebut juga dapat membentuk diri saya menjadi seorang yang
berilmu pengetahuan luas. Secara langsung, kejayaan akan dapat dicapai dalam kehidupan.
Saya juga akan cuba memperbaiki kelemahan diri untuk berjaya dalam kehidupan. termasuk
mengatasi sikap malas. Saya akan mengubah sikap ini untuk mencapai kejayaan dan berubah
menjadi seorang yang rajin kerana rajin dan usaha, tangga kejayaan. Saya berharap agar
perubahan yang saya lakukan ini dapat membolehkan diri saya mencapai harapan ibu bapa
iaitu berjaya dalam kehidupan. Apabila masuk ke alam pekerjaan kelak, saya akan mencari
pekerjaan yang stabil dan membalas budi mereka.
Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan hanya
akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya akan sentiasa
patuh kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan kerana saya sedar bahawa syurga
terletak di bawah tapak kaki ibu. Saya juga sedar bahawa tanpa doa dan dorongan ibu bapa,
betapa tabah dan pandai saya sekali pun, saya tidak mungkin akan mencapai impian serta
kejayaan dalam hidup saya. Ibu bapa merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih
dahulu makan garam daripada saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya
dan luas dalam masyarakat dan dunia luar. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan
menerima pandangan mereka agar diri saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin
mengakibatkan saya berasa menyesal buat seumur hidup saya. Mereka merupakan punca
tenaga dan dorongan saya untuk mengejar impian dan cita-cita saya serta memperoleh
kejayaan dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya tidak mungkin berpeluang untuk mencapai
kejayaan dalam hidup saya. Tegasnya, saya akan mematuhi arahan dan mendengar nasihat
ibu bapa agar impian saya dapat dicapai dan yang paling penting sekali ialah kisah Si
Tanggang tidak akan berlaku ke atas diri saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai
impian dan kejayaan dalam hidup, saya sebagai remaja perlu berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai kejayaan.. Saya akan berusaha memastikan agar impian dan cita-cita saya
tercapai dan sekali gus, saya juga dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa saya.
Charles Dickens pernah berkata bahawa kemahuan seperti sebilah pedang yang dapat
membuat jalan melalui hutan rimba. Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat
masa hadapan, tetapi manusia boleh meramal masa hadapan mereka dengan merancang masa
hadapan mereka sebaik-baiknya. Jelasnya, kita harus memberi peluang kepada diri kita untuk
menjadikan impian dan cita-cita sebagai kenyataan kerana hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih.

Latihan 12
Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda
lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah anda.
Pusat Sumber sekolah merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk mendapatkan
pelbagai informasi yang diperlukan oleh setiap warga sekolah. Namun, sejak akhir-akhir ini
isu para pelajar kurang mengunjungi pusat sumber sekolah sering diperkatakan dalam media
massa sama ada media cetak atau media elektronik. Hal ini membimbangkan semua pihak
kerana para pelajar merupakan pelapis yang bakal menerajui negara pada masa hadapan, bak
kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pusat sumber sekolah
perlu diurus secara sistematik dan efisien untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan
pelajar agar menjadi pelajar yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk membantu meningkatkan
penggunaan pusat sumber sekolah?
Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat saya
lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah saya. Salah
satunya ialah saya akan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan kemas dan
menarik. Saya akan bekerjasama dengan pengawas pusat sumber yang lain untuk mengemas
kini pusat sumber. Aktiviti gotong-royong membersihkan pusat sumber akan diadakan secara
berkala agar pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan bersih . Saya juga akan memastikan
buku-buku disusun atur dengan kemas di atas rak-rak buku mengikut kategori dan jenis
buku. Dengan ini keadaan harmoni dan selesa dapat diwujudkan. Situasi ini dapat memberi
keselesaan kepada seseorang pelajar semasa mengulang kaji pelajaran di pusat sumber.
Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan menarik mampu menarik para pelajar berkunjung ke
pusat sumber.
Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan program Nilam
untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai contohnya, saya boleh
membantu mencari dan menyediakan buku-buku yang sesuai serta menarik untuk kegunaan
para pelajar semasa program Nilam. Oleh itu, program Nilam dapat dijalankan dengan lancar
dan berkesan. Hal ini dapat membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan
juga menyemai budaya membaca dalam kalangan pelajar. Program Nilam merupakan salah
satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk dan meningkatkan amalan
membaca dalam kalangan pelajar. Budaya membaca amat penting dan melambangkan
ketinggian tamadun sesuatu bangsa. Dengan membaca, seseorang itu akan mendapat pelbagai
ilmu pengetahuan sebagai pedoman hidup, bak kata peribahasa membaca jambatan ilmu.
Justeru, pelaksanaan program Nilam yang berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar
untuk mengunjungi pusat sumber.
Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar menyediakan
kemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat kepada pihak pengurusan
agar dapat menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber untuk kebaikan pelajar.
Saya akan meminta pihak pengurusan menyediakan komputer yang boleh diguna pakai oleh
pelajar untuk melayari internet bagi mendapatkan pelbagai informasi terkini.Saya akan
membantu dari segi penyediaan buku-buku yang baharu dan menarik. Dengan adanya
pelbagai buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka. Pihak sekolah juga perlu menyediakan pendingin hawa untuk memberi keselesaan
kepada para pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini lebih mewujudkan suasana yang
kondusif dan menggalakkan para pelajar berkunjung ke pusat sumber sekolah.
Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya
mesra pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan bersikap sopan, berbudi pekerti mulia
dan berhemah tinggi serta sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya pengunjung
menghadapi masalah tanpa mengira bangsa dan agama , bak kata peribahasa budi bahasa
budaya kita. Layanan mesra daripada pengawas menggembirakan para pengunjung dan
merupakan salah satu kunci untuk menarik para pelajar mengunjungi pusat sumber. Saya juga
akan membantu pihak sekolah mempromosikan buku-buku di pusat sumber agar dapat
dipinjam oleh pelajar. Saya juga perlu bersikap adil dan tegas kepada semua pelanggan
terutama sekiranya mereka lewat atau sengahaja tidak memulangkan buku yang dipinjam
mengikut tarikh yang ditetapkan.
Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah
agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk membantu
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah saya. Contohnya penggunaan ICT
khususnya komputer dalam urusan pinjaman dan pemulangan buku dapat menjimatkan masa
dan tenaga. Penggunaan sistem berkod merupakan langkah bijak kerana semua bahan bacaan
berbentuk buku akan direkodkan secara berkod yang memudahkan urusan pinjaman dan
pemulangan buku yang dilakukan secara scaning. Kaedah ini akan mewujudkan sistem
pengurusan pusat sumber yang sistematik kerana para pelajar tidak perlu menunggu terlalu
lama untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku. Jelaslah sistem pinjaman yang sistematik
dan efektif adalah penting untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan sumber
pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah menjadi pengguna
yang bermaklumat dan pemikir yang kreatif serta kritis. Justeru, terpulang pada pelajar
sendiri sama ada mahu menggunakan atau sebaliknya, tepuk dada tanyalah minda. . Semua
pihak perlulah berganding bahu dalam usaha meningkatkan penggunaan pusat sumber
sekolah bak kata peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Latihan 13
Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.

Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan


tradisional di negara kita.

Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat
berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan
disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu
tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis
permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis
permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu
seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada
permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa
permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk
mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini.
Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan
permainan tradisional di negara kita?

Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah
dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini
banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering
menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai
generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan
tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai
informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang
permainan tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional
yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat
berkenan pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung,
wujud kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini
bagi menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.

Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan
tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya
pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya
boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan
tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-
rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh
mengelakkan diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat
daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik
mengisi masa dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada
generasi muda masa ini.

Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar


sekolah haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan
tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis
surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional
menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung
akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan
menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti
kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi permainan
daripada golongan tua yang lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara
tersebut, minat remaja terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian
permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat
bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai permainan
tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para
pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.

Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta
akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional
merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara
agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam
dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika
asasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu
mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana
sesuatu yang sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan
diamalkan. Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja
seperti saya telah mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini,
maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa
cinta terhadap negara

Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional


agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia
umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan
meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan
diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling
bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di
negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

Latihan 14

Semangat Kejiranan dalam kalangan rakyat di egara ini semakin longgar.


Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pelbagai pihak
supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan?

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan
dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau di sebuah egara yang
sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana
merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita
menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran sepakat
membawa berkat. Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita
sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, apakah langkah-
langkah yang wajar diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
setempat?

Langkah primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah kerajaan menjalankan
kempen-kempen kejiranan yang bersesuaian di semua peringkat sama ada peringkat daerah,
negeri atau kebangsaan.Tujuan kempen ini adalah untuk menanam semangat perpaduan dan
bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menekankan semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia.Usahasama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi
masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Kempen kejiranan yang
dijalankan ini perlulah berterusan dan janganlah seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Jelasnya,kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk
memupuk semangat kejiranan.

Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah
mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul
dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul
dan berbincang ,mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang
sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat.
Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal
maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri kendara dan
sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan egara jiran.
Malahan, menurut laporan majalah The Times di Australia. kegiatan gotong-royong yang
diamalkan di Malaysia merupakan antara aktiviti yang terbaik di dunia.

Di samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat penting dalam
meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah boleh
digunakan dalam menyuburkan semangat kejiranan.Media cetak misalnya boleh menyiarkan
artikel-artikel tentang kepentingan semangat kejiranan .Media elektronik pula boleh
menyiarkan dokumentari dan rancangan menarik tentang kejiranan. Melalui media massa,
pelbagai maklumat dan berita boleh disampaikan dengan cepat dan mudah
.Sesungguhnya,berita dan isu semasa yang disiarkan oleh media massa lebih mudah menarik
perhatian orang ramai terutamanya generasi muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3
menyiarkan Colour of Malaysia wajar disokong. Justeru,semangat hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah ini wajar kita tonjolkan melalui media massa.

Seterusnya, setiap penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka


semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan
memperkukuh semangat kejiranan dalan kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah
terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat.
Seterusnya ,melalui rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk
berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Sebagai contoh, sambutan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina,Krismas, Deepavali dan sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya,
majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan
berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga
hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti Hari Keluarga diadakan,s emua ahli keluarga
jiran akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti berkayak, memasukkan air ke dalam botol
,terompah gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan
terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga.Aktiviti seperti ini
hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola egara, taman rekreasi atau padang
sekolah yang berhampiran .Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat egara jiran dapat
dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu
dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu,ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni.

Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri
dalam aktiviti egara seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah
membentuk satu persatuan yang mempunyai satu egara organisasi yang teratur. Persatuan
atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak
pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga,
Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan
sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat
secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian
yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu ibarat
aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu
dalam kehidupan.

