Tajuk 7 TINGKAH LAKU BERMASALAH

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam unit ini merangkumi konsep tingkah laku bermasalah, Jenis-jenis tingkah
laku bermasalah, cara-cara mengenalpasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku, serta
pengurusan tingkah laku bermasalah, teknik-teknik modifikasi tingkah laku bermasalah, dan
juga implikasi pengurusan tingkah laku bermasalah terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Menerangkan konsep tingkah laku bermasalah serta jenis-jenis tingkah laku bermasalah
2. Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku.
3. Menghuraikan pengurusan tingkah laku serta Mengaplikasikan teknik-teknik modifikasi
tingkah laku
4. Menjelaskan implikasi pengurusan tingkah laku bermasalah terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

TINGKAH LAKU
BERMASALAH

Jenis-jenis Tingkah Cara-cara
KonsepTingkah Pengurusan
laku Bermasalah laku Bermasalah Mengenalpasti
Tingkah laku Tingkah laku
Bermasalah Bermasalah

Implikasi Pengurusan Tingkah
Laku Ke Atas Proses P&P

100

Proses-proses mental dan pemikiran mereka tidak dicabar sehingga timbul kebosanan.7.1 Tingkah Laku Bermasalah Negatif Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku destruktif. 7. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Murid-murid sedemikian selalunya kesukaran pembelajaran daiam kelas. tingkah laku bimbang. dan kadang kala hingga mengganggu rakan sekelas yang sedang tekun mendengar penerangan guru. Tingkah laku bermasalah boleh berbentuk positif atau negatif. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Rajah 7. pengunduran diri dan pengasingan diri (1) Tingkah Laku Destruktif Tingkah laku destruktif paling kerap terjadi di kalangan pelajar yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menghalang guru dan murid-murid lain daripada mencapai pembelajaran optima. Justeru itu. tingkah laku bergantung.2.1 Tingkah laku bermasalah Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. tingkah laku disruptif.1: Pelbagai tingkah laku bermasalah dalam kelas. Mereka menjadi gelisah. tingkah laku hiperaktif.2 Jenis-jenis Tingkah laku Bermasalah 7. tingkah laku murung. 101 .

Permusuhan Nyata Disebabkan Kekecewaan John Dollard dan rakan-rakannya di Universiti Yale mengesahkan bahawa permusuhan nyata selalunya berlaku akibat kekecewaan dan kekecewaan selalunya membawa kepada suatu bentuk permusuhan nyata. Pendapat ini telah disokong oleh Sigmund Freud. Contohnya. terdapat tiga pandangan yang utama tentang permusuhan nyata iaitu: i) Dalam setiap individu terdapat desakan yang agresif yang cenderung untuk menimbulkan permusuhan nyata. vandalisme iaitu merosakkan kerusi. aktiviti kumpulan liar. Mereka berharap orang lain akan mengalami suatu peristiwa yang malang dan mereka akan berasa seronok apabila mengetahui bahawa peristiwa itu benar-benar telah berlaku ke atas orang tersebut. di dalam satu situasi di mana seseorang individu berada dalam keadaan penat dan haus memasukkan syiling sebanyak RM 1. Antara situasi yang boleh menimbulkan permusuhan nyata ialah apabila seseorang itu mengalami kekecewaan. mengugut. ii) Permusuhan nyata disebabkan pengalaman yang mengecewakan. meja.50 ke dalam mesin minuman sejuk. Jenis-jenis tingkahlaku destruktif termasuk permusuhan nyata. dia pun menekan butang untuk mengeluarkan minuman itu 102 . iii) Tingkah laku agresif atau permusuhan nyata boleh dipelajari. kanak-kanak pada umur dua tahun yang mula menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita. Permusuhan Nyata – Suatu sifat Biologi Lorenz (1967) menegaskan bahawa permusuhan itu disebabkan oleh suatu sifat biologi yang terdapat di dalam diri setiap individu. peralatan. mencalar kereta atau motosikal guru. Selepas itu. tersinggung dan mendapat penilaian yang negatif. (2) Permusuhan Nyata (Overt hostility) Permusuhan nyata boleh difahamkan sebagai keadaan di mana wujud tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai sesorang. Mengikut ahli psikologi sosial. Contohnya. amalan tumbuk menumbuk. telefon awam dan sebagainya. menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding bangunan sekolah.