Akhir sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi


dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat
kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti
ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai
contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita
dimasukkanke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun
pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu
memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri,
peha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang
tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita
itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk


setempat. Dalam era globalisasi, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jika hal ini dibiarkan,
semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan egara. Ada
pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Oleh itu,
dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.
Jadi,dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat
kejiranan sentiasa terpelihara supaya egara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

LATIHAN 15

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan penting bagi menggalakkan anak-anak
menggunakan barangan buatan Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam
menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia.
Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju menjelang 2020,
Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan serta
produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita agar tidak lagi mengagung-
agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk
luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik.
Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari tentang
kelebihan dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi orang muda-muda
yang kononnya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kebendaan. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia?
Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu bapa perlulah
menjadi role model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akan sentiasa mengikuti
jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa bagaimana
acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan insan yang paling dikagumi kerana ibu
bapalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir
permata yang belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga
menjadi berlian yang indah dan bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap
seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-
anak hilang rasa kagum dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah
membeli kereta buatan Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar, barangan elektrik
seperti Panasonic, Philips dan lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan
kepada anak-anak mereka dengan menyokong barangan buatan Malaysia yang berkualiti ini.
Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anak
mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi
demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja supaya
mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Ibu
bapa juga boleh menanam minat anak-anak terhadap barangan Malaysia melalui mata
pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Hal ini akan dapat menyuntik nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara, dan
sanggup berkorban untuk negara kepada generasi muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-
anak untuk mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga
untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea,
semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan
Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang keempat malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat
baik negara lain yang baik untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke alaf baru. Jika
anak-anak telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan
Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan
bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan
remaja juga merupakan harapan negara kita. Hal ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti
akan laris di pasaran.
Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa membawa
anak-anak ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa
anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara. Karnival sebegini telah
ditetapkan hanya barangan Malaysia yang mempunyai tawaran potongan harga yang
istimewa. Sebagai contoh, kraf tangan dan batik, yang merupakan budaya yang
menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan pelbagai
barangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan keunikannya yang tersendiri.
Apabila anak-anak meminta sesuatu benda yang tidak keterlaluan, ibu bapa haruslah membeli
barang tersebut dan barang tersebut mestilah merupakan barangan buatan Malaysia. Terdapat
juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis pertandingan. Dalam konteks ini, ibu bapa
boleh menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan-pertandingan seperti menulis esei,
melukis poster dan menjawab soalan-soalan kuiz yang berkaitan. Hal ini secara tidak
langsung dapat mencelikkan minda anak-anak supaya mengetahui kualiti dan kelebihan
barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa,
tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli barangan buatan Malaysia
untuk didedahkan kepada anak-anak generasi baru ini.
Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan
Malaysia kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami faedah-faedahnya,
menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu bapa haruslah memberitahu
anak-anak tentang kualiti produk-produk Malaysia yang kini bukan sahaja kualitinya
setanding dengan produk-produk luar negara, malah harganya juga cukup murah untuk
dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan
seperti Kempen Beli Barangan Malaysia kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak
sedar dan mengetahui secara mendalam barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis,
memandang rendah barangan tempatan dari sudut pemikiran juga seharusnya dilontar jauh-
jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada anak-anak mereka, tetapi,
sebaliknya, membinakan semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan
standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting dalam menerangkan
manfaat-manfaat barangan buatan Malaysia kepada anak-anak supaya mereka sedar dan bijak
memilih benda yang baik dan mendatangkan kebaikan kepada mereka.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang
merupakan insan terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan peranannya yang
amat penting dalam menggalakkan anak-anak menyokong, membeli dan menggunakan
barangan buatan Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia supaya negara kita bukan sahaja
mengimport barangan luar negara malah juga mengeksport barangan buatan Malaysia dapat
dicapai. Sedarlah bahawa barangan Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang
buatan import negara malah mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau
bagaimanapun, usaha daripada ibu bapa semata-mata adalah tidak mencukupi. Rakyat
Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana Transformasi
menyemarakkan semangat seisi negara agar seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin
memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Tegasnya, negara
kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar kita berbangga dengan
barangan Malaysia yang bermutu tinggi.
LATIHAN 16
Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin
berkurangan.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik
minat orang ramai membaca karya sastera
Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki sebuah
komputer untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding mencari maklumat atau
membaca daripada buku. Hal ini menyebabkan minat untuk membaca karya-karya sastera
dalam kalangan rakyat makin berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan
karya sastera yang dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon
Ahmad, A.Samad Said dan sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya
sastera yang dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa
kita. Minat untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam
kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai untuk membaca karya sastera?
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang
ramai membaca karya sastera termasuklah peranan pihak sekolah khususnya Pusat Sumber
Sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti
novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad, Salina oleh A.Samad Said,
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur oleh Kamaludin Muhamad dan Tulang-tulang
Berserakan oleh Usman Awang agar murid mahupun guru berpeluang untuk membacanya.
Pusat sumber boleh mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada
setiap bulan. Langkah ini membolehkan para pelajar untuk membaca karya-karya sastera
memandangkan mereka ingin menghasilkan ulasan yang menarik. Secara tidak langsung,
minat pelajar terhadap karya sastera akan semakin bertambah. Pihak sekolah turut boleh
menggalakkan setiap kelas menyediakan satu ruang atau sudut membaca di kelas bagi
memudahkan pelajar untuk menghayati karya sastera ketika guru tiada di dalam kelas.
Tegasnya, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pembaca
terhadap karya sastera.
Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk
menarik minat anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan
tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh membaca sastera ralyat kepada anak-anak
sebelum mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan
anak bukan sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan
budaya masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera untuk
dibaca oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa
selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel
yang sesuai kepada anak-anak mengikut umur mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan
bacaan yang hendak dibeli untuk anak-anak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai
buku mahupun pameran buku. Seterusnya, ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan
mini yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti
prosa atau puisi tradisional dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah.
Dengan itu, minat anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam
jiwa mereka.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam mengambil
langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera. Sebagai
contohnya, pihak media boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui
radio, televisyen dan surat khabar. Melalui cara ini, lapisan masyarakat dapat mengetahui
cara untuk mendapatkan karya sastera di pasaran. Bukan itu sahaja, pihak media juga boleh
menyiarkan sudut sastera atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada
orang ramai. Dengan itu, orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara
kita dengan lebih mendalam. Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan
peraduan teka teki atau menulis sajak dan syair yang bertemakan karya-karya sastera.
Jelasnya, pihak media haruslah mengambil langkah untuk menarik perhatian orang ramai
untuk membaca karya sastera.
Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen
menghayati karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang
untuk mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak kerajaan
boleh membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk
membaca ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh
mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini
dapat menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan berpendapatan
rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa
pihak kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam mengambil langkah untuk menarik
minat orang ramai membaca karya sastera.
Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih
banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh
bekerjasama dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit juga
perlu memberikan bayaran setimpal dan berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya
Sastera boleh ditubuhkan untuk melindungi karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh
pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan dan bagi membolehkan para peminat berkongsi
pendapat bersama dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan
karya sastera dalam setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit
untuk menghasilkan karya sastera yang bermutu.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas
tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca
karya sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah
tersebut mendapat sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku
warga Malaysia haruslah mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan
warisan bangsa dan mencerminkan identiti kita.
LATIHAN 17
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan
kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu
golongan ini?
Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan
fizikal atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan
fizikal dan mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti
sosial, rekreasi , pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara
umumnya dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal
dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada , masyarakat
kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan
kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU
meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan
kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan
sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan
dalam keadaan yang tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang
lain. Golongan Kelainan Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka
turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah
dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam
keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di
dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam
mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan
tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan
penting dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu
menyiarkan artikel dan rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat.
Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU
untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh
dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan
bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat
menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan
terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan
mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada
mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan
Kurang Upaya (OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki
kenderaan dan peralatan elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara,
Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di
sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh
bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang pekerjaan,
mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu
negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan
keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan
bantuan dan elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian ,
tempat tinggal, peralatan pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan
ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan
seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati
mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh
golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata
golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak
kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui
permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan
atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi
mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan
kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini
berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas
ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang
normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di
peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan
yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib
hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk
berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan
OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut.
Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu
pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang
normal sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5
peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi
peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan
keluarga mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua


untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk
merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat
mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-
sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan
negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai
diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.
Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan

Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan.

Pendahuluan :
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan Hidup" . Itulah
antara dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalan hidup manusia.
Dalam zaman ini, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan
mereka akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendlami
ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa,
yang bulat tidak datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Penjelasan tentang
kepentingan ilmu, saya huraikan dalam perengan seterusnya.

a) Membolehkan kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.


Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan
mudah untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang lebih
besar. Hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu. Kerjaya
proffesional seperti doktor, peguam dan akauntan memerlukan mereka yang berilmu. Jelaslah
bahawa.......

b) Meningkatkan taraf hidup.


Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga
mereka. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan.
Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan dengan
membina rumah yang lebih selesa, berkereta yang sesuai dengan taraf kehidupan dan mampu
memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka. Mereka juga boleh menggunakan ilmu
mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga, membuat tuisyen dan
sebagainya.

c) Boleh berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.


Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan
mereka juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan
negara. Dari segi agama, mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan
manusia tentang kehebatan agama Islam dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-
ajaran agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu timbul, masyarakat akan
menjadi berjaya membangunkan bangsa dan negara mereka. Ini kerana, semua ajaran agama
mengajak manusia melakukan kebaikan.

d) Disanjung tinggi oleh masyarakat.


Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat
menghargai orang yang berilmu kerana mereka khidmat mereka boleh digunakan untuk
kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah
mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada
para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang berilmu kerana mereka telah
berjaya memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Ternyatalah bahawa....

e) Tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Kita sering mendengar, orang-orang kampung ditipu oleh penjual melalui peraduan gores dan
menang. Mereka dengan mudah memberikan harta sama ada dalam bentuk barangan atau
wang tunai semata-mata tertarik dengan barangan murah atau barang mudah dapat. Hal ini
terjadi kerana, masyarakat yang terpedaya itu tidak berilmu dan tidak berfikir panjang. Hal
ini tidak terjadi kepada masyarakat yang berilmu.

f) Ilmu Menjamin kehidupan .


Orang yang berilmu akan terjamin kehidupan mereka. Dengan ilmu kita boleh memperoleh
pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Dengan
perancangan yang teliti, pendapatan bulanan kita membolehkan kita merancang kehidupan
dengan yang lebih sempuran. Malahan kita boleh berbelanja mengikut kehendak kita, kita
boleh melancong, membeli pakaian dan menyara kehidupan. Situasi ini mnugkin berbeza
dengan mereka yang kurang berilmu dalam hidup mereka.

Penutup:
Daripada huraian yang diberikan, nah, ternyata dan terbuktilah bahawa ilmu sangat penting
dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu
akhirat. Keseimbangan ilmu ini sangat perlu kerana, kita tidak mahu dalam kita berkerjaya
dan berkedudukan, akhlak dan rohani kita rosak. Cabaran dunia hari ini memerlukan kita
menguasai ilmu agama sebagai benteng dan jati diri daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak elok dan bertentangan dengan hukum agama.
KEPENTINGAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau Asia.
Pembangunan dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum
mencapai kemerdekaan lagi. Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang
negara yang sanggup bermati-matian demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta.
Pengorbanan mereka mestilah dikenang dan dihargai oleh generasi masa ini. Saban tahun,
pihak kerajaan mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan menyambut hari
kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara
kita?

Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita dapat
mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air.
Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi,
Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela berputih tulang daripada berputih mata melihat
tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa asing sepertti British dan Jepun.
Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah kemerdekaan. Jelaslah
di sini bahawa kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah untuk
mengenang jasa tokoh.

Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat mengukuhkan jati
diri rakyat Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja
semakin hilang jati diri. Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat
bertentangan sekali dengan norma masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita
yang sanggup memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah
yang lepas, rakyat Indonesia telah memburukkan nama Malaysia di negara Asia dan negara
Dunia Ketiga lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan
Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula mencemarkan nama negara di
persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya
selera. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah
satu medium untuk mengukuhkan jati diri.

Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan perpaduan antara
kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum
majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum
minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini
dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan hari kemerdekaan,
semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini.
Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan saling
bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat
di luar negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan
perpaduan antara kaum.

Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut meningkat.
Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni
dan sejahtera, Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara
kita serta lebih ramai pelabur asing ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu
meningkatkan sumber pendapatan negara sekali gus menjana ekonomi negara.
Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kit perlulah
bersungguh-sungguh meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah perang saudara,
pergolakan, dan peperangan yang berlaku di sesetengah negara sebagai pengajaran. Tokoh
sejarah terkenal, George Santayana pernah berkata, sesiapa yang melupai sejarah pasti akan
mengulanginya semula, Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghargai nikmat
kemerdekaan yang kita kecapi ini.
Pidato Pemimpin Yang Saya Kagumi
Tajuk : Pemimpin Yang Saya Kagumi

Setiap kita mempunyai seseorang tokoh yang amat dikagumi. Ia termasuklah tokoh politik
atau tokoh-tokoh pejuang Negara. Bagi diri saya, tokoh pemimpin yang amat saya kagumi
ialah Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, bekas perdana menteri Malaysia. Beliau digelar Bapa
Permodenan Malaysia dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan
sebagai Perdana Menteri dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003 malah merupakan
pemimpin yang paling lama memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

Hadirin Sekalian, mengapa saya kagumi Tun Dr.Mahathir? Bagi saya, beliau adalah seorang
pemimpin yang sangat berkaliber. Sepanjang pemerintahnnya, beliau telah menjaga
keamanan Negara dengan baik dan memberikan pembangunan kepada Negara. Beliau telah
membuka mata dunia untuk melihat Malaysia sebagai sebuah Negara yang meningkat maju.
Beliau di kaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega dizaman pemerintahnya.
Seperti, Projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) dan Koridor Raya Multimedia
(MSC), Pembinaan Litar Antarabangsa Sepang tempat sukan permotoran berprestij tinggi dan
Formula One. Itu adalah sebahagian idea Tun Dr.Mahathir yang pada hari ini menjadikan
Negara kita terkenal di serata dunia dan disegani.

Hadirin Sekalian, Sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah
membawa Malaysia ke persada kecemerlangan.

Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah
menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia
sebagai Negara membangun dan sebuah Negara Islam yang unggul di rantau ini telah
diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir dapat kita lihat
dimana sahaja. Sekian dan terima kasih.
Karangan Jerebu Pt3 Punca Masalah Jerebu di Malaysia
Bersama-sama ini anda boleh semak dan rujuk contoh karangan terbaik punca-punca masalah
jerebu sebagai panduan dan semakan para pelajar.

Semoga ia memudahkan anda membuat latihan dan ulangkaji sebagai persediaan menjelang
hari peperiksaan kelak.
Soalan Contoh Karangan Jerebu, Punca Masalah Jerebu di Malaysia?
Pada saban tahun negara kita mengalami fenomena cuaca masalah jerebu. Acap kali
fenomena ini melanda negara kita seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca
Malaysia.
Sila bincangkan mengenai punca-punca berlakunya masalah jerebu serta kesan-kesannya.
Perkara Analisis
Tema/Isu Masalah jerebu yang berlaku
Tugasan Bincangkan punca-punca terjadinya dan berlakunya jerebu serta kesan-
kesannya kesannya
Format Tiada (hanya perbincangan)
Sebenarnya, tanpa kita sedar masalah jerebu berpunca daripada perbuatan dan salah laku
manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa
menghiraukan dan mengambil berat kesan terhadap alam sekitar. Contohnya, kepada negara
Singapura dan Malaysia seringkali menjadi masalah tahunan dengan berlakunya asap tebal,
selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang Indonesia mengambil jalan
mudah dengan melakukan pembersihan ladang secara murah dengan hanya membakarnya.
Lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Sumatera Tengah, Wilayah Riau, Indonesia
hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung telah ditunjukkan dan maklumat diperolehi
daripada ASEAN Specialised Metereological Centre (ASMC). Masalah jerebu ini sangat
membimbangkan warganegara Malaysia dengan keadaan yang berlaku. Saban tahun
negara kita seringkali mengalami masalah jerebu yang sudah menjadi fenomena cuaca pada
setiap tahun. Acap kali negara kita dilanda jerebu seolah-olah fenomena ini seperti sudah
termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara disebabkan kehadiran partikel dan habuk-
habuk terampai di atmosfera seperti debu, habuk, gas-gas dan zarah di dalam keadaan udara
zarah kering. Tahap kualiti udara di Malaysia akan ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran
Udara (IPU). IPU 101-400 adalah tahap kualiti udara yang teruk. Namun, realitinya
kesihatan rakyat akan berada di dalam bahaya jika keadaan udara yang berjerebu penuh
dengan partikel asing. Persoalannya, apakah punca-punca berlaku dan terjadinya masalah
jerebu di negara ini?
Selain itu, keadaan jerebu akan semakin menjadi-jadi apabila ada faktor yang
memburukkan lagi keadaan iaitu pembakaran secara terbuka tanpa kawalan yang dilakukan
oleh masyarakat Malaysia. Kebiasaannya pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti
sampah sarap atau bahan buangan sama ada milik individu ataupun pemilik kilang melakukan
pembakaran terbuka ini. Contohnya, pembakaran terbuka dilakukan di belakang kawasan
rumah mereka sendiri oleh sesetengah anggota masyarakat. Sikap terlalu malas oleh segelintir
masyarakat untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat
pengitaran sampah semula telah membawa kepada pembakaran terbuka. Ada juga pemilik
kilang papan, kain dan sebagainya yang bertindak dengan membakar sendiri bahan buangan
kilang mereka. Sifat kurang bertanggungjawab dan tidak mengambil peduli akan asap yang
terhasil daripada pembakaran terbuka sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu
yang lebih teruk. Asap daripada pembakaran terbuka ini hanya bukan bersifat setempat sahaja
teatpi akan ditiup angin dan dibawa jauh dan meliputi kawasan yang sangat luas. Natijahnya,
asap yang dilepaskan ke udara adalah akibat daripada pembakaran terbuka dan
mengakibatkan berlakunya jerebu.
Tambahan pula, masalah jerebu juga diakibatkan oleh jumlah kenderaan di
jalan raya yang semakin meningkat yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Di
Malaysia, jumlah kenderaan di jalan raya adalah sebanyak 9.3 juta dan menyebabkan
pengeluaran gas berbahaya iaitu 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida
pada setiap hari. Keadaan jerebu bertambah parah dan serius dengan kesesakan lalu lintas
kerana asap masih tetap dikeluarkan yang akan mencemarkan udara walaupun kenderaan
tidak bergerak. Bertambahnya jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan
peningkatan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan dan seterusnya
berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon dan akhir sekali tidak dapat
keluar ke angkasa lepas. Kesannya, udara menjadi tebal dan jerebu berlakulah di negara kita.
Selain itu, punca utama jerebu adalah daripada kawasan perindustrian yang
tidak mengawal pengeluaran asap seperti kawasan perindustrian yang mengunakan arang
batu dan minyak. Udara di negara kita telah dicemarkan yang berpunca daripada asap-asap
dari kilang dilepaskan ke udara akibat perbuatan dan sikap pengusaha kilang yang seperti
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Wang yang banyak tidak sanggup
dibelanjakan oleh mereka untuk mendapatkan alat penapisan asap bagi proses penapisan asap
yang dikeluarkan sedangkan mereka mengetahui terkandungnya nitrogen dan sulfur dioksida
di dalam asap-asap ini yang boleh mengakibatkan jerebu. Situasi menjadi semakin buruk
apabila corong asap yang dipasang terlalu rendah oleh pihak pengusaha kilang yang tidak
beretika sehingga asap beracun disalurkan ke udara. Contoh situasi ini seperti di kawasan
Lembah Klang dan Seguntor di Sandakan.
Konklusinya, konsep bagai aur dengan tebing haruslah dipraktikkan dan
ditanam dalam diri semua pihak demi mengatasi masalah jerebu ini. Kesejahteraan dan
keharmonian negara dapat dijamin melalui usaha ini. Bagi mengatasi masalah jerebu dari
terus menghantui dan membelenggu negara kita, pihak kerajaan khususnya perlu mengambil
langkah yang lebih drastik dan efektif. Demi memastikan kemajuan negara, rakyat yang sihat
tubuh luar dan dalam merupakan tonggak utama sesuia dengan slogan Rakyat Sihat Negara
Maju.
Lee Chong Wei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee Chong Wei

Wei semasa Terbuka Indonesia 2016

Maklumat peribadi
Nama penuh Lee Chong Wei
Tarikh lahir 21 Oktober 1982 (umur 34)
Tempat lahir Bagan Lalang, Selangor, Malaysia
Tinggi 1.74 m (5 ka 812 in)
Berat 68 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
Negara Malaysia
Tangan
Kanan
kegemaran
Jurulatih Misbun Sidek
Ranking tertinggi 1 (29 Jun 2006)
Ranking terkini 1 (4 ogos 2016) (2 Jun 2016)
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk Malaysia
Badminton lelaki
Sukan Olimpik
Perak 2016 Rio Perseorangan lelaki
Perak 2012 London Perseorangan lelaki
Perak 2008 Beijing Perseorangan lelaki
Kejohanan Dunia
Perak 2011 London Perseorangan lelaki
Gangsa 2005 Anaheim Perseorangan lelaki
Sukan Asia
Gangsa 2014 Incheon Peseorangan lelaki
Gangsa 2014 Incheon Pasukan
Perak 2010 Guangzhou Perseorangan lelaki
Gangsa 2006 Doha Perseorangan lelaki
Gangsa 2006 Doha Pasukan
Piala Sudirman
Gangsa 2009 Guangzhou Pasukan
Piala Thomas
Perak 2014 New Delhi Pasukan
Gangsa 2016 Kunshan Pasukan
Gangsa 2010 Kuala Lumpur Pasukan
Gangsa 2008 Jakarta Pasukan
Gangsa 2006 Sendai/Tokyo Pasukan
Sukan Komanwel
Emas 2010 Delhi Perseorangan lelaki
Emas 2010 Delhi Pasukan campuran
Emas 2006 Melbourne Perseorangan lelaki
Emas 2006 Melbourne Pasukan campuran
Badminton - lelaki

Datuk Wira Lee Chong Wei (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: L
zng wi, lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai Perak , Malaysia) ialah seorang pemain
badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[1] Lee
merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 [2] dan 2016, maka
menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki,
sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini
mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[3]

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama
199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[4] Beliau ialah
pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan
Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya
jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua
minggu.

Isi kandungan
1 Biografi
o 1.1 Kehidupan awal
o 1.2 Perkahwinan
2 Kerjaya
o 2.1 2002
o 2.2 2008
o 2.3 2009
o 2.4 2010
o 2.5 2011
o 2.6 2012
3 Anugerah dan penghormatan
4 Statistik kerjaya
o 4.1 Final kerjaya
5 Rujukan
6 Pautan luar
Biografi
Kehidupan awal

Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar
bola keranjang, namun ibunya melarangnya daripada menceburi sukan itu gara-gara bahang
yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton ketika
berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam
gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu
meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya,
maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah.[5] Setelah ditemui oleh Misbun
Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.[6]

Perkahwinan

Beliau telah berkahwin dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo pada 9 November
2012.[7] Majlis perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9
dan 10 November.[8]

Kerjaya
2002

Dato'Lee Chong Wei menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan
utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka
Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China.[9]

Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan
Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens.
Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan
pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua.[10] Apapun, Lee
masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan
Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia
pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian
menjuarai kejohanan tersebut.[11]

Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006.
Beliau menjuarai Terbuk Switzerland,[12] Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga)
Terbuka Malaysia[13], di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei,
Terbuka Makau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua
butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya
Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac.[14] Lee mencapai kedudukan teratas
sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006,[15] lalu
menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama[16], tetapi dikejutkan oleh Bao
Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line call
berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.[17]

Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit
Jalil selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah
kenderaan yang hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical
Centre untuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.[18]

Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam
Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan
selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu
gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu
semula dengan jurulatih Misbun Sidek.[19] Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang
sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka
Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong
walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya.[20] Lee memenangi semua perlawanan yang
melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya
mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan.[21] Detik paling pahit yang dialami
oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang
membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi
Kuncoro dari Indonesia[22], sehingga beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik
sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan dalam
persediaannya untuk menghadapi kejohanan.[23]

2008

Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing

Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari
Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun.[24] diikuti Terbuka Singapura,[25] Terbuka Korea
(perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik)[26] Terbuka All England,[27] Terbuka
Switzerland,[28] Kejohanan Badminton Asia,[29] dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia,
di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin
Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 10 ketika melawan juara bertahan dari China.
Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 23 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam
perlawanan terakhir.[30]
Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang
mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, Kstutis Navickas di pusingan
ketiga,[31] dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir,[32] sebelum bertungkus-lumus
mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan
akhir.[33] Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 1221, 821.[34]
Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di
Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos
2008.[35] Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri
(DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul
Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[36]

Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong
dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc
Zwiebler dari Jerman.[37] Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya
sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah",[38] di samping juga berspekulasi bahawa
terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan
pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan
tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun
Sidek).[39]

Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan


ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12
Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan
oleh Misbun Sidek.[40] Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals,
itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara
dibelenggui kecederaan dan keletihan.[41]

2009

Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima,[42]
tetapi gagal merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara
ke pusingan akhir.[43][44] Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka
Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama
menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya.[45]
Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka India.[46] Beliau mendakwa
kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak berwajib agar memperbaiki
keadaan menjelang Kejohanan Dunia.[47] Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai
pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod
tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan.[48] Apapun, beliau
merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,[49] dan Terbuka Malaysia Grand Prix
Gold,[50] biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh
Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.[51]

Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan
Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik
2008.[52] Beliau pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong
Mew Choo, [53] sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada
bulan September.[54]
Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan
cita-cita merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku
akhir.[55] Setelah berehat selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau
tewas kepada Lin Dan di suku akhir[56]; diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka
Jepun di tangan Simon Santoso[57]. Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu
menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi
Terbuka Denmark[58] dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka
Hong Kong pada 15 November[59], tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka
China tiga hari kemudian[60]. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor
Bahru pada 36 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan
mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo
menjuarai perseorangan wanita.[61] Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan
peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian di Vientiane atas arahan
jurulatih demi menyembuhkan kecederaan lutut yang dialaminya itu.[62][63]

2010

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan
Terbuka Korea[64] dan Terbuka Malaysia[65] (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali
pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada
percubaan ketujuh[66] menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya
berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di
Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir
dengan markah 2119, 2119.[67]

Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago
untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 23 kepada Jepun.[68] Di
suku akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat
tempat dalam separuh akhir.[69] Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin
Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.[70]

Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku
akhir.[71] Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia,[72] Terbuka
Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai,[73] dan Terbuka Makau pada bulan Ogos.[74]
Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas
mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir.[75] Misbun Sidek mengaku
bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas
pusingan ketiga.[76] Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di
Terbuka Jepun.[77]

Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk
mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010,
kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan.[78]
Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat
menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di
tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir.[79] Pada akhir tahun, Lee menggondol
gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut[80], dan gelaran Super Series Master
Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.[81]

2011
Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh,[82] tetapi gagal
mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, yang menjadi kejohanan sejuta dolar terulung
dalam sukan badminton, setelah kecundang di tangan Lin Dan lagi.[83] Pada Mac, Lee mudah
melangkah ke peringat akhir Terbuka All England buat kali ketiga berturut-turut lantas
mempertahankan kejuarannya dengan kemenangan straight set ke atas Lin Dan, lalu
mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.[84]Lee Chong Wei
kemudiannya memenangi kejohanan super series India pertama buat dirinya. Dia juga telah
menyertai skuad badminton kebangsaan Malaysia untuk beraksi di Sudirman cup, tetapi gagal
ke separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada Korea.

Pada 1 Mei, Lee Chong Wei julung kali menjuarai Terbuka India,[85] diikuti oleh kejuaraan
Grand Prix Emas Terbuka Malaysia seminggu kemudian.[86] Walaupun Lee memenangi
semua perlawanannya dalam Piala Sudirman, namun perjuangan Malaysia berakhir di suku
akhir setelah ditumpaskan oleh Korea Selatan 23.[87][88][89] Pada lewat bulan Jun, beliau
menjuarai Terbuka Indonesia, sekaligus menjadi pemain bukan Indonesia pertama yang
membuat hatrik dalam kejohanan itu.[90]

Harapan Lee untuk menjadi jaguh Malaysia pertama yang meraih pingat emas di Kejohanan
Dunia ranap setelah ditewaskan oleh Lin Dan di pusingan akhir. Walaupun menguasai
permainan, namun beliau terlepas dua mata penamat di set penentu.[91] Pada bulan
September, Lee juga gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun setelah ditewaskan
oleh bintang baru China, Chen Long.[92] Pada bulan Oktober, beliau tewas kepada Chen Long
sekali lagi dalam cubaan memenangi kejuaraan Terbuka Denmark yang kedua.[93] Seminggu
kemudian, beliau memenangi Terbuka Perancis.[94] Ini disusuli dengan tiga kali berturut-turut
tersingkirnya di peringkat separuh akhir di Terbuka Hong Kong,[95]Terbuka China,[96] dan
Kejohanan Akhir Masters.[97]

2012

Lee memulakan tahun Olimpik dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus
kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set.[98]
Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan
Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari
Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.[99]

Pada bulan Mac, Lee kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik
diri dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk
menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka
Seluruh England tiga kali berturut-turut.[100] Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh
peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India,[101] tetapi berjaya
mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-
turut pada bulan Mei.[102] Lee terpaksa berehat selama tiga empat minggu setelah cedera di
buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark.[103] Pada
bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008,[4] Lee
akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik
BWF.[104]

Lee kembali beraksi di gelanggang buat julung kali semenjak kecederaan itu pada Sukan
Olimpik London. Beliau menang tipis ke atas Ville Lng dari Finland setelah bermain tiga set
dalam pusingan pertama,[105] dan menyatakan tekanan sebagai punca nyaris kalah.[106] Di
pusingan kedua, beliau menang muda ke atas Simon Santoso dari Indonesia,[107] kemudian
menewaskan Kashyap Parupalli dari India di suku akhir.[108] Di separuh akhir, Lee
mengalahkan Chen Long dari China dalam dua set walaupun dikhuatiri bahawa lawannya itu
sukar untuk diatasi, dan bertemu lagi dengan Lin Dan di pusingan akhir buat kali kedua
dalam Sukan Olimpik.[109] Ini juga pertembungan kedua mereka di Arena Wembley selepas
Kejohanan Dunia 2011. Lee mendahului setelah memenangi set pertama, tetapi Lin
melanjutkan perlawanan kepada set ketiga. Walaupun banyak mengungguli sepanjang set
ketiga itu, namun Lin sempat memintas beliau dan menang 2119, sekaligus memaksa Lee
sekali lagi berpuas hati dengan pingat perak.[2]

Anugerah dan penghormatan


Yang berikut ialah senarai anugerah yang dimenangi oleh Lee Chong Wei. Beliau juga
dilantik sebagai Duta Muhibah UNICEF pada tahun 2009.[110]

Tarikh Anugerah Sebab


5 April 2006 Olahragawan Negara 2005[111] Cekal dan fokus kepada permainan
Prestasi di Kejohanan Dunia IBF 2005 dan
29 April Olahragawan Pulau Pinang
Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh
2006 2005[112]
England 2005.
18 November Olahragawan Pulau Pinang
2008 2007[113]
Satu-satunya pemain Malaysia yang
12 Disember Olympian Lelaki Malaysia
meraih pingat perak pada Sukan Olimpik
2008 2008[114]
Beijing 2008.
2008 Pemain Terbaik 2008[115]
23 Mac 2009 Olahragawan Negara 2008[116]
Pemenang anugerah Persatuan
12 Jun 2009 Penulis-penulis Sukan Malaysia
(SAM)[117]
Olahragawan Pulau Pinang
9 Ogos 2009
2008[118]
17 Oktober
LOL
2010
12 Disember
Pemain Terbaik BWF[119]
2011

Statistik kerjaya
Final kerjaya

Juara/Naib Tahun Kejohanan Lawan di akhir Markah


2115, 1021,
2 2012 Sukan Olimpik Lin Dan
1921
Grand Prix Emas Terbuka 1721, 218,
1 2012 Sony Dwi Kuncoro
Malaysia (4) 2110
Juara/Naib Tahun Kejohanan Lawan di akhir Markah
1821, 2114,
2 2012 Terbuka India Shon Wan-ho
1921
1921, 26
2 2012 Terbuka Seluruh England Lin Dan
(retired)
1 2012 Terbuka Malaysia (2) Kenichi Tago 21-6, 21-13
1221, 2118,
1 2012 Terbuka Korea (2) Lin Dan
2114
1 2011 Terbuka Perancis (2) Kenichi Tago 2116, 2111
2 2011 Terbuka Denmark Chen Long 1521, 1821
821, 2110,
2 2011 Terbuka Jepun Chen Long
1921
2220, 1421,
2 2011 Kejohanan Dunia Lin Dan
2123
1 2011 Terbuka Indonesia (4) Peter Gade 2111, 217
Grand Prix Emas Terbuka
1 2011 Bao Chunlai 219, 2119
Malaysia (3)
2112, 1221,
1 2011 Terbuka India Peter Gade
2115
1 2011 Terbuka Seluruh England (2) Lin Dan 2117, 2117
1921, 2114,
2 2011 Terbuka Korea Lin Dan
1621
1 2011 Terbuka Malaysia (7) Taufik Hidayat 218, 2117
Perlawanan Akhir Masters Siri
1 2010 Peter Gade 219, 2114
Super (3)
1 2010 Terbuka Hong Kong (2) Taufik Hidayat 2119, 219
1321, 2115,
2 2010 Sukan Asia Lin Dan
1021
1 2010 Sukan Komanwel (2) Rajiv Ouseph 2110, 218
2220, 1621,
1 2010 Terbuka Jepun (2) Lin Dan
2117
1 2010 Terbuka Makau (2) Lee Hyun-il No match
Grand Prix Emas Terbuka Wong Choong 218, 1421,
1 2010
Malaysia (2) Hann 2115
1 2010 Terbuka Indonesia (3) Taufik Hidayat 2119, 218
1 2010 Terbuka Seluruh England (1) Kenichi Tago 2119, 2119
1 2010 Terbuka Malaysia (6) Boonsak Ponsana 2113, 217
1 2010 Korea Open Peter Gade 2112, 2111
Perlawanan Akhir Masters Siri
1 2009 Park Sung-hwan 2117, 2117
Super (2)
2113, 1321,
1 2009 Terbuka Hong Kong (1) Peter Gade
21-16
Wong Choong
1 2009 Terbuka Makau (1) 2115, 2119
Hann
Juara/Naib Tahun Kejohanan Lawan di akhir Markah
Grand Prix Emas Terbuka
1 2009 Chen Long 2116, 219
Malaysia (1)
1 2009 Terbuka Indonesia (2) Taufik Hidayat 219, 2114
1 2009 Terbuka Switzerland (2) Lin Dan 2116, 2116
2 2009 Terbuka Seluruh England Lin Dan 1921, 1221
1821, 2110,
2 2009 Terbuka Korea Peter Gade
1721
1 2009 Terbuka Malaysia (5) Park Sung-hwan 2114, 2113
Perlawanan Akhir Masters Siri
1 2008 Peter Gade 218, 2116
Super (1)
2 2008 Terbuka China Lin Dan 1821, 921
2 2008 Terbuka Makau Taufik Hidayat 1921, 1521
2 2008 Terbuka Jepun Sony Dwi Kuncoro 1721, 1121
2 2008 Sukan Olimpik Lin Dan 1221, 821
1 2008 Terbuka Singapura Simon Santoso 2113, 215
2 2008 Terbuka Switzerland Lin Dan 1321, 1821
2115, 1121,
1 2008 Terbuka Malaysia (4) Lee Hyun-il
2117
219, 1521,
2 2007 Terbuka Hong Kong Lin Dan
1521
2 2007 Terbuka China Bao Chunlai 1221, 1321
1 2007 Terbuka Perancis Bao Chunlai 2111, 2114
2220, 1921,
1 2007 Terbuka Jepun (1) Taufik Hidayat
2119
1 2007 Terbuka Filipina Chen Hong 219, 2115
1 2007 Terbuka Indonesia (1) Bao Chunlai 2115, 2116
1921, 218,
2 2006 Terbuka Hong Kong Lin Dan
1621
1821, 2118,
2 2006 Terbuka Makau Lin Dan
1821
1821, 2112,
2 2006 Terbuka Taipei China Lin Dan
1121
2118, 1821,
1 2006 Terbuka Malaysia (3) Lin Dan
2321
1 2006 Kejohanan Badminton Asia Boonsak Ponsana 2112, 2116
Wong Choong
1 2006 Sukan Komanwel (1) 2113, 2112
Hann
1 2006 Terbuka Switzerland (1) Xia Xuanze 158, 150
Muhammad Hafiz
1 2005 Terbuka Denmark 1714, 158
Hashim
1715, 915,
1 2005 Terbuka Malaysia (2) Lin Dan
159
Juara/Naib Tahun Kejohanan Lawan di akhir Markah
1 2004 Terbuka Taipei China
2 2004 Terbuka Singapura Kenneth Jonassen 1517, 415
1 2004 Terbuka Malaysia (1) Park Sung-hwan 1513, 1512
1 2003 Satelit Malaysia Kuan Beng Hong 157, 159
2 2003 Satelit Asia Yeoh Kay Bin 515, 1315
2 2003 Terbuka Malaysia Chen Hong 915, 515
Perlawanan Siri Super
Perlawanan Grand Prix Emas dan Grand Prix

Rujukan
1.