o Tayangan filem di televisyen yang menunjukkan keganasan dan pembunuhan memang banyak mempengaruhi kanak-kanak. tetapi tiada apa-apa yang berlaku.Mereka juga cenderung untuk mencontohi watak- watak dalam televisyen yang agresif dan beranggapan bahawa permusuhan yang ditayangkan di televisyen membayangkan keadaan dalam hidup sebenar. dia mungkin menunjukkan permusuhan nyata terhadap mesin itu atau terhadap kawan yang ditemui. anak-anak akan belajar menjadi agresif juga (Sears. Sikap masyarakat ini menyebabkan permusuhan nyata terus berlanjutan. sikap masyarakat dan televisyen: o Ibu bapa yang agresif dan sentiasa menghukum anaknya sebenarnya menunjukkan satu contoh tingkah laku yang agresif. Eron (1980) di dalam kajiannya. Maccoby dan Levin. gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk. pergerakan pelajar yang tidak perlu. 1957). Permusuhan Nyata – Dipelajari Permusuhan nyata boleh dipelajari daripada individu yang berhampiran. Eron (1982) telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang agresif lebih kerap menonton televisyen secara amnya. kebisingan. Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif.menumbuk di dalam kelas. 103 . (3) Tingkah Laku Disruptif Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan kelicinan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. mengganggu rakan sedarjah. Ini menyebabkan timbulnya rasa kecewa kerana kehilangan wang dan keperluannya untuk mendapatkan minuman tidak dipenuhi. o Dalam kebanyakan masyarakat. masih terdapat anggapan bahawa suatu tindakan agresif perlu ditentang dengan tindakan yang sama. berpendapat bahawa ibu bapa kanak-kanak yang agresif merupakan individu-individu yang jarang memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka dan cenderung menghukum mereka. perubahan yang melampau. Akibatnya. Akibatnya.

Feingold (1975) menggunakan makanan Kaiser-Permanente (K- P) yang terdiri daripada makanan yang tidak mengandungi bahan pewarna. Hiperaktiviti atau hiperkinesis mungkin disebabkan oleh kecederaan otak atau makanan yang mengandungi bahan pengawet. bahan pewarna atau salisilat (Feingold. Perasaan ini berkait rapat dengan emosi ketakutan. 104 . bahan pengawet atau salisilat sejati. iii) Gemar merengut.(4) Tingkah Laku Bergantung Tingkah laku bergantung merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain. (5) Hiperaktif Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampau aktif berbanding keadaan yang biasa. Walaupun sebab-sebab timbulnya kebimbangan adalah sukar untuk dikenalpasti tetapi terdapat lima situasi di mana kebimbangan boleh berlaku. ii) Perbuatan dilakukan secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya. buah anggur. sentiasa bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan dan sukar dikawal. Bagi mengatasi masalah hiperaktiviti. limau. v) Tindak balas berlebihan terhadap sesuatu rangsangan. Antara ciri kanak-kanak yang mengalami hiperaktiviti adalah seperti berikut: i) Melibatkan diri dalam aktiviti secara berlebihan. Makanan yang mengandungi salisilat ialah epal. Individu- individu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat pergantungan berlebihan. sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan. (6) Tingkah Laku Bimbang Kebimbangan (anxiety) boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan kurang senang yang disebabkan oleh kepercayaan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. tomato dan minuman teh. vi) Tingkah laku sukar diramal. iv) Tidak boleh duduk diam. Kenak-kanak seperti ini tidak boleh duduk diam. 1976). strawberi. kebimbangan dan pengunduran diri.