"A hero's welcome for Penang boy Chong Wei". nstonline. 2008-08-21. Dicapai pada
2008-11-24.
Chong Wei gagal dalam misi kutip emas, Sinar Harian, 5 Ogos 2012. Dicapai pada 30
Ogos 2012.
"Chong Wei a national hero, says Najib". Daily Express News. 2008-08-18. Dicapai
pada 2008-11-21.
199, Oriental Daily News, 21 Jun 2012. (Cina)
Dicapai pada 22 Jun 2012.
"[] :""""". Sina Sport (dalam bahasa
Chinese). Sport366.com. Dicapai pada 2008-12-13.
"Interview with Lee Chong Wei". Badminton-Information. Dicapai pada 2008-11-24.
Loshana K Shagar; Yvonne Lim (9 November 2012). "Chong Wei, Mew Choo hold
grand and glitzy wedding reception". The Star. Dicapai pada 2012-11-09.
"Galaxy of stars at Lee's wedding". The Star. 11 November 2012. Dicapai pada 12
November 2012.
Paul, Rajes (2003-09-08). "Ruthless Chen Hong ends Chong Wei's fairy tale run". Ths
Star. Dicapai pada 2009-03-16.
Letchumanan, Jaiarajo (2008-08-06). "Best Chance Of An Olympic Gold In Chong
Wei's Court". Bernama. Dicapai pada 2009-03-16.
"Lin to clash with Taufik". The Hindu. 2005-08-22. Dicapai pada 2009-03-16.
"Badminton: Chong Wei and Chan-Koo victorious in Basel". The Star. 2006-01-09.
Dicapai pada 2009-03-16.
Paul, Rajes (2006-06-19). "Double joy for Malaysia". The Star. Dicapai pada 2009-03-
16.
"Commonwealth Games day 11 review". BBC Sport. 2006-03-26. Dicapai pada 2009-
03-16.
Paul, Rajes (2006-07-01). "Chong Wei reaches top spot for first time". The Star.
Dicapai pada 2009-03-16.
Paul, Rajes (2006-09-08). "Badminton: Chong Wei is top seed". The Star. Dicapai pada
2009-03-16.
"Bao knocks out top-seeded Lee in badminton World Championships quarterfinals". The
Associated Press. 2006-09-22. Diarkibkan daripada original pada 2012-09-05. Dicapai pada
2009-03-16.
"Lee gets all clear after car crash". Gulf Times. 2006-11-06. Dicapai pada 2008-11-24.
"Chong Wei makes timely return to form in Jakarta". The Star. 2007-05-14. Dicapai
pada 2009-03-16.
Teik Huat, Lim (2007-12-31). "Badminton: Boost for Chong Wei". The Star. Dicapai
pada 2009-03-16.
Teik Huat, Lim (2007-06-17). "Badminton: Lee shows his mettle". The Star. Dicapai
pada 2009-03-16.
"Anup Sridhar posts another upset win". The Hindu. 2007-08-17. Dicapai pada 2009-
03-16.
Paul, Rajes (2007-08-31). "BAM chief wants Chong Wei and Kim Hock to improve
relationship". The Star. Dicapai pada 2009-03-16.
"Lee Chong Wei wins men's singles at Malaysian Open badminton". People's Daily
Online. 2008-01-29. Dicapai pada 2008-12-14.
"Badminton: Malaysia's Lee Chong Wei wins men's singles title in Singapore Open".
Channelnewsasia. 2008-06-15. Dicapai pada 2008-12-15.
"". bbeshop. Dicapai pada 2008-
12-14.
"China stays on course to win singles titles at All England Open". The Associated Press.
International Herald Tribune. 2008-03-08. Diarkibkan daripada original pada 2008-03-12.
Dicapai pada 2008-12-15.
"Chinese back to winning ways in Swiss finals". China Daily. 2008-03-17. Dicapai pada
2008-12-15.
Chin, Dan Guen (2008-04-21). "Looking Towards Jakarta". Bernama. Dicapai pada
2008-12-15.
"China defeats Malaysia to advance to final of Thomas Cup". The Associated Press.
International Herald Tribune. 2008-05-16. Diarkibkan daripada original pada 2008-05-19.
Dicapai pada 2008-12-15.
"Britain's Robertson, Emms advance in badminton". The Associated Press. International
Herald Tribune. 2008-08-12. Diarkibkan daripada original pada 2008-08-17. Dicapai pada
2008-12-15.
"Lee in top form in Badminton Singles". beijing2008.cn. 2008-08-14. Dicapai pada
2008-12-15.
"Lee stumbles but prevails". beijing2008.cn. 2008-08-15. Dicapai pada 2008-12-15.
"Lin Dan of China defeats Malaysia's Lee Chong in men's final". The Associated Press.
International Herald Tribune. 2008-08-17. Diarkibkan daripada original pada 2008-08-23.
Dicapai pada 2008-12-15.
"pension for Malaysian shuttler". asiaonenews. 2008-08-20. Dicapai pada 2008-11-24.
"Datukship for Lee Chong Wei". asiaonenews. 2008-08-20. Dicapai pada 2008-11-24.
Paul, Rajes (2008-11-27). "Old knee injury haunts Chong Wei at HK Open". The Star.
Dicapai pada 2008-12-18.
" """ (dalam bahasa Chinese). Sohu Sport.
2008-11-27. Dicapai pada 2008-12-18.
" ". QQ Sports (dalam bahasa
Chinese). CCTV.com. 2008-11-26. Dicapai pada 2008-12-18.
" 7" (dalam bahasa Chinese). Kwong Wah Yit Poh.
2008-12-12. Dicapai pada 2008-12-13.
"Lee beats Gade to wins Super Series final". Reuters. 2008-12-21. Dicapai pada 2008-
12-22.
"Lee Chong Wei defends title at Malaysia Open". Xinhua. China Daily. 2009-01-12.
Dicapai pada 2009-01-19.
"Danish Ace Dashes Chong Wei's Hat-trick Hopes". Bernama. 2009-01-18. Dicapai
pada 2009-01-19.
"Badminton: China sweep titles". Sky Sports. 2009-03-08. Dicapai pada 2009-03-09.
"Chong Wei Tames Super Dan To Clinch Swiss Open Title". Bernama. 2009-03-15.
Dicapai pada 2009-03-16.
"Top-ranked Lee Chong Wei of Malaysia eliminated in first round". The Associated
Press. International Herald Tribune. 2009-03-25. Diarkibkan daripada original pada 2011-
06-28. Dicapai pada 2009-03-26.
"Top shuttler Lee tells India to improve conditions". AFP. Google. 2009-03-26.
Diarkibkan daripada original pada 2014-02-21. Dicapai pada 2009-03-26.
Paul, Rajes (2009-05-18). "Skipper Chong Wei proud of Malaysia's first-ever bronze".
The Star. Dicapai pada 2009-05-21.
"Lee Chong Wei wins men's singles gold at Indonesia Open". People's Daily Online.
2009-06-22. Dicapai pada 2009-06-29.
Paul, Rajes (2009-06-29). "Chong Wei crushes Chinese youngster Chen Long in 32
minutes". The Star. Dicapai pada 2009-06-29.
Singh, Patwant (2009-06-11). "Badminton: Top seed Lee Chong Wei out of Singapore
Open". Channel News Asia. Dicapai pada 2009-06-29.
"Chong Wei Receives Darjah Bakti Award". Bernama. 2009-06-06. Dicapai pada 2009-
06-06.
"Lee Chong Wei bio". NBC Olympics. Dicapai pada 2008-11-24.
. thestaronline. 2009-09-17
http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2009/9/17/sports/4731310&sec=sports. Dicapai
pada 2009-09-17. |title= hilang atau kosong (bantuan)
"Indon ends Chong Wei's World title bid". The Star. 15 Ogos 2009. Dicapai pada 7 Feb
2010.
"Olympic champion Lin and world No.1 Lee ease into China Masters quarters". China
Daily. 17 September 2009.
K.M. Boopathy (25 Sept 2009). "Curtains for Chong Wei". New Straits Times. Dicapai
pada 7 Feb 2010.
"Simon Dan Sony Melaju ke Perempat Final Denmark Super Series". Antara News. 23
Okt 2009. Dicapai pada 7 Feb 2010.
"Fatigue may force Lee to skip Laos Games". The Star. 16 September 2009. Dicapai
pada 7 Feb 2010.
Rajes Paul (19 November 2009). "Inconsistent Chong Wei shown early exit in China".
The Star. Dicapai pada 7 Feb 2010.
K.M. Boopathy (7 Disember 2009). "And now to grab gold in Laos". New Straits Times.
Dicapai pada 7 Feb 2010.
"Dua perseorangan kita tersungkur". Utusan Malaysia. 15 Disember 2009. Dicapai
pada 7 Feb 2010.
"SEA Games: Badminton star Lee 'told to rest'". ChannelNewsAsia. 9 Dis 2009. Dicapai
pada 7 Feb 2010.
"Chong Wei turns on the style in first Korean Open victory". The Star. 18 Januari 2010.
Dicapai pada 7 Februari 2010.
K.M. Boopathy (25 Januari 2010). "Malaysia Open: Super sixth crown for Chong Wei".
New Straits Times. Dicapai pada 7 Februari 2010.
"Chong Wei finally lands All-England crown in seventh attempt". The Star. 15 Mac
2010. Dicapai pada 15 Mac 2010.
"Chong Wei takluk edisi ke-100". Berita Harian. 15 Mac 2010. Dicapai pada 15 Mac
2010.
"Japan loss, outburst hit Malaysia's Thomas Cup hopes". The Times of India. 2010-05-
12. Diarkibkan daripada original pada 2010-05-31. Dicapai pada 2010-06-17.
"Thomas Cup: Malaysia in semi-final with 3-2 win over Denmark". The Star. 2010-05-
12. Dicapai pada 2010-06-17.
"Misbun expects Chong Wei to return stronger after Lin Dan jolt". The Star. 2010-05-
16. Dicapai pada 2010-06-17.
Gilmour, Rod (2010-06-19). "Malaysia's Lee Chong Wei sent packing from Singapore
badminton Open". Telegraph.co.uk. Dicapai pada 2010-06-29.
"Malaysia's Lee Chong Wei defeats Taufik Hidayat to lift Indonesia Open".
Telegraph.co.uk. 2010-06-27. Dicapai pada 2009-06-29.
Gilmour, Rod (2010-07-11). "Malaysian Open 2010: Lee Chong Wei predictably lifts
home Grand Prix". Telegraph.co.uk. Dicapai pada 2010-08-02.
Paul, Rajes (2010-08-02). "Hyun-il concedes walkover to Chong Wei in Makau final".
The Star. Dicapai pada 2010-08-03.
Gilmour, Rod (2010-08-27). "World Badminton Championships 2010: Lee Chong Wei
and Lin Dan in shock exits". Telegraph.co.uk. Dicapai pada 2010-08-30.
"Unexpected back injury crushes Lee's world title hopes". The Star. 2010-08-29.
Dicapai pada 2010-08-30.
"London 2012 - Chong Wei foils Chinese clean-sweep". Yahoo! Eurosport. Reuters.
2010-09-26. Dicapai pada 2010-09-27.
"Malaysia scores badminton gold rush". ABC Grandstand Sport. AFP. 2010-10-14.
Dicapai pada 2010-10-14.
"Asian Games: Lin Dan powers past Lee to grab badminton gold". The Times of India.
2010-11-21. Diarkibkan daripada original pada 2010-11-23. Dicapai pada 2010-11-21.
"Lee Chong Wei take Hong Kong Open title". The Times of India. 2010-12-12.
Diarkibkan daripada original pada 2010-12-15. Dicapai pada 2010-12-12.
Thompson, Dave (2011-01-09). "Chong Wei lands third Super Series Finals title".
Reuters India. Dicapai pada 2011-01-09.
Paul, Rajes (2011-01-24). "Lee just too good for Taufik in final". The Star. Dicapai pada
2011-01-24.
"China cash in at million Korean Open". The Times of India. Reuters. 2011-01-31.
Diarkibkan daripada original pada 2011-02-05. Dicapai pada 2011-02-02.
Gilmour, Rod (2011-03-13). "All England Badminton 2011: Lee Chong Wei gets a
prime-time call after retaining title in Birmingham". The Telegraph. Dicapai pada 2011-03-
14.
"Chong Wei wins India Open Super Series". News One. 2011-05-01. Dicapai pada
2011-05-01.
"Chong Wei wins Malaysia Open". The Star. 2011-05-08. Dicapai pada 2011-05-08.
"Lee Chong Wei primed for Indonesia". The Times of India. 2011-05-24. Dicapai pada
2011-05-30.
"Lee, Gade prove class at Sudirman Cup". The Times of India. 2011-05-25. Dicapai
pada 2011-05-30.
"Sudirman Cup: Malaysia fails to qualify for semis". The Star. 2011-05-26. Dicapai
pada 2011-05-30.
"London 2012 Lee Chong Wei completes Indonesia hat-trick". Yahoo! Eurosport.
2011-06-26. Dicapai pada 2011-06-27.
"Lin, Wang keep Chinese badminton sweep on track". AFP. 2011-08-14. Diarkibkan
daripada original pada 2014-02-21. Dicapai pada 2011-08-14.
"Chen shocks Lee to win Japan Open badminton tournament". AFP. 2011-09-25.
Diarkibkan daripada original pada 2011-09-29. Dicapai pada 2011-09-26.
"Chen Long wins Denmark Open, stunning Lee again". China.org.cn. 2011-10-24.
Dicapai pada 2011-10-24.
Paul, Rajes (2011-10-31). "World No. 1 Chong Wei rakes in another title in France".
The Star. Dicapai pada 2011-10-31.
Danlu, Tang (2011-11-20). ""Super Dan" ends Lee Chong Wei, Baun upsets Wang
Shixian at HK Badminton Open". English.news.cn. Dicapai pada 2011-11-20.
Paul, Rajes (2011-11-27). "Chong Wei's reign under threat from resurgent world
champ". The Star. Dicapai pada 2011-11-27.
Paul, Rajes (2011-12-18). "Tired Lee crumbles". The Star. Dicapai pada 2011-12-18.
"Lee beats foe Lin Dan in Korea Open final". The Times of India. 2012-01-08.
Diarkibkan daripada original pada 2012-07-30. Dicapai pada 2012-01-08.
Chong Wei julang gelaran ke-8 Terbuka Malaysia, Sinar Harian, 15 Januari 2012.
Dicapai pada 15 Januari 2012.
"Lin Dan beats Chong Wei for 5th All England title". The Times of India. 2012-03-11.
Diarkibkan daripada original pada 2012-07-20. Dicapai pada 2012-03-12.
"India Open final: Wan stuns Chong Wei, Li Xuerui wins". Firstpost. 2012-04-30.
Dicapai pada 2012-05-01.
"Chong wei retains gp gold title". Borneo Post. 2012-05-07. Dicapai pada 2012-05-08.
Paul, Rajes (2012-05-23). "Chong Wei out for three to four weeks after ankle injury".
The Star. Dicapai pada 2012-05-23.
Chong Wei dethroned as world No. 1 after four years, The Star, 22 Jun 2012. Dicapai
pada 22 Jun 2012.
"SLOW START: Chong Wei prepares for Indonesia's Santoso". New Straits Times. 1
August 2012. Dicapai pada 2012-08-05.
"Rusty Chong Wei blames pressure for close call in first round". The Star. 1 August
2012. Dicapai pada 2012-08-05.
"Chong Wei gives improved display to reach quarter-finals". The Star. 2 August 2012.
Dicapai pada 2012-08-05.
"Chong Wei declares he's going for top prize after slaying Kashyap". The Star. 3 August
2012. Dicapai pada 2012-08-05.
"Heroic Chong Wei sinks Chen Long". New Straits Times. 3 August 2012. Dicapai pada
2012-08-05.
"Malaysian badminton star Lee to be UNICEF ambassador". AFP. Yahoo! News. 2009-
02-27. Dicapai pada 2009-02-28.[pautan putus]
Teik Huat, Lim (2006-04-05). "Sports Awards: Chong Wei steals the thunder". The Star.
Dicapai pada 2009-03-24.
"Nicol Again Bags Top Penang Sports Award". Bernama. 2006-04-29. Dicapai pada
2008-11-25.
"/" (dalam bahasa Chinese). Kwong Wah Yit
Poh. 2008-11-19. Dicapai pada 2008-12-25.
"Chong Wei and Yi Ting Receive Olympian Awards 2008". Bernama. Yahoo! Malaysia
News. 2008-12-13. Diarkibkan daripada original pada 2008-12-18. Dicapai pada 2008-12-
13.
"Male/Female Player of the Year Award". BWF. Dicapai pada 2011-12-18.
"Anugerah Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2008". Utusan Malaysia Online.
2009-03-24. Dicapai pada 2010-11-21.
"Chong Wei Wins SAM Sports Award". Bernama. Yahoo! Malaysia News. 2009-06-13.
Diarkibkan daripada original pada 2009-06-18. Dicapai pada 2009-06-29.
"2008". Guang Ming Daily. 2009-08-09. Dicapai
pada 2010-11-21.
"Lee Chong Wei and Wang Xiaoli/Yu Yang named 2011 BWF Players of the Year". BWF.
2011-12-12. Dicapai pada 2011-12-14.
PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN MASYARAKAT