seseorang akan berasa bimbang apabila ibu atau ayahnya berada dalam keadaan sakit tenat. seseorang itu mengetahui bahawa mencuri adalah salah tetapi masih melakukannya kerana ia telah lama menganggur dan amat memerlukan wang. Contohnya. iii) Individu menghadapi suatu keadaan baru di mana dia terpaksa menyesuaikan diri. terdapat individu yang ingin menderma untuk membantu orang-orang miskin tetapi pada masa yang sama dia juga terpaksa menyara hidup isteri dan anak-anaknya. Kadangkala. ii) Individu yang mengalami konflik antara tingkah lakunya dengan nilai sebenarnya. Contohnya. pengunduran diri juga dilakukan untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu-satu masalah. setelah mengambil peperiksaan tetapi masih belum pasti sama ada akan lulus atau gagal. Di 105 . i) Motif yang bercanggahan. Pelajar yang mengalami kemurungan tidak berupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenung dan berkhayal. Contohnya. Contohnya. (7) Tingkah Laku Murung Kemurungan merujuk kepada satu-satu keadaan yang amat sedih. Contohnya. v) Apabila individu menghadapi kemungkinan kehilangan seseorang yang dikasihinya. Antara faktor-faktor yang menimbulkan kemurungan ialah seperti berikut: i) Masalah keluarga ii) Kurang penerimaan oleh rakan-rakan iii) Kegagalan dalam mencapai sesuatu yang diimpikan iv) Kekurangan kasih sayang ibu bapa v) Putus hubungan percintaan (9) Pengunduran Diri Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yang kurang selamat atau mengancam. kali pertama masuk ke dalam kelas untuk mengajar. iv) Apabila individu menghadapi sesuatu keadaan yang mana hasilnya adalah sukar diramal. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja.

pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan mengundur diri apabila guru memilih pemain-pemain bagi satu satu permainan. dalam bilik darjah. cepat belajar. Perbuatan seperti ini akan menyebabkan murid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru.2 Tingkah Laku Bermasalah Positif Tingkah laku bermasalah positif merujuk kepada tingkah laku ingin tahu. kanak- kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atas meja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untuk melihat barang yang terdapat di dalamnya.2. (10) Tingkah Laku Pengasingan Diri Amalan pengasingan diri mungkin disebabkan oleh personaliti pelajar sendiri yang tidak gemar bercampur gaul dengan rakan-rakan di dalam kelas. Oleh itu. (1) Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar tidak berupaya menjawab soalan guru. 106 . 7. murid- murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberi penumpuan lagi. jika guru mengulangi penerangannya. (2) Tingkah Laku Murid Cepat Belajar Murid-murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatu konsep dengan cepat. Pada peringkat awal. pintar cerdas dan proaktif (Ee Ah Meng. mereka mula menimbulkan pelbagai jenis gangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akan menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu. Lantaran itu. Dia mungkin tidak diterima oleh pelajar-pelajar lain. Tingkah laku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalam makmal. 2002). Pelajar seperti ini juga didapati mempunyai harga diri yang rendah yang akan mengakibatkan masalah-masalah lain yang mana pelajar berkenaan akan cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial bagi tujuan mendapatkan perhatian atau layanan guru.

pemikiran logik. mereka cepat mencapai pemahaman terhadap konsep-konsep yang disampaikan. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu. Kebosanan ini akan menyebabkan mereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. muzik dan hubungan manusia. selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal. (4) Tingkah Laku Murid Proaktif Murid-murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak dengan penuh semangat. Ini bermakna proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar pintar cerdas tidak dipenuhi. kemalangan boleh berlaku. Oleh kerana pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan intelek yang tinggi. (3) Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak. sains. Ini menyebabkan mereka akan berasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaran guru adalah lambat dan tidak menarik. drama. Daya ingatan pelajar seperti ini adalah tinggi. mereka akan ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik. Tingkah laku ini boleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas. seni lukis. kemahiran lisan dan mempunyai daya reka cipta yang tinggi. penulisan. Ringkasan Tingkah Laku Bermasalah 107 . Contohnya.