1.0 Pengenalan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan,
dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai
peserta atau pun sebagai penonton. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah.

1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah mengetahui peranan sukan utama ke atas perpaduan pelajar di
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

1.2 Penyataan Masalah

Secara amnya, rakyat Malaysia mengamalkan sukan dalam kehidupan harian masing-masing
terutamanya pada waktu petang. Tujuan mereka melakukan aktiviti tersebut adalah bukan
sahaja untuk menjaga kesihatan malah adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturrahaim
antara keluarga dan kawan-kawan. Tetapi persoalanya adalah adakah sukan ini dapat
mengeratkan perpaduan kaum di antara satu sama lain. Contohnya orang Cina bermain bola
sepak bersama orang Melayu ataupun orang Melayu sendiri bermain bola keranjang dengan
orang Cina pada waktu petang. Bagi generasi muda sekarang, ramai yang masih bersukan
atau beriadah mengikut kaum masing-masing, tanpa menghiraukan kaum lain. Ini dapat
dibuktikan sendiri di kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya.

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk mengetahui sejauhmanakah perpaduan antara kaum terjalin ketika
bersukan. Selain itu ia juga dapat mengetahui kaum manakah akan mendominasikan sukan
pada waktu petang. Di samping itu, ia juga dapat menganal pasti masalah-masalah yang
menyebabkan perpaduan tidak berlaku dalam kalangan pelajar UTeM.

2.0 Sorotan Kajian

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang
boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola
sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari,
Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V
Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi
ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara,
namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan
masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik
masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan
perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama
walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.

Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia


juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini
termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya
sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan
'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang
melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang
juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena
antarabangsa.

Di samping itu, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir
Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara
keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator
penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan
warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di
pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua
peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan
supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika
dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung
kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan
stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi
dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan
antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan
prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas
kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah
tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja
dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara,
satu matlamat'.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari
segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat
dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses
meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam
mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat
negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

Dasar Sukan Negara. Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk
mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi
penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan
Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat,
objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan,
persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi
pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara
merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan
integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian
kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan
Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan
pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama
penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara,
perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang
sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral
dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan
pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa
dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat
yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran


diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi
penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan
kemahiran pergerakan asas dan kompleks.

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di


antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan
semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama


antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan
imej negara.

Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat
menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan
sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.

Objektif Dasar Sukan Negara

1. Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan masyarakat;


2. Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan budaya sukan di
kalangan masyarakat;
3. Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi
membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu;
4. Menyediakan peluang, insentif dan kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu
melalui sukan;
5. Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua peringkat;
6. Memperkukuhkan badan dan organisasi sukan dengan amalan tadbir urus yang profesional;
7. Membangunkan sukan sebagai satu industri; dan
8. Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat
kesukanan yang tulen.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini dilakukan ke atas pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Dalam kajian ini,
ia merangkumi satu aspek sahaja iaitu pemikiran dan nilai (peringkat idea). Kajian in
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik ke atas 40 orang
reponden di UTeM.

Selain itu, kajian juga telah dilaksanakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Di situ kita mendapat bahan bahan tentang kajian kita
termaksud arkib tentang sukan, yang disimpan sejak 20 tahun yang lalu. Di situ juga dapat
difahami bahawa perpaduan sukan di Malaysia terbentuk sementak 20 tahun yang lalu.

4.0 Hasil Kajian

Bahagian A soal selidik merujuk kepada latar belakang responden yang telah diselidiki.
Jumlah responden ialah seramai 40 pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan
mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majoriti borang
soal selidik yang kami edarkan kepada responden terdiri daripada pelajar yang berumur 20
hingga 24 tahun, berbangsa Melayu dan terdapat beberapa responden berbangsa Cina, India
dan lain-lain etnik.

Bahagian B terdiri daripada enam soalan yang berbentuk pertanyaan tentang masa untuk
bersukan. Misalnya adakah mereka biasa bersukan di UTeM dan adakah mereka
memperuntukkan masa yang panjang untuk beriadah. Di samping itu, mereka ditanya tentang
tempat bersukan dan dari mana mendapat informasi tentang sukan.

Bahagian C pula difokuskan soal selidik pada dasar perpaduan antara kaum. Ia terdiri
daripada tujuh soalan. Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada perpaduan antara kaum
wujud ketika bersukan.

Rajah 1: Peratusan responden mengikut kaum

Berdasarkan Rajah 1 di atas, diketahui bahawa responden paling ramai adalah responden
Melayu iaitu 52 peratus manakala paling sedikit adalah kaum India iaitu 20 peratus.

Rajah 2: Peratusan pelajar UTeM yang pernah bersukan

Berdasarkan Rajah 2 di atas, kita dapat melihat bahawa 70% menyatakan bahawa mereka
pernah bersukan manakala 30 peratus menyatakan tidak.

Rajah 3: Peruntukan masa yang panjang untuk bersukan

Berdasarkan Rajah 3 di atas, 62% responden menyatakan mereka memperuntukkan masa


yang agak panjang untuk bersukan.

Rajah 4: Tempoh bersukan di UTEM

Berdasarkan Rajah 4 di atas, kebanyakan pelajar tidak pernah bersukan di UTeM sebaliknya
pergi beriadah di tempat luar yang disediakan.

Rajah 5: Informasi tentang sukan


Berdasarkan Rajah 5 di atas, kebanyakan responden mengetahui informasi tentang sukan dari
rakan-rakan.

Rajah 6: Tempat melakukan aktiviti sukan

Berdasarkan Rajah 6 di atas, pelajar-pelajar UTeM tidak menggemari bersukan di dalam


kompleks UTeM. Sebaliknya mereka memilih untuk pergi ke kompleks sukan yang lain
seperti gelanggang futsal.

Rajah 7: Sukan kegemaran di UTeM

Berdasarkan Rajah 7 di atas, 18% pelajar tidak bermain di UTeM dan bermain selain sukan
yang disediakan dalam borang soal selidik. Di samping itu hanya 7% sahaja pelajar UTeM
yang bermain bola keranjang.

Rajah 8: Tujuan bersukan

Berdasarkan Rajah 8, 21% iaitu majoriti menyatakan bahawa tujuan mereka bersukan adalah
untuk menyihatkan badan manakala 7% sahaja menyatakan bahawa mereka bersukan hanya
untuk mencari pasangan.

Rajah 9: Bersukan bersama pelbagai kaum

Berdasarkan Rajah 9, 52% daripada responden pernah bersukan dengan pelbagai kaum.

Rajah 10: Menghabiskan masa yang panjang untuk bersukan dengan kaum lain

Berdasarkan Rajah 10, 68% daripada responden tidak meluangkan masa yang lama untuk
bersukan dengan pelbagai kaum.

Rajah 11: Sukan dapat mengeratkan perpaduan kaum

Berdasarkan Rajah 11 di atas, majoriti responden bersetuju dengan sukan dapat


menyatupadukan seluruh kaum.

Rajah 12: Pernah bertanding sukan dengan kaum lain

Berdasarkan Rajah 12 di atas, 62% responden pernah bertanding sukan dengan kaum lain.