Guru boleh membuat pemerhatian dan menggunakan senarai semak catatan anektodal. Analisis data-data yang dikumpul melalui perkaedahan ini membantu guru membuat perancangan tindakan seterusnya untuk mengendalikan tingkah laku bermasalah tersebut.3. teknik-teknik kaunseling atau program modifikasi tingkah laku akan digunakan untuk membantu kanak-kanak tersebut.3. ataupun pakar psikologi kanak-kanak.7. Guru boleh menemuduga ibu bapa. catatan kekerapan untuk merekod tingkah laku murid secara sistematik.1 Modifikasi Tingkah laku Modifikasi tingkah laku ialah aplikasi teori pembelajaran yang sistematik yang akan membawa perubahan yang diingini ke atas corak tingkah laku. kajian dokumen. pakar psikologi sekolah. 108 . Ujian diagnostik pula digunakan untuk menyediakan pandangan yang terperinci tentang komponen- komponen masalah tingkah laku dan mengenal pasti punca masalah tersebut.1 Kaedah Berasaskan Ujian Ujian piawai seperti ujian psikologi dan ujian diagnostik yang dibina khas dapat digunakan untuk mengukur jenis dan tahap tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid. Ada kalanya istilah "aplikasi analisa tingkah laku" turut digunakan.2 Kaedah Bukan Ujian  Pemerhatian.4. 7. kajian rentasan dan kajian longtitudinal digunakan untuk mengkaji secara empirikal dari pelbagai sudut tentang tingkah laku bermasalah.3 Cara-Cara Mengenalpasti Murid Yang Bermasalah Tingkah Laku 7. Seterusnya rawatan. Ujian psikologi cuba mengenalpasti tingkah laku tertentu atau masalah gangguan emosi yang ditunjukkan oleh individu. 7. murid atau guru-guru lain untuk mendapat gambaran jelas mengenai corak tingkah laku murid secara keseluruhan  Kaedah Penyelidikan seperti kajian kes. Dua faktor individu turut terlibat dalam modifikasi tingkah laku .faktor dalaman dan faktor luaran.  Temuduga.4 Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah 7. Ujian piawai seperti ini perlu ditadbirkan dan ditafsirkan oleh seseorang yang berkelayakan seperti kaunselor sekolah.

Faktor kedua ialah faktor penyesuaian luaran. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai ’peneguhan’ (reinforcement).4. Sebagai contoh. Dia tahu bahawa berjalan semasa guru sedang mengajar adalah satu kesalahan. denda. Dia seharusnya mengikut rakan-rakan lain mendengar pengajaran guru dengan tekun. walaupun ia suka bangununtuk bercakap dengan rakannya di belakang. yang kadang kala dikaitkan dengan penggunaan modelling. 109 . Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Dia telah diberitahu dan sedar bahawa dia perlu mematuhi disiplin dalam bilik darjah supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. maka dia perlu melihat dan mencontohi tingkah laku murid-murid lain sebagai model. Dia perlu membuat penyesuaian kendiri. Individu akan melihat ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kekuatan yang diperlukan. iaitu pergi ke tempat rakannya semasa pertukaran guru ke bilik darjahnya. apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan. ubah suaian dalaman/kendiri dan ubah suaian luaran. Ambil murid-murid sepuluh tahun di atas sebagai contoh. Oleh itu.2 Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk modifikasi tingkah laku ialah seperti peneguhan.Faktor dalaman turut dikenali sebagai faktor penyesuaian kendiri. pembentukan. seorang murid anda yang berumur sepuluh tahun tahu bahawa dia perlu duduk diam semasa anda mengajar. Peneguhan Mengikut Skinner. token economy. Adakah anda bersetuju? Modifikasi tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif. Sekiranya dia menahan diri daripada berjalan tanpa sebab semasa anda mengajar. ia tidak berbuat begitu. peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Mengikut beliau. peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. reverse psychology. Kekuatan itu mungkin merupakan kepercayaan kerohanian atau nilai-nilai moral yang telah disemai sejak lahir. 7.

menghentikan keseronokan). Contohnya budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu. Contohnya. maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik. Selain daripada itu.Peneguhan Positif Mengikut Skinner. 110 . Peneguhan Negatif Peneguhan negatif merupakan stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Selepas itu. seperti memberi pujian. pandangan dan pemikiran dalamannya. serta mengenal pasti sikap. terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Reverse Psychology Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan. menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan. Denda Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini. Murid yang didenda kerana tidak boleh menguasai setengah-setengah kemahiran matematik. penghargaan.