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk
memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua
aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan
juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia.
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di
peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri
dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi
penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang
kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan
kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
Kebaikan-kebaikan Para Pelajar Menyertai Aktiviti Kokurikulum
Posted on April 26, 2015 by Sean Gee
2
Source: http://88karangan.com/karangan-17/
Aktiviti di luar bilik darjah atau kokurikulum sering menjadi topik hangat perbualan
masyarakat kita terutama menjelang musim peperiksaan. Ada yang menganggap pembabitan
pelajar dalam aktiviti sebegini mampu menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan
terutama peperiksaan umum negara ini. Hairannya, pelajar yang tidak melibatkan diri dalam
sebarang aktiviti juga tidak memperoleh keputusan yang cemerlang jika mahu diambil kira
masa mereka yang lebih banyak untuk menelaah buku pelajaran. Jadi, penglibatan dalam
kokurikulum memang ada banyak kebaikannya jika dilakukan dengan penuh cermat dan
sistematik.
Kebaikan pertama melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ialah seseorang pelajar itu
dapat mengeluarkan peluh terutama aktiviti yang melibatkan acara sukan. Biasanya aktiviti
ini memerlukan stamina dan tenaga yang banyak lalu menjadikan tubuh pelajar lebih tegap
dan mampu untu mengalami sebarang tindakan fizikal yang ketara. Badan yang sihat juga
menjadikan diri pelajar itu lebih menarik dan boleh menerima pelajaran dengan lebih baik
kerana fikiran mereka sihat berbanding dengan pelajar yang lain. Maka, pelajar yang
melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum memang lebih sihat berbanding pelajar yang
lainnya.
Dalam sebarang aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar itu harus melakukan sesuatu aktiviti
sama ada secara berkumpulan atau bersendirian. Kejayaan seseorang pelajar melaksanakan
aktiviti ini dengan baik akan memberi keyakinan dalam dirinya bahawa mereka memang
berguna dan boleh melakukan sesuatu yang berfaedah dalam hidup. Sikap yakin ini sudah
pasti akan menebal setiap kali pelajar berjaya melakukan pelbagai aktiviti dalam penglibatan
kokurikulumnya itu lalu menjadikan diri pelajar lebih berketerampilan lagi. Jelaslah, pelajar
yang terlibat dalam kokurikulum mempunyai rasa keyakinan diri yang lebih ketara
berbanding pelajar yang tidak melibatkan diri langsung.
Dalam kehidupan manusia, amalan bertemu untuk berinteraksi dengan orang lain sudah
menjadi lumrah dan kokurikulum mampu mendidik pelajar cara untuk berinteraksi dengan
lebih berkesan lagi. Semua kokurikulum mempunyai program yang pastinya akan
memerlukan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain, guru dan juga masyarakat setempat
untuk melaksanakan sesuatu program tersebut. Interaksi demi interaksi ini menjadikan diri
pelajar lebih peka dan tahu cara untuk menyesuaikan diri mereka dalam pergaulan
masyarakat apabila mereka dewasa kelak tanpa perlu berasa malu dan sebagainya. Maka,
pelajar akan lebih mahir dalam interaksi mereka jika melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum.
Kokurikulum sudah pasti memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada pelajar yang
menyertainya baik yang berupaya sukan, persatuan dan sebagainya. Pengetahuan mengurus
sesuatu, merancang, dan mengalami masalah ketika melakukan aktiviti sudah pasti
memberikan pendidikan yang berguna kepada pelajar pada masa hadapan kerana perkara ini
tidak mampu untuk mereka peroleh menerusi pendidikan biasa. Semua maklumat yang
mereka pelajari ini menjadikan diri mereka lebih mampu untuk mengharungi kehidupan alam
dewasa yang penuh dengan dugaan dan cabaran itu. Sebenarnya, kokurikulum memberikan
banyak ilmu pengetahuan kepada pelajar yang menyertainya.
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum harus disertai oleh semua pelajar kerana aktiviti ini
memiliki banyak impak positif. Golongan ibu bapa perlulah melihat kokurikulum ini dalam
sudut yang lebih besar dan positif serta tidak menganggap aktiviti ini membuang masa sahaja.
Pelajar pula perlu menggunakan peluang ini untuk mempelajari sebanyak mungkin
pengetahuan yang diberikan menerusi penglibatan mereka ini tanpa ada keraguan. Kalau ini
berjaya dilaksanakan, negara kita akan memiliki satu generasi muda yang berdaya saing
tinggi.
Contoh Karangan: Sambutan Hari Guru
Pendahuluan Pada 16 Mei 2011 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan
(2 ayat) Hari Guru. Tujuan sambutan ini adalah untuk mengingati jasa guru yang telah
mendidik murid dengan berdedikasi.

Isi 1 Sejak awal pagi, semua murid, guru-guru dan ahli Persatuan Ibu
(3 ayat) Bapa dan Guru telah berkumpul di dewan sekolah. Dewan sekolah telah dihias
dengan belon-belon yang cantik. Para hadirin mengambil tempat duduk
masing-masing di dalam dewan sebelum majlis bermula.

Isi 2 Majlis bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa.
(3 ayat) Selepas itu, juruacara menjemput Guru Besar SJK(C ) Chung Hua Spaoh
untuk memberi ucapan perasmian. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar.

Isi 3 Seterusnya, persembahan koir, nyanyian dan tarian yang


(4 ayat) dipersembahkan oleh murid-murid dijalankan. Para tetamu terhibur dengan
persembahan yang menarik ini. Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru,
murid-murid dan ibu bapa juga dijalankan. Semua hadirin bermain dengan
girang sekali.

Isi 4 Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi untuk para hadirin berehat
(3 ayat) seketika. Semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan khas yang telah
disediakan disediakan oleh kantin sekolah dan ibu bapa. Semua makanan yang
disediakan sedap-sedap belaka.

Isi 5 Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada


(3 ayat) pemenang dalam acara sukaneka. Di samping itu, sijil juga disampaikan
kepada guru cemerlang. Wakil murid daripada setiap kelas juga memberi
bunga kepada setiap guru sebagai tanda penghargaan.

Penutup Menjelang pukul 2.00 petang, majlis bersurai. Saya berasa penat
(4 ayat) tetapi gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru
dengan belajar bersungguh-sungguh. Janganlah kita bersikap seperti kacang
melupakan kulit.
Guru Yang Saya Kagumi-Cerita

Guru merupakan insan yang mulia. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan
menghargai mereka. Selain itu, guru-guru juga seperti ibubapa kita yang mendidik kita dan
menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh.

Guru yang saya paling kagumi ialah Puan Norida. Beliau mengajar saya
Bahasa Melayu dan Sains. Puan Norida juga merupakan guru kelas saya bagi Tahun Enam.
Beliau berumur mungkin lebih daripada 40 tahun.

Saya sangat suka akan Puan Norida terutamanya kerana beliau mengamalkan
sikap dan nilai yang perlu kita pelajari. Contohnya, beliau seorang yang baik hati. Walaupun
demikian, beliau tetap tegas. Puan Norida selalunya membantu murid-murid yang lebih
lemah dalam pelajaran dan juga mendisiplinkan muri-murid yang nakal di sekolah.Selain itu,
beliau juga mengambil berat terhadap semua pelajar sama ada dalam akademik ataupun
kesihatan. Saya tidak akan lupakan kejadian itu, ketika Hari Sukan yang lalu. Saya telah
pengsan apabila perbarisan diadakan. Apabila saya tersedar, saya nampak Puan Norida duduk
di sisiku. Rupa-rupanya, Puan Norida telah menjaga saya selama masa saya terpengsan. Saya
berasa sangat gembira kerana Puan Norida ialah guru kelas saya.

Di samping itu, Puan Nprida juga mengajar kami dengan cara-caranya yang
tidak bosan seperti berbual dengan kami ketika kami sedang membuat kerja, memberikan
banyak contoh yang berkaitan dengan topik yang sedang diajarkan dan memberi pendekatan
yang lebih mudah difahami oleh kami. Ini menyebabkan ramai murid yang suka akan beliau.

Puan Norida ialah HOD (Head Of Department) untuk mata pelajaran Sains di
sekolah saya. Namun begitu, beliau juga aktif dalam ko-kurikulum di sekolah saya. Oleh itu,
beliau pernah mengetuai pasukan bola jaring dan berjaya merangkul johan dalam
pertandingan itu.

Saya sangat bangga kerana dapat diajar oleh guru yang sungguh berdedikasi
ini. Saya harap dapat pulang ke sekolah saya dan dapat bertemu dengannya lagi pada masa
depan.
Contoh karangan

SOALAN : Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan daripada sikap yang
baik dalam kalangan anak-anak. Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak
bagi melahirkan sebuah keluarga yang harmoni.

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat Rumahku Syurgaku
menjadi hasrat semua keluarga. Keluarga bahagia menjadi terminal untuk membangunkan
sebuah masyarakat yang sihat sama ada dalam aspek mental, fizikal, emosi mahupun sahsiah.
Namun demikian, bukan semua impian untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni
boleh mencapai matlamat. Sekiranya semua impian boleh dicapai dengan begitu mudah,
nescaya tiadalah keluarga yang pincang dan terbentur kecundang ditelan gelombang.
Walaupun, tanggungjawab membangunkan keluarga yang harmoni terletak atas
kebijaksanaan ibu bapa, namun anak-anak turut tidak terkecuali. Oleh yang demikian, bagi
merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap positif dan
turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni,
dan sejahtera.

Strategi penting untuk menjayakan matlamat di atas, anak-anak hendaklah menjadi seorang
insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sikap
tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya. Oleh itu, jadilah anak-anak
penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu dan ayah. Hormati dan taatilah ibu bapa
kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah dengan redha ibu bapa. Apabila ibu bapa
dipatuhi manakala perintah Tuhan ditaati nescaya lahirlah insan sempurna sama ada peribadi
mahupun nurani . Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk
mewujudkan keharmonian dalam harapan menjadikan Rumahku Syurgaku.

Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti dan bermoral tinggi. Budi
pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi. Apabila elok pekerti nescaya
terserlahlah nilai-nilai insani. Sudah sewajarnya, anak-anak mencerminkan diri dengan
akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali, Hendak mengenal diri lihatlah pada
cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. Oleh itu, hiasilah diri dengan
kelembutan hati dan kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap
ahli keluarga dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi. Seandainya,
karekter seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah lahirlah sebuah keluarga yang harmoni,
ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.

Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan kriteria yang amat
baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti ini tidak pernah berkira
sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam memberi khidmat kepada keluarga. Mereka
mudah mesra dan cepat peka terhadap segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di
rumah amat dirasa oleh semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila
anak-anak seperti ini dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar
ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping mengikat
hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran
kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air mata seorang ibu. Dengan hal yang
demikian, balasi ibu bapa dengan sikap ringan tulang demi sebuah keluarga yang harmoni
dan prihatin.
Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan berlalu pergi,
justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi hukum alam itu, anak-
anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab. Tanggungjawab seperti menjaga
rumah tangga, menghubungkan silaturahim dengan adik beradik dan menjaga maruah serta
nama keluarga amatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai
murni ini boleh diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk.
Anak-anak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi cermin
kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya. Janganlah terjadi
seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk dilupakan.
Oleh itu, sebagai anak yang baik bersedialah untuk mengambil tanggungjawab untuk
mengharmonikan keluarga.

Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resepi untuk melahirkan sebuah
keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam kalangan anak-anak wujudkan sikap
saling bertoleransi supaya keluarga beroleh aman dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi
akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan saling menghargai antara satu sama lain. Tiada
masalah salah faham dan salah anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang
terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku. Sebarang
perbuatan yang boleh menyakiti darah daging sendiri tidak lebih daripada cubit peha kiri
peha kanan pun sakit juga. Seandainya wujud salah faham pun, carilah jalan penyelesaian
kerana perselisihan dalam kalangan adik-beradik ibarat air dicencang tidak akan putus. Oleh
itu, setiap ahli keluarga bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua
dalam sejarah manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang, harmoni dan penuh
mawaddah.

Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat yang dinamik. Sikap
penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah
utama untuk membina keluarga yang harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan
yang terbaik agar keluarga memperoleh kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, Keluarga
bahagia penjana kecemerlangan ummah.

Terima kasih kepada Tuan Haji Ishak Md Shah.

Dipetik daripada blog Tuan Haji Ishak Md Shah: www.ishakmdshah.blogspot.com

Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan Negara

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam


semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu
menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula
jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah
ke negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya
tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset
penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi
tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat
bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih
banyak pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini.

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya


kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong
yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu,
kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada
khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya,
banyak pelancong yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan
pantai. Oleh itu, kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah
besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai
menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih
berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk
menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut
menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita.
Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong
itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini
akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus
membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan
rumah penginapan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di
desa di seluruh negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan
pelancong ke negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira
kadar sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar


menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara
ini, khususnya di tempat- tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang
menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah,
buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain
itu, dengan mewujudkan halaman pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik
untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh
pelancong asing. Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita
pada dinding 60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak
terbabit dalam nenarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat yang
lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang melawat negara kita
pada suatu hari kelak.

Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik
banyak pelancong datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis
kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak
mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu
yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu
tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan
kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang
berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di
negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan
rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan
oleh LPPM dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai
aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan
acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan
memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara
membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam menarik pelancong.
Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai
pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata
wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun
terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam
usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan
kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar
sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Jadi, tanggungjawab
untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong
harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan
di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan
negara jika diusahakan secara lebih profesional.

LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA

Sedasawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang kian berkembang
pesat di negara kita. Pada tahun 2000, purata pelancongan yang berkunjung ke Malaysia
dianggarkan sebanyak 10.2 juta orang. Senario ini menjadikan Malaysia sebagai negara
ketiga paling banyak menerima pelancong Asia Timur selepas China dan Hong Kong.
Lantaran itu, pelancongan desa telah juga mendapat tempat di mata pelancong asing.
Pelancongan desa dapat memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai
kehidupan di kampung dan menikmati kebudayaan dan adat resam sesuai dengan
peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak memainkan peranan
penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu
diambil untuk memajukan industri ini agar terus berkembang maju?
Minhaj pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan desa ialah
pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan media elektronik.
Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebarkan
kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan
kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang
yang mengandungi pelbagai informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita
untuk disebarkan kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan
bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan desa, maka industri
ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan pendapatan penduduk
kampung. Oleh itu, pelaksanaan kempen merupakan langkah pragmatik dalam usaha
memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas ditelan arus kemodenan.

Minhaj seterusnya untuk memajukan pelancongan desa agar terus berkembang ialah pihak
kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah pimpinan Dato Sri Dr. Ng Yen Yen
haruslah menyediakan dan mencekapkan infrastruktur di negara kita. Dengan adanya
kelengkapan infrastruktur yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi
destinasi utama kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan pelancong asing
akan dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui pengaliran mata wang
asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada wakil-
wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti rumah penginapan, siber kafe,
bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain. Cuba kita bayangkan bagaimana
reaksi pelancong asing yang melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat
terhadap kemudahan infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab
seperti melepaskan batuk di tangga, maka industri desa akan terus berada pada takuk yang
sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan dan mencekapkan
infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang maju.

Selain itu, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi
sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-
akitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan
daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai
aktiviti yang dijalankan sekaligus meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan
inap desa boleh menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh
memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak, wau,
dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti menuai padi,
dan pertandingan membuat kraf tangan. Di samping dapat memperkenalkan budaya tempatan
kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam
kalangan mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa
pelancong-pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk
saling membantu ibarat hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya
aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri
pelancongan desa akan terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya, pihak pengurusan
inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk
memajukan industri pelancongan desa di negara kita.
Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga haruslah memainkan
peranan mereka dengan mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada pelancong
dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan promosi ini lagi, pihak
kerajaan juga haruslah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk
meningkatkan kehadiran pelancong dalam negara kita ini lagi. Pihak Kementerian
Pelancongan haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak banyak rakyat Malaysia dan
pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan melawat
kawasan desa di negara kita. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara Malaysia juga bergantung
kepada sektor pelancongan dengan pertambahan pelancong dari luar dan dalam negara dan
secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber ekonomi negara kita lagi.

Minhaj yang lain adalah dengan mengadakan kempen secara giat dan efektif. Pihak media
massa dan media elektronik juga haruslah memainkan peranan mereka dalam menjayakan
kempen pelancongan ini dengan menyiarkan dan memaparkan lokasi-lokasi di desa yang
strategik untuk dijadikan kawasan pelancongan. Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan
dalam hal ini dengan mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan
desa yang terpilih untuk menambah minat pelancong lagi untuk mengenali dengan lebih
mendalam tentang kebudayaan dan adat resam sesebuah masyarakat di desa itu. Secara tidak
langsung, pelancong akan mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui dengan lebih
mendalam lagi tentang kebudayaan di situ bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Sebagai contoh, untuk menarik minat kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara
adalah dengan mengadakan pesta wau, pesta mencanting batik dan pesta kebudayaan
masyarakat di kawasan desa itu. Seandainya langkah untuk mempromosikan kawasan
pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak kerajaan, kempen Cuti-cuti Malaysia dan
Tahun Melawat Malaysia tidak dapat dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor
pelancongan di negara kita. Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan
pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri dapat menambahkan kehadiran
pelancong di negara ini.

Minhaj seterusnya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu membangunkan
kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri pelancongan desa. Berdasarkan
kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih terdapat banyak tempat menarik di
Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-
kawasan desa. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil
langkah proaktif dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan.
Pihak kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa
seperti industri pemprosesan makanan, batik dan kraf tangan. Industri desa haruslah
diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekangdek panas serta dapat memberi
pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak
berkuasa tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan desa di negara
kita dapat terus berkembang maju. Tegasnya, untuk memajukan industri desa, kerajaan negeri
melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu
pusat pelancongan desa.
Intihanya, peranan semua pihak sangat signifikan dalam memajukan industrI pelancongan
desa di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan dan
bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan
pelancongan desa di negara kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang
dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya
berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam
abad ini. Selain sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke
negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar. Senario ini
secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara Barat yang suatu
ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang penduduknya
tinggal di atas pokok dan bercawat. Industri pelancongan secara tidak langsung dapat
menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita merupakan satu titik kecil di
atas peta. Oleh itu, kita sepatutnya mengusahakan industri pelancongan desa di negara kita
dengan sebaik-baiknya.
Contoh Karangan SPM: Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak
Aaronn Avit 00:42:00 Karangan Bahasa Melayu 4 comments
Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala sosia semakin berleluasa
dan merunsingkan. Acap kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada akhbar
mala disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, tidak keterlaluan jika dikatakan menjadi lebih
parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut terdiri daripada golongan remaja.
Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun Abdullah Hassa, seorang profesor yang melakukan
kajian Peradaban Manusia, beliau sangat kecewa apabila setiap pagi melihat ramai anak
muda ditangkap secara kasar oleh pihak polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam
berita semasa. Menyedari hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus
mencari jalan penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala sosial ini. Sungguh malang
apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa seperti membunag garam ke laut kerana
gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun persoalannya, apakah
peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka dalam usaha mengelakkan
mereka daripada gejala sosial?

Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
membentuk sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal
atau jasmani serta tubuh anak-anak mereka. Jasman merupakan satu elemen yang prima bagi
membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak anak akan dapat membina keyakinan
diri dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri. Apakah pula peranan ibu bapa untuk
memastikan kesihatan fizikal anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah mereka
yang sempurna? Terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan anak-anak mereka
bersama-sama ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulaj membawa anak-anak
mereka untuk bersenam dan bersukan bersama-sama. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak
keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah badan cergas minda
cerdas. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti
kokurikulum di sekolah seperti kelab dan persatuan serta unit beruniform. Hal-hal sebegini
membolehkan mereka untuk menjauhi diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi perhatian
terhadap emosi anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian berubah mengikut
perkembangan diri masing masing. Perubahan emosi anak-anak sentiasa berubah
terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia keremajaan. Perubahan emosi juga jelas
ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa perlu
memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka mengalami perubahan emosi. Hal ini
menyebabkan anak-anak akan biasa kerana alah bisa tegal biasa untuk meluahkan isi hati
mereka kepada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak
mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-
anak mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan pula,
ibu bapa perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya mengetahui cara mengenali emosi
anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan
melibatkan diri dengan gejala sosial kerana mempunyai ibu bapa yang memahami emosi
mereka.

Seterusnya, ibu bapa juga berperanan untuk menyediakan sumber rohani yang kuat
kepada anak-anak. Hal ini sedemikian kerana faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya
gejala sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya atau rapuhnya rohani tersebut. Hal ini
membuktikan rohani merupakan aspek yang tidak kurang pentingnya dalam usaha
membentuk sahsiah anak-anak sekaligus mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti
gejala sosial. Agama pula meruapakan pilihan individu tetapi semua agama menginginkan
yang terbaik daripada penganutnya. Oleh itu, apakah peranan ibu bapa dalam menyediakan
sumber rohani yang kukuh dan kental kepada anak-anak mereka? Sebagai permulaan, ibu
bapa perlulah menguatkan iman anak-anak mereka, hal ini kerana iman yang kuat menjadi
bekalan kepada anak-anak mereka untuk menghindari diri daripada gejala sosial. Selain itu,
ibu bapa perlulah kerap membawa anak-anak mereka ke tempat ibadat. Hal ini membolehkan
anak-anak untuk sentiasa dekat dengan agamanya. Sememangnya peranan ibu bapa dalam
membentuk sahsiah anak-anak adalah untuk menyediakan sumber rohani yang kukuh kepada
anak-anak mereka sekaligus menjauhkan mereka daripada gejala sosial.

Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk
memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah
bahkan juga menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat penting
kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat membezakan perkara yang
baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan secukupnya ilmu
pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak. Cara yang paling mudah
adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar
anak-anak mereka dicurahkan ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu,
ibu bapa perlu mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa
haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara
yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran buku.
Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa
mereka. Semestinya, ibu bapa berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak
mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa perlulaj memainkan peranan dengan memantapkan kemahiran
sosial anak-anak mereka. Kemahiran sosial dalam konteks ini sangat diperlukan dalam
membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sedemikian kerana melalui kemahiran sosial, anak-
anak dapat mengetahui betapa buruknya kesan melakukan gejala sosial melalui pemerhatian
dan peninjauan. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha
memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka? Kaedah yang paling asas adalah dengan
mengajar anak-anak mereka nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati dan
kerajinan. Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak anak akan dapat dibentuk dengan sempurna.
Selain itu, anak-anak juga akan dapat membuat refleksi diri sendiri dan membentuk peribadi
yang lebih baik. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tambahan pula, ibu bapa haruslah
mengajar anak-anak mereka mengenai pantang larang seperti membongkok apabila melalui
orang yang lebih tua. Hal-hal ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan lantas
menjadikan mereka sebagai remaja yang berbudi pekerti tinggi.

Konklusinya, Malaysia yang merupakan negara yang indah di mata duia serta
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala sosial
dalam kalangan masyarakat masih belum dibendung, bak kata pepatah Melayu kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, peranan semua pihak harus dimainkan terutamanya
peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak keperibadian golongan muda kotemporari
ini kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak diibaratkan kain putih yang
perlu dicorakkan dengan sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita
janganlah menuding jari dan bersikpa pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta
dalam membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia ini sarat dengan
kemusnahan dan kegelapan akibat ketidakprihatinan kita? Semestinya tidak jawapan kita.
Maka, bersama-sama lah kita berganding bahu menyahut cabaran dengan mengemblengkan
tenaga membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka membawa kegemilangan negara di
mata dunia satu hari nanti.
Cara-cara membalas jasa ibu bapa.
Soalan: Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita.
Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara membalas jasa ibu bapa.

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai menatang
minyak yang penuh. Oleh yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa
kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.
Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah
menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam
pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.
Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia.
Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup.
Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan
mereka.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Penat lelah mereka mencari
nafkah menanggung kita sekeluarga dapat dikurangkan apabila kita membantu mereka. Kita
boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan
sebagainya.
Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah sentiasa mendoakan kesejahteraan
ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa diberi
kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan
pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit
jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya
berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

You might also like