• Murid berusaha mengubah tingkah lakunya. Token Economy Token economy ini ialah satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan. Pengubahsuaian Kognitif Ia merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan kendiri untuk mengubah tingkah laku melalui pemikiran dan percakapan kendiri. • Bimbingan kendiri (tidak nyata): Murid membisik arahan sendiri sambil menghabiskan tugasan.4. pelajar diberi beberapa markah untuk perlakuan yang ditunjukkannya. • Bimbingan luaran: Murid melakukan tugasan yang sama di bawah bimbingan guru. Teknik shaping ini adalah perlu digunakan apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini. • Bimbingan kendiri (nyata): Murid melakukan tugasan yang sama melalui arahan kendiri secara lisan. 7. • Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan menggunakan senarai semak atau carta. Teknik ini banyak diaplikasikan dalam penjualan barangan secara terus di mana menggunakan sistem ini untuk menarik pembeli untuk terus membeli. Markah yang dikumpulkan ini boleh ditukar kepada hadiah. sijil atau surat penghargaan. 111 .3 Ubah Suaian Dalaman/Kendiri Teknik ini boleh diuruskan melalui dua cara iaitu pengurusan diri dan pengubahsuaian kognitif.Pembentukan (shaping) Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tidak balas yang diharapkan. Antara langkah- langkah dalam melaksanakan teknik ini ialah: • Modelling kognitif: Seorang guru melakukan sesuatu tugasan sambil memberi arahan secara lisan. Contohnya. Pengurusan Diri  Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-langkah berikut: • Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri.

Teori Permodelan Bandura (1963) adalah berkaitan rapat dengan modifikasi tingkah laku melalui ubahsuaian luaran di mana Bandura telah mengemukakan teori pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. misalan dan teladan. • Proses pembelajaran meliputi pemerhatian. pemikiran. Teori pemerhatian Bandura juga dikenali sebagai Teori Peniruan atau Teori Permodelan. • Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa. • Arahan Diri Terselindung: Murid melakukan tugasan secara membimbing kendiri melalui percakapan kendiri. Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura adalah seperti berikut: • Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Ubah Suaian Luaran (Modelling) Ia merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. • Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Ringkasan Modifikasi Tingkah Laku 112 . peringatan.

dengan menggantikan tingkah laku-tingkah laku negatif kepada positif. Child. (1993).5 Implikasi Pengurusan Tingkah Laku Ke Atas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Implikasi utama dalam melaksanakan satu program modifikasi tingkah laku ialah ia dapat membawa peningkatan dalam pencapaian akademik. ia adalah komponen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana modifkasi tingkah laku merupakan satu cara untuk mendapatkan pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada murid-murid yang bermasalah. Justeru itu. D. K. Melalui program modifikasi tingkah laku. program modifikasi tingkah laku dapat menolong menukar persekitaran sekolah.J. & Melloy. Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk menangi masalah tingkah laku murid tersebut. Behaviour Management. London: Cassell. RUJUKAN Zirpoli. TUGASAN TERARAH Kenal pasti empat masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah anda. 113 . Juga. Applied behaviour analysis for teachers. (1993).7. Satu lagi implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah ia dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dalam perbincangan kelas.J. T. Pada masa yang sama. Alberto & Troutman (1986). kompetensi sosial dan iklim sekolah yang lebih kondusif. ia juga menolong meningkatkan kepuasan intrinsik murid- murid. New York: Macmillan. Toronto. motivasi intrinsik murid-murid juga dapat di pertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi ganjaran kebendaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Psychology and the teacher.